You are on page 1of 3

Falsafah Pendidikan Sendiri

Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah berbunyi Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kea rah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasrkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah agi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara. Setiap individu mempunyai pandangan dan pendapat sendiri berkaitan FPK ini. Begitulah juga dengan saya. Sebagai seorang bakal guru, saya mempunyai pendapat atau falsafah pendidikan saya yang tersendiri. Falsafah pendidikan saya selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang merangkumi tujuan pendidikan, kehendak masyarakat, kehendak pelajar dan kehendak guru. Bagi saya tujuan pendidikan bukan sekadar untuk mendapatkan ilmu pengetahuan malah melibatkan pengaplikasian ilmu tersebut dalam kehidupan seharian. Ilmu tidak berguna jika tidak diaplikasikan dengan sebaiknya. Ini bermakna objektif pendidikan tidak lain dan tidak bukan adalah untuk melahirkan individu yang berguna untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Apabila individu itu menjadi manusia yang berguna barulah dia dapat menyumbang kepada kemajuan dan ketamadunan masyarakat serta negara dari pelbagai aspek kehidupan. Sebagai seorang bakal guru, saya dengan tidak jemu akan berusaha menggabungkan segala

pengalaman dan pengetahuan yang ada untuk mencapai tujuan atau objektif falsafah pendidikan ini. Manusia hidup berkeluarga dan masyarakat. Oleh yang demikian, pendidikan haruslah menepati kehendak masyarakat. Masyarakat berkehendakkan pendidikan yang mampu mebela nasib mereka atau dengan kata lain dapat membantu mereka meningkatkan taraf ekonomi dan mempunyai kerjaya yang terjamin. Pendidikan yang

diperlukan bukan sekadar meliputi pengetahuan dalam sesuatu kerja malah turut melibatkan pendidikan akhlak dan sosial supaya mereka dapat berinteraksi dan berkomunikasi dengan baik apabila menjalankan kerja yang melibatkan masyarakat atau orang lain. Guru juga merupakan sebahagin daripada masyarakat. Peranan guru kepada masyarakat juga dianggap penting. Oleh yang demikian, saya akan melibatkan diri dengan masyarakat dan dalam masa yang sama saya akan menyedarkan masyarakat tentang kepentingan pendidikan itu sendiri. Kejayaan sesebuah syarikat atau kilang itu dikira cemerlang jika mereka berjaya menghasilkan produk yang baik, berfungsi dan diterima pengguna. Dalam konteks pendidikan, produk bagi seorang guru adalah peljarnya. Maka falsafah pendidikan saya juga mementingkan kehendak pelajar. Di sekolah umpamanya, pelajar-pelajar berkehendakkan pendidikan atau proses pengajaran dan pembelajaran yang memberikan mereka pengetahuan yang baru dan dapat digunakan. Selain itu, meraka juga tidak gemar pendidikan yang membosankan. Justeru,sebgai guru proses mendidik haruslah dilakukan dengan kreatis dan kreatif supaya ianya menarik dan lebih berkesan. Penggunaan alat bantu mengajar dan set induksi yang baik amat diperlukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi juga amat penting dalam menjalankan tanggungjawab mendidik di era globlalisasi kini. Guru merupakan kerjaya yang paling berkait rapat dengan pendidikan. Oleh itu. Kehendak guru tidak dpat diketepikan dalam merialisasikan tujuan dan objektif pendidikan. Guru-guru pelulah diberikan pendidikan yang menyeluruh supaya mereka mempunyai pengetahuan dalam pelbagai bidang kehidupan disamping mempunyai akhlak atau disiplin yang baik. Akhlak serta keserbabolehan yang terdapat pada guru amat penting kerana mereka berperanan sebagai medium pendidikan disamping menjadi contoh ikutan role model kepada pelajar-pelajar. Selain itu, guru juga perlu diterapkan dengan keimanan, ketahan fizikal, kecerdasan emosi dan kbijaksanaan dalm bersosial supaya pendidikan yang mereka berikan dapat diterima oleh pelajar dan masyarakat.

Kesimpulanya, pendidikan bagi saya adalah segala usaha yang mampu melahirkan individu yang berguna bukan sekadar pada diri sendiri tetapi turut kepada keluarga, masyarakat, agama dan negara selaras dengan apa yang telah ditetapkan dalam Falsafah Pendidikan Malaysia. Oleh sebab inilah pendidikan amat penting bagi setiap individu terutamnya insan pendidik itu sendiri.

You might also like