You are on page 1of 4

Frasa Adjektif Frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu perkataan atau lebih yang

mengandungi kata adjektif atau kata sifat sebagai kata intinya. Sebagai contoh frasa adjektif dalam ayat: 1. Pelajar itu sangat pandai. 2. Anaknya masih kecil lagi. 3. Rumahnya jauh dari sini. Binaan frasa adjektif dapat dilihat dari pelbagai sudut, seperti: 1. Jumlah perkataan dalam frasa 2. Kata penguat 3. Kata bantu Kata adjektif atau kata sifat merupakan kata inti bagi frasa adjektif. Jumlah perkataan dalam frasa adjektif pula terbahagi kepada dua jenis iaitu binaan satu perkataan dan binaan dua perkataan. Contoh bagi binaan satu perkataan yang terdiri daripada satu kata adjektif: a) Pelajar-pelajar itu rajin. b) Warna baju mereka biru. c) Hati mereka cemas. Kata adjektif tidak hanya berbentuk kata tunggal seperti contoh-contoh di atas tetapi juga boleh berbentuk kata terbitan (berimbuhan) dan kata ganda, contohnya: a) Tulisan saya tidak secantik tulisan beliau. b) Langit kemerah-merahan pada waktu senja. Contoh bagi binaan dua perkataan pula terdiri daripada dua jenis, iaitu binaan kata adjektif + kata adjektif dan binaan kata adjektif + kata nama. a) I. II. III. Binaan kata adjektif + kata adjektif: terdapat tiga jenis dalam binaan frasa ini. Pertama, Dua kata adjektif yang menekankan unsur keserasian makna Contoh: riang gembira, baik buruk. Kedua, dua kata adjektif yang maknanya berlawanan Contoh: tua muda, miskin kaya Ketiga, deretan dua kata adjektif dengan perkataan yang kedua digunakan oleh sebab unsur rima, iaitu keindahan bunyi. Contoh: tinggi lampai, gemuk gedempol, kaya raya Binaan kata adjektif + kata nama: terdapat dua jenis dalam binaan frasa ini. Pertama, frasa adjektif yang membawa maksud keserupaan. Contoh : merah jambu, kuning langsat, hijau daun, jinak-jinak merpati Kedua, frasa adjektif yang membawa maksud kiasan.

b) I.

II.

Contoh : panjang tangan, banyak mulut, terang hati, tua keladi dan rabun ayam

Frasa adjektif boleh terdiri daripada kata inti (kata adjektif) yang disertai kata penguat. Terdapat tiga jenis kata penguat iaitu: a) Kata penguat hadapan hadir di hadapan kata adjektif Contoh: terlalu besar, paling panjang, agak manis b) Kata penguat belakang hadir selepas kata adjektif Contoh : baik sekali, lambat benar, indah nian c) Kata penguat bebas pula bebas kedudukannya, boleh berada di hadapan atau belakang kata adjektif Contoh : amat segar/ segar amat ,sungguh lincah/ lincah sungguh Sangat berani/ berani sangat Dua kata penguat boleh hadir berderetan sebelum kata adjektif Contohnya: Sungguh amat pahit, sungguh kurang sopan, terlalu amat kencang. Frasa adjektif juga boleh terdiri daripada kata adjektif yang disertai kata bantu. Contohnya : sudah besar, masih kecil, harus pandai. Terdapat juga kata bantu yang boleh hadir sebelum atau sesudah kata penguat, contohnya: Kata Bantu masih belum belum Kata Penguat amat terlalu pandai Kata Adjektif kecil jauh sangat

Kata Penguat sungguh tentu telah

Kata Bantu masih sudah segar

Kata Adjektif kuat besar benar

Manakala kedudukan frasa adjektif dalam ayat bahasa Melayu boleh hadir dam tiga kedudukan iaitu, 1. Frasa adjektif sebagai predikat ayat hadir selepas subjek, mengikut pola ayat dasar FN + FA. Contohnya, i. Adik saya masih kecil. ii. Rumah di atas bukit itu sangat cantik. 2. Frasa adjektif sebagai keterangan yang hadir dalam predikat iaitu selepas kata kerja dan berfungsi sebagai keterangan. Contohnya,

Subjek

Predikat Frasa Kerja Frasa Adjektif Sebagai Keterangan tinggi. amat kerap. cepat sekali.

1. Burung itu 2. Panggilan telefonnya 3. Para atlit itu

terbang dibuat bergerak

3. Frasa adjektif sebagai penerang kata nama yang boleh hadir di mana-mana dalam ayat dalam frasa nama sebagai penerang kepada kata nama. Contohnya, minyak wangi, kopi segera pangkat tinggi dan contoh dalam ayat pula, i. Pelajar baharu itu dari Melaka. ii. Malam itu dia menaiki kereta api laju. Dalm frasa adjektif, unsur keterangan boleh hadir sesudah kata adjektif. Contohnya : minggu lalu dia sibuk dengan pekerjaannya. Dari segi makna, keterangan bagi kata adjektif boleh digolongkan ke dalam Sembilan golongan, seperti yang berikut: 1. Keterangan cara a) Badannya segar dengan cepatnya. b) Anak itu sakit dengan tiba-tiba. 2. Keterangan bandingan a) Suaranya merdu seperti buluh perindu. b) Pujukannya manis bagai gula. 3. Keterangan hal atau keadaan a) Sejak peristiwa itu, mereka melarat dalam kemiskinan. b) Bapa tua itu sibuk dengan anak-anaknya yang masih kecil. 4. Keterangan tujuan a) Dia berhati-hati demi kesejahteraan orang ramai. b) Kita mesti bersih untuk kesihatan diri. 5. Keterangan kekerapan a) Peserta-peserta kursus itu jarang-jarang lewat. b) Ibu muda itu sakit selalu. 6. Keterangan terhadap a) Anak itu amat rindu akan ibunya. b) Kita harus cinta akan tanah air.

7. Keterangan musabab

a) Kami letih kerana kurang tidur. b) Budak itu malas oleh sebab keletihan. 8. Keterangan waktu a) Adik saya masih kecil pada masa itu. b) Kami akan mahir dalam masa sebulan. 9. Keterangan tempat a) Buah nanas itu manis pada bahagian pangkalnya. b) Badan saya sakit pada bahagian bahu.

Frasa adjektif sebagai predikat dapat diikuti oleh ayat komplemen. Apabila ini berlaku, ayat yang terbentuk ialah ayat majmuk. Contohnya : 1. Kami semua sedar bahawa kami perlu berusaha untuk berjaya. 2. Pekerja itu yakin bahawa masa depannya di firma tersebut cerah. 3. Mereka insaf bahawa perlakuan mereka kurang baik.

You might also like