You are on page 1of 3

Refleksi Bina Insan Guru Fasa III -Bahagian 1 CERAMAH Pada semester ini, Kursus Bina Insan Guru

(BIG) Fasa III mengkehendaki kami untuk menguruskan satu aktiviti khidmat masyarakat yang memperuntukkan masa sebanyak tujuh jam kredit. BIG pada kali ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Ceramah dan aktiviti kemasyarakatn dan aktiviti kemasyarakatan yang kami persetujui ialah untuk mengadakan aktiviti gotong royong dan tempat yang dipilih ialah di surau Al-Jawahir IPGKTI. Bahagian pertama iaitu ceramah, kami dikehendaki mengendalikan satu sesi ceramah yang berkisar tentang Protokol Pengurusan Majlis Rasmi dan Etiket Sosial. Sebelum ceramah itu dijalankan,kerja kerja pelaksanaan ceramah tersebut telah dirancang dan dirangka untuk dijadikan sebagai panduan. Dalam proses menyiapkan kertas kerja tersebut,perbincangan untuk menentukan penceramah, masa,tempat dan maklumat-maklumat yang berkaitan telah dikumpul untuk dimasukkan ke dalam kertas kerja. Ceramah yang melibatkan seramai lebih dari seratus orang ini bertujuan untuk membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam menganalisis masalah dan situasi kompleks dalam membuat keputusan yang jitu. Bertitik tolak dari itu, En. Hairul Azizi Bin Hamzah telah dijemput sebagai penceramah jemputan untuk menyampaikan isi-isi ceramah tersebut. Pada 13 Januari 2012, bermula dari jam 2.00 petang hingga 5.45 petang, cermaha tersebut telah dijalankan bertempat di Dewan Dato Khairudin Asyari

(DDKA). Ceramah yang mengambil masa selama lebih dari tiga jam itu memberi banyak input kepada kami sebagai bakal guru. Ceramah Protokol tersebut mendedahkan saya kepada strategi- strategi dalam merancang serta melaksanakan sesuatu majlis rasmi atau ringkasnya tentang etiket sosial dan tajuk ini sangat penting bagi seorang bakal guru dalam mempersiapkan diri menghadapi alam mengajar yang berkehendakkan seorang guru yang mampu dalam pelbagai bidang. Pelbagai isu dikupas sepanjang sesi ceramah seperti etika- etika dalam pengurusan majlis-majlis rasmi, susun atur kedudukan tetamu-tetamu kehormat dan tetamu jemputan serta tugas dan tanggungjawab seorang guru dalam menguruskan sesuatu majlis rasmi.Beberapa contoh juga telah ditunjukkan yang memaparkan masalah-masalah yang timbul dalam sesetengah pengurusan majlis rasmi dan cara untuk mengatasinya.Ceramah ini juga telah mermberikan beberapa tips-tips untuk menjadi seorang guru yang berkebolehan serta berkemampuan dalam

melaksanakan sesuatu tugasan yang diberi oleh pihak sekolah. Selepas ceramah tersebut selesai,kami dikehendaki menulis satu refleksi tentang ceramah yang telah disampaikan tersebut. Saya dapati,ceramah tersebut telah memberi kesedaran pada diri saya bahawa profesion keguruan merupakan satu nama yang mempunyai tanggungjawab yang sangat berat. Tanggungjawab tersebut bukan hanya terletak pada nama tetapi pada peranan yang dimainkan oleh seorang guru bukan sahaja dalam mendidik dan mengasuh murid sejak mula mereka mengenali dunia luar sehinggalah mereka mampu membezakan antara yang baik dan buruk, malah juga dalam membantu merancang dan melaksanakan sesuatu majlis yang rasmi.Sebagai seorang guru,saya perlu lebih berusaha untuk

mencapai matlamat menjadi seorang tenaga pendidik yang berkebolehan, berketrampilan serta bijaksana dalam membantu pihak sekolah menguruskan sesuatu aktiviti. Sesi ceramah telahpun selesai dan bahagian kedua menuntut kami untuk bekerja lebih berat dalam merangka dan merancang pelaksanaan aktiviti khidmat masyarakat yang telah kami putuskan untuk melakukan aktiviti tersebut di surau AlJawahir, IPGKTI. Pengisian tersebut sedikit sebanyak membantu kami para pelajar 3 PISMP TESL merancang dan melaksanakan aktiviti gotong royong yang akan diadakan. Setinggi terima kasih saya ucapkan kepada para pensyarah yang terlibat serta rakan-rakan seperjuangan yang telah sama-sama menjayakan program ini.

You might also like