You are on page 1of 25

Abstrak Kajian dalam merealisasikan usaha merapatkan jurang pendidikan di Malaysia merupakan kajian yang dijalankan untuk meningkatkan

kualiti pendidikan di kawasan luar bandar supaya pencapaian pendidikan di setiap kawasan adalah sama rata atau hampir sama tanpa adanya perbezaan yang begitu ketara. Kajian ini mendapati bahawa pendidikan luar bandar berada pada tahap rendah kerana beberapa faktor, iaitu tiada kesedaran ibu bapa, kemiskinan keluarga, sikap pelajar, kekurangan bahan bantu mengajar, kemudahan infrastruktur, dan jurang pendapatan penduduk yang ketara. Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian dan pembacaan. Dalam hal ini, pihak kerajaan telah mewujudkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) bagi mengatasi permasalahan ini agar generasi yang dididik mampu mengangkat negara ke mercu kejayaan selaras dengan matlamat Wawasan 2020. Antaranya, memperbaiki sistem pendidikan di sekolah luar bandar, mengubah persepsi ibu bapa terhadap sistem persekolahan yang diperkenalkan, mempertingkatkan bahan bantu mengajar berbentuk teknologi, mewujudkan iklim persekolahan yang selesa, dan memperkenalkan kaedah bagi merapatkan jurang pendapatan penduduk luar bandar yang seterusnya menghapuskan kemiskinan tegar penduduk luar bandar Pendahuluan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) bakal merapatkan jurang pendidikan antara lokasi dengan membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar di seluruh negara. Selain itu, ia turut memfokuskan peningkatan kadar penyertaan dan mengurangkan risiko keciciran pelajar. Membangunkan modal insan, Sekolah Kebangsaan, dan merapatkan jurang pendidikan merupakan kunci dalam mencapai matlamat memperkasakan pendidikan khususnya pendidikan luar bandar. Pembangunan pendidikan di Malaysia pada peringkat awal tertumpu kepada pembinaan sekolah di bandar dan kawasan pertumbuhan ekonomi utama negara. Sekolah-sekolah di bandar dibekalkan dengan kemudahan bangunan dan peralatan yang baik dan lengkap, guru terlatih dan sumber mencukupi. Sebaliknya, peluang menikmati pendidikan bagi penduduk di luar bandar dan pedalaman amat terhad. Malah sekolah luar bandar mengalami pelbagai kekurangan daripada segi infrastruktur dan peralatan, kemudahan asas, guru serta sokongan ibu bapa dan masyarakat. Ketidaksamarataan dan jurang pendidikan ini wujud disebabkan keutamaan pada masa itu tertumpu kepada
1

usaha memastikan lebih ramai pelajar mendapat pendidikan berbanding dengan kualiti pendidikan yang disediakan. Jurang pendidikan juga wujud antara jenis sekolah, kaum, jantina, taraf sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Jurang ini menyebabkan perbezaan prestasi dan pencapaian pelajar, penyediaan kemudahan fizikal dan bukan fizikal serta keciciran pelajar. Impak jurang pendidikan telah menyumbang kepada keadaan tidak seimbang yang ketara daripada segi sosioekonomi antara penduduk luar bandar dan bandar. Usaha menangani jurang ini terus mendapat perhatian Kerajaan sejak Rancangan Malaysia Ketiga (RMKe-3). Dasar Pendidikan Di Malaysia Bagi setiap negara yang sudah mencapai kemerdekaan, salah satuaspek penting yang amat dititik beratkan dalam usaha untuk menuju ke arahnegara yang maju dan membangun dari aspek politik, ekonomi dan sosialialah penekanan terhadap perlaksanaan sistem pendidikan negara. Sistempendidikan yang dilaksanakan di dalam sesebuah negara, penting bukansahaja kerana fungsi kebajikan dan sosialisasinya iaitu di mana kanakkanak dididik untuk menjadi insan yang berjaya dan mengenali budaya sertaalam sekeliling, tetapi juga boleh digunakan sebagai wadah untukmenyampaikan ideologi kebangsaan kepada masyarakat iaitu melaluipenerapan tentang kefahaman serta nilainilai positif untuk perpaduankaum di kalangan para pelajar. Di Malaysia, dasar pendidikan mempunyai peranan yang amat pentingdalam menentukan hala tuju sistem pendidikan negara yang mana dasar inidikenali sebagai Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dasar PendidikanKebangsaan mula dilaksanakan di negara ini dalam tahun 1957. Umumnya, terdapat 3 tujuan utama yang terkandung dalam dasar pendidikan kebangsaan ini. Pertama, tujuan dasar pendidikan diadakan adalah untukmewujudkan satu sistem pelajaran yang dapat memenuhi keperluan negaradan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik. Kedua, untuk menghasilkan pelajar yang berdisiplin serta mematuhi danmenghormati kedua ibu bapa mereka di mana prinsip ini sejajar dengandasar dan polisi pendidikan untuk mengadakan proses pengajaran danpembelajaran yang cekap dan efisien dengan keperluan untuk mengelakkanperbelanjaan awam yang tidak tersusun. Yang ketiga pula, ianya untukmemastikan agar dasar ini dapat dilaksanakan dengan berkesan
2

khususnyadalam menentukan perkembangan sistem pendidikan yang progresif dan bahasa kebangsaan dijadikan sebagai bahasa pengantar yang utama. Integrasi antara kaum pula merupakan isu yang amat diberi perhatian oleh pihak kerajaan ketika menggubal dasar pendidikan selepas Negara mencapai kemerdekaannya. Laporan Razak 1956 dan Laporan RahmanTalib 1960 telah menggariskan dengan jelas dasar yang berkaitandengan nilai-nilai integrasi antara kaum ini. Antara langkah yang telah diambil dalam usaha untuk mengukuhkan dasar pendidikan negara ini ialah dengan menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar utama di semua sekolah, menggunakan sukatan pelajaran dansistem peperiksaan yang sama di setiap sekolah dan guru guru yang mengajar di sekolah haruslah dilatih di bawah satu sistem latihan perguruan yang sama. Ketiga-tiga faktor ini merupakan kunci kepada pembentukan arah dan orientasi nilai sistem pendidikan kebangsaan negara ini. Menerusiperancangan yang sistematik, kurikulum latihan perguruan yang seragam dan amalan-amalan pedagogi di bilik-bilik darjah yang bersesuaian, makasistem pendidikan kebangsaan ini dijangka dapat membentuk ciri-ciri tingkahlaku dan sikap pelajar yang bersesuaian dengan tatasusilamasyarakat Malaysia. Matlamat Pendidikan di Malaysia Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan beretika. Falsafah ini juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan yang mempunyai hubungan dengan individu berkenaan bermula dengan keluarga dan seterusnya meluas kepada masyarakat dan negara (AllenMeares, 2007). Pendidikan merupakan agenda utama bagi menentukan kesinambungan keunggulan sesuatu generasi. Melalui pendidikan, kesatuan bangsa, bentuk atau ciri individu dan jenis keterampilan yang sesuai untuk menjamin kesejahteraan sosial negara dan kualiti
3

tamadun yang baik akan terhasil. Pendidikan merupakan wadah atau prasarana utama untuk membangunkan diri insan yang utuh, bebas, berdikari dan berfikiran kritis. Bagi mencapai matlamat ini sistem pendidikan perlu menitikberatkan perkembangan emosi, fizikal, sosial, rohani dan intelek para pelajar yang menjadi sasaran utama sistem ini. Dalam sistem pendidikan Malaysia peranan ini diterajui oleh sistem sekolah yang merupakan manifestasi umum dan juga merupakan elemen penting dalam proses sosialisasi sejak peringkat awal usia seseorang individu. Isu dan Cabaran Dalam Merealisasikan Usaha Merapatkan Jurang Pendidikan di Malaysia
1. Jurang Bandar dan Luar Bandar

Bandar merujuk kepada ketidaksamarataan daripada segi penyediaan infrastruktur dan penempatan guru terutama di Sekolah Kurang Murid (SKM), sekolah Orang Asli dan sekolah di pedalaman. Usaha merapatkan jurang pendidikan bandar dan luar bandar semakin giat dijalankan. Hal ini kerana, masih terdapat sekolah-sekolah di Malaysia tidak mempunyai bekalan air awam. Bagi sekolah-sekolah tersebut, bekalan air disediakan melalui kaedah bekalan air graviti, penuaian hujan dan telaga tiub. Ini bermakna, masih ada sekolah yang mendapat sumber air daripada air sungai air terjun dan menadah air hujan. Perancangan kurikulum dan pembangunan perisian juga jauh lebih pantas daripada pembangunan infrastruktur. Begitu juga walaupun sistem pendidikan kebangsaan telah diperkenalkan kepada Orang Asli sejak 1960an, namun didapati bilangan yang berjaya dalam pendidikan amat kecil. Statistik awal tahun 2000 menunjukkan masih terdapat sekolah di kawasan pedalaman, terpencil dan pulau yang tidak mendapat kemudahan asas. Faktor Kemunduran Pendidikan Luar Bandar Hasil kajian menunjukkan bahawa kualiti pendidikan sekolah luar bandar berada pada tahap sangat rendah. Ini termasuklah pemerolehan ilmu pengetahuan yang agak rendah disebabkan tiadanya budaya cintakan ilmu pengetahuan. Tabiat membaca dalam kalangan pelajar kurang dititikberatkan kerana kebanyakan pelajar terdiri daripada pelajar miskin yang memerlukan banyak perhatian dan bantuan. Ini
4

membataskan peranan guru dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar yang boleh membaca secara lancar dan seterusnya meningkatkan tahap pemikiran mereka secara lebih kritis dan kreatif. Antara huraian faktor-faktor kemunduran pendidikan luar bandar adalah seperti berikut: i. Kemiskinan Iaitu keluarga pelajar membataskan usaha pihak sekolah untuk melibatkan ibubapa dalam mencari formula yang berkesan ke arah meningkatkan pencapaian anak dalam pelajaran. Ibubapa pelajar lebih memberi penekanan terhadap mencari rezeki demi meneruskan kelangsungan hidup. Bagi mereka, pelajaran anak-anak menjadi keutamaan dan tanggungjawab pihak sekolah. Sesetengah ibubapa yang berpendapatan tinggi kurang memberi kerjasama dari kerana menganggap anak mereka sudah pandai dan memerlukan sedikit usaha guru untuk mencapai kecemerlangan.
ii.

Kurang perhatian terhadap pendiddikan

Terdapat ibubapa yang kurang memberi perhatian terhadap pelajaran anak-anak. Ada yang tidak menghantar anak-anak ke sekolah agama pada sesi pagi atau petang kerana berpendapat sekolah agama mengganggu pelajaran anak-anak di sekolah kebangsaan, di samping membebankan anak-anak mereka. Ini menyebabkan sekolah agama kurang mendapat sambutan.
iii.

Tiada motivasi untuk belajar

Kebanyakan pelajar tidak mempunyai minat untuk belajar kerana sekolah merupakan tempat yang menghalang kebebasan bergerak bagi mereka. Mereka tidak bebas mengikuti ibubapa menjalankan pekerjaan kampung, disamping kurangnya peralatan pembelajaran yang berkesan yang terdapat dalam kelas. Pembelajaran tanpa bahan atau alat bantu mengajar yang mencukupi menghalang guru memberi pendidikan yang bermutu. iv. Kesukaran merubah persepsi

Pelajar-pelajar sekolah luar bandar sukar untuk diubah persepsi mereka menyediakan aktiviti yang bersesuaian dengan tahap kebolehan dan pencapaian mereka kerana kebanyakan mereka tidak berminat untuk datang ke sekolah.

Justeru itu, penguasaan ilmu pengetahuan dan tahap pemikiran mereka masih berada pada takuk lama tanpa sebarang pembaharuan. v. Kesukaran saluran teknologi

Pihak sekolah menghadapi masalah dalam penyaluran teknologi kepada pelajarpelajar kerana ada ibu bapa yang beranggapan bahawa teknologi hanya sesuai untuk pelajar- pelajar di sekolah bandar yang rata-rata ibubapa berpendapatan tinggi dan terdiri daripada golongan atasan. Ini membantut usaha pihak sekolah dalam melibatkan sama ibu bapa ke arah pendidikan cemerlang anak-anak. Usaha Kerajaan Dalam Memperkasakan Pendidikan Luar Bandar Usaha memperkasakan pendidikan khususnya pendidikan luar bandar menjadi keutamaan kepada pihak terhadap pelajaran selepas peperiksaan. Pihak sekolah mengalami kesukaran untuk kerajaan dalam meningkatkan kualiti pendidikan negara. Ini digarap dengan jelas dalam PIPP bagi membawa cabaran negara menuju Wawasan 2020. Antara, kaedah memperkasakan pendidikan luar bandar adalah seperti berikut: i. Meyediakan pelbagai pilihan pendidikan Mengadakan lebih banyak pilihan pendidikan kepada ibu bapa dan pelajar. Kementerian Pendidikan Malaysia akan meneruskan kewujudan pelbagai jenis sekolah, aliran, mata pelajaran dan bidang pengkhususan. Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Negeri (SAN) akan diteruskan. Pelaksanaan mata pelajaran vokasional (MPV) di sekolah-sekolah akan diperluaskan. Peruntukan belanja mengurus akan ditingkatkan bagi sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.
ii.

Peranan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

KPM juga akan meningkatkan keupayaan dan minat pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran. Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) akan dikaji semula agar lebih menekankan kemahiran berfikir aras tinggi. Budaya cintakan ilmu pengetahuan akan dipupuk dengan menggalakkan tabiat membaca. Penerbitan dan penterjemahan pelbagai jenis bahan bacaan sama ada dalam bentuk bercetak atau bukan bercetak akan dipergiatkan.
6

iii.

Melengkapkan Infrastruktur

Bagi menjayakan Program Pembestarian Sekolah, infrastruktur yang mencukupi akan disediakan seperti komputer, televisyen dan cakera video digital (DVD). Bagi memastikan program ini dapat beroperasi dengan lancar, program latihan dan bimbingan akan diadakan iaitu Latihan Asas Penggunaan Komputer, Latihan Penggunaan Komputer untuk pengajaran dan pembelajaran (P&P), Latihan Penggunaan Perisian Khusus dan latihan Penggunaan Televisyen Pendidikan (TVP) dalam P&P. Beberapa pendekatan P&P baru akan diperkenalakn supaya menarik minat para pelajar seperti program F1 Technology Challenge dan Robotik. iv. Kemahiran dan ketrampilan

Kemahiran berkomunikasi merentas kurikulum dan kokurikulum dengan memperbanyakkan aktiviti literasi dan secara langsung akan dipergiatkan. MPV akan diperluas di sekolah-sekolah selain memastikan pelajar menguasai kemahiran ICT. Bagi membina penampilan diri diperbanyakkan. Ceramah, seminar, motivasi ditingkatkan bagi memupuk nilai-nilai murni, budi bahasa dan adab di kalangan pelajar. Kerja amal dalam masyarakat setempat seperti di rumah orang tua dan anak yatim juga akan diperbanyakkan. Aspek keselamatan, kesihatan dan kebersihan (3K) turut diberi keutamaan.
v.

Sistem pentaksiran dan penilaian

KPM akan memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian supaya lebih holistik. Mengubah penekanan peperiksaan awam daripada berasaskan kandungan kepada kemahiran atau daripada bersifat ujian kepada kebolehan am. Bilangan mata pelajaran dalam peperiksaan awam juga akan dikurangkan bagi mata pelajaran tertentu. Sistem penggal akan dikaji semula dan digantikan dengan system berorientasikan peperiksaan. Bagi memantapkan kualiti sistem pentaksiran dan penilaian, standard prestasi kebangsaan bakal diperkenalkan untuk dibandingkan dengan standard negara lain vi. Peningkatan program

Beberapa program telah dikenal pasti untuk meningkatkan tahap pendapatan dan kesejahteraan masyarakat Koridor Utara, khususnya penduduk di kawasan luar bandar. Strategi utama adalah untuk membuat peralihan kepada ekonomi moden di mana aktiviti-aktiviti ekonomi yang bernilai tinggi, produktif dan menguntungkan akan dibangunkan. Syarikat-syarikat swasta yang besar akan digalakkan untuk membantu masyarakat, khususnya penduduk di kawasan luar bandar, untuk memodenkan dan meningkatkan lagi pengeluaran hasil-hasil pertanian dan kraftangan.
2. Jurang Digital

Kemajuan sosial dan ekonomi kini bersandar kepada kebolehan sesuatu individu atau masyarakat menggunakan ilmu pengetahuan. Di waktu kini dan di masa hadapan akanterdapat lebih banyak ilmu dan maklumat akan disalurkan melalui sistem Information & Communication Technology (ICT), terutamanya Internet. Jurang digital merujuk kepada perbezaan besar di dalam masyarakat, antara mereka yang mendapat capaian secukupnya kepada kemudahan ICT, dan yang tidak mendapatnya. Mereka yang tidak mendapat capaian sewajarnya difikirkan akan ketinggalan dalam usahapembangunan amnya.Jurang ilmu pengetahuan pula merujuk kepada keadaan di mana maklumat yang dicapaimelalui kemudahan infrastruktur ICT ini tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya disebabkankurang kemahiran untuk menggunakannya dalam menjalani kehidupan seharian.Jurang Digital akan memberi peluang kepada sebahagian sahaja daripada kita untukmendapat faedah, manakala yang sebahagian lagi tidak dapat merasai manfaat dari kecanggihan teknologi ini. Masyarakat desa adalah antara golongan yang mungkin terpinggir dan tercicir dalam arus pembangunan sekiranya langkah-langkah positif tidak diambil untukmerapatkan Jurang digital tersebut. Teknologi semata-mata tidak akan membawa manfaat kepada rakyat jelata dalam hal ini. Isi kandungan serta aplikasi ilmu pengetahuan memainkan peranan penting bagi mendedahkan manfaat ICT kepada kehidupan penduduk desa dan seterusnya boleh digunakan dalam kehidupan seharian mereka. Faktor Jurang Digital

Faktor terbentuknya jurang digital dalam pendidikan di Malaysia adalah berpunca dari beberapa sebab. Antaranya: i. Ekonomi Ekonomi sesebuah keluarga diambil kira kerana terdapat isi rumah dengan pendapatan yang rendah. Mereka tidak mampu untuk membeli dan mendapatkan khidmat ICT sedangkan dengan teknologi kini, semua informasi dengan mudah boleh dimiliki dengan mudah. Semuanya berada dihujung jari kita. ii. Geografi

Terdapat beberapa daerah, kawasan atau tempat yang tidak mempunya liputan internet dan bekalan elektrik terutamanya kawasan pedalaman. Ini akan menjadi salah satu sebab yang menyumbang kepada jurang digital pada masa kini.
iii.

Kemahiran komputer

Kekurangan pengetahuan dalam bidang komputer juga menyebabkan jurang digital tercipta. Terdapat sesetengat pelajar masih tidak mengetahui cara untuk mengakses maklumat dari laman sesawang. Ini kerana tidak ada atau kurang penerapan mengenai teknologi ini.
iv.

Kemahiran bahasa dan literasi

Kemahiran dari segi bahasa dan literasi perlu ada pada setiap pelajar. Ini penting dalam era teknologi global bagi mengakses maklumat denga betul. Terdapat pelajar yang tidak dapat membaca dan memahami bahasa Internet dengan baik. Harus diingatkan, setiap perkara hendaklah difahami. Usaha Kerajaan dalam Usaha Merapatkan Jurang Digital Cabaran KPM adalah untuk memastikan agar infrastruktur, perkakasan, perisian dan latihan yang mencukupi diberi kepada sekolah-sekolah di kawasan luar bandar yang kurang terdedah dengan ICT berbanding kawasan bandar. Dalam program pembestarian sekolah, semua sekolah luar bandar akan dilengkapkan dengan makmal komputer, bilik komputer dan perkakasan yang mencukupi. Sekolahsekolah juga akan dirangkaikan dengan akses jalur lebar SchoolNet dan bagi sebahagian sekolah di luar bandar dan pedalaman, pusat akses akan dibina
9

Pada waktu yang sama, KPM akan menambah baik kaedah penyampaian program TV Pendidikan dan merintis penggunaan video teleconferencing sebagai kaedah untuk menyampaikan ilmu pengetahuan dan bahan-bahan p&p kepada pelajar dan guru di kawasan pedalaman. Penyambungan internet di kawasan pendalaman telah dijalankan melalui inisiatif seperti program Pusat Internet Desa (PID) dan progam Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP). PID telah dilancarkan pada 3 April 2000 sebagai pendekatan menyeluruh dalam menyediakan akses Internet di kawasan pedalaman melalui peruntukan kandungan. Di bawah program PID, operator pihak swasta yang dibiayai oleh kerajaan menyediakan perlalatan komputer dan sambungan Internet; sementara tapak, keselamatan dan elektrik disediakan oleh oleh pihak Pejabat Pos setempat. Latihan juga diberi kepada penyelia PID dan pengguna-pengguna sebagai sebahagian dari pakejnya. Satu jawatankuasa sukarelawan juga digerakkan dengan pembangunan laman web setempat yang mempamerkan barangan dan perkhidmatan komuniti beserta penyediaan kandungan yang relevan dengan komuniti tersebut. Di fasa pertama projek ini, PID telah diletakkan di dalam Pejabat Pos di kawasan-kawsasan yang mempunyai sambungan TM Net DSL atau ISDN. Kini terdapat 42 buah PID di seluruh negara yang telah dilengkapkan dengan lima hingga enam komputer berserta saluran Internet melalui ADSL atau ISDN. Sama seperti PID, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah juga telah menubuhkan program Infodesa untuk menyerapkan budaya ICT di kalangan penduduk luar bandar.Program USP adalah salah satu inisiatif yang penting dalam usaha merapatkan jurang digita ldan sebahagian daripada polisi menyediakan perkhidmatan komunikasi asas kepada setiap rakyat. Menyedari bahawa tanggungjawab ini tidak boleh ditinggalkan kepada pihak Industri sahaja, kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM293.4 juta di bawah Rancangan Malaysia ke Lapan untuk menyediakan sumber-sumber yang
10

keperluaninfrastruktur,

pembinaan

kapasiti

serta

pembangunan

berkaitan di dalam memberi akses komunikasi kepada sekolah, klinik dan perpustakaan di luar bandar. Dengan menggandingkan inisiatif sedia ada seperti Sekolah Pintar dan fasa pertama projek USP, projek SchoolNet telah menyediakan akses jalur lebar kepada lebih 10,000 buah sekolah di seluruh negara, dengan tumpuan kepada sekolah di kawasan luar bandar. Projek SchoolNet bertumpu kepada pengedaran kandungan pembelajaran dan bertindak sebagai Intranet. Sementara itu, infrastruktur yangdigunakan untuk projek tersebut juga bertindak sebagai batu loncatan kepada perkembangan yang lebih meluas kepada komuniti. Rangkaian SchoolNet telah dilihatsebagai sebuah rangkaian nasional yang terurus rapi sepenuhnya yang berupaya mengeksploitasi kapasiti berlebihan di dalam tulang belakang negara.Strategi yang seterusnya dalam merapatkan jurang digital meliputi program-programmelebarkan akses infrastruktur ICT, peruntukan kemudahan dan perkhidmatan yang mampu-beli, meningkatkan kesedaran dan pendidikan melalui pengetahuan berterusan kepadapelbagai kumpulan sasaran, serta penggalakan pembangunan kandungan tempatan.
3. Jurang Antara Tahap Pencapaian Pelajar

Jurang antara tahap pencapaian pelajar merujuk kepada kesulitan menguasai 3M, (membaca, menulis dan mengira) mencapai standard minimum dan pelajar berisiko tinggi untuk cicir daripada sistem pendidikan. Perbezaan sekolah luar bandar dan bandar sememangnya amat ketara terhadap pencapaian keputusan peperiksaan atau ujian. Kemudahan prasarana adalah asas bagi memperolehi keputusan peperiksaan yang baik. Pihak kementerian perlu mengutamakan faktor ini, disebabkan masih ada sekolah yang masih kekurangan bilik operasi seperti Pusat Sumber, Bilik Guru, Bilik Pentadbiran, dan sebagainya. Begitu juga dengan padang sekolah untuk aktiviti ko kurikulum dan sukan. Faktor geografi bukanlah alasan utama untuk membangunankan kemudahan prasarana sekolah luar bandar, disebabkan sekolah yang terletak hampir dengan bandar atau pekan pun masih mengalami masalah kemudahan prasarana. Adalah tidak adil

11

apabila dibandingkan tahap pencapaian keputusan diantara sekolah luar bandar dengan bandar. Oleh yang demikian, lonjakan pembangunan fizikal sekolah luar bandar perlu dilakukan terlebih dahulu. Sekolah luar bandar mampu menandingi pencapaian sekolah bandar, sekiranya faktor asas ini di beri keutamaan perubahan. Contohnya, belajar dalam kelas yang dibina menggunakan kayu/papan, ada perbezaan dengan belajar dikelas yang dibina menggunakan simen/konkrit khususnya dari aspek semangat atau motivasi. Sekolah yang ceria, kondusif dan kukuh dapat menghasilkan suasana pembelajaran yang bermutu. Berdasarkan pengalaman sistem persekolahan yang terbaik di seluruh dunia, terdapat empat perkara penting bagi meningkatkan pencapaian pelajar:
Memastikan setiap kanak-kanak berjaya: Menetapkan tahap pencapaian tinggi

bagi semua pelajar (tanpa mengira latar belakang) dan menyediakan bantuan yang sistematik serta sokongan kepada kanak-kanak yang ketinggalan.
Menetapkan akauntabiliti kepada sekolah dalam melaksanakan perubahan ke

atas pencapaian pelajar: Memberikan autonomi kepada sekolah (misalnya pengurusan personel) sebagai ganjaran kepada peningkatan pencapaian pelajar yang signifikan.
Membuat pelaburan dalam pemimpin terbaik di setiap sekolah: Membuat

pelaburan yang besar ke atas pemimpin sekolah yang berperanan sebagai pemacu perubahan dengan kriteria pemilihan yang ketat, latihan yang mantap dan pengurusan prestasi berdasarkan pencapaian pelajar.
Meningkatkan daya tarikan keguruan dan menghasilkan guru terbaik: Menjadikan

profesion keguruan lebih menarik supaya dapat merekrut individu berkebolehan, meningkatkan kualiti latihan amali, serta mampu meningkat prestasi pengurusan dan pembangunan profesional secara berterusan. Faktor Prestasi Pelajar Tidak Memuaskan Seperti yang diramalkan, kekurangan infrastruktur akan menyeret sekali ke bawah prestasi pelajar. Hal ini tiada kaitan dengan kecerdesan pelajar, tetapi lebih kepada
12

corak hidup serta peluang yang terhidang kepada mereka. Secara keseluruhannya, pencapaian Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) masih jelas menunjukkan prestasi akademik prestasi akademik murid luar bandar lebih rendah - dalam mata pelajaran Bahasa melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Beberapa kajian terhadap pencapai pelajar luar bandar telah dijalankan dan mendapat bahawa isu kekurangan guru terlatih di luar bandar adalah salah satu penyebab berlakunya keadaan ini. Kekurangan guru di sekolah rendah dapat dilihat berdasarkan isu-isu berikut:
Kekurangan guru bagi mata pelajaran kritikal seperti Sains, Matematik dan bahasa

Inggeris. Kekurangan guru berkelayakan untuk pendidikan khas. Kekurangan guru lelaki berkelayakan mengikut opsyen yang boleh ditempatkan di kawasan pedalaman dan pulau menimbulkan masalah pengendalian kokurikulum dan mendapat guru ganti. Bilangan guru sandaran tidak terlatih (GSTT) masih ramai di luar bandar. Beberapa faktor yang mempengaruhi tahap pencapaian pelajar sekolah luar bandar: i. Latar belakang pelajar Faktor ini terdiri dari perkara-perkara seperti jantina pelajar, jenis bangsa dan taraf sosio-ekonomi. Contohnya bagi pelajar yang berasal dari keluarga berada lebih tinggi pencapaiannya kerana mereka dapat memiliki kemudahan yang mencukupi untuk belajar berbanding dengan pelajar yang tinggal di rumah serba kekurangan. ii. Motivasi diri pelajar

Salah satu contohnya ialah dari segi pencapaian terdahulu pelajar tersebut dan masyarakat sekitar. Iaitu merupakan penyumbang motivasi diri pelajar itu untuk menjadi lebih yakin untuk belajar.
iii.

Sikap pelajar terhadap persekolahan

Pelajarpelajar sebenarnya memberi tindak balas terhadap beberapa faktor dalam kelas. Antaranya ialah siapa yang mengajar, yakni guru berkenaan, apa

13

yang mereka perlu lakukan, dan sejauh mana mereka merasa selesa dalam kelas berkenaan iv. Persekitaran di rumah

Keadaan persekitaran memainkan peranan yang penting dalam proses anakanak menuntut ilmu. Alirkan bekalan elektrik supaya tiada lagi yang memakai lampu minyak di saat lampu stadium cerah menyala, demi anak-anak bangsa yang mahu menuntut ilmu. Ia juga melibatkan peranan ibubapa di rumah, faktor keadaan keluarga, dorongan akademik yang ada, dan tabiat kerja di rumah. v. Personaliti pelajar

Faktor ini berpunca dari sikap yang terbina dalam diri pelajar itu sendiri. Walaupun mereka berada di luar bandar, namun semangat ingin belajar itu tetap lahir dalam diri anak-anak luar bandar ini. Usaha Kerajaan Dalam Meningkatkan Tahap Pencapaian Pelajar Peranan kerajaan dalam memajukan sekolah luar Bandar ialah menyediakan peruntukan yang besar untuk meningkatkan prasarana di sekolah luar Bandar. Hal ini bagi mewujudkan kemudahan dan prasarana sekolah-sekolah di kawasan luar Bandar. Selain itu, kerajaan memperbanyak elaun kepada guru yang mengajar di pedalaman. Ia bertujuan menarik minat guru baru untuk bekerja di kawasan luar Bandar dan mengurangkan kadar pertukaran guru dari sekolah kawasan pedalaman. Seterusnya program sekolah bestari merupakan salah satu langkah kerajaan untuk memajukan sekolah luar Bandar iaitu melalui kerjasama kementerian pelajaran dengan perbadanan pembangunan multimedia (MDEC). Kerajaan juga melancarkan program latihan amali di sekolah luar Bandar dan ia merupakan cara yang terbaik untuk memajukan sekolah luar Bandar. Latihan ini untuk menyediakan para pelatih dengan cara yang baik. Kerajaan juga menaikkan bantuan perkapital kokurikulum. Hal ini untuk menggalakkan para pelajar di luar Bandar untuk aktif dalam kokurikulum dan akedemikn bagi menaikkan taraf sekolah luar Bandar. Selain daripada usaha kerajaan memperkembangkan prestasi pelajar di sekolah luar bandar, pihak swasta juga turut mempunyai peranan penting. Bagi pihak swasta,
14

mereka mengambil inisiatif baru dalam meningkatkan mutu pencapaian pelajar di luar bandar di mana mereka membuka peluang kepada pelajar untuk menyertai program-program yang dianjurkan seperti kelas tuisyen percuma dan sebagainya. Hal ini akan memudahkan pelajar menelaah pembelajaran mereka dengan baik di samping meningkatkan pencapaian dalam peperiksaan. Sistem pendidikan cemerlang mampu menarik serta memilih calon terbaik untuk memasuki profesion keguruan, serta secara berterusan dapat meningkatkan pembangunan guru berasaskan persekitaran sekolah serta mewujudkan budaya kecemerlangan berasaskan pencapaian. Antara contoh termasuk : i. Berupaya menarik dan memilih hanya calon yang terbaik Banyak Negara menyediakan ganjaran yang lumayan bagi menarik warganegara yang terbaik serta berbakat ke dalam profesion keguruan. Gaji yang tinggi kelihatan berupaya menarik calon yang berkualiti tinggi untuk menjadi guru. Dalam sistem pendidikan terbaik seperti di Hong Kong dan Singapura, hanya pertiga calon teratas daripada setiap kohort diterima sebagai calon bagi profesion keguruan. ii. Membangunkan guru dalam persekitaran sekolah

Terdapat negara luar yang menggalakkan program latihan intensif kepada guru permulaan, bagi meningkatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Guru pelatih ini akan bekerja sepenuh masa di sekolah pada tahun pertama dan selama dua hari dalam seminggu mereka akan dibimbing dan dilatih secara perseorangan oleh guru pengalaman. iii. Membangunkan budaya berasaskan prestasi

Bagi menerima lesen mengajar di New Zealand, guru mesti menerima penilaian yang memuaskan daripada Pengetua masing-masing, dalam dua tahun pertama kerjaya mereka. Ini adalah baik dijadikan standard atau contoh dalam bidang perguruan bagi melahirkan tenaga pengajar yang berprestasi tinggi dalam membantu usaha kerajaan bagi mempertigkatkan tahap pencapaian pelajar sekaliagus memperbaik jurang diantaranya.
4. Jurang Antara Pelajar Normal Dan Pelajar Berkeperluan Khas 15

Jurang antara pelajar normal dan pelajar berkeperluan khas merujuk kepada perbezaan penyediaan pelbagai kemudahan yang sesuai untuk menyokong proses p&p pelajar berkeperluan khas termasuklah yang kurang upaya, pintar, cerdas dan berbakat. Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Akta Pendidikan 1996 (Peraturan-peraturan pendidikan,Pendidikan Khas 1997), menyatakan dalam melaksanakan kurikulum Pendidikan Khas , guru-guru boleh mengubah suai kaedah atau teknik P&P, masa dan susunan aktiviti , matapelajaran dan bahan bantu mengajar (BBM) bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas. Murid berkeperluan khas adalah murid yang disahkan oleh pengamal perubatan sebagai kurang upaya penglihatan, kurang upaya pendengaran, masalah pembelajaran, kurang upaya fizikal atau kurang upaya pelbagai. Murid berkeperluan khas yang mengikuti kurikulum kebangsaan boleh menduduki peperiksaan awam contohnya Ujian Penilaian Sekolah Rendah, Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia. Ciri-Ciri Guru Pendidikan Khas Berhadapan dengan pelajar berkeperluan khas memerlukan beberapa keistimewaan yang perlu diterapkan dari dalam diri seseorang guru. Antara cirri-ciri tersebut ialah: i. Sabar

Sikap ini amatlah penting untuk menjadi seorang guru terutamanya untuk mereka yang berkeperluan khas. Sabar di sini bermaksud masih mampu tersenyum dan tidak berputus asa dalam melatih dan mendidik pelajar. Jika ada di kalangan pelajar kita yang sukar untuk menerima pengajaran kita, kita tidak boleh terus melenting dan berputus asa dengan mereka. Sebaliknya mencuba
16

untuk terus berusaha agar mereka dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan ketika pembelajaran tersebut. Akan tetapi, saya pasti, walau sesabar manapun kita mesti ada batasnya.
ii.

Kreatif dan mempunyai idea yang berterusan

Untuk memastikan objektif pengajaran tercapai dan pelajar kita dapat memahami apa yang diajar, kita haruslah menjadi seorang yang kreatif dan sentiasa mempunyai idea jika metod yang digunakan tidak berjaya. Guru pendidikan khas sebenarnya harus lebih kreatif daripada guru-guru bidang lain kerana kekurangan yang ada pada pelajar kita mengharapkan kita agar dapat mengajar dengan menggunakan kaedah yang sesuai dengan mereka. Cuba bayangkan jika kita menggunakan kaedah pengajaran yang sama dengan guru bidang lain, sudah tentukan pelajar kita tidak akan memahami apa yang diajar oleh kita. Jika ada, ia dalam kadar yang sedikit. Disebabkan itulah kreativiti menjadi satu lagi ciri yang penting bagi menjadi guru yang berkesan. iii. Ilmu pengetahuan

Pengetahuan sebenar ialah kefahaman (understanding). Dalam kepimpinan, kefahaman terhadap apa yang diperlukan dan dijangkakan oleh pengikutpengikut daripada pemimpin merupakan pengetahuan kerja yang praktikal.sebagai guru pendididkan khas, perlu mengetahui bidang pendidikan khas yang diceburi. Guru harus melengkapkan diri dengan segala ilmu yang sudah pasti dapat membantu dalam proses pembelajaran dan pengajaran. iv. Kemahiran

Pengetahuan dan kemahiran sama-sama penting. Kedua-duanya sangat diperlukan bagi pembangunan kepemimpinan personal. Ringkasnya, kemahiran sama erti dengan aplikasi (application). Kebolehan mengaplikasi sesuatu konsep atau idea kepada sesetengah 'task' merupakan satu kelebihan kepimpinan yang tidak dapat dipertikaikan. Kemahiran-kemahiran khusus termasuklah keberanian profesionalisme, ketegaran (decisiveness) dan kesabaran serta kemahiran mendengar. v. Bertanggungjawab
17

Menjalankan tugas merupakan amanah dan kewajipan yang mesti dilakukan sebaik dan sesempurna mungkin oleh penjawat awam. Nilai ini adalah Kewajipan Menjalankan Tugas dalam Tonggak Dua Belas. Menjiwai nilai ini dalam kalangan penjawat awam akan membina gaya kerja yang lebih cekap, cepat, berkesanan dan sempurna. Penjawat awam akan sentiasa menambah ilmu dan kemahiran bagi mempertingkatkan mutu kerja masing-masing. Amalan menjiwai nilai Kewajipan Menjalankan Tugas juga berupaya mengelak penjawat awam bekerja sambil lewa, malas, ingkar perintah, menyalahgunakan harta kerajaan, boros dan menunggu kerja. vi. Inovasi

Guru juga perlu mempunyai sifat yang kreatif dan inovatif bagi membolehkan guru mencapai prestasi yang tinggi. Sifat kreatif dan inovatif yang ada pada guru itu, akan mewujudkan pengajaran guru yang lebih menyeronokkan, diminati dan meninggalkan kesan kepada pelajar dan secara tidak langsung mempengaruhi pelajar untuk terus belajar. vii. Adil

Sikap tidak pilih kasih ini juga sgt penting dalam membina hubungan di dalam kelas. Jangan sekali-kali pilih kasih, sama ada dari segi kepandaian atau paras rupa. Jangan menyisihkan seseorg kerana kelemahannya. Guru yang berjaya tidak memandang seorang pelajar sahaja tetapi semua pelajar menjadi dibawah perhatiannya. Dalam menghukum juga tidak berat sebelah, memilih bulu dan tidak adil supaya pelajar tidak memandang guru berlaku tidak adil. viii. Sense of humor

Dalam menjadikan kelas tidak kaku dan pelajar bosan dengan pelajaran unsur humor perlu diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran. ix. Empati Sikap empati perlu wujud dalam diri guru pendidikan khas. Kewujudan ini penting supaya guru dapat membantu dan membimbing murid khas ini. Apabila ibu bapa mendaftarkan anaknya ke sekolah khas ibu bapa tidak mempunyaai ilmu dalam pendidikan khas dan mengharapkan kita sepenuhnya bagi

18

membantu mereka supaya anaknya dapat berdikari dan menjadi manusia yang berguna. x. Simpati

Sentiasa merasa simpati dan belas kasihan kepada kanak-kanak dengan nasib mereka. Sentiasa membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah mereka. xi. Kreatif dan berbakat

Guru yang kreatif adalah guru yang meneroka murid-murid. Murid-murid menunggu guru kerana tidak sabar untuk mempelajari pengajaran baru. Setiap guru mempunyai kreativiti masing-masing. Guru haruslah mendapatkan ilmu daripada bahan-bahan bacaan dan memperkembangkan kreativiti dalam diri. Guru yang kreatif akan meyediakan pelbagai bahan untuk pengajaran dan pembelajaran. xii. Berfikiran positif

Sentiasa berfikiran positif, tanpa memikirkan keburukan dan kelemahan para pelajar. Tidak membezakan pelajar yang cantik atau buruk dan yang pandai atau tidak. Sentiasa melaayan murid pendidikan khas dengan layanan yang baik, tidak memukul mereka sekirannya mereka membuat salah. Sentiasa memahami kelaluan pelajarnya. Guru seharusnya menyayangi murid-murid pendidikan khas seperti mereka menyayangi murid-murid biasa. Isu Penempatan Murid Pendidikan Khas Isu ini merupakan antara yang sering dibahaskan di peringkat sekolah antara guru Pendidikan Khas, Guru Pemulihan dan pihak pentadbir serta ibu bapa. Bagi sebahagian ibu bapa masih tidak mahu menerima hakikat bahawa anak mereka perlu dimasukkan ke kelas Pendidikan Khas. Oleh yang demikian kriteria dan instrumen pemilihan perlu sesuai dengan kepelbagaian katogeri murid. Setiap orang murid adalah berbeza dari aspek kognitif, emosi dan afektif. Mereka perlu dinilai dengan cara yang berbeza dan sesuai dengan tahap keupayaan mereka. Meskipun ada instrumen penempatan yang disediakan oleh kementerian tetapi tidak boleh digunakan kepada semua murid. Terutama sekali bagi murid dari katogeri slow learner atau lembab.
19

Cadangan penempatan tersebut perlu dirujuk kepada doktor atau pakar yang berkelayakan seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996. Pada tahun 90an hanya doktor pakar kanak-kanak atau pakar psiktatri sahaja yang layak membuat ujian penempatan. Ianya mengambil masa dari dua minggu hingga ke sebulan sebelum mengesahkan kecacatan yang dialami oleh murid tersebut. Selain daripada beberapa siri pemeriksaan murid tersebut perlu menjalani beberapa sesi terapi dan tahap kematangan pemikirannya akan dikukur. Begitulah sukarnya mendapatkan kelulusan dari pihak doktor. Isunya ialah sangat berbeza pada masa kini kerana dalam masa sehari doktor boleh mengesahkan penempatan untuk murid. Ibubapa selalu merungut pihak hospital tidak menjalankan rawatan secara terperinci. Lebih malang lagi ada doktor yang tidak ada pengetahuan langsung dalam bidang Pendidikan Khas. Maka tidak hairanlah ada sebahagian murid yang dari katogeri lembab atau slow learner ditandakan sebagai terencat akal. Malahan ada murid down sindrom ditandakan sebagai slow learner. Hal yang sedemikian mendatangkan masalah dalam kalangan guru menentukan kumpulan belajar atau kelas bagi murid tersebut. Sangat meragukan pada masa kini doktor di poliklinik boleh membuat pengesahan tersebut tanpa merujuk kepada pakar-pakar yang berkelayakan. Senario inilah yang menjadikan masalah utama dalam penempatan murid Pendidikan Khas. Kita tidak mempertikaikan kewibaan doktor tersebut tetapi masih kedengaran rugutan dari penjaga bahawa tidak ada sebarang pemeriksaan dan ujian yang dijalankan oleh pihak poliklinik memadai dengan instrument yang dibekalkan oleh pihak guru. Kebimbangannya ialah salah penempatan akan menyebabkan murid tersebut dinafikan hak mereka dalam mendapatkan pendidikan yang sewajarnya. Contohnya isu mengenai murid pemulihan yang ditempatkan ke dalam kelas Pendidikan Khas atau sebaliknya. Kaddangkala keputusan doktor tersebut terpaksa kita abaikan kerana keputusan penempatan yang tidak sesuai. Kebanyakan doktor tidak faham program yang berkaitan dengan perkataan integrasi, inklusif, masalah pembelajaran, kelas biasa, kelas pemulihan dan Pemulihan Dalam Komuniti.

20

Usaha Kerajaan Dalam Membantu Dan Menyokong Pihak Jabatan Pelajaran dan Kumpulan Pelbagai Disiplin termasuk pihak hospital perlu berganding bahu dan saling bekerjasama dalam isu ini. Kedua pihak perlu melakukan penyebaran ilmu dan pengetahuan yang mereka ada mengenai murid berkeperluan khas. Kedua pihak perlu berbincang dan menetapkan keperluankeperluan dan strategi yang lebih sesuai dalam isu penempatan ini. Pembinaan ujian soalan diognostik juga perlu diselaraskan dan dikeluarkan oleh satu badan yang bertauliah supaya tidak berlaku penyelewengan ataupun penindasan terhadap murid. Pelbagai aspek berkaitan murid perlu diambil kire sebelum memulakan proses penempatan murid berkenaan ke kelas-kelas pendidikan khas untuk mengelakkan masalah muncul setelah murid ditempatkan. Selain itu panelpanel yang terlibat semasa proses penempatan pelajar seharusnya menjalankan tugas dengan penuh professional untuk memberikan satu perkhidmatan yang terbaik. Ibubapa sekarang sentiasa peka mengikuti perkembangan anak-anak mereka. Oleh yang demikian mereka yang terlibat perlu telus dan menghormati hak individu untuk mendapatkan keperluan rawatan yang sesuai. Pentadbir sekolah juga perlu amanah dalam mentadbir program integrasi ini. Mengejar kecemerlangan biarlah dengan cara yang professional juga. Hak murid untuk mendapatkan pendidikan dan pelajaran perlu diambil kira. Bagilah mereka peluang menunjukkan kemampuan dan kebolehan mereka terlebih dahulu sebelum dihantar ke kelas Pendidikan Khas. Ibubapa juga perlu mempertahankan hak untuk anak-anak mereka. Mereka perlu tahu kriteria yang ditentukan untuk masuk ke kelas Pendidikan Khas kerana belum pasti cadangan dan pendapat pihak sekolah adalah benar selagi belum mendapat pengesahan pakar yang berkelayakan. Pihak Jabatan Pelajaran pula perlu lebih peka dan selari dengan dasar dan pekeliling yang telah dikeluarkan oleh pihak kementerian. Jangan mengharapkan pihak sekolah sahaja yang melaksanakan dasar-dasar tersebut sedangkan di peringkat jabatan banyak perkara yang terlepas pandang. Sokongan sedemikian sangat penting supaya guruguru diperingkat sekolah tidak merasa tertekan dan diperlekehkan begitu sahaja.
5. Jurang Sosioekonomi 21

Jurang sosioekonomi merujuk kepada perbezaan daripada segi tahap kesihatan, disiplin, kebajikan pelajar dan kemiskinan termasuklah kemiskinan dalam bandar. Golongan berpendapatan rendah di bandar biasanya berada di luar tahap kelayakan untuk diberi bantuan tambahan daripada KPM. Walau bagaimanapun, kos sara hidup yang tinggi di bandar menyebabkan anak-anak daripada kalangan keluarga ini juga memerlukan bantuan sama seperti anak-anak daripada kalangan keluarga miskin di luar bandar. Selain menerima bantuan daripada KPM seperti Buku Teks, Rancangan Makanan Tambahan dan KWAPM, pelajar-pelajar ini juga mendapat bantuan daripada pihak luar KPM. Pihak luar KPM ini termasuklah Pusat Pungutan Zakat, badan-badan korporat dan badan-badan bukan kerajaan. Cabaran KPM adalah untuk menyediakan lebih banyak bantuan bagi pelajar kumpulan ini. Usaha Kerajaan dalam Menangani Isu Jurang Sosioekonomi KPM memperuntukkan lebih daripada RM1.0 bilion setiap tahun bagi membantu pelajar dari keluarga miskin dan golongan kurang upaya melalui pelbagai program bantuan seperti: i. (PSS) RMT telah dilaksanakan mulai tahun 1979 sebagai langkah untuk menyediakan bantuan makanan berkhasiat kepada murid miskin. Mulai tahun 2003, muridmurid ini juga menerima susu segar melalui PSS. Kriteria pemilihan murid yang layak menerima RMT dan PSS adalah daripada keluarga berpendapatan kurang RM400 atau per kapita RM80 dan ke bawah. Seramai 700,000 murid menerima RMT manakala anggaran 550,000 murid menerima PSS setiap tahun. Bagi murid negeri Sabah, PSS dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri. ii. Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan Program Susu Sekolah

KWAPM diwujudkan berikutan pelaksanaan Dasar Pendidikan Wajib pada tahun 2003 untuk membantu murid miskin membayar yuran dan membeli pakaian seragam agar tidak tercicir daripada sistem persekolahan akibat kemiskinan. Pada tahun 2005, seramai 350,000 murid sekolah rendah diberi bantuan KWAPM.
22

iii.

Bantuan Makanan Asrama

Pada tahun 2005, sebanyak 260,000 pelajar sekolah rendah dan menengah diberi kemudahan makanan asrama. Syarat kelayakan adalah pendapatan isi rumah RM1,000 dan ke bawah. iv. Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid

KPM menyediakan bantuan perjalanan dan pengangkutan untuk kemudahan pelajar. Bagi SBP, bantuan diberikan kepada pelajar dalam bentuk tambang pergi dan balik dari rumah ke sekolah dan sebaliknya. Sekolah yang mempunyai asrama harian menggunakan peruntukan ini untuk program lawatan dan sebagai tambang ke sekolah agama atau ke masjid. Bagi sekolah-sekolah lain, bantuan ini digunakan untuk menyokong program lawatan sambil belajar. v. Elaun Bulanan Pelajar Kurang Upaya

KPM menyediakan Elaun Bulanan Pelajar Kurang Upaya sebanyak RM25 sebulan. Pada tahun 2005, seramai 20,355 pelajar telah menerima bantuan ini. vi. Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)

SPBT disediakan kepada pelajar daripada keluarga yang pendapatan isi rumah RM2,000 dan ke bawah bagi sekolah kebangsaan serta RM1,000 dan ke bawah bagi sekolah jenis kebangsaan dan sekolah menengah. Mulai tahun 2005, SPBT telah diperluas kepada anak-anak Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. vii. Skim Baucar Tuisyen (SBT) KPM menyediakan bantuan SBT kepada murid sekolah rendah yang lemah dalam pelajaran Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Sejak dilancarkan pada tahun 2004, seramai 450,000 murid telah menerima bantuan SBT setahun. viii. Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan

Universiti (BKPU) KPM menganugerahkan BKP dan BKPU kepada pelajar sekolah menengah yang menunjukkan prestasi akademik, kokurikulum dan sukan yang cemerlang.

23

Setiap tahun, dianggarkan 200,000 pelajar dianugerahkan BKP dan 30,000 pelajar dianugerahkan BKPU. ix. Asrama Harian

KPM menyediakan asrama harian bagi mengurangkan risiko keciciran di kalangan pelajar luar bandar dan pedalaman. Sehingga kini, terdapat 1,371 buah asrama harian yang menempatkan lebih 220,000 pelajar. xiii. Jaket Keselamatan

KPM menyediakan jaket keselamatan kepada pelajar yang menggunakan pengangkutan air untuk ke sekolah. Pada tahun 2005, KPM telah membekalkan 37,000 unit jaketkeselamatan bernlai lebih daripada RM 1.4 juta ke sekolahsekolah. Penutup Perkembangan pendidikan di Malaysia ternyata mengalami banyak perubahan, terutama sejak zaman penjajahan hinggalah zaman selepas merdeka. Perkembangan masyarakat seiring dengan perkembangan dasar-dasar negara yang sentiasa ditambahbaik bagi memastikan keperluan rakyat terbela. Perubahan dalam sektor pendidikan menjadi intipati penting dalam pengukuhan perpaduan negara ke arah yang lebih baik kerana pendidikan menjadi peneraju pembentukan masyarakat. Jurang pendidikan terutamanya antara bandar dan luar bandar merupakan tinggalan sejarah pembangunan pendidikan yang tidak setara antara lokasi. Fenomena ini amat merugikan pelajar berkaitan serta boleh menjejaskan perpaduan, pembangunan tenaga manusia, keharmonian dan kemajuan negara. Oleh itu, KPM sentiasa memberi penekanan bagi merapatkan jurang tersebut dengan melaksanakan pelbagai usaha secara serentak dan berterusan.

Bibliografi
Abu Bakar Nordin. (1994). Reformasi Pendidikan dalam Menghadapi Cabaran 2020. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

24

Awang Had Salleh. (1980). Pendidikan ke Arah Perpaduan: Sebuah Perspektif Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd. Majid Konting. (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Rahman Abdul Majid Khan. (2011). Penyeliaan Klinikal dari Perspektif Pengajaran di Sekolah. PTS Professional Publishing Sdn Bhd. Awang Had Salleh. (1980). Pendidikan ke Arah Perpaduan: Sebuah Perspektif Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006). Rancangan Malaysia Ke-9: Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Muhammad Nuruddin Bashah. (2007). Aliran Pendidik: PIPP Perlu Selaras Dengan Agenda Keharmonian Antara Kaum. http://www.mypendidik.net/portal/modules.php Kementerian Kesihatan Malaysia. (2010). Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan: Mempertingkatkan Pencapaian Pelajar. http://www.pemandu.gov.my/ YAB Tan Sri Dato Hj Muhyiddin Bin Hj Mohd Yassin. (2012). Teks Ucapan: Majlis Perutusan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia 2012. http://www.pmo.gov.my Kulanz Salleh Blog. (2009). Isu-Isu Pendidikan di Malaysia. http://kulanzsalleh.com/isu-isu-pendidikan-di-malaysia/ Dr. Jamil Ahmad (UKM dan Norlia Goolamally (OUM). Jurnal: Pentadbiran dan Pengurusan Sistem Pendidikan Malaysia Ke Arah Pendidikan Berkualiti Petah Wazzan Iskandar. (2011). Menuju Menara Gading: USM Rapatkan Jurang Pengajian. Berita Harian. Wan Noraini Wan Razab, Nooraini Othman. Jurnal Kemanusiaan bil.17, Jun 2011. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia. Edisi 19 untuk Julai dan Ogos 2009: Keselamatan Siber. Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia. Poh Bee Theen dan Melissa Ng Lee Yen Abdullah. (2008). Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil. 23, 123140. Universiti Sains Malaysia

25

You might also like