You are on page 1of 78

PANTUN EMPAT KERAT (MUAFAKAT) KOMSAS TINGKATAN 3 (ALWAYS TOGETHER) Pengenalan Pantun tergolong dalam genre prosa tradisional.

Penggunaan pantun dalam komunikasi zaman dahulu melambangkan kehalusan akal budi dan ketinggian adab seseorang. Pembayang pantun yang tulen ialah tentang unsur alam, atau tentang kerenah manusia. Setiap baris pantun yang baik mengandungi antara 10 hingga 12 suku kata. Bentuk pantun yang paling mudah ialah pantun 2 kerat, manakala pantun yang lebih rumit ialh pantun 8 kerat. Pantun diungkapkan dengan gaya dan lagu suara (nada, gelombang sebutan) yang tersendiri. Dalam setiap rangkap pantun, dua baris pertama ialah pembayang, manakala dua baris berikutnya ialah maksud atau mesej sebenar yang ingin disampaikan. Walaupun secara paling baik, rima awal, rima tengah dan rima akhir antara pasangan ayat pembayang dan maksud cuba disamakan, hakikatnya perkara itu sukar untuk dilakukan. Memadai jika rima akhir pasangan baris pertama dengan ketiga, dan kedua dengan keempat, dapat disamakan. Perbincangan rangkap demi rangkap Indah sungguh warna pelangi, Tidak luput hingga senja; Ke lurah sama diharungi, Usaha bersama membawa bahagia. Susah payah dalam sesuatu pekerjaan akan menjadi lebih ringan jika dilakukan secara beramai-ramai. Malah, cara demikian akan menumbuhkan rasa bahagia dan gembira kepada semua orang yang turut serta. Sebarang masalah dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan mudah. Buah salak di dalam kantung, Kulitnya keras isinya kelat; Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat. Ambilan peribahasa klasik ini memang tepat dengan mesej keseluruhan pantun. Kekuatan masyarakat atau mana-mana kumpulan manusia terletak kepada ikatan kerjasama yang terjalin. Persefahaman ialah teras keutuhan sesebuah masyarakat. Turun ke paya memetik kangkung, Hati-hati terkena getahnya; Bergotong-royong penduduk sekampung, Hidup muafakat hidup bahagia. Amalan dan tradisi gotong-royong berakar umbi di kawasan desa dan kampung. Kerja seperti kenduri kendara dan membina rumah dilaksanakan secara beramai-ramai. Bibit kemesraan yang tumbuh menyumbang terhadap kehidupan masyarakat yang rukun damai dan sejahtera. Beras segantang sudah disukat, Lalu disimpan di atas para;

Andai seluruh masyarakat muafakat, Negara damai rakyat sejahtera. Muafakat hanya tercapai jika semua anggota masyarakat bersatu hati, sekata dan sejiwa dalam sesuatu hal, atau urusan kerja. Muafakat ialah asas perpaduan. Akhirnya, negara akan beroleh suasana (milieu) yang aman, sentosa dan tenteram sehingga rakyat jelata menikmati kesejahteraan hidup. Sawah padi luas terbentang, Kuning keemasan indahnya maya; Percaya-mempercayai asas berpegang, Barulah muafakat kekal selamanya. Prasyarat kejayaan muafakat ialah ikhlas, jujur dan saling percaya. Pegangan sedemikian ialah sebagai jaminan supaya amalan muafakat dapat bertahan sepanjang masa. Harum sungguh bunga melati, Hiasan sanggul amat memikat; Bertolak ansur, hormat-menghormati, Mengukuhkan perpaduan ikatan muafakat. Amalan muafakat perlu kepada sikap tolak ansur dan saling hormat. Perbezaan dalam perkara-perkara kecil hendaklah diketepikan, sebaliknya mendahulukan persamaan buah fikiran dan cara bertindak. Perpaduan masyarakat sangat bergantung kepada kesanggupan menerima perbezaan seadanya. Kajian komsas Pantun selenggaraan Zailani Taslim dari Terengganu di atas menyebut perkataan muafakat dalam semua rangkap, kecuali rangkap pertama yang disebut sebagai usaha bersama. Unsur perulangan itu sejajar dengan tema pantun yang berkisar kepada amalan muafakat mengukuhkan perpaduan masyarakat. Pembayang pantun nyata lebih menjurus kepada unsur alam. Nilai murni: kerjasama, tolak ansur, saling percaya, saling hormat, perpaduan Persoalan: : : : : : kerjasama membawa bahagia muafakat mengukuhkan perpaduan masyarakat tolak ansur menjayakan muafakat saling percaya menentukan muafakat saling hormat teras muafakat perpaduan masyarakat menerusi muafakat

Pengajaran: kita hendaklah sentiasa bermuafakat dalam melakukan sebarang pekerjaan / membuat keputusan : kita hendaklah mengutamakan perpaduan masyarakat : kita hendaklah bertolak ansur dalam kerja bermuafakat (pasukan) : kita hendaklah saling percaya membina muafakat : kita hendaklah saling hormat menuju muafakat

: kita jangan hanya mementingkan diri sendiri / memencilkan diri dalam masyarakat Kajian kbkk: : muafakat remaja seperti kumpulan belajar, kokurikulum, permainan, sukan, perkongsian ilmu : muafakat warga sekolah seperti gotong-royong perdana, menyokong wakil sekolah yang bertanding : muafakat keluarga seperti membersih dan mengemas rumah dan laman rumah, rehlah dan riadah : muafakat komuniti seperti hari keluarga, kempen menghapuskan sarang nyamuk aedes : muafakat organisasi / pertubuhan seperti kelab / persatuan pengguna / rukun tetangga / bomba bantuan : muafakat negara seperti belanja berhemat melawan inflasi, membanteras jenayah

AJAK "KATA-KATA" KOMSAS TINGKATAN 3 (VERBAL INDICATION OF DIGNITY AND FEELINGS)


Berkenaan pengarang sajak Hashim Yaacob sebenarnya ialah profesor pergigian yang pernah menyandang jawatan Naib Canselor, Universiti Malaya (UM) antara tahun 2002 hingga 2005. Berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang (Kelantan) yang kaya dengan warisan budaya Melayu, jiwa seni Hashim Yaacob terserlah lewat karya kreatif beliau, khususnya genre puisi. Semasa memimpin UM, beliau berusaha mendekatkan komuniti sains dan perubatan dengan dunia sastera bagi melengkapkan pakej modal insan yang boleh ke tengah dan ke tepi. Tema Maruah dan jati diri yang bertunjang kepada kebijaksanaan kata-kata (rujuk bahagian pengenalan sajak, antologi Harga Sebuah Lukisan: muka surat 17). Perbincangan rangkap demi rangkap

Kalau kita dicerca dengan kata jangan kita diam tak terkata. Pertahankanlah maruah kita lawan kata dengan kata. Penyajak menggesa supaya kita tidak membisu apabila menghadapi cercaan lisan. Sebaliknya, orang yang dicerca harus melawan balik dengan kata. Maruah perlu dijaga dan dipelihara. Kalau mereka mengherdik dengan kata carilah daya kata. Kalah kita jangan kerana putus kata. Jika orang mengherdik (bercakap dengan bahasa yang buruk atau tidak layak), orang yang dicerca harus menyusun kekuatan kata untuk hujah balas yang bijak. Kita akan dianggap kalah kerana kelu untuk bersuara.

Ini martabat bangsa kita ini kedaulatan negara kita kita pelihara dengan kepantasan kata daripada kepala. Kita tidak boleh membiarkan sahaja martabat bangsa dan kedaulatan negara diinjak begitu sahaja. Kita mesti melindungi bangsa dan negara dengan hujah-hujah bernas daripada minda yang hebat. Kita merdeka bukan kerana senjata. Kita merdeka kerana bijak kata. Negara bebas daripada belenggu penjajahan tanpa pertempuran tentera. Negara merdeka justeru pemimpin bijak di meja rundingan, dan rakyat yang bangkit bersuara membela tanah air tercinta. Aduhai anakanda Kalau hidup mahu terbela pandailah mengucap kata. Sebagai penutup sajak, sekali lagi penyajak menegaskan betapa kalau hidup mahu terbela, iaitu tidak diinjak dan ditindas (seperti lembu dicucuk hidung - peribahasa berkaitan), maka kita harus pandai menggunakan kekuatan kata atau hujah yang bernas. Pemilihan kata / diksi Rima akhir setiap baris sajak sama, iaitu bunyi "a". Penggunaan kata-kata dalam sajak begitu jelas dan mudah. Walaupun demikian, mesej yang hendak disampaikan begitu dalam. Menerusi kata-kata yang bersahaja, penyajak mengajak pembaca berfikir tentang jati diri dan maruah yang tiada galang ganti.

Friday, December 23, 2011 "FRAGMEN SEBUAH KEHIDUPAN" SAJAK KOMSAS TINGKATAN 3 (LOST DIRECTION IN LIFE)
Pengenalan Penggunaan dadah terlarang merupakan masalah sejagat yang panjang sejarahnya, tetapi terus berleluasa serta mengancam keselamatan dan kesihatan sesebuah masyarakat. Shamsudin Othman cuba mengungkapkan perihal angkara dadah dan seruan supaya memilih jalan yang benar. Sajak 5 rangkap berkenaan termuat dalam antologi Harga sebuah Lukisan, muka surat 19. Perbincangan Rangkap Demi rangkap Maka seorang pujangga pun berkata, "adalah dadah itu musuh utama negara adalah dadah itu perosak jiwa adalah dadah itu pembunuh semata-mata." Sajak dimulai dengan gambaran keburukan dadah oleh seorang pujangga (bijak pandai) yang tidak dinamakan. Dadah ialah musuh utama negara, perosak jiwa dan pembunuh semata-mata. Orang

yang terbabit dengan najis dadah terdedah kepada kematian sia-sia, rosak jiwa raga dan menjadi beban kepada negara. Hari ini, angkara dadah telah mati seorang negarawan angkara dadah telah mati seorang seniman angkara dadah telah mati seorang olahragawan angkara dadah telah mati seorang jutawan angkara dadah telah mati seorang sasterawan angkara dadah telah mati seorang ilmuwan angkara dadah telah mati seorang wirawan. Dadah telah menyebabkan pembaziran modal insan yang sangat besar kepada negara. Penagih dadah yang sepatutnya menggilap potensi diri masing-masing dalam pelbagai bidang kehidupan seperti kepimpinan, bakat kreatif, sukan, perniagaan, akademik dan pejuang negara akhirnya menjadi insan yang tidak berguna. Mereka binasa gara-gara ketagihan dadah. Bertahun-tahun kau hidup meracuni manusia kau tidak mengenal anak, bapak, ibu, saudara atau keluarga kau racun dalam khayal yang tidak terduga seperti tercatat dalam sejarah jatuh kota Melaka dan musnah kota merdeka oleh candu, marijuana, morfin, heroin atau apa-apa sahaja namamu kaulah penghancur sebuah tamadun bangsa dan negara. Dadah menghancurkan hidup manusia tanpa mengira sesiapa jua. Dadah hanya menjanjikan impian palsu. Dalam sejarah, dadah meruntuhkan tamadun bangsa dan negara seperti kota Melaka dan banyak lagi. Tuhan, bekalkan aku kudrat iman yang tulus untuk melewati lorong hidup yang penuh onak dan duri juga gelombang di laut masa depan dewasa mengejar cita-cita tegar memburu negara jaya. Penyajak berdoa ke Hadrat Ilahi agar dikurniakan iman yang tulus (ikhlas, tuntas) supaya dapat mengharungi cabaran hidup yang penuh liku dan tipu daya. Penyajak berharap agar mampu menempuh cabaran hari muka yang tidak menentu demi mencapai impian hidup. Penyajak mahu menyumbang terhadap kejayaan negara. Sahabat segenerasiku, rimba di depan kita masih luas terbentang mari kita pilih jalan lurus ke syurga bukan lorong hitam ke neraka. Penyajak memberi peringatan generasi semasa (kini) akan pilihan yang begitu banyak sebagai jalan kehidupan. Penyajak menyeru supaya hanya jalan lurus ke syurga (jalan yang baik, benar dan berguna) menjadi pilihan. Lorong hitam ke neraka (jalan yang gelap, salah dan songsang) hendaklah dijauhi.

Diksi

- Rangkap 1 dan 2 memelihara skema rima akhir "a", manakala 3 rangkap seterusnya ialah rima akhir bebas. - Pelanggaran hukum tatabahasa (dibenarkan dalam karya kreatif): kata pemeri pada awal ayat baris 2-4 rangkap 1 - Sinkof (perkataan yang dilemahkan): kau (rangkap 3 sepatutnya dicantum dengan perkataan di hadapannya) - Perulangan: adalah (rangkap 1), angkara dadah telah mati seorang... (rangkap 2) - Perlambangan: lorong hidup, laut masa depan

Tema: Keburukan dadah terhadap individu, bangsa, negara dan tamadun manusia.

Nilai Murni: Kebijaksanaan, kepekaan / keprihatinan, selalu berdoa, istiqamah, berhati-hati, berfikir panjang

Persoalan: Kebijaksanaan dalam memilih jalan hidup : Kepekaan / keprihatinan terhadap bahaya dadah : Amalan berdoa / istiqamah atau tetap pendirian : Berhati-hati dalam membuat keputusan : Berfikir panjang sebelum melakukan tindakan : Kesan buruk penggunaan dadah : Bahaya dadah terhadap masyarakat : Petunjuk kehidupan yang sejahtera : Cabaran memilih jalan kebaikan

Pengajaran: Kita hendaklah bijak memilih jalan hidup : Kita hendaklah peka / prihatin terhadap bahaya dadah : Kita hendaklah sentiasa berdoa / istiqamah / tetap pendirian dalam amalan : Kita hendaklah berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan : Kita hendaklah berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan : Kita hendaklah menyedari tentang bahaya / kesan buruk dadah : Kita hendaklah memilih jalan hidup yang sejahtera : Kita janganlah memilih jalan hidup yang gelap / salah / songsang : Kita hendaklah bersedia menempuh cabaran dalam kehidupan nota hujung: fragmen = cebisan, pecahan

Antologi Harga Sebuah Lukisan


Drama Cabaran Tg3 Nota Ditulis oleh Cikgu Zainudin Rabu, 21 Disember 2011 07:57

Cabaran (A.Ghafar Ibrahim) Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum )KPM) SINOPSIS Babak 1 Perbualan Yahya, Mariah, Firdaus,Hani, Zainal dan Husin tentang cabaran yang dihadapi pada masa sekarang iaitu cabaran kemajuan ekonomi dan pelajaran. Kemunduran berpunca daripada sikap masyarakat yang suka membuang masa dan bersikap negatif . Zainal dianggap mementingkan diri. Perbincangan bertambah sengit apabila Zainal tidak mahu menerima pendapat orang lain. Babak 2 Perbualan berlangsung antara Yahya dan Mariah tentang sikap masyarakat yang suka bertekak dan berbual kosong. Mariah mengatakan masyarakat kita miskin namun bercita-cita tinggi. Yahya mencadangkan agar masyarakat mencari jalan untuk mengumpul wang dan kemudiannya berniaga agar boleh menubuhkan yayasan. Hal ini dapat membantu anak-anak ke universiti. Barisan Pembela Rakyat Desa ditubuhkan.Pertubuhan tersebut telah mengadakan kelas pemimpin dan berusaha menubuhkan Kedai Syarikat Kerjasama. Babak 3 Hani menyatakan ketidakpuasan hatinya tentang sikap pemuda yang suka melepak.Firdaus menjelaskan masyarakat sendiri yang bersikap lemah dan beku. Hani mempersoalkan sikap pemuda yang tidak berubah ke arah kebaikan. Firdaus pula menegaskan sikap kerjasama amat penting dalam masyarakat kampung yang kekurangan modal. Babak 4 Babak ini mengimbas kembali sikap Yang Berhormat Encik Osman yang pandai menabur janji ketika berkempen bagi meraih undi. Babak 5 Yahya berpendapat orang Melayu mesti melibatkan diri dalam bidang perusahaan jika ingin maju. Pendapatnya disanggah oleh Zainal yang menjadikan penutupan Syarikat Kilang Padi sebagai bukti orang Melayu belum layak melibatkan diri dalam bidang tersebut. Firdaus memaklumkan sebab sebenar penutupan kilang tersebut yang berpunca daripada orang kita yang gelap mata. Zainal menyindir rakan-rakannya yang bercita-cita besar. Namun Firdaus menegaskan orang Melayu tidak boleh lagi merendah diri jika tidak mahu ditindas suatu hari nanti. Dia mengajak masyarakat Melayu menjadi generasi yang progresif dan dinamis. Husin juga bersetuju dengan pandangan dan ajakan Firdaus bersandarkan contoh kepimpinan Nabi Muhammad. Babak 6 Yahya gembira kerana rancangan mereka telah berjaya. Zainal akhirnya menyedari kekuatan permuafakatan.

PEMIKIRAN Perubahan sikap dan pemikiran generasi muda dalam mencapai kemajuan. Firdaus dan Yahya mempunyai gagasan fikiran untuk membela nasib masyarakat kampung. Antara perubahan yang cuba diketengahkan adalah dengan menubuhkan barisan Pembela Rakyat Desa dengan harapan dapat membela masyarakat. PERSOALAN i. Penentangan arus perubahan. Persoalan ini dapat dilihat daripada watak Zainal yang sentiasa tidak

mahu mengikut arus perkembangan. ii. Kepentingan berpegang pada janji. Perkara ini dapat dilihat dalam watak Yang Berhormat Encik Osman yang pandai menabur janji semasa berkempen untuk pilihan raya. Kepentingan kejujuran dalam memegang amanah. Hal ini dapat dilihat melalui sikap orang-orang yang menggelapkan keuntungan syarikat sehingga kilang padi terpaksa ditutup. Keperluan perubahan sikap dalam masyarakat. Perkara ini dapat dilihat dalam watak-watak seperti Yahya dan Firdaus yang mahukan perubahan dalam masyarakatnya. Contohnya Yahya telah menubuhkan barisan Pembela Rakyat untuk membantu rakyat desa. PLOT Secara keseluruhan drama ini disusun mengikut kronologi iaitu mengikut urutan cerita bermula dengan permulaan dan diakhiri dengan peleraian. Pembinaan plot Empat peringkat garapan plot: i. Permulaan Perbualan antara Yahya, Mariah, Firdaus, Hani, Zainal dan Husin tentang cabaran yang dihadapi oleh masyarakat sekarang iaitu cabaran dalam kemajuan, ekonomi dan pelajaran. Kemunduran masyarakat adalah disebabkan sikap masyarakat yang suka membuang masa. Perkembangan Perbualan antara Yahya dan Mariah tentang sikap anak-anak muda mereka yang berbual kosong. Yahya mencadangkan pengumpulan dana agar dapat menubuhkan yayasan untuk membantu anakanak ke universiti. Barisan Pembela Rakyat Desa ditubuhkan dan telah mengutip wang bagi tabung pelajaran agar dapat membela nasib rakyat desa. Mereka juga menyediakan kelas pemimpin dan berusaha menubuhkan Kedai Syarikat Bekerjasama. Hani menyatakan ketidakpuasan hatinya tentang sikap pemuda yang suka melepak. Mereka seharusnya sanggup berubah ke arah kebaikan. Firdaus berpendapat bahawa hidup mestilah percaya kepada diri sendiri untuk maju serta berfikir dahulu sebelum membuat keputusan. Yahya menyindir sikap pemimpin yang mudah lupa akan orang bawahan. Yahya teringat kembali ucapan pemimpin yang berjanji untuk menolong orang bumiputera jika mereka menyokongnya. Zainal berpandangan negatif terhadap penglibatan masyarakat Melayu dalam bidang perniagaan. iv. Klimaks Firdaus menegaskan masyarakat Melayu tidak boleh berlembut atau merendah diri lagi. Baginya adat resam yang tidak sesuai harus ditinggalkan sebaliknya masyarakat harus mencipta generasi yang dinamis dan progresif. Peleraian Yahya gembira kerana rancangan mereka telah berjaya. Zainal akhirnya menyedari kekuatan permuafakatan. TEKNIK PENCERITAAN

iii.

iv.

ii.

iii.

v.

i.

Imbas Kembali Contoh: Yahya teringat ucapan Yang Berhormat Encik Osman semasa berkempen menjelang pilihan raya sedikit masa dahulu. Dialog Contoh: Firdaus : Salah kita juga Ani. Salah aku. Salah engkau. Hani : Ani tak mengaku salah, Ani. Monolog Contoh: Yahya bercakap pada diri sendiri sambil menyindir Yang Berhormat mudah lupa akan jasa yang dilakukan oleh orang-orang bawahan.

ii.

iii.

WATAK DAN PERWATAKAN

i. ii.

Watak Utama Yahya Ketua Pemuda Parti dan suami Mariah. Pemuda kampung bersemangat tinggi. Contoh: Yahya mahu masyarakat Melayu berani mengkritik diri sendiri demi mencapai kemajuan. Berpandangan jauh dan berpendirian tegas. Contoh: Yahya menegaskan Parlimen bertanggungjawab mencari punca-punca kemunduran masyarakat Melayu. Gigih berusaha. Contoh: Yahya dan rakan-rakannya menubuhkan barisan Pembela Rakyat Desa. Watak Sampingan Firdaus Berfikiran positif. Contoh: Firdaus yakin masyarakat Melayu sanggup bertungkus lumus. Pemuda yang tetap pendirian. Contoh: Firdaus percaya masyarakat Melayu layak menjalankan perusahaan walaupun disanggah oleh Zainal. Bijak berhujah. Contoh: Firdaus mematahkan setiap sindiran Zainal. Zainal Berfikiran negatif. Contoh: Zainal tidak yakin masyarakat Melayu boleh terlibat dalam bidang perusahaan. Mementingkan diri sendiri. Contoh: Zainal menganggap setiap individu hanya perlu berusaha untuk diri sendiri. Osman Ahli parlimen. Pandai berkata-kata. Contoh: Osman dapat mempengaruhi pengundi sewaktu berkempen. LATAR

iii.

iv.

i.

ii.

iii.

i.

ii.

i. ii.

Latar Masa 1. Malam : Contoh: Beberapa orang pemuda iaitu Yahya, Mariah, Firdaus, Hani. Zainal dan Husin berbual-bual tentang kemajuan masyarakat mereka di rumah Yahya.

1. Petang : Contoh: Yahya, Zainal, Firdaus dan Husin berbual-bual tentang berita yang tersiar di dada akhbar tentang kerugian Syarikat Kilang Padi di balai raya
Latar Tempat 1. Rumah Yahya Contoh: Beberapa anak muda berbual-bual selepas makan malam mengenai pemikiran masyarakat yang tidak mahu menerima perubahan.

1. Rumah Firdaus Contoh: Hani meluahkan rasa kecewa setelah melihat anak-anak muda menghabiskan masa dengan duduk di tepi jalan. 1. Balai raya Contoh: Berlaku perbincangan hangat mengenai masyarakat kita perlu menerajui ekonomi kerana perusahaan adalah punca kemajuan sebuah negara.
Contoh: Perbincangan mengenai masyarakat kita perlu sedar dan bergerak seiring dengan arus perubahan semasa. Latar Masyarakat i. Masyarakat kampung yang tidak mahu berubah. Contoh: Yahya menyatakan bahawa penduduk kampung hanya rajin menanam bunga, tetapi tidak mahu menanam sayur-sayuran. Masyarakat yang mahukan perubahan. Contoh: Pemuda kampung seperti Yahya dan Firdaus mempunyai pandangan yang jauh untuk mengubah kehidupan penduduk desa. Masyarakat yang mementingkan diri sendiri. Contoh: Zainal berfikiran sempit dan tidak mahu menerima perubahan. Masyarakat yang berusaha membela nasib bangsa sendiri. Contoh: Yahya dan penduduk kampung telah menubuhkan barisan Pembela Rakyat Desa dan menubuhkan Kedai Syarikat Bekerjasama. Masyarakat yang suka membazir masa. Contoh: Ramai pemuda kampung bertenggek di tepi tembok batu dengan membuang masa. Masyarakat yang mempunyai pengetahuan agama. Contoh: Husin dan Firdaus mengaitkan agama dengan cara kehidupan masyarakat sekarang dan mencontohi cara kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W. GAYA BAHASA i. Peribahasa Contoh: Hangat-hangat tahi ayam., cakap besar dan tahi tersangkut di gelegar.

ii.

iii.

iv.

v.

vi.

ii.

Kata ganda Contoh: Tuan-tuan, puan-puan Kata Pinjaman Contoh: Flasback, transistor NILAI

iii.

i.

Nilai permuafakatan. Contoh: Yahya dan rakan-rakan berjaya menubuhkan barisan Pembela Rakyat Desa bagi membantu masyarakat Melayu kampung mereka. Nilai ketegasan. Contoh: Yahya menegaskan Parlimen bertanggungjawab mencari punca-punca kemunduran masyarakat Melayu. Nilai kegiigihan. Contoh; Yahya dan rakan-rakannya menubuhkan Barisan pembela Rakyat Desa. PENGAJARAN

ii.

iii.

i.

Kita hendaklah menerima perubahan mengikut kesesuaian zaman. Contoh: Yahya ingin mengubah masyarakat yang tidak maju dalam bidang ekonomi kepada masyarakat yang pandai berniaga. Kita mestilah menunaikan janji. Contoh: Yang Berhormat Encik Osman seorang pemimpin yang berjanji kepada masyarakat namun beliau hanya pandai berkata-kata. Kita mestilah menjelaskan hutang apabila kita berhutang dengan seseorang. Contoh: Masyarakat suka berhutang di kedai runcit tetapi tidak mahu membayarnya. Kita hendaklah memanfaatkan masa lapang. Contoh: Hani tidak suka melihat remaja kampungnya yang suka melepak.

ii.

iii.

iv.

v.

Kita hendaklah bijak memilih. Contoh: Penduduk kampung lebih suka menanam bunga daripada menanam sayur. Kita hendaklah berpandangan jauh. Contoh: Firdaus matang dalam memberi pendapat tentang sikap masyarakat. SOALAN

vi.

i. ii.

Mengapakah Kedai Haji Dollah mengalami kerugian? Mengapakah Zainal dianggap pemuda yang berfikiran sempit? JAWAPAN

i.

Kedai Haji Dollah mengalami kerugian kerana masyarakat di kampong tersebut suka berhutang dan tidak membayar hutang tersebut. Zainal dianggap pemuda yang berfikiran sempit kerana dia tidak mahu menerima perubahan dan mementingkan diri.

ii.

Syair Li-Attar Ghib Tg3 Nota Ditulis oleh Cikgu Zainudin Rabu, 21 Disember 2011 11:17
Syair Li-Attar Ghib Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM) MAKSUD RANGKAP Rangkap 1 2 Maksud Penyair ingin menyampaikan pesanan kepada semua insan yang menjalani kehidupan bersama-sama dalam setiap pekerjaan di dunia. Atas kehendak Tuhan dua orang saudara telah meninggal dunia. Walaupun bersedih, namun tiada apa-apa dapat dilakukan kerana itu kehendak Tuhan yang Esa. Setiap hamba perlu bersabar menerima ketentuan Tuhan walaupun hakikatnya terlalu sukar untuk dihadapi. Setiap insan yang ada di muka bumi ini pasti akan menghadapi kematian tanpa memilih pangkat dan darjat. Setiap insan perlu mengambil pengajaran daripada generasi terdahulu yang telah meninggal dunia agar kita beroleh kebahagiaan. Kebajikan rakyat jelata mestilah diambil kira atau diambil berat dan keluarga sendiri perlu dijaga agar tidak ditimpa kesusahan Para nabi menuntut kita agar memuliakan ilmu yang benar. Ilmu yang dituntut perlulah diamalkan agar tidak menjadi sia-sia Penyair mengingatkan semua orang mengambil pengajaran atas kematian generasi terdahulu kerana kita juga akan menghadapinya.

3 4 5 6 7 8

TEMA Mengambil iktibar daripada kematian. Hal ini kerana setiap insan di dunia ini perlu mengambil pengajaran apabila berlakunya kematian kerana setiap insan pasti akan melaluinya. PERSOALAN i. Kematian yang tidak dapat dielakkan. Setiap manusia haruslah ingat bahawa kematian adalah sesuatu yang pasti akan berlaku. Contoh: Kita pun kelak demikian itu, Meninggalkan dunia juga yang tentu, Tidak memilih raja dan ratu, Semuanya itu pergi ke situ.

ii.

Kepentingan menuntut ilmu kerana menuntut ilmu merupakan tuntutan agama. Contoh: Ilmu yang benar hendaklah dimulia,

Kerana ia muarinya anbia, Tuntut ilmu jangan sia-sia, Yang lain itu tinggal di dunia. iii. Keinsafan menghadapi kematian. Setiap manusia yang hidup perlulah insaf apabila berhadapan dengan kematian Contoh: Ayuhai tuan-tuan cuba fikirkan, Serta pandang amat-amatkan, Kematian datuk nenek teladan, Kita sepertinya akan datangkan. BENTUK i. ii. iii. iv. Mempunyai 8 rangkap. Mempunyai 4 baris bagi setiap rangkap. Semua baris adalah maksud. Jumlah perkataan antara 4 hingga 6 perkataan sebaris Contoh: wahai sayangnya akan saudara (4 perkataan rangkap 1) Contoh: dengan kehendak Tuhan yang mulia (5 perkataan rangkap 2) Contoh: lihat kepada datuk nenek yang sudah-sudah (6 perkataan rangkap 5) Terdiri daripada 9 hingga 14 suku kata sebaris Contoh: ser/ta/ pan/dang/ a/mat/-a/mat/kan ( 9 suku kata rangkap 8) Contoh: li/hat/ ke/pa/da/ da/tuk/ ne/nek/ yang/ su/dah/-su/dah (14 suku kata rangkap 5) Rima akhir ialah aaaa. Bentuk syair ialah terikat. GAYA BAHASA i. Asonansi - Pengulangan vokal a Contoh: sebab bersama-sama mengembara ii. Aliterasi - Pengulangan konsonan d Contoh: hendaklah kita tunduk terngadah iii. Repitisi - Pengulangan perkataan segala dalam satu baris Contoh: Segala pekerjaan segala perkara iv. Inversi - Pembalikan kata Contoh: kita sepertinya akan datangkan sepatutnya kita akan datangkan sepertinya. v. Diksi - Penggunaan Bahasa Arab. Contoh: Wahid al-khahar, anbia, jabbar, Saadah. vi. Diksi - Penggunaan Bahasa Arkaik. Contoh: ayuhai. vii. Kata Ganda. Contoh: sudah-sudah, sia-sia, tuan-tuan, dikira-kira, bersama-sama. NILAI i. Nilai keinsafan. Perasaan insaf sepatutnya lahir di jiwa apabila melihat kematian kerana setiap insan di dunia ini pasti akan merasainya.

v.

vi. vii.

Contoh: Ayuhai tuan-tuan cuba fikirkan, Serta pandang amat-amatkan, Kematian datuk nenek teladan, Kita sepertinya akan datangkan. ii. Nilai kerajinan. Mengamalkan sikap rajin dalam menuntut dan memuliakan ilmu seperti yang digalakkan oleh para nabi. Contoh: Ilmu yang benar hendaklah dimulia, Kerana ia muarinya anbia, Tuntut ilmu jangan sia-sia, Yang lain itu tinggal di dunia. Nilai kesabaran. Semua insan perlu bersabar apabila menghadapi musibah atau kesusahan kerana sebagai hamba kita wajib pasrah pada ketentuan-Nya. Contoh: Melainkan hamba berbanyak sabar, Akan perintah wahid al-Khahar, Ialah Tuhan bersifat jabbar, Akan hambanya kecil dan besar. PENGAJARAN i. Kita haruslah insaf dan mengambil iktibar ketika berhadapan dengan kematian. Contoh: Ayuhai tuan-tuan cuba fikirkan, Serta pandang amat-amatkan, Kematian datuk nenek teladan, Kita sepertinya akan datangkan. Kita hendaklah menanam sikap rajin dalam mencari ilmu untuk kepentingan hidup di dunia dan akhirat. Contoh: Ilmu yang benar hendaklah dimulia, Kerana ia muarinya anbia, Tuntut ilmu jangan sia-sia, Yang lain itu tinggal di dunia.

iii.

ii.

iii.

Kita perlulah sabar menerima segala dugaan dan ujian dari Tuhan. Contoh: Melainkan hamba berbanyak sabar, Akan perintah wahid al-Khahar, Ialah Tuhan bersifat jabbar, Akan hambanya kecil dan besar. SOALAN Huraikan tema Syair Li-Attar Ghib. Nyatakan dua gaya bahasa yang terdapat dalam syair di atas. JAWAPAN Tema syair ialah mengambil iktibar daripada kematian. Setiap insan di dunia ini perlu mengambil pengajaran

i. ii.

i.

ii.

apabila berlaku kematian kerana setiap insan pasti akan mati. Dua gaya bahasa yang terdapat dalam syair di atas ialah repitisi. Contohnya segala pekerjaan segala perkara. Kedua diksi iaitu pinjaman bahasa Arab wahid al-Khahar.

Cemerlang Bahasa Malaysia. www.cemerlangbm.com 2009 Zainudin Dirin. Hakcipta Terpelihara. Webmaster: Feed Farid

Antologi Harga Sebuah Lukisan


Syair Berbuat Jasa Tg3 Nota Ditulis oleh Cikgu Zainudin Rabu, 21 Disember 2011 11:26
Syair: Berbuat Jasa Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum MAKSUD Rangkap 1 2 3 4 5 Maksud Generasi muda disarankan supaya berbuat jasa kerana jasa tetap akan dikenang walaupun sudah tiada. Penyair mengajak supaya berbuat jasa dan menyerahkan semuanya kepada Tuhan kerana setiap jasa yang dicurahkan akan menerima balasan di akhirat sana. Penyair mengingatkan supaya kehidupan janganlah disia-siakan. Sebaliknya, berbuatlah jasa kerana jasa yang baik akan dikenang selama-lamanya. Penyair menyeru agar bersungguh-sungguhlah berbuat jasa supaya segala kebaikan dapat dimanfaatkan oleh orang lain. Penyair menegah supaya setiap jasa yang ditabur janganlah mengharapkan balasan dan pujian kerana keadaan sedemikian akan menyebabkan timbulnya perasaan tamak. Penyair sekali lagi mengingatkan jangan mengharapkan balasan dan penghormatan memadai jasa yang dicurahkan boleh dimanfaatkan. Penyair mengajak supaya sentiasa berbuat baik walaupun tidak diketahui orang kerana Tuhan lebih mengetahui.

6 7

TEMA Kepentingan berbuat jasa. PERSOALAN

i. Keikhlasan dalam pengorbanan. Contoh: Buatlah baik sedaya upaya,

Hidup berbakti memberi cahaya; Sumbu pelita tidak sia-sia, Terbakar dirinya menerangi raya. ii. Berhati-hati ketika menerima pujian. Contoh: Jangan menilik balas dan puji, Atau pahalanya dikaji-kaji; Rasa demikian tamak dan keji, Padalah baiknya tinting dan uji. iii. Persoalan budi yang baik akan berkekalan selama-lamanya. Walaupun orang yang menabur jasa sudah tiada lagi di dunia ini, namun jasanya tetap lagi dikenang. Contoh: Hidup manusia jangan percuma, Buatlah bakti budi utama; Selagi baiknya kekal menjelma, Si mati hidup selama-lama. BENTUK i. Mempunyai 7 rangkap. ii. Mempunyai 4 baris bagi setiap rangkap. iii. Semua baris adalah maksud. iv. Jumlah perkataan antara 4 hingga 5 perkataan sebaris. Contoh: buatlah jasa wahai teruna (4 perkataan rangkap 1) Contoh: jasa yang kekal berfaedah murni (5 perkataan rangkap 2) v. Terdiri daripada 9 hingga 12 suku kata sebaris. Contoh: Tu/han/ ta/hu/ i/a/kah/ bu/kan/ (9 suku kata rangkap 7) Contoh: cu/kup/lah/ di/si/tu/ mu/la/i/ ter/gan/tung (12 suku kata rangkap 6) vi. Rima akhir aaaa. vii. Bentuk syair terikat. GAYA BAHASA i. ii. iii. Asonansi Pengulangan vokal a Contoh: buatlah jasa wahai teruna Aliterasi Pengulangan konsonan b Contoh: buatlah bakti budi utama Sinkope Pemendekan kata Contoh: Kamu yang mati jasa tak fana, Asalkan jasamu padat berdentung. Inversi Pembalikan kata Contoh: hidup manusia jangan percuma sepatutnya jangan percuma hidup manusia Diksi Penggunaan Bahasa Arab Contoh: Tuhan Rabbani Perlambangan Contohnya: buahnya, sumbu pelita Kata Ganda Contoh: selama-lama, sia-sia, dikaji-kaji Repitisi Pengulangan perkataan hidup sebanyak 4 kali.

iv.

v. vi. vii. viii.

NILAI i. Nilai keikhlasan. Ikhlas dalam berbuat jasa tanpa mengharapkan balasan. Contoh: Pahala dan balas jangan dihitung, Ataupun bintang di dada beruntung, Asalkan jasamu padat berdentung, Cukuplah di situ mulai tergantung. ii. Nilai mengenang jasa. Budi yang baik akan dikenang. Contoh: Hidup manusia jangan percuma, Buatlah bakti budi utama, Selagi baiknya kekal menjelma, Si mati hidup selama-lama. iii. Nilai rasional. Berfikir dahulu sebelum menerima sebarang pujian. Contoh: Jangan menilik balas dan puji, Atau pahalanya dikaji-kaji, Rasa demikian tamak dan keji, Padalah baiknya tinting dan uji. PENGAJARAN i. Kita haruslah ikhlas dalam melakukan sesuatu pekerjaan supaya beroleh keberkatan. Contoh: Pahala dan balas jangan dihitung, Ataupun bintang di dada beruntung, Asalkan jasamu padat berdentung, Cukuplah di situ mulai tergantung. ii. Kita hendaklah mengenang jasa orang yang telah menabur jasa kepada kita supaya hubungan yang terjalin akan berkekalan kelak.

Contoh: Hidup manusia jangan percuma, Buatlah bakti budi utama, Selagi baiknya kekal menjelma, Si mati hidup selama-lama. iii. Kita perlulah menimbang baik dan buruk sesuatu sebelum mengambil sebarang tindakan.

Contoh: Jangan menilik balas dan puji, Atau pahalanya dikaji-kaji, Rasa demikian tamak dan keji, Padalah baiknya tinting dan uji. SOALAN

i.

Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam syair ini.

ii.

Huraikan tiga gaya bahasa yang terdapat dalam Syair Berbuat Jasa.

JAWAPAN i. Dua persoalan yang terdapat dalam syair di atas ialah Persoalan keikhlasan dalam pengorbanan. Buktinya penyair menyeru agar bersungguh-sungguh berbuat jasa supaya segala kebaikan dapat dimanfaatkan oleh orang lain. Kedua ialah berhati-hati ketika menerima ujian. Buktinya penyair menegah supaya setiap jasa yang ditabur janganlah mengharapkan balasan dan pujian kerana keadaan sedemikian akan menimbulkan perasaan tamak. Tiga gaya bahasa yang terdapat dalam syair di atas ialah asonansi contoh buatlah jasa wahai teruna (pengulangan vokal a). Aliterasi contoh buatlah bakti budi utama (pengulangan konsonan b) dan sinkope kamu yang mati jasa tak fana.

ii.

Cemerlang Bahasa Malaysia. www.cemerlangbm.com

Antologi Harga Sebuah Lukisan


Syair Panduan Untuk Para Remaja Tg3 Nota Ditulis oleh Cikgu Zainudin Rabu, 21 Disember 2011 11:34
Syair Panduan Untuk Para Remaja Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM) MAKSUD

Rangkap 1

2 3

Maksud Penyair berpesan kepada generasi muda agar jangan berbohong dan memperdaya orang. Generasi muda juga diingatkan agar tidak bersikap materialistik dan membazir. Generasi muda diingatkan supaya mengelakkan diri daripada perbuatan mengumpat, mencaci, menganiaya, sombong dan memungkiri janji. Generasi muda diingatkan agar menjauhi judi dan arak serta tidak terlibat dengan perlakuan yang tidak baik atau negatif kerana kelak akan menerima padahnya Penyair juga berpesan agar para belia tidak berhutang dan mengharapkan bantuan daripada orang lain. Orang yang tidak berhutang dan bergantung harap kepada orang lain pasti akan senang hidupnya. Generasi muda diingatkan agar mengelakkan diri daripada sikap suka meminjam ataupun memberi pinjam serta berhutang. Sikap ini boleh menyebabkan hubungan antara sahabat akan menjadi renggang akibat

hilang perasaan hormat-menghormati dalam persahabatan. Penyair juga mengingatkan agar generasi muda tidak mengharapkan bantuan dan bersikap meminta-minta. Hal ini demikian kerana, orang yang terlalu mengharapkan bantuan akan malas berusaha dan kemampuan yang ada dalam diri akan hilang. Remaja juga diingatkan agar bersikap patriotik dan berdikari dalam melakukan sesuatu. Generasi muda juga diingatkan tidak lupa asal dan usul mereka serta tidak memandang rendah akan kelebihan yang ada pada orang lain. Penyair menegaskan pesanan di atas dititipkan khas untuk generasi muda. Semoga dengan izin Allah pasti belia hari ini akan menjadi pemimpin berkaliber pada masa akan datang. TEMA

Panduan kepada generasi muda untuk menghadapi dunia yang penuh dugaan dan cabaran. PERSOALAN

i.

Berdikari dalam kehidupan tanpa mengharapkan bantuan dan pertolongan daripada orang lain.

Contoh: Jangan biasakan meminta tolong, Ke sini tersembah, ke sana terlolong, Ikhtiar sendiri bantut bergulung, Akhirnya kebolehan lenyap terlelong. ii. Mengelakkan diri daripada terlibat dengan perkara-perkara negatif yang boleh merosakkan diri. Contoh: Judi dan arak jangan biasa, Lucah dan cabul jangan selesa, Usah bertemu ular yang bisa, Lambat bangatnya dapat binasa. iii. Menunaikan janji yang termeterai kerana kegagalan menepati janji akan menghilangkan kepercayaan orang terhadap kita.

Contoh: Jangan mengata jangan mengeji, Jangan aniaya bengis dan benci, Jangan takbur diri dipuji, Jangan sekali mungkir janji. iv. Mengelakkan diri daripada berhutang kerana hubungan persahabatan akan renggang disebabkan masalah ini. Contoh: Meminjam jangan dipinjamkan jangan, Barang dipinjam kerap kehilangan, Sahabat peminjam renggang di tangan, Hutang merosakkan mutah pandangan. BENTUK i ii iii Bentuk terikat. Mempunyai 8 rangkap. Setiap rangkap mempunyai 4 baris.

iv v

vi

Semua baris ialah maksud. Suku kata 9 hingga 12. Contoh : ja/ngan/ tak/bur/ di/ri/ di/pu/ji (9 suku kata-rangkap 2) Contoh : be/bas/ke/hi/du/pan/ sen/ti/a/sa/ ta/tang/ (12 suka kata-rangkap 4) Antara 4 hingga 5 patah perkataan. Contoh : Ingat pesanku wahai belia (4 perkataan-rangkap 1) Contoh: Jangan aniaya bengis dan benci (5 perkataan rangkap 2)

GAYA BAHASA i ii iii Asonansi Pengulangan vokal a Contoh: Barang dipinjam kerap kehilangan. Aliterasi - Pengulangan konsonan n. Contoh: Jangan biasakan meminta tolong. Anafora Pengulangan kata pada awal baris. Contoh: Jangan fikir kasihkan kaya. Jangan boros yang sia-sia. Inversi Pembalikan kata Contoh: Judi dan arak jangan biasa, sepatutnya jangan biasa judi dan arak. Repitisi - pengulangan perkataan jangan dalam baris yang sama Contoh: Jangan mengata jangan mengeji

iv

NILAI i Nilai berdikari amat penting dalam diri setiap belia agar tidak terlalu bergantung harap kepada orang lain. Contoh: Jangan biasakan meminta tolong, Ke sini tersembah, ke sana terlolong, Ikhtiar sendiri bantut bergulung, Akhirnya kebolehan lenyap terlelong. Nilai merendah diri penting diamalkan supaya tidak menjadi riak apabila menerima pujian. Contoh: Latihlah diri sifat merdeka, Daya sendiri segenap ketika, Jangan sombongkan asal dan baka, Atau kelebihan adik dan kakak. Nilai bertanggungjawab harus ada dalam diri setiap insan agar kita bertanggungjawab atas segala yang kita lakukan contohnya seperti menepati janji. Contoh: Jangan mengata jangan mengeji, Jangan aniaya bengis dan benci, Jangan takbur diri dipuji, Jangan sekali mungkir janji.

ii

iii

PENGAJARAN

ii

iii

Kita hendaklah berdikari dan jangan terlalu bergantung kepada orang lain kerana keadaan ini menambahkan keyakinan dan keupayaan diri sendiri untuk menyelesaikan masalah. Contoh: Jangan biasakan meminta tolong, Ke sini tersembah, ke sana terlolong, Ikhtiar sendiri bantut bergulung, Akhirnya kebolehan lenyap terlelong. Kita janganlah menyombong diri ketika menjalinkan persahabatan, kelak diri sendiri yang rugi. Contoh: Latihlah diri sifat merdeka, Daya sendiri segenap ketika, Jangan sombongkan asal dan baka, Atau kelebihan adik dan kakak. Kita hendaklah menunaikan janji kerana orang akan hilang kepercayaan jika kita memungkirinya. Contoh: Jangan mengata jangan mengeji, Jangan aniaya bengis dan benci, Jangan takbur diri dipuji, Jangan sekali mungkir janji.

SOALAN

i. ii.

Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam syair di atas. Berikan maksud baris lucah dan cabul jangan selesa dalam syair ini. JAWAPAN

i.

Dua persoalan yang terdapat dalam syair di atas ialah persoalan berdikari dalam kehidupan tanpa mengharapkan bantuan dan pertolongan daripada orang lain. Kedua persoalan mengelakkan diri daripada terlibat dengan perkara-perkara negatif yang boleh merosakkan diri. Maksud baris lucah dan cabul jangan selesa ialah seseorang tidak boleh membiasakan diri dengan perkara-perkara negatif dan merosakkan maruah diri.

ii.

Pantun Berkait (Bekerja) Tg3 Nota Ditulis oleh Cikgu Zainudin Rabu, 21 Disember 2011 10:37
Pantun Berkait (Bekerja) Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM) MAKSUD RANGKAP Rangkap 1 Maksud Penulis menyeru sahabat agar segera bangun untuk

2 3 4 5 6 7 8

menjalankan tugas. Penulis menyarankan supaya membuang semua sifat malas dan lemah dalam diri. Penulis menyatakan semua kerja dapat dilakukan apabila tiada sikap malas. Setiap orang perlulah menguasai bidang tugas masingmasing. Setiap pekerjaan perlulah dilakukan dengan teliti. Apabila pekerjaan dilakukan dengan teliti , kerja yang berat akan menjadi mudah. Hati menjadi senang setelah pekerjaan yang berat dapat diselesaikan. Penat tidak akan terasa sekiranya pekerjaan dapat disiapkan.

TEMA Semangat untuk melakukan sesuatu pekerjaan sehingga selesai. PERSOALAN Ketekunan dalam menjalankan sesuatu pekerjaan. Contoh: Bajak, cangkul, tebas dan tebang, Semuanya dikerja dengan cermat. ii Kerajinan penting dalam memastikan kesempurnaan dalam sesuatu kerja. Contoh: Bangkit segera kita berjuang, Hapuskan semangat culas dan lemah. Kegigihan berusaha dapat membuahkan hasil. Contoh: Kerja yang berat tidaklah gerun, Semuanya siap hati pun lega. BENTUK i Merupakan pantun berkait. ii Mempunyai 8 rangkap. iii Mempunyai 4 baris bagi setiap rangkap. iv Jumlah perkataan antara 4 hingga 5 perkataan sebaris. Contoh: bangkit segera kita berjuang (4 perkataan rangkap 1) Contoh: hapuskan semangat culas dan lemah (5 perkataan rangkap 2) v Terdiri daripada 9 hingga 11 suku kata sebaris. Contoh: wa/hai/ ra/kan/ han/dai/ dan/ tau/lan/ ( 9 suku kata rangkap 1) Contoh: ha/pus/kan/ se/ma/ngat/ cu/las/ dan/ le/mah (11 suku kata rangkap 2) vi Rima akhir abab. vii Bentuk pantun terikat. GAYA BAHASA iii i

i ii

Asonansi Pengulangan vokal a Contoh: Wahai rakan handai dan taulan Aliterasi Pengulangan konsonan t Contoh: Tiadalah tinggal terbuang penat iii Sinkope Pemendekan kata akan Contoh: Tidaklah bimbang barangkan hilang iv Inversi Pembalikan kata Contoh: Kerja yang berat tidaklah gerun, sepatutnya tidaklah gerun kerja yang berat. v Repitisi Pengulangan kata pangkalan Contoh: Perahu layar mudik ke pangkalan Sampai di pangkalan memunggah barang NILAI

Nilai kerajinan. Sikap malas perlu dihapuskan apabila melakukan sesuatu pekerjaan. Contoh: Bangkit segera kita berjuang, Hapuskan semangat culas dan lemah. Nilai ketekunan. Sentiasa tekun melakukan pekerjaan untuk mendapatkan hasil yang sempurna. Contoh: Dapat dikerjakan dengan cermat, Kerja yang berat tidaklah gerun. Nilai kegigihan. Sesuatu pekerjaan yang dilakukan dengan gigih akan mendatangkan hasil. Contoh: Kerja yang berat tidaklah gerun, Semuanya siap hatipun lega. PENGAJARAN

ii

iii

Kita haruslah bersikap rajin dalam melakukan sesuatu pekerjaan tanpa ada perasaan malas dan lemah. Contoh: Bangkit segera kita berjuang, Hapuskan semangat culas dan lemah. Kita hendaklah bersikap tekun agar setiap pekerjaan yang dilakukan dapat disempurnakan. Contoh: Dapat dikerjakan dengan cermat, Kerja yang berat tidaklah gerun.

ii

iii

Kita perlulah bersikap gigih dalam melakukan pekerjaan supaya hasil yang diinginkan akan tercapai. Contoh: Kerja yang berat tidaklah gerun, Semuanya siap hatipun lega. SOALAN

1. Apakah mesej yang hendak disampaikan dalam Pantun Berkait (Bekerja). 1. Nyatakan bentuk pantun di atas.
JAWAPAN

1. Mesej yang hendak disampaiakan dalam pantun berkait ialah kita hendaklah rajin berusaha agar dapat menguasai pelbagai kemahiran. 1. Bentuk pantun di atas ialah pantun empat kerat. Setiap rangkap mengandungi empat baris. Rima akhir ialah abab dan bentuknya ialah terikat.

Cemerlang Bahasa Malaysia. www.cemerlangbm.com 2009 Zainudin Dirin. Hakcipta Terpelihara. Webmaster: Feed Farid

Antologi Harga Sebuah Lukisan "PANTUN NASIHAT (BERSATU HATI)" KOMSAS TINGKATAN 3 {VALUES AND VIRTUES}
Penyelenggara: (Dr.) Harun bin Mat Piah Sumber ambilan: Antologi Harga sebuah Lukisan, 2011: muka surat 6 Jenis pantun: 4 kerat Bilangan rangkap: 6 Perbincangan Rangkap demi Rangkap Gunung Tahan sama didaki, Sungai Pahang sama direnang; Jikalau semua bersatu hati, Kerja yang payah menjadi senang. Kalau semua orang (dalam kumpulan / organisasi / masyarakat) sepakat, sia sekata, maka sebarang tugas yang mungkin bersifat berat dan sukar akan menjadi ringan dan mudah untuk disempurnakan. Melangir keris pusaka hikmat, Keris sejarah sejak bahari; Kalau gadis ingin selamat, Jangan murah menjual diri. Pesanan sangat jelas ditujukan buat gadis muda remaja supaya sentiasa menjaga maruah diri. Seseorang gadis yang berakhlak luhur dan mulia tidak akan mudah diperdaya atau cepat lemah terhadap godaan. Maka, gadis tidak harus cepat leka dengan pujian atau lemas dengan pujuk rayu (gula-gula muslihat lelaki hidung belang, mata keranjang) hanya kerana seronok didampingi, walhal risiko keselamatan diri sangat tinggi (mangsa serangan seksual, pembunuhan). Menanam bunga di dalam pasu, Bunga melati, bunga pandan; Jangan ikut hawa nafsu,

Kelak nanti binasa badan. Pesanan seterusnya ialah tentang bahaya menurut kehendak (atau hasutan) hawa nafsu yang boleh menjerumuskan seseorang ke arah kebinasaan. Hawa nafsu merujuk kepada keinginan yang tidak terkawal dan menjurus kepada tabiat membazir. Demi memenuhi tuntutan hawa nafsu, seseorang itu mungkin terdedah kepada perbuatan yang mengundang padah kepada diri sendiri. Nyiur muda dibuat pengat, Mari dimakan bulan puasa; Wahai pemuda hendaklah ingat, Kerana mulut badan binasa. Nasihat juga ditujukan kepada lelaki muda lela (remaja dan muda). Mereka diberi peringatan agar menjaga tutur kata dan ucapan. Percakapan atau pendapat yang dilontarkan boleh jadi disalah erti atau sama sekali tidak disenangi oleh orang lain yang mengundang perbalahan yang dahsyat. Orang berkelah di Tanjung Rhu, Sambil memanggang si ikan sepat; Hendaklah banyak menghadap guru, Supaya terang jalan makrifat. Bagi memperoleh ilmu dan mengukuhkan kefahaman tentang banyak perkara, seseorang itu hendaklah berguru, iaitu mendapat bimbingan (dan ijazah) daripada guru-guru yang dalam ilmunya dan tajam pemikirannya. Dalam kata lain, bagi mendapatkan pengalaman dan pengetahuan yang benar dan berguna, seseorang itu hendaklah melalui proses pengajian yang diiktiraf. Belajar bersendirian (tanpa guru) mengundang kesesatan (ditipu oleh syaitan laknatullah). Rendang sungguh pohon ara, Tumbuh subur tepi telaga; Tidak salah berkenal mesra, Tatasusila perlu dijaga. Berkenalan dan menjadi lebih mesra tidaklah menjadi masalah. Syaratnya perkenalan itu mestilah berlandaskan tatasusila, iaitu adab dan etika yang luhur. Perkenalan yang ikhlas bermakna bahawa segala batasan dan tegahan tidak dilanggari. Perbincangan komsas Tema: Nasihat kepada golongan muda mudi tentang akhlak mulia / adab pergaulan Nilai murni: kesepakatan / permuafakatan, jati diri / ketegasan, kesederhanaan, berbudi bahasa / kesopanan / ketelitian, kerajinan / rendah diri, persaudaraan / keikhlasan. Persoalan: : : : kesepakatan / permuafakatan dalam kerja / kegiatan jati diri / ketegasan dalam menjaga maruah diri kesederhanaan dalam perbuatan / tindakan / membuat keputusan berbudi bahasa / kesopanan / ketelitian dalam komunikasi / percakapan / ucapan /

melontarkan pendapat : kerajinan / rendah diri dalam menuntut ilmu / pengajian / berguru : persaudaraan yang ikhlas / keikhlasan dalam pergaulan Pengajaran: kita hendaklah sepakat / bermuafakat dalam sesuatu pekerjaan / kegiatan : kita perlu memiliki jati diri / ketegasan dalam menjaga maruah diri : kita mesti bersifat sederhana / mengamalkan kesederhanaan dalam perbuatan / tindakan / membuat keputusan : kita hendaklah berbudi bahasa / sopan / teliti dalam komunikasi / percakapan / ucapan / melontarkan pendapat : kita hendaklah rajin / merendah diri dalam menuntut ilmu / pengajian / berguru : persaudaraan yang ikhlas / keikhlasan dalam pergaulan gaya bahasa: Pembayang pantun rangkap 1 hingga 5 ialah kerenah manusia, manakala rangkap 6 ialah unsur alam pemilihan kata / diksi: hanya rangkap 2 mengandungi perkataan klasik, melangir (membersihkan keris dengan dengan bahan-bahan tradisional seperti limau purut dan sintuk; Kamus Dewan edisi IV:884) ), bahari (dahulukala / kuno) kbkk: Posted by CIKGU AZHAR RODZI at 10:32 PM

Antologi Harga Sebuah Lukisan PANTUN EMPAT KERAT (MUAFAKAT)


Pengenalan Pantun tergolong dalam genre prosa tradisional. Penggunaan pantun dalam komunikasi zaman dahulu melambangkan kehalusan akal budi dan ketinggian adab seseorang. Pembayang pantun yang tulen ialah tentang unsur alam, atau tentang kerenah manusia. Setiap baris pantun yang baik mengandungi antara 10 hingga 12 suku kata. Bentuk pantun yang paling mudah ialah pantun 2 kerat, manakala pantun yang lebih rumit ialh pantun 8 kerat. Pantun diungkapkan dengan gaya dan lagu suara (nada, gelombang sebutan) yang tersendiri. Dalam setiap rangkap pantun, dua baris pertama ialah pembayang, manakala dua baris berikutnya ialah maksud atau mesej sebenar yang ingin disampaikan. Walaupun secara paling baik, rima awal, rima tengah dan rima akhir antara pasangan ayat pembayang dan maksud cuba disamakan, hakikatnya perkara itu sukar untuk dilakukan. Memadai jika rima akhir pasangan baris pertama dengan ketiga, dan kedua dengan keempat, dapat disamakan. Perbincangan rangkap demi rangkap Indah sungguh warna pelangi, Tidak luput hingga senja; Ke lurah sama diharungi, Usaha bersama membawa bahagia. Susah payah dalam sesuatu pekerjaan akan menjadi lebih ringan jika dilakukan secara beramai-ramai. Malah, cara demikian akan menumbuhkan rasa bahagia dan gembira kepada

semua orang yang turut serta. Sebarang masalah dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan mudah. Buah salak di dalam kantung, Kulitnya keras isinya kelat; Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat. Ambilan peribahasa klasik ini memang tepat dengan mesej keseluruhan pantun. Kekuatan masyarakat atau mana-mana kumpulan manusia terletak kepada ikatan kerjasama yang terjalin. Persefahaman ialah teras keutuhan sesebuah masyarakat. Turun ke paya memetik kangkung, Hati-hati terkena getahnya; Bergotong-royong penduduk sekampung, Hidup muafakat hidup bahagia. Amalan dan tradisi gotong-royong berakar umbi di kawasan desa dan kampung. Kerja seperti kenduri kendara dan membina rumah dilaksanakan secara beramai-ramai. Bibit kemesraan yang tumbuh menyumbang terhadap kehidupan masyarakat yang rukun damai dan sejahtera. Beras segantang sudah disukat, Lalu disimpan di atas para; Andai seluruh masyarakat muafakat, Negara damai rakyat sejahtera. Muafakat hanya tercapai jika semua anggota masyarakat bersatu hati, sekata dan sejiwa dalam sesuatu hal, atau urusan kerja. Muafakat ialah asas perpaduan. Akhirnya, negara akan beroleh suasana (milieu) yang aman, sentosa dan tenteram sehingga rakyat jelata menikmati kesejahteraan hidup. Sawah padi luas terbentang, Kuning keemasan indahnya maya; Percaya-mempercayai asas berpegang, Barulah muafakat kekal selamanya. Prasyarat kejayaan muafakat ialah ikhlas, jujur dan saling percaya. Pegangan sedemikian ialah sebagai jaminan supaya amalan muafakat dapat bertahan sepanjang masa. Harum sungguh bunga melati, Hiasan sanggul amat memikat; Bertolak ansur, hormat-menghormati, Mengukuhkan perpaduan ikatan muafakat. Amalan muafakat perlu kepada sikap tolak ansur dan saling hormat. Perbezaan dalam perkara-perkara kecil hendaklah diketepikan, sebaliknya mendahulukan persamaan buah fikiran dan cara bertindak. Perpaduan masyarakat sangat bergantung kepada kesanggupan menerima perbezaan seadanya. Kajian komsas

Pantun selenggaraan Zailani Taslim dari Terengganu di atas menyebut perkataan muafakat dalam semua rangkap, kecuali rangkap pertama yang disebut sebagai usaha bersama. Unsur perulangan itu sejajar dengan tema pantun yang berkisar kepada amalan muafakat mengukuhkan perpaduan masyarakat. Pembayang pantun nyata lebih menjurus kepada unsur alam. Nilai murni: kerjasama, tolak ansur, saling percaya, saling hormat, perpaduan Persoalan: : : : : : kerjasama membawa bahagia muafakat mengukuhkan perpaduan masyarakat tolak ansur menjayakan muafakat saling percaya menentukan muafakat saling hormat teras muafakat perpaduan masyarakat menerusi muafakat

Pengajaran: kita hendaklah sentiasa bermuafakat dalam melakukan sebarang pekerjaan / membuat keputusan : kita hendaklah mengutamakan perpaduan masyarakat : kita hendaklah bertolak ansur dalam kerja bermuafakat (pasukan) : kita hendaklah saling percaya membina muafakat : kita hendaklah saling hormat menuju muafakat : kita jangan hanya mementingkan diri sendiri / memencilkan diri dalam masyarakat Kajian kbkk: : muafakat remaja seperti kumpulan belajar, kokurikulum, permainan, sukan, perkongsian ilmu : muafakat warga sekolah seperti gotong-royong perdana, menyokong wakil sekolah yang bertanding : muafakat keluarga seperti membersih dan mengemas rumah dan laman rumah, rehlah dan riadah : muafakat komuniti seperti hari keluarga, kempen menghapuskan sarang nyamuk aedes : muafakat organisasi / pertubuhan seperti kelab / persatuan pengguna / rukun tetangga / bomba bantuan : muafakat negara seperti belanja berhemat melawan inflasi, membanteras jenayah Oleh :CIKGU AZHAR RODZI Reactions:

Antologi Harga Sebuah Lukisan


Sajak Fragmen Sebuah Kehidupan Tg3 Nota Ditulis oleh Cikgu Zainudin Rabu, 21 Disember 2011 10:15
Fragmen Sebuah Kehidupan (Shamsudin Othman) Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM)

MAKSUD SAJAK Rangkap 1 2 Maksud Dadah ialah musuh utama negara. Hal ini kerana dadah merosakkan jiwa manusia dan telah membunuh banyak nyawa. Akibat penyalahgunaan dadah ramai telah gagal dalam bidang masing-masing. Antaranya, negarawan, seniman, ahli sukan, peniaga, sasterawan, ahli akademik dan pejuang. Dadah meracuni hidup manusia sejak dahulu tanpa mengira sesiapapun tanpa diduga. Dadah telah meracuni manusia. Dari sudut sejarah, kejatuhan kota Melaka dan kota-kota lain di dunia adalah kerana dadah sehingga menghancurkan sebuah tamadun bangsa dan negara. Penyair berdoa kepada Tuhan agar diberi kekuatan iman untuk menghadapi hidup mendatang yang penuh dengan dugaan dan cabaran demi mengejar cita-cita dan demi kemajuan negara. Penyajak menyeru agar generasi kini memilih jalan yang betul dan bukannya jalan yang salah. Hal ini kerana masih banyak perkara yang perlu kita lakukan.

TEMA Dadah musuh negara. Dadah memberi kesan yang buruk kepada individu, masyarakat dan negara. PERSOALAN i. Kemusnahan negara bangsa akibat dadah. Kemajuan sesesuah negara tidak akan tercapai akibat penyalahgunaan dadah. ii. Kesedaran bahawa penyalahgunaan dadah akan membawa kesengsaraan. Dadah menyebabkan penderitaan kepada individu yang menyalahgunakannya. iii. Impak penyalahgunaan dadah. Banyak impak yang menimpa diri penagih disebabkan penyalahgunaan dadah. iv. Kepentingan membangunkan negara. Masyarakat yang bebas daripada dadah dapat membangunkan negara. v. Kekuatan iman dalam menangkis cabaran. Iman yang kukuh mampu mengelakkan diri seseorang daripada pengaruh dadah. BENTUK i. ii. iii. Bebas. Terdapat lima rangkap. Baris-baris ayat dan rima akhir Rangkap 1 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya aaaa. Rangkap 2 terdapat 8 baris ayat. Rima akhirnya aaaaaaaa. Rangkap 3 terdapat 7 baris ayat. Rima akhirnya aaabaca. Rangkap 4 terdapat 7 baris ayat. Rima akhirnya abcdaee. Rangkap 5 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya abcc.

GAYA BAHASA Anafora Contoh : adalah dadah itu. ii. Kata Ganda Contoh : bertahun-tahun. iii. Sinkope Contoh : kau. iv. Metafora Contoh : lorong hidup. v. Inversi Contoh : angkara dadah telah mati seorang angkasawan. vi. Aliterasi pengulangan konsonan g i.

Contoh : maka seorang pujangga pun berkata. vii. Asonansi pengulangan vokal e Contoh : seperti tercatat dalam sejarah. NILAI i. Nilai kegigihan Contoh: Gigih mengejar cita-cita untuk memajukan negara. ii. Nilai rasional Contoh: Jauhi dadah yang menjadi musuh negara. iii. Nilai keimanan Contoh: Menjalani kehidupan dengan berbekalkan keimanan. iv. Nilai cinta akan tanah air Contoh: Tidak mahu negara hancur kerana dadah. v. Nilai bertanggungjawab Contoh: Menentukan arah kehidupan yang dipilih ialah jalan yang benar.

PENGAJARAN

i. Kita hendaklah menjauhi najis dadah yang merupakan musuh negara. ii. Kita hendaklah menguatkan iman di dada dalam mengharungi cabaran dan dugaan hidup. iii. Kita perlulah gigih berusaha dalam mengejar cita-cita. iv. Kita mestilah menjadikan sejarah kemusnahan negara sebagai pengajaran. v. Kita hendaklah memilih haluan kehidupan yang benar.

i. ii.

SOALAN Apakah yang dimaksudkan oleh penyajak dengan perkataan angkara? Berikan contoh gaya bahasa epifora.

JAWAPAN i. ii. Perkataan angkara yang dimaksudkan oleh penyajak ialah perbuatan yang jahat. Contoh gaya bahasa epifora ialah Kalau mereka mengherdik dengan kata Carilah daya kata

Cemerlang Bahasa Malaysia. www.cemerlangbm.com 2009 Zainudin Dirin. Hakcipta Terpelihara. Webmaster: Feed Farid

Antologi Harga Sebuah Lukisan


Sajak KataKata Tg3 Nota Ditulis oleh Cikgu Zainudin

Rabu, 21 Disember 2011 10:18


Kata-Kata (Hashim Yaacob) Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM) MAKSUD SAJAK Rangkap 1 2 3 4 5 Maksud Apabila dihina, janganlah kita berdiam diri. Kita seharusnya mempertahankan diri dengan membalas balik kata-kata tersebut. Jika kita ditengking atau dicerca, kita janganlah berdiam diri. Sebaliknya kita perlu mempertahankan diri. Martabat dan kedaulatan negara kita harus dipertahankan dengan kebijaksanaan. Kita berpidato atau berhujah dengan spontan. Negara kita mencapai kemerdekaan bukan melalui kekerasan, sebaliknya kerana kepintaran kata-kata di meja rundingan. Penyajak menyeru semua anak muda supaya bijak berkata-kata jika mereka inginkan kehidupan mereka terbela.

TEMA Kebolehan berkomunikasi secara lisan amat penting dalam kehidupan. Dengan kebijaksanaan berkomunikasi, seseorang itu dapat mempertahankan diri daripada dihina oleh orang lain. PERSOALAN i. Kepentingan bijak berbahasa untuk mematahkan hujah lawan. Kemahiran berhujah membolehkan seseorang mematahkan hujah lawan dengan mudah. ii. Kepentingan menggunakan bahasa dengan baik. Kesantunan bahasa dapat membentuk jati diri bangsa dan menjulang nama negara. iii. Bahasa merupakan imej sesebuah bangsa dan negara. Kebijaksanaan berbahasa membolehkan kita memartabatkan bahasa dan mendaulatkan negara. iv. Kemerdekaan yang diperoleh menerusi rundingan. Sejarah membuktikan negara kita merdeka menerusi rundingan bukannya melalui peperangan.

BENTUK i. ii. iii. Separuh terikat. Terdapat lima rangkap. Baris-baris ayat dan rima akhir. Rangkap 1 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya aaaa. Rangkap 2 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya aaaa. Rangkap 3 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya aaaa. Rangkap 4 terdapat 2 baris ayat. Rima akhirnya aa. Rangkap 5 terdapat 3 baris ayat. Rima akhirnya aaa. GAYA BAHASA i. Sinkope Contoh : tak. ii. Anafora Contoh : kita merdeka. iii. Bahasa istana Contoh : anakanda.

Asonansi pengulangan vokal a Contoh : Pertahankanlah maruah kita. v. Aliterasi pengulangan konsonan t Contoh : Janganlah kita diam tak terkata. vi. Epifora Contoh : kita. iv.

NILAI i. ii. iii. iv. Nilai kebijaksanaan Bijak dalam berkata-kata dan berhujah. Nilai rasional Sentiasa sedar jika ingin kehidupan lebih terbela, kita harus pandai berkata-kata. Nilai tanggungjawab Bertanggungjawab mempertahankan diri apabila dicerca. Nilai keberanian Berani mempertahankan diri dengan membalas kata-kata pihak lawan.

PENGAJARAN i. ii. iii. iv. Kita hendaklah bijak berkata-kata dan berhujah. Kita perlulah berani mempertahankan diri dengan membalas kata-kata pihak lawan. Kita mestilah mempertahankan maruah diri kita apabila dihina. Kita mestilah memelihara martabat bangsa dan kedaulatan negara kita. SOALAN Apakah jenis gaya bahasa bagi perkataan yang digarisi dalam baris jangan kita diam tak terkata? Berdasarkan rangkap pertama, apakah tindakan yang harus kita lakukan apabila dicerca?

i. ii.

i. ii.

JAWAPAN Jenis gaya bahasa bagi perkataan yang digarisi dalam baris jangan kita diam tak terkata ialah sinkope. Berdasarkan rangkap pertama, tindakan yang harus kita lakukan apabila dicerca ialah kita mestilah mempertahankan maruah diri dengan kata-kata yang bernas.

Sajak Keusangan Budaya Tg3 Nota Ditulis oleh Cikgu Zainudin Rabu, 21 Disember 2011 10:19
Keusangan Budaya (Roshilawati Razlan) Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM)

MAKSUD SAJAK Rangkap 1 Maksud Penyajak menggambarkan ketika zaman dahulu masih terdapat gadis Melayu begitu bersopan santun dengan pakaian tradisional.

Pemuda pada zaman dahulu mengamalkan budaya Melayu dan gigih meneroka hutan. Pemuda pada zaman itu juga bermain alat muzik seruling dengan lagu-lagu yang merdu dan mengasyikkan. Walau bagaimanapun pada masa ini sukar untuk bertemu gadis atau pemuda yang masih mengamalkan budaya kemelayuan sejati. Yang ada cuma pemuda dan pemudi yang tidak bersemangat. Kini anak-anak muda lebih menggemari alunan muzik rancak manakala muzik yang melambangkan kebudayaan Melayu telah ditinggalkan. Begitu juga pakaian tradisional turut dipinggirkan. Hanya golongan tua sahaja yang masih menjulang budaya lama. Kini mereka hanya mampu mengenang sejarah kegemilangan budaya Melayu yang sudah ditinggalkan oleh golongan muda.

TEMA Adab dan budaya bangsa Melayu yang perlu dipertahankan. Golongan muda perlu menjaga warisan dan budaya bangsa. PERSOALAN i. Amalan budaya Melayu dalam kalangan golongan muda yang dipinggirkan. generasi hari ini lebih suka terikut-ikut dengan budaya asing. ii. Ketinggian budaya Melayu dalam kehidupan seharian. Gadis-gadis Melayu dahulu digambarkan bersopan santun dan pemuda-pemudanya pula mengamalkan budaya Melayu. iii. Pengaruh budaya asing yang kini telah mengambil alih budaya kemelayuan. Anak-anak muda kini lebih tertarik dengan budaya asing. iv. Harapan dan impian golongan tua untuk melihat budaya Melayu diamalkan semula. Golongan tua yang masih menjulang budaya lama berharap agar sejarah kegemilangan budaya Melayu dapat dikembalikan. v. Masyarakat kini yang kurang mempertahankan budaya tradisi. Anak-anak muda lebih gemar alunan muzik dari barat berbanding alunan muzik tradisional.

BENTUK i. ii. iii. Bebas. Terdapat lima rangkap. Baris-baris ayat dan rima akhir. Rangkap 1 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya aaab. Rangkap 2 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnya abbcc. Rangkap 3 terdapat 6 baris ayat. Rima akhirnya abcdbb. Rangkap 4 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya aaaa. Rangkap 5 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya abbb.

GAYA BAHASA i. Personifikasi. Contoh : seruling bambu diam keusangan, ii. Anafora Contoh : tubuh-tubuh. iii. Bahasa istana Contoh : ayahanda. iv. Asonansi pengulangan vokal u Contoh : bersalut songket tenunan Melayu. v. Aliterasi pengulangan konsonan m Contoh : irama gamat menodai kedamaian.

vi. vii.

Inversi Contoh : melihat sayu Sang Sita Dewi. Kata Ganda. Contoh : tubuh-tubuh.

NILAI i. Nilai kesopanan Contoh: Gadis duduk dengan tertib dan sopan. ii. Nilai kerajinan Contoh: Pemuda rajin bekerja. iii. Nilai menghargai budaya Contoh: Bangga dan menghargai pakaian tradisi dan irama Melayu. iv. Nilai tanggungjawab Contoh: Bertanggungjawab menjaga warisan dan budaya bangsa. PENGAJARAN i. ii. iii. iv. v. Gadis remaja hendaklah bersopan santun dalam pertuturan seharian. Pemuda-pemudi haruslah rajin bekerja dalam kelangsungan hidup. Kita mestilah menghargai kebudayaan kita sendiri. Janganlah terikut-ikut dengan budaya asing yang merosakkan budaya bangsa. Janganlah kita tergamak membiarkan generasi lama bersedih melihat budaya lama dilupakan. SOALAN i. ii. Mengapakah manusia kini semakin melupakan adab dan warisan bangsa? Jelaskan dua gaya bahasa yang terdapat dalam sajak Keusangan Budaya. JAWAPAN i. ii. Manusia kini semakin melupakan adab dan warisan bangsa kerana mereka telah lupa asal-usul diri sendiri dan terpengaruh dengan budaya luar. Gaya bahasa yang terdapat dalam sajak Keusangan Budaya ialah anaphora iaitpengulangan kata tiada dan kata ganda tubuh-tubuh.

Cemerlang Bahasa Malaysia. www.cemerlangbm.com 2009 Zainudin Dirin. Hakcipta Terpelihara. Webmaster: Feed Farid

Antologi Harga Sebuah Lukisan


Sajak Seorang Insan Istimewa Tg3 Nota Ditulis oleh Cikgu Zainudin Rabu, 21 Disember 2011 10:24

Seorang Insan Istimewa (Natasya Puteri) Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM) MAKSUD Rangkap 1 Maksud Penyajak menyatakan seseorang itu tidak pernah meminta untuk dilahirkan sebagai seorang insan istimewa atau cacat. Namun siapalah dirinya untuk melawan takdir Tuhan. Segalanya telah ditakdirkan sejak azali lagi dan dia perlu meneruskan kehidupan seharian. Seorang insan istimewa perlu reda dalam menanggung segala kepayahan walaupun dalam keadaan terpaksa. Walaupun ada orang yang bersimpati dengan nasib yang menimpa diri, namun segalanya tidak dapat dibandingkan dengan penderitaan yang dialaminya. Nasib insan istimewa dianggap sebagai anugerah dan ujian Tuhan kepada hambahambanya. Biarpun sukar, mereka tetap mempunyai peluang untuk meneruskan kehidupan di dunia ini. Penyajak menyeru agar kita membantu dan membimbing insan istimewa dengan hati yang ikhlas kerana setiap kebaikan yang kita lakukan pasti mendapat keredaan Allah.

TEMA Dugaan hidup sebagai golongan kelainan upaya. Golongan istimewa telah menempuh pelbagai dugaan dalam meneruskan kelangsungan hidup. PERSOALAN

i. Ketabahan dalam menghadapi ujian Tuhan. Walaupun dilahirkan sebagai insan istimewa mereka tabah menghadapi ujian Tuhan. ii. Tanggungjawab membantu sesama manusia. Sebagai insan sempurna kita bertanggungjawab membantu golongan kelainan upaya. iii. Bersyukur kepada Tuhan. Golongan kelainan upaya ini bersyukur walaupun dilahirkan sebagai insan istimewa. iv. Keyakinan diri menghadapi dugaan Tuhan. Keyakinan diri insan istimewa dapat mengatasi segala halangan dan dugaan. v. Sikap berdedikasi walaupun bergelar insan istimewa. Walaupun bergelar insan istimewa sikap dedikasi perlu ditonjolkan oleh mereka dalam melaksanakan sesuatu perkara.

BENTUK i. ii. iii. Sajak ini berbentuk bebas. Mengandungi empat rangkap. Baris-baris ayat dan rima akhir Rangkap 1 terdapat 6 baris ayat. Rima akhirnya aabacd. Rangkap 2 terdapat 7 baris ayat. Rima akhirnya aaabcdc. Rangkap 3 terdapat 8 baris ayat. Rima akhirnya abbbacbb. Rangkap 4 terdapat 3 baris ayat. Rima akhirnya abb. GAYA BAHASA i. Repitisi Contoh : Seorang insan istimewa. ii. Anafora Contoh : sebuah. iii. Responsi. Contoh : suatu. iv. Asonansi pengulangan vokal e Contoh : meneruskan kehidupan. v. Aliterasi pengulangan konsonan b Contoh : bantulah, bimbinglah. vi. Inversi Contoh : biar sukar mesti disempurnakan. NILAI i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Nilai keredaan Contoh: Reda menerima takdir diri yang cacat. Nilai ketabahan Contoh: Tabah menerima takdir diri yang cacat. Nilai simpati Contoh: Bersimpati kepada orang yang kurang upaya. Nilai bantu-membantu Contoh: Bersedia membantu orang yang kurang upaya. Nilai keikhlasan Contoh: Membantu orang lain dengan hati yang ikhlas. Nilai amanah Contoh: Membantu golongan kurang upaya merupakan amanah Allah. Nilai bertanggungjawab Contoh: Semua insan yang sempurna bertanggungjawab menolong golongan kurang upaya.

PENGAJARAN i. Kita haruslah reda menerima takdir sekiranya dilahirkan atau ditakdirkan cacat. ii. Kita haruslah menerima takdir yang tersurat terhadap kita. iii. Kita perlulah bersedia membantu golongan kurang upaya pada bila-bila masa. iv. Kita haruslah ikhlas menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja. v. Kita bertanggungjawab membantu golongan kurang upaya seikhlas hati. SOALAN i. Nyatakan contoh gaya bahasa repitisi dalam sajak ii. Bagaimanakah cara untuk membantu orang kelainan upaya yang disarankan oleh penyajak.

JAWAPAN

1. Contoh gaya bahasa repitisi ialah seorang insan istimewa 2. (R2 : B1 dan R3 : B1). 1. Cara untuk membantu orang kelainan upaya yang disarankan 2. oleh penyajak adalah dengan memberi bantuan dan bimbingan secara ikhlas.

Cemerlang Bahasa Malaysia. www.cemerlangbm.com 2009 Zainudin Dirin. Hakcipta Terpelihara. Webmaster: Feed Farid

Antologi Harga Sebuah Lukisan


Sajak Rumput Tg3 Nota Ditulis oleh Cikgu Zainudin Rabu, 21 Disember 2011 10:23
Rumput (Khadijah Hashim) Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM) MAKSUD

Rangkap 1 1

2 3

Maksud Keluhan insan yang nasibnya diibaratkan seperti rumput. Sebelum sempat untuk bangun dia sudah ditindas oleh seseorang. Sebelum sempat dia menonjolkan kelebihan diri, dia dihina oleh orang lain. Ditambah pula dengan persekitaran yang serba kekurangan dan tidak selesa. Namun demikian, masih ada yang bersimpati dengan kesusahannya. Sebelum sampai hajatnya menunjuk bakat, ada pula yang memperkecil bakatnya tanpa menghiraukan nasib golongan susah demi keuntungan mereka semata-mata. Penyajak menyatakan keluhan orang susah yang tiada apa-apa lebih malang berbanding orang susah yang masih ada tempat berlindung.

TEMA Rintihan nasib seorang yang hina dan dipandang rendah. Golongan miskin selalunya dipandang rendah oleh orang lain. PERSOALAN i. Sikap hormat-menghormati sesama insan walaupun terhadap golongan yang kurang berkemampuan. Golongan yang berkedudukan tinggi sering tidak menghormati golongan miskin

ii. Penghargaan kepada orang lain. Menghargai bakat seseorang itu walaupun miskin. iii. Penindasan terhadap golongan bertaraf rendah. Golongan bertaraf rendah selalu menjadi alat untuk kepentingan golongan atasan. iv. Cabaran dalam kehidupan. Walaupun berada dalam kesusahan dan keperitan, kelangsungan hidup perlu diteruskan. BENTUK i. Sajak ini berbentuk bebas. ii. Mengandungi tiga rangkap. iii. Baris-baris ayat dan rima akhir Rangkap 1 terdapat 8 baris ayat. Rima akhirnya aaabcddd. Rangkap 2 terdapat 6 baris ayat. Rima akhirnya ababcc. Rangkap 3 terdapat 2 baris ayat. Rima akhirnya ab.

GAYA BAHASA Sinkope. Contoh : tak. ii. Personifikasi. Contoh : tangan hendak menari. iii. Repitisi Contoh : Baru saja. iv. Anafora Contoh : cepat. v. Asonansi pengulangan vokal u Contoh : diserbu debu menutup muka. vi. Aliterasi pengulangan konsonan b Contoh : ditambah lagi bau busuk asap lori. vii. Simile Contoh : bagai menunggu mati. NILAI i. ii. Nilai ketabahan Tabah dalam mengharungi liku-liku kehidupan. Nilai kegigihan Tidak berputus asa walaupun penindasan berlaku di mana-mana. PENGAJARAN i. Kita janganlah menghina orang susah atau miskin. Sebagai seorang yang bernasib baik kita tidak sepatutnya menghina orang susah. ii. Kita perlulah mempunyai sifat hormat-menghormati terutamanya kepada golongan miskin. iii. Kita janganlah memandang rendah akan bakat seseorang. iv. Kita janganlah menutup peluang orang lain terutamanya peluang golongan susah atau miskin. i.

SOALAN i. Nyatakan rima akhir sajak dalam rangkap 1.

ii.

Berikan maksud perkataan mendongak yang terdapat dalam rangkap 1.

JAWAPAN i. Rima akhir sajak dalam rangkap 1 ialah aaabcddd. ii. Maksud perkataan mendongak yang terdapat dalam rangkap 1 ialah mengangkat muka.

Cemerlang Bahasa Malaysia. www.cemerlangbm.com 2009 Zainudin Dirin. Hakcipta Terpelihara. Webmaster: Feed Farid

Antologi Harga Sebuah Lukisan


Prosa Tradisional Hikayat Inderaputera Tg2 Nota Ditulis oleh Cikgu Zainudin Isnin, 06 Disember 2010 08:41
HIKAYAT INDERAPUTERA (DISENGGARA OLEH ALI HAJI AHMAD)

Sumber : Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM) Sinopsis


Cerita ini mengisahkan kehebatan dan keistimewaan Inderaputera yang dikatakan gagah perkasa kerana dia pernah berjalan di dalam gua selama sebulan dan berjaya membunuh gergasi bernama Mamdu yang sebelum itu tidak dapat dibunuh oleh Raja Talela Syah. Ayahanda Inderaputera bernama Raja Bikrama Puspa dan bondanya bernama Tuan Puteri Jamjam Ratna Dewi. Setelah Inderaputera dilahirkan, Raja Bikrama menjemput ahli nujum ke istana untuk menilik masa depan anakandanya. Menurut tilikan nujum, Inderaputera akan memerintah kerajaan yang besar tetapi dilarang bermain dengan binatang kerana dibimbangi akan terjadi sesuatu yang buruk. Apabila besar, Inderaputera dihantar mengaji selama tujuh tahun kepada seorang mualim bernama Bersapian. Pada suatu ketika Raja Bikrama Buspa menerima kehadiran dua orang utusan ufti yang terdiri daripada tukang emas dan tukang kayu yang mahir lagi hebat. Si tukang kayu mengukirkan seekor ikan yang indah seperti ikan hidup dan ikan itu boleh ketawa, berpantun dan berseloka apabila diletakkan di dalam air. Tukang emas pula membuat gambar merak daripada emas. Raja Bikrama Buspa meletakkan merak itu di dalam dulang emas dan perak lalu merak itu menggerak-gerakkan ekornya dan boleh berpantun serta berseloka. Inderaputera yang masih kanak-kanak tertarik dengan merak emas itu lalu turun daripada riba ayahnya. Dengan tidak disangka-sangka merak itu menyambar Inderaputera lalu menerbangkannya. Ayahanda dan bondanya sangat berduka cita. Inderaputera yang diterbangkan telah dijatuhkan oleh merak emas di sebuah negeri dalam sebuah kebun Nenek Kebayan. Nenek Kebayan yang pulang daripada berjual bunga menjumpai Inderaputera di dalam kebunnya. Inderaputera menceritakan kisahnya kepada Nenek Kebayan. Nenek Kebayan yang tiada cucu memelihara Inderaputera seperti cucunya sendiri dengan penuh kasih sayang. Sepanjang itu, rezeki nenek kebayan bertambah murah. Suatu hari, Nenek Kebayan membawa Inderaputera berjumpa dengan Perdana Menteri. Perdana Menteri tertarik dengan budi bahasa Inderaputera yang begitu elok sekali. Lalu Perdana Menteri meminta kepada Nenek Kebayan untuk menjadikan Inderaputera anak angkatnya hanya pada sebelah siang. Nenek Kebayan akhirnya bersetuju walaupun berat hati. Akhirnya Inderaputera membesar di bawah jagaan Nenek Kebayan dan Perdana Menteri.

Tema
Cerita ini bertemakan tentang kehebatan dan keluarbiasaan yang dimiliki oleh seseorang. Dalam hal ini, keistimewaan itu dimiliki oleh Inderaputra.

Persoalan
1. Persoalan kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak. Raja Bikrama Puspa tidak mahu berenggang dengan Inderaputera dan berasa dukacita setelah Inderaputera dilarikan merak emas. 2. Persoalan keutamaan menurut arahan. Negeri-negeri di bawah jajahan Raja Bikram Puspa mengikut arahan membayar ufti kepada baginda. 3. Persoalan kelebihan yang diperoleh apabila memelihara anak yatim. Bunga-bunga di kebun Nenek Kebayan kembang mekar dan hasil jualannya meningkat setelah Nenek Kebayan memelihara Inderaputera sebagai cucu angkat.

Watak dan Perwatakan


Watak Utama Inderaputera Berwajah menarik. Ayahandanya bernama Maharaja Bikrama Buspa Bondanya bernama Puteri Jamjam Ratna Dewi. Seorang yang memiliki kesaktian seperti boleh membunuh gergasi yang tidak mampu dibunuh oleh orang lain. Pandai membaca al quran . Seorang yang merendah diri contohnya, dia hanya makan hidangan setelah Perdana Menteri makan.

Watak Sampingan Nenek Kebayan Penyayang contohnya nenek Kebayan.sanggup mengambil Inderaputera sebagai cucu angkat. Seorang yang perihatin terhadap kesusahan orang lain. Perdana Menteri Seorang yang bersimpati terhadap nasib orang lain. Mengambil Inderaputera sebagai anak angkat untuk waktu sebelah siang sahaja.

Latar
Latar Masa 14 haribulan. Hari lnderaputera dilahirkan. Tujuh tahun. Tempoh Inderaputera dibesarkan sehinggalah dia dilarikan oleh burung merak emas. Latar Tempat Negeri Semanta Puri. Negeri ini merupakan negeri tempat memerintahnya Raja Bikrama Buspa. Di dalam istana Raja Bikrama Buspa. Di sini berlaku peristiwa Inderaputera dilarikan oleh burung merak emas. Di dalam kebun Nenek Kebayan. Di tempat ini Inderaputera dijatuhkan oleh burung merak emas yang telah menyambarnya. Di rumah Perdana Menteri. Di sini Perdana Menteri menjamu Inderaputera makan.

Latar Masyarakat Latar masyarakat yang perihatin terhadap orang lain. Nenek Kebayan sanggup mengambil Inderaputera sebagai cucu angkat setelah dia dijatuhkan oleh burung merak emas. Latar masyarakat yang mudah lupa akan kesukaran yang pernah berlaku. Latar masyarakat yang sayangkan kanak-kanak.

Latar masyarakatnya juga memiliki kesaktian dan keistimewaan yang luar biasa. Inderaputera yang memiliki kesaktian yang boleh mengalahkan gergasi bernama Mamdu yang tidak dapat dikalahkan oleh Raja Talelah Syah.

Gaya Bahasa
2. 3. 4. 5. 1. Kata ganda Tiap-tiap, laki-laki, kaya-kaya, hina-dina, gilang-gemilang Inversi Tuan puteri pun beranaklah seorang lelaki terlalu sekali elok paras rupanya Simile Terlalu sekali elok paras rupanya seperti matahari baharu terbit gilang-gemilang Bahasa istana Baginda, santap, semayam Bahasa Arab Al-Quran

Nilai
1. Nilai kebijaksanaan. Kebijaksanaan ketara ditonjolkan pada watak Inderaputera yang berjaya menewaskan gergasi bernama Mamdu dengan menggunakan kebijaksanaan. 2. Nilai kasih sayang. Hal ini ditunjukkan oleh Maharaja Bikrama Buspa yang begitu sayangkan anakandanya Inderaputera. 3. Nilai pemurah. Maharaja Bikrama Buspa menganugerahkan sepersalinan kepada setiap ahli nujum yang datang menilik nasib anaknya. 4. Nilai berbudi bahasa. Inderaputera sungguh berbudi bahasa kepada Nenek Kebayan yang menjumpainya dan membelanya. 5. Nilai kejujuran Inderaputera berlaku jujur dengan menerangkan asal usulnya dan bagaimana dia boleh berada dalam kebun Nenek Kebayan.

Pengajaran
1. Kita hendaklah selalu berhati-hati dan berwaspada terhadap ancaman yang tidak dijangka-jangka. Jika tidak berwaspada ada kemungkinan perkara buruk akan berlaku. Sikap Maharaja Bikrama Buspa yang lalai terhadap burung merak emas telah mengakibatkan anakandanya dilarikan oleh burung berkenaan. 2. Kita hendaklah memberikan pendidikan agama kepada anak-anak. Sebagai contoh, Maharaja Bikrama Buspa mencarikan seorang guru agama untuk anakandanya belajar mengaji selama tujuh tahun. 3. Kita mestilah menghargai jasa orang kepada kita. Maharaja Bikrama Buspa menghargai jasa para nujum dengan mengurniakan persalinan setelah menilik nasib Inderaputera. 4. Kita hendaklah bijak menyesuaikan diri ketika berada di tempat orang. Sikap ini ditunjukkan oleh Inderaputera yang merendahkan diri ketika berhadapan Perdana Menteri. Dia tidak makan selagi Perdana Menteri tidak selesai makan.

Prosa Tradisional Hikayat Marakarma Nota Ditulis oleh Cikgu Zainudin Rabu, 21 Disember 2011 08:29

Hikayat Marakarma Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM)

SINOPSIS Bab 14 Peperangan, Perkahwinan dan Pertabalan Prosa tradisional ini mengisahkan Maharaja Indera Dewa yang marah apabila Maharaja Marakarma telah menyerang negeri baginda. Maharaja Indera Dewa menitahkan raja-raja supaya keluar berperang dengan Marakarma. Maharaja Marakarma dan Raja Mengindera Sari telah meminta keizinan ayahanda dan bonda mereka untuk keluar berperang. Kedua-dua belah pihak berperang dan bertarung mengikut status masingmasing. Ramai yang tewas dalam peperangan, mayat manusia bertimbun serta kepala hulubalang dan pahlawan berselerakan di tengah padang. Hanya Maharaja Indera Dewa sahaja yang terselamat. Melihatkan keadaan itu, Maharaja Marakarma pun mengusir Maharaja Indera Dewa dari situ. Maharaja Indera Dewa pun bertanya kepada Maharaja Marakarma tentang asal usul baginda lalu menyuruh baginda pulang kerana kasihan akan Maharaja Marakarma serta ayahanda dan bonda baginda. Maharaja Marakarma tersenyum lalu menyatakan bahawa baginda dianggap sebagai anak yang malang dan tidak dibenarkan tinggal di dalam negeri Puspa Sari. Pada pendapat Maharaja Marakarma, tiada gunanya baginda hidup. Lebih baik baginda mangkat bersama-sama dengan Maharaja Indera Dewa. Maharaja Indera Dewa sangat marah apabila mendengar kata-kata Maharaja Marakarma lalu memanah ke arah Maharaja Marakarma tetapi tersasar. Setelah masingmasing menunjukkan kehebatan memanah, berlaku pula kejadian tikam-menikam. Tikaman Maharaja Marakarma terkena pada dada Maharaja Indera Dewa lalu tembus ke belakang. Baginda pun rebah tetapi sebelum mati, Maharaja Indera Dewa sempat berpesan kepada Maharaja Marakarma supaya menjaga anak baginda, Puteri Nila Cahaya. Setelah mendengar berita kemangkatan ayahandanya di medan peperangan, Puteri Nila Cahaya terus menangis lantas berlari ke luar kota bersama-sama dengan bondanya untuk mencari mayat Maharaja Indera Dewa. Tuan Puteri Nila Cahaya mendapati ayahandanya tersandar pada bangkai gajah. Bondanya juga mangkat kerana terkena tikaman keris yang terletak di tangan Maharaja Indera Dewa. Tuan Puteri Nila Cahaya hendak menikam dirinya tetapi dapat diselamatkan oleh isteri-isteri hulubalang. Sebelum pulang ke negeri Puspa Sari, Maharaja Marakarma telah mengarahkan Raja Rum Syah Ke negeri Anta Beranta yang telah kematian maharajanya. Kemudiannya, Maharaja Marakarma dan Raja Mengindera Sari bertemu pula ayahanda mereka. Ayahanda mereka berasa sangat gembira kerana mereka telah menang dalam peperangan dan kemudiannya mereka pulang ke negeri Puspa Sari. Setelah melihat saudaranya duduk bersama-sama dengan suaminya, Tuan Puteri Cahaya Khairani pun menemui mereka lalu menangis. Tuan Puteri Cahaya Khairani memberitahu bahawa Raja Bujangga Indera kini sudah dewasa setelah sekian lama mereka tidak bertemu dan amat rindu akan adindanya itu. Raja Bujangga amat terkejut dan tercengang apabila mendengar kata-kata Tuan Puteri Cahaya Khairani. Setelah diamat-amati, ternyatalah Tuan Puteri Cahaya Khairani ialah kakandanya. Berita baik itu kemudiannya disampaikan kepada ayahanda dan bonda mereka yang kini tinggal di negeri Mercu Indera oleh seorang hulubalang. Maharaja Marakarma dan anak raja yang lain bercadang untuk mengahwinkan Raja Bujangga Indera dengan Tuan Puteri Nila Cahaya dan ingin ditabalkan menjadi raja di negeri Anta Beranta. Rombongan Maharaja Marakarma kemudian berangkat ke negeri Anta Beranta. Maharaja Marakarma menitahkan Perdana Menteri supaya membuat persiapan untuk meraikan perkahwinan Raja Bujangga Indera dengan Tuan Puteri Nila Cahaya lalu melantik Raja Bujangga Indera menjadi Maharaja Anta Beranta. Bab 15 Maharaja Negeri Mercu Indera Seluruh rakyat Mercu Indera datang menghadap Maharaja Malai Kisna. Pada masa yang sama, hulubalang berkenaan diperintah oleh Maharaja Bujangga Indera supaya membawa surat lalu menghadap baginda. Bentara telah membaca kandungan surat tersebut. Kandungan surat tersebut menyatakan bahawa Tuan Puteri Cahaya Khairani telah diselamatkan oleh Maharaja Marakarma. Setelah selesai surat tersebut dibaca,

rombongan Maharaja Marakarma pun tiba. Maharaja Malai Kisna dan isteri baginda menyambut ketibaan rombongan lalu meraikan rombongan tersebut. Genap empat puluh hari empat puluh malam, Maharaja Marakarma dan isteri baginda dihias dan diletakkan di atas tandu. Mereka diarak mengelilingi negeri Mercu Indera sebanyak tujuh kali. Maharaja Kisna Indera, Mengindera Dewa, Raja Mengerna Lela dan Raja Dikar Agas Peri pun menunjukkan kesaktian mereka masing-masing. Seluruh rakyat negeri Mercu Indera menjunjung duli dan berdoa semoga Sultan Maharaja Marakarma dan Tuan Puteri Cahaya Khairani ditabalkan sebagai raja negeri Mercu Indera. Setelah selesai upacara pertabalan Maharaja Marakarma, saudara mara baginda yang lain memohon keizinan untuk pulang ke negeri masing-masing. Raja Mengindera Sari pula telah ditabalkan menjadi raja di negeri Pelanggam Cahaya bagi menggantikan Maharaja Puspa Indera. TEMA Tema prosa tradisional ini adalah hubungan erat antara kerabat diraja Peperangan yang berlaku antara Maharaja Marakarma dengan Maharaja Indera Dewa telah dapat menyatukan Puteri Nila Cahaya dengan Raja Bujangga Indera melalui ikatan perkahwinan. Selain itu, Puteri Cahaya Khairani telah dapat bertemu semula dengan saudaranya, Raja Bujangga Indera serta ayahanda dan bondanya setelah diselamatkan oleh Maharaja Marakarma.

PERSOALAN i. Keberanian untuk menempuh cabaran. Contoh: Maharaja Marakarma berani untuk menentang Maharaja Indera Dewa. Kebijaksanaan dalam tindakan. Contoh: Apabila Maharaja negeri Anta Beranta mangkat, Maharaja Marakarma segera mengarahkan Raja Rum Syah untuk melihat keadaan rakyat negeri Anta Beranta agar baginda dapat menakluk negeri tersebut. Penderitaan tidak semestinya berkekalan. Contoh: Puteri Nila Cahaya yang sedih setelah kematian ayahanda dan bondanya akhirnya mendapat kesudahan yang baik kerana dapat berkahwin dengan Raja Bujangga Indera.

ii.

iii.

iv.

Tanggungjawab seorang bapa. Contoh: Maharaja Marakarma menunaikan tanggungjawab sebagai seorang bapa kepada Puteri Nila Cahaya dengan menjaga puterinya dengan baik serta mengahwinkan Puteri Nila Cahaya dengan Raja Bujangga Indera.

Watak Utama Maharaja Marakarma i. ii. iii. iv. Putera kepada Maharaja Indera Angkasa. Mempunyai hubungan persaudaraan dengan Raja Mengindera Sari. Berkahwin dengan Tuan Puteri Cahaya Khairani. Taat. Contoh: Maharaja Marakarma taat akan perintah ayahanda baginda supaya berperang menentang Maharaja Indera Dewa. Mahir memanah. Contoh: Maharaja Marakarma berjaya membunuh Maharaja Indera Dewa dengan kemahiran memanah yang

v.

dimiliki oleh baginda. Berani. Contoh: Maharaja Marakarma berani untuk menentang Maharaja Indera Dewa. vii. Bertanggungjawab. Contoh: Maharaja Marakarma bertanggungjawab menjalankan tugas sebagai ayah Cahaya dengan baik. viii. Ditabalkan sebagai maharaja di negeri Mercu Indera. vi.

kepada Puteri Nila

Watak Sampingan Raja Mengindera Sari i. ii. iii. iv. Putera kepada Maharaja Indera Angkasa. Mempunyai hubungan persaudaraan dengan Maharaja Marakarma. Menjadi raja di negeri Pelanggam Cahaya. Taat. Contoh: Raja Mengindera Sari taat akan perintah ayahanda baginda supaya berperang menentang Maharaja Indera Dewa. Berani. Contoh: Raja Mengindera Sari berani berperang menentang raja Maharaja Indera Dewa.

v.

Puteri Nila Cahaya Puteri kepada Maharaja Indera Dewa. Permaisuri kepada Raja Bujangga Indera Contoh: Puteri Nila Cahaya berkahwin dengan Raja Bujangga Indera dan dijadikan raja negeri Anta Beranta. iii. Penyayang. Contoh: Puteri Nila Cahaya berasa sedih apabila mendengar berita kemangkatan ayahanda dan bondanya. iv. Bernasib baik. Contoh: Walaupun pada asalnya Puteri Nila Cahaya hidup menderita namun kerana kemangkatan ayahanda baginda namun akhirnya mendapat kebahagiaan setelah berkahwin dengan Raja Bujangga Indera. i. ii.

Puteri Cahaya Khairani i. ii. iii. Berkahwin dengan Maharaja Marakarma. Mempunyai hubungan persaudaraan dengan Raja Bujangga Indera. Penyayang. Contoh: Puteri Cahaya Khairani berasa gembira apabila dapat bertemu kembali dengan adinda yang disayangi.

Raja Bujangga Indera i. ii. iii. iv. Bersaudara dengan Tuan Puteri Cahaya Khairani Berkahwin dengan Tuan Puteri Nila Cahaya Ditabalkan menjadi Maharaja Anta Beranta Penyayang. Contoh: Raja Bujangga Indera berasa amat gembira apabila dapat bertemu kembali dengan kakanda tersayang.

LATAR Latar Masa i. Pagi Contoh: Maharaja Indera Dewa menitahkan raja-raja untuk keluar berperang dengan Maharaja Marakarma pada waktu pagi. Empat puluh hari empat puluh malam Contoh: Upacara perkahwinan Raja Bujangga Indera dengan Tuan Puteri Nila Cahaya berlangsung selama empat puluh hari empat puluh malam.

ii.

Latar Tempat i. Negeri Puspa Sari Contoh: Pusat pemerintahan Maharaja Indera Angkasa. Negeri Anta Beranta Contoh: Tempat perkahwinan Raja Bujangga Indera dengan Puteri Nila Cahaya dan pertabalan Raja Bujangga Indera sebagai maharaja di situ. Negeri Mercu Indera Contoh: Tempat pertabalan Maharaja Marakarma menjadi maharaja. Latar Masyarakat i. Masyarakat feudal Contoh: Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Masyarakat yang penyayang Contoh: Tuan Puteri Nila Cahaya amat menyayangi ayahanda dan bondanya. Masyarakat yang taat setia. Contoh: Maharaja Marakarma patuh akan arahan ayahanda baginda supaya pergi berperang. Masyarakat yang bertanggungjawab Contoh: Maharaja Marakarma menjalankan tanggungjawab sebagai ayah kepada Puteri Nila Cahaya dengan sempurna. Masyarakat yang berani. Contoh: Maharaja Marakarma berani untuk menentang Maharaja Indera Dewa. Masyarakat yang bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan. Contoh: Seluruh rakyat Puspa Sari bersama-sama keluar untuk berperang menentang maharaja Indera Dewa. Masyarakat yang mengamalkan kepercayaan karut. Contoh: Maharaja Marakarma berpendapat bahawa tiada gunanya baginda hidup kerana dianggap sebagai anak yang membawa malang.

ii.

iii.

ii.

iii.

iv.

v.

vi.

vii.

GAYA BAHASA i. Bahasa Istana

Contoh: ayahanda, bonda, baginda, titah, bersemayam, singgahsana

ii.

Bahasa Sanskrit Contoh: ratna mutu manikam Bahasa Arab Contoh: maghrib, masyrik Bahasa Melayu Klasik Contoh: rata, lebu duli, anak keti Kata Pangkal Ayat Contoh: maka, adapun

iii.

iv.

v.

NILAI i. Nilai menepati janji Contoh: Maharaja Marakarma menepati janji untuk menjaga Tuan Puteri Nila Cahaya dan memberi layanan yang baik kepada baginda. Nilai keberanian. Contoh: Maharaja Marakarma berani untuk menentang Maharaja Indera Dewa. Nilai kasih sayang. Contoh: Puteri Nila Cahaya sanggup untuk menikam dirinya apabila melihat mayat ayahanda dan bondanya kerana terlalu sayang akan baginda berdua. Nilai amanah. Contoh: Hulubalang yang disuruh untuk menyampaikan berita tentang Puteri Cahaya Khairani telah diselamatkan oleh Maharaja Marakarma berjaya melaksanakan amanah yang diberi. Nilai kerjasama Contoh: Seluruh rakyat turut bekerjasama dengan Maharaja Indera Dewa untuk keluar berperang. Nilai ketaatan Contoh: Rakyat yang taat dengan perintah Maharaja Indera Dewa supaya keluar berperang dengan Maharaja Marakarma. Nilai bertanggungjawab Contoh: Maharaja Marakarma bertanggungjawab menjaga Puteri Nila Cahaya dengan baik. Nilai kebijaksanaan Contoh: Maharaja Marakarma segera mengarahkan Raja Rum Syah untuk melihat keadaan rakyat di negeri Anta Beranta setelah maharajanya mangkat. PENGAJARAN i. Kita hendaklah sentiasa berpegang kepada janji. Contoh: Maharaja Marakarma telah menunaikan janjinya dengan Maharaja Indera Dewa untuk menjaga Puteri Nila Cahaya. ii. Kita hendaklah berani untuk menentang musuh. Contoh: Maharaja Marakarma berani untuk berdepan dengan Maharaja Indera Dewa dan menentang baginda.

ii.

iii.

iv.

v.

vi.

vii.

viii.

iii. Kita hendaklah amanah dalam menjalankan tugas yang diberikan. Contoh: Hulubalang sanggup berjalan dari negeri Puspasari ke negeri Mercu Indera untuk menyampaikan surat yang diamanahkan kepada Maharaja Malai Kisna. iv. Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap keluarga. Contoh: Maharaja Marakarma bertanggungjawab menjaga Puteri Nila Cahaya dengan baik. v. Kita hendaklah taat akan perintah ibu bapa. Contoh: Maharaja Marakarma taat kepada ayahanda dan bonda baginda kerana memohon keizinan ayahanda baginda terlebih dahulu sebelum keluar berperang. vi. Kita hendaklah bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu tugas. Contoh: Rakyat negeri Anta Beranta bersama-sama dengan Maharaja Indera keluar untuk berperang. vii. Kita hendaklah mengekalkan hubungan yang erat sesama anggota keluarga. Contoh: Walaupun telah terpisah dengan anggota keluarganya, Puteri Cahaya Khairani masih lagi mengingati dan mengekalkan hubungan yang erat dengan keluarganya. viii. Janganlah kita mengamalkan kepercayaan karut. Contoh: Maharaja Marakarma dianggap sebagai anak yang membawa malang melalui kepercayaan karut. SOALAN

i. ii.

Bagaimanakah Maharaja Marakarma membunuh Maharaja Indera Dewa? Apakah hubungan antara Tuan Puteri Cahaya Khairani dengan Raja Bujangga Indera?

JAWAPAN i. Maharaja Marakarma membunuh Maharaja Indera Dewa dengan menikam dada Maharaja Indera Dewa terus ke belakang. Hubungan antara Tuan Puteri Cahaya Khairani dengan Raja Bujangga Indera ialah adik beradik.

ii.

Antologi Harga Sebuah Lukisan


Prosa Tradisional Hikayat Patani Nota Ditulis oleh Cikgu Zainudin Rabu, 21 Disember 2011 08:31
Hikayat Patani Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM)

SINOPSIS Prosa tradisional ini mengisahkan asal-usul raja negeri Patani Dar al-Salam. Raja Kota Maligai bernama Phaya Tu Kerub Mahajana. Baginda mempunyai seorang putera bernama Phaya Tu Antara. Phaya Tu Antara menjadi raja selepas kemangkatan ayahandanya dengan gelaran Phaya Tu Naqpa. Baginda suka berburu dan meminta rakyatnya untuk menjejaki rusa yang banyak di kawasan itu tetapi tidak berhasil. Phaya Tu Naqpa berasa hairan dan menyuruh pengikutnya melepaskan anjing perburuannya. Setelah dua jam

perburuan, anjing itu menyalak dengan kuat dan mengejar seekor pelanduk putih tetapi pelanduk tersebut dapat menghilangkan diri. Phaya Tu Naqpa berangkat ke tepi pantai dan bertemu sepasang suami isteri yang tinggal di pantai itu bernama Encik Tani. Orang tua itu menyatakan mereka rakyat Kota Maligai yang pernah mengiringi Paduka Nenda ke negeri Ayuthia, disebabkan mengidap penyakit mereka ditinggalkan di situ. Phaya Tu Naqpa berbincang dengan orang-orang besar untuk membuka negeri di tempat pelanduk putih ditemui dan diberi nama Patani Dar al-Salam sempena nama Encik Tani. Mereka juga membina sebuah pangkalan yang diberi nama Pintu Gajah, manakala tempat Encik Tani turun ke laut dinamakan Jambatan Kedi. Setelah beberapa lama memerintah, baginda dikurniakan tiga cahaya mata bernama Kerub Picai Paina, Tunku Mahacai dan Mahacai Pailang. Beberapa lama selepas itu Phaya Tu Naqpa mengalami sakit kulit yang sukar diubati. Phaya Tu Naqpa menawarkan sesiapa yang boleh mengubati baginda, orang itu akan dijadikan menantu. Namun begitu, tiada sesiapapun yang dapat mengubati baginda, lalu pemukul canang telah pergi ke kampung orang Pasai. Syeikh Said telah bersetuju mengubati baginda dengan syarat Phaya Tu Naqpa mesti memeluk agama Islam sekiranya baginda sembuh. Syeikh Said mengubati baginda selama tujuh hari dan baginda pun sembuh seperti sedia kala. Namun begitu raja telah mungkir janji. Selepas dua tahun baginda mendapat sakit kembali dan meminta Syeikh Said mengubatinya semula. Syeikh Said bersetuju untuk mengubatinya dengan syarat raja tidak akan mungkir janji buat kali kedua. Apabila sembuh baginda masih tidak menunaikan janji sehingga baginda jatuh sakit buat kali ketiga. Syeikh Said bersetuju mengubati buat kali terakhir. Menurutnya, jika berulang lagi, beliau tidak akan mengubati lagi walaupun dihukum bunuh. Akhirnya, setelah sembuh baginda bersama-sama pengikutpengikutnya memeluk agama Islam dengan gelaran Sultan Ismail Syah Zillullah Fil-Alam. Sebuah kapal Cina berlabuh di Patani Dar al- Salam. Sultan Ismail dihadiahkan sebuah peluru besar oleh nakhoda kapal dari negara China sedangkan negeri baginda tidak mempunyai meriam. Hal ini telah mengaibkan baginda, lalu baginda mengarahkan rakyat jelata agar tidak menjual tembaga kepada pedagang asing selama tiga tahun bagi membolehkan rakyatnya membuat meriam. Selepas tiga tahun Syeikh Gambak seorang pedagang Patani menyuruh anak muridnya, Abdul Mukmin menjual tembaga yang mereka kumpul kepada saudagar dari Melaka. Abdul Mukmin ditangkap semasa membawa tembaga. Hal ini dikhabarkan kepada baginda sultan. Baginda murka lalu mengarahkan Syeikh Gambak dan Abdul Mukmin dihukum bunuh dan mayatnya dihanyutkan ke sungai. Peristiwa itu telah menyebabkan berlaku beberapa kejadian aneh. Hal ini mendorong Tuk Besar meminta keizinan raja bagi mengebumikan mayat tersebut. Semasa upacara pengebumian dijalankan kedua-dua mayat itu memanjang. Oleh itu, kubur mereka dikenali sebagai kubur Tuk Panjang. Sultan mengarahkan seorang tukang berbangsa Rom membuat meriam. Namun begitu, setelah siap meriam tersebut tidak dapat digunakan kerana terlalu nipis. Akhirnya baginda menyuruh tukang tersebut agar membuat semula meriam tersebut. Hasilnya terciptalah tiga meriam diberi nama Seri Negeri, Tuk Buk dan Nang Liu-liu. TEMA Tema prosa tradisional ini ialah peristiwa pembukaan Negeri Patani. Phaya Tu Naqpa berasa kagum akan pelanduk putih yang dikejar anjing tetapi pelanduk tersebut berjaya menghilangkan diri. Oleh itu, baginda berasakan bahawa tempat tersebut sangat sesuai untuk dijadikan negeri. Setelah itu raja juga bertemu dengan sepasang suami isteri dan setelah mengetahui asal-usulnya, lalu dibuka negeri baharu yang diberi nama Patani Dar al-Salam sempena nama Encik Tani.

PERSOALAN i. Kerjasama dalam membina sebuah kerajaan. Contoh: Semua pengikut Phaya Tu Naqpa bekerjasamana dalam usaha membina sebuah kerajaan baru bernama Patani Dar al-Salam.

ii. Keberanian dalam menegakkan kebenaran. Contoh: Syeikh Said berani menuntut janjinya dengan Phaya Tu Naqpa agar memeluk Islam kerana dia berjaya mengubati penyakit raja. Sekiranya baginda masih mungkir janji dia tidak akan mengubati baginda lagi walaupun dia dihukum bunuh.

iii. Kebolehan luar biasa dalam mengubati penyakit. Contoh: Syeikh Said mampu mengubati penyakit dengan kelebihan yang ada pada dirinya. iv. Menunaikan janji yang telah dibuat. Contoh: Phaya Tu Naqpa menunaikan janjinya dengan memeluk agama Islam setelah sembuh daripada penyakitnya sebanyak tiga kali. v. Peristiwa pengislaman seorang pemerintah. Contoh: Phaya Tu Naqpa telah memeluk agama Islam dengan bimbingan Syeikh Said. WATAK DAN PERWATAKAN Watak Utama Phaya Tu Naqpa Nama asalnya Phaya Tu Antara. Nama sewaktu menjadi raja ialah Phaya Tu Naqpa. Nama Islamnya ialah Sultan Ismail Syah Zillullah Fil-Alam. Seorang raja yang tidak berpegang pada janji. Contoh: Phaya Tu Antara tidak memegang janjinya untuk memeluk agama Islam setelah diubati oleh Syeikh Said pada kali pertama. Akur kepada janji setelah ditimpa musibah. Contoh: Phaya Tu Naqpa memeluk agama Islam setelah diserang penyakit buat kali ketiga. Mempunyai tiga cahaya mata. Contoh: Kerub Picai Paina, Tunku Mahacai, dan Mahacai Pailang. Watak Sampingan Syeikh Said Berkebolehan mengubati penyakit. Contoh: Syeikh Said berkebolehan mengubati penyakit raja hingga sembuh. Tegas pendirian dalam membuat sesuatu keputusan. Contoh: Syeikh Said bertegas tidak mahu mengubati raja sekiranya baginda tetap tidak mahu memeluk agama Islam setelah diubati kali ketiga. Berani kerana benar. Contoh: Syeikh Said bertegas sekiranya raja tidak menunaikan janjinya, dia tidak akan mengubati baginda lagi walaupun dia dihukum bunuh. Mengislamkan Phaya Tu Naqpa. Contoh: Syeikh Said mengajarkan Phaya Tu Naqpa mengucap dua kalimah syahadah. Kerub Picai Paina Anak sulung kepada Phaya Tu Naqpa ( Phaya Tu Antara ) Menggunakan gelaran Sultan Mudaffar Syah setelah memeluk agama Islam. Tuanku Mahacai Anak perempuan kepada Phaya Tu Naqpa Anak kedua daripada tiga adik beradik Menggunakan gelaran Raja Aisyah setelah peluk agama Islam Mahacai Pailang Anak bongsu kepada Phaya Tu Naqpa Menggunakan gelaran Sultan Manzur Syah setelah memeluk agama Islam. Tuk Besar Seorang yang bertanggungjawab. Contoh:Tuk Besar bertanggungjawab mengebumikan mayat Syeikh Gambak dan Abdul Mukmin.

LATAR Latar Tempat i. Jambatan Kedi Contoh: tempat Encik Tani turun ke laut ii. Pintu Gajah Contoh: Syeikh Gambak dan Abdul Mukmin dihukum bunuh. Kampung orang Pasai Contoh: tempat tinggal Syeikh Said. Balairung istana Contoh: Tempat raja, menteri , hulubalang dan semua rakyat menjalankan proses pengislaman. Sungai Contoh: Tempat mayat Syeikh Gambak dan Abdul Mukmin dihanyutkan. Latar Masa Zaman pemerintahan Phaya Tu Naqpa Contoh: Phaya Tu Naqpa menjadi raja di negeri Patani Dar al-Salam. Malam Contoh: Abdul Mukmin menghantar tembaga ke kapal pedagang Melaka pada mengelakkan kegiatannya dikesan oleh pemerintah. Bulan Ramadan. Contoh: Abdul Samad membuat tiga pucuk meriam. Latar Masyarakat Masyarakat feudal. Contoh: Negeri yang diketuai oleh raja iaitu Raja Phaya Tu Naqpa. Masyarakat yang taat setia kepada pemerintah. Contoh: Rakyat memeluk agama Islam setelah pemerintah memeluk agama Islam pada pemerintah. Masyarakat yang menerima pengaruh agama Islam. Contoh: Phaya Tu Naqpa, dan rakyatnya memeluk agama Islam setelah baginda penyakit buat kali ketiga.

iii.

iv.

v.

i.

ii.

waktu malam untuk

iii.

i.

ii.

kerana mereka taat

iii.

sembuh daripada

iv.

Masyarakat yang tidak berpegang teguh pada janji. Contoh: Phaya Tu Naqpa tidak menunaikan janji untuk memeluk Islam setelah dua disembuhkan oleh Syeikh Said. GAYA BAHASA

kali penyakitnya

i.

Bahasa istana Contoh: sultan, ayahanda, patik, hulubalang, titah dan bersemayam. Bahasa Arab Conto : karar Kata ganda

ii.

iii.

Conto : gilang-gemilang, bersungguh-sungguh, dan siapa-siapa. iv. Simile Contoh: besarnya seperti kambing Hiperbola Contoh: Warna tubuhnya gilang-gemilang

v.

NILAI i. Nilai bekerjasama. Contoh: Rakyat jelata bekerjasama membina negeri baharu. Nilai keberanian. Contoh: Syeikh Said sangat berani menuntut raja menunaikan janjinya. Nilai berpendirian tegas. Contoh: Syeikh Said sangat tegas dalam membuat sesuatu keputusan. Nilai menepati janji. Contoh: Phaya Tu Naqpa akhirnya menepati janji setelah tiga kali ditimpa musibah. Nilai keinsafan. Contoh: Phaya Tu Naqpa insaf akan kesilapan dirinya tidak menepati janji. Akhirnya baginda insaf dan bersedia untuk memeluk agama Islam.

ii.

iii.

iv.

v.

PENGAJARAN i. Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara. Contoh: Rakyat jelata bekerjasama membina negeri baharu. Kita hendaklah berani dalam menegakkan kebenaran. Contoh: Syeikh Said sangat berani kerana menuntut raja menunaikan janji yang telah dibuat. Kita hendaklah tegas dalam membuat sesuatu keputusan. Contoh: Syeikh Said sangat tegas dengan keputusannya. Kita hendaklah menepati janji. Contoh: Phaya Tu Naqpa telah menunaikan janjinya dengan memeluk agama Islam . Kita hendaklah insaf apabila menyedari diri telah melakukan kesilapan. Contoh: Phaya Tu Naqpa insaf setelah dua kali memungkiri janji dan akhirnya baginda insaf dan memeluk Islam. SOALAN

ii.

iii.

iv.

v.

i. ii.

Nyatakan asal-usul nama negeri Patani Dar al-Salam? Nyatakan dua peristiwa aneh yang berlaku terhadap mayat Syeikh Gambak dan Abdul Mukmin setelah mayat mereka dihanyutkan ke sungai? JAWAPAN Nama negeri Patani Dar al-Salam diambil sempena nama Encik Tani.

i.

ii.

Dua peristiwa aneh yang berlaku terhadap mayat tersebut ialah mayat Syeikh Gambak timbul separas pinggangnya, manakala mayat Abdul Mukmin pula timbul separas dadanya . Apabila air surut kedua-dua mayat itu hanyut ke hilir secara beriringan seperti orang berjalan. Apabila air pasang pula kedua-dua mayat tersebut hanyut balik ke jambatan.

Prosa Tradisional Hikayat Seri Kelantan Tg3 Nota Ditulis oleh Cikgu Zainudin Rabu, 21 Disember 2011 08:38
Hikayat Seri Kelantan Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM) SINOPSIS Prosa tradisional ini mengisahkan negeri Kelantan Purba yang juga dikenali dengan nama Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung di bawah pemerintahan seorang raja perempuan bernama Encik Siti Wan Kembang. Encik Siti tidak bersuami dan tidak mempunyai anak. Apabila mengetahui bahawa anak raja Jembal mempunyai anak perempuan yang terlalu cantik bernama Tuan Puteri Sadung, Encik Siti telah menjadikan Tuan Puteri Sadung sebagai anak angkat. Semakin lama dipelihara, semakin cantik rupa Tuan Puteri Sadung sehingga banyak orang yang tergila-gila akannya. Apabila Tuan Puteri Sadung dewasa, Encik Siti telah mengahwinkan Tuan Puteri Sadung dengan anak raja Jembal bernama Raja Abdullah bertujuan mencari pewaris tahta. Setelah berkahwin, Raja Abdullah bergelar Sultan Abdullah dan memerintah negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung. Encik Siti menitahkan Sultan Abdullah mendirikan Kota Jelasin dan Sultan Abdullah memerintah di situ manakala Encik Siti berpindah ke Gunung Ayam dan menjadi raja di situ. Raja Siam di benua Siam yang besar kerajaannya, telah mendengar berita Tuan Puteri Sadung berkahwin dengan Sultan Abdullah, lalu memerintahkan segala raja dan menteri hulubalang di bawah takluk baginda supaya menyerang negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung kerana baginda terlalu ingin memiliki Tuan Puteri Sadung. Raja Siam juga menitahkan ahli nujum bernama Tuk Ca untuk turut belayar ke negeri tersebut, utusan raja Siam telah menghadap Sultan Abdullah dan menyampaikan hasrat Raja Siam untuk memiliki Tuan Puteri Sadung. Hal ini telah menyebabkan Sultan Abdullah marah lalu menghalau keluar utusan Raja Siam. Ekoran daripada itu, pasukan tentera Siam telah menyerang Kota Jelasin. Namun, tentera Siam telah tewas kerana kesaktian yang dimiliki oleh Tuan Puteri Sadung. Dengan takdir Tuhan, negeri Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung ditimpa bala kebuluran. Akibatnya, Kota Jelasin telah dikepung oleh tentera Siam kerana rakyatnya melarikan diri. Pada ketika itu, Tuan Puteri Sadung berseru sekiranya dia berasal daripada keturunan orang tuha-tuha yang berdarah putih dan bertulang tunggal, akan terangkatlah kota dan istana mahligainya sehingga jatuh di dalam hutan. Setelah itu, seluruh kota dan istana ghaib lalu jatuh ke dalam Cerang Bahana. Tuan Puteri Sadung dan rakyatnya membuat negeri di dalam hutan itu yang diberi nama Mahligai. Apabila Kota Jelasin ghaib, raja dan pegawai Siam menaiki perahu untuk berjumpa dengan ahli nujum Tuk Ca. Tuk Ca dengan ilmu nujumnya dapat mengesan pergerakan Tuan Puteri Sadung dan melihat mahligai Tuan Puteri Sadung dan Sultan Abdullah berada di dalam cerang. Kemudian, Tuk Ca memerintahkan mereka terus mengikuti Tuan Puteri Sadung menuju ke arah selatan. Rombongan Raja Siam tiba di cerang besar lalu mengepung mahligai Tuan Puteri Sadung. Tuan Puteri Sadung tidak dapat melepaskan diri dan semua rakyat telah berpecah-belah, maka baginda mencadangkan agar Sultan Abdullah bertanya kepada Tuk Ca hajat sebenar raja Siam menyerang Kota Jelasin. Tuk Ca memberitahu bahawa Raja Siam sebenarnya tidak berniat untuk menakluk negeri baginda tetapi mahu memiliki Tuan Puteri Sadung. Akhirnya, Sultan Abdullah menitahkan isteri kesayangan baginda supaya menurut kehendak Raja Siam kerana mereka tidak mampu menentang Raja Siam dan bimbang negeri mereka akan musnah. Tuan Puteri Sadung yang berasa serba salah kerana ingin menjaga maruahnya serta takut dimurkai Sultan Abdullah akhirnya bersetuju dengan kehendak suaminya lalu mengikut Tuk Ca ke Siam. Sultan Abdullah akhirnya kembali ke mahligai baginda manakala Tuk Ca mengarahkan segala raja, menteri, hulubalang dan rakyat Siam kembali ke bahtera untuk belayar pulang ke benua Siam.

TEMA Tema prosa tradisional ini adalah keistimewaan seorang puteri yang mempunyai kelebihan luar biasa. Tuan Puteri Sadung mempunyai kelebihan, iaitu rupa paras yang terlalu cantik sehingga Raja Siam ingin memilikinya walaupun sudah berkahwin dengan Sultan Abdullah. Tuan Puteri Sadung juga mempunyai ilmu kesaktian, iaitu boleh menjadikan seluruh Kota Jelasin dan mahligainya ghaib lalu terjatuh ke dalam hutan. PEMIKIRAN i. Merampas hak orang. Contohnya: Raja Siam sanggup merampas Tuan Puteri Sadung walaupun Tuan Puteri Sadung sudah berkahwin dengan Sultan Abdullah.

ii.

Kasih sayang antara suami dengan isteri. Contoh:Sultan Abdullah dan Tuan Puteri Sadung berasa sangat sedih ketika mereka hendak berpisah. Kepentingan perpaduan dalam mempertahankan negara. Contoh: Akibat tiada perpaduan Kota Jelasin telah dikepung oleh tentera Siam kerana rakyatnya berpecahbelah setelah dilanda bala kebuluran. Semangat bermuafakat dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan. Contoh: Utusan Siam bermuafakat dalam merancang strategi bagi menyerang Kota Jelasin. Taat setia rakyat kepada raja. Contoh: Rakyat Siam patuh pada perintah rajanya supaya menyerang negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung kerana terlalu ingin memiliki Tuan Puteri Sadung yang merupakan isteri Sultan Abdullah. Kepentingan diplomasi dalam menyelesaikan persengketaan. Contoh: Sultan Abdullah sanggup mengadakan rundingan secara damai dengan Tuk Ca demi menyelamatkan negeri baginda daripada dimusnahkan oleh tentera Siam. WATAK DAN PERWATAKAN Watak Utama 1. Tuan Puteri Sadung Anak perempuan raja Jembal. Dijadikan anak angkat oleh Encik Siti Wan Kembang. Dikatakan berasal daripada keturunan orang tuha-tuha yang berdarah putih dan bertulang tunggal. Mempunyai rupa paras yang sangat cantik. Contoh: Kecantikannya banyak menyebabkan orang tergila-gilakannya sehingga Raja Siam terlalu ingin memilikinya. Memiliki kesaktian yang luar biasa. Contoh: Dapat menjadikan seluruh Kota Jelasin dan mahligainya ghaib lalu jatuh ke dalam hutan ketika hendak menyelamatkan diri daripada pasukan tentera Siam. Sangat sayang akan suaminya. Contoh: Tuan puteri Sadung berasa sangat sedih serta serba salah ketika hendak berpisah dengan Sultan Abdullah kerana sangat sayang akan baginda. Sanggup berkorban. Contoh: Tuan Puteri Sadung sanggup mengikut Tuk Ca dan menjadi milik Raja Siam demi menyelamatkan negerinya daripada dimusnahkan oleh tentera Siam. Taat setia akan suaminya. Contoh: Tuan Puteri tidak membantah cadangan Sultan Abdullah untuk menjadi milik Raja Siam kerana taat akan suaminya itu. Bijaksana. Contoh: Tuan Puteri Sadung mencadangkan Sultan Abdullah supaya berjumpa dengan Tuk Ca untuk bertanya

iii.

iv.

v.

vi.

i. ii. iii. iv.

v.

vi.

vii.

viii.

ix.

x.

tentang hajat sebenar raja Siam menyerang Kota Jelasin. Memelihara kehormatan diri. Contoh: Tuan Puteri Sadung tidak sanggup menjadi milik Raja Siam kerana mahu menjaga maruah dan kehormatannya sebagai seorang isteri. Watak Sampingan Sultan Abdullah Anak raja Jembal. Nama asal Raja Abdullah. Berkahwin dengan Tuan Puteri Sadung. Menjadi pemerintah negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung. Contoh: Membina Kota Jelasin atas arahan ibu mentuanya, Encik Siti Wan Kembang. Berpendirian tegas. Contoh: Sultan Abdullah berasa marah apabila mengetahui Raja Siam ingin memiliki isterinya lalu terus menghalau keluar utusan Siam. Sangat sayang akan isterinya. Contoh: Sultan Abdullah berasa sangat sedih apabila terpaksa berpisah dengan isterinya. Berani. Contoh: Sultan Abdullah berani bersemuka dengan tentera Siam yang mahu menyerang Kota Jelasin untuk mengetahui sebab mereka mahu menyerang kota itu. Sanggup berkorban. Contoh: Sultan Abdullah sanggup menyerahkan isterinya untuk menjadi milik Raja Siam demi menyelamatkan negerinya. Bijak dalam mengambil tindakan. Contoh: Sultan Abdullah sanggup berunding dengan Tuk Ca setelah mahligainya dikepung oleh tentera Siam untuk mengelakkan Kota Jelasin musnah.

i. ii. iii. iv. v.

vi. vii.

viii.

ix.

Tuk Ca Ahli nujum kepada Raja Siam. Taat setia kepada raja. Contoh: Tuk Ca turut belayar bersama-sama dengan raja, menteri dan pegawai Siam setelah diperintahkan oleh Raja Siam. iii. Memiliki kesaktian. Contoh: Tuk Ca dapat mengetahui tempat persembunyian Tuan Puteri Sadung dan Sultan Abdullah berdasarkan ilmu nujum yang dimilikinya. iv. Bijak dalam mengatur strategi. Contoh: Tuk Ca mencadangkan pasukan Siam bersiap sedia menuju ke arah selatan agar Tuan Puteri Sadung dapat ditangkap. v. Tenang dalam menyelesaikan masalah. Contoh: Tuk Ca meminta raja-raja, pegawai dan hulubalang Siam bertenang setelah Tuan Puteri Sadung, Sultan Abdullah, dan mahligai ghaib. vi. Bertolak ansur. Contoh: Tuk Ca berunding secara damai dengan Sultan Abdullah untuk mendapatkan Tuan Puteri Sadung yang ingin dimiliki oleh Raja Siam. i. ii. Encik Siti Wan Kembang Raja Perempuan. Memerintah kerajaan Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung. Belum berkahwin dan mempunyai anak. Mengambil Tuan Puteri Sadung sebagai anak angkat. Sangat sayang akan anak angkatnya. Contoh: Encik Siti terlalu mengasihi anak angkatnya sehingga tidak membenarkan orang lain mendekati Tuan Puteri Sadung. iv. Bijaksana. Contoh: Encik Siti Wan Kembang mengahwinkan Tuan Puteri Sadung dengan Raja Abdullah, kerana ingin mencari pewaris kepada kerajaannya. v. Bertolak ansur. Contoh: Encik Siti Wan Kembang berpindah ke Gunung Ayam dan menjadi raja di situ setelah menantunya, Sultan Abdullah menjadi raja di Kota Jelasin. i. ii. iii.

i. ii.

LATAR Latar Masa Zaman pemerintahan kerajaan Kelantan Purba. 40 hari 40 malam. Contoh: Persediaan untuk majlis perkahwinan Tuan Puteri Sadung dengan Sultan Abdullah diadakan selama 40 hari 40 malam. Waktu malam. Contoh: Utusan Siam bermuafakat dengan orang Siam mahu menyerang kota Jelasin kerana Sultan Abdullah tidak mahu menyerahkan Tuan Puteri Sadung. Waktu siang. Contoh: Raja dan pegawai sebelah Raja Siam menyedari bahawa Istana Kota Jelasin telah ghaib. Latar Tempat Negeri Kelantan Purba yang dikenali sebagai negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung. Contoh: Negeri Kelantan Purba diperintah oleh Encik Siti Wan Kembang yang kemudiannya diwariskan kepada Sultan Abdullah dan Tuan Puteri Sadung. Kota Jelasin. Contoh: Kota ini dibina oleh Sultan Abdullah atas perintah Encik Siti. Cerang Bahana. Contoh: Tempat dipindahkan Tuan Puteri Sadung, Sultan Abdullah, Kota dan istana baginda, dari Kota Jelasin ke Cerang Bahana setelah ghaib akibat doa Tuan Puteri Sadung.

iii.

iv.

i.

ii.

iii.

iv.

Gunung Ayam. Contoh: Tempat tinggal Encik Siti Wan Kembang setelah Sultan Abdullah menjadi raja di Kota Jelasin. Istana/mahligai. Contoh: Tempat bersemayam Sultan Abdullah yang dikepung oleh pasukan tentera Siam. Perahu jong. Contoh: Sultan Abdullah dengan Tuk Ca mengadakan rundingan dalam perahu jong untuk mengetahui punca sebenar Raja Siam menyerang Kota Jelasin. Latar Masyarakat Masyarakat feudal. Contoh: Rakyat Kelantan mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Masyarakat penyayang. Contoh: Sultan Abdullah dan Tuan Puteri Sadung saling menyayangi dan berasa sangat sedih apabila mereka terpaksa berpisah. Masyarakat yang taat setia kepada pemerintah. Contoh: Tuk Ca serta pasukan Siam yang terdiri daripada raja-raja, menteri dan hulubalang sanggup belayar ke negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung kerana menunaikan hasrat Raja Siam yang ingin memiliki Tuan Puteri Sadung. Masyarakat yang sanggup berkorban untuk mempertahankan negara. Contoh: Sultan Abdullah dan rakyat negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung berperang menentang tentera Siam yang menyerang Kota Jelasin.

v.

vi.

i.

ii.

iii.

iv.

v.

Masyarakat yang bijak dalam mengambil tindakan. Contoh: Tuk Ca meminta pasukan Siam bertenang apabila Kota Jelasin ghaib lalu mencadangkan mereka bersiap sedia menuju ke arah selatan agar Tuan Puteri Sadung dapat ditangkap. vi. Masyarakat yang memiliki kesaktian yang luar biasa. Contoh: Tuan Puteri Sadung dapat menjadikan seluruh Kota Jelasin dan mahligainya ghaib lalu berada di dalam hutan. vii. Masyarakat yang tidak bersatu padu. Contoh: Rakyat negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung berpecah-belah apabila ditimpa bala kebuluran sehingga menyebabkan Kota Jelasin dikepung oleh tentera Siam. viii. Masyarakat yang bertolak ansur dalam menyelesaikan persengketaan. Contoh: Sultan Abdullah sanggup berunding secara damai dengan Tuk Ca demi menyelamatkan kota Jelasin daripada musnah. GAYA BAHASA i. Bahasa Istana Contoh: sultan, baginda, titah, murka, ayahanda, bonda ii. Bahasa Melayu Klasik Contoh: jemelah, suak, cerang, cetera iii. Bahasa Arab Contoh: mustaib, Allah subhanahu wa taala iv. Dialek Kelantan Contoh: beroyat v. Kata Pangkal Ayat Contoh: maka, alkisah, hatta, sebermula NILAI i. Nilai kasih sayang Contoh: Sultan Abdullah dan Tuan Puteri Sadung saling menyayangi dan berasa sangat sedih apabila baginda berdua terpaksa berpisah. ii. Nilai taat setia Contoh: Tuk Ca dan pasukan Siam menurut perintah Raja Siam untuk menyerang negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung kerana baginda ingin memiliki Tuan Puteri Sadung. iii. Nilai bertolak ansur Contoh: Sultan Abdullah berunding secara damai dengan Tuk Ca demi menyelamatkan negeri baginda daripada musnah. iv. Nilai berani Contoh: Sultan Abdullah berani berperang dengan tentera Siam yang menyerang Kota Jelasin. v. Nilai cinta akan tanah air Contoh: Sultan Abdullah sanggup berpisah dengan Tuan Puteri Sadung demi menyelamatkan tanah air baginda daripada serangan tentera Siam. vi. Nilai bermuafakat Contoh: Sultan Abdullah bermuafakat bersama-sama dengan pegawai baginda dalam membina Kota Jelasin. PENGAJARAN

i. Kita hendaklah taat setia kepada raja. Contoh: Tuk Ca dan pasukan Siam menurut perintah Raja Siam untuk menyerang negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung kerana baginda ingin memiliki Tuan Puteri Sadung ii. Kita hendaklah sanggup berkorban demi mempertahankan negara. Contoh: Sultan Abdullah dan Tuan Puteri Sadung sanggup berpisah agar negeri mereka serangan tentera Siam.

tidak musnah oleh

iii. Kita hendaklah bijak bertindak dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Contoh: Tuan Puteri Sadung mencadangkan Sultan Abdullah supaya berjumpa dengan Tuk Ca untuk mengetahui hajat Raja Siam setelah Kota Jelasin diserang oleh tentera Siam. iv. Kita hendaklah bersatu padu untuk menjaga kedaulatan negara. Contoh: Akibat rakyat berpecah-belah apabila ditimpa bala kebuluran, Kota Jelasin telah dikepung oleh tentera Siam. v. Janganlah kita merampas hak orang lain. Contoh: Raja Siam sanggup menyerang negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung kerana ingin memiliki Tuan Puteri Sadung yang sudah berkahwin dengan Sultan Abdullah. vi. Kita hendaklah bermuafakat dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan. Contoh: Tuan Puteri Sadung bermuafakat dengan segala hamba suruhannya untuk membina sebuah negeri di dalam hutan yang diberi nama Mahligai. vii. Kita hendaklah berunding secara damai untuk menyelesaikan sebarang persengketaan. Contoh: Sultan Abdullah berunding secara damai dengan Tuk Ca demi menyelamatkan negerinya.

SOALAN i. Mengapakah Raja Siam menitahkan Tuk Ca untuk turut belayar ke negeri Tanah Cerangtegayung? Nyatakan dua keistimewaan Tuan Puteri Sadung. JAWAPAN i. Raja Siam menitahkan Tuk Ca untuk turut belayar ke negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung kerana Tuk Ca mengetahui ilmu nujum. Keistimewaan Tuan Puteri Sadung ialah tuan puteri mempunyai rupa paras yang sangat cantik sehingga banyak orang tergila-gilakannya termasuk Raja Siam. Tuan Puteri Sadung juga memiliki kesaktian kerana dapat menjadikan seluruh Kota Jelasin dan mahligainya ghaib lalu jatuh ke dalam hutan. Serendah Kebun Bunga

ii.

ii.

Mencari Nafas Baru


Cerpen Nafas Baru Tg3 Nota Ditulis oleh Cikgu Zainudin Rabu, 30 November 2011 18:35
Mencari Nafas Baru (Ayusari MJ) Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum

Sinopsis Cerpen ini mengisahkan Ana yang bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Chat, Hulu Pahang. Ana dan semua guru gigih berusaha menaikkan nama sekolah. Ana mula gelisah apabila anak murid kesayangannya Milah tidak hadir ke sekolah selama tiga hari berturut-turut. Ana terus ke rumah Milah untuk menziarahinya. Dia mendapati Milah sakit dan dalam keadaan yang lemah. Ana membawa Milah ke hospital dan doktor mengesahkan Milah menghidap penyakit leukemia jenis limfoblastik (ALL). Ana sedih kerana Milah meninggal dunia akibat penyakit tersebut sebelum sempat menerima sumsum tulang daripadanya. Peristiwa sedih itu menyebabkan Ana memohon ditukarkan kembali ke tempat kelahirannya. Tema Cerpen ini bertemakan pengorbanan seorang guru. Ana sanggup mengajar di sebuah sekolah di pedalaman Pahang. Dia bersama-sama guru di situ berusaha keras menaikkan prestasi sekolah. Dia juga berhasrat untuk mendermakan sumsum tulang kepada muridnya Milah yang menghidap leukemia. Malangnya, Milah meninggal dunia sebelum sempat menerima sumsum tulang Ana. Persoalan i. Kegigihan guru-guru untuk menaikkan prestasi sekolah. Contoh: Guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Chat bekerja keras menaikkan prestasi sekolah dalam bidang akademik dan kokurikulum. ii. Pengorbanan guru terhadap murid. Contoh: Ana sanggup berkorban dengan mendermakan sumsum tulang kepada Milah. iii. Kasih sayang guru terhadap murid. Contoh: Ana menyayangi Milah seperti adik sendiri. iv. Suka duka guru yang mengajar di pedalaman. Contoh: Ana gembira mengajar di pedalaman Pahang namun dia amat sedih apabila anak murid kesayangannya meninggal dunia sebelum sempat menerima sumsum tulangnya. v. Kepentingan perubatan moden. Contoh: Ana membawa Milah ke hospital untuk mendapatkan rawatan setelah dia tidak sembuh dengan cara perubatan tradisional. Plot i. Permulaan Pembaca diperkenalkan dengan watak Ana yang mengambil keputusan untuk bertukar sekolah selepas kematian Milah. Milah merupakan anak murid kesayangannya yang meninggal dunia kerana menghidap penyakit leukemia. ii. Perkembangan Pada bahagian ini, Ana mengimbas kembali saat-saat dia dihantar bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Chat, Pahang dan perkenalannya dengan Milah. Ana menganggap Milah seperti adiknya sendiri. iii. Puncak Milah meninggal dunia sebelum sempat menerima sumsum tulang Ana. iv. Peleraian Ana reda dengan ketentuan Ilahi dan mengambil keputusan untuk bertukar ke tempat kelahirannya.

Teknik Plot i. Pemerian Contoh: Pada permulaan cerita, pengarang memerihalkan watak dan perwatakan Milah yang menarik hati Ana. ii. Dialog Contoh: Perbualan antara Ana dengan emak Milah tentang ketidakhadiran Milah ke sekolah selama tiga hari. iii. Imbas Kembali Contoh: Ana teringat detik-detik yang begitu mendebarkan apabila dia ditugaskan untuk mengajar di Kampung Chat, Hulu Pahang. iv. Kejutan Contoh: Doktor Izah mengesahkan bahawa Milah menghidap penyakit leukemia jenis limfoblastik (ALL). Watak dan Perwatakan Watak Utama Ana i. Seorang guru lulusan universiti pendidikan tempatan. ii. Berkhidmat di Sekolah Kampung Chat, Hulu Pahang

iii. Gigih melaksanakan tugas. Contoh: Setiap pagi Sabtu, Ana mengadakan kelas tambahan untuk pelajar- pelajarnya sebagai persediaan untuk menghadapi PMR. iv. Sanggup berkorban terhadap anak didiknya. Contoh: Ana bertekad untuk mendermakan sumsum tulang kepada Milah yang menghidap penyakit leukemia. v. Penyayang. Contoh: Ana menyayangi Milah dan menganggapnya seperti adiknya sendiri. vi. Prihatin. Contoh: Ana pergi ke rumah Milah setelah mendapat tahu Milah sakit. Watak Sampingan Milah i. Murid kepada Ana. ii. iii. iv. Pelajar tingkatan 1. Anak sulung daripada enam orang adik-beradik. Ibunya berniaga secara kecil-kecilan manakala ayahnya sebagai penangkap ikan.

v. Seorang pelajar yang rajin dan aktif dalam sukan. Contoh: setiap petang Milah ke sekolah menyertai aktiviti kokurikulum. vi. Menghidap penyakit leukemia.

vii. viii.

Menerima rawatan kemoterapi untuk mengubati penyakitnya. Meninggal dunia sebelum sempat menerima sumsum tulang daripada Ana.

Latar Latar Masa i. Pagi Sabtu Contoh: Ana seperti biasa mengadakan kelas tambahan untuk pelajar- pelajarnya sebagai persediaan untuk menghadapi PMR.

ii. Waktu petang Contoh: Aktiviti kokurikulum diadakan pada waktu petang dan selepas itu Ana melawat Milah. iii. Hari Jumaat. Contoh: Hari Jumaat merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh Ana untuk melawat Milah di Hospital Daerah Kuala Lipis. iv. Tempoh tiga bulan. Contoh: Dalam tempoh tiga bulan Ana telah bergaul mesra dengan masyarakat di Kampung Chat. Latar Tempat i. Kampung Chat, Hulu Pahang Contoh: Kampung tempat Ana ditugaskan. ii. Sekolah Kebangsaan Kampung Chat Contoh: Sekolah pertama tempat Ana mengajar. iii. Kampung Lenjun Contoh: Tempat tinggal keluarga Milah yang terletak kira-kira dua kilometer dari sekolah. iv. Hospital Daerah, Kuala Lipis Contoh: Tempat Milah mendapat rawatan penyakitnya. Latar Masyarakat i. Masyarakat guru yang prihatin terhadap anak muridnya. Contoh: Ana mengambil berat terhadap Milah yang tiga hari tidak hadir ke sekolah. ii. Masyarakat pendidik yang gigih berusaha dalam bidang akademik dan kokurikulum. Contoh: Ana gigih mengajar dan sering mengadakan kelas tambahan yang diikuti dengan tekun oleh murid-muridnya. iii. Masyarakat kampung di pedalaman. Contoh: Masyarakat kampung yang bekerja sebagai nelayan. iv. Masyarakat yang tabah menghadapi takdir Tuhan. Contoh: Ayah Milah dan Ana tabah dan reda dengan ketentuan Ilahi bahawa Milah meninggal dunia akibat leukemia. v. Masyarakat guru yang mencintai profesion keguruan. Contoh: Ana berazam dan sanggup mencurah baktinya di sekolah yang jauh di pedalaman. Gaya Bahasa i. Personifikasi Contoh: Tambahan pula, dengan keindahan hutan dara yang menghijau disulami nyanyian unggas

dan percikan air jeram semasa menyusuri Sungai Kuah benar-benar menggamit Ana untuk kembali ke kampung itu suatu hari nanti sebagai tenaga pengajar. ii. Sinkope Contoh: Belum . Ayah Milah dah cari air penawar, tetapi tak kurangkurang demamnya.. keluh emak Maisarah. iii. Kata Ganda Contohnya: Kini segala-galanya hanya tinggal kenangan. iv. Simile Contohnya: Tanpa suara manja Milah bagaikan lagu berirama. v. Metafora Contoh: hutan dara Nilai i. Nilai kasih sayang. Contoh: Ana sangat menyayangi Milah dan menganggap Milah seperti adiknya sendiri. ii. Nilai pengorbanan. Contohnya : Ana bertekad untuk mendermakan sumsum tulangnya kepada Milah. iii. Nilai kerajinan. Contoh :Ana juga rajin membantu ibu Milah berniaga kedai runcit di kampung. iv. Nilai simpati. Contoh : Ramai yang bersimpati apabila mengetahui bahwa Milah disahkan menghidap penyakit leukemia. v. Nilai kegigihan. Contoh: Ana dan guru-guru yang lain gigih berusaha untuk menaikkan nama sekolah dalam bidang akademik dan kokurikulum. vi. Nilai keprihatinan. Contoh: Ana amat prihatin dan mengambil berat tentang penyakit leukemia yang dihidapi oleh Milah. Pengajaran i. Kita hendaklah mengasihi sesama insan . Contoh : Ana mengasihi Milah seperti adiknya sendiri. ii. Kita hendaklah sanggup berkorban untuk kebaikan orang lain. Contoh : Ana sanggup berkorban untuk mendermakan sumsum tulangnya kepada Milah.

iii. Kita hendaklah rajin membantu untuk meringankan beban orang lain. Contoh: Ana rajin membantu ibu Milah berniaga di kedai runcit. iv. Kita hendaklah bersimpati dengan nasib malang yang menimpa orang lain. Contoh : Ramai yang bersimpati apabila mengetahui bahawa Milah disahkan menghidap penyakit leukemia. Soalan

i. ii.

Bincangkan tiga perwatakan watak utama dalam cerpen ini. Berikan dua latar tempat berserta peristiwa yang terdapat dalam cerpen ini.

Jawapan i. Watak utama dalam cerpen ini ialah Ana. Tiga perwatakan watak utama ialah seorang yang gigih melaksanakan tugas. Contohnya, pada pagi Sabtu, Ana seperti biasa mengadakan kelas tambahan untuk pelajar- pelajarnya sebagai persediaan untuk menghadapi PMR. Seorang yang prihatin terhadap anak didiknya. Contohnya, Cikgu Ana bertekad untuk mendermakan sumsum tulang kepada Milah yang menghidapi penyakit leukemia. Seorang yang penyayang. Contohnya, Ana menyayangi Milah dan menganggapnya seperti adiknya sendiri. ii. Dua latar tempat dalam cerpen ini ialah Hospital Daerah Kuala Lipis. Contohnya, tempat Milah mendapat rawatan penyakitnya. Kedua, Sekolah Kebangsaan Kampung Chat. Contohnya, sekolah tempat Ana mengajar.

Cerpen Budi Semangkuk Daging Tg3 Nota Ditulis oleh Cikgu Zainudin Rabu, 30 November 2011 18:02
Cerpen Budi Semangkuk Daging (Amy Suzani Ainuddin)

Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum


Sinopsis Mengisahkan Puan Ainun yang hidup berjiran dengan Puan Salbiah, Puan Cheng dan Cik Punita. Pada suatu hari, Puan Ainun memberi setiap orang jirannya semangkuk daging masak Minang. Semua jirannya memuji keenakan masakannya kecuali Cik Punita yang mengembalikan pemberiannya. Akibat semangkuk daging, Puan Ainun tidak berpuas hati dan berdendam dengan Cik Punita sehingga sanggup menyuruh anaknya mengembalikan buah limau bali pemberian Cik Punita. Akhirnya, mereka berbaik semula apabila suami Puan Ainun memaklumkan bahawa penganut agama Hindu tidak makan daging lembu kerana lembu ialah binatang suci bagi penganut agama Hindu. Tema Kepentingan semangat kejiranan dalam kehidupan seharian. Buktinya Puan Ainun, Puan Salbiah, Puan Cheng, dan Cik Punita saling bertegur sapa dan tolongmenolong antara satu sama lain. Persoalan i. Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Contoh: Puan Ainun, Puan Cheng, dan Cik Punita yang tinggal di satu taman perumahan. ii. Larangan dalam agama. Contoh: Cik Punita mengembalikan semangkuk daging pemberian Puan Ainun kerana amalan agamanya tidak membenarkan penganutnya makan daging lembu yang dianggap suci. iii. Dendam yang berpanjangan. Contoh: Puan Ainun berdendam terhadap Cik Punita yang mengembalikan semangkuk daging pemberiannya.

iv. Tolong- menolong dalam hidup bermasyarakat. Contoh: Anak- anak Puan Ainun menyiram pokok- pokok bunga Cik Punita ketika dia balik ke kampung. Plot i. Permulaan Mengisahkan Puan Ainun seorang yang suka memasak dan mencuba resipi baharu, iaitu daging masak Minang. ii. Perkembangan Puan Ainun meminta anak-anaknya menghantar masakan tersebut kepada tiga orang jirannya iaitu Puan Cheng, Cik Punita dan Puan Salbiah. iii. Puncak Puan Ainun akhirnya mengetahui punca Cik Punita mengembalikan masakannya melalui penjelasan suaminya. Rupa-rupanya Cik Punita tidak makan daging kerana penganut agama Hindu tidak boleh makan daging lembu. iv. Peleraian Akhirnya Puan Ainun sedar akan kesilapannya dan menghantar sendiri bubur kacang kepada Cik Punita. Teknik Penceritaan i. Pemerian Contoh: Memerihalkan peristiwa Puan Ainun mencuba resepi baharu, iaitu daging masak Minang. ii. Dialog Contoh: Perbualan antara Puan Ainun dengan Puan Cheng tentang masakan Puan Ainun di halaman rumah mereka. iii. Imbas Kembali Contoh: Puan Ainun mengingati kembali peristiwa dia tidak membeli produk barangan kesihatan yang dijual oleh Cik Punita. iv. Saspens Contoh: Pembaca tertanya-tanya sebab Cik Punita tidak menerima masakan pemberian Puan Ainun. v. Monolog Dalaman Contoh: Sewaktu Puan Ainun tertanya-tanya di dalam hati sebab Cik Punita tidak menerima pemberiannya. vi. Monolog Contoh: Puan Ainun mengeluh sendirian memikirkan perbuatan Cik Punita yang menolak pemberiannya. Watak dan Perwatakan Watak Utama Puan Ainun i. Isteri kepada Encik Hilal. ii. iii. Ibu kepada Shafiq dan Hanif. Berjiran dengan Cik Punita, Puan Cheng dan Puan Salbiah.

iv. Mempunyai semangat kejiranan dan suka menolong jiran. Contoh : Sekiranya Cik Punita pulang ke kampungnya di Ipoh selama beberapa hari, Puan Ainun jugalah yang ringan tangan menolong menyiramkan pokok-pokok bunga di rumah Punita. Dia juga menolong mengawasi rumah jirannya itu agar sentiasa dalam keadaan yang selamat. v. Seorang yang suka memasak dan mencuba sesuatu yang baharu. Contoh : Puan Ainun mencuba memasak daging masak Minang. vi. Seorang yang mudah kecil hati dan pendendam. Contoh: Puan Ainun kecil hati dan berdendam dengan Cik Punita kerana mengembalikan masakan pemberiannya. vii. Insaf akan kesilapannya. Contoh: Puan Ainun insaf atas kesilapannya berprasangka buruk terhadap Cik Punita. Watak Sampingan Cik Punita i. Jiran Puan Ainun yang berketurunan India dan beragama Hindu. ii. iii. iv. v. Berusia 30-an tetapi belum berkahwin. Fasih berbahasa Melayu. Berasal dari Ipoh. Menjual barangan kesihatan keluaran syarikat jualan langsung.

vi. Patuh pada ajaran agamanya . Contoh : Cik Punita tidak makan daging lembu. vii. Mempunyai semangat kejiranan. Contoh : Cik Punita memberikan buah limau bali kepada keluaga Puan Ainun. Encik Hilal i. Suami kepada Puan Ainun. ii. iii. Bapa kepada Shafiq dan Hanif. Menasihati isterinya yang menghadapi masalah dengan jirannya.

iv. Memahami adat dan budaya masyarakat kaum lain. Contoh: Dia menjelaskan bahawa penganut agama Hindu tidak makan daging lembu. Latar Latar Masa i. Waktu pagi Contoh: Puan Ainun menyidai pakaian di ampaian di halaman rumahnya. ii. Waktu tengah hari Contoh: Puan Ainun memasak daging masak Minang untuk makan tengah hari. iii. Waktu petang Contoh: Puan Ainun memasak bubur kacang untuk minum petang.

Latar Tempat i. Rumah Puan Ainun. Contoh: Tempat tinggal Puan Ainun, Encik Hilal, Shafiq dan Hanif. ii. Kawasan Perumahan Contoh: Terdapat rumah Puan Ainun, Puan Cheng, Puan Salbiah dan rumah sewa Punita. Latar Masyarakat i. Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum. Contoh: Terdapat tiga kaum yang diwakili oleh Puan Ainun (Melayu), Puan Cheng (Cina) dan Cik Punita (India).

ii. Masyarakat yang mengamalkan semangat kejiranan . Contoh: Puan Ainun sering bertukar-tukar makanan dengan jiran-jirannya dan menolong menyiram pokok-pokok bunga Cik Punita. iii. Masyarakat yang prihatin terhadap adat, budaya dan agama kaum lain. Contoh: Encik Hilal menjelaskan kepada Puan Ainun sebab Cik Punita tidak mahu menerima makanan pemberian Puan Ainun. Gaya Bahasa i. Pengaruh bahasa asing. Contoh: Penggunaan bahasa Inggeris - best. ii. Perlambangan Contoh: hatinya berasa kembang. iii. Sinkope Contoh : Tak ada. Semuanya saya dah beli semalam, jawab Puan Ainun. iv. Simile Contohnya : Sakit hati Puan Ainun makin bertambah bagai dicucuk dengan duri. v. Peribahasa Contoh : Penggunaan pepatah, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. vi. Kata Ganda Contoh: Berhari-hari selepas itu Punita tidak juga pulang.

Nilai i. Nilai tolong- menolong. Contoh: Puan Ainun menolong menyiram pokok-pokok bunga Cik Punita sewaktu ketiadaan jirannya itu. ii. Nilai bertanggungjawab. Contoh: Puan Ainun menunaikan tanggungjawab menjaga hak-hak jiran seperti menolong mengangkat kain sewaktu ketiadaan Cik Punita. iii. Nilai kepatuhan. Contoh: Anak-anak Puan Ainun patuh pada arahannya supaya menghantar juadah kepada jiran-

jirannya. iv. Nilai keinsafan. Contoh: Puan Ainun insaf akan kesilapannya berburuk sangka terhadap Cik Punita. v. Nilai prihatin Contoh: Encik Hilal prihatin terhadap adat dan budaya agama lain. Misalnya dia memberitahu Puan Ainun bahawa penganut agama Hindu tidak makan daging lembu. Pengajaran i. Kita hendaklah menghormati jiran dan adat budaya kaum lain. Contoh: Encik Hilal memberitahu Puan Ainun bahawa penganut agama Hindu tidak makan daging lembu. ii. Kita mestilah tolong-menolong sesama jiran. Contoh: Anak-anak Puan Ainun menolong Cik Punita menyiram pokok-pokok bunga dan Puan Cheng menawarkan diri untuk menolong Puan Ainun membeli barang-barang kerana dia hendak ke kedai.

iii. Kita tidak boleh berprasangka buruk terhadap seseorang tanpa usul periksa. Contoh: Puan Ainun menyangka Cik Punita memulangkan makanan kerana marah terhadapnya yang tidak membeli barangan yang dijual oleh Cik Punita. iv. Kita hendaklah mendidik anak-anak dengan nilai-nilai yang baik. Contoh: Puan Ainun mendidik Shafiq dan Hanif agar bertimbang rasa dan tolong-menolong sesama jiran. Soalan i. ii. Nyatakan dua nilai murni yang terdapat dalam cerpen ini. Jelaskan dua persoalan yang diketengahkan oleh pengarang dalam cerpen ini.

Jawapan i. Dua nilai murni yang terdapat dalam cerpen ini ialah nilai tolong- menolong. Contoh: Puan Ainun dan jiran-jirannya mengamalkan nilai tolong-menolong dengan sentiasa bertegur sapa, menjaga perasaan jiran dan menolong menyiram pokok-pokok bunga. Nilai bertanggungjawab. Contoh: Puan Ainun menunaikan tanggungjawab menjaga hak-hak jiran seperti menolong mengangkat kain sewaktu ketiadaan Cik Punita. ii. Dua persoalan yang diketengahkan oleh pengarang dalam cerpen ini masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Contoh: Puan Ainun, Puan Cheng, dan Cik Punita tinggal di satu taman perumahan. Persoalan penganut agama Hindu yang tidak makan daging kerana menganggap lembu ialah binatang suci. Contoh: Cik Punita mengembalikan semangkuk daging pemberian Puan Ainun kerana amalan agamanya tidak membenarkan penganutnya makan daging lembu yang dianggap suci.

Cemerlang Bahasa Malaysia. www.cemerlangbm.com 2009 Zainudin Dirin. Hakcipta Terpelihara. Webmaster: Feed Farid

Segala yang Tercinta Ada Di Sana

Cerpen Segala yang Tercinta Ada di Sana Tg3 Nota Ditulis oleh Cikgu Zainudin Rabu, 30 November 2011 18:49
Segala yang Tercinta Ada di Sana (Zainal Rashid Ahmad) Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum Sinopsis Cerpen ini mengisahkan kehidupan penulis dan rakan-rakannya yang dibesarkan di kampung. Ratarata penduduk kampung merupakan masyarakat miskin yang terpaksa bergantung kepada semua sumber tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sekeliling untuk mengubati penyakit kerana kos perubatan mahal. Mereka diajar mengaji oleh Hajah Tom yang sering bermurah hati dan dan amat disayangi oleh mereka. Mereka juga diajar tentang hal ehwal agama oleh Imam Haji Salleh Pumpong. Hubungan penulis dan rakan-rakan amat rapat dengan Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong. Kematian kedua-dua orang yang disayangi ini memberi kesan kepada penulis dan rakanrakan.

Tema Cerpen ini bertemakan tradisi kehidupan dalam masyarakat Melayu tradisional di kampung. Masyarakat kampung banyak bergantung kepada tumbuh-tumbuhan semula jadi bagi menjalani kehidupan mereka termasuklah dalam perubatan tradisional dan sumber makanan harian bagi mereka. Guru mengaji dan imam pula merupakan tempat rujukan bagi mendalami ilmu agama dan mengatasi sebarang masalah dalam kehidupan harian. Persoalan i. Kepentingan alam semula jadi dalam meneruskan kehidupan harian. Contoh: Herba tumbuhan seperti daun melong, ubi jaga, asam jawa dan buah kundur digunakan untuk merawat pelbagai penyakit. ii. Pendidikan agama dalam masyarakat. Contoh: Bagi masyarakat Melayu tradisional, guru mengaji dan imam merupakan orang-orang penting bagi mendidik ahli-ahli dalam masyarakat

iii. Ketaatan kepada guru. Contoh: Masyarakat kampung tradisional terutamanya kanak-kanak amat taat kepada guru mengaji dan imam kampung. iv. Kemiskinan masyarakat di kampung Contoh: Masyarakat kampung digambarkan sebagai masyarakat yang miskin. Penulis dan rakanrakannya digambarkan sebagai orang miskin yang sudah lali dengan kelaparan. Plot i. Permulaan Penulis mengingati zaman kehidupannya dan rakan-rakannya semasa mereka membesar di kampung. ii. Perkembangan

Penulis menceritakan kepentingan tumbuh-tumbuhan untuk mengubat pelbagai penyakit bagi menggantikan ubat-ubatan moden yang lebih mahal dan tidak mampu dibayar oleh penduduk kampung. iii. Puncak Penulis dan rakan-rakan amat sedih kerana kematian Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong, keduadua orang yang paling disayangi dan dihormati oleh mereka. iv. Peleraian Penulis menganggap Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong merupakan dua orang yang tidak akan dilupakan oleh mereka.

Teknik Plot i. Imbas Kembali Contoh: Penulis menggunakan teknik imbas kembali bagi menyampaikan ceritanya dari awal hingga akhir. Peristiwa menggambarkan kehidupan penulis dan rakan-rakannya semasa dibesarkan di kampung. ii. Dialog Contoh: Dialog antara Hajah Tom dan penulis semasa menasihatkan anak-anak muridnya supaya sentiasa tawakal, berserah dan berdoa kepada Allah Yang Maha Berkuasa agar mendapat keberkatan ilmu. iii. Pemerian Contoh: Penulis menceritakan secara langsung tentang daun-daun yang dapat digunakan untuk mengubat pelbagai penyakit. iv. Kejutan Contoh: Pembaca dikejutkan dengan berita kematian Hajah Tom secara tiba-tiba.

Watak Utama Aku/kami i. Penulis dan rakan-rakan merupakan anak kampung yang miskin dan dibesarkan di kampung. ii. Rajin Contoh: Penulis dan rakan-rakan rajin membantu sebarang kerja yang diminta oleh Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong.

iii. Taat Contoh: Penulis dan rakan-rakan bersedia untuk membuat apa-apa sahaja pekerjaan yang disuruh oleh Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong. Watak Sampingan Hajah Tom i. Hajah Tom ialah guru Quran penulis dan rakan-rakan di kampung. ii. iii. Beliau telah kematian suami pada usia yang masih muda. Hajah Tom tinggal sendirian di kampung.

iv.

Beliau bertubuh kecil serta berkulit putih licin seperti langsat matang.

v. Kuat agama Contoh: Hajah Tom sering menasihatkan penulis dan rakan-rakannya agar sentiasa mengingati Tuhan. vi. Baik hati Contoh:Hajah Tom akan memasakkan mereka makanan seandainya dilihat murid-muridnya sangat letih kerana belum makan. vii. Pemurah Contoh: Hajah Tom menjamu penulis dan rakan-rakannya selepas membantu Haji Salleh Pumpong membersihkan surau akibat musim air pasang. viii. Penyayang Contoh: Hajah Tom sentiasa mengalu-alukan kedatangan penulis dan rakan-rakannya kerana beliau tidak mempunyai anak. Penulis dan rakan-rakannya juga telah khatam al-Quran beberapa kali di rumah Hajah Tom.

Haji Salleh Pumpong i. Haji Salleh Pumpong ialah imam tua di kampung penulis. ii. Berpengetahuan luas Contoh: Aku menyatakan bahawa imam yang paling tahu segala perkara yang berkaitan dengan agama. iii. Pembersih Contoh: Haji Salleh Pumpong sentiasa menjaga kebersihan surau walaupun surau itu telah uzur. iv. Penyayang Contoh: Penulis menganggap bahawa Haji Salleh Pumpong seorang yang penyayang. Latar Latar Masa i. Waktu subuh Contoh: Penulis dan rakan-rakan berasa takut pada waktu subuh kerana ada anjing berkeliaran pada waktu itu. ii. Malam-malam pertengahan Ramadhan Contoh: Hajah Tom menasihatkan penulis dan rakan-rakan agar mengamalkan surah al-Ikhlas dan bertawakal kerana tiada binatang buas yang akan mengganggu mereka jika mengamalkan surah tersebut. iii. Pagi-pagi sebelum keluar rumah Contoh: Penulis dan rakan-rakannya sentiasa menghafal surah yang telah diajar oleh Hajah Tom kepada mereka. iv. Sebelum habis bulan pertama persekolahan Contoh: Dalam jangka masa tersebut, penulis dan rakan-rakannya telah menghafal segala bacaan dan doa yang diajarkan oleh Hajah Tom kepada mereka. v. Suatu hari kelam-kelam buta. Contoh: Haji Salleh Pumpong meminta penulis dan rakan-rakannya membersihkan surau. vi. Tiga bulan kemudian Contoh: Hajah Tom meninggal dunia selepas tiga bulan menyuruh Haji Salleh Pumpong mengajarkan

solat jenazah kepada penulis dan rakan-rakannya. vii. Awal Ramadhan Contoh: Awal Ramadhan selepas kematian Hajah Tom, Imam Haji Salleh Pumpong pula meninggal dunia. Latar Tempat i. Kampung Contoh: Tempat penulis dan rakan-rakannya dibesarkan. ii. Kepala jalan masuk ke kampung sebelum menempuh jalan besar Contoh: Tempat pertemuan penulis dan rakan-rakannya semasa dalam perjalanan ke rumah Hajah Tom. iii. Surau Contoh: Tempat orang-orang kampung sembahyang berjemaah dan penulis atau rakan-rakannya bergilir-gilir azan apabila disuruh oleh Haji Salleh Pumpong. Penulis dan rakan-rakannya juga telah membersihkan surau kerana air pasang yang membawa selut dan lumpur mengotori surau tersebut. iv. Gubir Contoh: Tempat Sarjan Omar, suami Hajah Tom meninggal dunia ditembak oleh pengganas.

Latar Masyarakat i. Masyarakat kampong. Contoh: Masyarakat dalam cerita ini merupakan masyarakat kampung yang digambarkan bergantung kepada tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan perubatan tradisional. ii. Masyarakat miskin. Contoh: Penduduk kampung menggunakan rawatan tradisional kerana tidak mampu untuk mendapatkan rawatan di klinik. iii. Masyarakat yang taat kepada guru . Contoh: Penulis dan rakan-rakannya amat taat dan menurut kata Hajah Tom sebagai guru Quran mereka. iv. Masyarakat yang prihatin. Contoh: Hajah Tom digambarkan sebagai seorang guru mengaji yang amat prihatin terhadap anakanak muridnya. Beliau sentiasa mengambil tahu hal-ehwal anak-anak muridnya sebelum mula mangajar mereka. v. Masyarakat yang mengutamakan kebersihan. Contoh: Haji Salleh Pumpong sentiasa menjaga kebersihan surau walaupun surau itu sangat daif keadaannya. vi. Masyarakat yang mengenang jasa. Contoh: Penulis dan rakan-rakannyanya tidak pernah melupakan jasa Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong yang banyak mendidik mereka sejak kecil. Gaya Bahasa i. Kata Ganda Contoh:tua-tua/dewa-dewa/doa-doa/subuh-subuh/malam-malam/pagi-pagi/sama-sama/cepatcepat/tahun-tahun/compang-camping/satu-satu/berlubang-lubang/sisa-sisa/berebut-rebut/budakbudak/lama-kelamaan.

ii. Simile Contoh: Peluang ketemu doktor pula umpama menghadap dewa-dewa. iii. Pengaruh Bahasa Asing Contoh: bahasa Arab - insya-Allah/Allah iv. Pengulangan kata Contoh: Kalau dia kata jangan, maka segera kami jauhi; kalau katanya mesti, maka cepat-cepat kami patuhi. Nilai i. Nilai ketaatan Contoh: Penulis dan rakan-rakannya amat taat kepada Hajah Tom dan mengikut semua arahan guru Quran tersebut. ii. Nilai keprihatinan Contoh: Hajah Tom amat prihatin kepada anak-anak muridnya dan sentiasa bertanyakan hal-ehwal mereka sebelum mula mengajar Quran. iii. Nilai baik hati Contoh: Hajah Tom akan memasakkan nasi untuk penulis dan rakan-rakannya sekiranya mereka belum makan.

iv. Nilai mengenang jasa Contoh: Penulis dan rakan-rakannya sentiasa mengenang jasa Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong yang telah banyak berjasa kepada mereka. v. Nilai kasih sayang Contoh: Penulis dan rakan-rakan menyayangi Hajah Tom yang amat prihatin dan mengambil berat hal-ehwal mereka sejak mereka kecil lagi sehinggalah beliau meninggal dunia. vi. Nilai kebersihan Contoh: Haji Salleh Pumpong sentiasa menjaga kebersihan surau walaupun surau itu telah uzur. Pengajaran i. Kita hendaklah taat kepada guru yang mendidik kita. Contoh: Penulis dan rakan-rakannya sentiasa menurut kata Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong. ii. Kita haruslah prihatin terhadap orang lain. Contoh: Hajah Tom sentiasa prihatin dan mengambil tahu hal-ehwal penulis dan rakan-rakannya yang merupakan anak-anak kampung yang miskin. iii. Kita perlulah mengamalkan sikap baik hati sesama manusia. Contoh: Hajah Tom memasakkan nasi dan lauk bagi penulis dan rakan-rakannya apabila mengetahui mereka keletihan dan kelaparan. iv. Kita hendaklah mengenang jasa orang yang mendidik kita. Contoh: Penulis dan rakan-rakan sentiasa mengenang jasa Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong yang telah mendidik mereka sejak kecil lagi.

v. Kita hendaklah berkasih sayang antara satu sama lain. Contoh: Penulis dan rakan-rakan amat menyayangi Hajah Tom yang sentiasa baik hati kepada mereka. Soalan i. Mengapakah orang-orang tua berikhtiar meramukan segala macam herba bagi mengubati penyakit? ii. Bagaimanakah penulis dan rakan-rakan diajar cara untuk tidur lena?

Jawapan i. Orang-orang tua berikhtiar meramukan segala macam herba bagi mengubati penyakit kerana mereka tidak mampu pergi ke klinik. ii. Penulis dan rakan-rakan menggunakan empulur sabut yang dipintal lalu diikat tebal-tebal pada hujung batang buluh bagi dijadikan berus untuk membersihkan lantai surau.

Cemerlang Bahasa Malaysia. www.cemerlangbm.com 2009 Zainudin Dirin. Hakcipta Terpelihara. Webmaster: Feed Farid

Antologi Harga Sebuah Lukisan


Mutiara Bonda (Osman Ayob) Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum Sinopsis Mohd. Harraz (adik) ialah mutiara bonda. Dia dibelai dengan limpahan kasih sayang, diasuh untuk menjadi seorang yang berbudi dan beriman. Namun dugaan selalu bertandang, mencabar kesabaran bonda dalam mengasuh anak lelaki tunggalnya. Daripada malas ke sekolah, Mohd. Harraz kemudiannya tidak mahu bersekolah lagi, hanya setakat darjah enam. Namun berkat doa dan tawakal bonda, Mohd. Harraz seperti dilahirkan semula setelah terlibat dalam kemalangan dan bernasib baik kerana tidak ditangkap polis semasa serbuan polis di sebuah pondok yang menjadi tempat menghisap ganja. Akhirnya, Mohd. Harraz benar-benar menjadi mutiara , bersinar dan menyejukkan hati bonda. Dia telah berjaya melanjutkan pelajaran ke University al-Bayt, Jordan. Akhirnya, impian bonda untuk melihat anaknya menjadi seorang ustaz tercapai, begitu juga dengan wasiat ayahnya. Tema Kegigihan dan kesabaran seorang ibu mendidik anaknya hingga berjaya. Buktinya bonda gigih dan sabar dalam mendidik anaknya Mohd. Harraz (adik) sehingga berjaya melanjutkan pelajaran di Jordan. Persoalan i. Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Contoh: Bonda sangat menyayangi Mohd. Harraz walaupun anaknya itu sangat nakal dan degil. ii. Kepentingan ilmu pengetahuan dalam kehidupan. Contoh: Keempat-empat orang anak bonda termasuk Mohd. Harraz berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. iii. Keciciran pelajar luar bandar.

Contoh: Mohd. Harraz pernah berhenti sekolah ketika berada di darjah enam. iv. Masalah sosial dalam kalangan remaja. Contoh: Mohd. Harraz merokok dan rakan-rakannya yang tidak bersekolah terjebak dalam penagihan ganja. v. Tekanan hidup anak bekas banduan. Contoh: Mohd. Harraz menghadapi tekanan kerana bapanya pernah dipenjarakan akibat dituduh terlibat dalam kes dadah. Plot

i. Permulaan Pembaca diperkenalkan dengan watak bonda yang sangat gembira menerima surat daripada anaknya, Mohd. Harazz yang sedang melanjutkan pelajaran di Jordan. Bonda mengimbas kembali saat-saat ketika membesarkan adik sehingga berjaya. Ketika Mohd. Harraz berusia 10 hingga 12 tahun, dia sangat nakal dan degil. ii. Perkembangan Pada bahagian ini, penulis menggambarkan kenakalan dan kedegilan Mohd. Harraz sehingga dia mengambil keputusan berhenti sekolah ketika berada dalam darjah enam. Namun ibunya tetap sabar melayani kerenahnya itu. iii. Puncak Mohd Harraz terlibat dalam kemalangan jalan raya . Dia diberitahu oleh ibu bahawa pondok di dusun yang selalu dikunjungi oleh Mohd. Harraz telah diserbu oleh pihak polis. Mohd. Harraz bernasib baik kerana dia tidak berada di situ ketika serbuan tersebut dibuat. iv. Peleraian Mohd. Harraz insaf atas kesilapannya dan menyatakan hasratnya untuk menyambung pelajarannya semula. Akhirnya, Mohd. Harraz berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Bayt, Jordan.

Teknik Plot i. Pemerian Contoh: Pengarang memerihalkan keadaan bonda yang gembira apabila mendapat warkah perkhabaran daripada adik di Jordon. ii. Dialog Contoh: Perbualan antara bonda dengan adik sewaktu bonda melarang Mohd. Harraz (adik) keluar berjumpa dengan kawan-kawannya sebelum kemalangan berlaku. iii. Imbas Kembali Contoh: Bonda mengingati semula kehidupan Mohd. Harraz (adik) ketika kecil terutamanya ketika dia berusia 12 tahun. Mohd. Harraz berhenti sekolah ketika dalam darjah enam dan kemudian menyambung semula persekolahan setelah terlibat dengan kemalangan jalan raya. iv. Kejutan Contoh: Mohd. Harraz terlibat dalam kemalangan jalan raya sehingga menyebabkannya patah tangan. v. Saspens Contoh: Pembaca tertanya-tanya sama ada Mohd. Harraz akan berubah sikap selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya atau tidak. vi. Konflik

vii. Contoh: Mohd. Harraz memberitahu bonda bahawa dia mahu berhenti sekolah. Kak Cik tidak bersetuju dan sering tidak berpuas hati dengan sikap ibu yang selalu member muka kepada adiknya itu.

Watak utama Adik i. Nama penuhnya Mohd. Harraz bin Lebai Sidi. ii. Anak lelaki tunggal daripada empat orang adik-beradik.

iii. Degil dan keras hati. Contoh: Adik tetap berdegil untuk keluar berjumpa rakan-rakannya walaupun dilarang oleh kakak dan ibunya kerana telah lewat malam. iv. Malas bersekolah dan terlibat dalam masalah sosial. Contoh: Adik berhenti sekolah semasa darjah enam dan mula merokok. v. Panas baran. Contoh: Ketika adik meminta wang RM 5.00 kepada bonda untuk membeli mercun, adik telah menghempas cawan kaca sehingga serpihannya terkena kaki bonda setelah bonda enggan memberikannya. vi. Insaf akan kesalahan yang dilakukan. Contoh: Adik insaf dengan segala kesalahannya setelah terbabit dengan kemalangan jalan raya. vii. Berpelajaran tinggi. Contoh: Adik melanjutkan pelajarannya di Universiti al-Bayt, Jordan. Watak Sampingan Bonda i. Ibu tunggal yang kematian suami. ii. Mempunyai empat orang anak, tiga perempuan dan seorang lelaki.

iii. Gigih membesarkan anak-anak. Contoh: Bonda gigih membesarkan anak-anaknya setelah kematian suaminya. iv. Mempunyai impian dan keyakinan yang tinggi bahawa anak-anaknya akan berjaya dalam hidup. Contoh: Bonda percaya bahawa suatu hari nanti anaknya Mohd. Harraz akan berubah dan peristiwa tersebut betul-betul berlaku. v. Sangat sabar menghadapi kerenah anak lelaki tunggalnya. Contoh: Bonda tetap bersabar dengan kerenah adik di usia kecilnya. Pernah ibu jari kaki bonda terkena serpihan kaca cawan yang dihempas oleh adik. Kak Cik i. Anak ketiga daripada empat orang adik-beradik. ii. Kurang sabar dan agak pemarah dengan kerenah adiknya. Contoh: Kak Cik menampar adik ketika mereka bertengkar. iii. Anak yang bertanggungjawab. Contoh: Kak Cik sering menenangkan bonda apabila bonda kesedihan.

Latar

Latar Masa i. Waktu pagi Contoh: Pada waktu pagi, pemandu van akan membunyikan hon apabila adik lambat bersiap untuk ke taski. ii. Waktu senja Contoh: Bonda berdoa kepada Tuhan (Malikul Qudus) semoga adik berubah sikap. iii. Waktu malam Contoh: Pada pukul 12.30 malam, adik keluar dari rumah dan terlibat dalam kemalangan jalan raya. Latar Tempat i. Rumah Bonda Contoh: Peristiwa adik menghempas cawan kaca lalu serpihannya terkena ibu jari kaki bonda sehingga terluka. ii. Pondok di dusun Contoh: Peristiwa polis menyerbu pondok di dusun yang menjadi tempat kawan-kawan adik berkumpul dan menghisap ganja. iii. Atas katil Contoh: Adik terlantar lesu di katil dengan kepalanya berbalut tompokan darah dan mukanya calarbalar akibat daripada kemalangan yang dihadapinya. Latar Masyarakat i. Masyarakat yang gigih mendidik anak. Contoh: Bonda gigih mendidik adik yang degil, nakal dan terlibat dengan masalah sosial. ii. Masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan. Contoh: Bonda menyekolahkan anak-anaknya sehingga ke peringkat universiti. iii. Masyarakat yang mementingkan nilai kasih sayang. Contoh: Bonda tetap menyayangi adik walaupun adik selalu menyakiti hatinya terutamanya apabila adik mahu berhenti sekolah. Gaya Bahasa i. Personifikasi Contoh: - tikaman masa lampau yang menajam di ingatan - darah meluncur dari ibu jari kaki bonda - mencincanglumatkan jantung bonda ii. Hiperbola Contoh: - melangit tinggi - berasap-asap bara meluat - kata-kata berapi yang membakar kepala iii. Sinkope Contoh : - Bonda yang berdosa sebab tak pandai ajar anak - Adik nak berhenti sekolah - Hanya orang berilmu dipandang mulia, nak. iv. Pengulangan Contoh : - tidak pernah dicubit, tidak pernah ditengking - buang masa, buang idea, buang dakwat pen, buang kertas dan buang duit setem

sahaja. v. Simile Contoh: - perangainya persis syaitan - bonda bagai tercampak ke pulau hana vi. Peribahasa Contoh: - bersengkang mata - mengembalikan manikam ke dalam cembulnya - ibarat gelas, biarpun tidak berkecai namun pasti akan ada retaknya - dayung sudah di tangan, sampan sudah di tengah lautan - musuh dalam selimut - bendera putih Nilai i. Nilai kasih sayang. Contoh: Bonda amat menyayangi anak-anaknya . ii. Nilai bertanggungjawab. Contoh: Bonda bertanggungjawab mendidik dan membesarkan anak-anak setelah kematian suaminya. iii. Nilai kesabaran. Contoh: Bonda sangat sabar mendidik anak-anaknya terutama anak lelakinya, Mohd. Harraz yang bermasalah. iv. Nilai kegigihan. Contoh: Bonda begitu gigih mendidik adik sejak adik kecil sehingga berjaya walaupun berhadapan dengan pelbagai dugaan. v. Nilai keinsafan. Contoh: Adik insaf atas kesilapannya setelah terlibat dalam kemalangan dan mahu belajar semula. vi. Nilai ketabahan. Contoh: Bonda tetap tabah apabila suaminya dituduh mengedar dadah sehingga meninggal dunia dalam penjara. Pengajaran i. Kita hendaklah gigih dalam mendidik anak-anak. Contoh: Bonda gigih mendidik adik yang bermasalah sehingga akhirnya menjadi orang yang berjaya. ii. Kita mestilah bertanggungjawab terhadap anak-anak. Contoh: Walaupun bonda seorang ibu tunggal namun bonda bertanggungjawab mendidik, membesar dan memberi kasih sayang terhadap anak-anaknya. iii. Kita mestilah berusaha untuk mengatasi masalah keciciran pelajar luar bandar. Contoh: Adik berhenti sekolah ketika darjah enam. iv. Kita hendaklah mementingkan kasih sayang dalam keluarga. Contoh: Kak Cik mendakap bonda erat-erat semasa bonda menangis selepas melihat tindakannya menampar adik. v. Kita haruslah sabar dalam menghadapi segala kerenah ahli keluarga.

Contoh: Bonda sangat sabar mendidik anak-anaknya terutama anak lelakinya, Mohd. Harraz yang bermasalah.

vi. Kita haruslah tabah menghadapi dugaan. Contoh: Bonda tetap tabah apabila suaminya dituduh mengedar dadah sehingga meninggal dunia dalam penjara. Soalan i. ii. Jelaskan tiga perwatakan adik. Berikan tiga pengajaran yang terdapat dalam cerpen ini.

Jawapan i. Tiga perwatakan adik ialah degil dan keras hati. Contohnya, adik tetap berdegil untuk keluar berjumpa rakan-rakannya walaupun dilarang oleh kakak dan ibunya kerana telah lewat malam. Seorang yang malas bersekolah dan terlibat dalam masalah sosial. Contohnya, adik berhenti sekolah semasa dalam darjah enam dan mula merokok. Seorang yang panas baran. Contohnya, ketika adik meminta wang RM 5.00 kepada bonda untuk membeli mercun, adik telah menghempas cawan kaca sehingga serpihannya terkena kaki bonda setelah bonda enggan memberikannya. ii. Tiga pengajaran cerpen ini ialah kita hendaklah gigih dalam mendidik anak-anak. Contohnya, bonda gigih mendidik adik yang bermasalah sehingga akhirnya menjadi orang yang berjaya. Pengajaran kedua kita mestilah bertanggungjawab terhadap anak-anak. Contohnya, walaupun bonda seorang ibu tunggal namun bonda bertanggungjawab mendidik, membesar dan memberi kasih sayang terhadap anak-anaknya. Ketiga kita mestilah berusaha untuk mengatasi masalah keciciran pelajar luar bandar. Contohnya, adik berhenti sekolah ketika darjah enam.

Sajak

UDUL KARYA DALAM ANTOLOGI HARGA SEBUAH LUKISAN MENGIKUT GENRE J Antologi e Harga Sebuah Lukisan ni s Bil G e n re Pantun Empat Kerat (Muafakat) Pantun Nasihat (Bersatu hati) Pantun Berkait (Bekerja) 1 Syair Panduan Untuk Para Remaja Syair Berbuat Jasa Syair li-Attar Gaib Fragmen Sebuah Kehidupan Kata-kata Keusangan Budaya 2 Seorang Insan Istimewa Pesan Buat Anak-anak Merdeka Rumput Puisi tradisional

Jumlah Karya

Drama

Cerpen

Hikayat Seri Kelantan Hikayat Patani Hikayat Marakarma Kuda Janggi Gerdana Mutiara Bonda Segala Yang Tercinta Ada Di Sana Harga Sebuah Lukisan Budi Semangkuk Daging Mencari Nafas Baru Sebuah Perjuangan Cabaran 23

Prosa Tradisional

You might also like