You are on page 1of 15

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI /2012

HBAE 3103

KRAF TRADISIONAL

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: 830501025103002 : 830501-02-5103 : 012 4516113 : hafizshaarin@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN

IPGM KAMPUS PERLIS

KANDUNGAN

Muka Surat

1.0

Pengenalan

2.0

Kraf Melayu

3.0

Proses Pengarapan Idea

4.0

Seni dari Sudut Orang Melayu

10

5.0

Kraf Melayu Dan Konsep Keindahan

10

6.0

Kesimpulan

13

7.0

Rujukan

14

1.0

Pengenalan Memang tidak pernah terfikir oleh kita bahawa nenek moyang kita dahulu telah

memahami dan menghayati seni yang dihasilkan oleh mereka ternukil dari deria kreativiti serta bakat semulajadi yang dianugerahkan oleh Tuhan Yang Maha Kuasa. Kehalusan dan keunikan keaslian reka bentuk yang diilhamkan melalui idea dari alam semesta ciptaan Tuhan merupakan satu hasil kreatif yang akan menjadi khazanah seni yang tidak ternilai. Kraf adalah barangan yang dihasil dengan menggunakan kemahiran tangan, dikeluarkan dengan atau tanpa menggunakan alat atau peralatan mudah yang dijalankan secara sendiri atau tidak langsung oleh pengusaha-pengusaha kraf. Keluaran Kraftangan ertinya apa-apa keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil dari sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau sebahagiannya kepada kemahiran tangan dan termasuklah apa-apa barang, walau bagaimanapun dihasilkan, yang mempunyai rekabentuk batik pada atau di mana-mana bahagiannya. (Akta 222-Akta perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 1979). Terdapat berbagai bidang dalam seni kraf ini seperti aneka kraf, hasil rimba, hasil tanah , logam dan tekstil. Aneka kraf ialah seni kraf berasaskan manik, kertas, siput, mutiara dan lainlain lagi. Hasil rimba pula ialah seni kraf yang berasaskan kayu, buluh, rotan, mengkuang dan lain-lain lagi. Hasil tanah pula ialah seni kraf berasaskan tembikar, kristal, kaca dan batu marmar. Seni kraf berasaskan logam pula meliputi penggunaan besi, emas, perak, pewter, tembaga dan lain-lain lagi manakala tekstil pula ialah seni kraf yang meliputi batik, tenunan, songket, tekatan, sulaman dan lain-lain. Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah swt kepada seluruh manusia tanpa mengenal bangsa yang bersumberkan al-Quran, Sunnah dan Ijma' Ulama. Islam adalah agama yang nyata (waqi'e) dan sesuai dengan fitrah manusia, pada semua tempat, zaman dan situasi menepati citarasa, kehendak, sifat, keinginan, nafsu, perasaan dan akal fikiran manusia. Dalam jiwa, perasaan, nurani dan keinginan manusia terbenamnya rasa sukakan keindahan dan keindahan itu adalah seni. Seni adalah sesuatu yang bersifat abstrak, dapat dipandang, didengar dan disentuh oleh jiwa tetapi tidak dapat dinyatakan melalui kata-kata dan bahasa. Sukar untuk mentakrifkan seni secara tepat sesukar untuk menerangkan konsep keindahan dan kesenangan itu sendiri. Al-Farabi menjelaskan seni sebagai ciptaan yang berbentuk keindahan, Al-Ghazali pula
2

menjelaskan seni dengan maksud kerja yang berkaitan dengan rasa jiwa manusia yang sesuai dengan fitrahnya. Kraf tradisional melayu yang berkonsepkan islam jarang sekali keindahan yang dihasilkan melahirkan sesuatu bentuk lukisan manusia dan alam yang naturalistik. Antara seni yang dihasilkan seni islam adalah jenis yang rumit dan dikenal sebagai arabes (tumbuhtumbuhan yang digaya menurut sesuatu stail) yang terdiri daripada beraneka bentuk seperti geometric, tumbuh-tumbuhan yang digaya dan juga kaligrafi. (Othman Mohd Yatim, 1989).

2.0

Kraf Melayu Terdapat pelbagai jenis kraf melayu seperti batik, songket, anyaman, tembikar, ukiran

halus, seni telepuk, rotan, filigree dan sebagainya. Kraf-kraf ini dihasilkan dengan penuh terliti. Dalam penghasilan kraf ini, elemen reka bentuk seperti garisan, warna, bentuk dan tekstur telah digunakan untuk menghasilkan sesuatu reka bentuk kraf. Mengikut perspektif orang melayu, seni merupakan keindahan yang menarik minat, pandangan dan perasaan. Dalam masa yang sama, estetika dan kecantikan kraf mereka selalunya berkait dengan latar belakang budaya mereka terutamanya melibatkan konsep islam. Batik merujuk kepada proses menghasilkan kain dengan menggunakan teknik terapan lilin bagi menghasilkan reka corak yang kemudian dicelup dengan pelbagai warna yang menarik. Kebiasaannya reka corak dan motif-motif batik diinspirasikan dari alam semula jadi seperti flora dan fauna yang kemudiannya digabung dengan corak-corak geometri atau abstrak serta berkonsepkan islam. Reka corak batik ini diaplikasikan ke atas batik menggunakan teknik canting, batik blok dan batik sutera saring. Di Malaysia kini batik telah diangkat sebagai salah satu daripada seni warisan bangsa yang menjadi kebanggaan negara. Perusahaan batik dipercayai bermula pada awal abad ke 12 iaitu di Kepulauan Jawa dan kemudiannya berkembang ke Semenanjung Tanah Melayu, khususnya di Kelantan dan Terengganu. Semenjak itu seni kemahiran batik terus berkembang ke negeri-negeri lain di Malaysia. Batik di negara ini dihasilkan dengan teknik dan reka corak yang beridentitikan Melayu dan islam. Terdapat pelbagai jenis teknik batik seperti batik blok, batik canting dan batik skrin. Batik blok merupakan antara teknik pembuatan batik yang terawal di negara. Blok yang diperbuat daripada sebongkah kayu atau logam diukir dengan motif-motif bersesuaian untuk mengecap kain yang
3

dikenali sebagai batik blok atau cop. Selain daripada kain kapas, penggunaan kain sutera dan organza dalam pengeluaran batik blok telah menghasilkan tekstil batik yang sesuai untuk rekaan fesyen, perhiasan serta kelengkapan rumah yang eksklusif. Batik canting juga dikenali juga sebagai batik lukis. Proses batik bermula dangan lilin cair dilakar menggunakan canting dan diwarna mengikut kesesuaian reka corak. Selain dari kain kapas, kain rayon, voile, organza dan sutera turut digunakan. Reka corak yang menarik dengan pilihan warna yang ceria menampilkan batik bukan sahaja sesuai untuk fesyen pakaian malah boleh juga dijadikan sebagai kelengkapan dan hiasan rumah serta hadiah dan cenderamata yang eksklusif. Batik skrin pula dikenali juga sebagai batik stensil atau batik sutera saring. Batik jenis ini merujuk kepada teknik lakaran corak dan terapan warna dilakukan di atas skrin yang diperbuat daripada poliester diregang di atas pemidang. Motif-motif dilukis atas skrin yang telah ditetapkan ukurannya. Kebiasaannya beberapa keping pemidang dengan reka corak yang berbeza disediakan. Ini adalah kerana satu pemidang hanya untuk satu warna sahaja. Skrin kemudian dilekapkan di atas sehelai kain putih bagi melakukan proses pewarnaan. Proses pewarnaan ini dilakukan beberapa kali bagi melengkapkan corak dan warna sehelai kain batik. Contoh batik yang dihasilkan :

Songket ialah lambang kehalusan seni tenunan Melayu yang diwarisi zaman berzaman. Kemahiran dan kreativiti tukang tenun terserlah melalui pengolahan corak dan hasil tenunan yang indah lagi menarik. Kedatangan pedagang-pedagang ke Tanah Melayu telah menggiatkan lagi perkembangan tenunan tempatan. Tenunan songket mula berkembang dibeberapa negeri terutama di negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di zaman silam, motif dan warna yang terdapat pada tenunan songket melambangkan kedudukan seseorang. Secara tradisi, songket ditenun dengan menggunakan benang sutera halus dan benang emas serta dipakai oleh kerabat diraja Melayu dan golongan Bangsawan. Keanggunan kain songket, selain dijadikan sebagai pakaian tradisi untuk mempermanis dan memperaga seni budaya, ia juga turut diilhamkan pada pelbagai barangan dalam bentuk beg, bingkai gambar, hiasan dinding, kusyen dan sebagainya. Tradisi menenun masih dapat dikekalkan tidak berubah sebagaimana seratus tahun dahulu. Alat-alat tenunan atau kek, motif dan ragamhiasnya serta cara menenun itu sendiri memperlihatkan keindahan dan kesempurnaan hasil ciptaan zaman silam yang masih segar hingga ke hari ini. Ragamhias masih dipertahankan terutama dalam aspek pembahagian dan penempatan beberapa bentuk bahagian kain seperti kepala, kaki dan badan kain. Penyusunan motif pula terbahagi kepada dua susunan bunga penuh dan bunga tabur. Motif kain songket terdiri daripada dua unsur penting iaitu unsur alam dan tumbuhan. Motif yang sering digunakan meliputi bentuk bunga, daun atau pucuk dan bahagian tampuk buah-buahan. Motif-motif rekacorak yang menghiasi kain songket kebanyakannya berasaskan bunga-bungaan. Dengan teknik menenun yang tersendiri, kesemua bentuk motif terhasil dalam corak geometrik. Motif-motif pada kain songket disusun dengan susunan bunga penuh, bunga bertabur atau susunan bercorak. Motif pucuk rebung dan lawi ayam sering ditempatkan dikepala kain. Manakala motif 'awan larat' pula dijadikan sebagai kaki kain . contoh kain songket yang dihasilkan :

Kegiatan perusahaan seni tembikar tradisional di Semenanjung Malaysia telah mula dikenali sejak zaman-berzaman dan kini perusahaannya masih hidup di beberapa tempat di Semenanjung Malaysia. Melalui kudrat tangan dan ketajaman ilham manusia, maka terbentuklah tembikar yang memaparkan keindahan warisan tradisi yang sebahagian besarnya disempurnakan oleh kaum wanita. Seni tembikar ialah hasil seni kraftangan yang diperbuat dari tanah liat yang diuli, diterap dengan pelbagai corak, diasapkan serta dibakar untukmenghasilkan satu rupabentuk yang sungguh berseni dan unik. Tembikar yang lebih dikenali sebagai Labu Sayong berwarna hitam banyak terdapat di Sayong, daerah Kuala Kangsar, Perak. Malah sebut sahaja Sayong, maka tergambarlah keindahan bentuk seni labu yang berwarna kehitaman. Wujudnya labu hitam ini dari buah labu tua yang dikeluarkan isinya dan dibersihkan sebelum dijadikan bekas untuk menyimpan air. Suatu masa dahulu, labu hitam adalah alat penting yang digunakan sebagai bekas menyimpan air minuman di majlis kenduri. Keistimewaan labu hitam ini ialah airnya yang sejuk dan dipercayai boleh menawarkan beberapa jenis penyakit seperti batuk dan demam panas. Ia juga digunakan sebagai bekas air sewaktu menziarahi tanah perkuburan. Labu Sayong menekankan sifat semulajadi iaitu tanah liat serta teknik penggunaan tangan. Rekaan corak permukaannya dihiasi dengan motif alam sekitar seperti motif bunga padi, pucuk rebung, bunga cengkih dan juga calaran-calaran geometrik yang harmoni. Semua motif ini dihasilkan berdasarkan latar belakang budaya dan dipengaruhi unsure seni islam yang menular di tanah melayu pada masa dahulu. Labu Sayong tetap dikagumi dan diminati bukan sahaja kerana penggunaannya semata-mata tetapi kerana keindahannya, berasaskan nilai estetika barangan tembikar itu. Contoh motif yang terdapat pada labu saying.

Seni pertukangan perak adalah satu daripada cabang kesenian orang-orang Melayu yang amat terkenal di negeri Kelantan. Kemahiran pertukangan logam dipercayai telah wujud sejak zaman-berzaman, hasil pengaruh tamadun Islam yang memang terkenal dengan pertukangan barangan logam seperti emas dan tembaga. Barangan perak yang dihasilkan terbahagi kepada 3 jenis iaitu barang-barang kasar (serbaguna), barang-barang dapur seperti pinggan mangkuk, teko dan sebagainya. Barang-barang filigree seperti aksesori wanita dan cenderahati dan barangbarang perhiasan ikatan permata. Bagi masyarakat yang telah mengenali seni pertukangan perak filigree atau turut dikenali dengan dawai pintal, mengakui bahawa seni perak filigree mempunyai keindahannya yang tersendiri. Keindahan yang dimaksudkan ini bukan sekadar kehalusan ragam hiasan pada penciptaan suatu motif yang terselindung disebaliknya mengikut daya imaginasi jiwa pencipta itu sendiri. Kebanyakan barangan filigree memaparkan peralatan perhiasan diri yang menjadi kegemaran kaum wanita. Pelbagai motif bunga-bungaan terdapat dalam pertukangan perak filigree seperti bunga matahari, bunga cempaka, bunga orkid, bunga mawar dan lain-lain motif moden dalam rekacorak pertukangan barangan filigree. Rekaan motif pada barangan perak filigree bukan sekadar hiasan sahaja tetapi juga adalah manifestasi falsafah budaya Melayu melalui hasil cipta yang penuh simbolik. Penghasilan barangan perak filigree tidak sahaja untuk kegunaan perhiasan diri, malah dibuat dalam bentuk cenderahati, hiasan pada alat senjata dan alat kebesaran diraja. Contoh filigree yang dihasilkan :

Seni anyaman Rombong merupakan satu seni kraftangan yang menghasilkan bakul serbaguna yang diperbuat daripada mengkuang. Seni ini sangat terkenal di kalangan kaum wanita negeri Melaka. Rombong boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan mengandungi motifmotif yang memaparkan saling berkaitan antara alam sekitar dan manusia. Kewujudan rombong adalah sebahagian hasil kemahiran kraftangan yang dipusakai sejak zaman berzaman. Melalui kemahiran tangan dan ilham daun mengkuang dianyam dengan teknik "anyaman gila"sehingga membentuk sebuah bakul serbaguna. Kemahiran dan kreativiti tukang anyam terserlah di dalam penghasilan rekacorak dan saiz yang variasi. Keindahan warisan ini memaparkan hubungkait alam sekitar di dalam kehidupan manusia seharian. Penggunaan motif-motif yang berteraskan alam semulajadi seperti flora dan fauna menjadi sumber inspirasi di dalam penghasilan bakul rombong. Rombong boleh didapati dalam bentuk bujur telur, potong wajik, tiga segi, empat segi dan bulat. Ianya juga terdapat dalam set susunan tiga atau lima biji pada bentuk yang sama tetapi berlainan saiznya. Cara menghasilkan corak pada rombong.

3.0

Proses Pengarapan idea Seni bagi sesuatu kraf mempunyai perkaitan dan persamaan dengan perkataan manual

atau corak pekerjaan yang lebih menggunakan tangan. Berkaitan dengan pekara ini, tenun juga digolongkan dalam kraf tradisi. Kraf yang dihasilkan oleh pereka merangkumi dua perkara, iaitu seni dan reka bentuk yang dikategorikan sebagai aktiviti secara kecil-kecilan yang menggunakan tangan. Individu yang terlibat dalam kraf selalunya melalui beberapa proses seni reka dan dikaitkan dengan aktiviti yang inovatif. Kesenian biasanya menekankan kepada sesuatu perkara atau suasana yang mementingkan aspek keindahan dan bukan menekankan kepada aspek gunaan. (Syed Ahmad Jamal, 1992)
8

Mengikut teori seni yang dikemukakan oleh Mohamed Najib (1995) pula, karya seni merupakan kerja yang harus melalui beberapa tahap dan proses pengkaryaan yang bertitik tolak daripada penggunaan akal yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada manusia. Mengikut beliau kegiatan ini merangkumi : Bahan Mentah Input Mental objek subjek

Berdasarkan konsep diatas, proses peringkat pertama yang dikemukakan ialah pemilihan bahan mentah yang dipilih, diproses oleh pengkarya.peringkat ini melibatkan penglihatan mental dan tenaga buruh pembuat. Ia melibatkan tahap pengkarya dalam memindah imeh mentalnya yang bersifat preconceived (gagasan) kepada bahan yang terdiri daripada bentuk pemukaan seperti kanvas atau kain putih. Peringkat kedua pula ialah merupakan bahan seni yang dibuat dalam bentuk imej. Selepas peringkat ini barulah sesuatu karya itu dibuat penilaian oleh khalayak mengikut kemampuan masing-masing. Dalam banyak perkara, seni reka ialah sesuatu yang kreatif dan ciptaan merupakan sesuatu karya yang tidak mempunyai jawapan yang tepat bagi permasalahan. Hasil seni reka merupakan sesuatu yang dapat disampaikan oleh perekanya kepada khalayak yang melihatnya. Perkataan reka bentuk pula berkait rapat dengan kaedah penghasilan. Pengkhususan dalam bidang reka bentuk biasanya lebih menglihat pada hasil atau imej pada sesuatu kraf. Dalam perkara ini, seni reka dikaitkan dengan perkataan komuikasi, iaitu satu tindak balas yang dihasilkan kepada khalayak. Komunikasi tampak dan idea sepertigarisan, warna, dan bentuk lebih berkesan bagi menerangkan sesuatu kepada khalayak. dalam penghasilan reka bentuk pula, pengkarya harus membuat manipulasi bagi melahirkan kebebasan.dalam proses ini, perubahan dan penyesuaian bagi penyelesaiaan masalah unyuk melihat kesan. Proses ini diiikuti dengan melukis sehinggalah masalah dalam reka bentuk dapat diselesaikan dalam kraf. Dua perkara yang harus difahami, iaiyu seni dan sains selain tahu melukis. Dalam hal ini, seni reka merujuk pada prose penyelesaiaan masalah yang dilalui oleh pereka yang melibatkan satu aktiviti yang dipanggil reka bentuk. (Lawson 1994). Dalam penghasilan sesuatu karya kraf yang menarik, ia melibatkan daya kreativiti berbanding dengan prinsip gunaan. Proses penghasilan sesuatu reka bentu melibatkan tiga perkara iaitu memikir, melihat, dan membuat.

4.0

Seni dari Sudut Orang Melayu

Dalam kesenian Melayu, seni yang dilahirkan oleh masyarakat melayu merupakan alat kepada budaya yang dikenal sebagai peralatan budaya. Dari sudut antrapologi pula, seni merupakan model kepada peralatan budaya yang bersama-sama menentukan perkembangan sesuatu budaya. Berkaitan dengan seni orang Melayu, dua pekara yang selalu diambil kira iaitu gunaan dan hiasan. Seni ini kebiasaanya terdapat dalam kesenian rakyat. Ia juga sering merujuk kepada seni peralatan budaya tradisi yang dikaitkan dengan peasant art atau kesenian desayang bermula dari zaman primitive lagi (Wan Abdul Kadir dan Mohd Taib, 1986). Seni melayu mempunyai kaitan dengan asas kebudayaan setempat yang berkembang sehingga terhasilnya tekstil yang dimiliki sebagai keperluan peralatan bagi tujuan gunaan dan juga hiasan. Seni tekstil merupakan seni yang berkaitan dengan kreativiti yang dihasilkan melibatkan tata hubungan manusia dengan bentuk yang menyenangkan.(Sidi Gazalba, 1977). Dalam aktiviti kesenian pula ialah sifat semulajadi orang melayu yang sukakan seni telah menjadikan mereka sebagai satu bangsa yang pandai mengolah berbagai-bagai budaya asing sehingga dapat menjadikan keperibadian melayu terutama budaya islam sendiri. Dalam hal ini, bangsa melayu bukanlah bangsa yang pasif menerima budaya asing, malah merupakan satu bangsa yang aktif dan kreatif yang menyumbang kepada perkembangan budaya (A. Aziz Deraman, 1985). Kesenian dalam tekstil yang dihasilkan oleh orang melayu merupakan satu seni tampak yang melibatkan sesuatu aktiviti dan jiwa sehinggakan ia telah menarik minat, pandangan dan perasaan.

5.0

Kraf Melayu dan Konsep Keindahan

Sesuatu objek yang dicipta untuk menimbulkan kesan keindahan seharusnya mempunyai fungsi yang bukan sahaja boleh digunakan tetapi dapat melahirkan rasa gembira atau menyenangkan hati. Sidi Gazalba(1977) pula dalam bukunya Pandangan Islam Tentang Kesenian menyatakan bahawa teori tentang keindahan yang dikemukakan oleh ahli falsafah
10

sejak dahulu lagi dapat dibahagikan kepada teori lama yang bersifat mental fizikal manakala teori moden yang bersifat psikologikal. Baginya akal bukan sahaja memiliki deria fikiran dan kemahuan malah memiliki deria rasa yang boleh merangsangkan penghasilan dan penilaian seni yang halus. Ku Zam Zam (1984) menjelaskan bahawa kesenian berkait rapat dengan budaya kerana ia merupakan sebahagian daripada budaya. Antara unsure budaya yang melahirkan kesenian ialah agama dan kepercayaan, adat istiadat dan juga bahasa. Mengikut beliau, biasanya masyarakat membentuk keseniaannya yang tersendiri berdasarkan pengalaman dan kehidupan yang dilalui. Kesenian merupakan pendorong kepada seseorang untuk bertindak dan mengakibatkan berkembangnya ruang lingkup perasaan seseorang. Dalam menghayati seni, penghasilan seni yang dapat memberi kepuasan pada deria penglihatan terbahagi kepada dua iaitu seni rupa dua dimensi yang terdapat pada seni tekstil dan tiga dimensi yang terdapat pada seni ukir. Bagi masyarakat islam, menilai keindahan adalah sesuatu yang digalakkan seperti tercatat dalam hadis Nabi yang membawa maksud Allah itu Maha Indah, Dia sukakan Keindahan.(Hadis Muslim). Cirri utama kesenian islam ialah keindahan iaitu sesuatu yang cantik, bagus benar, elok dan molek. Jarang sekali keindahan yang dihasilkan oleh orang islam melahirkan sesuatu bentuk lukisan manusia dan alam yang naturalistic. Antara seni yang dihasilkan adalah jenis rumit dan dikenal sebagai arabesque yang terdiri daripada beraneka bentuk geometric, tumbuh-tumbuhan yang digaya dan juga kaligrafi (Othman Mohd Yatim, 1989). Hasil seni kita boleh lihat banyak digunakan oleh orang melayu terutama dalam membuat motif batik dan songket. Kraf yang dihasilkan oleh orang melayu kebanyakkannya berkait dengan keindahan yang tertakluk kepada bahan dan teknik. Bahan daripada alam semulajadi pula merupakan tahap pengalaman terpenting bagi orang melayu. Keadaan alam semulajadi yang kaya dan indah menjadi tarikan kepada pengkarya melayu untuk menghasilkan dan membuat sesuatu untuk keperluan dan kegunaanya. Penggunaan bahan alam yang dihasilkan mereka melibatkan dua perkara iaitu teknik dan estetika. Teknik dikaitkan dengan kaedah atau proses yang dilalui sehingga dapat menghasilkan sesuatu yang mempunyai nilai estetika. Nilai estetika yang dihasilkan dalam kraf melayu adalah berkaitan halus, berguna, bersatu, berlawan, dan prinsip

11

berlambang (Zakaria Ali,1987) supaya penghasilanya dapat member kepuasan kepada pereka dan penghayat kraf. Dari segi kehalusan seni yang dihasilkan oleh orang melayu melibatkan cara pembuatan teliti dan bahan yang sesuai dari segi kegunaan. Penghasilan seni yang berguna pula melibatkan hasil seni yang memenuhi fungsi yang bukan hanya indah dipandang malah selesa dipegang. Prinsip bersatu pula bermaksud hasil seni tidak berakhir dan berhujung (tiada awalan dan akhiran) iaitu motif yang dihasilkan dikaitkan dengan satu bahagian dengan bahagian yang lain. Lingkaran belit ialah perkara yang berkaitan dengan prinsip menyatukan, manakala prinsip berlawan merujuk kepada adanya pertentangan yang terkawal diantara dua bahagian. Akhir sekali prinsip berlambang adalah sesuatu seni yang berkaitan dengan hiasan kerana hiasan merupakan lambing keindahan dan kecantikan yang mempunyai hubungkait antara isi (makna) dan bentuk (Zakaria Ali, 1987). Mengikut Ku Zam Zam (1984 & 1989), alam sekitar merupakan sesuatu yang menjadi sumber penting dalam penghasilan motif orang melayu. Kebanyakan corak yang dihasilkan oleh orang melayu biasanya adanya hubungan harmoni antara kehidupan mereka dengan alam sekeliling. Berkaitan dengan seni hias ini, penghasilan kraf tukang melayu adalah bertitik tolak dari rasa kesedaran terhadap keperluan gunaan dan estetika atau keindahan. Seni melayu merupakan satu seni yang dihasilkan berlandasarkan karya yang tidak bercanggah dengan islam. Kraf melayu merupakan sesuatu penghasilan yang mementingkan pemilihan motif yang menyelitkan perkara yang terikat kepada lunas-lunas etika islam. Kraf melayu yang bercorak islam ini juga telah mengubah pemilihan penghasilan motif daripada kehidupan yang dipengaruhi agama semasa hindu yang diamati sebelum ini kepada motif daripada tumbuhtumbuhan atau alam semulajadi yang tidak bercanggah dengan nilai islam. Selain itu, unsur islam ini juga telah menggalakkan susunan motif yang berbentuk geometrik yang menitikberatkan prinsip harmoni dan kesatuan garisan yang tidak bercanggah dengan Islam ( Othman Mohd Yatim, 1989 dan Abdullah Mohamed, 1990).

12

6.0

Kesimpulan

Sudah menjadi lumrah setiap insan sukakan sesuatu yang indah dan cantik. Setiap insan juga secara tidak disedari mempunyai deria untuk memilih dan tidak pernah pula sesuatu yang dipilih itu tidak cantik. Sesuatu yang indah itu mempunyai seni yang tersendiri dan seni yang paling indah ialah hanya yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. dan kita, tanpa disedari memang diselubungi oleh seni yang indah itu dalam kehidupan seharian kita. Kraftangan tradisional orang melayu merupakan satu hasil seni yang tak ternilai harganya. Keindahan seni rekanya pasti mengembirakan dan menyenangkan hati sesiapa sahaja yang memandangnya. Teori estetika dan keindahan mengikut kaca mata orang melayu pula mempunyai kaitan dengan keindahan melalui pengalaman dan pemerhatian alam persekitaran yang mempunyai kaitan dengan budaya itu sendiri. Seni melayu pula ialah seni yang terikat dengan etika islam. Kraf melayu merupakan sesuatu penghasilan yang mementingkan pemilihan motif yang menyelitkan perkara yang terikat kepada lunas-lunas etika islam. Unsur islam ini juga telah menggalakkan susunan motif yang berbentuk geometrik yang menitikberatkan prinsip harmoni dan kesatuan garisan yang tidak bercanggah dengan Islam

13

7.0

Rujukan

A.Aziz Deraman ( Disember 1985), Falsafah Kebudayaan Kebangsaan. Dewan Budaya, hlm 39-43 Ku Zam Zam Ku Idris (1984) Nilai Keindahan Dalam Seni Kraftangan Melayu, Dewan Budaya, hlm 40-43 Mohamed Najib Ahmad Dawa (1995), The Symbolism of Batik From Kelantan,Malaysia, Its Origins and Transformation. Ph. D Tesis, The Manchester Metropolitan University. Othman Mohd Yatim (1989). Warisan Kesenian Dalam Tamadun Islam. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Sidi Gazalba ( 1977) Pandangan Islam Tentang Kesenian. Kuala Lumpur : Penerbit Pustaka Antara. Atas Talian : http://www.kraftangan.gov.my/

14

You might also like