You are on page 1of 14

B ahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia.

Ini bererti bahawa bahasa Melayu telah berubah tarafnya daripada bahasa kebangsaan bangsa Melayu kepada bahasa kebangsaan negara Malaysia. Perubahan taraf ini (seperti yang diisytiharkan dalam Perlembagaan (1957) mempunyai implikasi sosiopolitik yang luas dan penting bagi negara pelbagai etnik dan pelbagai bahasa seperti Malaysia. Perubahan taraf itu bererti bahawa fungsi bahasa Melayu tidak lagi hanya sebagai bahasa perpaduan dan bahasa kemajuan bangsa Melayu sahaja tetapi lebih penting lagi, ia diberikan fungsi dan nilai baharu, iaitu sebagai bahasa perpaduan dan kemajuan negara, merentas segala sempadan dan kepentingan etnik dan bahasa-bahasa lain. Ada orang beranggapan bahawa bahasa kebangsaan tidak mempunyai peranan sebagai alat kemajuan atau pembangunan negara, tetapi hanya sebagai lambang negara atau sebagai alat perpaduan bangsa atau etnik. Anggapan ini tidak benar, kerana bahasa kebangsaan bererti bahasa komunikasi luas. Tidak mungkin bahasa yang hanya diketahui oleh sebilangan kecil penduduk dapat diterima atau diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan sesebuah negara. Kalau pun bahasa itu diterima atau diiktiraf oleh

undang-undang atau dasar bahasa sebagai bahasa kebangsaan negara itu, nilainya nanti tidak lebih hanya sebagai bahasa simbolik tetapi tidak digunakan sebagai alat untuk memajukan bangsa dan negara. Misalnya, di Singapura bahasa Melayu masih diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan negara itu, tetapi peranannya hanya sebagai lambang yang tidak mempunyai apa-apa fungsi pembangunan, yakni, bahasa ini tidak digunakan sebagai alat untuk memajukan negara itu, misalnya dalam bidang ekonomi, pendidikan, teknologi dan sebagainya. Tetapi di Indonesia, bahasa Indonesia (bahasa Melayu) ialah bahasa pembangunan dan kemajuan bangsa dan negara Indonesia. Nilai atau fungsi bahasa Indonesia sebagai bahasa nasional, atau sebagai bahasa perpaduan rakyat pelbagai etnik dan bahasa di negara itu dan fungsinya sebagai bahasa urusan kerajaan (bahasa rasmi) tidak dipisahkan daripada proses pembangunan negara itu seluruhnya. Tetapi di Malaysia nampaknya, fungsi bahasa kebangsaan terpisah daripada proses pembangunan negara. Kegunaan bahasa kebangsaan nampaknya terhad dalam bidang urusan rasmi kerajaan sahaja tetapi fungsi atau kegunaannya tidak tersebar luas dalam sektor pembangunan ekonomi, perniagaan dan teknologi negara,

terutama yang dikuasai sektor swasta. Dasar bahasa kebangsaan mengandaikan bahawa bahasa ini, di peringkat negara, dapat dimajukan sebagai alat untuk menyatupadukan penduduk berbilang kaum. Dikatakan matlamat itu lebih mudah dicapai kerana prosesnya tidak melibatkan sentimen dan emosi, tetapi semata-mata berdasarkan fungsi atau nilai instrumental bahasa Melayu untuk memainkan peranan sebagai bahasa perpaduan negara dan sebagai bahasa kemajuan atau pembangunan negara. Apakah alasan kita? Alasan yang paling kuat ialah, bahasa Melayu mempunyai nilai tambahan yang cukup banyak, yang tidak terdapat pada bahasa-bahasa lain yang digunakan di negara ini. Antaranya, pertama, bahasa ini merupakan lingua franca atau bahasa perhubungan antara pelbagai etnik di pelbagai peringkat dan bidang atau ranah komunikasi sosial, politik dan budaya, perdagangan dan lain-lain, tidak hanya di peringkat elitis atau dalam bidang-bidang yang terbatas. Sebagai contoh, jikalau semua papan tanda dan iklan di Malaysia disiarkan dalam bahasa Melayu, pasti tiada siapa (kecuali penduduk bukan rakyat Malaysia) yang tidak memahaminya. Tetapi tentu banyak penduduk Malaysia dari semua golongan etnik yang tidak akan memahami iklan dan papan tanda

itu jikalau mesejnya ditulis dalam bahasa Inggeris atau bahasa Mandarin atau Tamil. Ini contoh (dan banyak contoh lain) yang menunjukkan bahawa nilai bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi luas ini tidak ada pada bahasa-bahasa lain di Malaysia. Kedua, bahasa Melayu ialah bahasa yang sudah maju sejak ratusan tahun dahulu di kawasannya sendiri, bukan baru sekarang. Sebagaimana yang kita tahu, bahasa ini telah berkembang sebagai bahasa pembentuk budaya dan tamadun tinggi di seluruh rantau berbahasa Melayu sejak abad ke-14 lagi. Hakikat bahawa bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara Indonesia (tidak bahasa-bahasa lain, misalnya bahasa Jawa yang jauh lebih besar jumlah penutur aslinya) membuktikan sifat kesegaran dan dinamika sosial bahasa ini. Sifat ini tidak ada pada bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain di Malaysia atau di rantau ini. Dasar penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan yang dilaksanakan sejak tahun 1970-an (berdasarkan Akta Pelajaran 1961 hingga Akta Pendidikan 1995) memperkukuh lagi kedua-dua taraf dan fungsi bahasa Melayu itu. Pemerhatian kita mutakhir ini menunjukkan bahawa orang bukan Melayu makin lebih cekap berbahasa Melayu

tinggi, bahasa Melayu yang betul, daripada orang Melayu sendiri. Berdasarkan dua sifat dan fungsi sosiopolitik dan dinamika sosiolinguistik yang tersebut itu, maka kita dapat berkata bahawa bahasa Melayu mempunyai potensi atau kelebihan yang banyak untuk dimajukan secara tegas sebagai bahasa pembangunan dan kemajuan negara. Strategi dan matlamat ini jauh lebih penting dan lebih mudah dicapai daripada matlamat untuk menyatupadukan penduduk pelbagai etnik dan bahasa di negara ini melalui bahasa Melayu. Kesimpulannya, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara bererti bahasa untuk memajukan rakyat dan negara Malaysia. Dalam proses ini kepentingan negara seharusnya mengatasi kepentingan etnik dan kaum. Setakat hari ini, nampaknya hanya bahasa Melayu sahajalah yang dapat merentas segala sempadan budaya dan bahasa-bahasa etnik yang lain untuk digunakan sebagai alat kemajuan dan perpaduan antara etnik di negara ini. Inilah sebenarnya nilai dan potensi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara.

FUNGSI BAHASA MELAYU Sebagai Bahasa KebangsaanSebagai Bahasa RasmiSebagai Bahasa PerpaduanSebagai Bahasa Pengantar Sebagai Bahasa IlmuSebagai Bahasa Komunikasi

AHASA ILMU Bahasa Melayu tetap mempunyai peranan sebagaibahasa ilmu dalam dunia abad ke-21. Namun, kejayaanBahasa Melayu dalam tugas ini amat bergantung padakesediaan pengamal Bahasa Melayu untukmenggunakan bahasa tersebut sebagai bahasa ilmu.Peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmupengetahuan moden akan tetap kekal walaupun tidakdinafikan bahawa di negara ini, Bahasa Inggeris turutberfungsi sebagai bahasa untuk menimba ilmu.Keadaan ini tidak bercanggah kerana sudah menjadidasar pendidikan negara untuk menghasilkan pelajar yang dwibahasa sifatnya.

Itulah sebabnya Bahasa Inggeris diperkenalkan sebagaimata pelajaran sejak tahun satu sekolah rendah supayapelajar menerima pendidikan Bahasa Inggeris selama 11tahun dan sepatutnya telah menguasai bahasa tersebutdengan baik.Jika rasa megah terhadap Bahasa Melayu sebagaibahasa ilmu tidak ada dan jika semua pihak lebih selesamenggunakan Bahasa Inggeris, lama-kelamaan fungsiBahasa Melayu sebagai bahasa ilmu akan berkurangan.Tetapi, kerana orang Melayu memang optimistiksifatnya, berdasarkan kejayaan Bahasa Melayu dalam30 tahun yang lalu, potensi yang ada bagi BahasaMelayu untuk kekal sebagai bahasa ilmu amat cerah.

http://www.scribd.com/doc/13957200/FUNGSI-BAHASA-MELAYU BAHASA KOMUNIKASIBAHASA KOMUNIKASI Bahasa Melayu telah menjadi bahasa komunikasi ataubahasa perhubungan di antara rakyat jelata keranabahasa itu dapat dipelajari dengan senang dan telahsekian lama menjadi lingua franca penduduk kawasanini.Rakyat jelata yang dimaksudkan ialah masyarakat biasa,bukan golongan elit yang, oleh sebab sifat dwibahasamereka, lebih selesa menggunakan bahasa campuran(Melayu-Inggeris).Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan dan bahasaperhubungan rakyat jelata.Maka, fungsi pembinaan jati diri akan tetap dimainkanoleh bahasa itu kerana pembinaan jati diri mempunyaiikatan yang erat dengan emosi.

Pengumuman pemansuhan PPSMI dan dasar MBMMBI dibuat selepas kerajaan mengkaji dan meneliti pelbagai aspek membabitkan keberkesanan pelaksanaan dasar itu. Kerajaan juga mengambil kira pelbagai pandangan cendekiawan serta pandangan umum mengenai pro dan kontra pelaksanaan PPSMI yang dilaksanakan sejak 2003.

Contoh, tokoh bahasa yang juga bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dr Hassan Ahmad, menyatakan PPSMI boleh melemahkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Menurutnya, sebelum ini pelbagai bidang ilmu ditumpukan dalam bahasa Melayu termasuk dalam bidang sains dan matematik.

Bahasa Melayu juga pernah digunakan dengan meluas di pusat pengajian tinggi sehinggakan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjadi sebuah universiti yang sepenuhnya menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Keunggulan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dibuktikan UKM apabila melahirkan ramai siswazah dalam bidang perubatan dan pelbagai bidang lain. Golongan profesional yang dilahirkan oleh UKM dengan pengantar bahasa Melayu turut mahir berbahasa Inggeris.

Peranan DBP yang menterjemahkan banyak buku dalam pelbagai bidang ilmu, termasuk menerbit pelbagai jenis kamus, peristilahan dan buku glosari dalam semua bidang pengajian berjaya mengangkat keupayaan dan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Menurut kajian Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), pelaksanaan PPSMI didapati menjarakkan lagi jurang pencapaian sains dan matematik antara pelajar bandar dan luar bandar. Masih ramai guru PPSMI tidak menguasai bahasa Inggeris. Kebanyakan murid pula menunjukkan sikap pasif dan kurang ceria apabila kelas Sains dan Matematik berlangsung.

Majoriti murid, terutama di luar bandar takut bertanya soalan kerana tidak memahami pelajaran yang diajar. Hampir 50 peratus murid didapati tidak faham bahasa Inggeris. Kajian itu juga mendapati lebih 80 peratus murid Melayu sukar memahami pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Justeru, PPSMI dilihat gagal memberi manfaat kepada pelajar, khususnya di luar bandar.

Dalam melaksanakan dasar MBMMBI, Kementerian Pelajaran perlu mengambil beberapa langkah secara teliti dan terancang. Misalnya, untuk menyediakan buku teks dalam bahasa Melayu bagi kedua-dua mata pelajaran terbabit memerlukan jangka masa tertentu. Ini termasuk melantik panel penulis, penyediaan isi kandungan, panggilan tender dan akhirnya proses mencetak. Saya kira proses ini sudah pun berjalan kerana selepas berakhir 2011 nanti maka dasar baru itu akan dilaksanakan.

Kita juga perlu faham selain mengembalikan pengajaran Sains dan Matematik kepada bahasa Melayu, pada masa sama kerajaan mahu memperkukuhkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar.

Seperti disarankan pakar bahasa bahawa untuk memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar, aspek pedagogi pengajaran dan pembelajaran bahasa itu perlu dipertingkatkan.

Oleh itu, kementerian perlu merancang pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris dengan berkesan. Justeru, kemampuan melahirkan guru bahasa Inggeris berkualiti amat penting supaya pengajaran dan pembelajaran bahasa itu menjadi lebih berkesan, menarik dan bersifat pembelajaran yang menyeronokkan.

Langkah kerajaan mengambil lebih ramai guru bahasa Inggeris dari luar negara adalah usaha mengatasi masalah kepakaran guru dalam bahasa Inggeris. Saya yakin ia langkah sementara sebelum negara dapat melahirkan lebih ramai guru yang mahir dan pakar dalam pengajaran bahasa Inggeris.

Kerajaan juga boleh mempertimbangkan pengambilan guru bahasa Inggeris yang sudah bersara tetapi masih mampu mengajar dengan berkesan. Guru berpencen yang diambil semula ini perlu memiliki kesihatan yang baik dan didedahkan dengan teknik pembelajaran bahasa Inggeris yang terkini.

Selain itu, penambahan peruntukan masa mengajar bahasa Inggeris di sekolah rendah dan menengah serta Tingkatan Enam dan Matrikulasi, akan dapat memantapkan lagi penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar.

Langkah menjadikan makmal komputer di kebanyakan sekolah sebagai makmal bahasa pula akan dapat memantapkan dasar MBMMBI. Justeru, sekolah yang belum mempunyai kemudahan komputer, perlulah kerajaan segera menyediakannya.

Kesimpulan, dasar MBMMBI mampu mengembalikan semula kedudukan bahasa Melayu dalam pendidikan negara. Pada masa sama, dapat memperkasa penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar.

Penulis adalah Ketua Unit Penerbitan di Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaanhttp://www.bharian.com.my/articles/MemartabatkanbahasaMelayusebagaisaluranpenguas aanilmu/Article/

IPP dan Pengiktirafan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmiah Tarikh : Thursday, February 15 @ 12:12:49 PST Topik : Artikel

Peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan juga asas perpaduan terus diberi penekanan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 yang dilancarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Ini diperlihatkan dalam fokus Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui teras kedua pelan ini iaitu membina Negara Bangsa.

Kesungguhan untuk melaksanakan fokus ini dijelaskan sebagai cabaran KPM adalah untuk memastikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan dan digunakan sebagai bahasa ilmu serta bahasa perpaduan. KPM berazam untuk memberikan penghormatan dan menyemarakkan penggunaan Bahasa Melayu untuk memperkasakan kedudukannya.[1]

Pelan ini juga turut mengenalpasti punca-punca kemerosotan Bahasa Melayu terutama dari segi tahap dan mutu penggunaannya walaupun kedudukan Bahasa Melayu sudah terjamin sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengantar pendidikan dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah ditubuhkan untuk tujuan-tujuan tersebut.[2] Antara faktor-faktor yang menjurus kepada kemerosotan itu ialah kecenderungan dan kelaziman penggunaan bahasa rojak, bahasa dalam sistem pesanan ringkas (SMS) dan bahasa dalam sembang di internet, peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi seperti yang ditafsirkan dalam Perlembagaan masih belum dilaksanakan sepenuhnya, tanggapan bahawa penggunaan Bahasa Kebangsaan menyebabkan seseorang itu dianggap tidak terdidik atau kurang berketerampilan, penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam sektor swasta masih pada tahap minimum, jumlah penerbitan buku dalam Bahasa Kebangsaan yang secara relatifnya rendah, dan kadar penterjemahan karya daripada bahasa asing kepada Bahasa Kebangsaan yang secara relatifnya rendah dan lambat. Selain itu, masalah pencemaran dalam penggunaannya khususnya di tempat awam dan dalam media massa, peminggiran penggunaannya dalam urusan rasmi di sektor awam dan swasta serta kemerosotan penggunaannya sebagai bahasa ilmu, termasuk di institusi-institusi pendidikan tinggi juga merupakan faktor-faktor yang perlu diberi perhatian.

Berdasarkan perancangan dan usaha-usaha yang dipaparkan dalam PIPP ini, jelas usaha memartabatkan Bahasa Melayu tetap menjadi agenda utama. Hal ini kerana Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

dan bahasa rasmi dan bahasa pengantar dalam pendidikan sewajarnya terus diperkasakan dan dimantapkan agar kedudukannya terus utuh dan peranannya sebagai alat perpaduan juga semakin berkesan. Rentetan ini dijelaskan oleh Dr. Awang Sariyan (2005) iaitu kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi diwartakan dalam Perlembagaan Persekutuan, sementara kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi secara khusus diwartakan dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967 dan sebagai bahasa penghantar ilmu pula diwartakan dalam Akta Pendidikan 1961 dan kemudian dalam Akta Pendidikan 1996.

Hasil daripada pelaksanaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan telah terbukti apabila di akhir tahun 1980-an, dasar bahasa dalam sistem pendidikan negara mencapai tahap perkembangan yang boleh kita sebut mantap atau stabil. Kemantapan ini dapat kita lihat berdasarkan kejayaan dasar itu melahirkan generasi, dari semua kaum, yang terdidik dalam atau melalui BM. Puluhan ribu pelajar kita, baik pelajar Melayu mahupun pelajar bukan Melayu, mampu memperoleh pendidikan peringkat tinggi dalam semua bidang, termasuk bidang sains dan matematik, dalam BM, bukan sahaja di peringkat Ijazah Pertama, tetapi juga di peringkat Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah.[3] Oleh yang demikian sewajarnyalah usaha pemerkasaan Bahasa Melayu diteruskan kerana sifat bahasa itu yang sentiasa berkembang selaras dengan perkembangan semasa.

Namun berdasarkan realiti dalam bidang pendidikan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah semakin tergugat sejak kebelakangan ini. Apatah lagi dengan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) dalam Bahasa Inggeris dan Dasar Bahasa di IPTA dan IPTS yang mula berubah. Kedudukan dan usaha untuk menyemarakkan penggunaan Bahasa Melayu menjadi tumpuan melalui pelbagai program yang dirangka tetapi aspek untuk memperkasakan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu tidak dinyatakan secara langsung. Sekiranya usaha-usaha ini dilakukan nescaya sekurang-kurangnya kelemahan-kelemahan dalam penggunaan bahasa dan sikap memandang rendah terhadap Bahasa Melayu dapat dibendung sejak peringkat sekolah lagi. Antara langkah awal yang boleh dilakukan ialah guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu ditambah ilmu dan kepakaran mereka dalam bidang linguistik. Di samping itu guru-guru mata pelajaran lain juga turut diberi pendedahan dan pemantapan tentang Bahasa Melayu.

Pelaksanaan PPSMI di peringkat sekolah tidak dapat tidak telah menggugat kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa ilmu. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa sains dan matematik terjejas dengan pelaksanaan dasar ini. Kesannya kelak semua mata pelajaran sains dan matematik dari peringkat pendidikan rendah hingga ke pendidikan tinggi akan diajarkan dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya. Akibatnya, pelaksanaan dasar ini akan menjadikan peranan Bahasa Melayu selanjutnya dalam bidang ilmu Sains dan teknologi akan tersekat terus dan terbantut kecuali dalam bidang yang amat terhad, khususnya bagi pendidikan tinggi (era selepas SPM) sedangkan bahasa Melayu telahpun banyak meneroka bidang tersebut dengan lebih 800,000 istilah, 200,000 buah buku pelbagai judul, dan sebagainya. Segala usaha tersebut hanya perlu disempurnakan serta dibaiki dari semasa ke semasa.[4] Dalam konteks ini juga kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah juga semakin mengecil khususnya dalam bidang sains dan teknologi.

Selain itu, perubahan dasar bahasa di peringkat IPT juga telah menyebabkan berlakunya perbezaan yang ketara antara dasar Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan. Hal ini diperakui oleh Jawatankuasa Mengkaji, Menyemak dan Membuat Perakuan Tentang Perkembangan dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi Malaysia (2006) yang menjelaskan jawatankuasa mendapati bahawa walaupun Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa pengantar di peringkat sekolah, keadaan di peringkat tinggi adalah berbeza. Selama lebih satu dekad telah wujud dua sistem yang berbeza dengan ketaranya di peringkat pendidikan tinggi: Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di IPTA dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di IPTS. Perkembangan ini berlaku selepas pelaksanaan Akta IPTS 1996, banyak IPTS telah diberi pengecualian daripada menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Bahasa Inggeris telah dijadikan bahasa pengantar kerana institusi-institusi ini kebanyakannya menawarkan kursus-kursus IPT luar Negara.

Namun begitu, dalam laporan yang sama jawatankuasa ini turut memperakukan supaya Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan digunakan sebagai bahasa rasmi digunakan dalam semua urusan rasmi dan Bahasa Inggeris hendaklah digunakan sebagai bahasa pengantar di IPT dalam semua mata pelajaran sains, matematik dan professional, manakala mata pelajaran lain hendaklah diajar dalam bahasa yang paling berkesan untuk menyampaikan ilmu yang terkandung di dalam mata pelajaran tersebut.[5] Natijahnya, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar semakin terpinggir dan sudah pasti untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah juga semakin sukar apabila semakin

dipinggirkan di dalam institusi ilmu. Kerisauan terhadap perkembangan ini turut dinyatakan oleh Datuk Dr. Hassan Ahmad (2004) iaitu dasar bahasa dalam sistem pendidikan negara berhubung dengan bahasa Inggeris jelas, iaitu bahasa ini hendaklah diajarkan sebagai bahasa kedua yang wajib di sekolah kebangsaan. Dasar ini tidak berkata bahawa bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua hendaklah dijadikan bahasa pengantar dalam apa jua mata pelajaran di sekolah.

Perakuan dan saranan agar penggunaan Bahasa Inggeris diperluaskan dalam bidang pendidikan ini juga seakan-akan berlawanan dengan pelaksanaan Dasar Buku Negara yang terkandung dalam PIPP. Buku teks dan buku-buku rujukan memainkan peranan penting di dalam pengajaran dan pembelajaran dan sudah sepatutnya usaha menambah bilangan penerbitan bahan-bahan tersebut dalam bahasa kebangsaan mendapat sokongan daripada pelbagai pihak. Namun jika dilihat dalam pelaksanaan dasar pendidikan kebelakangan ini dengan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) serta dasar penggunaan Bahasa Melayu di IPTA dan IPTS, keadaan sebaliknya yang berlaku; sedang satu pihak berusaha untuk menterjemah karya asing kepada Bahasa Melayu, satu pihak lagi beralih kepada buku-buku Bahasa Inggeris sebagai rujukan. Di sini menampakkan pembaharuan yang dikemukakan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan tidak sejajar dengan situasi yang berlaku terhadap pelaksanaan dasar bahasa dalam sistem pendidikan di peringkat Kementerian Pelajaran sendiri dan juga Kementerian pengajian Tinggi. Usaha untuk memperbanyakkan penerbitan buku-buku dalam Bahasa Melayu dan juga penterjemahan karya asing kepada Bahasa Melayu sepatutnya akan lebih terangsang dan bersemarak kerana adanya permintaan mendesak apabila bidang sains, matematik dan professional ini diajarkan dalam Bahasa Melayu. Keadaan inilah yang berlaku apabila Bahasa Melayu mula dijadikan Bahasa Pengantar sepenuhnya di IPTA pada awal 1980an, dalam tahun 1980 hingga 1983, DBP telah mencetak sebanyak 47 buah senarai istilah yang boleh dikatakan dalam semua bidang kecuali bidang-bidang khusus[6]. Di samping itu usaha-usaha ini diperlengkap oleh masing-masing universiti mengikut keupayaan mereka untuk bidang-bidang yang lebih khusus dan tinggi sesuai dengan peringkat pengajian tinggi.

Keseluruhannya pelaksanaan yang terkandung dalam Pelan Induk Pembangunan Pndidikan dalam usaha memperkasakan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah sewajarnya diterjemahkan dalam bentuk yang lebih jelas kerana wujudnya kontra dengan pelaksanaan dasar bahasa yang berlaku di sekolahsekolah dan juga di IPTA dan IPTS. Di peringkat pembelajaran, penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam mata pelajaran semakin mengecil jumlahnya apabila dilaksanakan pengajaran

mata pelajaran sains, matematik dan professional menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Usaha-usaha untuk menyemarakkan penggunaan dan mengukuhkan kecintaan terhadap Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi sememangnya disokong tetapi untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah mestilah disokong kuat oleh penggunaan dan pemakaian Bahasa Melayu sepenuhnya dalam menyampaikan ilmu. Barulah Bahasa Melayu akan terus berkembang pesat dan usaha memperkayakan khazanah bahasa dalam bidang ejaan, peristilahan, kosa kata umum, tatabahasa, sebutan dan laras bahasa akan terus bercambah.

http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=print&sid=728

Pelaksanaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sepenuhnya menuntut agar langkah-langkah yang lebih gigih dilakukan terhadap persoalan-persoalan yang ditimbulkan. Di samping itu, usaha memperkembangkan Bahasa Melayu dan meningkatkan keupayaannya menjadi bahasa ilmiah bagi semua bidang ilmu perlu diselaraskan dengan perubahan dasar pendidikan dan pelaksanaannya di peringkat Kementerian Pelajaran dan juga Kementerian Pengajian Tinggi . Hakikatnya, usaha dan gelombang baru gerakan memperkasakan Bahasa Melayu yang termaktub dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan merupakan usaha-usaha untuk memperbaiki kekurangan dan memantapkan pelaksanaan perancangan sebelum ini. Walaupun pengiktirafan untuk memperkasakan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu / ilmiah disentuh tetapi dalam masa yang sama wujud ketidakseimbangan dari segi pelaksanaan dasar bahasa dalam sistem pendidikan.

http://setahintai.blogspot.com/2011/03/kepentingan-bahasa-melayu-sebagai.html

Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu


Semua rakyat Malaysia sedia maklum dengan penubuhan Jawatankuasa Razak pada tahun 1956, jelas dapat dilihat bahawa wawasan yang ingin dicapai dalam pembentukkan negara berkaitan juga dengan aspek bahasa juga diambil kira. Laporan Razak ini telah menegaskan peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara kita. Rancangan ini kemudian telah dikukuhkan lagi oleh Jawatankuasa Rahman Talib pada tahun 1960. Jawatankuasa ini telah menjadi asas kepada pembentukan Akta Pendidikan 1961 dan diperteguhkan lagi dalam Akta Pendidikan 1996.

Peranan atau kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa pengucapan ilmu dapat dilihat apabila bahasa ini dijadikan bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara kita. Apabila bahasa ini digunakan maka bahasa Melayu dapat mengisi erti pendemokrasian pendidikan kerana sebahagian besar rakyat mendapat ilmu melalui satu bahasa sahaja. Apabila semua orang mengunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu maka jurang pendidikan dapat dielakkan kerana kita sudah mempunyai sistem pendidikan kebangsaan dan bukan sistem yang memisahkan jurang antara rakyat. Selain daripada itu penggunaan bahasa kebangsaan ini juga dapat mengembangkan ilmu dan memudahkan proses penyampaian ilmu kepada masyrakat menjadi lebih berkesan. Kejayaan hasil daripada penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu apabila ratusan ribu ahli ilmu, korporat, professional dan tenaga pembangunan negara dalam pelbagai bidang telah berjaya dihasilkan setelah Akta Pendidikan ini diwartakan. Aspek kejayaan sistem pendidikan mengunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar kerana kesatuan sikap, pemikiran. Sistem nilai dalam kalangan generasi muda kita. Selain daripada itu disebabkan juga budaya berbahasa yang secara relatifnya seragam. Kejayaan dan kepentingan semua ini dapat dilihat oleh pihak sekolah yang berperanan mengajar generasi masa kini bahasa Melayu. Melalui bahasa Melayu juga prasangka buruk antara kaum dapat dielakkan. Selain daripada kepentingan yang telah disebutkan tadi bahasa Melayu juga amat penting untuk hal ehwal pembinaan negara kita sebagai negara bangsa. Hal ini kerana bahasa Melayu amat penting untuk mengeratkan perhubungan dalam pembinaan konsep kebangsaan dan kenegaraan yang dikenali sebagai Malaysia. Sesungguhnya perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu amat penting untuk menyatukan roh bangsa, asas jati diri dan citra bangsa selain daripada untuk menyampaikan ilmu pengetahuan.

You might also like