You are on page 1of 5

Komunikasi silang budaya berlaku apabila kita bercakap dengan orang yang berbeza bangsa, ras, bahasa, agama,

tingkat pendidikan dan status sosial.

Komunikasi silang budaya ialah komunikasi dengan mereka yang berlainan etnik dan jantina dalam pelbagai konteks seperti konteks pendidikan, politik, teknologi dan lain-lain.

Orang yang meghasilkan mesej dan orang yang mentafsirkan mesej terdiri daripada individu yang berlainan budaya. Identiti sosial antara komunikator adalah berbeza

HALANGAN INTERAKSI SILANG BUDAYA


Perbezaan budaya akan meningkatkan risiko dalam komunikasi iaitu menyebabkan berlakunya salah faham. Salah faham akan menyebabkan proses komunikasi tidak dapat dijalankan dengan lancar Stereotaip ialah generalisasi atar sekumpulan orang, objek atau peristiwa secara luas berdasarkan satu budaya. Maklmat yang digunakan untuk menilai seseorang adalah terbatas kerana hanya merujuk kepada budaya sendiri

Bias dalam komunikasi terdiri daripada dalam kumpulan dan luar kumpulan

Ketidakpastian dan kerisauan akan menjejaskan keupayaan memproses maklumat kerana mereka merisau hasil komunikasi. Mereka gagal memberi perhatian kepada cara komunikasi dalam proses mendapatkan hasil yang diingini Perbezaan gaya komunikasi disebabkan oleh perbezaan gaya pendedahan diri. Contohnya tingkah laku, kegemaran, kerja dan belajar, wang serta personaliti.

Memahami budaya orang lain sebelum berinteraksi dengannya

Strategi kognitif ialah meningkatkan kefahaman budaya orang lain seperti melalui internet atau menanya orang berpengalaman. Kita perlu mengenal pasti perbezaan dan halangan komunikasi yang mungkin berlaku dalam interaksi sperti pola komunikasi, adat reasam, nilai dan sikap. Pembelajaran bahasa tempatan akan memudahkan proses komunikasi

Strategi afektif ialah berfikiran terbuka, sabar, memandang perbezaan secara positif dan unik serta menyenangkan hati. Kita perlu bersifat adaptif dan flesible dengan keadaan yang sentiasa berubah. Kita perlu sedia berkompromi, mempunyai sikap diplomasi dan sensitive kepada situasi.

Strategi tingkah laku terbahagi kepada akomodasi dan divergen. *Akomodasi ialah memberi tumpuan ketika orang lain sedang bercakap dan cuba memahami apa yang disampaikan olehnya. Kita perlu perlahan kadar percakapan, ulang perkataan yang berpotensi disalah dengar atau menimbulkan salah faham, sesuaikan tabiat komunikasi dengan situasi serta memberi masa kepada komunikator untuk menyampaikan mesej. *Divergen ialah individu yang akan cuba mengelakkan daripada berinteraksi dengan orang yang lain, elak dari suasana yang mungkin akan timbul konflik, tidak mengambil berat terhadap konflik yang timbul dan menunjukkan perbezaan dari segi tabiat komunikasi.

You might also like