You are on page 1of 16

1 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK 1.

1 KANAK-KANAK DAN SENI VISUAL Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanakkanak. 1.2 KEPENTINGAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KEPADA KANAKKANAK (a) Aspek Kognitif Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. (b) Aspek Fizikal Penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata. (c) Aspek Kreativiti Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikansenivisual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. (d) Aspek Persepsi murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka. (e) Aspek Sosial dan Emosi Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk. 1.3 KANAK-KANAK DAN SENI LUKIS (a) Melukis sebagai Medium Komunikasi Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. (b) Melukis sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak. (c) Melukis untuk Meningkatkan Daya Penguasaan Kendiri (Self Esteem) Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka.Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera. 1.4 PERKEMBANGAN ARTISTIK KANAK-KANAK 1.4.1 Teori Perkembangan Artistik oleh Hurwitz dan Day (a) Peringkat Manipulatif atau Zaman Awal Kanak-kanak (2-4Tahun) kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pada pergerakan tangan. Lukisan yang dihasilkan juga selalunya tidak terkawal dan banyak terdapat di dinding, di atas meja dan kertas lukisan dengan menggunakan pelbagai jenis bahan dan medium seperti krayon, pensil serta bahan-bahan lain.

-tidak bersifat realistik dan banyak menggunakan lukisan garisan bagi menggambarkan sesuatu imej. -terdapat empat peringkat contengan pada peringkat manipulatif iaitu contengan garisan tidak terkawal, contengan garisan terkawal, contengan rupa terkawal dan contengan rupa. (b) Peringkat Membuat Simbol (6-9 Tahun) kanak-kanak mula beralih ke peringkat menghasilkan simbol. Pada peringkat ini, kanak-kanak sangat terpengaruh dengan keadaan sekelilingnya. (c) Pra-Remaja (10-13 Tahun) Terdapat percubaan untuk melukis figura dengan saiz yang betul. Lukisan figura pula mula dilukis dengan menitikberatkan daya saiz sebenar objek. 1.4.2 Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak oleh Lowenfeld dan Britain (a) Peringkat Scribbling (2-4 Tahun) Pada peringkat ini kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal. mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada lukisan garisan lurus dan melintang kepada melukis bulatan. (b) Peringkat Preschematic (4-7 Tahun) Peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan pertama untuk melukis objek yang terdapat di sekelilingnya dengan menggunakan garisan. (c) Peringkat Schematic (7-9 Tahun) Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu. Penekanan lebih diberikan kepada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat disekelilingnya. lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas dan berskala besar. (d) Peringkat Dawning Realism atau The Gang Age (9-12Tahun) kanak-kanak terus melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu. imej yang dilukis secara realistik dan teliti. Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri. Mereka mula membandingkan karya dengan karya rakan sebaya dan ini menjadikan mereka berhati-hati dan sedikit individualistik serta menitikberatkan kualiti karya yang dihasilkan. (e) Peringkat Pseudonaturalistic atau Reasoning (12-14Tahun) Pada peringkat ini, kanak-kanak mula peka dengan konsep realistic di dalam menghasilkan lukisan. Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej. Mereka lebih gemar untuk melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek di hadapan mata berbanding dengan lukisan menerusi imaginasi. (f) Peringkat Period If Decision atau Adolescent Art in High School (14-17 Tahun) Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya seni dan penciptaan objek. Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalam membuat keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk TOPIK 1 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK 1.1 KANAK-KANAK DAN SENI VISUAL Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanakkanak. 1.2 KEPENTINGAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KEPADA KANAK-KANAK

(a) Aspek Kognitif Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. (b) Aspek Fizikal Penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata. (c) Aspek Kreativiti Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikansenivisual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. (d) Aspek Persepsi murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka. (e) Aspek Sosial dan Emosi Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk. 1.3 KANAK-KANAK DAN SENI LUKIS (a) Melukis sebagai Medium Komunikasi Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. (b) Melukis sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak. (c) Melukis untuk Meningkatkan Daya Penguasaan Kendiri (Self Esteem) Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka.Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera. Luahan estetik kanak-kanak amat berbeza dengan pergerakan badan yang biasa. Di dalam kehidupan seharian, kita berkomunikasi secara verbal ataupun bukan verbal. Komunikasi bukan verbal melibatkan pergerakan tangan, memek muka, pandangan mata dan pergerakan bahagian badan yang lain. Pergerakan estetik pula menjurus kepada isyarat virtual. Isyarat virtual ini merupakan jendela kepada emosi dalaman kanak-kanak dan juga jiwa dan pemikiran mereka. 2.4 PERKEMBANGAN ARTISTIK (a) Faktor sosioekonomi mempunyai pengaruh yang amat terbatas dalam peringkat awal pertumbuhan kanak-kanak. Kanak-kanak lelaki dan perempuan didapati melukis dengan cara yang sama di peringkat awal pertumbuhan. (b) Lukisan kanak-kanak dapat memberi lebih banyak maklumat tentang perkembangan mereka daripada catan kerana ianya menggunakan krayon, pensil dan pen. Alatan ini lebih mudah dikawal oleh kanakkanak daripada berus dan warna.

(c) Terdapat pertindihan yang agak ketara di antara peringkatperingkat perkembangan. Lukisan kanakkanak mungkin mempunyai elemen dua peringkat serentak dan tidak semestinya elemen satu peringkat perkembangan sahaja. 2.5 TEORI-TEORI KOGNITIF 2.5.1 Teori Gestalt- Prinsip asas teori ini menitikberatkan keseluruhan daripada sebahagian. Dalam erti kata lain, melihat sesuatu objek secara keseluruhan (contohnya rumah) memberi makna yang lebih mendalam daripada melihat komponenkomponen individu (tiang, lantai, dinding, pintu, tangga). Proses melihat secara keseluruhan melibatkan proses kognitif minda membuat anjakan daripada memahami setiap komponen dalam menghasilkan makna daripada pandangan yang menyeluruh. Hukum-hukum Teori Gestalt (a) Hukum Pragnanz Hukum Pragnanz menyatakan bahawa apabila individu berhadapan dengan pengalaman yang baru, persepsi individu tersebut adalah tidak teratur. (b) Hukum Persamaan (Similarity) Konsep hukum persamaan adalah lebih mudah untuk difahami. Individu akan lebih cenderung untuk mengklasifikasikan rangsangan yang mempunyai persamaan di dalam kumpulan yang sama. (c) Hukum Keintiman (Proximity) Mengikut hukum keintiman, pengklasifikasian setiap rangsangan adalah berdasarkan elemen jarak dan hubungan. Rangsanganrangsangan yang mempunyai hubung kait di antara satu sama lain akan diletakkan di dalam kumpulan yang sama. (d) Hukum Lengkap (Closure) Hukum lengkap menganjurkan bahawa individu cenderung untuk meletakkan rangsangan yang telah lengkap di dalam kumpulan yang sama. (e) Hukum Kesinambungan Positif (Good Continuation) Hukum ini menyatakan bahawa sifat sesuatu rangsangan tidak akan berubah, dan pada masa yang akan datang sifat yang sama akan dikekalkan. Contohnya, garis yang lurus dilihat sebagai akan tetap lurus pada masa yang akan datang dan tidak akan berubah sifatnya. (f) Hukum Ciri-ciri Bahagian (Membership Character) Di dalam hukum ini, individu akan mentafsir sesuatu berdasarkan pandangan mereka secara keseluruhan terhadap sesuatu objek tersebut, dan bukannya melihat setiap bahagian daripada keseluruhan objek tersebut. - Teori Gestalt juga mempunyai hubungan yang rapat dengan pandangan konstruktivis dan banyak diaplikasikan di dalam kaedah penyelesaian masalah. - Di dalam konteks pembelajaran seni visual, teori Gestalt bukan sahaja melihat kepada produk atau hasil kerja tetapi memberikan penekanan yang tinggi ke atas proses penghasilan produk itu sendiri. 2.5.2 Teori Sosial-Interaksi Piaget(ahli epistemologi genetic di dalam bidang biologi dan falsafah.) -Piaget merumuskan bahawa kanak-kanak kecil bukanlah tidak mempunyai kapasiti untuk berfikir, cuma kanak-kanak dewasa mempunyai lebih pengalaman yang mengasah minda mereka.

Jawapan kanak-kanak kecil berbeza daripada kanak-kanak dewasa kerana cara berfikir mereka yang berbeza. prinsip penyelidikan biologinya : (a) Penyerapan (Assimilation) dan Ubahsuai (Accommodation) Piaget menjelaskan dua proses yang digunakan oleh individu sepanjang hayat dalam menyesuaikan diri mereka dengan persekitaran, iaitu asimilasi (assimilation) dan akomodasi (accommodation). Kedua-dua proses ini sentiasa berlaku dalam diri individu dan sentiasa menimbulkan ketegangan yang memerlukan penyelesaian. Hasil daripada penyelesaian kepada ketegangan ini akan mempengaruhi perkembangan kognitif. (b) Refleksi, Skema, Struktur dan Hierarki Piaget juga mengemukakan hipotesis bahawa setiap bayi dilahirkan dengan skema fungsi yang dikenali sebagai refleksi. Refleksi pada bayi ini berfungsi dalam membantu menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru (daripada dunia janin ke dunia sebenar). Apabila bayi mula biasa dengan persekitaran yang baru, refleksi ini akan digantikan dengan skema tersusun. Perkembangan Kebolehan Kognitif (a) Peringkat Deria-Pergerakan (0-2 Tahun) Kanak-kanak masih belum dapat menguasai simbol ataupun bahasa untuk menamakan objek di sekitarnya. Satu-satunya cara interaksi dengan persekitaran ialah melalui kesan deria dan gerak-gerinya. Apabila umur bayi meningkat 10 bulan, bayi tersebut mula memahami konsep kekal (permanence) iaitu kesedaran bahawa walaupun sesuatu objek hilang daripada pandangannya, objek tersebut tidak ghaib begitu sahaja. (b) Peringkat Pra-olahan (2 6 Tahun) Di peringkat ini, kanak-kanak telah mula menguasai bahasa dan menggunakan nama untuk panggilan objek di sekelilingnya. Walaupun begitu, penguasaan ini masih baru dan terbatas

SIFAT KREATIVITI (c) Kreativiti Bersifat Inventif Kreativiti bersifat inventif merujuk kepada keupayaan mencipta benda atau objek melalui proses eksprimentasi. Peranan guru pada peringkat ini adalah memberikan motivasi dan galakan supaya pelajar tidak cepat bosan dan putus asa. (d) Kreativiti Bersifat Inovatif Peringkat ini melibatkan modifikasi kepada konsep-konsep asas sedia ada kepada idea baru yang lebih bermakna. pelajar mula bertindak luar dari kaedah konvensional dan menghasilkan alternative bagi setiap perancangan. (e) Kreativiti Bersifat Emergen Ini merupakan bentuk kreativiti tertinggi di mana keseluruhan prinsip formal diterjemahkan dan muncul di dalam bentuk abstrak dan mudah. Sebagi contoh, figura manusia digambarkan tanpa menitikberatkan bentuk formal dan bentuk asalnya oleh kanakkanak apabila melukis. CIRI-CIRI KREATIVITI (a) Bersifat Fleksibel Seseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dirinya dalam pelbagai keadaan dan situasi selain mempunyai keyakinan optimis. (b) Sensitif dan Peka Individu ini mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap keadaan sekelilingnya termasuk gaya hidup, keperluan, persekitaran dan turut sensitif menggunakan deria. (c) Gagasan/Idea yang Asli dan Tulen Seseorang yang dikategorikan sebagai kreatif sering kali mengutarakan idea dan gagasan yang asli. Ini bermakna, cetusan idea bukanlah hasil cedokan daripada mana-mana sumber. Idea mereka unik dan menarik, malah tidak stereotaip dan juga tidak kovensional. Mereka ini biasanya menghasilkan hasil kerja dan karya mengikut cetusan rasa. Hasil karya yang mereka hasilkan sering kali berbeza daripada yang biasa. (d) Bersifat Terbuka Mempunyai sifat keterbukaan di dalam menerima pandangan dan pendapat orang lain mengenai hasil karya dan kerja mereka. Mengamalkan sikap bebas serta demokratik. (e) Logik Murid-murid peka dan sering berfikir secara logik dan rasional. Mereka tahu membezakan yang baik dan tidak baik. Selain menghargai masa mereka juga sangat menghormati masa. (f) Berfikiran Bebas Golongan kreatif ini mempunyai daya pemikiran yang tidak terkongkong pada satusatu perkara sahaja. Golongan ini pandai dan bijak merancang agar projek dan perkara yang dirancang selamat dan berjalan lancar. Pada kebiasaannya mereka ini sangat berhati-hati dan bijak membuat keputusan.

5.6 STRATEGI MERANGSANG KREATIVITI 5.6.1 Kaedah Sumbangsaran (Brainstorming) (a) Kaedah Pertama Elakkan membuat penilaian, terutama semasa proses awal sumbangsaran. Ini boleh membantutkan usaha murid untuk menyalurkan idea kerana khuatir idea yang diberikan tidak mampu dilaksanakan. (b) Kedah Kedua Elakkan pemilikan idea oleh kumpulan dan individu. Ini kerana apabila idea dan saranan dihakmilikkan oleh individu atau kumpulan ianya akan menyebabkan perasaan ego wujud lalu mengurangkan kerjasama di kalangan murid. Keadaan ini biasanya mewujudkan suasana tegang kerana mereka cuba untuk mempertahankan idea dan secara tidak langsung menyebabkan kesukaran untuk memperbaiki idea tersebut. (c) Kaedah Ketiga Menjelaskan kepada murid bahawa tidak menjadi kesalahan untuk meminjam idea dan cara sedia ada bagi tujuan penambahbaikan dalam proses kemudiannya. (d) Kaedah Keempat Menggalakkan sumbangsaran idea yang luar biasa yang kadangkala tidak masuk akal. Galakan sebegini akan merangsang murid untuk berfikir luar daripada kemampuan supaya murid mempunyai idea menarik, tidak bersifat konvensional dan bersifat biasa sahaja. Teori Perkembangan Kreativiti Paul Torrance proses memupuk dan mengembangkan kreativiti para pelajar. (a) Penyoalan Rangsangan melalui proses penyoalan melalui sesi kritikan seni. (b) Penemuan Proses penemuan merujuk kepada usaha untuk memberikan galakan dan rangsangan oleh guru kepada murid bagi menggalakkan penemuan-penemuan terbaru melalui penyelidikan dan kajian. (c) Pemerhatian proses pemerhatian tidak tertumpu hanya pada deria pengamatan semata-mata malahan proses pemerhatian turut melibatkan deria yang lain seperti deria sentuhan, dan sebagainya. (d) Percubaan Percubaan merujuk kepada usaha berterusan bagi mendapatkan hasil terbaik. Individu yang kreatif akan terus bereksperimentasi bagi mendapatkan kesan dan hasil yang dikehendaki. (e) Penerokaan Penerokaan atau eksplorasi merujuk kepada galakan untuk memanipulasi pelbagai barangan dan alat yang terdapat di sekeliling. (f) Memanipulasi murid mampu menggunakan objek dan bahan yang terdapat di sekeliling untuk dijadikan hasilan seni. Dalam konteks pendidikan seni visual usaha ini mengajar pelajar supaya lebih berjimat dan mengelakkan pembaziran.

(g) Aktiviti/Bermain Kreativiti boleh dirangsang melalui aktiviti bermain. Bagi kanakkanak, masa bermain merupakan masa yang penuh dengan keseronokan dan cabaran. Justeru, rangsangan perlu diwujudkan melalui permainan berbentuk akademik. Sebagai contoh, guru boleh menggalakkan aktiviti seperti membuat mural di sekolah. 6.6 KEPENTINGAN MEMPELAJARI ESTETIK a) Menghidupkan Suasana Aktif Pembelajaran -menggalakkan interaksi di antara murid dan guru, menjadikan proses pembelajaran lebih menyeronokkan. (b) Meningkatkan Kefahaman terhadap Imej dan Bahasa Visual - membantu murid mempelajari gaya bahasa tampak dan memperkayakan mereka dengan istilah-istilah baru. (c) Menyemai Kefahaman terhadap di antara Satu Sama Lain - murid memahami bahawa karya yang dihasilkan mempunyai makna berbeza. (d) Meningkatkan Keupayaan Pemikiran - pelajar perlu membuat perbandingan, perbezaan menganalisa dan menilai karya. Kesemua ini membantu murid mengerakkan daya pemikiran mereka. DEFINISI DAN KONSEP - Hurwitz dan Day (2001), apresiasi bermaksud menghargai dan pemahaman mengenai konsep apresiasi seni adalah melalui pencarian dan penyaluran maklumat yang terdapat pada karya - Konsep apresiasi seni sebenarnya antara lain bertujuan untuk membina keyakinan seseorang untuk berbincang dan menghurai serta membuat diskriminasi terhadap karya seni. - Seabolt (2001) - aktiviti kritikan seni melibatkan perbincangan dan diskusi mengenai sesuatu karya seni manakala apresiasi seni - aktiviti menghayati seni dengan melibatkan pengetahuan berkaitan dengan sejarah seni dan perbincangan serta diskusi mengenai seni. - Johari Abdul Hamid, 2004-Apresiasi seni mengajar pengkritik dan pemerhati seni menghargai rasa dan perasaan seniman. KATEGORI APRESIASI SENI - Walter dan Clive Bell yang menyatakan bahawa penghayatan dan apresiasi seni tidak memerlukan pengetahuan mengenai idea - Dewey dan Otto Krash - pengetahuan asas seni boleh membawa kepada kefahaman terhadap karya seni, - Ecker (1966) kategori utama dalam apresiasi seni ialah apresiasi bercorak analitikal. Apresiasi analitikal adalah satu kaedah bagi melihat aspek penghasilan karya seni visual. Kategori apresiasi bercorak analitikal ini disusun dari konsep mudah kepada yang lebih kompleks. Peringkat Analitikal (a) Kenal Pasti (Identification)- Aspek kenal pasti yang paling mudah ialah menyatakan aspek-aspek seperti tajuk karya, jenis karya, pereka atau seniman karya, tarikh dihasilkan, asal-usul karya, gaya, medium yang digunakan, teknik dan fungsi karya.

Peringkat Penerangan (a) Penerangan Literary (Literary Description) Penerangan literari digunakan ke atas karya seperti potret, landskap, lukisan objek dan lain-lain. Contohnya, karya Monalisa menggambarkan seorang wanita yang sedang terukir senyum dibibirnya. Penerangan literari ini terbahagi pula kepada dua bahagian iaitu penerangan teknikal dan penerangan formal. (b) Penerangan Teknikal (Technical Description) Penerangan teknikal merujuk kepada aspek teknikal dalam penghasilan karya seni. Proses ini termasuk perkara-perkara seperti penggunaan teknikal dan bahan-bahan oleh pengkarya. (c) Penerangan Formal (Formal Description) Penerangan formal merujuk kepada struktur fizikal karya seni iaitu perkara-perkara yang berkaitan dengan apa yang dilihat. Ini termasuklah aspek warna, garisan, jalinan, bentuk, rupa dan lainlain. Organisasi rekaan seperti imbangan, susunan, ritma, dan prinsip-prinsip serta elemen seni yang lain. TOPIK 8 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT), MULTIMEDIA DAN INTERNET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) Definisi ICT - Senn (1998) Teknologi maklumat dan komunikasi merangkumi pelbagai teknologi yang disepadukan untuk memperolehi, menyimpan dan menyebarkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks, grafik, audio, animasi dan sebagainya menggunakan alat-alat elektronik. - Abd. Razak et al., (2000) Teknologi maklumat merangkumi apa jua alatan elektronik yang membenarkan pengguna menyimpan, menghubung, memproses, mencipta dan menyampaikan maklumat. - Keperluan ICT dalam P&P Berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pengajaran. Memberi peluang pembelajaran yang sekata kepada semua pelajar yang mempunyai pelbagai keupayaan. Meningkatkan motivasi pelajar. Membolehkan pembelajaran bersendiri (individual learning). Membolehkan pelajar mengakses maklumat yang sukar diperolehi. Membolehkan pelajar mengumpul maklumat dengan mudah dan pantas. Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi pelajar. Memberi peluang kepada pelajar untuk belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum. Meningkat kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi. Peranan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Tutorial a)Pembelajaran ekspositori. b) Demonstrasi yang ditunjuk dan dikawal urutannya. c) Latihan dan latih tubi yang turut dikawal oleh sistem.

(v) Dapat mempengaruhi emosi dan cara berfikir (vi) Untuk mengilustrasikan idea yang kompleks dan dapat

meningkatkan konsentrasi penonton. (vii) Penggunaan Audio Dalam Aplikasi Multimedia Terdapat tiga cara utama penggunaan audio: (i) Sebagai muzik latar belakang Fail audio yang dimainkan akan mewujudkan mood untuk persembahan tersebut. Akan menghasilkan keseronokan dan keinginan (ii) Sebagai kesan bunyi Bunyi akan memberi perhatian dan arahan kepada pengguna, pada butang dan transisi untuk menekankan pada perubahan skrin. Kesan-kesan bunyi ini bersaiz kecil tetapi mempunyai kesan yang menarik. (iii) Sebagai suara latar Merupakan bahan sokongan penyampai. Digunakan seminimum mungkin dalam persembahan kerana ianya boleh mengganggu. Konsep Audio Analog dan Digital (a) Format Fail Audio mp3, wave, MPEG , RA / RM 5. Animasi Animasi ialah satu proses menghidupkan atau memberikan gambaran bergerak kepada sesuatu yang statik agar ia kelihatan hidup dan dinamik. (a) Animasi dalam Aplikasi Multimedia (b) Animasi 2D Animasi dua dimensi (2D) dikenali sebagai animasi linear. (c) Animasi 3D Animasi 3D membuatkan objek kelihatan lebih hidup (nyata) berbanding animasi 2D. 6. Video Video adalah satu siri skrin yang memuatkan gambargambar yang diiringi bunyi-bunyian yang dimainkan pada kadar yang laju. Contoh : MPEG1 (VCD), MPEG2(DVD) , Quict Time (Mscintost) 7. Hipermedia dan Hiperteks Hiperteks -dokumen tanpa urutan yang terdiri daripada teks, audio dan maklumat visual yang disimpan dalam komputer. Hipermedia merupakan media berpautan atau kombinasi media. Ianya merujuk kepada perisian komputer yang mengintegrasikan elemen teks, grafik, animasi, video dan audio yang saling berhubungan dalam proses pengaksesan maklumat. INTERNET DALAM PENDIDIKAN Internet merupakan satu sistem jaringan rangkaian komputer antarabangsa yang meliputi seluruh dunia. World Wide Web (WWW) pula merupakan sub set kepada sistem internet. WWW merupakan perkhidmatan internet yang menghubungkan tapak tapak yang berada di seluruh dunia melalui dokumen hiperteks. Alamat Protokol Internet (IP) menggunakan sistem komunikasi berdasarkan nombor kepada setiap alamat yang terdiri dari kombinasi nama akaun pengenalan diri pengguna (user id) dan nama pendaftaran internet komputer (host name). Sumber Lokasi Uniform (URLs) bermula dengan prefiks HTTP (HyperText

Transfer Protocol) yang merupakan standard internet di dalam menentukan bagaimana mesej dihantar dan bertindak balas. WAN (Wide Area Network) Merupakan rangkaian komputer yang menghubungkan beberapa komputer dalam sesebuah institusi dan meliputi antara satu sama lain LAN (Local Area Network) Merupakan rangkaian jaringan setempat yang menghubungkan beberapa komputer dalam sesuatu kawasan terhad INTRANET Merupakan rangkaian dalaman yang berperanan sebagai penghubung bagi sesebuah kumpulan kerja yang menggunakan pelbagai pengantara komputer pada lokasi yang berjauhan. Internet dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sumber Statik Maklumat Kaedah yang digunakan untuk mencari sumber-sumber yang diperlukan untuk tujuan pengajaran. Ianya bersifat statik dengan mengaplikasikan sumber sedia ada. Contohnya penggunaan kemudahan perpustakaan atau pusat sumber kurikulum. Penggunaan Interaktif Dinamik Internet digunakan untuk menggalakkan suasana dialog antara pelbagai pihak yang berlainan yang merupakan komponen penting. Ianya bersifat dinamik memandangkan pengetahuan hanya akan terhasil apabila dialog antara individu dilaksanakan. Bilik Darjah ke Bilik Darjah Kesemua individu di dalam bilik darjah akan bekerjasama secara dinamik bagi menyempurnakan suatu tugasan. Organisasi popular yang mempromosikan projek sebegini adalah Pendidikan Antarabangsa dan Rangkaian Sumber. Individu ke Individu Merupakan satu lagi bentuk dinamik penggunaan interaktif menerusi perhubungan individu ke individu melalui melelektronik. Pelajar dan guru boleh bertukar-tukar maklumat serta pengetahuan tentang bidang yang diminati. Individu/Bilik Darjah kepada Dunia Pelajar dan guru mampu mengendalikan tinjauan menerusi listservs atau newsgroup yang terdapat dalam internet. Penyelesaian Masalah Internet mampu bertindak sebagai suasana penyelesaian masalah bagi tujuan pembelajaran. Menerusi perisian tertentu pengguna internet mampu mengubah simpanan fail di dalam sesebuah laman web.
1.2 Kepentingan Kreativiti Pendidikan seni visual dianggap sebagai mata pelajaran sampingan oleh sesetengah ibu bapa. Pandangan negatif ini sebenarnya adalah disebabkan oleh pemahaman cetek daripada sumber rujukan

dan maklumat yang tidak tetap terhadap kepentingan mata Pelajaran Seni Visual. Kepentingan pendidikan seni adalah lebih penting dalam merealisasikan masyarakat ke arah kehidupan yang lebih sempurna sepertimana kepentingan mata pelajaran lain. Seni sebenarnya sudah lama memainkan peranan penting dalam dunia pendidikan. Namun, kepentingan itu tidak disedari. Sama ada disedari atau tidak, Pendidikan Seni Visual sudah disemai kepada semua generasi sejak dari awal kanak-kanak lagi sehingga ke peringkat dewasa. Seni bukan saja mengajar manusia menghayati keindahan, kecantikan atau sebagainya tetapi memupuk nilai-nilai estetika dan nilai-nilai kemuliaan dalam diri manusia. Seni harus dilihat sebagai subjek yang mampu mengubati permasalahan yang berlaku dalam jiwa manusia. Seni memainkan peranan penting dalam pembangunan manusia dan perubahan masyarakat. Seni wajar diletakkan pada landasan yang betul dalam arena pembangunan manusiawi. Kefahaman yang cetek yang mengatakan seni tidak menjanjikan kerjaya yang baik perlu dikikis. Pendidikan yang diterima oleh manusia sama ada kita sedari atau tidak sebenarnya telah kita meletakkan seni di tempat yang sewajarnya. Pendidikan seni itu sebenarnya telah bermula lebih awal lagi, iaitu di zaman kanak-kanak. Pendidikan yang diberikan itu berlaku secara tidak lansung dan tanpa disedari. Contohnya, ibu bapa telah mendidik anak-anak mereka mengenal alat-alat permainan. Mereka menunjukkan bentuk-bentuk permainan kepada kanak-kanak. Pada alatan permainan tadi, terdapat pelbagai warna dan bereneka jenis rupa bentuknya. Apabila melihatnya, kanak-kanak itu akan meluahkan rasa hatinya. Apakah warna yang disukainya. Jenis-jenis permainan serta apa yang disayanginya. Selain gemar kepada barangan permainan, kanak-kanak juga suka menconteng. Apa sahaja yang boleh digunakan atau yang difikirkan sesuai, akan digunakan untuk menconteng. Kesempatan itu digunakan untuk melahirkan ideanya. Antara peranan Seni Visual dalam pendidikan pertama ialah memupuk kreativiti kanak-kanak. Sifat semula jadi bagi seseorang kanak-kanak ialah memerlukan perhatian, belaian, sentuhan dan sebagainya. Tanpa kita sedari perkembangan seni tampak minda kanak-kanak berlaku dengan begitu pesat sekali. Sebelum meningkat remaja, kanak-kanak mengalami tiga tahap perkembangan seni tampak. Peringkat manipulatif sekitar umur 2 hingga 5 tahun. Peringkat melakar simbol-simbol berumur 5 hingga 9 tahun dan peringkat pra-remaja iaitu sekitar umur 10 tahun hingga 13 tahun. Berdasarkan kajian oleh ahli-ahli psikologi barat, perkembangan seni ini berlaku pada setiap kanakkanak. Perbezaan mungkin timbul ialah berdasarkan factor persekitaran, bimbingan berterusan daripada keluarga atau latar belakang pendidikan. Melalui proses membentuk kreativiti dari diri kanak-kanak itu akan terbina dengan baik. (Laura Chapman, 1978) Peranan kedua memupuk dan mengembangkan sifat kreativiti dan inovatif para pelajar. Apabila mencapai umur remaja sekitar 10 hingga 15 tahun, tahap penguasaan ilmu yang berkaitan dengan seni mungkin telah bertambah. Seseorang pelajar itu sudah mulai menunjukkan kecenderungan untuk mencipta sesuatu bentuk dengan lebih baik. Pada peringkat ini, sekiranya pelajar diberi kesempatan dan bimbingan yang betul mengenai seni, maka tahap kematangan kreativitinya akan berkembang. Menurut Lowenfeld dan Lambert (1965) pada peringkat ini merupakan peringkat yang paling konflik dan genting. Pelajar akan mengalami tekanan untuk memilih bidang seni sebagai satu bidang utama dalam proses membesar mereka. Persaingan di kalangan pelajar berlaku peringkat ini. Pelajar yang lemah akan mengalami masalah yang dinyatakan tadi. Sekiranya dibimbing dan diberi penerangan yang betul, kemungkinan minatnya terhadap seni akan terkabur. Berbanding dengan pelajar yang diberi bimbingan atau nasihat yang positif. Mereka akan menjadi lebih berdisiplin, cekal dan berminat dengan subjek seni itu. Ketiga ialah melahirkan tenaga professional dalam pelbagai bidang. Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, kita amat memerlukan ramai tenaga professional. Jurutera, arkitek, doktor, saintis dan penguam merupakan bidang kerjaya yang amat diperlukan oleh negara. Akibat kekurangan itu, kita terpaksa mengimport dari luar negara. Dalam bidang kerjaya, seni boleh memainkan peranan besar untuk membentuk generasi hari ini bagi memilih kerjaya yang sesuai dengan minat mereka. Selain untuk keperluan negara, pelajar yang memilih bidang ini boleh merancang untuk membentuk satu profesion baru. Menjadi seniman sepenuh masa contohnya. Walaupun negara kita masih baru dalam bidang ini, namun telah terdapat ramai artis yang mampu hidup mewah dengan menjadikan seni sebagai satu profesion sepenuh masa. Keempat peranan seni visual dengan cara memupuk dan mendidik sifat kecintaan pada seni dan estetika. Negara perlu memikirkan satu kaedah yang berkesan bagaimana seni ini perlu dijadikan teras kepada pembentukan masyarakat. Seni boleh dijadikan satu formula membentuk masyarakat yang cinta kepada nilai-nilai keindahan. Pada hari ini melalui sebuah agensi kerajaan, kita melihat beberapa agenda penting disambut setiap tahun. Pelbagai aktiviti dan perayaan dianjurkan oleh kerajaan dengan pelbagai bentuk kebudayaan. Antaranya program Tahun Melawat Malaysia anjuran

Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Selain daripada itu, ada pelbagai program lain yang dianjurkan bertujuan untuk menarik para pelancong. Program seperti ini wajar diadakan dan dipergiatkan lagi. Namun apa yang penting di sini ialah penglibatan masyarakat masih lagi tidak menyeluruh. Terutama sekali ialah kesan penghayatan masyarakat terhadap aktiviti yang dijalankan itu. Kelima memupuk perasaan sayang pada seni dan warisan dalam masyarakat. Masyarakat kita memang kaya dengan khazanah warisan budaya. Sebut sahaja keperluan harian yang digunakan di rumah kita. Pinggan mangkuk, peralatan memasak, ukiran kayu, seni batik dan tenunan atau tekstil, hamparan tikar mengkuang atau pandan, anyaman kelarai, seni binaan rumah kayu atau kampung dan seterus seni budaya sopan santun dan adat istiadat. Seni warisan ini sebenarnya semakin terpinggir dan hamper dilupakan. Tidak banyak lagi generasi hari ini yang mengamalkan menghulurkan tepak sirih apabila menyambut kedatangan tetamu. Kehidupan moden yang dialami hari ini telah melupuskan semua warisan itu. Seni itu wajar dipertahankan daripada hilang terus atau mengalami kepupusan. Terdapat banyak contoh yang boleh dijadikan rujukan. Seni kraftangan umpamanya seperti seni anyaman mengkuang dan seni anyaman kelerai. Seni tekat, tembikar dan banyak lagi contoh yang bileh diketengahkan. Boleh dikatakan kepentingan barangan kraf ini tidak lagi menjadi pilihan masyarakat kini. Peranan keenam ialah melahirkan masyarakat yang memiliki jati diri. Budaya menunjukkan bangsa. Kata-kata ini jelas kepada kita bahawa sesebuah masyarakat itu mesti meletakkan kepentingan budaya pada satu kedudukan yang tinggi dalam masyarakatnya. Mengekalkan kebudayaan mereka supaya ia dikenali dan dihormati bukanlah satu tugas yang mudah. Kita boleh mengesan sesuatu bangsa melalui perkembangan budayanya. Ada yang berpendapat, mengenali sesuatu bangsa itu lebih mudah dari mengenali budayanya. Masyarakat yang memiliki jati diri yang kuat akan berusaha untuk mengekalkan seni, budaya dan warisannya. Kita mestilah meletakkan tanggungjawab di bahu masyarakat akan kepentingan nilai seni dan estetika. Kefahaman dan tanggungjawab ini perlu dipupuk di peringkat awal lagi. Sekolah dan institusi pengajian tinggi merupakan tempat yang paling wajar. Peranan murid, guru atau pendidik, pensyarah, dan pihak kementerian pendidikan amat penting untuk merealisasikan perkara ini. Justeru, selain apa yang disebutkan tadi, semua masyarakat juga boleh memainkan peranan menjadi ahli atau individu yang ada kepentingan untuk menjadi warga yang dapat memberikan sumbangan kea rah cita-cita yang murni ini. 1.3 Tahap Perkembangan Kreativiti Berikut adalah antara beberapa pendapat yang menyatakan tentang tahap perkembangan kreativiti dalam proses kreativiti atau artistik. Pendapat pertama adalah dari PETER Mc KELLAR (1967) menyatakan tahap perkembangan kreativiti sebagai peringkat iaitu persediaan, pengeraman, penjelasan, penentuan dan pencernaan. Pendapat seterusnya, dari VIKTOR LOWENFELD (1969) menyatakannya sebagai tahap-tahap perlakuan dan tindakan, iaitu kepekaan, kelancaran, keanjalan, memberi makna dan pengertian baru, analisis, sintesis, kejelasan dan ketekalan mengorganisasi. Pendapat seterusnya, dari POINCAR (1970) ianya menjelaskan peringkat-peringkat berikut sebagai proses kreativiti iaitu mengenalpasti, penjelasan, tidak pasti, pandang timbang dan rasionalisasi dan pendapat dari LAURA H. CHAPMAN iaitu menyatakan dalam bukunya berjudul Approaches to Art in Education, suatu kajian tentang teori-teori peringkat penghasilan kerja dan tahap kreativiti, menjelaskan bahawa proses artistik adalah merupakan fasa-fasa tidak semestinya sentiasa bersifat tekal dan sekuens. Buku ini menjelaskan bahawa tahap perkembangan kreativiti dan artistik dibahagikan kepada tiga fasa yang utama, iaitu perwujudan idea, perkembangan dan penghalusan idea dan kemahiran media. 1.4 Ciri-ciri kreativiti dalam Pendidikan Seni Visual Seseorang artis atau tukang dikatakan sebagai insan yang mempunyai daya kreatif, imaginatif dan nilai estetik yang tinggi. Pendidikan Seni bukan bertujuan untuk melahirkan ramai artis tetapi melatih dan mendidik pelajar agar dapat membentuk sahsiah yang positif dengan memiliki sifat-sifat kreatif seperti mana yang terdapat pada seseorang artis yang unggul. Seseorang artis yang unggul memiliki sifat-sifat yang berikut : SIFAT-SIFAT ARTIS HURAIAN Mereka mempunyai ciri-ciri : 1. Daya persepsi tinggi Mereka peka, berkeupayaan dan gemar kepada : Melihat kekuatan nilai dan makna pada objek dan alam. Mendengar bunyi kehidupan di keliling mereka. Sedar tentang apa yang dirasa dan disentuh.

Peka kepada bau yang dihidu. Memberi nafas baru dan kesinambungan terhadap perkara silam atau isu lama.2. Daya membina idea sendiri Membina, mencipta, dan menghasilkan sesuatu. Mencuba gaya atau teknik baru. Memanipulasi idea dengan pelbagai cara, secara tidak lazim atau berlainan dari biasa perlakuan. Mencuba dan meneroka pelbagai pendekatan dan bahan. Menyelesaikan masalah dengan cara tersendiri. Berimaginasi tinggi- melangkaui batas pemikiran biasa. Menggunakan cara-cara baru dan inventif menghubung idea dan imej.3. Suka mencuba, meneroka dan mencari sesuatu yang baru Mengimpikan dan memikirkan kemungkinan-kemungkinan baru yang berlainan dari kebiasaan. Berimaginasi dan berdaya mewatakan sesuatu. Berfikiran tulen dan asli (originality). Dapat memberi makna dan pengertian terhadap sesuatu ciptaan.4. Suka mengkaji dan menyelidik Menganalisa data maklumat tentang apa yang dialami. Bertanya dan mencari penjelasan. Mencari penemuan baru mengenai hubungan antara idea dan bahan. Tertarik terhadap nilai keindahan, kecantikan, keunikan, kelainan, dan keharmonian pada objek, alam dan kehidupan.5. Peka terhadap nilai estetik Dapat merasakan nilai rentak, irama dan harmoni terhadap apa yang dilihat dan dihasilkan. Menggunakan pendekatan yang fleksibel mengikut situasi dan keperluan.6. Keyakinan diri Berdikari. Mempunyai kekuatan perasaan dan emosi serta dapat membuat penyataan diri. 1.5 Proses meningkatkan kesedaran Bagi meningkatkan kesedaran, pelajar-pelajar boleh dilatih dan dibimbing dengan pelbagai cara. Melalui aktiviti Pendidikan Seni, kesedaran boleh ditingkatkan melalui latihan persepsi estetik, iaitu : 1. Interaksi Estetik (kajian visual) Pengalaman Tampak (deria) Pengalaman Aktif Secara Langsung Pengalaman Empati 2. Pendidikan Asas Senireka Unsur Seni Prinsip Rekaan Struktur Rekaan 3. Proses Kreativiti/Artistik INTERAKSI ESTETIK Melalui latihan pengalaman tampak, seseorang akan dilatih menggunakan deria secara terperinci. Pengalaman Tampak (Deria) Kesedaran dapat dipertingkatkan melalui pengalaman deria yang melakukan aktiviti penyelidikan, penerokaan, percubaan dan pemerhatian terhadap sesuatu. Aktiviti-aktiviti tersebut haruslah mengandungi tujuan-tujuan berikut agar aktiviti yang dijalankan benar-benar berkesan terhadap perkembangan dan peningkatan kesedaran. Iaitu meningkatkan : o Daya melihat dan mengamati o Daya mengigati dengan jelas tentang pengalaman tampak yang dilalui dan kesannya terhadap perasaan, pemikiran dan tanggapan. Menurut Laird, daya mengingati dan menghubungkan antara pengalaman dengan perasaan, pemikiran, dan tanggapan, boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Iaitu pelajar perlu : o Mengambil bahagian aktif melibatkan fizikal, pergerakan tindakan langsung seperti bergerak ke sesuatu tempat untuk mendapatkan maklumat. Tindakan fizikal tersebut akan memperkukuhkan ingatan. o Mengaitkan pengalaman baru dengan pengalaman yang sedia ada atau masa lampau. Galakkan pelajar meneroka, mengkaji, dan menemui pelbagai fenomena sebanyak mungkin secara sendiri. Guru hanya perlu membantu menentukan struktur dan kandungan penemuan yang telah diperolehi pelajar.

Mendapat pengalaman secara langsung dengan menggunakan objek atau fenomena yang sebenar. Elakkan menggunakan gambaran atau penjelasan yang abstrak. Berlatih mengingati perkara-perkara mengenai seseorang atau objek yang ditemui. Adakan tindakantindakan seperti : o Cari kaedah bagi mengingati nama orang atau objek tersebut. Kaitkan dengan sesuatu yang lain agar mudah diingati. o Tumpuan kepada ciri spesifik tentang rupa muka orang tersebut seperti mata, gigi, hidung, bulu kening, jalinan kulit dan warna kulitnya (bagi objek yang boleh dilihat dari segi warna, bentuk, jalinan, dan sebagainya.) o Lihat dan catatkan ciri-ciri keunikan orang / objek tersebut. Tumpuan/konsentrasi sangat perlu bagi mendapatkan aras pencapaian kesedaran yang tinggi. Ia boleh dilakukan dengan latihan seperti : o Melakukan aktiviti tidak lazim Contoh : melihat gambar yang terbalik. Melukis gambar belakang kepala bukan muka seperti kelaziman dilakukan. Bagi mendapatkan kesedaran dan pengalaman-pengalaman seperti yang dinyatakan, guru boleh menyediakan borang senarai semak untuk diambil tindakan oleh pelajar selepas mereka melakukan aktiviti penerokaan, kajian atau pemerhatian. Galakan pelajar merakamkan setiap pengalaman deria tersebut melalui lakaran, lukisan, fotografi, himpunan/koleksi buku skrap, dan penulisan. Melalui latihan membuat atau menghasilkan sesuatu. Pengalaman Aktif Secara Langsung Kesedaran dapat diperkembangkan melalui pengalaman membuat atau menghasilkan sesuatu seperti membuat catan, cetakan, anyaman, ukiran, dan pelbagaiaktiviti gerakerja kreatif. Pelajar perlu disedarkan dengan pemeringkatan proses dan teknik semasa melakukan kerja tersebut. Proses dan teknik dapat meningkatkan kesedaran secara langsung. Kajian-kajian tentang asas seni reka pada alam dan persekitaran untuk digunakan dan diaplikasikan dalam gerakerja yang dilakukan. Galakan pelajar melakukan aktiviti membuat kajian-kajian mengenai tema, artis, melihat cara artis menghasilkan karya secara tindakan aktif seperti menemu bual artis, melihat artis bekerja dalam studio dan sebagainya, bagi mendapatkan pengalaman dan meningkatkan kesedaran. Wujudkan suasana yang lebih mencabar seperti aktiviti perbahasan, diskusi, perbincangan, dan kritikan tentang karya yang dilakukan. Adakan senarai semak untuk diambil tindakan oleh pelajar bagi mengesaningatan dan kesedaran semasa mereka melakukan aktiviti. Pengalaman Empati Melalui latihan yang banyak menyentuh perasaan, emosi, dan tekanan fizikal. Latiahan melalui aktiviti kembara visual ke tempat tertentu banyak menimbulkan kesan emosi dan fizikal. Sebaik-baik pelajar mengalami sendiri secara langsung mengenai susah payah kerja sebagai seorang petani ketika mereka cuba menggambarkan pemandangan di sawah padi atau potret seorang petani. Membuat pengamatan secara dekat dan langsung. Merasakan keterikan panas cahaya matahari yang membakar kulit kaum petani. Merasakan kesukaran atau kelainan antara melakukan aktiviti dalam studio berbanding aktiviti kembara di luar studio. Menggunakan angota yang tidak lazim digunakan untuk menghasilkan karya. Latihan-latihan sumpama itu dapat menimbulkan kesan kesedaran, keinsafan, dan pengalaman yang sangat bermakna kepada seseorang, dan dapat meningkatkat penghayatan. Sediakan senarai semak yang dapat menyatakan dan mengesan pengalaman pelajar ketika melakukan aktiviti tersebut. 2. PENDIDIKAN ASAS SENIREKA Unsur Seni Prinsip Rekaan Pendidikan Asas Senireka melalui persepsi dan pertinbangan estetik, boleh membantu pelajar ke arah kesedaran terhadap fenomena alam dan karya, menjurus kearah tujuan berikut perlu dilakukan :

Struktur Rekaan o Menganalisa wujudnya asas senireka seperti unsur seni, prinsip seni, dan struktur rekaan dalam hasil karya seni dan di alam. o Mengenal pasti kegunaan asas seni reka o Mengenal pasti media dan proses seni o Mengenal pasti artistik mood o Mengambarkan ragam-ragam estetik o Menganalisa persamaan dan kelainan estetik o Membezakan gayaan artistik o Mengenal pasti ragam artistik Menggunakan kemahiran proses kreativiti3. PROSES KREATIVITI ATAU ARTISTIK Mengaplikasikan unsur dan struktur rekaan. Membuat penyataan dalam pelbagai aktiviti seni, Seperti : o Karya 2D dan karya 3D o Karya Kraf o Karya Komunikasi Mempelbagaikan dan menggunakan karya dalam persekitaran. Mengenal pasti bidang kerjaya. 1.6 Kesimpulan Kesimpulannya semua pihak mempunyai perasaan cinta kepada seni dan warisannya. Menanamkan tanggungjawab untuk pemeliharaan dan penjagaannya terletak pada semua pihak. Harus juga disedari bahawa, usaha ini tidak akan berjaya sekiranya masaih ada pihak yang meletakkan kepentingan seni ini pada tempat yang sewajarnya. Semoga apa yang dibincangkan tadi dapat memberikan kesedaran bahawa seni dan pendidikan seni merupakan dua bidang yang berbeza. Seni begitu memainkan peranan penting dalam dunia pendidikan kita. Sewajarnya seni tidak boleh lagi dianggap sebagai satu mata pelajaran yang tidak ada kepentingannya dalam dunia pendidikan. Sejarah telah membuktikan bahawa seni amat memainkan peranan dalam pembentukan ketamadunan manusia. Kita mengenali bangsa yang berjaya ialah melalui seni selain perkembangan teknologinya. Oleh itu, seni pastinya memainkan peranan penting dalam dunia pendidikan kita hari ini

You might also like