You are on page 1of 29

Jejak asal-usul tulisan Jawi Huruf-huruf Jawi telah wujud di kepulauan Melayu sejak berkurun lamanya.

Ia disepadukan dengan satu ikatan kuat dengan tulisan Arab, yang mendatangi jalannya ke kepulauan Melayu bersama-sama dengan Islam yang disebarkan oleh para pedagang dan pendakwah Muslim dari Arab, India dan China sekitar abad ke-7. Terdahulu daripada tulisan Arab, bangsa Melayu menggunakan tulisan rencong yang ditulis pada batang buluh dan daun-daun. Ini kemudiannya disusuli dengan penggunaan tulisan kawi dan palava, kedua-duanya berasal dari India. Dengan kedatangan Islam, orang-orang Melayu cuba menggunakan aksara

palava atau kawi untuk menulis berkenaan Islam namun kedua-duanya tidak sesuai kerana ia tidak dapat membunyikan rangkap-rangkap Al-Quran dan Hadis dengan betul. "Situasi ini menyebabkan orang Melayu bereksperimen dengan aksara Arab. Justeru, tulisan Jawi sememangnya penciptaan daripada Melayu biarpun didasari oleh skrip Arab," kata Dr Hashim Musa, bekas pensyarah Akademi Pengajian Melayu dari Universiti Malaya yang telah menulis buku "Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi". Beliau berkata kesudahannya orang-orang Melayu memasukkan beberapa huruf demi mematuhi suku kata Melayu, iaitulah 'che', 'nge', 'pa', 'ge' dan 'nye. Huruf 'vi' diperkenalkan kemudiannya pada 1990-an oleh pengasuh bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka. Bukti terawal kewujudan tulisan Jawi diperoleh dari penemuan prasasti yang dibuat pada batu bertarikh 702H (1303 AD) dan menurut Hashim, hurufhuruf Sanskrit masih boleh dilihat pada batu bersurat tersebut. Namun tertib tulisan Jawi moden hari ini merupakan inisiatif penyeragaman tulisan Jawi yang dibuat oleh Zainal Abidin Ahmad, tokoh tersohor kesusasteraan Melayu atau lebih dikenali sebagai Pendeta Za'ba, yang menghasilkan "Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi", diusahakan olehnya pada 1938 dan diterbitkan pada 1949. -BERNAMA-

MENGEMBALIKAN KEGEMILANGAN TULISAN JAWI PENEMUAN Batu Bersurat Terengganu pada 1303 menjadi asas penting kewujudan tulisan jawi di negara ini. Ia membuktikan bahawa tulisan tersebut sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan rumi yang hanya ditemui pada akhir abad ke 19. Kemunculan tulisan yang berasal dari tulisan Arab ini berkait rapat dengan kedatangan Islam ke Nusantara. Tulisan jawi berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai, disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan Aceh pada abad ke-17. Sejak itu ia menjadi tulisan yang digunakan dalam pelbagai urusan rasmi dan tidak rasmi di Nusantara. Peri pentingnya tulisan jawi ini dapat dilihat semasa penjajahan British di Tanah Melayu, apabila ia dijadikan tulisan rasmi bagi Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Selama lebih 700 tahun bertapak di negara ini, tulisan jawi menempuh pelbagai kesulitan dan pancaroba dalam perkembangannya sehingga hari ini. Awal abad ke-20, ia menjadi medium penting dalam perkembangan persuratkhabaran Melayu di Tanah Melayu. Kira-kira 10 buah akhbar Melayu bertulisan jawi muncul selepas Jawi Peranakan. Daripada jumlah tersebut, hanya akhbar jawi Utusan Melayu yang diterbitkan di Singapura masih kekal dan bertahan sehingga ke hari ini walaupun tidak lagi diterbitkan secara harian. Akhbar Utusan Melayu juga mengalami jatuh bangunnya sendiri sehingga terpaksa diberhentikan penerbitannya pada 26 Januari 2006 ekoran tiada sambutan dan kekurangan pembaca. Namun dengan keprihatinan pihak-pihak tertentu, atas dasar mempertahankan satu-satunya tulisan warisan bangsa Melayu, akhbar ini diterbitkan beberapa bulan kemudian, secara mingguan dikenali sebagai Utusan Melayu Mingguan. Kita mengalu-alukan keprihatinan Kementerian Pelajaran yang mengadakan pembelajaran jawi melalui program j-Qaf di sekolah rendah. Program tersebut menampakkan hasil memberangsangkan apabila semakin ramai murid sekolah rendah celik jawi berbanding sebelum pelaksanaan program tersebut. Sehubungan itu, bagi mempertingkatkan lagi penggunaan tulisan jawi di sekolah, dicadangkan supaya mata pelajaran pendidikan Islam menggunakan tulisan jawi sepenuhnya termasuk semasa menjawab soalan dalam peperiksaan tersebut. Di beberapa buah negeri seperti Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu, tulisan jawi digunakan dalam urusan rasmi dan adat istiadat Melayu. Ada juga sesetengah negeri memartabatkan tulisan tersebut pada papan-papan tanda jalan dan bangunan-bangunan.

Memandangkan jawi merupakan warisan bangsa Melayu, sewajarnya ia dimartabatkan dan diangkat ke tempat yang sepatutnya. Harus disedari bahawa jawi adalah tulisan yang istimewa kerana di seluruh dunia, tulisan ini hanya terdapat dalam masyarakat Melayu sahaja. Sehubungan itu, mempertahan dan memartabatkan tulisan jawi harus menjadi tanggungjawab wajib umat Melayu. Kuasa politik yang masih ada perlu digunakan sebaik mungkin bagi memberi nafas baru kepada tulisan yang semakin terpinggir ini. Sudah sampai masanya, ahli-ahli politik Melayu menggunakan pengaruh mereka melakukan sesuatu bagi meneruskan kesinambungan warisan bangsa mereka. Jika tidak orang Melayu sendiri, siapa lagi yang boleh diharapkan? Ketinggian teknologi dan kekuatan ekonomi yang dimiliki orang Melayu tidak akan membawa erti jika satu-satunya warisan bangsa mereka tidak dapat dipertahankan. Ia lebih kepada soal jati diri. Kekuatan sesuatu bangsa bergantung kepada bagaimana mereka menghargai warisan mereka sendiri. Tidak usahlah bercakap isu-isu global jika soal bangsa sendiri terabai. Sehubungan itu, Seminar Kebangsaan Tulisan Jawi 2008 yang berlangsung di Shah Alam bermula hari ini sehingga 27 Ogos perlu dijadikan medan penting untuk mengembalikan kegemilangan tulisan jawi seperti pada zaman keagungan nasionalisme tiga suku abad lalu. Langkah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan serta beberapa agensi lain termasuk Utusan Melayu menganjurkan seminar tiga hari ini amat dialu-alukan. Dengan 45 kertas kerja termasuk satu forum antarabangsa yang disertai oleh ahli panel dari Malaysia, Singapura dan Patani bagi membincangkan hala tuju tulisan jawi di negara ini, ia diharap dapat memugarkan kembali penggunaan tulisan tersebut dan penataran serta perkembangan ilmu, khususnya dalam bahasa Melayu. Lebih menarik, seminar ini meletakkan sub tema terjemahan kerana ia berkait rapat dengan asalusul tulisan jawi yang datang dari bahasa Arab, dan melihat bagaimana para penterjemah silam memindah ilmu-ilmu dari bahasa Arab ke bahasa Melayu dalam bentuk tulisan yang sama tetapi berbeza bahasanya. Artikel ini diambil dari laman web Utusan Malaysia. Klik di sini untuk melihat artikel sebenar

5 Comments, Comment or Ping


1. Songkok Hitam Amat setuju Tulisan Jawi dimartabatkan semula di persada tanah Melayu ini. Pusaka budaya bangsa amat tidak wajar diabai dan diketepikan kerana ia seperti menidakkan

pusaka budaya bangsa dunia. Melestarikan segala warisan bangsa yang bererti menjadikan kita sebagai bangsa yang berbudi kepada dunia yang diwarisi. Sep 25th, 2008 2. awang Saya yakin J-Qaf akan berupaya menggemilangkan kembali tulisan jawi di negara ini seterusnya di rantau Nusantara kita. Dengan syarat warganya mempunyai semangat yang kental dan berjiwa besar untuk membangunakan tamadun bangsa yang terbilang. Kenapa tidak boleh? Kecuali yang bacul mindanya Oct 22nd, 2008 3. Faizal Riduan PENEMUAN Batu Bersurat Terengganu pada 1303 menjadi asas penting kewujudan tulisan jawi di negara ini. Ia membuktikan bahawa tulisan tersebut sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan rumi yang hanya ditemui pada akhir abad ke 19. Kemunculan tulisan yang berasal dari tulisan Arab ini berkait rapat dengan kedatangan Islam ke Nusantara. Tulisan jawi berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai, disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan Aceh pada abad ke-17. Sejak itu ia menjadi tulisan yang digunakan dalam pelbagai urusan rasmi dan tidak rasmi di Nusantara. Peri pentingnya tulisan jawi ini dapat dilihat semasa penjajahan British di Tanah Melayu, apabila ia dijadikan tulisan rasmi bagi Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Selama lebih 700 tahun bertapak di negara ini, tulisan jawi menempuh pelbagai kesulitan dan pancaroba dalam perkembangannya sehingga hari ini. Awal abad ke-20, ia menjadi medium penting dalam perkembangan persuratkhabaran Melayu di Tanah Melayu. Kira-kira 10 buah akhbar Melayu bertulisan jawi muncul selepas Jawi Peranakan. Daripada jumlah tersebut, hanya akhbar jawi Utusan Melayu yang diterbitkan di Singapura masih kekal dan bertahan sehingga ke hari ini walaupun tidak lagi diterbitkan secara harian. Akhbar Utusan Melayu juga mengalami jatuh bangunnya sendiri sehingga terpaksa diberhentikan penerbitannya pada 26 Januari 2006 ekoran tiada sambutan dan kekurangan pembaca.

Namun dengan keprihatinan pihak-pihak tertentu, atas dasar mempertahankan satusatunya tulisan warisan bangsa Melayu, akhbar ini diterbitkan beberapa bulan kemudian, secara mingguan dikenali sebagai Utusan Melayu Mingguan. Kita mengalu-alukan keprihatinan Kementerian Pelajaran yang mengadakan pembelajaran jawi melalui program j-Qaf di sekolah rendah. Program tersebut menampakkan hasil memberangsangkan apabila semakin ramai murid sekolah rendah celik jawi berbanding sebelum pelaksanaan program tersebut. Sehubungan itu, bagi mempertingkatkan lagi penggunaan tulisan jawi di sekolah, dicadangkan supaya mata pelajaran pendidikan Islam menggunakan tulisan jawi sepenuhnya termasuk semasa menjawab soalan dalam peperiksaan tersebut. Di beberapa buah negeri seperti Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu, tulisan jawi digunakan dalam urusan rasmi dan adat istiadat Melayu. Ada juga sesetengah negeri memartabatkan tulisan tersebut pada papan-papan tanda jalan dan bangunan-bangunan. Memandangkan jawi merupakan warisan bangsa Melayu, sewajarnya ia dimartabatkan dan diangkat ke tempat yang sepatutnya. Harus disedari bahawa jawi adalah tulisan yang istimewa kerana di seluruh dunia, tulisan ini hanya terdapat dalam masyarakat Melayu sahaja. Sehubungan itu, mempertahan dan memartabatkan tulisan jawi harus menjadi tanggungjawab wajib umat Melayu. Kuasa politik yang masih ada perlu digunakan sebaik mungkin bagi memberi nafas baru kepada tulisan yang semakin terpinggir ini. Sudah sampai masanya, ahli-ahli politik Melayu menggunakan pengaruh mereka melakukan sesuatu bagi meneruskan kesinambungan warisan bangsa mereka. Jika tidak orang Melayu sendiri, siapa lagi yang boleh diharapkan? Ketinggian teknologi dan kekuatan ekonomi yang dimiliki orang Melayu tidak akan membawa erti jika satu-satunya warisan bangsa mereka tidak dapat dipertahankan. Ia lebih kepada soal jati diri. Kekuatan sesuatu bangsa bergantung kepada bagaimana mereka menghargai warisan mereka sendiri. Tidak usahlah bercakap isu-isu global jika soal bangsa sendiri terabai. Sehubungan itu, Seminar Kebangsaan Tulisan Jawi 2008 yang berlangsung di Shah Alam bermula hari ini sehingga 27 Ogos perlu dijadikan medan penting untuk mengembalikan kegemilangan tulisan jawi seperti pada zaman keagungan nasionalisme tiga suku abad lalu. Langkah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan serta beberapa agensi lain termasuk Utusan Melayu menganjurkan seminar tiga hari ini amat dialu-alukan.

Dengan 45 kertas kerja termasuk satu forum antarabangsa yang disertai oleh ahli panel dari Malaysia, Singapura dan Patani bagi membincangkan hala tuju tulisan jawi di negara ini, ia diharap dapat memugarkan kembali penggunaan tulisan tersebut dan penataran serta perkembangan ilmu, khususnya dalam bahasa Melayu. Lebih menarik, seminar ini meletakkan sub tema terjemahan kerana ia berkait rapat dengan asal-usul tulisan jawi yang datang dari bahasa Arab, dan melihat bagaimana para penterjemah silam memindah ilmu-ilmu dari bahasa Arab ke bahasa Melayu dalam bentuk tulisan yang sama tetapi berbeza bahasanya. Nov 7th, 2008 4. Faizal Riduan Tuan, Sebenarnya perihal bahasa Melayu ini sudah tidak wajar menjadi isu kerana menjadi antara persetujuan terawal politik dalam hubungan PUTERA-AMCJA yang memuktamadkan bahawa Melayu sebagai rupa bangsa dan citra warganegara bagi Malaysia. Inilah antara kontrak sosial terawal penduduk Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) yang dapat dilihat dalam manifesto pilihanraya pertama pada tahun 1955 oleh Perikatan UMNO-MCA-MIC iaitu menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi dalam masa sepuluh tahun sesudah merdeka. Namun kini setelah kemerdekaan berusia setengah abad sejauhmana kata dikota? Ketika semua orang menunding jari telunjuk pada kaum lain saya rasa 3 jari yang lain akan menunjuk pada batang tubuh Melayu itu sendiri yang mengkhianati warisan bahasa leluhur mereka. Jawapannya saya kira dalam satu frasa dan premis iaitu Memelayukan Bahasa dan Membahasakan Melayu. Nov 7th, 2008

CT20. TULISAN JAWI SEMAKIN TERANCAM


30 Oct Assalaamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

SAHABATKU YANG DIHORMATI. Bicaraku kali ini sangat panjang. Ia satu perluahan hati yang bimbang akan kemerosotan penguasaan bacaan dan ejaan tulisan Jawi dalam kalangan kita. Jika sahabatku sudi mendengar kata hatiku melalui tulisan ini, silakan baca dengan tenang, perhatian yang khusus dan kemudian memikirkan apakah yang bakal terjadi kepada tulisan Jawi suatu ketika nanti jika kita tidak punya kepedulian terhadapnya. Saya berpendapat memegang amanah untuk mengangkat martabat bangsa, budaya dan bahasa bukan perkara yang mudah dalam dunia mutakhir dan serba digital ini. Pola pemikiran manusia sudah banyak berubah sesuai dengan perkembangan zaman. Kepercayaan yang diberi memerlukan kita untuk lebih perihatin, punya iltizam yang

tinggi dan kejituan hati yang tulus dan luhur untuk menjayakan maltamat yang sudah direncanakan. Bagiku, tugas sebagai Munsyi Dewan, pengkhususan bidang tulisan Jawi memberi satu cabaran besar untuk mengangkat semula martabat tulisan Jawi di persada bumi Malaysia dalam menghadapi kemerosotan penggunaannya kerana bersaing kencang dengan tulisan Rumi. Penggunaan tulisan Jawi pernah mendominasi dunia Alam Melayu senusantara. Menurut Amat Juhari (1996), dalam abad ke 17 hingga abad ke 19, penggunaan tulisan Jawi cukup meluas. Bahkan tahun 1750 M merupakan kemuncak keemasan bagi kesusasteraan Melayu klasik dengan menggunakan tulisan Jawi sebagai tulisan utama. Penggunaan tulisan Jawi tetap terus bertahan sampai selepas Perang Dunia kedua.sehinggalah abad ke 20. Ia digunakan dalam negeri-negeri Melayu terutama Negerinegeri Melayu Tidak Bersekutu, negeri-negeri Melayu di luar Semenanjung seperti Brunei, Riau-lingga, Siak seri Inderapura, Jambi, Palembang, Deli-Serdang, Aceh, Pontianak, Sambas, Banjarmasin dan lain-lain. Pertahanan tulisan Jawi akhirnya roboh dan terancam apabila wujudnya Akta Bahasa 1963 yang menetapkan tulisan Rumi menjadi tulisan Rasmi Bahasa Melayu. Pelbagai kekangan terus dihadapi dalam memurnikan tulisan jawi sesuai dengan peredaran semasa untuk mewujudkan satu sistem ejaan Jawi baru melalui pembakuan ejaan Jawi dan penerbitan ejaan Jawi yang baru. Sejak itu, ke manakah arah tuju tulisan Jawi sehingga kini ? Kedudukannya semakin terancam dari hari ke hari. Sistem ejaan dan tulisannya bagaikan kehilangan akar sejarah hilang daya kekuatan untuk memartabatkan diri bersaing dengan tulisan Rumi yang semakin menebal pengaruhnya. Hilang daya kemampuan untuk mengangkat kebesaran ilmunya sebagai rujukan utama dalam penulisan dan pengembangan bahasa. Tulisan Jawi juga semakin kurang berupaya mempengaruhi masyarakat Melayu untuk menguasai diri dari mempelajarinya, lemah sehingga sukar ditentukan hala tujunya. Tulisan Jawi dewasa ini, seakan menunggu untuk berkubur bila-bila masa jika tidak ada pihak yang mengambil berat tentangnya. Sungguh menyedihkan mengingati nasib yang diterima oleh tulisan Jawi, yang suatu ketika dahulu pernah mendominasi dunia persuratan Melayu malah sehingga ke peringkat antarabangsa. Kemampuan masyarakat Melayu di Malaysia masa kini dalam penguasaan bacaan dan ejaan tulisan Jawi sangat menyedihkan, seolah-olah tulisan Jawi tidak mendapat tempat yang jitu di hati mereka. TIDAK PERCAYA ? Beberapa kajian ilmiah telah dibuat untuk membuktikan fenomena ini berlaku. Hasil dari kajian-kajian tersebut menunjukkan majoriti anak-anak muda Melayu di Malaysia tidak dapat menguasai pembacaan dan penulisan Jawi. Perkara ini cukup menyedihkan, ia boleh diibaratkan seperti kacang lupakan kulit.

Menurut Isahak Haron et.al (2005), fenomena ini berlaku mulai tahun 1960an apabila penguasaan Jawi dalam kalangan pelajar Islam di sekolah merosot, kerana tulisan Jawi telah diganti dengan tulisan Rumi dalam penerbitan buku teks dan buku-buku rujukan Pendidikan Islam. Kemudian,pada pertengahan 1980an atas desakan daripada masyarakat Islam umumnya, tulisan Jawi diguna semula untuk pengajaran Pendidikan Islam. Walau bagaimanapun penguasaan membaca dan menulis Jawi dalam kalangan pelajar adalah kurang memuaskan.

Perkara ini dapat dibuktikan melalui beberapa kajian yang telah dijalankan oleh para penyelidik yang berminat untuk meninggikan martabat tulisan Jawi kembali kepada zaman kegemilangannya. Antara kajian yang dijalankan tentang penguasaan tulisan Jawi ini mendapati: 1. Berdasarkan laporan pemantauan j-QAF peringkat negeri Sarawak 2008 hasil dari pemantauan ke beberapa buah sekolah di Bahagian Sarikei dan Bahagian Sibu mendapati masih ramai pelajar yang belum menguasai kemahiran jawi dan didapati terdapat guru jQAF yang kurang jelas konsep Kelas Pemulihan Jawi. 2. Merujuk kepada kajian Sabariah (2008) mendapati prestasi murid dalam Model Pemulihan Jawi masih berada pada tahap sederhana (min 2.5 2.99). Kajian ini

melibatkan 305 guru j-QAF ambilan tahun 2005, 2006 dan 2007 di sebuah institusi perguruan di Sabah. Berdasarkan keseluruhan min bagi perolehan data berikut didapati (i) pelajar dapat MENGENAL HURUF JAWI dengan baik (min=2.82), (ii) pelajar dapat MEMBACA HURUF JAWI dengan baik (min=2.86) dan (iii) pelajar dapat MENULIS HURUF JAWI dengan baik (min=2.70). Min keseluruhan di atas menunjukkan tahap pencapaian pelajar adalah MASIH SEDERHANA dan belum memuaskan. Oleh itu, memerlukan penambahbaikan dan komitmen guru dari semasa ke semasa. 3. Hasil kajian dari Siti Fatimah (2007) ke atas 15 orang pelajar menjadi responden dengan menggunakan kaedah KUALITATIF sebagai dominsai kajian tersebut. Analisis mendapati daripada 3 aspek yang dikaji iaitu (i) Ujian MENGENAL HURUF JAWI = 42% tidak kenal, 58 % kenal, (ii) Ujian MENULIS HURUF JAWI = 65.4 tidak boleh menulis, 34.6 boleh menulis dan (iii) ujian MEMBACA HURUF JAWI = 48.4 tidak boleh baca, 51.6 tidak boleh baca. 4. Hasil kajian oleh Nik Rosila (2007) terhadap 400 orang pelajar Tingkatan 2 dan Tingkatan 4 daripada dua buah sekolah menengah di Shah Alam dan Kuala Lumpur. mendapati penguasan jawi adalah LEMAH dalam aspek berikut: Ujian penguasaan Jawi yang menguji kemahiran menulis dan mengeja Jawi, ujian menjawab soalan aneka pilihan, ujian kemahiran menulis soalan esei dan ujian menulis ayat al-Quran. 5. Berdasarkan analisis kajian oleh Siti Fatimah et. al (2007) berhubung dengan PENGUASAAN HURUF TUNGGA JAWI, yang mana 3 ujian dilakukan ke atas 17 orang pelajar melalui kaedah kualitatif, mendapati: (i) MENGENAL HURUF TUNGGAL JAWI 100 % murid tidak mengenali huruf ( ya leweh) berbanding huruf 2..4( .)%Manakala 5.9 % murid mengenali huruf ...1 , % huruf dan % 8.85 ,huruf 12.. , % huruf , dan 76.5 % murid mengenali huruf .Kajian mendapati bahawa 23.5 % murid mengenali huruf , manakala 47.1 huruf dan 52.9 % huruf .Hasil yang menarik sekali ialah keseluruhan murid 100 % mengenali huruf .Hampir keseluruhan murid 70.6 % dapat mengenali huruf 44.2 , % , , , , , , , huruf 44.4 , , , , , % huruf , , , , dan 94.1 % mengenali dengan mudah huruf . , , , , , ,

(ii) MEMBACA HURUF TUNGGAL JAWI 100 % murid tidak boleh membaca huruf ( ya leweh) berbanding huruf 9..3( ,)% Peratusan boleh baca huruf menurun berbanding mengenali huruf tersebut. Manakala 5.9 % murid boleh baca huruf dan 11.8 % huruf dan .Manakala, 23.5 % murid boleh baca huruf 2... , % huruf dan 52.9 % huruf .Huruf huruf ini mudah

dibaca sebagaimana murid mengenali huruf tersebut. 76.5 % murid boleh membaca huruf . , Huruf masih menguasai 100 % jumlah murid dalam pembacaan. Kajian juga mendapati bahawa 58.8 % murid boleh membaca huruf % , ..21 , , , , huruf ...1 , % , , huruf 44.2 , % , , huruf % , , 4.44 , , huruf , , , , dan 94.1 % boleh membaca dengan mudah huruf . , , , , , , Hasil kajian yang diperolehi mendapati kebanyakan murid sudah boleh membaca hampir semua huruf-huruf tunggal jawi. (iii) MENULIS HURUF TUNGGAL JAWI 100 % murid tidak boleh menulis huruf berbanding huruf yang dapat dikuasai sepenuhnya (100 %). Dapatan juga memperolehi hanya 5.9 % murid boleh menulis huruf . , Manakala 29.4 % huruf .Kemudian 35.3 % huruf . , Manakala 47.1 % huruf , dan 58.8 % huruf . , , Pengkaji mendapati terdapat huruf-huruf yang tiada dalam sukatan bersama dengan huruf dalam sukatan dapat dikuasai oleh segelintir murid dari sudut penulisan iaitu 17.6 % huruf dan ( ya leweh), 41.2 % huruf % , 3.4., , huruf , , , , , dan 64.7 % murid boleh menulis huruf . , , , , , , Dapatan ini berbeza dengan tahap mengenal dan membaca di mana terdapat huruf yang mereka tidak boleh kenal dan baca tetapi boleh pula ditulis. Perbezaan yang dikenalpasti daripada huruf-huruf yang terdapat dalam sukatan Pemulihan Jawi tahun Satu di mana huruf hanya dapat ditulis oleh 11.8 % murid sahaja berbanding huruf yang memperolehi 82.4 %. Huruf-huruf yang lain dapat ditulis dengan baik di mana dapatan memperolehi 76.5 % huruf , , , dan 88.2 % huruf ., , Kebanyakan responden dapat menulis huruf 32..( .)% Keadaan ini dapat diintepretasi bahawa huruf tersebut amat sinonim dengan bentuk mata kail, kaki payung atau tongkat oleh kanak-kanak. *************** Secara kesimpulannya, ruang untuk menambah baik dan meningkatkan penguasaan tulisan jawi di Malaysia masih terbuka luas dengan komitmen yang tinggi dari pihak kerajaan dan masyarakat dalam menyokong kembali usaha pihak Dewan Bahasa dan Pustaka untuk memartabatkan tulisan Jawi dalam kalangan bangsa Melayu khususnya dan masyarakat pelbagai kaum umumnya di Malaysia.

KENAPA SAYA MERUJUK KEPADA BANGSA MELAYU ?


Insya Allah akan saya tulis tentang sinonimnya bangsa Melayu dengan tulisan Jawi melalui perkembangan dan asal usul tulisan Jawi pada posting yang akan datang.

29 Oktober 2010 (Jumaat)/ 2323 malam - SARIKEI, SARAWAK AKU. selalu ingin anak didikku berjaya lebih dari apa yang aku perolehi. Jika demikian hasil yang mereka perolehi memberi maksud bahawa apa yang aku sampaikan kepada mereka mencapai matlamat dan gagasanku sebagai GURU SEBENAR GURU: ke sekolah tidak jemu, mengajar tidak lesu. Amiin. Ya Rabb. Semoga kejayaan selalu berada bersama anak didikku. - SITI FATIMAH AHMAD -

Rujukan: Amat Juhari Moain. 1996. Perancangan Bahasa: Sejarah Askara Jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Isahak Haron, Abdul Rahim Razali, Zainiah Mohamed Isa, Samri Sainuddin & Nordin Mamat. 2005. Kajian Keberkesanan Pengajaran Jawi di Sekolah Rendah menggunakan kaedah Gabungan Bunyi-Kata. atas talian http://rmc.upsi.edu.my/v2/ewacana/Jawi.htm. Nik Rosila Nik Yaakob. 2007. Penguasaan Jawi dan Hubungannya Dengan Minat dan Pencapaian Pelajar Dalam Pendidikan Islam. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil. 22, 161 172. Universiti Sains Malaysia.

Sabariah Bahrun. 2008. Model Pemulihan Jawi: satu analisis pelaksanaannya di Sekolah Rendah Sabah. Prosiding Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan Siri Ke-6, hlm: 523534. Siti Fatimah Ahmad, Normizan Abang & Zamri Rajab. 2007. Tahap Penguasaan Huruf Tunggal Jawi Dalam Kalangan Murid Tahun Satu Kelas Pemulihan Jawi Program j-QAF di sebuah sekolah di Sarikei, Sarawak. Jurnal Penyelidikan Ipera 2008. Bintangor: Institut Perguruan Rajang. Siti Fatimah Saufee. 2007. Penguasaan Tulisan Jawi dalam Kalangan Murid Tahap Satu di Sebuah Sekolah Rendah di Meradong, Sarikei, Sarawak. Jurnal Ipera edisi Khas. Bintangor: Institut Perguruan Rajang.

SEMINAR KEBANGSAAN TULISAN JAWI


Telah terbit 11 Julai 2008 Uncategorized 9 Comments Label:Jawi

SEMINAR yang bertemakan MEMARTABAT TULISAN JAWI KE ARAH MEMPERKAYA ILMU akan diadakan pada 25, 26 & 27 Ogos 2008. Seminar ini akan diadakan di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam, Selangor.Pujian harus diberikan kepada penganjurnya iaitu, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perpustakaan Negara Malaysia, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan Kesenian dan Warisan, JAKIM, KPM, KPTM, Alumni SITC dan Utusan Malaysia Seminar ini bertujuan memugarkan kembali penggunaan tulisan Jawi dan penataran dan perkembangan ilmu, khususnya dalam bahasa Melayu. Dengan itu, diharapkan Tulisan Jawi dapat dimartabatkan semula seperti pada zaman keagungan nasionalisme tiga suku abad yang lalu. Seminar ini juga meletakkan subtema terjemahan kerana ia berkait rapat dengan asal-usul tulisan Jawi yang datang dari bahasa Arab, dan melihat bagaimana para penterjemah silam memindah ilmu-ilmu dari bahasa Arab ke bahasa Melayu dalam bentuk tulisan yang sama tetapi berbeza bahasanya. Pencinta tulisan Jawi sangat dialukan kehadiran anlian al-Ku

Penggunaan tulisan jawi akan diperluaskan - Rais


17/10/2011 5:28pm Oleh AZRAN FITRI RAHIM KOTA BHARU 17 Okt. Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mahu pengunaan tulisan jawi yang diamalkan di Kelantan, diperluaskan ke negeri-negeri lain. Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, pihaknya juga mahu menjadikan tulisan jawi sebagai medium untuk mencatat budaya dan tradisi-tradisi lisan. Beliau berkata, ia amat penting kerana generasi muda hari ini semakin melupakan adat budaya sendiri akibat terlalu leka dengan perkembangan teknologi. "Selain daripada itu kami mencungkil bakat dan mencari mereka yang serba boleh dalam bidang dikir barat, penceritaan dan kisah hikayat lama, mereka yang mempunyai kebolehan berpantun tanpa menulis, syair, pantun dan balada. "Bentuk-bentuk lisan yang lain dalam kesusasteraan Melayu harus dikemukakan kembali dan kementerian ini juga ingin melihat supaya pengunaan jawi seperti yang lumrah digunakan di Kelantan dapat digunakan semula di negeri-negeri lain di mana budaya itu sendiri dapat kita gembeleng dan tarikannya menerusi skrip jawi," katanya. - Utus

Tiada masalah penggunaan tulisan jawi


Selasa, 18 Mei 2010 11:01 | Ditulis oleh AMELIA HASHIM | SUNGAI PETANI Kerajaan menggalakkan penggunaan tulisan jawi di papan tanda di negeri ini namun tidak sampai mewajibkannya. Lantaran itu tidak perlu ada pihak yang merasa bimbang sehingga menimbulkan salah tafsir. Tulisan jawi telah digunakan sejak sekian lama, difahami oleh sebahagian besar rakyat negeri ini dan menjadi satu warisan bangsa Melayu. YAB Menteri Besar Kedah YAB Dato Seri Ustaz Azizan ketika berkata demikian sebagai menjawab soalan wartawan akhbar selepas Majlis Pelancaran Kaunter Bergerak Cukai Tanah. Tulisan jawi sudah termaktub dalam Perlembagaan dan bahasa Melayu difahami dengan tulisan jawi ataupun rumi. Tiada asas untuk mana-mana pihak berasa bimbang. Tulisan jawi adalah untuk mempertahankan warisan orang Melayu dan . Bahasa Melayu dan generasi baru yang sudah tidak kenal tulisan ini, katanya. Menurut Ustaz Azizan, tulisan jawi tidak menjadi isu kerana jika dilihat di Kelantan, penggunaan tulisan jawi secara meluas sejak sekian lama tidak pernah menimbulkan suasana membimbangkan. Di Kelantan sudah banyak tulisan jawi digunakan dan semua rakyatnya hidup dalam aman tidak ada apa-apa yang berlaku dan tidak ada bimbang apa-apa, katanya. Tambahnya, sama juga dengan tulisan Cina yang digunakan secara meluas oleh kaum itu di kedai-kedai atau premis perniagaan milik mereka walaupun majoriti pelanggan dan penggunanya adalah Melayu yang tidak faham tulisan itu. Namun ia tidak menimbulkan apa-apa masalah. Dalam Artikel 152 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa Bahasa Kebangsaan merupakah bahasa Melayu dan tulisan rasmi bagi bahasa Melayu adalah tulisan rumi dan penggunaan tulisan jawi tidak dilarang. Menurut sebuah artikel, tulisan jawi dikesan pada batu nisan makam Syeikh Abdul Qadir Ibnu Husin Shah Alam di Langgar Alor Setar Kedah pada 290 Hijrah bersamaaan 910 Masihi. Manakala 300 tahun kemudian timbul pula tanda awal bahasa Melayu yang menggunakan tulisan jawi pada batu bersurat di Terengganu. Tulisan jawi digunakan dalam perjanjian penting antara Raja Melayu dengan pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Ini termausklah Perjanjian antara Stamford Raffles dengan pihak Diraja Johor, Perjanjian Pangkor 1874 dan Peristiharan Kemerdekaan 1957. Malah tulisan jawi juga digunakan dalam perdagangan antara Sir Francis Light dengan pihak istana dan raja-raja Melayu zaman itu. Terakhir Dikemaskini (Selasa, 18 Mei 2010 12:35)

Kajian Sosiolinguistik Penguasaan Tulisan Jawi di Selatan Thailand


Oleh: Prof. Madya Dr. Nor Hisham Osman Latar Belakang Kajian Negara Thailand pada umumnya dilihat sebagai sebuah negara berbilang bangsa, budaya dan agama. Berdasarkan faktor sejarah, selain kelompok etnik Thai, etnik yang lain berpindah masuk ke negara Thai setelah negara tersebut selesai dibentuk. Hanya etnik Morn, keturunan orang bukit dan orang Melayu di selatan yang sudah lama mendiami kawasan ini. Golongan Melayu diletakkan di bawah pemerintahan Thailand mengikut perjanjian The Anglo Siamese Treaty, iaitu perjanjian politik yang melibatkan kuasa kolonial Inggeris dengan kerajaan Thailand pada 10Mac 1909 (Mohd Zamberi A. Malik, 1994:89) Selatan Thailand terdiri daripada Pattani, Satun, Songkhla, Yala dan Narathiwat. Kelima-lima wilayah ini penduduk majoritinya adalah orang-orang Melayu, dan sebelum masuk di bawah pemerintahan Thailand (dulunya Siam), merupakan kerajaan Melayu bebas. Menurut Worawit baru (1991:65) sekitar 20 tahun yang lalu, bahasa Melayu (tulisan Jawi) pernah diajarkan sebagai salah satu mata pelajaran di sekolah umum pemerintahan (Sekolah Dasar). Tetapi, tidak lama kemudian, jumlah waktu belajar bahasa Melayu dikurangkan, bahkan terdapat juga sekolah yang menghapuskan pembelajarannya sama sekali daripada kurikulum. Guru-guru bahasa Melayu perlu mengajar mata pelajaran lain. Kini, tidak ada sekolah umum lagi yang mengajarkan bahasa Melayu. Namun, penduduk yang berjumlah 3 juta lebih yang menggunakan bahasa Melayu dalam pergaulan seharian, tidak pernah pesimis terhadap penggunaannya. Hal ini disebabkan, antara lainnya, bahasa Melayu Melayu sampai sekarang masih menjadi bahasa pengantar dalam pengajaran agama, baik di institusi pendidikan pondok, mahupun di masjid-masjid dan juga di surau-surau. Misalnya, penyampaian kutbah jumaat di hampir 1000 buah masjid di kawasan Patani dilakukan dalam bahasa Melayu. Selain itu, karya ulama Patani juga ditulis dalam bahasa Melayu tulisan Jawi. Sebahagian besarr kitab ulama Patani masih dipelajari oleh masyarakat Islam di kawsan ini dan juga sebahagian masyarakat Islam di Malaysia, terutama di institusi pendidikan pondok, di masjid dan surau-surau (Worawit Baru, 1991:59). Penyataan Masalah Bahasa Melayu telah lama bertapak di negara Thai, iaitu sejak zaman Langkasuka, Sungguhpun begitu, penggunaannya terhad di Pattani, Yala, Satun, Narathiwat dan sebahagian Songkhla. Penggunaan tulisan Jawi berkembang secara tidak formal, iaitu melalui sistem pendidikan agama. Penggunaannya meliputi urusan pentadbiran, keagamaan, budaya, adat istiadat, bahkan perdagangan. Kemajuan pendidikan dan ilmu pengetahuan banyak dibantu oleh penggunaan tulisan Jawi yang telah dimanfaatkan oleh ulama dan cendekiawan Melayu. Melalui tulisan Jawi, dunia Melayu memperoleh kepandaian menulis dan membaca serta berkomunikasi dengan menggunakan tulisan.

Generasi muda hari ini kurang berminat untuk mempelajari tuisan Jawi. Oleh itu, mereka tidak dapat menguasai tulisan Jawi dengan baik dan menganggapnya hanya penting dan berguna dalam bidang yang berkaitan dengan hal-hal agama. Objektif Kajian Kajian ini dilakukan mempunyai tiga tujuan utama, iaitu : 1. Mengenalpasti tahap penguasaan membaca dan menulis tulisan Jawi di kalangan masyarakat selatan Thailand 2. Mengenalpasti persepsi masyarakat selatan Thailand terhadap tulisan Jawi 3. Mengkaji faktor-faktor peminggiran tulisan Jawi

Tulisan Jawi
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Lompat ke: pandu arah, cari

Batu Bersurat Terengganu, tulisan tahun 1303 M, merupakan artifak bertulisan Jawi yang tertua pernah dijumpai. Ia bercatatkan undang-undang setempat yang dipengaruh oleh Syariah, maka merupakan bukti terawal pengaruh Islam di Malaysia. Tulisan Jawi ( ,) juga dipanggil Yawi di Pattani, ialah sejenis abjad Arab yang disesuaikan untuk menulis bahasa Melayu. Tulisan Jawi merupakan salah satu daripada dua sistem tulisan rasmi di Brunei, dan juga dijadikan sistem tulisan alternatif di Malaysia. Dari segi penggunaannya, tulisan Jawi dahulunya merupakan adjad piawai bahasa Melayu tetapi sudah diganti oleh abjad Rumi, maka penulisan Jawi hanya terhad kepada kegunaan keagamaan dan kebudayaan. Penulisan Jawi seharian dipelihara di kawasan-kawasan yang diduduki masyarakat Melayu yang lebih konservatif, misalnya Sulu di Filipina, Pattani di Thailand, Kelantan di Malaysia[1] dan beberapa kawasan petempatan Melayu di Indonesia.

Isi kandungan
[sorokkan]

1 Sejarah o 1.1 Sejarah awal o 1.2 Penyebaran dan perkembangan tulisan Jawi 2 Nasib tulisan Jawi 3 Abjad 4 Menulis Jawi di komputer o 4.1 Sistem komputer o 4.2 Papan kekunci Jawi o 4.3 Perisian 5 Contoh o 5.1 Nama-nama hari dalam tulisan Jawi - 6 Galeri 7 Bacaan lanjut o 7.1 Sejarah o 7.2 Kaedah 8 Rujukan 9 Lihat juga 10 Pautan luar

[sunting] Sejarah

[sunting] Sejarah awal

Bukti bertulis mengenai Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu yang ditulis dalam bahasa Melayu bertulisan Jawi. Tulisan Jawi telah wujud sejak sekitar tahun 1300 M di Kepulauan Melayu. Perkembangannya berhubung kait dengan ketibaan Islam, khususnya daripada orang Parsi. Abjad Arab yang diperkenalkan ini diubah suai agar sesuai dengan bahasa Melayu klasik lisan. Tulisan Jawi ditulis dari kanan ke kiri, dan ditokok dengan 6 huruf yang tiada dalam bahasa Arab, iaitu ca pa, ga nga va dan nya. [2][3] Tulisan Jawi berpunca daripada kesusasteraan Arab yang diperkenalkan oleh orang Parsi kepada Kerajaan Melayu Jambi yang terletak di utara Palembang, Sumatera, Indonesia, dan bertutur dalam bahasa Melayu klasik.[4][5][6] Barangkalinya, mereka yang memeluk agama Islam memilih untuk menulis dalam abjad Jawi kerana ia berhubungkait rapat dengan kebudayaan Islam, daripada menggunakan tulisan Jawa yang diterbitkan daripada sistem-sistem tulisan yang digunakan di kawasan-kawasan beragama Hindu atau Buddha di Asia Selatan. Nama "Jawi" membayangkan akar umbinya di Jawa, bak hujah sesetengah ilmuwan.[7] Bagaimanapun, oleh sebab tidak banyak ditemui meskipun memang pernah digunakan di Jawa, kemungkinan besar perkataan Jawi ini merupakan gelaran am bagi kawasan di bawah penguasaan atau pengaruh Jawa.[8] Selain itu, nama Jawi itu mungkin berpunca daripada kerajaan Javaka kuno yang merupakan pendahulu kerajaan-kerajaan Majapahit dan Srivijaya yang pernah menjalin hubungan dengan saudagar dan mubaligh Arab.[9] Tinggalan tulisan Jawi purba yang terawal ditemui pada Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 1303 M (702 H) dan juga Syair Bidasari tulisan sekitar 13001399 M yang ditemui di Sumatera,[10] sementara penggunaan terawal abjad Rumi untuk bahasa Melayu datang dari akhir abad ke-19. Kawasan Terengganu berada dalam lingkungan pengaruh Srivijaya selewat abad ke-13, sementara Kesultanan Terengganu hanya diasaskan seawal abad ke-18. Ini menguatkan hujah bahawa tulisan Jawi berasal dari Jambi[11] oleh kerajaan abdi Pasai di bawah Srivijaya.[8][11]

[sunting] Penyebaran dan perkembangan tulisan Jawi


Tulisan Jawi berkembang pesat sejajar dengan penyebaran Islam, setelah bangsa Melayu mendapati bahawa tulisan Pallava yang digunakan mereka selama ini tidak sesuai sekali sebagai wahana penyebaran perihal agama baru ini. Orang Melayu memandang tinggi tulisan Jawi sebagai gerbang kepada pemahaman Islam dan kitab sucinya, al-Qur'an. Penggunaan tulisan Jawi merupakan faktor utama yang memangkin kebangkitan bahasa Melayu sebagai serantau di samping penyebaran agama Islam.[12] Tulisan Jawi digunakan secara meluas di negeri-negeri kesultanan Melaka, Johor, Brunei, Sulu, Patani, Ache dan Ternate seawal abad ke-15, untuk tujuan surat-menyurat diraja, titah-perintah, puisi dan juga kaedah perhubungan utama sesama saudagar di pelabuhan Melaka. Ikhtisar-ikhtisar perundangan purbakala seperti Hukum Kanun Melaka dan bahan-bahan terbitannya, termasuk Hukum-Hukum Kanun Johor, Kedah dan Brunei semuanya ditulis dalam Jawi. Bahasa Melayu dalam tulisan Jawi merupakan bahasa perantaraan seluruh lapisan masyarakat, baik para raja, bangsawan, ilmuwan agama mahupun orang

keramaian, di samping menjadi lambang tradisi kebudayaan dan tamadun Melayu. Proses pengislaman rantau Melayu telah melariskan abjad Jawi sebagai sistem tulisan yang paling berkuasa.[13] Sebagai contoh, surat-surat diraja ditulis, dihiasi dan disampaikan dengan penuh istiadat. Contoh-contoh surat diraja yang masih terpelihara ialah surat antara Sultan Abu Hayat dari Ternate dan Raja Joo III dari Portugal (1521); surat daripada Sultan Iskandar Muda dari Aceh kepada Raja James I dari England (1615); dan surat daripada Sultan Abdul Jalil IV dari Johor kepada Raja Louis XV dari Perancis (1719).[13] Kebanyakan karya sastera baik hikayat, puisi mahupun prosa bertulisan Jawi. Ia merupakan kemuncak tamadun Melayu klasik. Antara karyakarya epik bersejarah yang dikarang oleh orang Melayu dalam tulisan Jawi termasuk Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) yang tersenarai dalam Kenangan Dunia oleh UNESCO, dan puisi-puisi Sufi karya Hamzah Fansuri antara lainnya yang menyumbang kepada kekayaan dan kedalaman tamadun Melayu. Sewaktu zaman penjajahan, tulisan Jawi masih menguasai Kepulauan Melayu, terutamanya dalam bidang sastera dan kesenian, teologi, falsafah dan mistik Islam, perdagangan, dan juga perundangan negeri. Tulisan Jawi merupakan abjad rasmi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu sewaktu zaman naungan British. Apatah lagi, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi. Bagaimanapun, salah satu kelemahan utama amalan penulisan Jawi ialah ketidakseragaman sesama pengguna dari segi ejaan, yang mana menurut Pendeta Za'ba, "kebiasaan penulis-penulis yang ramai ... ada banyak tentangnya yang berlain-lain pada lain-lain orang"[14], apatah lagi terdapat ketidaksepakatan sesama kamus-kamus bahasa Melayu yang sedia pada zaman dahulu. Hal inilah yang mendorong beliau untuk menggubal satu sistem ejaan Jawi yang baru pada tahun 1938.[15]

[sunting] Nasib tulisan Jawi


Semenjak tulisan Rumi semakin bertapak di dunia Melayu, tulisan Jawi kini dipelihara terutamanya untuk wacana keagamaan dan kebudayaan Melayu[16] di negeri-negeri Terengganu, Kelantan, Kedah, Perlis dan Johor di Malaysia, Patani di Thailand[12], dan juga Sulu dan Marawi di Filipina. Pelbagai usaha dijalankan untuk menghidupkan kembali tulisan Jawi di Malaysia dan Brunei disebabkan peranannya yang penting dalam lingkungan budaya Melayu dan Islam, misalnya "Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan" sebagai ganti ejaan Za'ba yang diperkenalkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1986.[17] Tulisan Jawi juga kelihatan di muka belakang wang kertas Ringgit Malaysia dan dolar Brunei. Harus diberi perhatian kata-kata nasihat tokoh bahasa Pendeta Za'ba dalam mukadimah buku Panduan Membaca dan Menulis Jawi (1957): "Kita tidak perlu membuang atau meninggalkan tulisan Jawi walaupun Melayu amnya menggunakan tulisan Rumi. Ini adalah kerana tulisan Jawi adalah kepunyaan kita dan merupakan sebahagian daripada warisan kita."[18] Mengimbau kembali akar-umbinya di zaman kerajaan Majapahit,[19] Indonesia kurang berminat dengan tulisan Jawi yang dipandang oleh masyarakat setempat sebagai "kampungan" dan tidak

seanggun, seindah dan semasyhur tulisan Jawa.[20] Walau apapun, tulisan Jawi masih digunakan secara meluas di madrasah-madrasah tradisional di seluruh Jawa, tetapi dalam bentuk lainan yang bernama Pegon. Seorang pakar tulisan Jawi berbangsa Korea, Prof Dr. Kang Kyoung Seok, daripada Pusan University of Foreign Studies, mula mengkaji tulisan Jawi sejak 1974 dan menganggapnya sebagai satu keunikan milik Malaysia. Menurutnya, tulisan Jawi sedang "tenat" dan jika keadaan itu berterusan, ia mungkin pupus satu hari nanti. Menurutnya, "Malaysia perlu mendidik generasi muda dalam tulisan Jawi. Sekarang terlalu ramai pakar saya kenali sudah bersara tanpa ada pengganti. Bila pakar sudah tiada, siapa akan menerajui usaha pemeliharaan tulisan jawi nanti?"[21]

[sunting] Abjad
Berikut adalah jadual bagi huruf-huruf dalam tulisan Jawi.[22] Nama Bentuk huruf Tunggal Awal kata Tengah kata Akhir kata Padanan Rumi a b t s, (th) j h, () c kh d z, (dh) r z

alif ba ta sa jim ha ca kha dal zal ra zai

sin syin sad dad ta za ain ghain nga fa pa qaf kaf ga lam mim nun wau va ha ya

s sy )s, ( )d, ( )t, ( )z, ( )( ,awal: a, i, u; akhir: k gh ng f p )k, q, (q k g l m n w, u, o v h y, i, e taling

ye nya hamzah ta marbutah


Catatan:

e pepet hujung ny awal: gugur; akhir: k, () t, h, ()

1. Latar belakang berwarna merah jambu menunjukkan huruf yang unik dalam tulisan Jawi dan tiada dalam tulisan Arab. 2. Huruf di dalam kurungan ialah padanan untuk transliterasi. 3. Huruf diperkenalkan pada tahun 1983 untuk mewakili huruf v. 4. Huruf imbuhan, iaitu hamzah yang berada 3/4 dari garis asas diperkenalkan pada tahun 1983. Ia digunakan pada perkataan berimbuhan seperti . Namun, tiada fon dewasa ini yang mempunyai kemampuan untuk memaparkan huruf pada kedudukan yang betul. Kebanyakan pengguna menggunakan kaedah superskrip untuk mengubah kedudukan .

[sunting] Menulis Jawi di komputer


Untuk menulis jawi di komputer, pengguna perlukan empat komponen;

sistem komputer yang menyokong UNICODE fon yang mempunyai huruf-huruf jawi papan kekunci yang membolehkan pengguna memasukkan huruf-huruf jawi perisian yang menyokong tulisan kanan-ke-kiri

Anda tidak perlukan sebarang perisian istimewa atau yang mahal untuk menulis jawi.

[sunting] Sistem komputer


Sistem pengoperasian Vista/XP menyokong UNICODE, dan ini membolehkan pengguna menulis jawi dengan mudah. Dalam penulisan jawi di Vista/XP, ia memerlukan enjin paparan yang akan memaparkan tulisan jawi secara betul. Pada XP, enjin ini adalah c:\windows\system32\usp10.dll. Versi yang digunakan adalah versi 1.40. Versi ini menyokong penulisan kanan-ke-kiri tetapi tidak dapat memaparkan semua huruf jawi dengan betul. Contohnya, pengguna tidak boleh memaparkan huruf 'gaf' atau 'kaf' dengan betul. Pada Vista, enjin usp10.dll adalah versi 1.61, dan enjin ini menyokong semua huruf jawi dengan betul. Anda boleh menukar usp10.dll' anda kepada versi yang terkini.

Untuk sistem pengoperasian Window 7, anda boleh menulis Jawi tanpa sebarang masalah. Sistem ini mempunyai banyak fon yang mempunyai huruf Jawi seperti Times New Roman, dan Arabic Typesetting.

[sunting] Papan kekunci Jawi


Kini, SIRIM telah menyiapkan satu piawai untuk susunatur papan kekunci untuk Jawi. Papan kekunci cadangan ini adalah diasaskan pada papan kekunci Arab(Saudi Arabia). Papan kekunci ini menambahkan 8 huruf untuk menulis Jawi. Huruf-huruf ini diletakkan pada kedudukan huruf Arab yang tidak digunakan dalam Jawi seperti tanda kasrah, damma dan fatthah. Untuk Window 7, susunatur susunatur papan kekunci jawi boleh diperolehi di sini. satu susunatur papan kekunci jawi. Anda boleh mereka-cipta papan kekunci dengan mudah dengan menggunakan perisian MSKLC. Umpamanya, anda boleh menggunakan kaedah ponetik, umpamanya huruf a dipadankan dengan ,huruf b dengan dan sebagainya.

[sunting] Perisian
Kebanyakan perisian dewasa ini menyokong UNICODE dan tulisan kanan-ke-kiri. Contohnya, OpenOffice (percuma dan berdasarkan sumber terbuka), Microsoft Office, notepad.exe and wordpad.exe. Anda tidak perlukan sebarang perisian mahal untuk menulis jawi.

[sunting] Contoh

[sunting] Nama-nama hari dalam tulisan Jawi -


Isnin Selasa Rabu

Khamis Jumaat Sabtu Ahad

[sunting] Galeri

Penggunaan skrip Jawi khat pada papan tanda Makam Diraja Langgar, Kota Bharu, Kelantan.

[sunting] Bacaan lanjut

[sunting] Sejarah

H.S. Paterson (& C.O. Blagden), 'An early Malay Inscription from 14th-century Trengganu', Journ. Mal. Br.R.A.S., II, 1924, pp. 258-263. R.O. Winstedt, A History of Malaya, revised ed. 1962, p. 40. J.G. de Casparis, Indonesian Paleography, 1975, p. 70-71.

[sunting] Kaedah

Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan Pertama Edisi Ketiga, 1993. Daftar Ejaan Rumi-Jawi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan Kedua, 1989.

[sunting] Rujukan
1. Andrew Alexander Simpson [2007]. Language and National Identity in Asia, 35660, Oxford University Press. ISBN 0199267480. 2. John U. Wolff,Indonesian Readings Edition: 3, SEAP Publications: 1988: ISBN 087727-517-3:480 pages 3. Robert Leon Cooper Language spread: studies in diffusion and social change, Center for Applied Linguistics, Indiana University Press,: 1982 p. 40 ISBN 0-253-32000-3: 360 pages 4. John U. Wolff, Indonesian Readings Edition: 3, SEAP Publications: 1988: ISBN 087727-517-3:480 pages: pp343 5. Kratz, E. U. Southeast Asian Languages and Literatures: A Bibliographical Guide to Burmese, Cambodian, Indonesian, Javanese, Malay, Minangkabau, Thai and Vietnamese. London, New York: Tauris Academic Studies, 1996. 6. R. B. Cribb, Audrey Kahin,Historical dictionary of Indonesia, Scarecrow Press: 2004: ISBN 0-8108-4935-6 583 pagespp 459 7. Hans H. Wellisch The conversion of scripts, its nature, history, and utilization: Wiley: 1978 ISBN 0-471-01620-9: 509 pages" pp95-96 8. 8.0 8.1 Ann Kumar, John H. McGlynn, Mastini Hardjoprakoso, Perpustakaan Nasional (Indonesia), Illuminations: the writing traditions of Indonesia : featuring manuscripts from the National Library of Indonesia: Weatherhill: 1996 ISBN 0-8348-0349-6: 297 pages 9. Notes on the ancient history of Southeast Asia, Kuwata Rokuro, Memoirs of the Faculty of Literature, Osaka University, ISSN 04721373 10. Hoevell, WR van, Sjair Bidasari: Een Oorspokelijk Malesich Gedicht, Verhandilengen van het Koninklijk Bataviaasch Genootschap van Kunsten en Wetnschappen, 1843 11. 11.0 11.1 Bagian Kesenian Bara Ai Ksusasteraan IndonesiaL Catatan-Catatan Tentang Amir Hamza:Bagain Kesenian Kemeterian Pendidak dan Kubudayaan, Yogyakarta: 1955

12. 12.0 12.1 An overview of Jawi's origin in Brunei, Brunei Times article dated July 16, 2007 13. 13.0 13.1 The Legacy of Malay Letter, Annabel Teh Gallop, The British Library dan Arkib Negara Malaysia, ISBN 0-7125-0376-6 14. Za'ba, Daftar Ejaan Melayu, Tanjung Malim: Pejabat Karang Mengarang Sultan Idris Training College, 1949, ms. 11. 15. > Peranan Za'ba Dalam Mengasaskan Teknik Tulisan Jawi>6. Sistem Ejaan Jawi Za'ba, Koleksi Digital. Dicapai pada 7 Feb 2012. 16. AKSARA-The Passage of Malay Scripts. Exhibitions.nlb.gov.sg. Retrieved on 201010-26. 17. Ismail bin Dahaman, Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan, Dewan Bahasa & Pustaka, 1986. Diterima pada 7 Februari 2012. 18. Bakti pendeta Za'ba. Cyberita, 19 September 2011. Dicapai pada 7 Februari 2012. 19. Rediscovering the royal capital of Majapahit, Gomperts, Amrit. , The Newsletter No.53 Spring 2010 20. Bagian Kesenian Bara Ai Kesusasteraan Indonesia Catatan-Catatan Tentang Amir Hamza:Bagian Kesenian Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan, Yogyakarta: 1955 21. UtusanOnline - Pensyarah Korea bimbang tulisan Jawi semakin dilupakan 22. http://www.karyanet.com.my/knetbeta/dbp_jawi/pengenalan/3-02_abjad.htm

[sunting] Lihat juga


Bahasa Arab Pegon Bahasa Melayu Perubahan aksara penulisan bahasa Melayu sehingga kini

[sunting] Pautan luar


(Bahasa Melayu) Portal eJawi - Komuniti Jawi Anda (Bahasa Melayu) Transliterasi Rumi kepada Jawi (Bahasa Melayu) Asas menulis jawi (Bahasa Melayu) Perisian menulis Jawi (Tidak diuji). (Inggeris) TERUJA (Transliteration Engine for Rumi to Jawi) (Inggeris) Rencana Omniglot mengenai tulisan bahasa Melayu (Inggeris) perisian transliterasi rumi-jawi (Inggeris) Transliterasi laman web Rumi kepada Jawi (Bahasa Melayu) MUAT TURUN Papan Kekunci Jawi Fonetik (Bahasa Melayu) Unicode Font for Jawi Writing

You might also like