You are on page 1of 2

Kelemahan sistem barter Sistem barter boleh didefinisikan sebagai suatu sistem ekonomi di mana jual beli barang

dilakukan secara pertukaran barang dengan barang. Wang tidak digunakan sebagai alat perantaraan sebaliknya setiap individu saling bertukar barang antara satu sama lain untuk memenuhi keperluan masing-masing. Namun begitu, sistem barter ini mempunyai beberapa kelemahan, antaranya: a. Memerlukan penemuan dua kehendak serentak Untuk menjalankan urusniaga secara sistem barter, ia memerlukan penemuan dua pihak yang masingmasing mempunyai dua barang yang saling inginkan barang tersebut. Misalnya, individu A inginkan barang milik individu B dan individu B inginkan barang milik individu A. Keperluan penemuan dua kehendak serentak ini adalah sukar kerana kehendak individu adalah adalah berbeza dan berbagai. Oleh itu jika kehendak kedua-dua individu adalah berbeza, maka sistem barter tidak dapat dijalankan. Masalah penentuan nilai pertukaran Dalam sistem barter, pertukaran barang dengan barang adalah mengikut nilai pertukaran yang telah dipersetujui antara kedua-dua pihak. Misalnya, nilai seekor ayam sama dengan nilai lima ekor ikan yang sederhana besarnya. Oleh kerana sesuatu barang juga boleh ditukar dengan barang yang lain, maka nilai pertukaran lain pula harus ditetapkan. Dengan ini tiada suatu penentuan nilai pertukaran yang seragam terdapat dalam sistem barter. Membatasi pilihan pembeli Dalam sistem barter, pertukaran barang hanya berlaku antara dua barang yang

b.

c.

d.

e.

f.

dimiliki oleh individu masing-masing. Oleh itu setiap individu tiada pilihan barang yang lain yang boleh mereka perolehi untuk memenuhi kehendak mereka. Untuk memperolehi barang lain, individu perlu mencari individu lain yang mempunyai dua kehendak serentak. Bayaran tertunda sukar dilakukan Dalam urusniaga kredit yang menggunakan wang sebagai alat pertukaran, sesuatu pembayaran akan dilakukan pada suatu tarikh tertentu selepas penjualan barang. Dalam sistem barter, bayaran tertunda ini sukar dilakukan kerana sifat barang itu sendiri yang tidak tahan lama dan mudah rosak. Kesukaran membahagi barang ke unit yang lebih kecil Urusniaga yang dijalankan melalui sistem barter akan dilakukan mengikut nilai pertukaran yang telah ditetapkan. Misalnya, lima unit beras sama dengan satu unit kambing. Oleh itu pemilik kambing terpaksa menukarkan kambingnya untuk mendapatkan lima unit beras walaupun ia hanya memerlukan dua unit beras sahaja. Kesukaran menyimpan kekayaan dengan barang Untuk menyimpan kekayaan dalam bentuk barang memerlukan tempat dan kos untuk menyimpannya. Ini akan membebankan pemilik barang untuk menyediakannya. Selain dari itu barang yang akan disimpan ini tidak tahan lama dan cepat rosak

You might also like