You are on page 1of 2

Refleksi Nama: Anis Sofia Bt.

Mohamed Rashidi No Kad Pengenalan: 900109095044 Setelah berpenat lelah dengan pembentangan, kini akhirnya siap sudah tugasan hubungan etnik kali ini. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah saya, Puan Noraini Tahir yang banyak memberikan tunjuk ajar dan sokongan untuk menyiapkan tugasan ini. Semasa saya membuat tugasan ini, banyak perkara yang sapat saya pelajari. Saya dapat belajar tentang perlembagaan Malaysia dengan lebih mendalam. Malah, hubungan antara kaum juga dapat saya peroleh ilmunya yang tidak boleh dikutip di mana-mana. Selain itu, saya juga telah meningkatkan kemahiran pencarian maklumat saya seperti di internet, buku-buku dan perbincangan. Bahan-bahan bagi tajuk ini tidak begitu banyak dan kebanyakkanya semua di dalam bahasa Indonesia, namun secara gigih saya berjaya menukarkan ke dalam Bahasa Melayu. Kemudian, saya juga belajar untuk menghargai semua sistem-sistem Perlembagaan yang mana selama ini saya kurang titikberatkan. Secara jujurnya, dengan pembelajaran hubungan etnik ini, saya makin menghargai kedamaian sistem pemerintahan negara ini. Namun, pelbagai kekangan juga yang saya hadapi semasa menyiapkan tugasan ini seperti kekurangan sumber rujukan,dan kekurangan informasi dan ilmu yang lebih mendalam dalam bidang ini semasa pembentangan. Saya sedaya upaya untuk mencari pelbagai jenis sumber rujukan dengan perkongsian bersama rakan sekelas dan mencari buku-buku yang berkaitan dengan tajuk ini. Saya dan rakan kumpulan juga banyak berkumpul membuat perbincangan dan bersama-sama berkongsi idea. Terima Kasih yang tidak terhingga kepada semua ahli kumpulan saya. Akhir sekali, saya sangat bersyukur dengan tugasan ini dan saya berharap dapat menggunakan ilmu ini sebaik mungkin untuk anak murid saya kelak yang mana kita perlu lebih memahami sistem pemerintahan kita yang berlandaskan sistem raja berpelembagaan ini dan seterusnya kita harus mencurahkan segala rasa taat setia kita kepadanya.

You might also like