P. 1
Sejarah Teori Pembelajaran Behaviorisme

Sejarah Teori Pembelajaran Behaviorisme

|Views: 261|Likes:
Published by Saadah Nur

More info:

Published by: Saadah Nur on Apr 11, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/29/2014

pdf

text

original

SEJARAH TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME

Teori behaviorisme merupakan salah satu bidang kajian psikologi eksperimental yang kemudian diadopsi oleh dunia pendidikan. Meskipun dikemudian hari muncul berbagai aliran baru sebagai reaksi terhadap behaviorisme, namun harus diakui bahwa teori ini telah mendominasi argumentasi tentang fenomena belajar manusia hingga penghujung abad 20. Menurut teori behaviorisme, belajar dipandang sebagai perubahan tingkah laku, dimana perubahan tersebut muncul sebagai respons terhadap berbagai stimulus yang datang dari luar diri subyek. Secara teoritik, belajar dalam konteks behaviorisme melibatkan empat unsur pokok yaitu: drive, stimulus, response dan reinforcement. Apa yang dimaksudkan dengan drive iaitu suatu mekanisme psikologis yang mendorong seseorang untuk memenuhi kebutuhannya melalui aktivitas belajar. Stimulus yaitu ransangan dari luar diri subyek yang dapat menyebabkan terjadinya respons. Response adalah tanggapan atau reaksi terhadap rangsangan atau stimulus yang diberikan. Dalam perspektif behaviorisme, respons biasanya muncul dalam bentuk perilaku yang kelihatan. Reinforcement adalah penguatan yang diberikan kepada subyek belajar agar ia merasakan adanya kebutuhan untuk memberikan respons secara berkelanjutan. Disamping itu, pandangan Pavlov, Thorndike, Watson, dan Skiner umumnya telah digunakan secara luas sebagai asumsi dalam pengembangan model-model pembelajaran, maupun dalam mempreskripsikan strategi pembelajaran yang berbasis pada teori behaviorisme.

http://wadira358.blogspot.com/2010/08/sejarah-teori-pembelajaranbehaviorisme.html http://eprints.utm.my/10358/1/bab11.pdf

Pengetahuan dilihat sebagai sedia ada dan mutlak (pengetahuan objektif). Pelajar hanya memberi respons kepada tuntutan persekitaran. bahasa dikuasai melalui proses pengulangan. Teori ini sangat dominan dalam tahun 1950an dan 1960an dan masih berpengaruh hari ini. hidu dan sebagainya. bahan rakaman. Bahan Bantu Mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru/ murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas Kepelbagaian BBM dapat mempelbagaikan kegiatan atau pengalaman murid-murid belajar mengikut peringkat atau kebolehannya daripada mudah ke sukar. demontrasi. pameran. Pengetahuan dan pemerolehannya adalah daripada sumber luaran. rasa. gambar-gambar. peranan pensyarah adalah dominan. kapur dan gambar-gambar sahaja. Watson dan Skinner di Amerika Syarikat. papan hitam. Behaviurisme dikaitkan dengan Pavlov di Russia (idea classical conditioning melalui “dog-salivation-experiment”nya iaitu membuatkan anjing meleleh air liurnya apabila loceng dibunyikan) dan Thorndike. filem-filem dan sebagainya. malah yang lebih dahulu muncul ialah behaviurisme. mendengar. Ringkasnya. Fahaman alternatif. pengalaman dramatized. . tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua pancaindera melihat.Apakah TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME TEORI PEMBELAJARAN TINGKAHLAKU (BEHAVIORISME) DAN PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU Mengikut teori behaviurisme. Implikasinya. pengalamaan rekaan. seperti pengalaman langsung ke pengalaman abstrak. Kebanyakan eksperimen awal golongan pengikut behaviurisme menggunakan binatang (Skinner misalnya menggunakan burung merpati dan tikus putih) yang memfokus kepada perlakuan refleksif organisma apabila dikenakan rangsangan (stimuli) tertentu. Kecekapan akan dikuasai jika kita sering berlatih. behaviurisme cuba menjelaskan pembelajaran tanpa merujuk kepada proses kognitif. Oleh itu bahasa dikaji dari sudut rangsangan dan gerak balas. iaitu mengulang sebanyak mungkin sesuatu kemahiran bahasa sehingga menjadi suatu kebiasaan atau rutin. dan pembelajaran dilihat sebagai satu proses pasif. Peralatan mengajar bukan terhad kepada buku-buku teks. Sebagai guru kita harus memastikan rangsangan dalam bilik darjah (termasuk tingkah laku guru) menimbulkan persasaan keseronokkan serta keselesaan dan bukan perasaan takut atau risau. . iaitu minda seperti bekas kosong yang diisi melalui pengalaman atau pengukuhan melalui rangsangan. Aspek penting teori behaviurisme yang mempunyai implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikan tinggi adalah pelajar dilihat sebagai menyesuaikan diri dengan persekitaran. merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid.

Manakala Hanapiah Sudin ( 1979: 51-52 ) dan Khairiah Ahmad ( 1980-13 ) mengkelaskannya kepada dua iaitu “ software” dan “ hardware” Ngui Kuen Sang (1981: 35 ) “ mengenai BBM.” Thomas. piring hitam. carta. Hal ini ada ditegaskan oleh Elly.Atan Long ( 1981: 179-203 ) membahagikan alat bantu mengajar kepada tiga kumpulan: alat pendengaran. dan Gerlach." Mutu bahan bantu mengajar (BBM) juga diambil kira dalam pembinaan dan pemilihannya sebagai bahan pengajaran. bahan maujud (realia) dan sebagainya.Murray. papan flanel. atau dibubuh pada slaid dan dipancarkan pada skrin. kita tidak dapat memberi takrif yang tetap walaupun pada keseluruhannya ramai pendidik menyetujui bahawa penggunaan BBM dalam situasi pengajaran pembelajaran adalah pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan pandangan seseorang. carta.radio kaset. iii. Bahan-bahan yang menggunakan media elektronikseperti filem pelajaran. kad-kad imbasan. filem jalur. pita video. misalnya dalam bentuk buku. internet dan sebagainya. tetapi guru perlu bertindak sebagai pengolah bahan-bahan ini agar bahan-bahan pengajaran tersebut menjadi lebih kreatif dan menyeronokkan.surat khabar. gambar. Ia harus dipilih sesuai dengan bahan yang hendak kita ajarkan dan secocok dengan murid-murid yang terlibat. buku dan sebagainya. papan hitam. Pembinaannya biarlah mengikut lunas-lunas yang tertentu seperti jelas (bunyi dan rupa – sebutan ). V. radio. Husin dan Siti Hajar Hj. intonasi dan nada. Noraziah Abdul Hamid ( 1981) membahagikan BBM kepada dua iaitu media elektronik dan media bukan elektronik. komputer. Bahan yang tidak menggunakan media bukan elektronik – seperti suara. slaid. projek. kemantapan emosi dan daya penghargaan. seperti yang diketahui bahan-bahan tersebut hanya bertindak membantu sahaja. Alat-alat penyampaiannya dinamakan BBM. Bahan bercorak pengalaman . lawatan. pameran. ii. model. papan magnet. papan putih.P. pita rakaman. televisyen. 1997 : 293): The effectiveness of any medium depends on the creativity of the teacher using it. Abdul Aziz. overhead projektor (OHP).S. D. keharmonian warna ( gambar ) .” Berdasarkan pendapat-pendapat di atas bolehlah disimpulkan bahawa BBM boleh dibahagikan kepada tiga kategori: i. Walau bagaimanapun.” Atan Long ( 1982: 174 ) “ BBM terdiri daripada pelbagai bahan dan sesuatu bahan boleh disampaikan dengan pelbagai cara. CD .saperti lakonan. Swartout. alat-alat pandangan dan alat pandang-dengar. R. (di dalam Kamaruddin Hj. Sherwin G ( 1963) “ …hanya alat bantu mengajar yang mempunyai komunikatif tinggi yang mampu membantu pelajar memperolehi pengalaman belajar yang berfaedah bagi mengembangkansikap ilmiah dan sikap sosial.

buluh. kain-kain perca. Bahan-bahan terbuang atau bahan maujud di sekitarnya digunakan sepenuhnya seperti rotan. Pelajar hanya memberi respons kepada tuntutan persekitaran. Contohnya .kesesuaian saiz. jika dikaitkan dengan pengajaran topik Konsep Asas Sistem Komputer beberapa kaedah dan strategi boleh diterapkan semasa proses pengajaran dijalankan di dalam kelas . batu-batan. daun-daun kering dan sebagainya. Pengetahuan dilihat sebagai sedia ada dan mutlak (pengetahuan objektif). ranting kayu. Guru haruslah mengesan kemajuan pelajar dengan mengemukakan soalan atau memberi tugasan supaya pelajar dapat mengaplikasikan ilmu yang di pelajari .Guru haruslah memberitahu pelajar bahawa tajuk ini sangat menarik dan penting kerana ia akan mendedahkan pelajar kepada pengetahuan asas mengenai perkakasan sistem komputer . guli. Sebagai contoh . pusat beli belah. bentuk huruf atau carta dan keteguhannya. pejabat pos. seorang guru itu harus merangsang pelajar untuk mengingat semula isi kandungan yang telah di pelajari sebelum ini . sebelum memulakan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran . guru memberi tugasan kepada pelajar bagaimana untuk mendapatkan data mengenai jenis perkakasan komputer terkini di pasaran tajuk perkakasan komputer yang telah dipelajari sebelum itu. susunan idea semasa bercakap juga penting dan juga menggunakan pelbagai media yang relevan contohnya carta alir . sarung kaki lama. Guru juga harus menggalakkan pelajar berbincang dan menyuruh pelajar mengajar rakan-rakan mereka yang tidak faham tentang topik yang di ajar pada hari itu . suara guru haruslah jelas dan berintonasi . Implikasinya. dan pembelajaran dilihat sebagai satu proses pasif. Alat itu juga harus mudah dibuat. Menurut (Gagne. Guru perlu memberitahu pelajar tentang objektif pelajaran dan apa yang diharapkan satelah selesai mengikuti pengajaran dan pembelajaran . Aspek penting teori behaviurisme yang mempunyai implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikan tinggi adalah pelajar dilihat sebagai menyesuaikan diri dengan persekitaran. Guru juga harus mempersembahkan bahan yang merangsangkan iaitu melalui beberapa soalan . Contohnya dalam pengajaran pembelajaran perkakasan komputer . batang ice cream. Pengetahuan dan pemerolehannya adalah daripada sumber luaran. surat khabar lama. pihak swasta dan sebagainya. gambarajah dan juga slaid projektor . lidi.kotak rokok. tin-tin kosong. Selain itu . iaitu minda seperti bekas kosong yang diisi melalui pengalaman atau pengukuhan melalui rangsangan. Berdasarkan sembilan elemen ini . Daripada . buah getah.guru perlu menjelaskan mengapa tajuk ini amat penting untuk di pelajari dan apakah kegunaan dan kepentingannya terhadap pelajar . tudung botol. terdapat sembilan elemen yang baik untuk sesuatu pengajaran .pada permulaan pengajaran seorang guru itu haruslah pandai menarik perhatian dengan menyediakan bahan bantu mengajar yang boleh menarik perhatian seperti persembahan powerpoint yang menarik terutamanya untuk menerangkan tentang tajuk mengenai asas perkasan komputer ke dalam kelas . kulit siput. kulit-kulit siput. diperbuat dari bahan-bahan yang murah dan boleh didapati secara percuma seperti di jabatanjabatan kerajaan. peranan pensyarah adalah dominan.Briggs dan Wager 1992) dalam teori pembelajaran tingkahlaku (Behaviorisme) .

Cekap mempersuaikan keperluan murid dan masa yang diperuntukkan. pelbagai guna dan tahan lama seperti alat-alat matematik. Boleh melengkapkan pelajar untuk menggunakan bahasa secara efektif. Walau bagaimanapun. Mempunyai perkaitan antara aspek bahasa. Seboleh-bolehnya sebelum guru memilih bahan pengajaran yang hendak digunakan. Guru-guru ini bukan sahaja mengenali batang tubuh setiap muridnya tetapi ia tahu juga kebolehan dan minat muridnya. Virag. pen. model-model bangunan dan sebagainya.” Kecekapan seseorang guru menggunakan BBM adalah penting kerana kegagalannya menyebabkan pengajaran menjadi tidak berkesan atau merosakkan pelajaran itu seluruhnya.1976 “ seseorang individu dalam suasana pembelajaran adalah tertakluk kepada pelbagai bahan pengajaran. kad-kad huruf atau perkataan. BBM seharusnya bersabit dengan tujuan pelajaran dan bahan yang hendak disampaikan. Memandangkan proses pembelajaran sekarang lebih cenderung berpusat kepada pelajar (student oriented). BBM sentiasa berada di dalam keadaan baik. Pengalaman mengajarnya yang lama itu digunakan sepenuhnya. Guru perlu mengambil kira kandungan pengajaran yang hendak disampaikan kepada para pelajar dan kepentingan mereka mempelajarinya. Semasa penyampaian bahan pengajaran dilakukan. lasak. malah perlu mengambil kira perkembangan para pelajar melalui penggunaan bahan-bahan pengajaran yang dipilih. Bahan pengajaran yang baik tidak hanya menekankan kepada aspek bahasa dan penggunaannya sahaja. Sekiranya tidak. kemas dan teratur. terang. teknik-teknik dan peringkat-peringkat penyampaian pengajaran… suasana pembelajaran ini pula adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti kaedah penyampaian dan bahan pengajaran yang digunakan dalam suasana fizikal yang direka untuk pembelajaran. usaha menyediakannya adalah sia-sia sahaja. Antara prinsip-prinsip umum pemilihan bahan pengajaran ialah: i. terdapat beberapa prinsip umum yang perlu dititikberatkan juga bagi membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan pengajaran mereka. ii. guru perlu lebih peka terhadap situasi pelajar dan bukan hanya mementingkan aspek pengajaran semata-mata. boleh beroperasi dan menepati fungsinya. supaya jelas. Bahan pengajaran mestilah berkaitan dengan matlamat dan objektif pengajaran. aktiviti yang pelbagai perlu ditimbulkan agar pelajar dapat latihan yang mencukupi untuk diaplikasikan kepada situasi yang sebenar dan memudahkan para pelajar untuk berkomunikasi dengan masyarakat. Masa mengendalikan BBM dan tidak mengalami sebarang kesulitan apabila tiba masa menggunakannya. Guru harus pandai memilih butir-butir penting yang perlu ditulis.bahan terbuang ini guru-guru dahulu berjaya mencipta berbagai-bagai BBM yang menarik. proses pembelajaran dan pelajaran. iii. Ia cuba melibatkan berbagai pancaindera murid seperti yang disarankan oleh Wayne F. . Ketiga-tiga aspek ini perlu ditekankan sama rata. guru perlu menentukan objektif pengajaran atau matlamat pengajaran yang hendak dicapai terlebih dahulu. agar pemilihan bahan pengajaran tidak dilakukan dengan sewenang-wenangnya.

Kepentingan Bahan Bantu Mengajar ( BBM) di dalam Pengajaran dan Pembelajaran Mengikut Charles F. BBM menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep v. Husin ( 1988: 242 ) merumuskan kepentingan BBM seperti berikut: i. vi. menyediakan pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan mudah oleh cara-cara lain. Falsafah pendidikan negara ialah untuk melahirkan individu yang berpengetahuan selaras dengan konsep Melayu Islam Beraja. Finn dan Edgar Dale ( 1964 : 65 ) kepentingan BBM bolehlah dirumuskan seperti berikut: iv. bahan-bahan pengajaran yang senang kepada yang lebih susah. berakhlak dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Hoban. Dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal vii. iv. Penggunaan BBM adalah penting kerana ada tempatnya penggunaan BBM moden sekarang tidak dapat mengambil alih semua tugas guru. memberi rangsangan dan minat murid-muird. iii. Sebagai daya penarik penting kepada seseorang pelajar vi. BBM tradisi seperti . Boleh mencabar pemikiran pelajar. RUMUSAN Guru yang cemerlang ialah guru yang dapat menyampaikan isi pelajaran kepada anak didiknya dengan berkesan. Bahan pengajaran juga hendaklah terdiri daripada bahan-bahan yang boleh mencabar pemikiran pelajar.iv. ii. Kamarudin Hj. Bahan pengajaran yang dipilih perlulah mengikut peredaran zaman ataupun keadaan semasa. Sesuai dengan hasrat falsafah pendidikan negara. bahan-bahan yang konkrit kepada sesuatu yang abstrak dan yang seumpamanya. Tujuannya adalah untuk melahirkan masyarakat yang berilmu. Guru tidak boleh hanya menggunakan bahan-bahan pengajaran yang lepas tetapi perlu ada pembaharuan kerana pelajar lebih cenderung kepada sesuatu yang baru. dapat menguatkan kefahaman dan mempercepatkan perkembangan perbendaharaan kata.Boleh memberi pengalaman baru dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam. James D. Memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti sendiri di kalangan pelajar viii. Sesuai dengan keadaan dan nilai semasa. pelbagai kaedah dan teknik digunakan oleh guru dalam memenuhi keperluan ini. membekalkan dasar perkembangan pembelajaran dan menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal. Contohnya. Antara wadah yang dikenal pasti ialah penggunaan bahan Bantu mengajar (BBM). menjadikan pembelajaran murid-murid lebih mendalam dan beragam. v. Justeru.

ini pasti menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik lagi. Aziz Abd. RUJUKAN Abdul Rasid Jamian & Yahya Othman. kerana salah satu syarat untuk menjadi seorang guru yang baik ialah ia mempunyai nilai kreativiti yang baik seperti di dalam seni lukis. ( 1989 ). Kebolehan guru mempelbagaikan bahan-bahan pengajaran dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan lebih baik dan kreatif. seni sastera. kad ayat-kad ayat. bahan asli di sekeliling murid perlu digunakan bersama dengan BBM moden masa kini. keperluan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Petaling Jaya. Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip. kepelbagaian bahan-bahan pengajaran tersebut dapat menarik minat dan perhatian mereka untuk menumpukan perhatian sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran berlangsung. seni suara dan sebagainya. . Edisi Kedua. ……. Pemilihan dan penyesuaian bahan pengajaran adalah penting untuk pengajaran bahasa khasnya dan pengajaran mata pelajaran yang lain amnya. Psikologi Pendidikan. Husin. gurindam dan sajak adalah ditulis dan diciptanya sendiri dan mereka ini tekun dan merasa puas dengan hasil karyanya tanpa mengharapkan pujian atau penghargaan dari orang lain. papan gulung. Bhd. Longman Malaysia Snd.Subang Jaya: ……Kumpulan. Serdang: Universiti Putra Malaysia. Pedagogi Bahasa (Perkaedahan). Ee Ah Meng. Kaedah dan Teknik. menarik dan jelas sudah tentu menghasilkan BBM yang menarik seperti tulisan pada kad-kad imbasan. “ Kembali ke Asas” adalah perlu dan sesuai dengan cadangan pelopornya John Dewey (1961) yang mahukan pendemokrasian pendidikan yang sentiasa berubah (cycle) dari tahap ke tahap mengikut masa. Pedagogi I. Talib. seni ukir. (2001). Siri Pendidikan Fajar Bakti. Mata pelajaran menulis cantik seperti seni khat atau tulisan rumi dan jawi perlu dihidupkan semula. Begitu juga hasil-hasil karya sastera seperti puisi – pantun. Ahmad.Cheras: Utusan Publications & Distributors Sdn. (2006). Manakala bagi para pelajar pula. (2000). Hj. papan hitam. kemas. Nilai seni BBM adalah diberi perhatian serius.penggunaan bahan maujud. kehendak masyarakat danberbagai fenomena di sekelilingnya. Ekspektasi Guru dan Pelajar ……. Kamarudin Hj. syair. Sikap guru masa kini meninggalkan penggunaan BBM lama dengan merasakan bahawa penggunaan BBM moden boleh memenuhi segala-galanya adalah meleset sama sekali. Asmah bt. ( 1989 )Pendidikan di Malaysia Untuk Guru Pelatih. Bhd. Selangor. Bhd. guru juga perlu memastikan kesemua bahan-bahan pengajaran yang digunakan memenuhi matlamat pengajaran dan bersesuaian dengan keperluan pengajaran dan pembelajaran.. Abd. carta-carta dan sebagainya. Tulisan guru-guru dahulu sungguh cantik. Siri Pendidikan Longman. Atan Long (1986). Selain itu.TerhadapPenggunaan Bahan Bantu Mengajar BahasaMelayu. Budiman Sdn.

Kuala Lumpur: Heinemann Malaysia Snd. (2007).Pengajaran Bahasa. Bhd.( 1988 ) Alat Bantu Mengajar Dalam. …….Bhd. (1987).html ..Mat Nor Hussin. Kasnani Ab. ……. Siri Pendidikan Longman. Jami’ah Mohamad. Selangor. Longman Malaysia Snd. Rashid. Rahman Ab. Rahil Mahyuddin.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan PustakaMalaysia http://e-pendidikan. Siri Maktab Perguruan. Petaling Jaya” Addison Wesley Logman Sdn. ………. Bhd. Bahan Bantu Mengajar Memperkukuh Bahasa Melayu. (2000). Yahya Othman. Sharifah Alawiah Alsagoff.net/guruinternet. Karim. Sosiologi Pendidikan.Psikologi Pendidikan II. Ab.

malah yang lebih dahulu muncul ialah behaviurisme. Behaviurisme dikaitkan dengan Pavlov di Russia (idea classical conditioning melalui “dog-salivation-experiment”nya iaitu membuatkan anjing meleleh air liurnya apabila loceng dibunyikan) dan Thorndike. behaviurisme cuba menjelaskan pembelajaran tanpa merujuk kepada proses kognitif. Pelajar hanya memberi respons kepada tuntutan persekitaran. iaitu mengulang sebanyak mungkin sesuatu kemahiran bahasa sehingga menjadi suatu kebiasaan atau rutin. Kebanyakan eksperimen awal golongan pengikut behaviurisme menggunakan binatang (Skinner misalnya menggunakan burung merpati dan tikus putih) yang memfokus kepada perlakuan refleksif organisma apabila dikenakan rangsangan (stimuli) tertentu. Ringkasnya. Watson dan Skinner di Amerika Syarikat. Aspek penting teori behaviurisme yang mempunyai implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikan tinggi adalah pelajar dilihat sebagai menyesuaikan diri dengan persekitaran. Kecekapan akan dikuasai jika kita sering berlatih. iaitu minda seperti bekas kosong yang diisi melalui pengalaman atau pengukuhan melalui rangsangan. Pengetahuan dilihat sebagai sedia ada dan mutlak (pengetahuan objektif). dan pembelajaran dilihat sebagai satu proses pasif. Pengetahuan dan pemerolehannya adalah daripada sumber luaran. peranan pensyarah adalah dominan. Teori ini sangat dominan dalam tahun 1950an dan 1960an dan masih berpengaruh hari ini.Apakah TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME TEORI PEMBELAJARAN TINGKAHLAKU (BEHAVIORISME) DAN PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU Mengikut teori behaviorisme. Oleh itu bahasa dikaji dari sudut rangsangan dan gerak balas. Sebagai guru kita harus memastikan rangsangan dalam bilik darjah (termasuk tingkah laku guru) menimbulkan persasaan keseronokkan serta keselesaan dan bukan perasaan takut atau risau. bahasa dikuasai melalui proses pengulangan. Bahan Bantu Mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru/ murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas Kepelbagaian BBM dapat mempelbagaikan kegiatan atau pengalaman murid-murid belajar mengikut peringkat atau kebolehannya daripada . Fahaman alternatif. Implikasinya.

gambar-gambar. Atan Long ( 1981: 179-203 ) membahagikan alat bantu mengajar kepada tiga kumpulan: alat pendengaran. Manakala Hanapiah Sudin ( 1979: 51-52 ) dan Khairiah Ahmad ( 1980-13 ) mengkelaskannya kepada dua iaitu “ software” dan “ hardware” Ngui Kuen Sang (1981: 35 ) “ mengenai BBM. slaid. kemantapan emosi dan daya penghargaan. Alat-alat penyampaiannya dinamakan BBM.mudah ke sukar. CD . filem-filem dan sebagainya. iii. kita tidak dapat memberi takrif yang tetap walaupun pada keseluruhannya ramai pendidik menyetujui bahawa penggunaan BBM dalam situasi pengajaran pembelajaran adalah pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan pandangan seseorang.” Thomas. Bahan bercorak pengalaman . kapur dan gambargambar sahaja. bahan rakaman. mendengar. buku dan sebagainya. papan hitam. model. komputer. Bahan yang tidak menggunakan media bukan elektronik – seperti suara. projek. kad-kad imbasan.” Atan Long ( 1982: 174 ) “ BBM terdiri daripada pelbagai bahan dan sesuatu bahan boleh disampaikan dengan pelbagai cara. carta. alat-alat pandangan dan alat pandang-dengar. seperti pengalaman langsung ke pengalaman abstrak. Bahan-bahan yang menggunakan media elektronikseperti filem pelajaran. misalnya dalam bentuk buku. hidu dan sebagainya. overhead projektor (OHP).radio kaset. pita video. pameran. internet dan sebagainya. pameran. . Swartout.saperti lakonan.surat khabar. merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid. atau dibubuh pada slaid dan dipancarkan pada skrin. pengalaman dramatized. Noraziah Abdul Hamid ( 1981) membahagikan BBM kepada dua iaitu media elektronik dan media bukan elektronik. papan hitam.” Berdasarkan pendapat-pendapat di atas bolehlah disimpulkan bahawa BBM boleh dibahagikan kepada tiga kategori: i. bahan maujud (realia) dan sebagainya. papan putih. tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua pancaindera melihat. Peralatan mengajar bukan terhad kepada buku-buku teks. pengalamaan rekaan. ii. radio. demontrasi. lawatan. gambar. rasa. papan flanel. carta. papan magnet. Sherwin G ( 1963) “ …hanya alat bantu mengajar yang mempunyai komunikatif tinggi yang mampu membantu pelajar memperolehi pengalaman belajar yang berfaedah bagi mengembangkansikap ilmiah dan sikap sosial. pita rakaman.Murray. filem jalur. piring hitam. R. televisyen. .

Guru juga harus mempersembahkan bahan yang merangsangkan iaitu melalui beberapa soalan . pusat beli belah.S. bentuk huruf atau carta dan keteguhannya. Alat itu juga harus mudah dibuat. guru memberi tugasan kepada pelajar bagaimana untuk mendapatkan . Husin dan Siti Hajar Hj. keharmonian warna ( gambar ) kesesuaian saiz. (di dalam Kamaruddin Hj. Contohnya dalam pengajaran pembelajaran perkakasan komputer ." Mutu bahan bantu mengajar (BBM) juga diambil kira dalam pembinaan dan pemilihannya sebagai bahan pengajaran. Menurut (Gagne. dan Gerlach. seorang guru itu harus merangsang pelajar untuk mengingat semula isi kandungan yang telah di pelajari sebelum ini .guru perlu menjelaskan mengapa tajuk ini amat penting untuk di pelajari dan apakah kegunaan dan kepentingannya terhadap pelajar . Selain itu . Guru perlu memberitahu pelajar tentang objektif pelajaran dan apa yang diharapkan satelah selesai mengikuti pengajaran dan pembelajaran . tetapi guru perlu bertindak sebagai pengolah bahan-bahan ini agar bahan-bahan pengajaran tersebut menjadi lebih kreatif dan menyeronokkan. suara guru haruslah jelas dan berintonasi . intonasi dan nada. Ia harus dipilih sesuai dengan bahan yang hendak kita ajarkan dan secocok dengan murid-murid yang terlibat. Sebagai contoh .Guru haruslah memberitahu pelajar bahawa tajuk ini sangat menarik dan penting kerana ia akan mendedahkan pelajar kepada pengetahuan asas mengenai perkakasan sistem komputer . gambarajah dan juga slaid projektor . Guru haruslah mengesan kemajuan pelajar dengan mengemukakan soalan atau memberi tugasan supaya pelajar dapat mengaplikasikan ilmu yang di pelajari . Contohnya . sebelum memulakan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran . Guru juga harus menggalakkan pelajar berbincang dan menyuruh pelajar mengajar rakan-rakan mereka yang tidak faham tentang topik yang di ajar pada hari itu .Walau bagaimanapun. Berdasarkan sembilan elemen ini . susunan idea semasa bercakap juga penting dan juga menggunakan pelbagai media yang relevan contohnya carta alir .P. pejabat pos.pada permulaan pengajaran seorang guru itu haruslah pandai menarik perhatian dengan menyediakan bahan bantu mengajar yang boleh menarik perhatian seperti persembahan powerpoint yang menarik terutamanya untuk menerangkan tentang tajuk mengenai asas perkasan komputer ke dalam kelas . Pembinaannya biarlah mengikut lunas-lunas yang tertentu seperti jelas (bunyi dan rupa – sebutan ). diperbuat dari bahan-bahan yang murah dan boleh didapati secara percuma seperti di jabatanjabatan kerajaan. terdapat sembilan elemen yang baik untuk sesuatu pengajaran .Briggs dan Wager 1992) dalam teori pembelajaran tingkahlaku (Behaviorisme) . D. 1997 : 293): The effectiveness of any medium depends on the creativity of the teacher using it. pihak swasta dan sebagainya. seperti yang diketahui bahan-bahan tersebut hanya bertindak membantu sahaja. Hal ini ada ditegaskan oleh Elly. V. jika dikaitkan dengan pengajaran topik Konsep Asas Sistem Komputer beberapa kaedah dan strategi boleh diterapkan semasa proses pengajaran dijalankan di dalam kelas . Abdul Aziz.

kad-kad huruf atau perkataan. Implikasinya. lidi. buah getah.” Kecekapan seseorang guru menggunakan BBM adalah penting kerana kegagalannya menyebabkan pengajaran menjadi tidak berkesan atau merosakkan pelajaran itu seluruhnya. Masa mengendalikan BBM dan tidak mengalami sebarang kesulitan apabila tiba masa menggunakannya. batang ice cream. Cekap mempersuaikan keperluan murid dan masa yang diperuntukkan. Pengetahuan dilihat sebagai sedia ada dan mutlak (pengetahuan objektif). Virag. Guru-guru ini bukan sahaja mengenali batang tubuh setiap muridnya tetapi ia tahu juga kebolehan dan minat muridnya. Pengalaman mengajarnya yang lama itu digunakan sepenuhnya. . Aspek penting teori behaviurisme yang mempunyai implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikan tinggi adalah pelajar dilihat sebagai menyesuaikan diri dengan persekitaran. Daripada bahan terbuang ini guru-guru dahulu berjaya mencipta berbagai-bagai BBM yang menarik. buluh. surat khabar lama. batu-batan. guli. iaitu minda seperti bekas kosong yang diisi melalui pengalaman atau pengukuhan melalui rangsangan. kemas dan teratur. terang. Bahan-bahan terbuang atau bahan maujud di sekitarnya digunakan sepenuhnya seperti rotan.kotak rokok. ranting kayu. Guru harus pandai memilih butir-butir penting yang perlu ditulis. pelbagai guna dan tahan lama seperti alat-alat matematik. Pelajar hanya memberi respons kepada tuntutan persekitaran. sarung kaki lama.1976 “ seseorang individu dalam suasana pembelajaran adalah tertakluk kepada pelbagai bahan pengajaran. dan pembelajaran dilihat sebagai satu proses pasif.data mengenai jenis perkakasan komputer terkini di pasaran tajuk perkakasan komputer yang telah dipelajari sebelum itu. Sekiranya tidak. peranan pensyarah adalah dominan. teknikteknik dan peringkat-peringkat penyampaian pengajaran… suasana pembelajaran ini pula adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti kaedah penyampaian dan bahan pengajaran yang digunakan dalam suasana fizikal yang direka untuk pembelajaran. kulit siput. tudung botol. daun-daun kering dan sebagainya. boleh beroperasi dan menepati fungsinya. Ia cuba melibatkan berbagai pancaindera murid seperti yang disarankan oleh Wayne F. usaha menyediakannya adalah sia-sia sahaja. pen. Pengetahuan dan pemerolehannya adalah daripada sumber luaran. BBM seharusnya bersabit dengan tujuan pelajaran dan bahan yang hendak disampaikan. kulit-kulit siput. BBM sentiasa berada di dalam keadaan baik. lasak. supaya jelas. kain-kain perca. tin-tin kosong. model-model bangunan dan sebagainya.

. Sesuai dengan hasrat falsafah pendidikan negara. guru perlu menentukan objektif pengajaran atau matlamat pengajaran yang hendak dicapai terlebih dahulu. v. proses pembelajaran dan pelajaran. Boleh melengkapkan pelajar untuk menggunakan bahasa secara efektif. Ketiga-tiga aspek ini perlu ditekankan sama rata. Guru perlu mengambil kira kandungan pengajaran yang hendak disampaikan kepada para pelajar dan kepentingan mereka mempelajarinya. Contohnya. Sesuai dengan keadaan dan nilai semasa. Bahan pengajaran yang baik tidak hanya menekankan kepada aspek bahasa dan penggunaannya sahaja. bahan-bahan pengajaran yang senang kepada yang lebih susah. Falsafah pendidikan negara ialah untuk melahirkan individu yang berpengetahuan selaras dengan konsep Melayu Islam Beraja. aktiviti yang pelbagai perlu ditimbulkan agar pelajar dapat latihan yang mencukupi untuk diaplikasikan kepada situasi yang sebenar dan memudahkan para pelajar untuk berkomunikasi dengan masyarakat. Memandangkan proses pembelajaran sekarang lebih cenderung berpusat kepada pelajar (student oriented). bahan-bahan yang konkrit kepada sesuatu yang abstrak dan yang seumpamanya. vi. agar pemilihan bahan pengajaran tidak dilakukan dengan sewenang-wenangnya. Antara prinsip-prinsip umum pemilihan bahan pengajaran ialah: i. berakhlak dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. terdapat beberapa prinsip umum yang perlu dititikberatkan juga bagi membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan pengajaran mereka. guru perlu lebih peka terhadap situasi pelajar dan bukan hanya mementingkan aspek pengajaran semata-mata. Sebolehbolehnya sebelum guru memilih bahan pengajaran yang hendak digunakan. iii. Bahan pengajaran juga hendaklah terdiri daripada bahanbahan yang boleh mencabar pemikiran pelajar.Walau bagaimanapun. Mempunyai perkaitan antara aspek bahasa. Semasa penyampaian bahan pengajaran dilakukan. Bahan pengajaran mestilah berkaitan dengan matlamat dan objektif pengajaran. Guru tidak boleh hanya menggunakan bahanbahan pengajaran yang lepas tetapi perlu ada pembaharuan kerana pelajar lebih cenderung kepada sesuatu yang baru. iv. Bahan pengajaran yang dipilih perlulah mengikut peredaran zaman ataupun keadaan semasa. Tujuannya adalah untuk melahirkan masyarakat yang berilmu. ii. Boleh mencabar pemikiran pelajar. malah perlu mengambil kira perkembangan para pelajar melalui penggunaan bahan-bahan pengajaran yang dipilih.

membekalkan dasar perkembangan pembelajaran dan menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal. Husin ( 1988: 242 ) merumuskan kepentingan BBM seperti berikut: i. memberi rangsangan dan minat murid-muird. menyediakan pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan mudah oleh cara-cara lain. pelbagai kaedah dan teknik digunakan oleh guru dalam memenuhi keperluan ini. Antara wadah yang dikenal pasti ialah penggunaan bahan Bantu mengajar (BBM). Finn dan Edgar Dale ( 1964 : 65 ) kepentingan BBM bolehlah dirumuskan seperti berikut: iv. iii. Memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti sendiri di kalangan pelajar viii. James D. Kamarudin Hj. Justeru. Dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal vii. Penggunaan BBM adalah penting kerana ada tempatnya penggunaan BBM moden sekarang tidak dapat mengambil alih . menjadikan pembelajaran murid-murid lebih mendalam dan beragam. dapat menguatkan kefahaman dan mempercepatkan perkembangan perbendaharaan kata.Boleh memberi pengalaman baru dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam. iv.Kepentingan Bahan Bantu Mengajar ( BBM) di dalam Pengajaran dan Pembelajaran Mengikut Charles F. ii. Hoban. Sebagai daya penarik penting kepada seseorang pelajar vi. BBM menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep v. RUMUSAN Guru yang cemerlang ialah guru yang dapat menyampaikan isi pelajaran kepada anak didiknya dengan berkesan.

Abd. Ekspektasi Guru dan Pelajar ……. Sikap guru masa kini meninggalkan penggunaan BBM lama dengan merasakan bahawa penggunaan BBM moden boleh memenuhi segala-galanya adalah meleset sama sekali. carta-carta dan sebagainya. papan gulung. Siri Pendidikan Longman. Longman Malaysia Snd. kad ayat-kad ayat.TerhadapPenggunaan Bahan Bantu Mengajar BahasaMelayu. keperluan. kepelbagaian bahan-bahan pengajaran tersebut dapat menarik minat dan perhatian mereka untuk menumpukan perhatian sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran berlangsung. menarik dan jelas sudah tentu menghasilkan BBM yang menarik seperti tulisan pada kad-kad imbasan. seni ukir.Cheras: Utusan Publications & Distributors Sdn. gurindam dan sajak adalah ditulis dan diciptanya sendiri dan mereka ini tekun dan merasa puas dengan hasil karyanya tanpa mengharapkan pujian atau penghargaan dari orang lain. seni suara dan sebagainya. seni sastera. bahan asli di sekeliling murid perlu digunakan bersama dengan BBM moden masa kini. (2000). Pemilihan dan penyesuaian bahan pengajaran adalah penting untuk pengajaran bahasa khasnya dan pengajaran mata pelajaran yang lain amnya. Aziz Abd. . Asmah bt. Pedagogi I. RUJUKAN Abdul Rasid Jamian & Yahya Othman. Atan Long (1986). Begitu juga hasil-hasil karya sastera seperti puisi – pantun. papan hitam. ( 1989 ). Manakala bagi para pelajar pula. “ Kembali ke Asas” adalah perlu dan sesuai dengan cadangan pelopornya John Dewey (1961) yang mahukan pendemokrasian pendidikan yang sentiasa berubah (cycle) dari tahap ke tahap mengikut masa. Kebolehan guru mempelbagaikan bahan-bahan pengajaran dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan lebih baik dan kreatif.semua tugas guru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Bhd. BBM tradisi seperti penggunaan bahan maujud. Serdang: Universiti Putra Malaysia. Bhd. kerana salah satu syarat untuk menjadi seorang guru yang baik ialah ia mempunyai nilai kreativiti yang baik seperti di dalam seni lukis. Selangor. Ahmad. Talib. Selain itu. (2006). Psikologi Pendidikan. Nilai seni BBM adalah diberi perhatian serius. kemas. ini pasti menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik lagi. Hj. syair. Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip. guru juga perlu memastikan kesemua bahan-bahan pengajaran yang digunakan memenuhi matlamat pengajaran dan bersesuaian dengan keperluan pengajaran dan pembelajaran. kehendak masyarakat danberbagai fenomena di sekelilingnya. Tulisan guru-guru dahulu sungguh cantik. Mata pelajaran menulis cantik seperti seni khat atau tulisan rumi dan jawi perlu dihidupkan semula. Kaedah dan Teknik.. …….

Siri Pendidikan Longman. Petaling Jaya” Addison Wesley Logman Sdn. Sosiologi Pendidikan.net/guruinternet.Subang Jaya: ……Kumpulan. Siri Maktab Perguruan.Ee Ah Meng.. Karim.Psikologi Pendidikan II. (2001). ( 1989 )Pendidikan di Malaysia Untuk Guru Pelatih. Selangor. Bhd. Edisi Kedua. Siri Pendidikan Fajar Bakti. Jami’ah Mohamad. Bhd. Kasnani Ab. Bahan Bantu Mengajar Memperkukuh Bahasa Melayu. Longman Malaysia Snd. Pedagogi Bahasa (Perkaedahan). Budiman Sdn. Mat Nor Hussin. Bhd. ……. Yahya Othman. Husin. Petaling Jaya. (1987). Rahil Mahyuddin. Kamarudin Hj.Pengajaran Bahasa. ………. (2007). Rashid. ……. Sharifah Alawiah Alsagoff.( 1988 ) Alat Bantu Mengajar Dalam.Bhd.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan PustakaMalaysia http://e-pendidikan. (2000). Rahman Ab. Ab.html . Kuala Lumpur: Heinemann Malaysia Snd.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->