You are on page 1of 15

1.

KAEDAH PENGAJARAN JAWI

Teknik-teknik pembelajaran yang baik merupakan satu kaedah dalam usaha para pendidik dalam membantu para pelajar untuk memperolehi kejayaan yang cemerlang di dalam bidang pembelajaran. Pelajar perlu memahami bahawa tidak ada satu formula yang mesti dan tepat bagi merumuskan satu kaedah yang paling baik untuk menghadapi pelajaran melainkan ia banyak bergantung kepada diri pelajar itu sendiri. KAEDAH PENGAJARAN JAWI KEKUATAN DAN KELEMAHAN KAEDAH PANDANG SEBUT Cara penyampaian kaedah ini ialah murid terus diperkenalkan kepada perkataan dan huruf. Selalunya huruf atau perkataan tersebut ditulis pada kad imbasan bergambar. Kemudian murid murid diperkenalkan dengan ayat-ayat mudah setelah beberapa perkataan dikuasainya. Mengecam huruf dan menghafaz bunyi akan berkesan sekiranya murid-murid telah menguasai sejumlah perkataan. Menurut Goodman: Pengalaman pembacaan murid akan lebih bermakna jika yang dibacanya merupakan sesuatu yang telah dikenali atau diketahui mereka. Kaedah ini akan membantuk murid-murid seperti burung nuri dan mereka akan mendapati seseorang kanak-kanak. KEKUATAN Melalui kaedah ini murid mendapat bimbingan secara langsung daripada guru. Semua murid terlibat dalam kaedah ini murid berani mencuba dan keyakinan diri pelajar semakin bertambah. Melalui kaedah ini juga pelajar dapat mengasah potensi di kalangan mereka dan menambah minat membaca Al-Quran . KELEMAHAN Memerlukan guru yang mahir dalam kaedah ini. Perancangan dan persediaan yang teliti. Murid yang lemah rasa rendah diri.

KAEDAH PERMAINAN Permainan menjadi satu keperluan semulajadi bagi kanak-kanak. Situasi bermain boleh digunakan dalam pengajaran guru di bilik darjah untuk mencapai objektif-objektif pendidikan. Permainan merupakan satu cara melatih murid supaya dapat berinteraksi dengan rakan sekeliling mereka dan merupakan satu teknik yang baik untuk menjadikan pengajaran di sekolah lebih menarik dan praktis. Kanak-kanak akan memperolehi pembelajaran yang paling berkesan sekiranya mereka mereka (Musa Daia, 1992). PRINSIP-PRINSIP KAEDAH MAINAN Menurut Musa Daia (1992), kaedah mainan didasarkan beberapa prinsip seperti dibawah: 1. Proses pembelajaran mestilah disalurkan melalui aktiviti-aktiviti yang berbentuk permainan. 2. Pembelajaran mestilah di dalam keadaan yang bebas dan tidak ada langsung penghalangnya. 3. Penyampaian hendaklah secara tidak langsung dan bersahaja supaya sesuai dengan minat dan keperluan murid. 4. Guru mestilah mempunyai sikap positif iaitu guru sering menggalakkan muridmurid melahirkan sesuatu dengan bebas. Beri peluang yang cukup kepada setiap murid untuk melahirkan sesuatu. 5. murid-murid hendaklah sentiasa gembira dalam proses pembelajaran. Mereka hendaklah menjadi peserta yang aktif dalam proses itu. Mereka juga hendaklah bertanggungjawab terhadap perkembangan dan kemajuan diri sendiri. KELEBIHAN KAEDAH PERMAINAN 1. Murid tidak berasa bosan. 2. Melatih murid berinteraksi dengan bebas sesama mereka. 3. guru dapat mengenal dengan mudah kemampuan murid dan kelemahan murid semasa bermain. KELEMAHAN KAEDAH PERMAINAN 1. Menambah/membebankan guru untuk menyediakan BBM 2. tidak semua tajuk pelajaran dapat menggunakan kaedah ini. 3. menambahkan penggunaan wang sekolah mempelajari sesuatu sesuai dengan minat, tujuan dan faedah

KAEDAH LATIH TUBI


Dalam Islam, kaedah ini mempunyai sejarah yang panjang. Malaikat Jibril sendiri telah menggunakan kaedah ini sewaktu menagajar Rasulullah SAW membaca ayat yang pertama turun (Iqra). Baginda diajar membaca berulang kali. Kali pertama Rasulullah menjawab tidak tahu, hingga kali ketiga baharulah Baginda dapat membacanya.1 Membaca berulang kali merupakan prinsip utama dalam latih tubi, iaitu corak pengajaran bagi memberikan kemahiran dan kecekapan dalam pengajaran yang melibatkan lisan. Demikian juga kemahiran pergerakan otot. Kaedah ini digunakan dengan meluas dari zaman berzaman. Contohnya, membaca Al-Quran diajar dengan kaedah latih tubi ini.Teknik latih tubi juga merupakan aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz. KEKUATAN Kaedah latih tubi ini membantu murid mencapai taraf penguasaan kemahiran di samping mengingat fakta-fakta penting supaya berkekalan. Kaedah ini juga dapat membentuk keyakinan diri murid melalui bimbingan secara langsung daripada guru serta melahirkan sifat kepimpinan diri, melahirkan sikap berani dan penglibatan semua murid dikalangan murid-murid. Kaedah ini dapat menambah minat mencuba di kalangan murid-murid. KELEMAHAN Melalui kaedah ini murid tidak dapat menghasilkan pemikiran sendiri dan menghadkan kebebasan berfikir murid. Selain itu, kaedah ini memerlukan guru yang mahir dalam menjalankan kretiviti sendiri .Sebelum pengajaran dijalankan guru seharusnya membuat perancangan dan persediaan yang teliti.

KAEDAH IMLAK
1

Imlak (dictate) bermaksud pembacaan dengan suara yang lantang sesuatu sumber (perkataan, frasa, ayat) untuk ditulis oleh orang lain.Pengimlakan melibatkan dua kemahiran berbahasa iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran menulis secara mekanis. Menulis secara mekanis dalam imlak ialah menyalin unit bahasa sama ada huruf, suku kata, perkataan, ayat atau wacana. Kaedah imlak berlaku selepas kertas dan tulisan dihasilkan, iaitu selepas kaedah hafalan diutamakan. Kaedah ini memerlukan murid-murid menulis apa yang direncanakan kepadanya. Guru mengatur setiap kata-kata yang diungkapkan dan murid-murid mencatat setiap kata-kata yang didengari. KEKUATAN 1. Murid dapat menggunakan kemahiran mendengar dengan jelas. (Membantu pendengaran murid pada sebutan intonasi perkataan dan ayat) 2. Melatih dan mengukuhkan ejaan. 3. Penglibatan daripada semua murid. (Guru tidak membelakangkan murid dalam membuat nota-nota ringkas semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan) KELEMAHAN 1. .Murid yang mempunyai masalah pendengaran tidak dapat mengikuti dengan baik. 2. Murid yang mempunyai pendengaran yang baik sahaja dapat menerima pengajaran guru. 3. Murid yang lemah dalam masalah pendengaran mudah cepat bosan dan akan ketinggalan serta melakukan aktiviti sendiri.

KAEDAH MENGEJA

Kaedah mengeja ini digunakan sepenuhnya dalam membantu para pelajar untuk mengenali huruf-huruf. Kaedah ini merupakan kaedah permulaan bagi memperkenalkan huruf kepada murid. Setelah murid pandai mengeja maka diteruskan dengan perkatan suku kata sehingga murid dapat membaca. KEKUATAN .Murid dapat menggunakan kemahiran mendengar dengan baik dan jelas. Memerlukan penglibatan daripada semua murid. Kaedah ejaan ini juga akan membantu para pelajar untuk cepat menguasai bacaan KELEMAHAN Murid yang cerdas sahaja dapat menerima pengajaran guru. Murid yang lemah dan mempunyai masalah pendengaran akan ketinggalan serta cepat bosan dan mula buat aktiviti sendiri. . Selain itu, kaedah ini memerlukan guru yang mahir dalam menjalankan kretiviti sendiri.Sebelum pengajaran dijalankan guru seharusnya membuat perancangan dan persediaan yang teliti.

KAEDAH KEFAHAMAN

Kefahaman ialah pemikiran yang diperolehi daripada hafalan rencana, bacaan dan penulisan. Kefahaman diperolehi setelah berlaku penerangan, penjelasan dan analisis kepada bahan pengetahuan. Kefahaman yang diperolehi berbeza-beza berasaskan kecekapan dan kecerdasan mental seseorang itu. Kefahaman seseorang telah dikaji oleh ahli-ahli psikologi Barat seperti Bloomfield yang menyatakan terdapat enam aras perkembangan mental dalam kecerdasan seseorang iaitu daripada yang paling rendah sehingga peringkat aras yang tinggi iaitu aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan kumpulan. KEKUATAN Kaedah ini mampu melahirkan pelajar yang lebih memahami dalam pembelajaran kerana mereka mendapat ilmu melalui pembacaan dan hafalan seterusnya diterjemahkan melalui kefahaman pelajar sendiri. Kaedah ini juga dapat membentuk keyakinan diri murid melalui bimbingan secara langsung daripada guru serta melahirkan sifat kepimpinan diri, melahirkan sikap berani dan penglibatan semua murid dikalangan murid-murid. Kaedah ini dapat menambah minat mencuba di kalangan murid-murid. KELEMAHAN Memerlukan guru yang mahir dalam menjalankan kaedah ini Sebelum pengajaran dijalankan guru seharusnya membuat perancangan dan persediaan yang teliti. Murid yang lemah dalam pemikiran akan berasa rendah diri dan akan menyebabkan mereka ketinggalan dalam pembelajaran Jawi.

KAEDAH HURUF

Kaedah ini merupakan kaedah tradisional yang digunakan oleh guru untuk mengajar bacaan. Murid-murid dikehendaki mengenali nama, bentuk dan mengecam huruf-huruf jawi. Murid diperkenalkan dengan nama semua huruf yang terdapat dalam sistem ejaan semasa. Mereka perlu menghafal nama semua huruf yang diperkenalkan itu. Setelah murid diperkenalkan dengan huruf dan dapat mengahafalnya barulah langkah seterusnya diambil dan bergantung kepada para guru untuk menggunakan kaedah mana untuk meneruskan kepada pembacaan. KEKUATAN 1. Semua murid mendapat bimbingan secara langsung daripada guru. 2. Keyakinan diri pelajar semakin bertambah. 3. Murid berani mencuba. 4. Mengasah potensi di kalangan murid-murid. 5. Membantu para murid menguasai pembacaan dengan lebih berkesan. KELEMAHAN 1. Memerlukan guru yang mahir dalam kaedah ini. 2. Murid yang lemah rasa rendah diri. 3. Perancangan dan persediaan yang teliti. 4. Murid yang lemah ingatan, tidak sesuai dengan kaedah ini. 5. Murid tidak dapat membaca, sekirannya kaedah ini tidak dapat dikuasai dengan baik.

KAEDAH PENGGAYAAN

Pengayaan adalah sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk memberi peluang kepada murid-murid meningkatkan pencapaian mereka. Biasanya aktiviti ini diberikan kepada murid yang telah berjaya menguasai satu atau beberapa kemahiran asas tertentu. Penggayaan boleh terdiri daripada pautan mengenai sesuatu topik yang bersesuain dengan maklumat atau idea tambahan yang diperolehi oleh pelajar. Kaedah ini merupakan langkah terakhir dalam program pembelajaran. Kaedah yang digunakan untuk pelajar-pelajar yang menonjol. KEKUATAN Dengan menggunakan kaedah ini, para pelajar dapat menguasai pengajaran dengan lebih mendalam malahan mendapat maklumat tambahan dalam pelajaran Jawi. Pelajar dapat membaca dengan lancar malah lebih daripada itu. KELEMAHAN Kaedah penggayaan ini hanya sesuai untuk murid yang menguasai beberapa kemahiran asas dan tidak sesuai untuk murid yang kurang menguasai satu kemahiran. Kaedah menimbulkan keadaan murid mudah bosan kerana banyak latih tubi dan latihan intensif yang diberikan guru menyebabkan murid berasa letih untuk melakukannya.

Definisi Pemulihan Pemulihan mengikut terjemahan bahasa Arab ialah islah, yang membawa maksud mendamaikan atau membetulkan. Menurut Kamus Dewan (2007) ialah perbuatan memulih atau mengembalikan kepada keadaan semula, pemulangan atau pengembalian hak, harta benda dan lain-lain. Pemulihan bertujuan untuk membetulkan sesuatu yang kurang dan berbeza dengan aktiviti biasa semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Kaedah yang dikenali sebagai pemulihan dilaksanakan khusus untuk pelajar yang menghadapi kesukaran menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira atau ringkasnya untuk kumpulan yang lambat atau lemah (Sharifah Alwiah, 1983) Robiah Kulop (1992) menyatakan bahawa Pringle mentakrifkan pemulihan sebagai pengajaran yang mempunyai pendekatan khas yang diperlukan oleh semua pelajar yang mundur dalam

satu-satu mata pelajaran serta berkemahuan dan berkebolehan belajar melalui latihan yang sistematik dan dapat memenuhi keperluan mereka. Pemulihan juga dikenali sebagai satu program pengajaran khas yang dirangka bagi memenuhi keperluan pendidikan untuk kanakkanak yang menghadapi masalah pembelajaran di kalangan murid di sekolah biasa. Ini bermakna pemulihan sebagai tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi kesusahan dari segi pembelajaran dalam kelas khas di sekolah biasa atau di pusat khusus yang dihadiri oleh pelajar secara sambilan dalam kumpulan yang diasingkan untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan (Ab. Halim Tamuri. 2007). Sang M.S (1998) berpendapat pendidikan pemulihan adalah suatu aktiviti pengajaran dan pembelajarn untuk membantu pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran di dalam kelas.

Model Kelas Pemulihan Jawi Jawi adalah sebahagian daripada komponen pendidikan Islam dan mula dilaksanakan pada tahun 2003 dengan pendekatan pengajaran dua waktu seminggu pada enam bulan pertama di Tahun Satu. Laporan pemantauan mengenainya mendapati penguasaan bacaan dan tulisan Jawi perlu dibaiki lagi. Oleh itu pemulihan Jawi dalam j-QAF menjadi keutamaan khasnya kepada pelajar yang tercicir supaya semua pelajar boleh menguasai Jawi setelah diberi bimbingan secara berterusan. Model Kelas Pemulihan Jawi ini diajar oleh guru khas pemulihan jawi dalam waktu yang sama dengan kelas Jawi biasa di semua sekolah dengan menggunakan modul pengajaran dan pembelajara yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kelas Pemulihan Jawi ialah pengajaran yang dilaksanakan oleh guru Kelas pemulihan Jawi jQAF untuk memulihkan murid yang keciciran dalam jawi. kelas ini dijalankan serentak dengan jadual waktu persekolahan sedia ada. Murid yang keciciran dalam jawi akan dipulihkan dengan sekurang- kurangnya dapat mengenal,menyebut,dan menulis huruf-huruf tunggal,suku kata terbuka, suku kata tertutup dan perkataan mudah yang dibina daripada suku kata terbuka dan suku kata tertutup. Kumpulan sasaran ialah murid-murid tahun satu yang tidak dapat melepasi ujian khas seperti tidak mengenal huruf tunggal atau suku kata terbuka. Matapelajaran ini hendaklah menggunakan pendekatan yang dapat menarik minat murid-murid,mudah dan tidak membebankan.

Pemulihan Jawi Masalah penguasaan Jawi di kalangan pelajar menjadi isu yang hangat diperkatakan. Menguasai setiap kemahiran mengenal huruf adalah wajib bagi setiap pelajar terutamanya mengenal huruf tunggal Jawi.Pelajar yang tidak mengenal huruf tunggal Jawi akan menyebabkan mereka tertinggal apabila rakan-rakan yang seusia mereka telah mengikut kemahiran yang lebih tinggi dan semakin susah. Pelajar akan semakin sukar mengingat kembali apa yang diajar dan terkeliru dengan bunyi dan bentuk huruf yang hampir sama sebutan dan bentuknya. Menurut Muhammad Endut (1990) pelajar yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis Jawi akan semakin ketinggalan dalam Pendidikan Islam apabila alat bantu mengajar yang digunakan oleh guru ditulis dalam tulisan Jawi. Pelajar yang tidak dapat menguasai kemahiran asas ; mengenal , mengeja dan menulis huruf Jawi akan dipulihkan dalam sesi pembelajaran yang berasingan untuk memudahkan guru mengajar berdasarkan tahap pelajar. Kelas pemulihan Jawi ialah pengajaran yang dilaksanakan oleh guru Kelas Pemulihan Jawi j-QAF yang mula dilaksanakan pada tahun 2003 adalah untuk pelajar yang tercicir . Pelajaran Jawi adalah salah satu komponen mata pelajaran Pendidikan Islam dengan pendekatan pengajaran sebanyak dua kali seminggu pada enam bulan pertama bagi Tahap Satu. Kelas ini dijalankan serentak dengan jadual waktu persekolahan sedia ada. Pelajar yang tercicir ini akan menguasai sekurang-kurangnya kemahiran mengenal, mengeja dan menulis huruf tunggal jawi, suku kata terbuka dan perkataan yang dibina apabila dicantumkan dua suku kata terbuka. Pelajar yang dipilih mengikuti kelas ini adalah pelajar yang tidak melepasi ujian saringan yang dijalankan. Pelajar yang lemah dalam pelajaran Jawi ini perlu diberi perhatian dan tumpuan yang lebih dan kaedah pengajaran dan pembelajaran guru juga sepatutnya diubah agar sesuai dengan pelajar dan minat pelajar. Zulkifli Haji Dahalan (2003) menyatakan bahawa pendedahan Pendidikan Islam kepada setiap individu Muslim perlu bermula sejak kecil lagi. Penekanan Pelajaran Jawi wajar dilakukan ketika mereka mula mengenal huruf. Pembinaan strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran kelas Pemulihan Jawi amat penting bagi mencapai matlamat yang telah disasarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. SKOP

Modul Pemulihan Jawi ini memberi memberi tumpuan kepada aspek pemulihan yang merangkumi perkara berikut: 1 Menguasai huruf jawi tunggal dan suku kata. 2 Menulis tulisan jawi dengan baik. 3 Membaca tulisan jawi dengan lancar. 4 Mempelajari asas seni tulisan jawi. Matlamat Matlamat Modul Pemulihan Jawi adalah untuk membolehkan murid-murid yang ketinggalan jawi dipulihkan dan menyertai murid-murid laindi dalam kelas jawi biasa. OBJEKTIF Setelah mengikuti kelas pemulihan jawi murid dapat: 1 Mengenal, menyebut dan menulis huruf jawi tunggal. 2 Mengenal, menyebut dan menulis huruf jawi sambung. 3 Mengenal, membaca dan menulis suku kata terbuka. 4 Mengenal, membaca dan menulis suku kata tertutup. 5 Membaca dan menulis rangkai kata dan ayat. 6 Mengenal, membaca dan menulis perkataan pinjaman. 7 Mengenal, membaca dan menulis perkataan berimbuhan dan ayat pendek. 8 Mengenal dan menggunakan tanda baca. 9 Membaca dan menulis pelbagai jenis teks mudah daripada pelbagai bahan. 10 Mengenal dan meniru seni khat Antara masalah-masalahnya ialah mereka seringkali sukar mengingat kembali apa yangtelah diajar, terutama mereka keliru dengan bunyi dan bentuk-bentuk huruf jawi tunggal.Jadi,persediaan secara teori dan amali membolehkan sesuatu tugas itu dijalankan secara professional. Sebagai langkah awal, pembinaan strategi pengajaran dan pembelajaran pemulihan jawi amat penting bagi mencapa imatlamat yang sebenar. Pendekatan tersebut hendaklah lebih berkesan dan sesuaidengan tahap kemampuan murid-murid bagi memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran jawi serta menarik minat mereka untuk terus belajar sehingga mampu membaca dan menulis jawi.

Kemahiran Membaca Antara aktiviti pemulihan yang dapat dilakukan oleh guru di dalam kelas ialah membaca, menulis dan mengira. Alsagoff (1996) menyatakan kaedah pengajaran pemulihan membaca terbahagi kepada dua teknik, iaitu: 1. teknik am; 2. teknik khusus.

Teknik Am: Seorang guru perlu melakukan proses saringan untuk mengenalpasti kelemahan yang dihadapi oleh pelajar sebelum proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Terdapat lima prinsip asas yang perlu dlaksanakan dalam program pemulihan: 1. Memulakan proses pengajaran mengikut tahap kebolehan pelajar 2. Pencapaian pelajar perlu sentiasa diberitahu 3. Pengajaran dan pembelajaran harus serupa dengan keadaan sebenar. 4. Rasa puas hati pelajar akan mempercepatkan dan memudahkan proses pembelajaran 5. Latihan yang banyak dan pelbagai harus dilakukan kerana pelajar perlu kepada pengalaman yang baru. Teknik Khusus Teknik khusus ini sesuai dijalankan terutama untuk pengajaran pemulihan dalam bidang kemahiran membaca. Antaranya menambah kadar kepantasan membaca: pelajar yang sudah pandai membaca, menambah kadar kepantasan membacanya akan menjadi mudah. 1. Selalu membaca: membaca bahan bacaan yang mudah dan yang menyeronokkan adalah cara yang paling baik. 2. Penggunaan masa yang terhad: Menghadkan masa membaca akan mempercepatkan kadar bacaan Kemahiran Menulis Aktiviti menulis adalah merupakan salah satu aspek yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran Jawi. Pelajar yang tidak dapat menguasai kemahiran menulis akan

menghadapi masalah dan guru perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti seperti mengenal dan menulis Jawi Aktiviti ini amat sesuai untuk pelajar kelas pemulihan sekolah rendah yang masih belum menguasai cara menulis Jawi. Kebanyakan pelajar sekolah rendah belum dapat menguasai kemahiran mengenal huruf tunggal Jawi. Mereka juga tidak dapat membezakan bunyi sebutan huruf yang hampir sama. Pelajar juga sering terkeliru dalam membezakan bentuk huruf yang hampir sama. Konsep Belajar Sambil Bermain Permainan adalah suatu aktiviti yang boleh merangsang minat murid untuk belajar. Permainan berbentuk pertandingan atau perlawanan bersama dengan peraturan tertentu akan menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam suasana yang seronok. 1. Permainan Roda Impian Jawi Permainan ini adalah sama seperti rancangan realiti Roda Impian . Murid diminta memilih satu suku kata atau huruf Jawi dan memusing roda. Penanda yang terdapat pada roda akan berhenti di salah satu suku kata atau huruf. Pelajar yang memusing roda diminta menyambung dan mengeja suku kata tersebut menjadi perkataan yang mudah difahami. 2. Joran Jawi Guru menyediakan kad huruf tunggal hijaiah atau kad suku kata terbuka berbentuk ikan. Pelajar akan memancing menggunakan joran dan akan mengeja suku kata. Pelajar yang dapat mengeja dengan betul akan diberi ganjaran. 3. Pandai Joran Kad-kad huruf tunggal jawi akan ditampal di atas polisterin secara berselerak. Pelajar akan memilih dan menyebut suku kata atau huruf berulang kali. Pelajar yang tidak dapat menguasa kemahiran akan diajar menyebut huruf atau mengeja suku kata terbuka. Pengelolaan Pengajaran dan Pembelajaran Aktiviti yang dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran adalah secara individu, kumpulan dan kelas secara terancang dan teratur di samping mengaitkan aktiviti dengan akhlak Islam dan nilai-nilai murni.

1. Aktiviti secara Individu Aktiviti yang dijalankan secara individu memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi secara personal dengan guru dan secara tidak langsung guru dapat mengetahui kelemahan pelajar. 2. Aktiviti secara Kumpulan Pembahagian kanak-kanak kepada beberapa kumpulan membolehkan pelajar berkomunikasi dan bekerjasama. Aktiviti yang berbentuk permainan sangat sesuai terutama guru mengadakan pertandingan. 3. Aktiviti secara Kelas Aktiviti ini melibatkan seluruh kelas secara serentak. Guru menggunakan aktiviti ini untuk menyampaikan maklumat , arahan, penerangan, bercerita, bersoal jawab dan membuat refleksi sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran berakhir. Antara aktiviti yang sesuai dijalankan ialah nyanyian, bercerita atau kuiz. Penutup Guru merupakan orang yang paling kuat mempengaruhi pembelajaran pelajar dan mereka juga memainkan penting dalam mempersembahkan cara untuk menyampaikan ilmu pengetahuan. Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan melalui penggunaan bahan bantu mengajar, aktiviti berkumpulan, motivasi dan interaksi akan merangsang pelajar untuk belajar. Guru yang bersifat positif akan menerima perubahan sebagai satu cabaran dalam profesion mereka. Sebaliknya guru yang mempunyai sikap negatif akan terus menggunakan kaedah pengajaran secara lama kerana ianya telah menjadi kebiasaan kepada guru tersebut. Dalam pembelajaran Jawi, guru perlu berusaha menggerakkan dirinya untuk mencapai kualiti kerja. Guru yang dinamik, cekap dan sentiasa berusaha untuk memajukan pengajaran dan pembelajaran Jawi dalam bilik darjah dengan merancang teknik mengajar dan menghasilkan bahan bantu mengajar yang menarik. Kaedah pengajaran perlu dipelbagaikan mengikut keperluan pelajar yang mempunyai tahap pengetahuan yang berbeza dalam penguasaan Jawi bertujuan memudahkan pelajar memahami pengajaran guru dalam suasana gembira dan tanpa rasa terpaksa. Program j-QAF yang dilaksanakan pada tahun 2003 merupakan satu langkah yang amat baik untuk memperbaiki penguasaan Jawi di kalangan pelajar. Sasaran j-QAF yang bertujuan untuk memperkasakan Pendidikan Islam melalui penekanan khusus kepada Jawi, Al Quran, bahasa Arab dan Fardhu Ain adalah satu usaha yang baik demi untuk membentuk keseimbangan spiritual dan jasmani pelajar. Rujukan Alsagoff, Sharifah Alwiah. (1984). Teknologi Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Alsagoff, Sharifah Alwiah. (1986). Ilmu Pendidikan Pedagogi. Heinemann Asia. Kuala Lumpur. Alsagoff, Sharifah Alwiah. (1986). Teknologi Pengajaran. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Esah Sulaiman, (2003). Modul Pengajaran Asas Pedagogi. Fakulti Pendidikan. UTM. Johor Esah Sulaiman, (2003). Asas Pedagogi. Fakulti Pendidikan UTM. Johor. Kulop Hamzah, Robiah. (1992). Fungsi dan Masalah Satu Kajian. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Lubis, Haji Maimun Aqsha dan Hj. Aspar, Roslan (2005): Kaedah Pengajaran Pengetahuan Agama Islam di Brunei Darussalam. Jurnal Pendidikan ,Vol.30 141- 150 Sang. Mak Song . (1997). Pedagogi 2: Pelaksanaan Pengajaran. Kumpulan Budiman. Kuala Lumpur Sang. Mak Song . (1997). Pedagogi 3 Pengujian dan Penilaian, Pemulihan, Penggayaan dan Pendidikan Inklusif Pengajaran. Kumpulan Budiman. Kuala Lumpur. Tamuri, Ab.Halim dan Jasmi, Kamarul Azmi (2007). Pendidikan Islam: Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran. Universiti Teknologi Malaysia. Johor Darul Takzim. Rujukan Lanjut : file.upi.edu/ai.php?dir=Direktori/PROCEEDING/UPIUPSI/2010/.. Nik Rusila bt Yaakob.2001. Penguasaan Jawi dan Hubungannya dengan Minat dan Pencapaiannya Dalam Pendidikan Islam. Kertas Kerja dalam Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. 2. Hassan Basri. 1991. Laporan Penguasaan Jawi di Sekolah-Sekolah Rendah. Kajian IRPA. Universiti Malaya. 3. Amri Daud. 2005. Kajian Keberkesanan j-QAF di 2 Buah Sekolah Perintis di Terengganu. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Malaya. 4. Ishak Haron dan Hassan Basri. 1998. Laporan Penguasaan Jawi di Sekolah-Sekolah Menengah. Kajian IRPA. Universiti Malaya. 5. Mohd Azhan bin Abdul Halim. 2006. Kajian Tindakan Kepada Modul Senang Jawi. Kajian Tindakan Jabatan Pelajaran Perak. Didapati dari atas talian http://jpnperak.edu.com.my. 6. Abdul Majid Konting. 1997. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur. 7. Idris Awang. 2002. Kaedah Penyelidikan. Akademi Pengajian Islam Univerti Malaya: Kuala Lumpur. 8. Alis bin Puteh. 2008. Kajian Tindakan di Sekolah: Satu Pengenalan. Pure Honey Enterprise: Kuala Lumpur.

You might also like