P. 1
Dasar 1murid 1sukan

Dasar 1murid 1sukan

|Views: 28|Likes:
Published by Dayang Lannyazmaria

More info:

Published by: Dayang Lannyazmaria on Apr 11, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/06/2013

pdf

text

original

DASAR 1MURID 1SUKAN Dasar 1 Murid 1Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan

di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Aktiviti sukan di bawah Sukan Untuk Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan ke semua murid. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh yang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1 Malaysia. Dasar 1 M 1 S berhasrat untuk: 1. Membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun. 2. Memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas. Dasar 1 M1 S berhasrat untuk memenuhi objektif-objektif berikut: 1. Meningkatkan kecergasan jasmani. 2. Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni. 3. Memupuk perpaduan di antara kaum. 4. Membentuk budaya sukan di kalangan murid. 5. Memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal. 6. Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal. 7. Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bermatlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI). Konsep Dasar 1 M 1S diwujudkan untuk menyokong FPK agar dapat: 1. Memberi akses kepada semua murid mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif. 2. Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah.

5. 2. . 6. 4. Bagi memenuhi prinsip-prinsip pelaksanaan 1M 1S. Sukan yang ditawarkan di bawah 1M 1S hendaklah berunsurkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Pihak sekolah hendaklah mengadakan pertandingan antara tingkatan. kemudahan dan peralatan sukan hendaklah mengoptimumkan penggunaannya bagi meningkatkan lagi penyertaan aktif setiap murid. Ibu bapa dan agensi luar rakan sukan adalah digalakkan untuk menyumbang kepada pembangunan sukan sekolah. setiap sekolah mempunyai pendekatan dalam melaksanakan program sukan mengikut acuan dan kemampuan sedia ada. Setiap sekolah yang sudah pun mempunyai prasarana. rumah. Aktiviti sukan bermaksud melibatkan diri dan mengambil bahagian secara aktif dalam latihan sukan dan permainan di bawah pengurusan sekolah. Pelaksanaan Dasar 1M 1S hendaklah mengambil kira prinsip-prinsip berikut: 1. Kejohanan tahunan olahraga sekolah yang didahului oleh kejohanan merentas desa dan sukan tara menjadi aktiviti teras sukan di sekolah. Dengan itu. Penilaian murid adalah berdasarkan kepada sistem penilaian sedia ada yang berasaskan: 1. Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi. Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah. Dasar 1M 1S adalah diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan Peralihan . dan Emosi murid. kelab sukan sekolah. Aktiviti sukan di sekolah diadakan sepanjang tahun berdasarkan kepada aktiviti rumah sukan dan kelab sukan. pelaksanaan 1M 1 S adalah berdasarkan kepada pendekatan berikut: 1. 2. Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti su kan. Asas kepada 1M 1S adalah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang berkualiti di sekolah. Segala sumber untuk mata pelajaran pendidikan jasmani hendaklah diguna sama bagi 1M 1S. Penyertaan murid dalam kejohanan MSSD/MSSN/MSSM serta peringkat antarabangsa adalah merupakan aktiviti 1M1S. dorm asrama. Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah. kelas. 3. Jasmani. 3. 7. Kehadiran. Walau bagaimanapun murid-murid Pra Sekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah. Penyertaan dalam sukan adalah asas kepada perkembangan Intelek Rohani.3. Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan..

bharian. Jawatan Serta Sumbangan.” katanya pada sidang media pelancaran dasar berkenaan. Pencapaian. Dasar 1Murid 1Sukan yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran. dasar ini berhasrat memupuk budaya bersukan di kalangan murid supaya menjadi anggota masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas. “Kementerian menggariskan beberapa perkara bagi memantapkan pelaksanaan dasar ini iaitu pihak sekolah perlu membuat perancangan sistematik. memaksimumkan penggunaan kemudahan.com. 3. di sini semalam yang turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Operasi Pendidikan). peralatan dan kepakaran sedia ada. galak gaya hidup sihat PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran semalam melancarkan Dasar 1Murid 1Sukan yang menjadi serampang dua mata bagi melengkapkan skop pembangunan sukan sekolah dalam melahirkan pelajar seimbang dari segi jasmani. Dr Zahri Aziz.com. Mac lalu bertujuan memantapkan pembangunan sukan peringkat sekolah selaras program terdahulu iaitu Sukan Berprestasi Tinggi Sekolah (SPTS). Perubahan pada sistem penilaian sedia ada akan berkuatkuasa untuk murid Tingkatan 4 dan Tingkatan 1 mulai tahun 2012. Penglibatan. . rohani dan intelek. mewujudkan kerjasama dengan agensi berkaitan sukan dan memastikan aktiviti sukan dijalankan sepanjang tahun.2. Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata dasar itu mewajibkan semua murid yang tidak mengalami masalah kesihatan memilih satu jenis sukan ditawarkan pihak sekolah atau dijalankan dengan persetujuan sekolah. Muhyiddin menggariskan enam strategi memantapkan sukan di sekolah ketika mengumumkan program SPTS dan berharap dasar terbabit akan mengembalikan kecemerlangan sukan sekolah di seluruh negara. dan 4. Tan Sri Muhyiddin Yassin. khusus bagi membangunkan atlit sekolah cemerlang yang dilaksanakan sejak Julai 2008. „‟MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA‟‟ Sumber: Kementerian Pelajaran http://www. “Antara lain.my/bharian/articles/KementerianlancarDasar1Murid1Sukan/Article Kementerian lancar Dasar 1Murid 1Sukan Oleh Fakhrurrazi Usuldin bhnews@bharian.my 2011/06/11 Langkah lahir pelajar seimbang. emosi. Ketua Pengarahnya.

penyertaan menyeluruh semua murid dalam kegiatan sukan perlu bagi membangunkan modal insan cergas.Abdul Ghafar berkata. .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->