You are on page 1of 8

Penggunaan Alat Pemadam Api

Secara umumnya, terdapat lima kelas api di rumah. Alat pemadam api dilabelkan berdasarkan "Simbol" atau "Penggunaan Huruf" yang piawai bagi setiap kelas api yang dapat dipadam. Kelas Penerangan Api Memadam kebakaran pepejal seperti A kayu, kertas, kain dan sebarang bahan mudah bakar. Memadam kebakaran cecair seperti B minyak, cat, varnish, plastik dan lainlain. Memadam kebakaran gas seperti gas butana, gas acetylene, pendawaian C elektrik, kotak fius, perkakasan elektrik dan lain-lain. Memadam kebakaran logam seperti D logam potassium, logam sodium, logam kalsium dan logam magnesium. Memadam kebakaran minyak masak E yang digunakan secara komersial.

Teknik Mengawal Kebakaran Kecil


1. Pastikan keselamatan anda dan orang lain

terjamin. 2. Pastikan semua penghuni telah meninggalkan / keluar rumah. 3. Pastikan Jabatan Bomba telah dipanggil. 4. Pastikan saiz api masih kecil dan belum merebak. 5. Pastikan paras asap tidak menjejaskan pernafasan dan mengaburkan pemandangan anda.

6. Pastikan anda membelakangkan jalan

pelepasan ketika melawan kebakaran, kerana sekiranya anda gagal memadamkan kebakaran, maka anda tahu bahawa jalan pelepasan adalah dibelakang anda. 7. Sekiranya api gagal dipadamkan dan menjadi tidak terkawal, tinggalkan tempat tersebut. Pastikan anda menutup pintu terlebih dahulu untuk melambatkan api dan asap dari merebak ke ruang lain.

Tempat Menyimpan Alat Pemadam Api


Mudah dilihat. Mudah dicapai. Tempat berisiko tinggi Laluan keluar

Kaedah Menggunakan Alat Pemadam Api Anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah berikut:

P- Pull - Cabutkan pin A- Aim - Halakan nozel ke pangkal (base) api S- Squeeze - Tekan tuil (lever) S- Sweep - Layangkan nozel ke kiri dan kanan

Panduan Membeli Alat Pemadam Api Sekiranya anda ingin membeli alat pemadam api, pastikan anda mendapat maklumat dan keterangan yang lengkap daripada pihak

pembekal mengenai pemasangan, penyelenggaraan, pengujian dan penggunaannya ataupun hubungi Balai Bomba dan Penyelamat yang berhampiran untuk nasihat. Pastikan anda membeli pemadam api yang mempunyai kelulusan SIRIM. Peringatan Alat pemadam api adalah amat penting untuk memadam kebakaran di peringkat awal. Sekiranya anda tidak memiliki alat pemadam api dirumah, peluang untuk memadamkan kebakaran diperingkat awal adalah amat tipis. Ingatlah alat pemadam api adalah amat penting supaya anda dapat membunuh api itu, sebelum ianya membunuh anda dan ahli keluarga anda.

You might also like