You are on page 1of 4

1.

Definisi Kurikulum Kurikulum pada dasarnya berasal daripada perkataan curere yang merupakan perkataan latin yang membawa maksud jejak atau laluan. Selain itu, kurikulum dalam bahasa inggeris memberi maksud jelmaan. Kurikulum dapat didefinisikan sebagai skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di sekolah, senarai kesemua mata pelajaran (kursus pengajian) di sekolah dan institusi pendidkan (Kamus Dewan Edisi Keempat 2007). Secara umumnya, pendidikan selalu dikaitkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu kemahiran, penyampaian ilmu dan juga penerapan nilai. Kurikulum juga merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam diri setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting untuk melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan. (Mastura Badzis, 2008). Secara praktikalnya, hasil pendidikan seharusnya dapat melahirkan insan yang mampu mengaplikasi ilmu yang dipelajari dan memanfaatkan kemahiran yang dimiliki dalam kehidupan seharian. Dalam konteks kanak-kanak pula, pendidikan perlu dilihat sebagai satu proses kognitif yang berterusan berkembang serentak dengan perkembangan individu seorang kanak-kanak yang mempelajari apa sahaja yang ada di persekitaran. Dengan adanya ilmu atau kemahiran yang diperoleh, ia akan diaplikasikan dalam konteks persekitaran yang pelbagai samada dalam kehidupan sehariannya di ketika itu ataupun sebagai persediaan untuk kehidupannya di masa akan datang. (Department of Education and Science, 1990). Definisi kurikulum mengikut Kamus Pelajar Edisi Kedua pula, ialah semua mata

pelajaran yang diajar di sekolah, kolej dan lain-lain institusi pendidikan. Merujuk kepada definisi tersebut, jika sesuatu program pendidikan hendak dirancang dan bertujuan untuk mendapatkan kemajuan yang berterusan diperlukan, maka konsep tentang sesuatu kurikulum adalah amat penting untuk dijadikan landasan kepada perlaksanaan sesuatu kurikulum tersebut (Ralph W. Tyler 1990).

2.0

Apakah Rekabentuk Kurikulum ?

Rekabentuk kurikulum bermaksud cara bagaimana kurikulum itu dikonsepsikan dan komponen-komponen utama kurikulum seperti malamat, objektif, kandungan dan kaedah dapat disusun untum menghasilkan pengajaran. Faktor penentuan kandungan kurikululum haruslah sentiasa mengikut peredaran semasa untuk menjadikan kurikulum yang dihasilkan adalah keluaran terkini dan berdasarkan kepada keperluan semasa. Proses akhir yang perlu dilihat dalam perkembangan kurikulum ialah mengenalpasti dan memilih bahan-bahan kurikulum. Bahan-bahan kurikulum bermaksud sumber-sumber yang jika digunakan sebaik-baiknya dapat membantu guru dalam mengubah tingkah laku yang diingini dalam kalangan pelajar.

3.0

Komponen-komponen Rekabentuk Kurikulum. Mengikut Orinstein dan Hunkins (1993, 1998) unsur atau komponen yang terdapat dalam reka bentuk kurikulum ialah ; a)
b) c) d)

Tujuan, matlamat dan objektif Mata pelajaran Pengalaman pembelajaran Penilaian

Pembinaan reka bentuk kurikulum harus berasaskan kepada : i. ii. iii. 4.0 Rasional Falsafah Teori pembelajaran

Jenis Rekabentuk Kurikulum. Dari segi jenis Rekabentuk Kurikulum pula, terdapat tiga rekabentuk kurikulum i. ii. iii. Rekabentuk tumpuan mata pelajaran Rekabentuk tumpuan pelajar Rekabentuk tumpuan penyelesaian masalah

5.0

Tayler Langkah membina kurikulum (Rasional Tyler) Menentukan tujuan pendidikan Menentukan pengalaman pendidikan yang berkaitan dengan pendidikan Menentukan susunan pengalaman Menentukan penilaian pengalaman

6.0

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, rekabentuk kurikulum amat berkait rapat dalam sistem pendidikan sekarang. Kehendak-kehendak kurikulum sekolah perlu dilaksanakan mengikut rekabentuk kurikulum tertentu di semua sekolah. Jawatankuasa kurikulum sekolah adalah sebuah jawatankuasa professional yang penting bagi melaksanakan pencapaian matlamat kurikulum di sekolah supaya selaras dengan falsafah dan matlamat pendidikan negara iaitu melahirkan insan yang seimbang dan kehendak-kehendak kurikulum kebangsaan tidak dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya dan menyeluruh kerana terdapat beberapa kekangan yang masih menjadi penghalang utama kepada perlaksanaan ini.

Rujukan

Bahagian Pembangunan Kurikulum 2009: Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur. Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) Pendidikan (2010). Diperolehi pada 28 0gos 2010 daripada http://skguarchempedak.com/v2/wpcontent/uploads/ downloads/2010/07/1275279590.pdf

You might also like