You are on page 1of 13

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN6 / 2012

TEMA : HIDUP BERSAMA DI SEKOLAH DAN MASYARAKAT

o TANGGUNGJAWAB TERHADAP PERSEKITARAN o PEMELIHARAAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN PERSEKITARAN o PERANAN AGENSI TEMPATAN

NAMA KELAS NAMA GURU

Kandungan

Bil 1 2

Tajuk Penghargaan Objektif Tanggungjawab terhadap persekitaran Pengenalan Harta benda sekolah Cara-cara menggunakan dan menjaga harta benda sekolah Pentingnya harta benda sekolah dijaga kemudahan awam Kepentingan kemudahan awam Cara-cara menggunakan dan menjaga kemudahan awam Kebaikan menjaga kemudahan awam Pemeliharaan kebersihan dan keceriaan persekitaran Pengenalan kawasan sekolah kawasan persekitaran Peranan Agensi Tempatan Pengenalan Bomba Dan Penyelamat Majlis Daerah Rukun Tetangga Rumusan

Muka surat

Penghargaan Syukur terhadap Ilahi kerana dengan limpah kurnia serta izinNya dapatlah saya menyudahkan folio ini. Folio ini merupakan satu komponen praktikal dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan. Jutaan terima kasih kepada kedua ibu bapa dan keluarga yang banyak membantu saya. Dorongan dan sokongan moral serta bantuan material yang diberikan amatlah berharga bagi saya. Pengertian dan pengorbanan kalian tidak akan saya lupakan, Tidak lupa juga setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada guru mata pelajaran iaitu _____________________ atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan. Jasamu dikenang. Kepada rakan-rakan, terima kasih atas kesudian kalian berkongsi ilmu dan idea sepanjang kita melaksanakan tugasan ini. Semoga kita akan dapat meneruskan persefahaman, kerjasama dan perkongsian ilmu di masa akan datang.

Objektif

Dengan melaksanakan folio ini saya dapat 1. Memahami kepentingan harta benda sekolah dan kemudahan awam kepada masyarakat 2. Menjaga harta benda sekolah, kemudahan awam dan persekitaran 3. Menghargai harta benda sekolah dan kemudahan yang disediakan 4. Bersyukur kerana mempunyai pelbagai kemudahan di sekolah dan persekitaran 5. Merasa bangga dengan kemudahan yang disediakan 6. Menjadi warganegara yang prihatin dan bertanggungjawab kepada masyarakat dan persekitaran 7. Menghargai peranan dan tanggungjawab agensi tempatan

UNIT 3 TANGGUNGJAWAB TERHADAP PERSEKITARAN Pengenalan Pada setiap tahun kerajaan telah membelanjakan sejumlah peruntukan yang besar untuk tujuan pembangunan seperti menyediakan kemudahan awam dan kelengkapan sekolah. Melalui peruntukan tersebut masyarakat dapat mengecapi kehidupan yang lebin baik. Justeru itu, kita haruslah bertanggungjawab terhadap kemudahan-kemudahan yang telah disediakan. Gunakanlah harta benda sekolah dan kemudahan awam dengan cermat dan sebaik mungkin. Harta Benda Sekolah Contoh-contoh harta benda sekolah Bangunan sekolah, buku teks, kerusi, meja, perabot, tandas, surau, pusat sumber, makmal sains, kantin, makmal komputer, dewan, padang dan sebagainya Cara-cara menggunakan dan menjaga harta benda sekolah (rujuk buku teks m/s 25,26 & 27) Menutup semua suis komputer sebelum meninggalkan makmal komputer Duduk dengan cara yang betul dan tidak menconteng meja Membersihkan kelas setiap hari (Dan lain-lain contoh) Pentingnya harta benda sekolah dijaga Dapat digunakan dengan selesa Dapat digunakan oleh generasi akan datang Mengurangkan perbelanjaan pihak sekolah untuk membaiki kemudahan yang rosak

Dan lain-lain jawapan anda Kemudahan Awam Kemudahan awam yang disediakan oleh kerajaan Adalah untuk kegunaan kita bersama Membolehkan masyarakat setempat menikmati kehidupan yang selesa dan teratur Dapat digunakan pada waktu kecemasan Mempamerkan keprihatinan kerajaan terhadap masyarakat Contoh-contoh kemudahan awam Telefon awam, tandas awam, hospital, taman rekreasi, perhentian bas, taman permainan, tong sampah, balai raya dan sebagainya

Kepentingan kemudahan awam kepada masyarakat Telefon Awam Membolehkan mereka yang tidak mempunyai telefon di rumah menghubungi keluarga Menghubungi pihak berkuasa atau keluarga dalam masamasa kecemasan Taman permainan / rekreasi Membolehkan kanak-kanak bermain dalam keadaan riang dan selamat Membolehkan masyarakat setempat melakukan aktiviti senaman dan beriadhah Pengangkutan awam

Membolehkan mereka yang tidak mempunyai kenderaan bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain

Balairaya Mengadakan majlis perkahwinan atau rumah terbuka Menganjurkan kelas tambahan atau projek kemasyarakatan Perpustakaan Membolehkan kita meminjam bahan bacaan Membolehkan kita mencari bahan rujukan untuk kerja sekolah Cara-cara menggunakan dan menjaga kemudahan awam Tidak merosakkan kemudahan awam Bertanggungjawab semasa menggunakan kemudahan awam Menggunakan kemudahan awam dengan cermat dan sentiasa menjaga kebersihannya Menggunakannya jika perlu sahaja Membuang sampah ke dalam tong sampah Kebaikan menjaga kemudahan awam Kemudahan awam dapat digunakan untuk tempoh masa yang lebih lama Lebih ramai masyarakat mendapat manfaat daripada kemudahan awam tersebut Kerajaan boleh menjimatkan wang yang perlu digunakan untuk membaiki kemudahan awam yang rosak dan boleh

menggunakan wang tersebut untuk aktiviti kemasyarakatan yang lain

UNIT 4 PEMELIHARAAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN PERSEKITARAN

Pengenalan

Kebersihan dan keceriaan persekitaran merupakan asset penting bagi menjamin keselesaan dan kualiti hidup yang sihat. Memelihara dan menjaga kebersihan serta keceriaan persekitaran adalah tanggungjawab bersama kerajaan dan rakyat. Pelbagai cara yang boleh dilakukan oleh masyarakat untuk membantu kerajaan memelihara dan menjaga kebersihan dan keceriaan persekitaran

Kawasan sekolah Cara menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah Melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong membersihkan dan menceriakan kawasan sekolah Melaksanakan tugas membersihkan kelas mengikut jadual bertugas Membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan Menanam pelbagai pokok bunga di sekeliling sekolah

Menghias papan kenyataan

Kepentingan menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah Murid-murid dapat belajar dengan selesa Menjamin kesihatan murid Persekitaran sekolah bersih dan ceria merangsang murid untuk ke sekolah

Kawasan Persekitaran Cara menjaga dan memelihara kebersihan dan keceriaan kawasan persekitaran Melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong membersihkan dan menceriakan kawasan setempat Mengamalkan program kitar semula Membuang sampah di tempat pembuangan sampah Menjaga dan memelihara kebersihan dan kecantikan sungai Mengadakan projek menanam pokok-pokok bunga dan pokok hiasan Menguatkuasakan undang-undang dan mendenda pihak yang menyebabkan berlakunya pencemaran

Kepentingan menjaga dan memelihara kebersihan dan keceriaan kawasan persekitaran

Menjamin kesihatan penduduk Penduduk dapat hidup dengan selesa dan harmoni Mewujudkan suasana yang bersih, ceria dan cantik Penduduk merasa bangga dengan kebersihan dan keceriaan kawasan setempat

UNIT 5

PERANAN AGENSI SETEMPAT


PENGENALAN A g e n s i T e m p a t a n b e r p e r a n a n memberikan kemudahan dan keselesaan kepada masyarakat.T e r d a p a t b e b e r a p a j e n i s a g e n s i tempatan.Antaranya ialah: Bomba dan penyelamat Majlis Daerah Rukun Tetangga BOMBA DAN PENYELAMAT PERANANNYA Melindungi nyawa dan harta benda sekiranya berlaku kebakaran Mencegah,memadamkan,dan mengawal kebakaran Menentukan adanya jalan keluar kebakaran,penyelenggaraan,dan kawal selia yang sempurna Menjalankan penyiasatan tentang sebab dan punca hal kebakaran. Menjalankan khidmat kemanusiaan seperti perlindungan nyawa dan harta benda semasa berlakunya sebarang bencana. Menyelamatkan haiwan seperti kucing yang tersangkut di atas pokok atau di tempat yang tinggi. Bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan bencana. PERKHIDMATAN BOMBA DAN PENYELAMAT KHIDMAT KEMANUSIAAN Membantu mangsa kemalangan Membantu mangsa bot karam Membantu mangsa gempa bumi Membantu mangsa banjir CARA MENGHARGAI JASA

Bekerjasama dengan bomba dan penyelemat supaya tugas mereka

berjalan lancar. Tidak membuat panggilan palsu kepada bomba. Membuat panggilan adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan boleh dikenakan hukuman yang berat. Jangan merosakkan pili bomba atau meletakkan kereta di tempat yang ada pili bomba. Ini menggangu bomba untuk menjalankan tugas mereka.

MAJLIS DAERAH Merupakan Pihak Berkuasa Tempatan. Menyediakan perkhidmatan kepada orangramai,menjaga kebajikan orang ramai dan menjaga alam sekitar. TUGASNYA ADALAH: Menggubal,melaksana,dan menguatkuasakanundang-undang serta dasar untuk kepentingan dan kesejahteraan penduduk setempat. Cthnya:membuat peraturan meletakkan keretadan peraturan membina bangunan. Mengurus kebersihan dan kecantikan bandar. cth:menanam pokokbunga,memotong rumput dan sebagainya.

Perkhidmatan kebersihan dan pembuangan sampah.


Cth: kutip dan pelupusan sampah.

Memungut cukai pintu rumah di daerahnya Mengeluarkan lesen perniagaan Menyediakan peluang perniagaan dengan membekalkan kemudahan
dan infrastruktur perniagaan.

Menyediakan perkhidmatan kesihatan seperti semburan racun


serangga untuk membasmi nyamuk,memantau kebershian geraigerai jualan makanan dan sebagainya.

Menyediakan kemudahan awam-perhentian bas,tandas awam, taman


rekreasi, perpustakaan, pasar dan lain-lain lagi. Menangkap haiwan liar seperti anjing liar atauular sawa.

RUKUN TETANGGA

Merupakan satu program sukarela yang ditubuhkan untuk

membangunkan masyarakat setempat. Perkhidmatan yang diberikan oleh agensi ini lebih bersifat bantuan dan kebajikan kepada masyarakat. Terdiri daripada penduduk setempat. Antara tugasnya ialah:

Melaksanakan dasar integrasi nasional. Membantu membangunkan masyarakat setempat.

Memelihara,meningkatkan,dan mengukuhkanperpaduan rakyat. Membuat rondaan pada waktu malam. Menganjurkan pelbagai aktiviti sosial yang berunsurkan perpaduan

Antara aktiviti yang dijalankan ialah: Hari Keluarga Sukan dan rekreasi Gotong-royong Sambutan maulidur rasul Mengadakan rumah terbuka Menganjurkan kursus RUMUSAN Saya merasa amat bersyukur dan berbangga dengan keprihatinan kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan untuk keselesaan rakyat. Sebagai tanda terima kasih dan menghargai usaha-usaha kerajaan, saya haruslah menjaga dan menggunakan segala kemudahan yang telah disediakan dengan betul dan baik. Melalui tugasan ini saya berharap dapat memupuk rasa tanggungjawab dan menyemai sikap prihatin dalam jiwa saya serta rakanrakan. Dengan ini kami akan menjadi generasi, pemimpin dan masyarakat yang bertanggungjawab.

You might also like