You are on page 1of 130

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

3 : FUNGSI PERNIAGAAN 3.1:- Pemasaran 3.11 Definisi dan peranan pemasaran i. Definisi ii. Pengurusan pemasaran iii. Hala tuju sistem pemasaran 3.12 Pendekatan Pemasaran i.Falsafah pengurusan pemasaran -Pendekatan pengeluaran -Pendekatan penjualan -Pedekatan pemasaran moden ii. Pendekatan strategik -Jenis portfolio perniagaan -Proses pemasaran 3.13 Gelagat pengguna dan penyelidikan pemasaran i. Model gelagat pengguna ii. Faktor yang pengaruhi gelagat pengguna. iii. Jenis-jenis keputusan pembelian -Proses pembelian barangan pengguna. -Proses pembelian barangan baru. -Proses pembelian barangan industri. iv. Penyelidikan pemasaran

3.14 Pemetakan Pasaran i. Pemetakan pasaran ii.Sasaran pasaran iii.Peletakan pasaran 3.15 Campuran pemasaran. i. Produk -Definisi -Ciri-ciri produk -Klasifikasi produk -Keputusan produk individu -Keputusan barisan produk -Keputusan campuran produk -Kitaran hayat produk ii. Pengedaran -Pengenalan saluran agihan -tingkahlaku saluran agihan. -Rekabentuk saluran agihan -Pengurusan saluran agihan -Pengurusan logistik dan agihan fizikal -Peruncitan -Agen -Pemborongan

iii) Penentuan harga -Faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan penentuan harga. -penentuan harga umum. -penentuan harga produk baru -Strategi penentuan harga campuran produk -Strategi penyelarasan harga -Perubahan harga. iv) promosi -Tujuan promosi -Langkah-langkah dalam mengembangkan komunikasi yang berkesan. -Penetapan belanjawan promosi. -Campuran promosi: -pengiklanan. promosi jualan, publisisti dan perhubungan awam dan jualan bersemuka. -Perubahan dalam komunikasi pemasaran .

3.2 Pengeluaran 3.2.1 Definisi dan peranan i. Definisi ii. Latar belakang -Evolusi pengurusan pengeluaran -Kepentingan pengurusan pengeluaran. -Cabaran yang dihadapi oleh pengurus pengeluaran -Perhubungan jabatan pengeluaran dengan jabatan pemasaran, kewangan dan sumber manusia. 3.2.2. Proses pengeluaran. i. Sistem pengeluaran ii. Subsistem pengeluaran. 3.2.3 Perancangan. i. Lokasi kilang -Objektif -Faktor-faktor yang perlu diambil kira dalam penentuan lokasi. ii. Susun atur kilang -Objektif -Jenis susun atur: secara tetap, proses dan produk. 3.2.4 Jenis-jenis pengeluaran i. Mengikut tempahan ii. Secara Massa iii. Secara berkelompok. 3

3.2.5 Kawalan kualiti. i. Definisi ii. Objektif iii.Alat-alat kawalan kualiti - Kawalan proses secara statistik. (SPC) iv. Pemeriksaan -Pemeriksaan menyeluruh -Pelan persempelan. 3.2.6 Kawalan inventori. i. Definisi ii. Objektif 3.2.7Pengurusan inventori i. Penyenggaraan peralatan. ii. Definisi iii.Objektif iv.Kaedah penyelenggaraan 3.2.8 Konsep pengurusan pengeluaran moden. i. Pengurusan kualiti menyeluruh (TQM) -Definisi -Objektif -Latar belakang -Prinsip-prinsip -Kebaikan. ii. ISO 9000 -Maksud ISO 9000 -Cara-cara untuk mendapatkan ISO 9000

iii. Merekayasa (Reengineering) -Definisi -Objektif -Kebaikan. iv. Rekabentuk Bantuan komputer/ Pembuatan bantuan komputer. -Definisi -Objektif -Kebaikan.

3.3:- KEWANGAN 3.3.1 Definisi Dan Peranan i. Definisi ii. Kaitan kewangan dengan bidang lain iii. Peranan pengurus kewangan 3.3.2 Penyata Kewangan i. Penyata pendapatan ii. Kunci kira-kira iii. Penyata aliran dana 3.3.3 Objektif Kewangan i.Memaksimumkan keuntungan syarikat ii.Memaksimumkan kekayaan pemegang saham syarikat 3.3.4 Sumber Dana i. Jenis -Ikut jangkamasa -Ikut tuntutan 3.3.5:- Penggunaan Dana i. Jenis -Jangka pendek -Jangka panjang

3.3.6 Perancangan Kewangan i. Penyata Perancangan kewangan -Penerimaan wang -Pembayaran wang -Aliran wang bersih -Lebihan/ kurangan wang 3.3.7 Insurans i. definisi ii.Peranan iii. Prinsip iv. Prinsip Takaful v. Jenis-jenis vi. Ganti rugi/jaminan

3.4 Sumber Manusia 3.4.1 Definisi dan peranan i. Definisi ii. Peranan dan kepentingan. iii. Fungsi jabatan sumber manusia. iv. Cabaran 3.4.2 Perancangan sumber manusia. i. Definisi ii. Proses perancangan sumber manusia iii. Sumber tenaga. -dalaman -luaran. 3.4.3 Pengambilan tenaga manusia. i. analisis kerja -huraian kerja -spesifikasi kerja. ii. Pengrekrutan -dalaman -luaran. iii. Proses Pemilihan - Borang permohonan - semakan rujukan - temuduga - ujian. iv. Penawaran kerja. -syarat perkhidmatan v. Induksi -Tujuan - Kandungan program - Masalah pelaksanaan.

3.4.4 Latihan dan pembangunan. i) Definisi ii) Peranan dan kepentingan iii)Pembentukan dan pelaksanaan program iv) Jenis latihan yang dikendalikan serta kebaikan dan kelemahannya 3.4.5 Penilaian. i) Definisi ii) Peranan dan kepentingan iii) Kaedah-kaedah iv) Ciri-ciri penilaian yang berkesan. v) Masalah dalam penilaian. 3.4.6 Faedah, ganjaran dan tindakan disiplin. i) Faedah dan ganjaran -Bentuk wang -Bukan wang -Penentu-penentu ganjaran. ii) Tindakan disiplin. -Definisi -Proses dan masalah dalam tindakan disiplin. -Hukuman

Konsep
Keperluan -adalah asas kepada kehidupan manusia dan terhasil secara semulajadi tetapi boleh dipengaruhi oleh aktiviti pemasaran - Keperluan terdiri daripada keperluan fisiologi(makanan/minuman, pakaian) , keselamatan(tempat tinggal), sosial(kasih sayang), penghargaan diri(ingin dihormati) & pencapaian diri(sesuatu yang dapat dicapai seperti memenangi pingat Olimpik) Kehendak - adalah pelengkap kepada keperluan dan ianya tidak terhad. Ianya terbentuk dan dipengaruhi oleh budaya serta personaliti seseorang individu. Contohnya, manusia memerlukan makanan(nasi) semasa lapar tetapi mereka boleh memilih untuk makan nasi kandar, nasi beriyani ataupun nasi putih seperti yang dikehendaki Permintaan - Permintaa hanya berlaku jika seseorang yang mempunyai kehendak & kemampuan utk membeli (kehendak yg disokong oleh kuasa beli)

Produk - Produk ialah sesuatu yang ditawarkan oleh penjual kepada bakal pembeli untuk perhatian, milikan atau kegunaan untuk memuaskan kehendak dan keperluan pembeli. Ciri produk merangkumi sifat-sifat ketara seperti bahan, warna,saiz dan bentuk, dan sifat-sifat tidak ketara seperti jaminan, waranti, kredit, khidmat selepas jualan Pertukaran ialah suatu perbuatan untuk mendapatkan sesuatu produk daripada pihak lain bagi memuaskan keperluan dan kehendaknya dengan menawarkan sesuatu yang berbeza. Transaksi/urusniaga -iaitu urusniaga antara dua pihak di mana kedua-dua pihak mendapat sesuatu yang bernilai yang diperlukan oleh mereka. Nilai Perbezaan antara faedah memiliki ddan menggunakan produk yang telah dibeli dengan kos untuk mendapakannya. Pasaran - Pasaran ialah tempat di mana kedua-dua pihak pembeli dan penjual membuat pertukaran terhadap barangan dengan harga yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak

10

Definisi Pemasaran: Merupakan proses perancangan


dan pelaksanaan konsep berkaitan dengan perletakan harga, pengagihan barangan ataupun perkhidmatan, atau idea, untuk mewujudkan pertukaran bagi memenuhi objektif individu dan matlamat organisasi.

11

Pengurusan Pemasaran
Pengurusan Pemasaran didefinisikan sebagai aktiviti menganalisis, merancang, melaksana dan mengawal program yang direka bentuk untuk membina dan menyenggarakan hubungan pertukaran yang berfaedah antara organisasi dan pembeli sasaran dengan bermatlamat untuk mencapai objektif organisasi

Hala tuju sistem pemasaran


Ianya bergantung kepada faktor persekitaran global dan domestik yang amat dinamik Faktor-faktor yang mempengaruhi HTSP ketika ini ialah ledakan sistem maklumat, globalisasi, perubahan kepada ekonomi baru, dan peningkatan tanggungjawab sosial. - Ledakan sistem maklumat iaitu perdagangan elektronik (e-commerce) yang telah membuka cabang pemasaran baru kepada pengeluar dan pembekal produk. Pasaran adalah lebih luas, mudah dan murah dengan menggunakan komputer berinternet di mana-mana sahaja di dunia ini. - Globalisasi wujud akibat daripada perdagangan elektronik yang menjadikan dunia semakin kecil dan tidak dipagari oelh sempadan(dunia tanpa sempadan) - Akibat globalisai (Perubahan ekonomi baru), tiada lagi sekatan atau tarif dan pasaran menjadi lebih besar dan tahap persaingan adalah tinggi. Pengeluar atau pembekal yang mempunyai kelebihan sahaja mampu bersaing dan merebut peluang. Mereka yang mempunyai kelebihan bersaing berupaya mengikut perubahan pasaran dan ekonomi yang dinamik iaitu perubahan kepada ekonomi yang baru. - Peningkatan tanggungjawab sosial masa kini mempengaruhi corak aktiviti pemasaran sesuatu produk kerana pengguna lebih peka dan perihatin terhadap alam 12 sekeliling

3.1.2 Pendekatan pemasaran


i. Falsafah pengurusan pemasaran
Pendekatan pengeluaran -Andaian-pengguna akan membeli atau menerima apa sahaja yang dikeluarkan oleh pengilang dan senang didapati dengan harga yang berpatutan. -Pengeluar lebih menumpukan kepada pengeluaran dan bukan pemasaran. Semua tenaga serta kemahiran ditumpukan kepada pengeluaran barangan sebanyak yang mungkin bagi memenuhi permintaan pengguna. Pendekatan penjualan - Andaian- pengguna akan membeli produk syarikat dengan banyak jika syarikat tersebut mengadakan jualan secara besar-besaran daan kempen promosi yang menyeluruh. - Jurujual dan iklan memainkan peranan penting dalam menyakinkan pengguna untuk membeli sesuatu produk -Syarikat perlu membentuk iklan yg kreatif dan membuat jualan peribadi bagi menyakinkan pengguna untuk membeli produk tertentu

13

Pendekatan pemasaran moden -jualan tidak bergantung kpd jualan yang agresif tetapi pemasaran adalah faktor penting dalam penjualan produk Penekanan diberikan kepada memuaskan keperluan dan kehendak konsumer Dikenali sbg konsep pemasaran di mana syarikat (i) berusaha memnuhi kehendak konsumer dan (ii) pada masa yang sama mencapai matlamat syarikat iaitu memperolehi keuntungan

14

ii. Pendekatan strategik


A. Jenis porfolio perniagaan Antara beberapa langkah yang perlu dilakukan oleh syarikat dlm pendekatan strategik ialah: a) Mendefinisikan misi syarikat yang sebenar b) Membentuk objektif @ matlamat Syarikat c) Menganalisis jenis portfolio perniagaan yang sedang dijalankan a) Mendefinisi misi syarikat - Apakah perniagaan yang sedang dilakukan? - Siapakah pelanggan syarikat? - Apakah jenis perniagaan yang ingin dijalankan pada masa akan datang? - Apakah yang sepatutnya diniagakan oleh syarikat? Misi syarikat yang baik : berorientasikan kepada pasaran @ konsumer, realistik(boleh dicapai dan sesuai dengan persekitaran/kehendak pasaran). Misi boleh dijadikan penunjuk arah @ wawasan untuk mencapai kejayaan

15

b) Membentuk objektif
Objektif- sesuatu yang ingin dicapai oleh syarikat. Berdasarkan misi syarikat. Objektif. yangg ingin dicapai mestilah konsisten dengan objektif fungsi-fungsi atau jabatan-jabatan lain dalam syarikat. Objektif mestilah memfokuskan kepada kepuasan pelanggan dan seterusnya perolehan keuntungan c) Menganalisis jenis portfolio perniagaan - Aktiviti Utama dalam perancangan strategik di mana pihak pengurusan perlu menilai semula jenis-jenis perniagaan yang dijalankan oleh syarikat. - Pihak pengurusan perlu mengenalpasti perniagaan yang dijalankan oleh syarikat. Setiap jenis atu bidang perniagaan yang diceburi oleh organisasi dikeniali sebagai unit perniagaan strategik -Contoh: Syarikat. DRB Hicom- pengeluaran kereta Proton, Bank EON dan bas Intrakota. Ketiga-tiga ini unit perniagaan strategik DRB - Unit perniagaan strategik juga merujuk kepada sebuah jabatan dalam syarikat, satu lini produk, satu produk atau satu jenama

16

Peranan yang dimainkan oleh pemasaran dalam mencapai objektif strategik: a. b. c. d. Menganalisis peluang-peluang pemasaran Memilih sasaran pasaran Membentuk campuran pemasaran Mengurus usaha-usaha pemasaran

17

B. Proses Pemasaran
Proses pemasaran terdiri daripada empat proses utama iaitu:1. Proses menganalisis peluang pemasaran / Analisis Persekitaran. 2. Proses memilih pasaran tumpuan/ Membentuk Pemetakan pasaran. 3. Proses membangunkan campuran pemasaran/ Membentuk strategi pemasaran. 4. Proses mengurus aktiviti pemasaran
Proses menganalisis peluang pemasaran / Analisis Persekitaran.

Proses memilih pasaran tumpuan/ Membentuk Pemetakan pasaran.

Proses membangunkan campuran pemasaran/ Membentuk strategi pemasaran.

Proses mengurus aktiviti pemasaran

18

Persekitaran DemografiEkonomi

Proses Pemasaran
Pengantara Pemasaran Persekitaran Teknologi

P
e m b e k a l
Persekitaran Politik & Undang2

Analisis Pemasaran

Produk

Perancangan Pemasaran

Tempat

Sasaran Harga Pengguna


Promosi
Pelaksanaan Pemasaran

Orang Awam

Kawalan Pemasaran

Pesaing

Persekitaran Sosio-budaya
19

3.1.3 Gelagat pengguna dan penyelidikan pemasaran


i. Model Gelagat Pengguna
Gelagat Pengguna Gelagat Pengguna merupakan proses yang dilalui oleh pengguna dalam membuat keputusan belian, menggunakan barangan dan melupuskan barangan yang dibeli.

Gelagat pengguna adalah berkaitan dengan mencari jawapan kepada persoalan berikut: Apakah yang dibeli? Di mana membeli? Bagaimana membeli? Banyak mana membeli? Bila membeli? Kenapa membeli?
Model Gelagat pengguna Satu model yang menerangkan bagaimana pengguna memproses dan memahami rangsangan-rangsangan yang diterima dalam membuat pilihan pembelian. Model ini terdiri daripada tiga elemen iaitu:a) Rangsangan-rangsangan b) Kotak hitam pengguna c) Maklumbalas pengguna

20

Model gelagat pengguna


Rangsanganrangsangan
Pemasaran Produk Harga Tempat Promosi Lain-lain Ekonomi Teknologi Politik Budaya

Kotak hitam pengguna


Ciri-ciri Proses keputusan pengguna pengguna Budaya Sosial Individu Psikologi Kenalpasti keperluan Mencari maklumat Menilai alternatif Keputusan membeli Gelagat selepas membeli

Maklum balas pengguna


Maklum balas pengguna

Memilih produk Memilih jenama Memilih peniaga Masa membeli Jumlah belian

21

Faktor situasi
Demografi
Umur Pendidikan Bangsa masa tempat cara/bagaimana Tujuan Perasaan semasa membeli Campuran Pemasaran Produk

Jantina
Pendapatan Kewarganegaraan

ii.FAKTOR MEMPENGARUHI GELAGAT PENGGUNA

Harga Tempat

Promosi

Dalaman(Psikologi)

Motivasi
Persepsi Personaliti Sikap

Luaran (Sosial)
Budaya Kelas Sosial Kumpulan Rujukan Keluarga
22

iii. Jenis-jenis Keputusan Pembelian


1. 2. Proses Pembelian Barangan Pengguna Proses Pembelian Barangan Baru

3.

Proses Pembelian barangan industri

23

Proses Pembelian barangan pengguna

Mencari maklumat
Mengenalpasti keperluan Menilai alternatif

Gelagat selepas belian

Membuat keputusan
24

1. Mengenal pasti keperluan Proses pembelian bmula a/b konsumer menyedari keperluan Cth. Pn. Hamidah menyedari keperluan sebuah kereta utk ke tempat kerja Keperluan dirangsang oleh faktor dlman (keperluan kpd pengangkutan) atau faktor luaran(iklan kereta Proton yg disiarkan dlm akhbar) 2. Mencari maklumat Setelah mengenalpasti keperluan & dirangsang oleh stimuli dlman dan luaran,kmdn Pn. Hamidah mencari maklumat lanjut ttg kereta Proton. Makl. dr pelbagai sumber spt sumber komersial, peribadi dan awam Sekiranya ia sgt memerlukan kereta pd masa tsbt, kptsn pembelian pd tahap penglibatan yg rendah memendekkan proses pembelian melangkau langkah dlm proses pembelian Sebaliknya, ia dikatakan berada pd tahap peglibatan yg tinggi melalui semua langkah2 dlm proses pembelian Tahap penglibatan tinggi- dilalui a/b membeli brgan baru, brgan yg penting, berisiko tinggi & brgan kompleks spt komputer .

25

3. Menilai alternatif Pengguna memproses maklumat untuk mencapai kepada keputusan belian Penilaian bgtg kpd pengguna itu sendiri dan situasi belian yg dihadapinya. Konsumer menyenaraikan jenama, harga dan agen sbg kriteria pembelian Misalnya mungkin harga yg murah & pembelian yg mudah diproses mjadi keutamaan berbanding dgn warna kereta @ no. pendaftaran Keutamaan kriteria jg bgtg kpd nasihat yg diterima drpd jurujual, kawan-kawan & kptsn2 yg pernah dibuat pd masa lalu 4. Membuat Keputusan pembelian Slps kriteria dipertimbang & disenaraikan mengikut keutamaan, pengguna akan mencapai satu kptsn utk memilih alternatif terbaik yg disenaraikan spt kereta yg plg murah harganya Sekiranya pilihan itu tidak ada, pengguna akan membeli alternatif kedua terbaik drpd yg disenaraikan 5. Gelagat selepas belian Langkah2 selanjutnya yg diambil oleh konsumer slps pembelian pembelian memuaskan @ tidak Pembelian tidak menepati jangkaan dpt makl tambahan dr kawan yg memiliki kereta yg sama Pembelian menepati jangkaan merasa puas dgn pembelian akan diberitahu kpd kwn Kaedah oleh pemasar- jaminan, polisi pemulangan brg & pkhdm slps jualan kpd pengguna
26

Proses Pembelian Barangan Baru


1. Kesedaran 2. Minat 3. Keinginan 4. Penerimaan

Proses Pembelian barangan industri


1. Mengenalpasti Keperluan

2. Menentukan Spesifikasi Barang


3. Pencarian maklumat dan penilaian pembekal. 4. Mengadakan rundingan pembelian 5. Membuat keputusan dan menilai prestasi barangan.

27

iv. Penyelidikan pemasaran


Definisi Penyelidikan Pemasaran Merupakan teknik mengumpul data atau maklumat pasaran secara sistematik, membuat analisis, dan interpretasi data berhubung dengan pasaran syarikat, pelanggan dan pesaing

Langkah-langkah Dalam Proses Penyelidikan Pemasaran

1. Mendefinisikan objektif kajian 2.Reka Bentuk Penyelidikan

3. Mengumpul Data Sekunder 4. Mengumpul Data Primer 5. Analisis dan Interpretasi Data.
28

Langkah-langkah Dalam Proses Penyelidikan Pemasaran

Antara faktor yang mendorong syarikat untuk menlakukan penyelidikan pemasaran. -tekanan persaingan -meluaskan pasaran -kos pemasaran yang tinggi -jangkaan konsumer yang semakin meningkat
29

3.1.4 Pemetakan Pasaran


Pasaran Tempat di mana kedua-dua pihak pembeli/ Pengguna dan penjual/peniaga membuat pertukaran terhadap barangan dengan harga yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

i. Pemetakan pasaran Petakan pasaran Satu proses membahagikan pasaran kepada beberapa kumpulan pembeli yang mempunyai keperluan, ciri-ciri atau kelakuan yang berbeza yang memerlukan keluaran dan campuran pemasaran yang berlainan.

Tujuan Pemetakan Pasaran - Untuk membolehkan pemasar membentuk campuran pemasaran yang sesuai bagi memenuhi keperluan satu atau lebih daripada satu segmen. - Mengenalpasti profil pengguna. - Mengenalpasti perbezaan pengguna bagi setiap segmen.

30

Kepentingan Pemetakan Pasaran


1. 2. 3. 4. 5. Membolehkan pemasar membentuk campuran pemasaran yang sesuai. Menumpukan kepada segmen/bahagian yang dikenalpasti. Merancang dan membaharui produk mengikut keperluan asas pemetakan Merancang strategi pemasaran yang sesuai. Mengenalpasti peluang pasaran bagi produk sedia ada.

Asas Pemetakan Pasaran Barangan Pengguna


1. 2. 3. 4. 5. Pemetakan berdasarkan geografi. Pemetakan berdasarkan demografi. Pemetakan berdasarkan psikografi. Pemetakan berdasarkan gelagat /Kelakuan. Pemetakan berdasarkan faedah.

Asas Pemetakan Pasaran Barangan Industri


1. 2. 3. 4. Pemetakan berdasarkan demografi. Pemetakan berdasarkan angkubah operasi. Pemetakan berdasarkan faktor situasi. Pemetakan berdasarkan ciri-ciri personal.
31

ii. Sasaran pasaran


Kriteria utk penyasaran - Saiz & pertumbuhan segmen -Potensi persaingan -Kesesuaian dgn objektif syarikat

Pemilihan Strategi sasaran pasaran 1. Pemasaran tak terbeza/Strategi pemasaran massa - syk tidak mengambilkira perbezaan yg tdpt dlm pasaran - syk menawarkan produk kpd semua segmen dgn mgunakan campuran pemasaran yg sama - menjimatkan kewangan syk krn pengeluaran dilakukan secara massajumlah yg banyak - digunakan syk2 besar spt Pepsi, Coke 2. Pemasaran tertumpu - syk memilih satu @ dua segmen pasaran yg blh disasarkan dgn campuran pmsrn yg sama - syk popular oleh syk2 kecil krn sumber terhad - syk boleh menapak & menguasai pasaran yg mpyi kemungkinan dimasuki pesaing lain. - Cth AirAsia pemasaran tertumpu kpd penumpang domestik utk 32 terbang dgn cepat & murah

3. Pemasaran Terbeza - syk menyasarkan kpd bbrp segmen pasaran & cuba mereka bentuk tawaran @ produk yg berbeza bg setiap segmen - Cth: Proton mengeluarkan pelbagai model spt Wira,Iswara,Satria,Putra dll - Strategi campuran pmsrn iaitu pengedaran yg sama iaitu pemasaran semua model melalui Edaran Otomobil Nasional(EON) - faktor spt produk,hargadan promosi berbeza bagi setiap segmen pasaran

33

iii. Peletakan pasaran


Dilakukan setelah pemetakan dan penyasaran psrn dibuat Merujuk kpd persepsi pengguna terhadap sesuatu produk berbanding dgn keluaran pesaing Mengandaikan bhw pengguna membandingkan produk berdasarkan ciri2 utama produk sebuah syk dgn produk pesaing. Cth: Pengguna-surirumah lebih suka mgunakan serbuk kari Adabi dlm masakan bbanding keluaran lain yg tdpt di pasaran. Ini krn keluaran Adabi sedap serta halal & tjamin kebersihannya. Sedap,halal&bersih adalah tiga ciri produk penting dijadikan strategi oleh Syk Adabi utk mbuat perletakan psrn produk keluarannya. Ciri2 lain sbg strategi perletakan pasaran -harga rendah(Mydin Wholesaler, GlobeSilkStore) -prestij (Mercedes Benzs) Pemasar perlu membuat penilaian mengenai kelebihan2 persaingan dan kemudian memilih satu kedudukan yang boleh meletakkan dan mengekalkan perletakan tersebut diminda pengguna. Perletakan pasaran mempunyai 3 peranan Mendefinisikan produk kpd pengguna Membantu pengguna mengingati produk Menyampaikan ciri-ciri produk yg relevan kpd pengguna

Utk mencapai tujuan tsbt, pengiklanan digunakan sbg saluran komunikasi bg membentuk & mengekalkan perletakan pasaran di minda pengguna

34

3.1.5 Campuran Pemasaran


Campuran Pemasaran terdiri drpd: Produk (Product) Pengedaran (Place) Promosi (Promotion) Penentuan Harga (Price)Price) Dlm Pmsrn, akt. Utama yg perlu dilakukan dibahagikan kpd 4 kategori 4P (Product,Place,Promotion,Price)

i. Produk Definisi - Sesuatu yang ditawarkan oleh penjual kepada bakal pembeli untuk perhatian, milikan atau kegunaan untuk memuaskan kehendak dan keperluan pembeli. Ciri-ciri produk merangkumi sifat-sifat ketaranya seperti bahan,warna,saiz dan bentuk. Sifat-sifat tak ketara seperti jaminan,waranti,kredit,khidmat selepas jualan

35

Klasifikasi Produk A. Produk pengguna


Produk yg dibeli oleh individu @ seisi rumah utk kegunaan peribadi @ sendiri

1. Produk mudah beli - Produk & perkhidamatan yg biasanya dibeli oleh pengguna dgn kerap dgn kadar perbandingan yg minimum. - misalnya, sabun, suratkhabar dll - biasanya berharga murah & pemasar meletakannya di byk saluran utk kemudahan org lain 2. Produk beli-belah - pengguna membeli dgn kadar yg kurang kerap-sebulan,setahun @ 5 tahun sekali -mrk akan membandingkan kesesuaian, mutu, harga & stail produk sblm mbuat keputusan utk membelinya. - Pengguna akan berusaha utk mdpt makl. & membuat perbandingan - cth: perabot,pakaian,kereta,jam,alat kosmetik - pemasar akan menjual produk mrk melalui saluran yg terhad ttp memberi sokongan jualan yg lebih mdalam kpd pengguna
36

3. Produk khas - produk yg mpyi ciri2 unggul @ unik yg disukaioleh pengguna dr segi jenama, gaya @ jenisnya. Pengguna sanggup berusaha utk mperolehinya tidak kira berapa kos yg akan ditanggungnya. - Misalnya, barangan antik, kereta Rolls-Royce - Pengguna biasanya tidak membandingkan produk khas

4. Produk tidak dicari - produk yg tidak diketahui oleh pembeli akan kewujudannya di pasaran @ tidak pernah difikirkan tentang pembeliannya. - Cth: insurans nyawa, ensiklopedia, derma darah - produk ini memerlukan byk pengiklanan, penjualan peribadi dan usaha-usaha pemasaran yg lain

37

B. Produk industri
Produk yg dibeli oleh individu @ organisasi utk tujuan digunakan dlm operasi syk, pengeluaran barangan lain @ utk dijual semula kpd pihak lain. Cth: minyak masak yg dibeli oleh restoran Perbezaan antara produk pengguna dgn produk industri adalah tujuan pembelian produk tsbt. Merangkumi bahan & bahagian, item kapital, bekalan & perkhidmatan Bahan dan bahagian - bhn mentah serta bhn pembuatan & bahagian 1. bhn mentah->meliputi produk ladang (cth:gandum,kapas,ternakan dll) dan produk semula jadi(ikan,kayu balak,petroleum dll) 2. bhn pembuatan&bahagian->bahan2 komponen(besi, wayar,simen dll) dan bahagian komponen(motor kecil,tayar) Item kapital - produk2 industri yg membantu pembeli dlm proses pengeluaran @ operasi - tmsk pemasangan & kelengkapan aksesori 1. Pemasangan-pembelian utama spt bangunan(kilang,pejabat), kelengkapan tetap (generator, sistem komputer yg besar,lif) 2. Kelengkapan aksesori-peralatan kilang mudah alih serta alat2 & kelengkapan pejabat (faks,meja,kerusi)
38

Bekalan & perkhidmatan 1.bekalan i) bekalan operasi (arang batu, kertas,pensil,minyak) ii) item-item pembaikan & penyelenggaraan (cat,paku,penyapu) 2. Perkhidmatan i) penyelenggaraan&pembaikan (membersihkan cermin tingkap,memperbaiki komputer) ii) perkhidmatan nasihat (undang-undang, rundingan pengurusan,pengiklanan)

Keputusan Produk Individu Sifat2 produk


FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBEZAKAN PRODUK SYARIKAT DENGAN PRODUK PESAING

penjenamaan pembungkusan penglabelan Perkhidmatan sokongan produk


39

Keputusan Campuran produk


Item Produk satu model,jenama @ saiz produk yg dijual oleh syk. Cth Proton jual Perdana Lini Produk- produk yg dijual lebih kurang sama jenisnya @ yg berkaitan ant satu sama lain.Cth:Avon memasar gincu bibir dll alat kosmetik Campuran produk- merangkumi beberapa & pelbagai lini @ barisan produk yg ditawarkan oleh syk. Cth: Nestle memasarkan minuman coklat,bijirin,susu bayi dll

DEMENSI-DEMENSI ASAS DALAM CAMPURAN PRODUK Kelebaran campuran produk- bilangan barisan/lini produk yg ditawarkan oleh pengeluar kepada pengguna. Campuran yg lebar atau luas dapat menarik pelbagai segmen pasaran Kedalaman/kepanjangan campuran- bilangan item produk yg tdpt dlm sstu barisan produk.Campuran lebih dlm dpt menarik lebih segmen pengguna & memberikan lebih pilihan kpd pengguna Ketekalan produk- kaitan ant bbrp barisan produk dr segi kesamaan penggunaan,pengedaran & pembeli serta harga

40

Kuantiti Jualan,Untung

Kitaran Hayat Produk

Peringkat pertumbuhan
Peringkat pengenalan

Peringkat matang

Peringkat kemerosotan

Masa 41

Peringkat Pengenalan -Kategori produk baru,bentuk produk baru atau jenama baru dilancarkan. Jualan sangat rendah,matlamat syarikat mendapat tempat di pasaran -perlukan promosi agresif untuk galakkan penerimaan produk itu krn masih dicari oleh pembeli. Bakal pembeli mesti diberitahu kewujudan produk di pasaran,kebaikan serta kegunaanya. Ciri peringkat ini,kerugian dihadapi krn terpaksa membelanjakan wang yg banyak utk promosi,pengedaran dan pembentukan produk baru. -Memerlukan perbelanjaan wang yang banyak utk dapat keuntungan pd masa akan datang

Peringkat pertumbuhan/perkembangan -jualan mula meningkat dan syarikat mula mendapat keuntungan yang besar. Pesaing mula memasuki pasaran dan mereka akan mencuba mengeluarkan barangan terbaik dari segi rekabentuk dll. Ciri penting peringkat ini terjadinya pertandingan berbentuk monopoli. -Jualan keseluruhan meningkat dgn cepat kerana pembeli semakin ramai. Keuntungan maksimum akan dicapai.

42

Peringkat kematangan - Ramai pesaing memasuki pasaran. Persaingan menjadi lebih agresif dan keuntungan terus jatuh disebabkan kos promosi semakin tinggi dan ada pesaing mula menurunkan harga untuk menarik pelanggan. -Promosi menjadi penting. Tidak banyak perbezaan antara produk syarikat yg ditawarkan kerana pesaing telah mengetahui cara tarikan yang paling berkesan. Meniru produk pesaing menjadi satu kebiasaan dan dalam pertandingan monopoli terdapat pertandingan hebat pada harga,promosi dan keluaran -Pemasar perlu sentiasa memanjangkan hayat produk Peringkat penurunan/kemerosotan -produk baru menggantikan produk lama. Pertandingan harga di kalangan pengeluar yang masih ada menjadi semakin agresif tetapi bagi pengeluar yang masih ada pembeli setia, mereka mungkin masih mendapat keuntungan -Edaran hayat produk berbeza bergantung kepada jenis produk. Amnya, edaran hayat semakin singkat kerana persaingan semakin kuat di kalangan pesaing yang meniru produk lain. Syarikat perlu memikirkan strategi untuk mengembangkan keluarannya menjalani edaran hayat yang lengkap

43

ii. Pengedaran
Proses memindahkan dari pusat pengeluaran kepada pengguna di lokasi dan masa yang dikehendaki mereka. Pengedaran memerlukan saluran agihan untuk menggerakkan barangan daripada pengeluar kepada pengguna

Pengedaran
Penentuan harga

Penyelidikan pemasaran

Fungsi-fungsi yang dilakukan dalam saluran pengedaran


Pembelian

Perancangan produk

Promosi

Perkhidmatan pelanggan

44

Tingkah laku saluran agihan - Konflik berlaku pd dua peringkat iaitu :


a) Konflik mendatar - Konflik yg berlaku ant. Firma di peringkat yg sama dlm saluran agihan spt ant dua @ lebih peruncit. - Cth: pengedar kereta proton di sp merungut ttg kereta toyota di pp yg mencuri pelanggannya dgn memberi tawaran harga yg rendah serta melakukan pengiklanan yg agresif di luar kawasan jualan yg telah ditetapkan - Keadaan ini berlaku a/b org2 tengah tidak diberikan hak pengedaran eksklusif @ utama oleh pihak pengeluar B) konflik menegak - Konflik ant bbrp tahap yg berbeza dlm saluran yg sama, misalnya ant. Pengeluar dgn pemborong @ pemborong dgn peruncit -Pengeluar tlh memberikan hak jualan dan pengedaran kpd pemborong ttp pd masa yg sama, pengeluar juga menjual brgan yg sama secara terus kpd pengguna -Cth: nestle menjual MILO terusa kpd pengguna & pd masa sama dia masih lagi mguna khidmat org tengah - Pengeluar bersaing dgn pemborong utk mdptkan jualan drpd pasaran yg sama. Sbb lain konflik berlaku = perbezaan matlamat, salah faham dll - Cara penyelesaian konflik ini, melalui kepimpinan pemimpin saluran yg boleh menguasai ahli2 dgn kuasa & autoriti yg ada pdnya. Pemimpin saluran boleh mengarah, memimpin & menyokong ahli2 lain dlm saluran agihan utk sama2 mencapai objektif

45

3. Reka bentuk saluran agihan


2 jenis saluran agihan A. Saluran agihan berdimensi menegak I. Saluran terus/langsung - Pengeluar menjual terus kpd pelanggannya Cth: Jualan langsung AVON, TUPPERWARE, salun, bantuan guaman dll ii. Saluran tidak langsung - pengeluar memberi amanah @ tanggungjawab pengedaran barangan beli belah spt kereta

B) saluran agihan berdimensi mendatar - Merujuk kpd jumlah ahli saluran yg mengendalikan sesuatu produk pd satu peringkat @ tahap dlm suatu saluran - Lebih byk yg terlibat pd sesuatu peringkat, maka lebuh luas sesuatu saluran tsbt & sebaliknya - Saluran utk proton lebih luas pd peringkat peruncitan jika dibandingkan dgn mercedes proton ada byk pengedar
46

Jenis-jenis saluran agihan Produk Konsumer/pengguna


Pengeluar Pengeluar Pengeluar Pengeluar

Agen/broker

Pemborong

Pemborong

Peruncit

Peruncit

Peruncit

Pengguna

Pengguna

Pengguna

Pengguna
47

Jenis-jenis saluran agihan Produk Industri


Pengeluar Pengeluar Pengeluar Pengeluar

Agen

Agen

Pengedar Industri

Pengedar industri

Pengguna Industri

Pengguna Industri

Pengguna Industri

Pengguna Industri
48

Tahap Liputan Pengedaran Pasaran Pada Peringkat Peruncitan


Pengedaran intensif -Merangkumi liputan paling luas atau maksimum . -memastikan produk mudah didapati oleh pengguna di merata kedai -Pengantara pemasran perlu menyimpan stok produk yang banyak -Cth: pengeluar produk mudah beli seperti tisu,minuman ringan,sabun. Pengedaran selektif -Barangan beli-belah, istimewa & industri yang memrlukan usaha jualan yang berbeza atau khusus oleh pihak pengantara pemasaran. -Strategi menghadkan pengedaran kepada beberapa pengantara atau orang tengah di satu kawasan geografi berdasarkan prestasi yang ditunjuk oleh mereka. -Digunakan kerana jumlah pembeli sedikit tetapi menyumbangkan sebhgin besar jumlh jualan

Pengedaran eksklusif -Produk yang dianggap istimewa oleh pengguna seperti jam tangan ROLEX barang kemas ekslusif. -Strategi untuk menghadkan pengedaran hanya kepada satu outlet/ kedai dalam satu kawasan geografi -Untuk pengeluar yang iginkan penolakan ke dalam pasaran secara maksimum oleh pengantara pemasaran -Bagi pengatara pemasaran kerana usaha promosi yang dilakukan memberikan faedah yang eksklusif kepada mereka dalam kawasan pasaran mereka beroperasi.
49

Tahap Liputan Pengedaran Pada Peringkat Peruncitan


Intensif Pengeluar Selektif Pengeluar Eksklusif Pengeluar

Pemborong

Pemborong

Banyak Peruncit Contoh: Coca-cola

Peruncit 1 Peruncit 2 Peruncit 3 Contoh:Kasut Bally

Peruncit Terpilih Contoh: Jam tangan Rolex


50

Pengurusan Saluran Agihan


Memilih ahli saluran agihan -Supaya ahli yang dipilih sesuai dengan kehendak piawaian syarikat

Memberi Motivasi ahli saluran agihan -Supaya ahli sentiasa mencapai prestasi yang baik
Menilai prestasi ahli saluran agihan Supaya ahli dapat dinilai berdasarkan standard yang telah ditetapkan seperta dari segi kuota jualan, perkhidmatan kepada pelanggan,serta pengurusan inventori & pulangan barangan.

51

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PEMILIHAN SALURAN AGIHAN


1. Faktor Pasaran. -Faktor ini bergantung kepada petakan pasaran. -Contohnya bagi produk kesihatan sesuai menggunakan saluran agihan yang terus kepada pengguna 2. Faktor Produk. -Bergantung kepada jenis produk samada yang mahal, kompleks atau dibuat khas atau mudah pecah maka perlu memikirkan saluran aguhan yang sesuai. -Contohnya: kapal terbang perlu terus kepada pelanggannya. 3. Faktor Pengeluar. -Pengeluar yang mempunyai sumber kewangan yang banyak boleh membentuk saluran agihan sendiri dan boleh membentuk konsep pemasaran yang sesuai. 4. Faktor Persaingan. -Persaingan yang sengit akan menyebabkan syarikat menggunakan saluran agihan yang ringkas dan pendek supaya produknya terus sampai kepada pelanggan.

52

Pengurusan Logistik Dan Agihan Fizikal


Definisi Logistik

Aktiviti yang berkaitan dengan pengaliran atau pemindahan bahan mentah dari tempat pengeluaran ke tempat pemprosesan, pemindahan bahan mentah, produk separuh siap & siap di dalam dan antara kilang dengan tempat penrgudangan serta pemindahan barangan siap kepada pengguna akhir.

Aktiviti logistik Termasuk pembelian, pergudangan,pengendalian bahan atau sumber dan perkhidmatan pelanggan. Objektif Utama Logistik 1. Meminimakan jumlah kos logistik pada satu tahap perkhidmatan yang telah ditentukan dengan memastikan pengagihan dibuat untuk produk, tempat yang betul dan pada masa yang tepat. 2. menyediakan perkhidmatan pelanggan yang sempurna dan cekap kepada pengguna pada kos yang berpatutan)
53

Elemen-elemen dalam Sistem logistik


Pengangkutan

Pemprosesan Pesanan

Sistem logistik

Pergudangan

Pengendalian Barang

Kawalan inventori
54

Elemen-elemen dalam Sistem logistik Pengangkutan


-Proses menggerakkan barang dari satu lokasi ke lokasi yang lain. -Terdapat beberapa pengangkutan seperti, pegangkutan air, udara dan darat.

Pergudangan
-Merupakan satu kegiatan yang diatur atau disimpan supaya terdapat barangan apabila diperlukan. -Meliputi aktiviti seperti menerima dan mengenalpasti barangan, menyusun, menyimpan barang, memesan dan menghantar barangan.

Kawalan inventori
-Tujuannya adalah untuk menperkembangkan dan mengekalkan tahap serta jenis barangan yang dikeluarkan oleh syarikat. -Sekiranya inventori pada tahap yang rendah syarikat menghadapi risiko kehilangan jualan dan syarikat perlu mengimbangi risiko supaya berada pada tahap yang rendah.

55

Pengendalian Barang
-Pengendalian barang bagi item-item barangan semasa pegangkutan dan pergudangan dinyatakan sebagai pemegangan bahan.

-Keadaan ini penting kerana akan memberi kesan ke atas kepuasan pelanggan dan koskos disebabkan kerosakkan barang.

Pemprosesan Pesanan
Tujuan utama aktiviti ini adalah untuk menerima dan memfailkan pesanan-pesanan pelanggan. Pemprosesan pesanan yang tepat dan cepat akan memberikan kelebihan kepada syarikat.

56

AHLI-AHLI SALURAN AGIHAN

1. Ejen
Definisi Ejen: Merujuk kepada orang tengah yang biasanya terlibat dalam memasarkan barangan industri tanpa mengambil hak ke atas produk tersebut dan menjual produk bagi pihak pengeluar.

Huraian berkaitan dengan Ejen


-Ejen boleh memperolehi komisen daripada pengeluan . -ejen juga boleh menjual terus barangan kepada pengguna.

-Ejen juga boleh menjadi broker.


Definisi broker: Orang tengah yang mempertemukan pengeluar atau penjual dengan Pengguna. Broker akan memperolehi komisen daripada pertemuan yang dilakukan oleh kedua-dua Pihak.
57

AHLI-AHLI SALURAN AGIHAN

2. Pemborongan
Definisi Pemborong: Merujuk kepada aktiviti-aktiviti yang melibatkan pembelian secara pukal produk dari pengilang oleh orang tengah dan menjual kembali produk tersebut kepada pengguna awam tau pengguna industri. Huaraian berkaitan pemborong. Tiga kategori utama pemborong: a) Pemborong saudagar Pemilik persendirian syarikat pemborongan dan tidak dikawal oleh syarikat pengeluar. Mengkhusus dalam penjualan produk industri sebaliknya yang mengkhusus dalam penjualan produk konsumer dipanggil jober b) Broker dan Agen Orang tengah antara pembeli dan penjual dan dibayar komisen untuk perkhidmatan yang diberikan. Mereka mengendalikan produk tetapi tidak mempunyai hak ke atasnya. c) Pejabat dan cawangan jualan pengilang Syarikat pengeluar yang mengendalikan sendiri semua aktiviti pemborongan.

58

AHLI-AHLI SALURAN AGIHAN

3.Peruncitan
Definisi Peruncitan: Merujuk kepada semua aktiviti yang melibatkan penjualan atau penyewaan produk secara terus kepada pengguna akhir untuk kegunaan mereka atau organisasi.

Huraian berkaitan dengan peruncitan Aktiviti peruncitan boleh diklasifikasikan antaranya berdasarkan perkhidmatan dan perletakan harga Peruncit khidmat penuh-menawarkan pelbagai perkhidmatan kpd pelanggan seperti penghantaran barang. Peruncitan berkedai amalan jualan kepada konsumer melalui kedai. Contohnya; kedai istimewa,kedai berjabatan,pasar raya,kedai mudah beli,superstore dan Hypermarket

Peruncitan tanpa kedai amalan jualan kepada konsumer tanpa melalui kedai tetapi melalui kaedah seperti mel, katalog, telefon, televisyen, internet Contohnya; pemasaran langsung,jualan langsung,pembelian secara elektronik dan peruncitan secara automatik
59

iii. Penentuan harga


Definisi Harga : Jumlah wang yang dikenakan untuk pemilikan atau penggunaan sesuatu produk atau nilai wang yang dibayar oleh pelanggan untuk mendapatkan sesuatu produk

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Keputusan Penentuan Harga


1. Faktor dalaman a)Objektif pemasaran i. Penakatan(survival) syarikat akan cuba untuk terus beroperasi dalam pasaran bukan lagi untuk memperolehi keuntungan.Harga produk pada paras yang rendah ii. Memaksimakan keuntungan semasa harga yang ditetapkan pada paras yang menghasilkan keuntungan iii. Pemimpin pasaran syarikat meletakkan harga pada paras yang rendah bg menggalakkan peningkatan permintaan produk dlm pasaran iv. Kepimpinan kualiti produk syarikat mestilah mengeluarkan produk yang berkualiti dan harga tinggi dikenakan untuk menarik pengguna yg mementingkan kualiti b)Strategi campuran pemasaran Harga yang ditawarkan mestilah mengambil kira reka bentuk produk, bentuk pengedaran dan jenis promosi. c)Kos Harga yang dikenakan mestilah mampu menampung kos pengeluaran iaitu kos berubah dan kos tetap d) Pertimbangan organisasi Syarikat akan menentukan siapakah yang akan membuat keputusan bagi 60 menentukan harga produk yang dikeluarkan

2. Faktor Luaran a) Pasaran dan permintaan Pemasar perlu memahami hubungan pasaran dan permintaan sesuatu produk sebelum meletakkan harga. Empat jenis pasaran iaitu persaingan tulen,persaingan monopolistik,persaingan oligopolistik dan persaingan monopoli. Bagi produk yang permintaannya tinggi harga yang diletakkan terhadap produk tersebut pada tingkat harga yang tinggi dan sebaliknya. b) Persaingan kos,harga dan tawaran yang dibuat oleh pesaing juga mempengaruhi penentuan harga. Strategi penentuan harga memberi kesan kepada bentuk persaingan dalam pasaran

c) Persekitaran Keadaan ekonomi negara dan dunia, kerajaan yang membuat kawalan harga dan faktor sosial di mana harga tidak membebankan pengguna

61

Penentuan Harga Umum


1.Penentuan harga berdasarkan kos Dua pendekatan boleh digunakan: i. Penentuan harga tokokan kos ii. Penentuan harga pulangan modal dan harga untung sasaran 2.Penentuan harga berdasarkan nilai pembeli -Harga ditentukan berdasarkan persepsi pembeli bukannya kos yang ditanggung oleh penjual 3.Penentuan harga berdasarkan pesaing -Pengguna akan menilai harga sesuatu produk dengan membuat perbandingan harga pesaing. 2 jenis iaitu i)penentuan harga dengan kadar berterusan, ii) penentuan harga tawaran tertutup

Penentuan Harga Produk Baru Dua strategi digunakan:


A) Penentuan harga penarahan pasaran Harga pengenalan yang tinggi dikenakan untuk menarik pembeli yang mementingkan kualiti bukannya harga. Strategi ini untuk mendapatkan pulangan yang yang cepat atas kos R&D B) Harga penembusan pasaran Harga permulaan yang rendah untuk menembusi pasaran yang luas iaitu menarik dan mendapatkan pembeli yang ramai. Matlamat utama membina syer pasaran yang 62 besar dan membentuk kesetiaan pengguna bagi jenama baru

Strategi Penentuan Harga Campuran Produk


1. Penentuan harga barisan produk (Product line pricing) Harga anatara produk dalam barisan produk berbeza antara satu sama lain. Perbezaannya ditetapkan oleh syarikat berdasarkan kos pengeluaran yang berbeza 2. Penentuan harga produk opsyenal Harga produk opsyenal berasingan dengan harga produk utama iaitu penentuan harga produk aksesori yang dijual bersama dengan produk utama. 3. Penentuan harga produk tawanan Penentuan harga digunakan bagi produk yang dijual bersama produk utama.Cth: harga alat pencukur(produk utama) lebih rendah, tetapi harga pisau cukur(produk tawanan) lebih mahal kerana altenatif pencukur tidak dapat digunakan tanpa pisau. 4. Penentuan harga produk sampingan(by product) Syarikat mengenakan harga harga produk sampingan bagi menjadikan produk utama lebih kompetitif. Minyak kelapa sawit (produk utama) dan hampas kelapa sawit (produk sampingan).

5. Penentuan harga pakej (Bundle product) Penjual akan mencampurkan beberapa produk dan menjualnya pada harga tawaran. Contoh: sewa hotel (produk utama) dengan menjual pakej penginapan termasuk sarapan dan permainan golf percuma (produk opsyenal)

63

Strategi Penyelarasan Harga


1. Penentuan harga berdasarkan diskaun dan elaun Diskaun terdiri daripada diskaun tunai,diskaun kuantiti,diskaun perdagangan dan diskaun bermusim. Elaun terdiri daripada elaun tukar beli (trade in) dan elaun promosi 2. Penentuan harga psikologi Harga psikologi digunakan dengan andaian pengguna membuat belian berdasarkan emosi dan bukan secara rasional. Strategi yang digunakan seperti harga ganjilgenap,harga prestij,pembarisan harga 3. Penentuan harga promosi Harga diturunkankan sementara untuk mendapat syer pasaran yang tinggi dalam jangka masa pendek 4. Penentuan harga melalui pemetakan harga Syarikat mengenakan harga yang berbeza terhadap produk yang sama berdasarkan kepada pemetakan pengguna,mengikut produk,mengikut tempat dan mengikut masa 5. Penentuan harga melalui nilai produk Syarikat akan menawarkan kombinasi dia antara kualiti produk yang baik dan perkhidmatan yang baik pada harga yang sepatutnya. 6. Penentuan harga geografi Harga produk ditentukan berdasarkan kepada kedudukan geografi produk itu akan dijual. Empat jenis penentuan harga geografi: i) berdasrkan kos penghantaran ii)secara umum iii)mengikut zon iv) kos pengangkutan diserapkan
64

Perubahan Harga
1. Membuat potongan harga Harga diturunkan berbanding dengan harga pesaing bagi meningkatkan perolehan syarikat

2. Menaikkan harga Harga dinaikkan untuk menaikkan kadar keuntungan.

65

iv. Promosi
Definisi Promosi: Proses untuk mempengaruhi seseorang dengan berkongsi idea, maklumat dan perasaan. Juga dikenali sebagai komunikasi pemasaran dimana ianya merupakan usaha-usaha yg dilakukan oleh pemasar untuk berkomunikasi dengan sasaran pengguna

Tujuan promosi: 1. Untuk memberitahu atau memperkenalkan produk kepada pelanggan. 2. Menarik perhaian pelanggan terhadap produk. 3. Memberi pengetahuan kepada pelanggan tentang sesuatu produk 4. Untuk megingatkan pelanggan tentang produk yang ditawarkan. 5. Menimbulkan minat pelanggan terhadap produk 6. Untuk memujuk dan mempengaruhi pelanggan membeli produk syarikat 7. Menaikkan emej syarikat dan produk. 8. Mengekalkan daya saing perniagaan.

66

Langkah-langkah Dalam Mengembangkan Komunikasi Yang Berkesan


1. Mengenalpasti sasaran pengguna 2. Menentukan objektif atau matlamat komunikasi 3. Mereka bentuk mesej 4. Struktur mesej 5. Format mesej 6. Memilih media 7. Mendapatkan maklumbalas

Penetapan belanjawan promosi


4 kaedah yang sering digunakan dalam penetapan belanjawan promosi iaitu: a) Kaedah mengikut kemampuan b) kaedah peratusan jualan c) Kaedah bersaing d) Kaedah objektif dan tugas
67

Campuran promosi
1. Pengiklanan Komunikasi tidak langsung yang dibayar oleh pihak pengeluar melalui media massa, papan iklan, internet atau mel langsung 2. Promosi jualan syarikat menawarkan insentif jangka pendek kepada pembeli bagi mendorong pembelian oleh pengguna. Contohnya kupon,sampel,premium, potongan harga, rebat/pemulangan tunai,peraduan,tawaran istimewa dll 3. Publisiti dan perhubungan awam Publisiti ialah penghebahan ke atas sesuatu produk, perkhidmatan atau perniagaan melalui berita-berita komersil yang disiarkan melalui media elektronik dan cetak. Perhubungan awam digunakan untuk membina hubungan baik antara syarikat dengan pelbagai lapisan masyarakat 4. Jualan bersemuka syarikat akan menggunakan jurujual untuk melaksanakan jualan secara peribadi kepada pengguna. Ia adalah alat paling berkesan dari segi kos pada peringkat akhir proses pembelian.

Perubahan dalam komunikasi pemasaran


Wujudnya konsep pemasaran baru seperti e-pemasaran(pemasaran elektronik) yang menggunakan internet, telepemasaran yang menggunakan telefon dan televisyen, online shopping yang memberi kemudahan kepada pengguna tanpa perlu berhubung secara langsung dengan pengeluar.
68

69

3.2 PENGELUARAN
3.2.1 Definisi dan Peranan
Definisi Merupakan satu proses transformasi input yang terdiri daripada gabungan bahan mentah, buruh, mesin dan lain-lain bagi menghasilkan satu output dalam bentuk produk barangan atau perkhidmatan. Proses ini melibatkan suatu perancangan dan penyusunan, penstafan, pengarahan dan juga pengawalan bagi aktiviti-aktiviti yang terlibat.

Latar belakang
Proses pengeluaran bukanlah satu proses yang baru dan terlalu sukar. Ia sudah dimulakan semenjak dari manusia mengenali tamadun. Namun pengurusan pengeluaran telah mengalami perkembangan pesat apabila revolusi perusahaan berlaku di England dan negara-negara eropah sekitar kurun ke 18. Penggunaan mesin dalam pengeluaran , penggunaan buruh mahir, kaedah-kaedah pengkhususan dalam pekerjaan telah meningkatkan jumlah output dalam pasaran. Kemajuan teknologi dan penggunaan sistem pengurusan yang berkesan telah menyebabkan pengeluaran telah meningkat dengan pesatnya hingga menyebabkan peningkatan dalam aktiviti perniagaan.
70

Peranan dan kepentingan


-merupakan satu daripada tiga fungsi utama bagi sebarang bentuk perniagaan selain pemasaran dan kewangan
- Perlu memahami proses pengeluaran atau penghasilan sesuatu barangan bagi tujuan untuk penambahbaikkan. -Pengeluaran melibatkan kos yang tinggi, jadi ia perlu diurus dengan bijak dan berhati-hati untuk meningkatkan produktiviti, mengurangkan kos dan pembaziran serta memaksimumkan keuntungan.

Tanggungjawab pengurus pengeluaran ialah:


a. memastikan produk yang dikeluarkan dapat memenuhi spesifikasi pengguna b. produk yang dikeluarkan mematuhi standard atau kualiti yang telah ditetapkan c. bertanggungjawab terhadap masa pengeluaran, iaitu barangan hendaklah dikeluarkan mengikut tempoh yang dikehendaki oleh pelanggan.

71

Cabaran yang dihadapi oleh pengurus pengeluaran

-Persekitaran perniagaan yang sentiasa berubah-ubah memerlukanpengurus pengeluaran yang sentiasa peka dan berpengetahuan terkini, memastikan pekerjanya sentias dilatih bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan -Perlu sedar akan keolehgantian antara modal dan buruh serta kos yang sentiasa berubah. -Sebagai pemangkin produktiviti, perlu bijak dalam penggunaan buruh, modal dan pengurusan untuk meningkatkan produktiviti

1.
2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

Persaingan yang semakin hebat terhadap produk syarikat. Pasaran, sumber dan kewangan global. Kepentingan strategi dalam sesuatu perancangan. Produk yang beraneka jenis di pasaran Perkhidmatan yang lebih diperlukan oleh pengguna. Penekanan kepada kualiti produk. Kemajuan dalam teknologi pengeluaran. Mesti fleksibel dalam tindakan. Penglibatan pekerja dalam pembuatan keputusan Kesedaran tentang alam sekitar
72

Perhubungan jabatan pengeluaran dengan jabatan pemasaran, jabatan kewangan dan jabatan sumber manusia.
i. Hubungan jabatan pengeluaran dengan jabatan pemasaran -Mewujudkan permintaan bagi barangan baru atau barangan sedia ada. -Kemudahan pengeluaran di lokasikan bagi melayan kehendak pelanggan.

-Mengumpul maklumat dan rungutan pelanggan bagi pengubahsuaian produk dan perkhidmatan
-Menerima pesanan berdasarkan kapasiti pengeluaran. ii. Hubungan jabatan pengeluaran dengan jabatan kewangan -Menentukan keberuntungan pelaburan bagi sesuatu keluaran -Menentukan titik pulang modal bagi tempahan khas yang diterima -Penambahan modal bagi pembangunan produk seterusnya iii. Hubungan jabatan pengeluaran dengan jabatan sumber manusia -menentukan sumber manusia yang diperlukan dalam sesuatu pengeluaran -mengambil dan melatih pekerja bagi aktiviti-aktiviti pengeluaran

73

3.2.2 Proses Pengeluaran


i. Sistem Pengeluaran Sistem adalah satu set pemboleh ubah yang saling berinteraksi untuk mencapai suatu objektif atau misi. Fungsi pengeluaran merupakan satu sistem tranformasi yang menukar input kepada output ( barangan atau perkhidmatan). Untuk berfungsi dengan baik, setiap sistem harus mempunyai aliran maklumat yang dinamakan sebagai gelungan maklum balas. Sistem pengeluaran merangkumi semua yang mempengaruhi rancangan proses pengeluaran, keputusan kapasiti, standard kualiti, aras inventori dan jadual pengeluaran.

ii. Subsistem Pengeluaran


Subsistem ialah sistem yang lebih kecil dalam suatu sistem yang besar dan rumit. Contohnya fungsi pengeluaran dilihat sebagai satu sistem yang terdiri daripada beberapa subsistem yang lebih kecil seperti subsistem inventori dan penjadualan, subsistem pembelian, subsistem penyenggaraan, logistik , kawalan dan sebagainya lagi.

74

3.2.3 Perancangan Pengeluaran i. Lokasi Kilang Faktor-faktor yang perlu diambil kira dalam penentuan sesuatu lokasi - Kemudahan prasarana - Sistem kerajaan tempatan - Kemudahan pendidikan - Kadar jenayah - Keadaan cuaca dan musim setempat - Sikap dan penerimaan komuniti terhadap perniagaan/ jenis perniagaa yang dijalankan. Perkembangan masa depan Nilai tanah sesuatu tempat Kadar sewa dan hak milik tanah Susun Atur Kilang Objektif - Memastikan kerja-kerja dapat dijalankan dengan licin , - Maklumat dapat dialir dengan pantas - Ruang dapat digunakan dengan optim - Kos sewaan dapat dikira - Memudahkan aliran keluar masuk bahan mentah dan produk - Menggalakkan langkah-langkah keselamatan -Memudahkan aktiviti penyeliaan
75

Jenis susun atur: secara tetap; - Sesuai untuk industri besar dan berat - Peralatan-peralatan, mesin-mesin dan pasukan kerja dibawa ke tapak pengeluaran tersebut - Peralatan yang digunakan biasanya bersifat sementara. Mengikut proses; - Dikenali sebagai susun atur fungsian atau jobshop - Sesuai untuk peralatan yang digunakan secara am - Peralatan ini dikendalikan oleh pakar atau orang yang profesional Mengikut produk - Ia lebih mirip kepada barisan pemasangan yang terdapat di kilang-kilang pengeluaran - Semua mesin disusun mengikut barisan operasi yang diperlukan untuk memasang sesuatu produk. - Pekerja akan melakukan sesuatu kerja secara berulang-ulang

76

3.2.4 Jenis-jenis Pengeluaran i. Pengeluaran mengikut tempahan - Mengikut kemahuan atau tempahan pelanggan. - Mungkin mengambil masa yang lebih, melibatkan penghantaran dan pelaburan yang besar - Memerlukan modal yang banyak dan teknologi tertentu - Perlu mengiklut spesifikasi yang ditentukan oleh pengguna ii. iii. Pengeluaran secara massa (mass production) Menghasilkan kuantiti yang banyak Produk yang dihasilkan mengikut standard dan permintaan yang stabil Berorientasikan modal dan bilangan pekerja yang ramai. Pengeluaran secara berkelompok Biasanya memproses banyak jenis produk dalam satu tempoh masa. Dikenali sebagai jobshop . Saiz pengeluaran mengikut kehendak pelanggan

77

3.2.5 Kawalan Kualiti


i. Definisi - Merupakan satu proses menyemak produk bagi memastikan produk yang dikeluarkan mematuhi piawaian tertentu yang telah ditetapkan. ii. Objektif - Memastikan produk yang dihasilkan memenuhi standard kualiti yang ditetapkan. - Bagi mengelakkan berlakunya kecacatan dan kesilapan semasa proses pengeluaran - Menentukan supaya proses pengeluaran mengikut spesifikasi dan peraturan undangundang dari semasa ke semasa. - Bagi mengelakkan pembaziran akibat produk dipulangkan semula dan kos pembaikan semula.

78

i. Alat-alat kawalan kualiti Alat kawalan yang biasa digunakan ialah ; Kawalan Proses Secara Statistik (Statistical Process Control SPC ) Memberi fokus terhadap produk semasa dihasilkan, semasa proses pengeluaran untuk memastikan produk akhir berkualiti tinggi. - Ambil sampel secara berkala. - Periksa samada purata berada pada kawalan yang dibuat - Jika tidak ..... proses itu berada diluar kawalan. - Kesan punca masalah, dan atasinya - Jika purata berada pada had kawalan... proses akan terus beroperasi. Jika pengeluaran cacat dan bervariasi ..... kenapa?... Proses banyak bergantung kepada peralatan. Periksa peralatan ..! Sebab unik yang dapat dikenal pasti punca-puncanya.. Peralatan rosak Bahan cacat Operator letih Kaedah kerja yang lemah Kekurangan latihan.

79

ii.Pemeriksaan
- Bagi mengelakkan masalah-masalah kesilapan, kecacatan produk, keluaran bervariasi dan sebagainya, perlulah di adakan pemeriksaan.
Dua cara pemeriksaan boleh dilakukan: i. Pemeriksaan Menyeluruh Ambil setiap sampel keluaran untuk dipantau dan diperiksa. Setiap item pengeluaran akan diperiksa. Cara ini akan dapat menghindari kecacatan item kerana keseluruhan item yang dikeluarkan akan diperiksa. - Kos yang tinggi dan masa yang panjang terpaksa diambil. ii. Pelan Persampelan Boleh dilakukan melalui a) kaedah sampel tunggal, b) sampel kembar , dan c) sampel berganda.

80

a) Sampel Tunggal - Satu sampel rambang diambil dari setiap lot , diperiksa, di kategori sebagai baik atau cacat - Mana-mana sampel yang melebihi had akan ditolak - Pelan ini ditentukan oleh dua parameter , iaitu saiz sampel (n) dan bilangan item cacat yang boleh diterima (Bc) - Contoh: n = 100 , Bc = 2.; Jika bilangan item yang cacat adalah 3 atau lebih, maka keseluruhan lot akan ditolak , jika item cacat adalah 2 atau kurang keseluruhan lot akan diterima.

b) Sampel Kembar - Sekiranya sampel tunggal tiada membawa sebarang keputusan yang dikehendaki oleh pengurus - Banyak bergantung kepada kualiti sampel pertama adalah tinggi, maka lot itu diterima tanpa perlu persampelan kedua. - Jika kualiti lot pertama rendah, maka lot itu akan ditolak. - Satu persampelan kedua akan dibuat, item diperiksa dan satu keputusan diambil samada menerima atau menolak lot kedua itu

81

Persampelan kembar akan menetapkan kayu ukur atau syarat-syarat penerimaan atau penolakan untuk sampel pertama. Contoh: Katakan; n = saiz sampel pertama dan n = 50 n = saiz sampel kedua n = 100 Bc = Bilangan item cacat yang Bc = 2 Boleh diterima untuk Persampelan pertama Bc = Bilangan item cacat yang Bc = 5 Boleh diterima untuk Persampelan kedua Tc = Bilangan item cacat yang Tc = 5 Tidak boleh diterima untuk Persampelan pertama Tc = Bilangan item cacat yang Tc = 6 Tidak boleh diterima untuk persampelan kedua Akan diterima jika cacat antara 0-5, 6 atau lebih , keseluruhannya ditolak. Ini bererti sampel pertama diambil sebanyak 50 item secara rawak dan diperiksa Jika bilangan item cacat antara 0 2, maka keseluruhan lot akan diterima. Jika bilangan item cacat 5 atau lebih, keseluruhan lot akan ditolak Namun, jika item cacat antara 3 atau 4, tiada keputusan boleh diambil, maka persampelan kedua dibuat dengan saiz 100; 82

c) Sampel Berganda - Sama seperti sampel berkembar, Cuma sampel lebih dari dua - Tentukan saiz sampel dan had atas dan had bawah bagi setiap sampel - Pengambilan sampel akan dihentikan dan lot akan ditolak apabila nombor kumulatif kecacatan sebarang sampel yang melebihi had atas yang dikhaskan untuk sampel tadi - Lot akan diterima jika nombor kumulatif kurang atau sama dengan had bawah - Sampel akan diambil semula dan proses akan diulang sehingga lot diterima atau ditolak apabila nombor kumulatif kecacatan terletak antara kedua-dua had (atas dan bawah)

83

3.2.6 Kawalan Inventori


i. Definisi Inventori ialah bahan-bahan atau barangan yang disimpan di dalam stor. Terdiri daripada bahan mentah, barang dalam proses dan juga barang siap. Penyimpanan inventori penting bagi memastikan proses pengeluaran dapat berjalan lancar dan sempurna. Permintaan pengguna dapat dipenuhi dengan cepat dan berterusan. Kawalan inventori merujuk kepada bagaimana organisasi menentukan supaya inventori dapat diagihkan dengan cekap dan berkesan ii. Objektif

- Bagi menentukan bahawa inventori sentiasa berada pada paras yang mencukupi dan menguntungkan - Bagi mengelakkan pembaziran seperti lebihan stok - Bagi mengelakkan daripada tempahan stok tergendala akibat kekurangan stok bagi mengurang atau mengelakkan rasa tidak puas hati pelanggan dan masalah penghantaran barangan yang lambat

84

3.2.7. Pengurusan Inventori Terdapat tiga kaedah pengurusan inventori iaitu: a) Analisis ABC Sistem analisis ABC mengelaskan inventori mengikut nilai ringgit penggunaan. Terdapat tiga kelas item yang sentiasa diamalkan iaitu: A - Sangat penting B - Sederhana penting C - Kurang penting

Prinsip penting dalam kaedah ini ialah semakin tinggi nilai ringgit bagi inventori itu semakin ketat kawalan inventorinya. Nilai ringgit penggunaan inventori boleh diperolehi dengan mendarabkan kos seunit item inventori dengan permintaan tahunan item tersebut. Semua inventori itu kemudiannya disusun mengikut nilai ringgit penggunaan masing-masing Tahap kawalan inventori sama ada ketat atau tidak akan ditentukan oleh nilai ringgit penggunaan inventori tadi.

85

b) Analisis Model Kuantiti Pesanan Ekonomi (Model Economic Order Quantity) Kegunaan model ini ialah untuk menentukan kuantiti pesanan optima Bagi menentukan kuantiti optima yang patut untuk memesan semula inventori ialah dengan menggunakan formula berikut: EOQ = 2DO C Di mana, D = Permintaan sebenar untuk penggunaan inventori O = Kos pesanan inventori C = Kos pegangan seunit Inventori ( carrying cost) Andaian yang digunakan bagi model ini ialah: i. Permintaan adalah tetap ii. Tiada kekurangan dibenarkan iii. Masa senggang atau menunggu adalah tetap dan tidak berubah iv . Hanya dua kos relevan, iaitu kos pesanan dan kos pegangan v. Tiada kekangan atau had ke atas saiz lot item vii. Keputusan untuk sesuatu item tidak bergantung kepada keputusan bagi item yang lain. Pada sesuatu masa hanya satu item yang terlibat. Kebaikan EOQ ialah ia dapat meminimumkan jumlah kos pegangan dan kos pesanan inventori

86

c) Analisis Just In-Time (JIT) Ia berasal dari konsep pengurusan Jepun yang dikenali dengan sistem kanban Merupakan satu pendekatan bagi meminimumkan kos pegangan inventori dengan hanya menempah inventori yang diperlukan sahaja. Konsep ini bertujuan bagi menghapuskan pembaziran dan meminimumkan inventori dan risiko pegangannya yang tinggi. ELEMEN-ELEMEN UNTUK MELAKSANAKAN JIT 1. 2. Tahap kualiti yang tinggi Inventori yang sedikit.

3.
4. 5. 6.

Saiz lot yang kecil


Pemasangan produk yang cepat dan mudah Susun atur yang sistematik. Pekerja boleh melakukan pelbagai tugas.

7.
8.

Semangat bekerjasama dalam organisasi


Pembekal yang boleh dipercayai.

87

Penyenggaraan Peralatan i. Definisi Semua aktiviti yang melibatkan dengan penjagaan peralatan supaya alat-alat sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Pembaikan dan pemulihan dijalankan secara berterusan agar sistem pengeluaran dapat berjalan seperti yang dijadualkan dan berfungsi sepenuhnya. ii. Objektif - Semua mesin dan peralatan berada dalam keadaan baik dan boleh guna - Pembaikan dapat dilakukan dengan cepat jika berlaku kerosakan - Sistem operasi dapat berjalan lancar - Kos berada pada paras minima

88

i. Kaedah Penyelenggaraan
Terdapat dua kaedah penyenggaraan iaitu: a. Penyengaraan kerosakan kaedah ini digunakan apabila mesin atau jentera mengalami kerosakan penyenggaraan ini juga dikenali sebagai reaktif iaitu penyenggaraan dilakukan selepas kerosakan berlaku b. Penyenggaraan pencegahan - Kaedah berbentuk proaktif - Bertujuan untuk mengurangkan kerosakan melalui program pelinciran, pembersihan, pertukaran atau pemeriksaan bahagian-bahagian peralatan yang telah lama digunakan.

Program pencegahan kerosakan Untuk mengurangkan risiko kerosakan: - Adakan inventori alat gantian yang boleh dipasang dengan cepat untuk mengurangkan tempoh menunggu alat ganti - Adakan alat-alat sokongan atau bantuan (back-up) yang boleh digunakan dengan segera - Lantik mekanik yang boleh menjalankan kerja pembaikan kecil - Wujudkan pasukan pembaikan yang terlatih bagi memeriksa dan mengatasi sebarang masalah mengenai pembaikan.

89

a. b. -

Penggantian Apabila kerosakan kerap berlaku Kos penggantian yang efisyen lebih murah secara relatifnya Keperluan kepada penggantian peralatan yang lebih canggih Penyenggaraan pencegahan Matlamat mengurangkan kes-kes kerosakan pada peralatan Dijalankan mengikut jadual dan dijalankan secara berkala Simpan rekod penyenggaraan supaya mudah untuk diselidik Latih pekerja untuk senggara alat yang sering digunakan dan bertanggungjawab keatasnya. Pastikan reka bentuk peralatan mudah untuk disenggarakan Pastikan pekerja melakukan kerja mengikut proses kerja yang betul

90

3.2.8 Konsep Pengurusan Pengeluaran Moden


i. Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Maksud TQM Merupakan satu proses pengurusan kualiti yang bertujuan membawa perubahan yang menyeluruh kearah melahirkan satu organisasi yang cemerlang, berteraskan kepada tiga asas utama iaitu kepuasan pelanggan, penglibatan kakitangan dalam semua aspek organisasi dan penambahbaikan yang berterusan dari segi kualiti. Ia juga merupakan satu proses pengubahsuaian budaya dari segi sikap dan nilai, sistem dan prosedur, amalan-amalan dan struktur organisasi kearah yang lebih cemerlang.

91

Prinsip-prinsip Kualiti Menyeluruh (TQM) 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Pengguna yang mendefinisikan kualiti dan berbalik kepada pelanggan Pihak pengurusan menjadi pemimpin dalam pengurusan kualiti Mengurus dengan fakta yang kukuh Penambahbaikan yang berterusan Pemberian kuasa kepada pekerja membuat keputusan Melibatkan kerja berpasukan Kemajuan kualiti serta kaedah penyelesaian masalah adalah berdasarkan kaedah kawalan proses statistik (SPC) 8. Latihan dan pendidikan berterusan diberikan kepada semua pekerja sebagai asas kemajuan kualiti berterusan. 9. Kecacatan sifar- tiada kecacatan dalam proses ( buat betul pada kali pertama) Kebaikan TQM Peningkatan kualiti produk yang boleh membawa kepada peningkatan kepuasan pelanggan dan produktiviti organisasi. 1. Komunikasi lebih berkesan 2. Pengurangan ralat dan pembaziran 3. komitment kerja yang tinggi dari individu dalam organisasi 4. meningkatkan kecekapan operasi seluruh organisasi 5. Dapat bersaing dengan lebih efektif
92

i.

ISO 9000

Maksud ISO 9000 ISO 9000 ialah satu gelaran standard bertulis yang menetap dan menerangkan elemen-elemen asas yang perlu ada dalam sistem kualiti bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan oleh sesebuah organisasi dapat memenuhi kehendak pelanggan.

Prinsip-prinsip ISO 9000 1. ISO 9000 adalah standard bagi kualiti bukan standard untuk produk atau perkhidmatan yang dihasilkan 2. Berdasarkan dokumentasi. Prinsip ini menekankan kepada : Dokumenkan apa yang dibuat Buat apa yang didokumenkan Buktikan. 3. Menekankan pencegahan, iaitu mencegah daripada berlakunya masalah, bukannya mengatasi masalah selepas ia berlaku. 4. Menggariskan keperluan asas secara umum tindakan-tindakan yang perlu diambil dalam menjayakan sesuatu prosedur.
93

Siri ISO 9000 ISO 9000 Garis panduan yang memperkenalkan standard-standard yang lain dalam siri ISO 9000. Juga memberikan definisi istilah dan konsep berkaitan dengan kualiti. ISO 9001 Model kepastian kualiti untuk reka bentuk, pembangunan, pengeluaran, pemasangan dan perkhidmatan. ISO 9002 Model kepastian untuk pengeluaran, instalasi dan perkhidmatan. ISO 9003 Model kepastian kualiti untuk pemeriksaan akhir dan pengujian. ISO 9004 Garis panduan bagi melaksanakan elemen sistem pengurusan kualiti.

94

Faedah-faedah Pensijilan ISO 9000

1. 2.

Mengelakkan masalah daripada berlaku, ini dapat mengurangkan tindakan pembetulan Setiap proses kerja yang kritikal didokumentasikan, membolehkan setiap pekerja memahami tanggungjawab masing-masing, seterusnya dapat menjalankan kerja dengan betul pada kali pertama dan setiap kali. Menyediakan format dokumentasi standard yang dapat digunakan oleh keseluuruhan organisasi. Ini akan memudahkan rujukan, kerja-kerja mengemaskini proses kerja, program latihan dan usaha-usaha penambahbaikan. Memudahkan aktiviti-aktiviti audit samada audit dalam atau audit luaran. Memudahkan pihak pengurusan membuat keputusan.

3.

4. 5.

95

Merekayasa Definisi Melibatkan pemikiran semula asas-asas dan mereka bentuk semula secara radikal, proses perniagaan untuk mencapai kemajuan dalam bidang-bidang tertentu seperti kos, kualiti, perkhidmatan dan kelajuan. Objektif 1.Memerlukan pihak pengurusan kembali kepada asas dan memecahkan setiap langkah dalam proses kerja , bagi mengenalpasti cara yang lebih baik untuk menyelaras dan menyatupadukan aktiviti-aktiviti supaya produk dan perkhidmatan dapat disediakan kepada pengguna.

2.Memberi fokus kepada proses perniagaan, iaitu sebarang aktiviti yang penting dalam penghantaran cepat produk dan perkhidmatan kepada pengguna, atau mempromosikan kualiti tinggi(dengan kos rendah). Contohnya ialah memproses pesanan, kawalan inventori dan reka bentuk produk.
3.Untuk mencapai kemajuan besar dalam prestasi perniagaan Kebaikan

1.Menyediakan produk dan perkhidmatan yang baik dan berkualiti dengan kos paling rendah
2.Cara-cara yang lebih baik untuk menguruskan aktiviti-aktiviti supaya mengurangkan kos operasi. Proses perniagaan akan melibatkan pengorganisasian semula dan diuruskan oleh pasukan yang boleh berfungsi bagi memaksimumkan kepuasan pengguna.

3.Jika proses merekayasa berjaya, keuntungan yang diterima adalah besar dalam jangka panjang. Pembangunan produk kini dikendalikan oleh pasukan pakar dari berbagai jabatan, bagi menyediakan produk yang lebih baik dan murah kepada pengguna.

96

Rekabentuk Bantuan Komputer / Pembuatan Bantuan Komputer Mereka bentuk dengan komputer atau computer aided design adalah satu perisisn yang menggunakan grafik komputer untuk mencipta, mengubahsuai dan menganalisis sesuatu reka bentuk barangan. Pembuatan Bantuan Komputer atau Computer Aided Manufacturing pula merupakan penggunaan automasi dalam proses pembuatan sesuatu produk. Objektif - menjimatkan masa pengeluaran

- memastikan penghasilan produk adalah tepat seperti yang dikehendaki pengguna


- memudahkan proses mereka bentuk, pengubahsuaian produk yang ditempah pelanggan - menjimatkan kos mereka bentuk sesuatu produk Kebaikan CAD/CAM - Mengurangkan masa untuk pengenalan sesuatu produk baru. Kerja penyemakan rekabentuk dan pengubahsuaian lebih cepat berbanding cara manual - Kebolehan untuk memecahkan atau mengasingkan semula sesuatu reka bentuk, bagi memudahkan bahagian-bahagian distandardkan. Idea baru dapat dihasilkan. - Barangan rekabentuk baru dapat dihasilkan dengan cepat - Dokumentasi rekabentuk dapat dibuat dalam berbagai bentuk untuk tujuan penjualan - Dapat membaiki teknologi pengeluaran tanpa menggunakan acuan (mould) - Dapat menyatu padukan setiap peringkat reka bentuk seperti reka bentuk produk, fungsi reka bentuk produk, dan reka bentuk pengeluaran.
97

98

3.3.1 Definisi dan peranan


i. Definisi Kewangan Kewangan merupakan satu fungsi perniagaan bertangungjawab bagi mendapat dan menguruskan dana dengan cekap dan berkesan dalam usaha mencapai matlamat organisasi

ii. Kaitan kewangan dengan bidang lain Jabatan pemasaran Jabatan kewangan menyediakan & meluluskan belanjawan untuk promosi bagi meningkatkan jualan. Jabatan kewangan perlu mencari sumber kewangan dari dalam dan luaran bagi membiayai belanja promosi. Jabatan pengeluaran

Jabatan kewangan menyediakan belanjawan untuk pembelian aset,bahan mentah & inventori
Jabatan Sumber Manusia Jabatan kewangan akan membuat bayaran gaji dan imbuhan,membuat bayaran caruman kepada KWSP 99

iii. Peranan pengurus kewangan 1.Analisis dan perancangan kewangan menyediakan belanjawan, penyata aliran tunai 2.Mengurus struktur aset 3.Mengurus struktur modal mengurus hutang/ekuiti,menentukan pembiayaan 4.Menjaga kecairan, keberuntungan,risiko syarikat sumber penggunaan dana, kemampuan membayar

3.3.2 Penyata Kewangan


i. Penyata pendapatan: 1. belanja 2. Hasil/jualan 3. Untung/Rugi ii. Kunci kira-kira / Lembaran Imbangan: 1. Aset 2. Liabiliti 3. Ekuiti/Modal iii. Penyata aliran dana: 1. Aliran tunai dari aktiviti operasi 2. Aliran tunai dari aktiviti pelaburan jangka panjang 3. Aliran tunai dari aktiviti pembiayaan
100

3.3.3 Objektif kewangan Perbandingan antara matlamat memaksimumkan keuntungan dan memaksimumkan kekayaan pemegang saham

Matlamat memaksimumkan keuntungan Tumpuan kepada keuntungan sahaja dan tidak menyeluruh Tidak mengambilkira nilai masa wang sebaliknya mengambilkira jumlah aliran tunai Hanya melihat keuntungan, tidak mengambilkira ketidakpastian/risiko

Matlamat memaksimumkan kekayaan pemegang saham Tumpuan lebih menyeluruh dan bukan keuntungan semata-mata Mengambilkira nilai masa wang. Masa aliran tunai sangat penting Mengambilkira risiko iaitu risiko tinggi,pulangan juga tinggi

Hayat perniagaan mungkin singkat kerana hanya mementingkan keuntungan

Hayat perniagaan lebih panjang kerana syarikat mengambilkira semua faktor yang terlibat

101

3.3.4 Sumber Dana


Ikut Jangka masa
1. Sumber Pembiayaan Jangka pendek kurang dari setahun a) Overdraf kemudahan kpd pelanggan mengeluarkan wang lebih drpd baki akaun semasa b) Pinjaman berkala satu kekudahan di mana pelanggan/peminjam boleh membayar balik pinjaman dan faedah secara beransur dan jumlah bayarannya sama rata dalm kala tempoh ditetapkan c) Pemfaktoran/memfaktor akaun belum terima satu kemudahan di mana pelanggan mendiskaunkan(menjual) invois kepada bank/syarikat pemfaktoran d) Nota janji satu kemudahan jangka pendek di mana jumlah bayaran adalah sekali gus pada satu tarikh matang yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak peminjam dan pemberi pinjaman e) Kredit Dagangan Kemudahan kredit yang diberikan oleh pihak penjual kepada pembeli

102

2. Sumber pembiayaan jangka panjang-lebih dari setahun


a) Bon merujuk kpd instrumen/kemudahan pinjaman di mana peminjam menerbitkan sekuriti hutang iaitu bon. Penerbit bon berjanji membayar bunga/kupon sepanjang tempoh bon tersebut dan juga membayar pokok pada tarikh matang b) Saham biasa syarikat menerbitkan sekuriti/syer yang diterbitkan dijual pada pelabur dan mencerminkan hak pemilihan syarikat c) pinjaman jangka panjang kemudahan pinjaman yang diberikan oleh pihak institusi kewangan kepada pelanggan/syarikat dan pinjaman ini di bayar balik dalam jangka panjang (melebihi setahun). Bayaran berkala bunga dan pokok. d) Debentur kemudahan pinjaman jangka panjang dan tidak bercagar 3. Ikut tuntutan 1. Pembiayaan hutang -syarikat menerbitkan sekuriti hutang dan dijual kepada pelabur awam dan institusi -mempunyai obligasi untuk membayar faedah (bunga) dan prinsipal (bayaran pokok) 2. Pembiayaan ekuiti - syarikat menerbitkan saham biasa dan dibeli oleh pelabur awam dan institusi - tiada obligasi untuk membayar dividen - modal sumbangan pelabur/pemilik perolehan tertahan
103

3.3.5 Penggunaan dana

A.

Penggunaan dana jangka pendek Melibatkan perbelanjaan hasil dan digunakan berulang-ulang kali. Contohnya belanja gaji tak langsung,sewa bangunan,belanja promosi

B. Penggunaan dana jangka panjang Melibatkan perbelanjaan modal. Contohnya belanja membaiki dan menggantikan bangunan atau jentera yang rosak,belanja memasang mesin atau jentera

104

3.3.6 Perancangan kewangan (Belanjawan)


Definisi Perancangan Kewangan (Belanjawan) Perancangan kewangan melibatkan analisis jangkamasa pendek dan jangka masa panjang yang akan memberi gambaran aliran masuk dan keluar wang syarikat. Langkah utama dalam membuat perancangan kewangan 1. 2. 3. Ramalan keperluan kewangan Membentuk Belanjawan Mewujudkan kawalan kewangan.

Kepentingan /tujuan belanjawan dibuat. 1. 2. 3. 4. 5. Perancangan Kawalan Kordinasi Motivasi Penilaian prestasi.
105

3.3.6 Perancangan kewangan (Belanjawan)


Penyata perancangan kewangan A. Belanjawan Aliran tunai Definisi: Merujuk kepada perancangan kewangan yang menganggarkan penerimaan dan pembayaran tunai oleh syarikat dalam satu tempoh masa tertentu. Contoh: Penerimaan seperti hasil jualan tunai, sumbangan modal (tunai dll) dan pembayaran seperti gaji, pembelian bahan atau aset secara tunai dll. Jika penerimaan tunai melebihi pembayaran tunai baki tunai adalah positif dan sebaliknya.

Kegunaan Penyata aliran tunai.


1. 2. Menunjukkan keupayaan tunai perniagaaan untuk membayar semua tangunggan seperti pinjaman, sewa, pembelian bahan dan lain-lian. Merancang, memantau dan mengawal tunai supaya syarikat sentiasa mempunyai wang yang cukup.

3.
4. 5. 6.

Menunjukkan punca-punca pendapatan perniagaan.


Menunjukkan semua perbelanjaan yang akan dibuat oleh syarikat Untuk kegunaan pihak luar, terutamanya bank, kreditor. Untuk menilai prestasi syarikat dalam mengurus hal-hal kewangan. 106

Penyediaan penyata Kewangan Langkah-langkah Penyediaan penyata alir tunai 1. 2. 3. Membuat ramalan jualan Membuat anggaran penerimaan tunai Membuat anggaran pembayaran tunai.

4.
5.

Tentukan alir tunai bersih.


Tentukan lebihan (kurangan) tunai.

Contoh penyata alir tunai syarikat B. Belanjawan modal Definisi: Anggaran/pelunjuran/ramalan/perancangan syarikat yang melibatkan pelaburan/ pembelian aset tetap untuk kegunaan sesuatu projek Contoh: Seperti pembelian mesin,peralatan,bangunan dll.

107

3.3.7 Insurans
i. Definisi Satu perjanjian atau kontrak ganti rugi antara penginsurans (syarikat yang menawarkan perlindungan insurans) dengan si diinsurans (pihak atau yang membeli insurans untuk melindungi dirinya atau hartanya daripada pelbagai risiko ii. Peranan

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Melindungi perniagaan dari bencana Pampasan akan diberi Insurans kebakaran, insurans kecurian Insurans perkapalan,kemalangan pekerja Insurans liabiliti awam Insurans jaminan amanah

108

iii. Prinsip 1. Kepentingan boleh diinsuranskan ada kepentingan langsung. Hanya boleh menginsuranskan harta/nyawa yang mempunyai kepentingan langsung untuk dirinya 2. Penuh kepercayaan si diinsurans tidak melindungi maklumat yang diberi/mendedahkan segala maklumat 3. Gantirugi/pampasan tiada unsur keuntungan 4. Doktrin punca terdekat gantirugi dibayar kpd punca secara langsung/punca yang diinsuranskan

109

iv. Prinsip Takaful Prinsip ini berlandaskan prinsip al-mudharabah iaitu 1. 2. 3.

Al-gharar (tiada penjelasan dalam penjanjian) Al-maisir (perjudian) Al-riba (bunga / faedah)

110

v. Jenis-jenis 1. Insurans kemalangan seperti insurans pampasan pekerja, insurans kemalangan peribadi, insurans liabiliti awam, insurans kenderaan bermotor. 2. Insurans kebakaran polisi bernilai, polisi terapung/terbuka, polisi tidak bernilai 3. Insurans nyawa polisi seumur hidup, polisi bekal hidup, polisi bayaran terhad 4. Insurans perkapalan/penerbangan-perkapalan seperti polisi rangka/jentera, polisi kargo,polisi tambang manakala insurans penerbangan seperti polisi rangka dan polisi tanggungan 5. Lain-lain insurans insurans kecurian, insurans jaminan setia, gadaian vi. Ganti rugi / jaminan

1. 2. 3. 4.

Ganti rugi berbentuk tunai Gantian barangan rosak atau hilang Pembaikan kerosakan Pembinaan semula bangunan yang terbakar dalam insurans kebakaran

111

112

3.4 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA


3.4.1 definisi dan peranan Definisi Merupakan fungsi yang dilaksanakan dalam organisasi yang dapat membantu mempermudahkan penggunaan sumber manusia secara efektif untuk mencapai matlamat organisasi dan individu. Ia berkaitan dengan falsafah, polisi, program, amalan, serta keputusan yang mempengaruhi pekerja dalam organisasi. Aktiviti pengurusan sumber manusia ialah: Mengurus pekerja secara berkesan bagi mencapai objektif strategik dengan cara 1. Menjaga keselamatan pekerja, 2. Merancang keperluan pekerja, 3. Merekrut dan memilih pekerja, 4. Mengadakan program-program untuk mengekalkan pekerja sedia ada dll.

113

Peranan dan Kepentingan 1. Memastikan pekerja adalah mencukupi dan diberi tugas yang sesuai 2. Sebagai perancang bagi hal-hal yang berkaitan dengan penstafan 3. Menyediakan latihan dan peluang pembangunan kepada pekerja dalam organisasi 4. Menyelaras hal-hal yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerja 5. Memantau prestasi dan penawaran pampasan seperti ganjaran dan faedah kepada pekerja 6. Bertindak sebagai orang tengah dalam isu-isu seperti disiplin pekerja dan berbincang dengan kesatuan sekerja.

Fungsi Jabatan sumber Manusia 1.Terdapat lima fungsi utama pengurusan sumber manusia: 2. Perancangan, pengrekrutan dan pemilihan sumber manusia 3. Pembangunan sumber manusia 4. Pampasan dan Faedah 5. Perhubungan buruh dan pekerja 6. Kesihatan dan keselamatan

Cabaran 1. Globalisasi 2. Teknologi 3. Mengurus perubahan 4. Membangunkan sumber manusia 5. Tindak balas terhadap pasaran 6. Pengurangan kos 7. Perubahan Demografi 114 8. Ekonomi 9. Sistem Perundangan

3.4.2 Perancangan Sumber Manusia Definisi Merupakan satu aktiviti menganalisis keperluan terhadap tenaga kerja dalam organisasi dan membangunkan aktiviti yang perlu untuk memenuhi keperluan tersebut supaya tidak berlaku lebihan atau kurangan tenaga kerja. Tujuan PSM: Penggunaan sumber manusia secara berkesan bagi mencapai matlamat organisasi Membuat ramalan terhadap kekurangan atau lebihan tenaga kerja pada masa hadapan Merancang program-program latihan untuk pekerja Kaitan antara PSM dengan misi, matlamat dan strategi organisasi:
ORGANISASI

MISI , MATLAMAT , DAN OBJEKTIF

STRATEGI PERNIAGAAN

PERANCANGAN SUMBER MANUSIA

115

Proses Perancangan Sumber Manusia


Ramalan Permintaan Perancangan Sumber Manusia Imbasan Persekitaran Analisis Lompang Rancangan Tindakan Penilaian

Ramalan Penawaran

Sumber Tenaga Terdapat dua sumber tenaga manusia iaitu: Sumber Dalaman Pekerja sedia ada untuk kenaikan pangkat Mengisi jawatan kosong yang baru diwujudkan Kelebihannya: Menjimatkan kos pengambilan dan rekrut Kos latihan dan pembangunan dapat dikurangkan Pekerja sudah biasa dengan organisasi

Sumber Luaran Bila terdapat kurangan sumber dalaman Kesan dari kenaikan pangkat Wujud jawatan baru yang perlu diisi Tenaga dari luar organisasi: Pelajar lepasan maktab atau universiti Pekerja dari organisasi lain Individu yang sedang mencari pekerjaan Individu yang berdaftar 116 dengan Jabatan Buruh atau Agensi Pekerjaan

3.4.3 Pengambilan Tenaga Manusia


Analisis Kerja Satu proses sistematik untuk menentukan tugas sesuatu jawatan dan ciri-ciri pekerja yang patut diambil untuk mengisinya - Piawai prestasi - Keperluan dan kelayakan pekerja - Mesin / Alat dan Kelengkapan - Kelakuan Pekerja - Aktiviti Kerja

Langkah-langkah menganalisis kerja: 1. Mengkaji orgnisasi secara keseluruhan dan melihat kesesuaian setiap pekerjaan 2. Menentukan cara bagaimana maklumat analisis pekerjaan akan digunakan 3. Memilih pekerjaan yang akan dianalisis 4. Mengumpul data dengan teknik-teknik analisis pekerjaan 5. Menyediakan penghuraian kerja 6. Menyediakan spesifikasi kerja

117

Pengrekrutan Proses mengenalpasti dan menggalakkan pemohon yang berpotensi memohon bagi mengisi kekosongan jawatan pada masa sekarang atau masa akan datang dalam organisasi Langkah-langkah dalam Proses Pengrekrutan Pekerja
PERANCANGAN SUMBER MANUSIA

KEKOSONGAN JAWATAN DIKENALPASTI

PENYEMAKAN MAKLUMAT ANALISIS KERJA

PENENTUAN SUMBER REKRUT

SUMBER DALAMAN Kaedah: 1Meletakkan notis di Papan Kenyataan Organisasi 2Merujuk kepada Rekod Fail Peribadi Pekerja atau maklumat dalam inventori Sumber Mmanusia

SUMBER LUARAN Kaedah: 1Pengiklanan 2Agensi Pekerjaan 3Persatuan Profesional 4Perekrut 5Program Latihan Amali 6Permohonan secara bertulis atau terus 7Rujukan Pekerjaan

118

Pemilihan
Satu proses penilaian ke atas calon yang bertujuan untuk menghasilkan pemadanan yang terbaik antara individu dengan pekerjaan. Ia adala proses yang berterusan dalam memilih individu yang mempunyai kelayakan yang berkaitan atau sesuai bagi mengisi kekosongan pekerjaan yang sedia ada atau bagi pekerjaan yang akan datang Proses Pemilihan Pekerja
Sekumpulan calon yang diperolehi dari proses pengrekrutan

Borang Permohonan

Temuduga penapisan awal

Pengujian

Temu duga Pemilahan secara mendalam

Siasatan Latar Belakang & Semakan Rujukan

Ujian Jasmani / kesihatan

Tawaran Kerja

119

Penawaran Kerja Kandungan Tawaran Kerja - Jenis jawatan yang ditawarkan - Tempoh kontrak - Waktu kerja - Lain-lain peraturan dan syarat kerja - Tarikh mula bekerja - Ganjaran dan faedah - Tangga gaji - Had atau larangan bagi pekerja

Induksi Merupaka satu proses formal untuk membiasakan pekerja dengan organisasi, pekerjaan mereka, kepada siapa dan dengan siapa mereka bekerja atau memberi dan menerima arahan. Tempoh induksi bergantung kepada kandungan program yang ingin disampaikan kepada pekerja tersebut.

120

3.4.4 Latihan Dan Pembangunan


Definisi Latihan merupakan satu proses sistematik dalam meningkatkan penguasaan kemahiran dan keupayaan pekerja untuk memenuhi keperluan semasa yang boleh membantu pencapaian matlamat organisasi Pembangunan ialah suatu usaha berterusan yang disusun secara formal untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan keupayaan pekerja sepanjang kerjayanya dalam organisasi tersebut Perbezaan antara latihan dan pembangunan

Latihan

Pembangunan

Lebih bersifat semasa, jangka pendek


Fokus kepada pekerjaan semasa seorang pekerja Meningkatkan keupayaan khusus supaya pekerja dapat melaksanakan tugas semasanya dengan baik

Bersifat jangka panjang


Fokus kepada pekerjaan masa depan dalam organisasi yang bakal dilakukan oleh pekerja Kemahiran dan keupayaan baru yang diperlukan dari masa ke semasa

121

Peranan dan Kepentingan 1. Meningkatkan produktiviti pekerja supaya dapat membaiki kualiti produk 2. Menambahkan kuantiti produk 3. Menguarangkan kos pembaziran dan penyenggaraan peralatan 4. Mengurangkan bilangan dan kos kemalangan 5. Meningkatkan motivasi dan komitmen pekerja 6. Meningkatkan kepuasan bekerja 7. Mengurangkan kadar lantik henti 8. Mewujudkan budaya ilmu dalam organisasi

Pembentukan dan pelaksanaan program Model Pendekatan sistem dalam membentuk dan melaksanakan program latihan:
Fasa 1: Analisis keperluan latihan Analisis organisasi Analisis tugas Analisis individu

Fasa II : Reka bentuk program latihan Objektif latihan Kesediaan pelatih Prinsip pembelajaran Ciri-ciri jurulatih

Fasa III: Pelaksanaan Program latihan Pemilihan kaedah latihan

Fasa IV : Penilaian Program latihan Tindak balas Pembelajaran Gelagat Hasil

122

Jenis latihan yang dikendalikan serta kebaikan dan kelemahannya Jenis-jenis latihan yang boleh diberikan: Latihan Sambil Bekerja Latihan Perantisan Latihan Berasas Komputer Pengajaran Terprogram Kaedah Kuliah Kajian Kes Main Peranan Kajian Kes Teknik Bekas Surat Permainan Pengurusan Simulasi

123

3.4.5 Penilaian
Definisi Merupakan satu proses mengenalpasti dan menyampaikan kepada pekerja tentang prestasi kerjanya. Juga merupakan suatu usaha untuk menentukan sejauh manakah pekerja melaksanakan kerjanya dengan berkesan Peranan dan Kepentingan Pembanguanan kerjaya pekerja Motivasi pekerja Tujuan pembangunan & Pentadbiran Perancangan Sumber Manusia Memberi ganjaran dan Reward Menggalakkan komunikasi yang berkesan Keperluan perundangan Penyelidikan pengurusan sumber manusia

124

i.Kaedah-kaedah Pendekatan Sifat Kaedah Skala pengkadaran grafik Skala piawaian campuran Esei Cara Penilaian Penilaian berdasarkan satu set ciri atau sifat yang berkaitan dengan pekerjaan dengan menggunakan skala yang diberikan Pengkadaran berdasarkan perbandingan prestasi pekerja dengan piawaian sama ada baik, purata atau lemah Penilai menulis kenyataan yang menggambarkan sifat pekerja dan memberi cadangan untuk membaiki kelemahan pekerja

Pendekatan Gelagat Kaedah Cara Penilaian Peristiwa kritikal Skala Pengkadaran berasaskan gelagat Skala semak gelagat Berdasarkan kejadian luar biasa yang berlaku dalam menilai prestasi pekerja. Penilaian ke atas setiap dimensi kerja berdasarkan satu ciri skala menegak yang disediakan Penilai dikehendaki memilih senarai kenyataan yang dapat menggambarkan gelagat atau ciri pekerja yang dinilainya berdasarkan senarai semak yang disediakan Penilaian prestasi berdasarkan cerapan terhada kekerapan125 berlakunya sesuatu gelagat tertentu

Skala pemerhatian gelagat

Pendekatan hasil Kaedah Pengurusan mengikut objektif Cara Penilaian Pekerja dikehendaki menentukan objektif ( seperti piawaian kualiti yang ingin dicapai) melalui perbincangan dengan penyelia dan kemudian objektif tersebut akan dijadikan asas untuk penilaian Penilaian berdasarkan output tertentu seperti volum hasil jualan, unit keluaran dan sebagainya

Ukuran Produktiviti

Ciri-ciri Penilaian yang Berkesan Mempunyai program penilaian yang formal dengan objektif yang jelas Keboleh percayaan Mudah difahami Mempunyai tahap keesahan yang tinggi Penilai yang terlatih dan tidak bias Maklum balas penialaian disampaikan kepada pekerja Terdapat prosedur rayuan bagi pekerja membuat rayuan

126

Masalah-masalah dalam penilaian Kelemahan piawaian yang dibentuk Tidak berkaitan dengan matlamat dan kecekapan organisasi Skop yang tidak menyeluruh Tidak mengambil kira unsur-unsur diluar kawalan pekerja yang boleh menjejaskan prestasi pekerja Kesilapan penilai - Kecenderungan memusat - Terlalu tegas atau baik hati - Kesilapan Kesamaan - Kesilapan Kesemasaan - Kesilapan perbandingan

127

3.4.6 Faedah , Ganjaran dan Tindakan Disiplin


Faedah dan ganjaran Ganjaran Berbentuk Kewangan Gaji Upah Bonus Komisen Elaun Perkongsian keuntungan Ganjaran Berbentuk Bukan Kewangan Pelan Insurans Perkhidmatan perubatan Pelan jaminan Bantuan Pendidikan Lain-lain perkhidmatan percuma Tujuan Ganjaran dan Faedah Menarik pekerja baru yang berbakat dari luar Memotivasi pekerja sedia ada Meningkatkan kepuasan bekerja Mengurangkan kadar lantik henti Mengekalkan daya saing Penentu-penentu ganjaran: Kemampuan majikan Keadaan pasaran buruh Kadar upah sekawasan Kos kehidupan Perundingan kolektif Keperluan Undangundang Tindakan Disiplin Kategori salah laku pekerja Salahlaku Kecil Salahlaku Besar

128

3.4.7 Penyelenggaraan Pekerja


Peranan dan kepentingan Pihak pengurus harus peka kepada isu keselamatan pekerja Hazard merupakan satu keadaan yang berpotensi menyebabkan kemalangan Mengurangkan kadar kemalangan ditempat kerja Mengurangkan perbelanjaan rawatan dan pampasan yang banyak Kesedaran tentang keselamatan dan kesihatan pekerja Aspek-aspek penyelenggaraan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 Akta Kilang dan Jentera 1967 Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969

129

3.4.8 Perhubungan Industri


Definisi Merujuk kepada perhubungan antara pihak majikan dengan pekerja atau Kesatuan Sekerja yang mewakili pekerja Melibatkan lima pihak: Kesatuan Sekerja Majikan Kerajaan Pekerja Mahkamah/tribunal Fungsi Kesatuan Sekerja Menggalakkan perhubungan perindustrian , membaiki syarat pekerjaan, status ekonomi,sosisl, dan produktiviti Menggariskan hubungan sesama pekerja Menjadi perwakilan dalam pertikaian perusahaan Mengurus hal ehwal berhubung pertikaian perusahaan Mengatur dan membiayai mogok atau piket perusahaan Isu yang sering diperjuangkan: Jaminan kerja Ganjaran pekerjaan Waktu kerja Kemudahan tempat kerja Keselamatan dan kesihatan pekerja

130

Kaedah mengekalkan hubungan harmonis antara majikan dengan pekerja Mengelak dari mengambil tindakan yang tidak sewajarnya berkaitan isu pertikaian perusahaan Menyelesaikan perselisihan, sungutan sejajar dengan perjanjian kolektif Menentukan semua perkara yang dipertikaikan dikendalikan oleh jentera yang sewajarnya Menggalakkan kerjasama yang membina dan positif di semua peringkat Mengadakan satu peraturan yang lengkap bagi penyelesaian sungutan. Mematuhi langkah-langkah yang terdapat dalam peraturan. Mengelak dari menggunakan paksaan,menakutkan,menganiayai dll

131

You might also like