You are on page 1of 20

SEJARAH UKURAN PANJANG, TINGGI DAN JARAK: Setiap hari kita menggunakan pengetahuan kita tentang panjang.

Kadangkala dengan hanya melihat sesuatu objek kita boleh menganggarkan panjang atau jaraknya. Objek yang jauh biasanya kelihatan lebib kecil. Contohnya kapal di tengah laut kelihatan sangat kecil, walaupun kita tahu ia boleh membawa ramai orang. Tetapi adakalanya kita perlu menentukan saiz dengan tepat misalnya menentukan saiz kasut. Sebelum adanya pita pengukur, manusia mengukur menggunakan jari, lengan, tangan dan kaki masing masing. Tangan digunakan untuk mengukur objek yang pendek. Depa ialah jarak di antara kedua-dua hujung jari tengah apabila kedua-dua tangan didepangkan. Separuh depa ialah jarak dari hujung jari tengah hingga ke hidung ketika tangan didepangkan. Salah satu unit tertua

pengukuran panjang digunakan dalam dunia kuno adalah 'hasta' atau pun juga dipanggil cubit iaitu panjang lengan dari ujung jari ke siku. Digit pula ialah lebar jari tengah. Jarak satu tapak tangan ialah jarak di antara ibu jari hingga jari kelingking apabila kesemua jari dirapatkan. Ukuran satu kaki ialah jarak di antara tumit dan ibu jari kaki. Ukuran mengikut saiz manusia yang berbeza. Menurut catatan sejarah ukuran panjang yang pernah dipakai di Mesir kuno kira-kira 3000 tahun SM hasta cubit diraja telah dibuat pada batu granite hitam dengan mengambil dasar ukuran panjang hasta Raja Firaun. Kemudian ukuran tersebut diturunkan menjadi kaki, jengkal, tangan dan jari (telunjuk). Dengan berbekal pada ukuran panjang yang telah ditetapkan itu Raja Firaun dapat membangun bangunan yang bersejarah iaitu Piramida. Di Indonesia sudah sejak lama masing-masing daerah memiliki ukuran panjang mereka sendiri yang nilainya tidak sama, seperti depa ( Jawa), kilan/jengkal (Jawa, Sumatra), bata/tumbak (Jawa Barat, Jawa Tengah), elo, hasta, petak bahu dll. Sebagaimana di Mesir, di Indonesia juga pada zaman Raja Syaelendra telah dapat membangun bangunan yang merupakan kejaiban dunia iaitu Candi Borobudur, Candi Mendut, Roro Jongrang dan banyak lagi. Sesuatu bangsa yang bertamadun mempunyai unit-unit ukuran dan sukatannya yang tersendiri. Orang Melayu tidak terkecuali. Orang Melayu pernah mempunyai sistem ukuran dan sukatan yang berbeza sekali daripada yang digunakan sekarang ini. Unit-unit tersebut berdasarkan kepada pengalaman seharian, keadaan sekeliling, anggota badan dan sebagainya, seperti sepelaung, sepenanak nasi untuk jarak dan masa; jengkal, hasta dan depa untuk panjang; sekelip mata, sekejap, sepekan dan sepurnama untuk masa; dan saga, mayam, koyan
1

dan pikul untuk berat. Sebahagian besar unit ukuran atau sukatan ini sudah tidak digunakan lagi. Sudah tentu anak-anak muda pada zaman ini tidak tahu menahu yang sistem ukuran ini pernah wujud dan digunakan oleh nenek moyang mereka suatu ketika dahulu. Dalam bab ini akan dibincangkan sistem ukuran dan sukatan yang berkenaan, yang dibahagikan kepada jarak, berat, masa, umur, kedudukan dalam keluarga, jarak dan masa, amaun, saiz dan mata wang. Di bahagian akhir bab ini diberikan peribahasa yang berkaitan dengan ukuran dan sukatan yang telah dibincangkan itu beserta maksudnya sekali. Orang Melayu pernah mempunyai sistem ukuran (panjang, lebar, saiz, dll) dan sukatan (masa, amaun, berat dan isi padu) mereka tersendiri, seperti juga bangsa bertamadun yang lain. Unitunit ukuran dan sukatan yang pernah digunakan itu berbeza sama sekali daripada yang digunakan sekarang ini. Unit-unit tersebut berdasarkan kepada pengalaman seharian, keadaan sekeliling, anggota badan dan sebagainya. Misalnya untuk jarak atau masa digunakan ukuran seperti sepelaung, sepenanak nasi; untuk panjang digunakan jengkal, hasta dan depa; untuk sukatan masa digunakan sekelip mata, sekejap, sepekan, dan sepurnama; dan untuk berat pula digunakan sukatan seperti saga, mayam, koyan dan pikul. Sebahagian besar unit ukuran atau sukatan ini sudah tidak digunakan lagi, kecuali sebahagian kecil sahaja. Kebanyakan murid pastinya tidak mengetahui yang sistem ukuran ini pernah wujud dan digunakan oleh nenek moyang mereka satu ketika dahulu. Demikian juga di negara lainnya seperti Inggris pada awal pertengahan abad kesepuluh raja Edgar Saxon menyimpan "tolok ukur" di Winchester sebagai standard rasmi pengukuran. Pada awal pertengahan abad kesepuluh raja Edgar Saxon menyimpan "tolok ukur" di Winchester sebagai standard rasmi pengukuran. Sebuah kisah tradisional yang menceritakan kisah Henry I (1100-1135) yang memutuskan bahawa ukuran harus "jarak dari hujung hidung ke hujung ibu jari yang diluruskan" iaitu ukuran yard. Ukuran panjang lainnya dengan nama foot dan inch yang semuanya biasa disebut sistem Imperial. Ukuran tersebut masih lagi digunakan terutama sekali di negara-negara bekas jajahan Inggris. Oleh karena peradaban dan budaya manusia yang makin berkembang dan meluas dan adanya hubungan antara masyarakat di seluruh dunia, maka dipersetujui bahawa ukuran diambil menggunakan unit yg lebih tepat. Bermula pada tahun1789 beberapa negara bersepakat di Perancis untuk mengusahakan penyeragaman ukuran panjang.yang dinamakan Metre atau meter. Meter pada awalnya ditetapkan oleh Akademi Sains Perancis (Acadmie des sciences) sebagai 1/10.000.000 jarak sepanjang permukaan Bumi dari Kutub Utara hingga Khatulistiwa melalui meridian Paris pada tahun 1791, dan pada 7 April 1795 Perancis menggunakan meter
2

sebagai jarak resmi untuk panjang. Ketidakpastian dalam pengukuran jarak tersebut menyebabkan Biro Berat dan Ukuran Internasional (BIPM - Bureau International des Poids et Mesures) menetapkan 1 meter sebagai jarak antara dua garisan pada batang platinum-iridium yang disimpan di Sevres, Perancis pada tahun 1889.

DEFINISI UKURAN PANJANG, TINGGI DAN JARAK Unit ukuran adalah kuantiti piawai bagi ciri-ciri fizikal, digunakan sebagai faktor untuk menyatakan kuantiti bagi sesuatu sifat. Masyarakat purba memerlukan pengukuran bagi banyak benda, pembinaan tempat kediaman/ bangunan untuk mendapatkan saiz dan bentuk yang sesuai, rekaan pakaian dan sebagainya. Sistem yang seragam bagi berat dan ukuran yg terawal diketahuai telah dicipta pada abad ke-3 dan ke-4sm dlm kalangan masyarakat mesopotamia, mesir, dan lembah indus. Banyak sistem diasaskan dng penggunaan bahagian badan dan benda sekeliling untuk mengukur. Panjang ialah jarak dari hujung ke hujung yang boleh diukur dalam unit sentimeter(cm) dan meter(m). Kita menggunakan unit millimeter(mm) dan unit sentimeter(cm) untuk mengukur panjang objek yang kecil dan unit meter(m) untuk mengukur panjang objek yang besar. Untuk jarak yang lebih panjang, kita menggunakan unit kilometer(km). Pada sebuah peta, jarak sebenarnya antara dua tempat diwakili oleh ukuran yang lebih kecil(skala). Skala digunakan untuk menunjukkan hubungan antara jarak pada peta dan jarak sebenar di antara tempat-tempat. Jarak ialah jauhnya dari satu tempat ke tempat lain. Jarak terdiri daripada 2 jenis iaitu jarak Mutlak dan Jarak Relatif. Jarak mutlak ialah jarak sebenar antara dua tempat yang diukur menggunakan unit ukuran jarak iaitu unit ukuran terdekat milimeter (mm) dan sentimeter (sm). Ukuran jarak jauh diukur dengan ukuran meter (m) dan kilometer (km). Jarak relatif ialah jarak diukur secara perbandingan dengan menggunakan kos dan masa. Tinggi dalam bahasa kita dipakai untuk mengukur. Bila adanya tanya berapa tinggai badannya? Maka kita akan menjawab sesuai dengan realita ukuran, yaitu sebuah ukuran dimulai dari nol kemudian naik ketas, sampai menuju sebuah titik ukuran tertentu. Kalau ada orang bertanya berapa tinggi gedung di seberang jalan? Maka kita akan menatap ujung gedung dengan kaki gedung. Dengan ilmu perkiraan kita bisa menjawab ukuran tinggi gedung.
3

INSTRUMEN UKURAN Instrumen yang digunakan untuk mengukur panjang, tinggi dan jarak ialah seperti berikut: 1. Pembaris. 2. Pita pengukur. 3. Angkup vernier 4. Mikrometer 5. Teodolit Pembaris Digunakan untuk tujuan pengukuran panjang. Unit yang digunakan ialah imperial(inci dan kaki) dan jugak metric(sentimeter dan meter). Ketepatan pengukuran ialah sehingga 0.1 cm. Pita pengukur Angkup vernier Digunakan untuk mengukur, menguji dan menanda. Unit ukuran yang digunakan ialah metric dan imperial. Antara ukuran yang boleh diambil dengan menggunakan angkup vernier ialah diameter luar, diameter dalam, panjang dan kedalaman. Kelebihan angkup vernier ialah ia cepat dan mudah untuk digunakan. Ia juga boleh mengukur saiz yang bebas. Ia juga mempunyai bahagian-bahagian ukuran yang sesuai dengan tempat yang diukur. Kekurangan angkup vernier ialah tidak berapa tepat setelah lama digunakan atas sebab kerosakan pada alat. Permukaan ukuran juga menjadi haus setelah lama digunakan. Tekanan ukuran dengan tangan tidak menghasilkan ukuran yang tepat. Mikrometer Digunakan untuk mengukur, menguji dan menanda. Ukuran yang boleh diambil adalah diameter luar, diameter dalam, panjang dan kedalaman. Jenis jenis mikrometer ialah mikrometer luar, mikrometer dalam, tolok dalam mikrometer, mikrometer benang skru dan mikor meter gigi gear. Kelebihan mikrometer ialah ia mengambil ukuran yang tepat. Ia juga boleh dilaraskan semula jika ukurannya sudah tidak tepat. Ia juga mempunyai pelbagai bentuk dan saiz sesuai dengan jenis kerja. Kelamahan mikrometer ialah ia lambat untuk mengambil ukuran. Satu jenis mikrometer hanya boleh mengukur satu bentuk bahan kerja sahaja. Ia juga memerlukan penjaan yang rapi.
4

Teodolit Teodolit adalah salah satu alat ukur tanah yang digunakan untuk menentukan sudut mendatar dan sudut tegak. Sudut yang dibaca bisa sampai pada satuan sekon ( detik ). Dalam pekerjaan pekerjaan ukur tanah, teodolit sering digunakan dalam pengukuran polygon, pemetaan situasi maupun pengamatan matahari. Teodolit juga bisa berubah fungsinya menjadi seperti PPD bila sudut vertikalnya dibuat 90.

Dengan adanya teropong yang terdapat pada teodolit, maka teodolit bisa dibidikkan ke segala arah. Untuk pekerjaan-pekerjaan bangunan gedung, teodolit sering digunakan untuk menentukan sudut siku-siku pada perencanaan / pekerjaan pondasi, juga dapat digunakan untuk mengukur ketinggian suatu bangunan bertingkat.

UNIT Sebagai manusia biasa, kita memang boleh membuat pengukuran segala tidak formal secara semulajadi seperti membuat perbandingan panjang dan pendek. Namun adakalanya sesuatu situasi itu memerlukan pengukuran yang lebih tepat, maka unit-unit tertentu adalah amat diperlukan. Di dalam topik ukuran panjang, tinggi dan jarak, unit yang digunakan adalah berdasarkan saiz objek yang perlu diukur. Terdapat beberapa unit yg boleh diguna antara lainnya adalah seperti berikut: 1. Milimeter 2. Sentimeter 3. Meter 4. Kilometre : : : : mm cm m km

KEMAHIRAN YANG DIAJAR Sebelum memulakan pengajaran, pekara pertama yang perlu dilakukan oleh ialah mememastikan tajuk atau yang ingin diajar. Perkara ini boleh dilakukan dengan merujuk huraian sukatan matematik bagi tahun yang diajar. Selain dari itu, buku teks juga boleh dirujuk bagi menentukan aktiviti yang akan dirancang dan diaplikasikan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di sini diterangkan secara umum hirarki dalam tajuk ukuran panjang, tinggi dan jarak selama murid berada disekolah menengah. Adalah penting bagi guru-guru sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran bagi sebarang tajuk di dalam matematik atau subjek lain, mengetahui serba sedikit secara umum tentang kemahiran yang telah di ajar sebelum kemahiran yang ingin diajar. Secara tidak langsung guru dapat menentukan pengetahuan sedia ada yang sepatutnya ada pada setiap murid. Terdapat 4 aras di dalam proses pembelajaran ukuran panjang, tinggi dan jarak iaitu: 1. Penggunaan laras bahasa murid. 2. Penggunaan bahan ukuran bukan piawai. 3. Penggunaan symbol setiap ukuran dan membuat anggaran. 4. Penggunaan bahasa matematik menggunakan alat ukuran piawai. Keempat-empat proses ini boleh kita perhatikan dengan jelas sekiranya kita mengkaji silibus matematik sekolah rendah yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Mengikut kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah pelajar sekolah rendah mula diperkenalkan kepada kemahiran mengukur seawal tahun 1. Dalam silibus tahun 1, pengukuran hanya ditunjukkan dalam bentuk yang sangat asas. Pada peringkat ini unit relative digunakan untuk membuat ukuran. Pengukuran objek dibuat menggunakan unit bukan piawaian. Kemahiran Cuma berkitar di dalam bentuk perbandingan dua atau lebih ukuran objek menggunakan unit bukan piawaian. Juga diperkenalkan cara mengguna dan mempelbagaikan perbendaharaan kata ukuran panjang dalam konteks seperti panjang, pendek, tinggi, rendah, membandingkan, mengukur dan sebagainya. Pada tahun 2, kemahiran murid ditambah lagi dengan memperkenalkan unit piawai yang asas iaitu milimeter, sentimeter dan meter. Murid juga didedahkan dengan penggunaan instrument mengukur yang biasa murid guna seperti pembaris. Perbendaharaan bahasa juga

ditambah pada tahap ini dengan memperkenalkan lebih atau kurang, lebih panjang atau lebih pendek, untuk membandingkan objek. Pada tahun 3 murid telah mula dilatih menggunakan kemahiran mengukur dengan menggunakan instrument pengukur yg melibatkan unit piawaian yang standard iaitu milimeter, sentimeter dan meter. Murid juga diperkenalkan dengan singkatan bagi unit-unit tersebut iaitu mm-militer, cm-sentimeter dan m-meter. Ditekankan kepada murid bahawa pengukuran perlulah bermula dari nombor sifar pada intrumen pengukur. Seperti kemahiran terdahulu, dalam tahun 3 murid diajar mengukur bahan bahan mudah dijumpai oleh mereke seperti pensil, buku dan sebagainya, dengan menggunakan instrument pengukur yang biasa mereka temui juga seperti pembaris dan pita pengukur. Kemahiran membanding juga terdapat dalam sukatan tahun 3. Dalam tahun 3 murid mula diperkenalkan dengan kemahiran kaitan antara unit-unit dalam ukuran. Seperti contoh 1m-100cm. Bermula dari tahun 3, murid diperkenalkan dengan kemahiran penerapan fakta asas dalam pengukuran. Operasi fakta asas di ajar tanpa melibatkan pertukaran unit. Dalam silibus tahun 3 juga mula diajar kemahiran penyelesaian masalah yang melibatkan ukuran panjang, tinggi dan jarak. Pada tahun 4, kemahiran tentang ukuran panjang, tinggi dan jarak ditambah lagi dengan menekan beberapa aspek tambahan. Antaranya ialah mengaitkan satu unit dengan unit yang lain dengan menerangkan tentang hubungan unit unit tersebut. Pada tahap ini unit piawaian standard digunakan dengan sepenuhnya. Murid perlu melakukan ukuran terhadap objek-objek tertentu dan merekodkannya agar boleh dibuat perbandingan. Dalam menjalan operasi fakta asas yang melibatkan ukuran, diselitkan juga kemahiran pertukaran unit. Soalan soalan dalam tahap ini biasanya diberi dalam unit yang bercampur. Seperti dalam tahun 3, di tahun 4 juga murid diterapkan kemahiran menyelesaikan masalah. Namun untuk tahun 4 soalan penyelesaian masalah adalah lebih rumit dan empat langkah penyelesaian masalah Polya iaitu pemahaman, perancangan, aplikasi dan penyemakan, perlu diberi penekanan kepada murid. Selain daripada itu di dalam silibus tahun 5 juga diperkenalkan peta ringkas yang melibatkan jarak dalam kilometre-km. Murid diajar kemahiran asas membaca peta bagi membolehkan mereka menjawab soalan yang melibatkan peta ringkas tersebut. Ketika murid berada di tahun 6, kemahiran ditambah lagi dengan menerapkan pecahan didalam kemahiran pengukuran. Murid diajar mentafsirkan pecahan sesuatu ukuran itu kepada bentuk nombor bulat dan begitulah sebaliknya. Proses tersebut sudah pastinya melibatkan penukaran unit ukuran.
7

PENGIRAAN YANG MELIBATKAN UKURAN PANJANG, TINGGI DAN JARAK Murid biasanya akan mudah memahami sesuatu tajuk atau kemahiran yang diajar sekiranya tajuk tersebut dekat dengan jiwa mereka. Dalam kata lain, murid akan lebih memahami sekiranya apa yang diajar oleh guru dapat dilihat di dalam kehidupan harian mereka. Begitu juga dengan tajuk ukuran panjang, tinggi dan jarak ini. Pada penerangan yang lepas telah diterangkan tentang sejarah ukuran bagi menarik minat murid terhadap tajuk ni. Sekarang mari kita lihat apakah aktiviti harian yang boleh dilihat atau dilakukan sendiri oleh muridmurid, yang melibatkan kemahiran mengukur panjang tinggi dan jarak. Kita lihat dulu pada ukuran panjang. Selalunya pengiraan yang melibatkan panjang adalah melibatkan pengiraan sesuatu objek yang memanjang seperti tali, kain dan sebagainya. Dalam kehidupan harian, ukuran panjang biasanya digunakan untuk mengira panjang bilik, padang, pagar atau yang sepertinya. Begitu juga dalam proses penyediaan pakaian atau kelengkapan rumah seperti langsir atau penutup meja. Bagi murid sendiri ukuran panjang biasanya mereka lakukan bila mengukur bahan seni atau membuat garisan di dalam buku masing masing. Mereka juga membuat ukuran tidak rasmi ketika membuat perbandingan tentang barangan peribadi masing seperti membandingkan rambut siapa lebih panjang atau reben siapa lebih panjang. Bagi pengiraan yang melibatkan ukuran tinggi pula, ia selalunya digunakan ketika mengukur ketinggian murid sendiri. Selain dari itu murid juga boleh didedahkan yang proses membuat bangunan seperti sekolah dan tempat tinggal mereka juga melibatkan proses pengukuran tinggi. Murid juga boleh membuat praktikal mengukur tinggi dengan mencari ketinggian meja dan kerusi mereka. Selepas itu murid juga boleh membandingkan ketinggian tinggi mereka dengan meja kawan mereka atau meja guru. Murid juga boleh mengukur tinggi pintu kelas mereka. Jarak pula biasanya melibatkan aktiviti pergerakan seperti contohnya berjalan atau berlari dari satu destinasi ke satu destinasi. Jarak biasanya melibatkan penggunaan masa. Contohnya, sekiranya berjalan jarak yang dekat lebih cepat dari berjalan pada jarak jauh. Murid boleh membandingkan jarak rumah masing masing ke sekolah dengan mengira berapa lama masa yang mereka ambil untuk sampai. Untuk melakukan praktikal mengukur jarak dengan menggunakan intrumen pengukur, biasa hanya boleh dilakukan pada jarak dekat seperti penentuan jarak dalam satu larian contohnya lari pecut 100m. Ini boleh dilihat bila diadakan sukan sekolah maka murid boleh melihat berapa jauhkan jarak 100m tersebut.
8

Selain dari membantu murid meminati dan teruja untuk mempelajari tajuk ukuran panjang, tinggi dan jarak ini, dengan pendekatan seumpama ini juga membantu murid dalam menyelesaikan soalan yang melibatkan penyelesaian masalah. Dari sini juga secara tidak langsung murid tahu bahawa mereka telah pun memiliki kemahiran sedia ada tentang tajuk ukuran panjang, tinggi dan jarak. MISKONSEPSI DALAM TAJUK UKURAN PANJANG, TINGGI DAN JARAK Miskonsepsi adalah satu daripada masalah yang sering dihadapi oleh murid dalam pembelajaran matematik dan sering menjadi penghalang kepada mereka untuk memahami konsep-konsep matematik yang berkaitan dengan konsep yang mereka salah ertikan. Miskonsepsi umum dalam matematik adalah seperti berikut; 1. Pemahaman yang kurang lengkap dalam fakta-fakta nombor. 2. Kelemahan dalam komputasi/pengiraan 3. Kesukaran dalam memindah pengetahuan 4. Membuat perkaitan 5. Kefahaman yang kurang lengkap mengenai bahasa matematik Faktor-faktor mengapa kanak-kanak melakukan kesilapan dalam matematik 1. Konsentrasi Ramai diantara murid-murid yang tidak atau kurang konsentrasi ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Ini mungkin kerana pembelajaran membosankan dan pengajaran guru tidak bersistematik. Murid-murid akan hilang konsentrasi apabila merasakan bahawa pelajaran tersebut sudah menjadi semakin sukar dan semakin susah untuk difahami.Maka, jika konsentrasi sudah hilang atau kurang, sudah pasti mereka akan membuat kesilapan kerana mereka tidak memberikan tumpuan dalam pengajaran guru. 2. Minat Kebanyakan murid tidak berminat terhadap pelajaran Matematik, maka jika sudah tersemai perasaan tidak berminat sudah pasti mereka akan belajar sambil lewa, tambahan lagi jika guru tidak cuba untuk menarik perhatian mereka. Maka kesilapan dalam pembelajaran matematik juga berpunca dari minat mereka sendiri.
9

3. Kefahaman Ramai murid memilih untuk berdiam diri tanpa menanyakan soalan pada guru atau kawan jika mereka tidak faham tentang sesuatu konsep matematik tersebut, maka dari sinilah kesilapan komputasi akan berlaku. Kadar kefahaman yang rendah boleh menyebabkan kesilapan dan kadar kefahaman yang tinggi adalah sebaliknya. 4. Kurang daya pendengaran/penglihatan

Antara punca kesilapan ialah murid kurang daya pendengaran / penglihatan. Tetapi sikap mereka yang hanya berdiam diri dan tidak menjelaskan masalah mereka merupakan punca guru tidak dapat mengesan punca kesilapan mereka. 5. Pengajaran guru kurang jelas Mengajar matematik tidaklah begitu sukar, namun bukanlah senang. Jika guru mengajar sambil lewa tanpa perancangan dan peralatan mengajar yang lengkap, besar kemungkinan pengajaran guru yang diterima oleh murid tadi tidak sempurna. Jika pengajaran guru kurang jelas tentang sesuatu isi atau konsep matematik yang diajarkan, maka akibatnya mungkin murid-murid akan membuat kesilapan. 6. Cuai Kesilapan yang murid lakukan juga adalah seringkali kerana kecuaian mereka. Ramai murid yang selalu ingin membuat sesuatu latihan dengan cepat hingga mereka tersalah kira dan sebagainya. 7. Emosi negatif terhadap matematik samaada dari segi fisiologi mahupun psikologi Tanggapan bahawa matematik itu sangat sukar dan tidak mahu mencuba mempelajarinya dengan betul membuatkan kebanyakan minda murid-murid tadi sudah terpengaruhi oleh tanggapan tadi maka pembelajaran mereka akan terganggu. Ada juga di kalangan murid yang akan jatuh sakit atau demam apabila menjelangnya peperiksaan Matematik kerana emosi negatif mereka. Apabila minda dan kesihatan terganggu, peluang untuk melakukan kesilapan dalam matematik adalah tinggi.

10

KESILAPAN MURID-MURID DI DALAM MATEMATIK TERJADI DI DALAM DUA KEADAAN IAITU: 1. Kesilapan yang tidak disengajakan Kesalahan yang timbul dari aktiviti memproses soalan. Kesilapan ini tidak bersistematik dan berpola, kerana ia berlaku sekali sekala dan boleh dilakukan oleh pakar atau kanak-kanak. Kesilapan seperti ini mudah dijumpadan cepat diperbetulkan. 2. Kesilapan yang dilakukan secara berulang-ulang (miskonsepsi) Kanak-kanak tidak tahu mereka melakukan kesilapan kerana mereka menjawab soalan mengikut kefahaman mereka yang sedia ada. Kesilapan ini akan dilakukan berulang-ulang sehingga ada orang yang memperbetulkan konsep mereka. CARA KANAK-KANAK MEMPEROLEHI KONSEP MATEMATIK 1. Pengalaman naturalistik

Pengalaman naturalistik ialah pengalaman yang dimulakan secara spontan oleh kanak-kanak dalam kehidupan mereka sehari-hari. Pengalaman ini amat berguna kepada kanak-kanak mahupun orang dewasa. Tugas guru ialah memberikan alam persekitaran yang menarik dan kaya dengan aktivitiaktiviti yang dapat memberikan pengalaman yang berguna untuk kanak-kanak seperti aktiviti yang membolehkan mereka menyentuh, merasa, melihat dan lain-lain. Contoh-contoh pengalaman naturalistik: Apabila kanak-kanak menggunakan perkataan berat, besar, kecil, tinggi, rendah dan lainlain mereka mulai menyedari tentang ukuran. 2. Pengalaman tak formal Pengalaman tak formal dimulakan oleh orang dewasa ketika kanak-kanak berada dalam suasana pengalaman naturalistik. Pengalaman-pengalaman seperti ini tidak dirancang dalam jangka masa yang tertentu. Ia berlaku bila keadaan mengizinkan dan guru dapat

11

menggunakan peluang tersebut untuk mengajar murid. Contoh-contoh pengalaman tak formal adalah seperti pengalaman ibu mereka membuat ukuran pada mereka untuk membuat pakaian mereka atau mereka mengukur kertas untuk dibuat layang-layang atau sebagainya. 3. Pengalaman pembelajaran yang berstruktur Pembelajaran berlaku setelah dirancang oleh guru. Boleh dilakukan secara berseorangan, dalam kumpulan kecil atau besar dalam masa yang telah ditetapkan. Contohnya mengajar topik-topik yang tertentu dalam masa matematik yang ditentukan ataupun semasa mengajar mata pelajaran lain yang berasaskan matematik. MISKONSEPSI SECARA KHUSUS PADA TAJUK UKURAN PANJANG TINGGI DAN JARAK Apa yang telah diterangkan di atas adalah beberapa miskonsepsi secara umum. Secara khususnya terdapat juga beberapa miskonsepsi di dalam proses P&P tajuk ukuran panjang, tinggi dan jarak. Kebanyakan darinya adalah berpunca dari faktor psikologi seperti yang diterangkan diatas. Murid sekolah rendah masih belum didedahkan dengan ukuran panjang secara meluas didalam hidup mereka. Kehidupan mereka masih berkitar di sekitar keseronokan alam kanak-kanak yang sememangnya amat jauh dari ketelitian. Berlawanan dengan kehendak tajuk ukuran panjang, tinggi dan jarak, ketelitian adalah keutamaan yang paling atas sekali. Maka kerana itulah murid menghadapi kesukaran untuk meminati tajuk ini. Bertitik tolak dari situasi di atas maka bercambahlah permasalahan tersebut kepada beberapa cabang masalah yang lain antaranya adalah kurangnya konsentrasi murid di dalam kelas ketika cikgu mengajar. Bagi tajuk ini konsentrasi adalah amat penting kerana ia melibatkan banyak proses. Perkara paling penting ialah murid perlu memahami dan boleh mengaplikasikan jadual pertukaran unit ukuran panjang, tinggi dan jarak. Murid juga perlu mahir menggunakan fakta asas bagi melancarkan proses tersebut. Termasuk juga murid perlu mempunyai kemahiran penyelesaian masalah bagi menyelesaikan soalan penyelesaian masalah yang berkaitan dengan ukuran panjang tinggi dan jarak. Oleh kerana itu konsentrasi adalah sangat penting dalam menguasai kemahiran kemahiran dalam tajuk ukuran panjang, tinggi dan jarak.

12

Murid juga kurang berminat untuk mempelajari tajuk ukuran panjang, tinggi dan jarak. Satu sebab yang boleh kita kenalpasti ialah mereka percaya bahawa ukuran panjang, tinggi dan jarak adalah kemahiran orang dewasa. Hanya orang dewasa yang layak menggunakan kemahiran tajuk ini. Kerana di dalam kehidupan harian mereka hanya orang biasa yang selalu menggunakan instrumen-instrumen yang melibatkan ukuran panjang, tinggi dan jarak. Contohnya mereka melihat ibu mereka memotong baju dengan menggunakan tali pengukur sebagai instrument untuk mengambil ukuran. Juga melihat ayah mereka mengukur bahanbahan pertukangan dengan pita pengukur. Jarang-jarang dan hampir tidak pernah sama sekali mereka melihat rakan rakan mereka menggunakan instrumen dan unit ukuran. Terhasil dari kurangnya konsentrasi dan minat terhadap tajuk ini maka murid menghadapi kesukaran untuk memahami konsep yang cuba disampaikan oleh guru. Oleh kerana murid tidak faham dengan konsep yang cuba diterangkan maka selalulah berlaku kesilapan dalam pengiraan yang mereka buat dalam menjawab soalan yang berkaitan dengan ukuran panjang, tinggi dan jarak. PENYELESAIAN YANG DICADANGKAN BAGI MENGATASI MISKONSEPSI DI ATAS Bagi menyelesaikan miskonsepsi yang berlaku dalam P&P yang melibatkan ukuran panjang, tinggi dan jarak, di bawah ini adalah cadangan P&P yang dirasakan boleh mengatasi masalah tersebut. Pertama sekali murid perlu didedahkan yang ukuran panjang tinggi dan jarak boleh menjadi satu aktiviti yang menyeronokkkan. Di dalam set induksi murid boleh dibuat dengan meminta murid membuat corak geometri secara bebas menggunakan beberapa ukuran yang ditetapkan contohnya dengan ukuran 10cm dan 5 cm. Murid pasti gembira kerana menyedari bahawa pembaris bukan sahaja boleh dijadikan bahan untuk membuat garisan lurus, malah juga boleh digunakan untuk melukis corak-corak yang cantik dan menarik. Di dalam langkah seterusnya pula murid diberi bahan bahan yang biasa mereka jumpa seperti tali skipping dan batang aiskrim. Murid diminta membandingkan ukuran kedua perkara ini. Aktiviti ini boleh dijadikan sebagai intro dalam kemahiran pertukaran unit.

13

Aktiviti yang lebih bebas dan santai pasti boleh menarik minat murid. Murid diberi tanggungjawab untuk mengukur sendiri sebarang objek yang mereka sukai di dalam kelas mereka dan mencatatkan ukuran tersebut dalam 2 unit yang berlainan. Bagi memastikan yang murid telah pun terlepas dari segala masalah yang mereka, dan telah dapat menguasai konsep kemahiran yang diajar maka sedikit kerja yang lebih formal iaitu lembaran kerja, diberi kepada murid, tetapi dijawab di dalam kumpulan bagi membolehkan murid berinteraksi sesama sendiri yang mana situasi ini pastinya akan menimbulkan keserokan. Selain itu keseronokan dan keterujaan mereka diteruskan dengan aktiviti pembentangan yang mana murid pasti akan merasa bangga dengan hasil kerja yang telah meraka lakukan. KESIMPULAN Dari semua yang telah diterangkan diatas maka bolehlah disimpulkan bahawa guru perlu mempunyai pengetahuan yang cukup tentang apa yang ingin disampaikan. Segala kelemahan dan kekuatan harus diambilkira baik pada tajuk yang ingin disampai begitu juga pada murid dan guru sendiri. Pengetahuan yang cukup perlulah ada bagi memastikan perancangan P&P dibuat dengan begitu teliti dan terperinci agar objektif tercapai. Bagi memastikan objektif tercapai, P&P juga perlu berjalan dengan mengikut kepada perancangan yang telah dibuat.

14

RUJUKAN 1. Sobel,M.A. & maletsky, E.M. (1999). Teaching mathematics: A sourcebook of aids, activities and strategies. Boston: Allyn dan Bacon. 2. Rohana Puteh & Lily Wong, (2010). Quick Reference UPSR Mathematics Year 4,5,6, Marshall Cavendish (Malaysia) Sdn Bhd. Selangor. 3. Azizah Fareza & Gopi Rangaya, (2008). Nexus Xpress UPSR Mathematics Year 4,5,6, Sasbadi Sdn. Bhd. Selangor. 4. Peh Kheng Suat & Flora Kuah, (2010). Express Revision Mathematics UPSR Year 4,5,6, Penerbitan Ilmu Bakti Sdn. Bhd. Selangor. 5. Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh, (2012). Panduan Ilmu Pendidikan Untuk DPLI Pedagogi, Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Kuala Lumpur. 6. Brenda Walpole (1999). Unit Jarak. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

15

Lampiran 1 CONTOH PERSEDIAAN MENGAJAR Matapelajaran Tahun Masa Tajuk Hasil pembelajaran : : : : : Matematik 5 60 minit Ukuran panjang Diakhir pembelajaran murid dapat 1. mengukur dalam cm, mm dan m

2. Menganggarkan ukuran dalam mm, cm dan m. 3. Menukarkan unit cm kepada m dan sebaliknya. 4. Menukarkan unit mm kepada cm dan sebaliknya. 5. Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan ukuran cm, mm dan m. Strategi P&P : Strategi yang digunakan ialah: 1. Demonstrasi 2. Koperatif Penyerapan ilmu : Penyerapan ilmu yang digunakan ialah: 1. Lukisan 2. Pembinaan Kemahiran generik/ penerapan nilai : 1. Bekerjasama 2. Ketepatan 3. Kejujuran 4. Ketelitian

16

KBKK

: 1. Membuat anggaran 2. Member sebab 3. Merekacipta 4. Mengukur dengan menggunakan motor 5. Menghubungkait 6. Menjana idea 7. Merancang strategi penyelesaian masalah

Kecerdasan logikal

: 1. Kecerdasan pelbagai 2. Kecerdasan interpersonal 3. Kecerdasan intrapersonal

Media pengajaran

: 1. Pita pengukur 2. Pembaris 3. Kertas A4

Pengetahuan sedia ada: 1. Murid telah biasa dengan instrument ukuran pembaris 2. Murid telah pun mempunai pengetahuan tentang ukuran panjang. 3. Murid telah mengetahui proses menukar unit pecahan. Langkah/ Masa (peristiwa pengajaran) Set induksi Melukis dgn tepat garisan berukuran: 5 minit Isi pelajaran Aktiviti guru Aktiviti pelajar Media pengajaran Kemahiran generik

Guru mengedarkan sehelai kertas putih kepada


17

Melukis corak dengan menggunakan pembaris dan

Ketepatan ketelitian

10cm 5cm

Langkah 1 10 minit

Mengaitkan hubungan antara unit. Menukar unit panjang antara satu unit ke unit yang lain.

murid dan meminta murid melukis corak yang garisan berwarna warni menggunakan ukuran 10cm dan 5cm. Guru menerangkan kaitan antara unit.

pensel warna pada kertas putih hingga menghasilkan corak yang cantik.

Guru mengedarkan beberapa utas Murid tali yang menjalankan berukuran 1m. aktiviti mengikut arahan guru: Guru juga mengedarkan beberapa - merentang batang kayu tali yang yang diberi oleh berukuran guru. 10cm. - menyusun Guru meminta kayu-kayu murid yang diberi menyusun sepanjang tali kayu-kayu tersebut. yang berukuran - menyatakan 10cm berapa sepanjang tali banyak berukuran 1m batang tersebut dan kayukah meminta perlu disusun murid sepanjang tali mengira tersebut. berapa batang kayukah yang - murid diperlukan menyatakan untuk disusun kaitan dalam sepanjang tali unit antara 2 tersebut objek tersebut.

Murid Tali mendengar dan Kayu memahamkan penerangan guru.

Menjana idea Merancang strategi penyelesaian Membuat keputusan. Bekerjasama Teliti Kecerdasan logikal Kecerdasan interpersonal

18

Langkah 2 15 minit

Kemahiran menggunakan jadual pertukaran unit seperti berikut 1m=100cm 1cm=10mm

Guru meminta murid mengukur menggunakan pita pembaris masingmasing, sekurangkurangnya 5 objek yang terdapat disekeliling mereka.

Murid mencari 5 objek secara bebas disekitar kelas mereka.

5 objek Teliti disekeliling kelas. Menyampaikan maklumat Pembaris. Berani Kecerdasan logikal Kecerdasan interpersonal

Murid menjalankan aktiviti mengukur objek-objek yang dipilih mengunakan Guru meminta pembaris murid menulis masingukuran objek masing dan tersebut mencatatkan dalam 2 unit ukuran yang yang mereka berlainan unit dapati dalam m, cm atau 2 unit mm, mengikut berbeza. kesesuaian. Guru meminta murid mencatat setiap ukuran yang dibuat. Guru meminta murid membentuk kumpulan berlima

Langkah 3 15 minit

Kemahiran menggunakan jadual pertukaran unit seperti berikut 1m=100cm

Murid membentuk kumpulan berlima. Murid menjawab soalan di dalam lembaran kerja secara kumpulan.

Lembaran kerja

Kerjasama Teliti Kecerdasan logikal Kecerdasan interpersonal

Guru menunjukkan cara menukar unit dengan 1cm=10mm berpandukan jadual Contoh penukaran pengiraan: unit ukuran panjang 1m= dengan 1X100=100cm aplikasi fakta asas. 100cm= Guru
19

100100=1cm

Langkah 4 10 minit

mengedarkan lembaran kerja kepada setiap kumpulan dan meminta murid menukar unit kepada unit yang dikehendaki di dalam lembaran kerja tersebut. Guru menjalankan sesi pembentangan

Setiap kumpulan membuat perbantangan

Papan tulis alat tulis

Menyampaikan maklumat berani

Penutup 5 minit

Guru bertindak sebagai fasilitator Rumusan hasil Guru kerja murid merumuskan pembentangan murid Guru memberi kuiz ringkas untuk mengukur sejauh mana kefahaman murid terhadap tajuk yang diajar.

Murid menjawab soalan guru secara lisan.

Kejujuran Kecerdasan logikal Kecerdasan interpersonal

20

You might also like