P. 1
kaedah pemulihan matematik

kaedah pemulihan matematik

|Views: 6,054|Likes:

More info:

Published by: Nur Farhanah Ahmad Tarmizi on Apr 11, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/10/2015

pdf

text

original

KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

1

Matematik ialah satu cara berfikir, kajian pola, kajian perhubungan, satu seni, dan bahasa yang tersendiri, satu alat dalam kehidupan sosial dan rekreasi manusia. Menurut Mohd Daud Hamzah (1996), kanak-kanak mempelajari matematik melalui kegiatan seharian tertentu. Matematik selalunya didefinisikan sebagai

pembelajaran/kajian mengenai corak struktur, perubahan dan ruang, atau dengan kata lain, kajian mengenai nombor dan gambar rajah. Matematik juga ialah penyiasatan aksiomatik yang menerangkan struktur abstrak menggunakan logik dan simbol matematik. Matematik dilihat sebagai lanjutan mudah kepada bahasa perbualan dan penulisan, dengan kosa kata dan tatabahasa yang sangat jelas, untuk menghurai dan mendalami hubungan fizikal dan konsep. Masalah yang hadapi oleh kanak-kanak dalam matematik ialah mereka menulis nombor dengan terbalik sehingga menyebabkan jawapan yang mereka terima adalah salah. Selain itu, mereka juga kurang faham akan konsep masa, ruang, isipadu dan sebagainya. Ini menyebabkan konsep matematik mereka salah dan mereka tidak dapat menguasai matematik dengan baik. Antara prinsip asas dalam kemahiran matematik adalah berkaitan dengan hukum dan tatacara dalam matematik. Antara prinsip dalam pentaksiran matematik ini ialah, pentaksiran ini berlaku dalam kehidupan normal murid. Guru perlulah melakukan pentaksiran berdasarkan pengajaran beliau. Bentuk pentaksiran yang dilakukan mestilah bermakna dan memberi erti kepada murid dan maklum balas murid perlulah spesifikasi , tepat dan dapat memberi maklumat tentang pengetahuan dan pemikiran yang dilakukan oleh murid. Murid mestilah melibatkan diri dalam proses pentaksiran dan penilaian yang dilakukan. Melalui proses ini, murid dapat meningkatkan dan mengaplikasi kemahiran yang standard dan rubrik yang ada. Pentaksiran kendiri menjadi perkara penting dalam proses pentaksiran ini. Antara cara untuk guru mendapatkan maklumat mengetahui pengetahuan kemahiran matematik yang ada, guru boleh mendapatkan maklumat berdasarkan ujian kriteria, prob, analisis kesalahan, deskripsi lisan, deskripsi penulisan, senarai semak dan soalan, temuduga, perbualan , jurnal murid, persembahan murid di dalam kelas dan portfolio murid. Kebiasaannya, kemahiran matematik yang diuji ialah nombor, pecahan, perpuluhan, penolakan, darab, duit dan lain–lain lagi. Pentaksiran mestilah dilakukan

KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

2

dalam keadaan persekitaran murid. Antara aspek persekitaran yang terlibat ialah keadaan fizikal persekitaran, persekitaran pembelajaran dan juga persekitaran sosial murid. Untuk tugasan pada kali ini, saya ditugaskan untuk mentaksir kebolehan murid dalam kemahiran menolak menggunakan Ujian Diagnostik Matematik yang dibina. Melalui ujian murid tersebut, saya perlu menganalisis kekuatan dan kelemahan murid tersebut dan perlu merancang rancangan pengajaran harian. Rancangan tersebut perlulah dilaksanakan dan dilaporkan secara terperinci. Melalui tugasan ini, saya dapat memperoleh pebagai maklumat serta menambah kemahiran dalam mentaksir kemahiran murid terutamanya dalam bidang Matematik. Semoga tugasan ini dapat membantu saya menjadi guru yang komited dan berdedikasi pada masa hadapan.

KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

3

Nama: Muhammad Zaki bin Zazali Umur: 8 tahun Tarikh Lahir: 04 April 2004 Tempat Lahir: Hospital Alor Setar Jantina: Lelaki Agama: Islam Tarikh Masuk Sekolah: 1 Januari 2011 Alamat Rumah: 56, Jalan Padang Tembak, Bukit Pinang, 06200 Kepala Batas, Kedah Pekerjaan Bapa: P.R.A Latar Belakang Pendidikan Bapa: Sekolah Rendah Tinggal Dengan Siapa: Ibu bapa Bilangan Kanak-kanak Di Rumah: 5 Kedudukan Dalam Keluarga: Bongs

KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK
3.1 Sosial dan Emosi

4

Zaki merupakan seorang murid yang tidak menghadapi masalah sosial yang serius. Dia merupakan seorang kanak-kanak yang periang dan seringkali menghabiskan masa bersama rakan-rakannya yang lain. Sikapnya sama seperti kanak-kanak normal yang lain malahan sangat aktif dan seringkali mengutarakan pertanyaan kepada guru. Dia menunjukkan perasaan yang teruja setiap kali masuk ke kelas Pemulihan dan bersedia belajar bendabenda baru. Zaki juga senang menurut perintah dan sikapnya tidak terlalu keterlaluan. Dia sering tersenyum walaupun dimarahi oleh guru.

3.2

Tingkah Laku Tingkah laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu. Tingkah laku juga semua tindakan manusia yg boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu. Menurut Lewis M.Beaker (2001), sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Zaki merupakan kanak-kanak yang tidak mengalami sebarang masalah emosi, tidak terlalu bergantung pada orang lain dan nilai kendiri yang tinggi. Kanak-kanak ini biasanya cuba berdikari dan cuba membuat sesuatu tanpa bantuan orang lain. Dia juga sangat suka untuk mencuba sesuatu yang baru. Sikap yang paling saya sukai pada Zaki ialah dia seringkali bertolak ansur dan mementingkan perasaan orang lain. Zaki tidak memberi sebarang permasalahan yang besar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Malahan dia sering bertanya jika terdapat sesuatu perkara yang tidak difahaminya. Dia tidak segan silu meminta tunjuk ajar dan menerima nasihat serta teguran dengan sikap yang terbuka. Zaki berpotensi untuk terus maju dan boleh belajar secara normal jika dia lebih giat berusaha dan rajin belajar. Malahan dengan sikapnya yang

KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

5

sering optimis memungkinkan dia untuk lebih berjaya pada masa hadapan. Bahan bantu belajar yang menarik dan bersesuaian perlulah dibina untuk membantu Zaki supaya lebih bermotivasi untuk belajar. Strategi dan kaedah mengajar perlulah dipelbagaikan dan kaedah bermain sambil belajar perlulah selalu dijalankan untuk meningkatkan kognitif murid tersebut.

KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

6

Pentaksiran atau penaksiran adalah berasal daripada perkataan Latin yang membawa maksud “duduk bersama” dengan pelajar dan mengesahkan respon adalah sama dengan apa yang dimaksudkan. Berdasarkan kepada pendapat yang telah dikemukakan oleh Salvia dan Yseldyke (1978), pentaksiran boleh didefinisikan sebagai proses pengumpulan data dengan tujuan untuk mengenal pasti dan mengesan masalah pelajar serta untuk membuat keputusan. Manakala menurut Gearheart (1990), pentaksiran adalah proses

pengumpulan dan penterjemahan secara saintifik tentang sesuatu maklumat yang luas berdasarkan keputusan intervensi dan apabila bersesuaian keputusan ditempatkan dan cadangan penempatan. Menurut, David Lambert dan David Lines, 2000. Pentaksiran dari segi definisi pula adalah merupakan proses pengumpulan, menterjemah, merekod, dan menggunakan maklumat mengenai respon pelajar kepada tugas pendidikan. Seterusnya, menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000), pentaksiran

dalam bidang pendidikan ialah dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan

menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu. Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran. Manakala menurut Mokhtar Ismail, pentaksiran ialah langkah untuk menentukan tahap sejauh mana seseorang memiliki sifat tertentu. Pentaksiran dalam Pemulihan Khas pula bermaksud memberi maklumat dan gambaran tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis, mengira dan sebagainya. Dengan cara itu guru dapat mengesan punca masalah yang dihadapi oleh murid dan merangka intervensi, strategi pengajaran dan penempatan yang sesuai mengikut tahap kebolehannya.

KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

7

Pentaksiran boleh diertikan sebagai proses pengumpulan maklumat yang melibatkan aktiviti menterjemah, merekod serta menghuraikan maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu. Untuk mentaksir masalah penguasaan untuk subjek Matematik pada Zaki, kaedah Ujian Diagnostik Matematik dilaksanakan. Ujian diagnostik ini dibina untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan Zaki bagi tajuk operasi tolak sahaja. Ujian diagnostik meruapakan satu alat pengukuran yang membolehkan guru pemulihan khas mengesan punca dan kawasan kelemahan secara terperinci yang dihadapi oleh seseorang murid. Ujian diagnostik dibina untuk membantu guru mengenalpasti secara khusus kesulitan-kesulitan yang dihadapi murid di samping mengenal pasti punca kegagalan murid untuk menguasai sesuatu kemahiran. Selain itu, ujian ini juga dibina untuk membantu guru mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan kawasan-kawasan kesukaran yang dihadapi oleh murid malahan membantu guru merancang satu program pengajaran yang khusus terhadap individu atau kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik serta membolehkan guru merancang, membina program serta bahan bantu mengajar yang bersesuaian mengikut tahap murid.

KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

8

Ujian diagnostik membantu guru pemulihan mengetahui masalah-masalah tertentu pembelajaran kanak-kanak dalam pelajaran yang diuji. Ujian diagnostik juga menunjukkan yang pembelajaran akan terganggu jika terdapat kesulitan-kesulitan, Kemajuan kendiri (self-development) adalah aspek yang khusus dalam kelemahankelemahan (juga kekuatan-kekuatan dalam sesuatu pelajaran asas). Sesuatu ujian diagnostik boleh juga dijadikan satu ujian pos. Jika ini berlaku, seseorang itu dapat melihat kemajuan dicapai setelah arahan dan keputusan dibuat sama ada hendak menghantar balik kanak-kanak itu ke kelas biasa atau mengekalkannya terus di bilik pemulihan. Ujian diagnostik dalam satu rancangan pemulihan ada kena-mengena dengan mata pelajaran asas. Seseorang guru pemulihan patut memberikan berbagai latihan dalam sesuatu kemahiran ataupun kemahiran-kemahiran supaya kesalahan-kesalahan yang mungkin berlaku dapat dikesan. Tanda-tanda kegugupan atau kurang koordinasi yang baik dapat diperhatikan semasa kanak-kanak itu membuat ujian. Keputusan-keputusan Ujian Diagnostik menunjukkan dengan tepat kawasan-kawasan kelemahan dalam mata pelajaran asas. Pada umumnya pelajaran-pelajaran asas adalah kawasan-kawasan asas yang diuji untuk tujuan diagnostik. Ujian-ujian diagnostik menguji hanya satu kandungan kawasan sahaja seperti bacaan, kira-kira atau ejaan. Pada mulanya, Ujian-ujian diagnostik boleh ditumpukan ke kawasan akademik. Untuk pengesahan atau penolakan rumusan pendapat, lain-lain ujian (contohnya, pengamatan boleh diberikan. Kebanyakan Ujian diagnostik adalah rujukan norma yang membandingkan keputusan dengan norma-norma yang diberikan. Untuk tujuan-tujuan pemulihan ujian rujukan kriteria ciptaan guru sendiri adalah lebih sesuai. Sebelum membina sesuatu Ujian Diagnostik ada beberapa perkara yang patut anda fikirkan: i. Objektif ujian.

ii. Menentukan tujuan ujian itu – Apa kemahiran-kemahiran yang hendak anda uji.

KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

9

iii. Fikirkan apakah jenis ujian yang hendak digunakan. Contoh: Ujian Diagnostik Matematik. iv. Bagaimana hendak menguji sama ada secara individu atau pun kumpulan. v. Tentukan apakah jenis soalan-soalan yang hendak digunakan untuk ujian itu. Soalan berbentuk lisan, objektif, sumatif, esei dan lain-lain. vi. Siapa yang hendak diuji, isitu subjek sasaran. Contoh: Menguji Muhammad Zaki Zazali dalam penguasaan kemahiran menolak. Ujian yang dirancang perlulah dirancang dengan teliti, cermat, dan sempurna supaya dapat memberikan penilaian yang lebih adil terhadap murid pemulihan. Disebabkan itu, borang Jadual Penilaian Ujian perlulah disediakan. Sebelum mentadbirkan ujian diagnostik ini, guru perlulah memastikan bahawa kemahiran yang hendak diuji mestilah telah diajar dan kemahiran-kemahiran perlulah disusun dari senang kepada yang susah. Item yang hendak dibina mestilah berdasarkan kemahiran yang telah diperincikan terlebih dahulu. Ujian berbentuk lisan dan bertulis lebih sesuai untuk menilai kesukaran yang dihadapi oleh murid dalam pembelajaran.

KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

10

Ujian diagnostik merupakan satu langkah terbaik bagi guru mengenal pasti sejauh mana pelajar menguasai kemahiran-kemahiran asas matematik. Ujian diagnostik merupakan langkah terbaik untuk mengesan dan menghalusi kawasan-kawasan kesukaran yang dialami oleh seseorang murid dan dapat mengesan sebab-sebab kesukaran itu berlaku serta dapat memberi petunjuk kepada para guru untuk melakukan tindakan susulan bagi memperbaiki kelemahan yang wujud. Peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi ketika ujian diagnostic dijalankan ilaha kebiasaannya ujian diagnostik dijalankan pada satu orang murid pada satu masa. Guru perlulah memerhatikan seseorang pelajar memberikan jawapannya. Guru juga perlu menyediakan segala kemudahan untuk ujian seperti pensil, getah pemadam dan kertas ujian diagnostic. Ujian ini tidak boleh dijalankan jika murid kurang sihat. Guru perlulah mencatitkan apa-apa yang dilakukan dan respon dari murid walaupun melalui ujian diagnostik secara lisan di dalam kertas ujian diagnostik tersebut. Susunan kandungan ujian mestilah dari senang kepada perkara yang susah. Setelah maklumat kesalahan murid didapati, catitkan ke dalam lampiran „senarai semak „. Arahan-arahan yang terkandung dalam ujian diagnostik mestilah tepat supaya tidak ada sesiapa mempertikaikan kandungan ayat bagi sesuatu arahan tersebut. Ujian diagnostik perlulah dilaksanakan setelah guru mengenal pasti muridmurid yang dipilih untuk mengikuti program pemulihan. Ujian diagnostik lisan dijalankan secara secara individu, sementara ujian diagnostik bertulis dijalankan. Ujian ini hendaklah diberhentikan serta merta jika murid gagal menjawab dengan betul semua item dalam tiga kemahiran secara berturut-turut. Melalui keputusan ujian diagnostik akan memberi penduan pada guru untuk menyusun satu program penagajaran pada murid tersebut. Masa yang mencukupi perlulah diberikan kepada murid untuk menjawab soalan supaya mereka merasa lebih tenang dan selesa. Markah ujian yang diberi tidak penting, tetapi yang penting ialah keteranganketerangan atau data-data yang diberi dapat membantu murid menjawab. Kesemua jawapan perlulah diteliti oleh guru supaya guru tahu apa yang murid tidak tahu dan mengenal pasti kesilapan mereka dan setiap kesalahan serta kesilapan murid perlulah direkodkan untuk menjadi panduan kepada guru pada suatu masa yang lain.

KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

11

Menguasai kemahiran asas matematik merupakan satu aspek yang sangat penting bagi seseorang murid. Hal ini kerana matematik merupakan sebahagian daripada kehidupan. Banyak masalah dalam kehidupan hari ini yang memerlukan kemahiran matematik untuk menyelesaikannya. Contohnya, menentukan masa/waktu untuk melakukan sesuatu, menentukan bilangan barang yang ingin diguna, urusan jual beli di kedai dan kantin, tambang bas dan sebagainya. Oleh itu adalah sangat penting seseorang individu itu didedahkan dengan kemahiran-kemahiran asas ini agar mereka boleh menjalani kehiduan dengan lebih terancang dan selesa. Operasi tolak biasanya diajar selepas operasi tambah. Operasi tambah melibatkan penggabungan atau penyatuan dua set objek, sedangkan operasi tolak pula berhubung dengan pengasingan atau pengurangan sesuatu set objek kepada set-set kecil. Dengan kata lain operasi tolak merupakan proses menterbalikkan operasi tambah. Kemahiran yang diajar pada peringkat ini adalah menulis ayat matematik, melengkapkan ayat matematik, menolak secara spontan fakta asas tolak, menulis hitungan tolak dalam bentuk lazim dan penyelesaian masalah berkaitan penolakan. Ujian Diagnostik Matematik dijalankan pada Muhammad Zaki Zazali khusus untuk kemahiran menolak. Menolak merupakan memisahkan atau mengurangkan kuantiti daripada satu kuantiti keseluruhan dan melibatkan baki yang tinggal. Tolak juga bermaksud membandingkan dan mencari perbezaan. Ini melibatkan dua kuantiti dan melibatkan perbezaan. Konsep penolakan dapat difahami melalui beberapa pendekatan iaitu pengasingan atau mengambil jalan keluar, perbandingan, pelengkap dan

penyekatan. Pengasingan atau mengambil jalan keluar daripada satu set objek, satu subset dikeluarkan. Contohnya: Terdapat 8 buah buku di atas meja. Sebanyak 4 buku dimasukkan ke dalam beg. Berapa buah buku lagikah yang tinggal di atas meja tersebut? Perbandingan merupakan dua set objek berasingan diberi. Set objek pertama disusun semula dan dipadankan dengan set objek kedua. Set objek yang tidak ada pasangan dikenali sebagai baki atau beza. Contohnya: Terdapat 8 biji gula-gula dan 5 potong kek. Berapakah bilangan gula-gula melebihi bilangan kek?

KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

12

Pelengkap adalah bermula dengan satu set objek, kemudian fikirkan berapa lagi perlu ditambah untuk melengkapkan set keseluruhan. Contohnya: Saya ada 6 ekor kuda di dalam sebuah kandang yang boleh memuatkan 10 ekor kuda. Berapa ekor kudakah yang boleh saya masukkan lagi ke dalam kandang itu? Penyekatan pula dalam konsep ini, ahli sesuatu set objek perlu diubahsuai kedudukannya untuk menepati sesuatu syarat. Contohnya: Terdapat 7 buah kereta di sebuah tempat letak kereta. 2 buah kereta berwarna biru dan dan yang lain berwarna merah. Berapa buah keretakah yang berwarna merah? Bagi Zaki, dia sudah mengenali nombor 1 – 10 dan juga sudah diperkenalkan dengan simbol (-) dan (=). Zaki berupaya menambah walaupun mengambil masa yang lama. Masalah utama yang dihadapi oleh Zaki ialah dia tidak berupaya menolak secara spontan. Tahap kebolehan Zaki hanyalah menulis ayat Matematik bagi operasi tolak melalui proses pengasingan dalam lingkungan 10 sahaja. Zaki memerlukan bahan maujud untuk dijadikan sebagai bahan kira-kira atau pun gambar sekurang-kurangnya. Kadang kala, Zaki akan terlupa cara untuk menolak dan perlu diajar sekali lagi. Selain itu, Zaki tidak memahami menolak secara membuat perbandingan dan tidak berupaya memahami konsep perbandingan. Jika konsep perbandingan masih dalam keadaan yang lemah, konsep-konsep penolakan yang lain juga tidak boleh diperkenalkan lagi. Zaki mengalami daya ingatan yang lemah dan tidak berupaya mengingati sesuatu pada masa yang panjang. Guru perlu membuat pengulangan secara berkali-kali malahan setiap hari. Zaki juga tidak memberi perhatian sepenuhnya ketika di dalam kelas dan kurang keupayaan dalam pembelajaran dan ingatan serta kurang menguasai kemahiran Matematik terutama yang berkaitan dengan konsep abstrak. Ini menyebabkan Zaki tidak memahami secara total apa yang telah diajarkan kepada mereka terutama di dalam matapelajaran Matematik yang melibatkan lebih banyak komponen-komponen atau sub topik yang lebih kompleks dan tidak bersedia untuk memperoleh kemahiran Matematik yang lain serta tidak berminat untuk mengikuti kemahiran yang seterusnya.

KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

13

Zaki turut mengalami kesukaran dalam memahami pelajaran nombor yang diajar di atas kertas kecuali ianya diwakili penerangan dengan benda sebenar dan kesukaran untuk memahami konsep dan pengiraan Matematik. Kadang-kala Zaki akan menulis huruf 3 menjadi ɛ. Zaki juga turut tidak boleh membezakan nilai besar dan kecil. Contohnya Zaki membina ayat Matematik operasi tolak seperti berikut iaitu 4 – 6.

KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

14

Rancangan pengajaran ialah rangka kerja aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah dalam satu jangka waktu yang telah ditetapkan. Rancangan Pengajaran Harian merupakan satu rekod khas yang disediakan lebih awal oleh guru sebelum menjalankan sesi pegajaran dan pembelajaran. Rancangan Pengajaran Harian ini dibina sebagai panduan para guru untuk mengajar dengan lebih sistematik dan efektif serta mampu untuk mencapai apa yang diobjektifkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kelak. Rancangan ini sangat penting dan berguna agar guru dapat menyampaikan input pembelajaran kepada para murid. Ia juga penting untuk dijadikan bahan bukti bahawa guru telah membuat perancangan rapi terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam kelas. Rancangan Pengajaran Harian yang dibina haruslah berdasarkan Rancangan Tahunan. Selain itu, butiran yang perlu dicatatkan dalam Rancangan Pengajaran Harian adalah hari dan tarikh, mata pelajaran dan kelas, masa, tajuk dan objektif, kemahiran yang ingin dicapai, aktiviti yang dijalankan serta impak atau refleksi. Antara objektif rancangan pengajaran harian dilaksanakan ialah guru perlulah menentukan Hasil Pembelajaran (isi kandungan dan aras) menepati kehendak Sukatan pelajaran bagi topik berkenaan dan menentukan isi kandungan yang yang tepat dan sesuai. selain itu, guru juga perlu menentukan pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan adalah sesuai dan berkesan. Aktiviti atau pengalaman pembelajaran yang sesuai perlu dititikberatkan serta guru perlu menetukan peranan bagi setiap langkah pengajaran malahan penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran (media dan material) yang sesuai perlu diambilkira. Langkah-langkah dalam meyediakan rancangan pengajaran yang baik untuk Muhammad Zaki bin Zazali ialah: Menentukan Tajuk Pengajaran Analisis Sukatan Pelajaran Operasi Tolak Dalam Lingkungan 10

Menentukan Kemahiran

6. Operasi Tolak Dalam Lingkungan 10 6.1 Mengenal Konsep Tolak i. Menyatakan kuantiti

KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

15

nombor objek dalam kumpulan ii. Membahagikan satu kumpulan besar objek konkrit dan kad nombor. iii. Membahagikan satu kumpulan besar kepada dua kumpulan kecil menggunakan objek konkrit dan kad nombor. iv. Menulis ayat Matematik operasi tolak berdasarkan gambar. v. Menulis ayat Matematik operasi tolak dengan mengenalkan simbol tolak dan sama dengan. Hasil Pembelajaran Menentukan Hasil Pembelajaran, situasi murid mempamerkan Hasil Pembelajaran dan tahap ii. i. Membina sekurangkurangnya empat daripada lima ayat Matematik operasi tolak dengan betul. Menyelesaikan empat daripada lima ayat Matematik operasi tolak

KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK
masteri. Dinyatakan secara eksplisit dalam bentuk perlakuan yang zahir. Dinyatakan dengan jelas dan spesifik. Merupakan produk pembelajaran yang perlu dipamerkan murid sebagai bukti penguasaan tajuk yang diajar. Dituliskan menggunakan kata kerja yang menjelaskan produk pembelajaran. Menjadi panduan dalam memilih dan menentukan prosedur pengajaran dan pentaksiran.

16

berdasarkan gambar dengan betul.

Analisis Maklumat Murid

Maklumat umum murid.

Nama: Muhammad Zaki bin Zazali

KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK
Kelas: 2 Terbilang Pengetahuan dan kemahiran sedia ada Minat dan kecenderungan Gaya pembelajaran Aktif Kenal nombor 1 – 10 Kenal simbol (-) Seni dan Muzik.

17

KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK
i. Memilih Menggunakan Media, Material Dan Set induksi Video klip „Mari Mengira‟

18

Dan Kaedah ii. Menentukan Aktiviti Dan Bentuk Penglibatan Murid Langkah menghubungkan murid dengan objektif pengajaran. Asas pemilihan: keperluan pembelajaran murid, sesuai Langkah Penyediaan RPH dengan situasi pembelajaran dan objektif pengajaran, berupaya merangsang minat murid dan menyediakan peluang penglibatan murid. Menentukan bagaimana menggunakan media dan bahan bagi mencapai Langkah 3 (Aktiviti Pengukuhan – Permainan) Permainan dat Langkah 2 Lembaran kerja Langkah 1 (Interaksi Pengajaran dan Pembelajaran) Mesin Mengira Straw Kad nombor

KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK
objektif pengajaran. Tentukan media dan bahan berada dalam keadaan yang berfungsi. Sediakan pengalaman pembelajaran yang sesuai dan berkesan. Tentukan apa aktiviti pembelajaran dan bentuk penglibatan murid. Sediakan peluang murid memanipulasi maklumat untuk mengamalkan kemahiran yang dipelajari. Tentukan bentuk peranan guru sebagai fasilitator. Penutup Kad soalan 6–2= Penutup kognitif merumuskan kandungan pelajaran. Penutup sosial memupuk Kad soalan

19

utama

perkembangan afektif pelajar.

KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

20

Langkah Penyediaan RPH

Menentukan Prosedur Pentaksiran Pencapaian Objektif Tentukan bagaimana guru mentaksir pencapaian objektif pengajaran. Nilai keberkesanan penggunaan media, material dan peranan guru sebagai fasilitator.

Lembaran kerja

KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK
Langkah Pengajaran dan Pembelajaran Catatan

21

Set Induksi (5 mnit)

1. Guru menayangkan satu video kilp Guru perlu: “Mari Mengira” kepada murid. 2. Murid diminta menyanyikan lagu menarik perhatian murid terhadap perkara yang hendak diajar. menimbulkan minat murid. menggalakkan pernyertaan murid mengaitkan dengan PSA memberitahu apa yang akan diajar. -

tersebut muzik.

berasama-sama

iringan

3. Guru mengaitkan video kilp dengan isi oengajaran pada hari ini.

Langkah 1 (20 minit)

Interaksi Pengajaran dan Pembelajaran

1. Guru menyediakan Mesin Mengira untuk murid. 2. Guru melekatkan nombor-nombor

dan simbol tolak di kotak menjadi ayat Matematik operasi tolak Guru perlu: penyampaian isi pelajaran mestilah teratur. kadar kelajuan sesuai dengan tahap murid kad mempelbagaikan aktiviti mengikut

lingkungan 10. 3. Murid diminta mengambil beberapa batang straw mengikut nilai nombor yang dilekatkan di kotak. 4. Murid diminta mengurangkan

bilangan straw mengikut nilai nombor tolak yang dilekatkan di kotak. 5. Murid diminta melekatkan

KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK
nombor di kotak sebagai jawapan dengan mengira bilangan batang straw yang tinggal dan melekatkan jawapan di kotak. 6. Murid nasalah diminta Matematik menyelesaikan operasi tolak -

22

kebolehan murid menepati hasil pembelajaran

lingkungan 10 menggunakan straw Pengurusan bilik darjah berdasarkan ayat Matematik yang dilekatkan di kotak. mewujudkan persekiran pembelajaran yang kondusif. kawalan disiplin / arahan-arahan perlu jelas.

Komunikasi Langkah 2 (15 minit) 1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid. 2. Murid dikehendaki membina ayat Matematik betul. 3. Murid ayat dikehendaki Matematik menyelesaikan operasi tolak operasi tolak dengan Lembaran Kerja lantang kuat jelas nada dan intonasi pelbagai suara menarik peka dengan bahasa murid bahasa standard

berdasarkan gambar.

KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

23

Kualiti Pembelajaran penglibatan murid aktif penglibatan menyeluruh ada menunjukkan perubahan tingkah laku menunjukkan murid faham apa yang diajar murid reponsif terhadap pelajaran

Langkah 3 (15 minit)

Aktiviti Pengukuhan (Permainan)

1. Guru

menyediakan

satu

set

permainan dat untuk murid. 2. Di atas papan dat tersebut terdapat nombor-nombor yang mewakili kadkad soalan yang perlu diselesaikan oleh guru. 3. Murid dikehendaki membaling dat ke atas papan dat yang terdapat

nombor. 4. Murid dikehendaki mengambil kad

KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK
soalan berdasarkan nombor yang terkena dat tadi. 5. Murid dikehendaki menyelesaikan

24

soalan ayat Matematik operasi tolak lingkungan 10 yang terdapat pada kad soalan. 6. Jawapan hendaklah ditulis pada kad soalan tersebut. 7. Setiap soalan yang berjaya

diselesaikan oleh murid akan diberi token.

Penutup (5 minit)

1. Guru merumuskan pengajaran pada hari ini. 2. Guru menunjukkan kad-kad soalan untuk memperkukuhkan kembali

-

penutup (menarik

kognitif

perhatianmurid kepada telah apa yang

ingatan murid. 3. Murid kotak dikehendaki “Mesin menggunakan untuk Pengira”

dipelajari,

membuat peneguhan) penutup membina pencapaian menguasai pembelajaran. sosial -

menyelesaikan tersebut.

soalan-soalan

rasa rasa

4. Guru memberikan token bagi setiap soalan yang berjaya dijawab oleh murid dengan betul. 5. Guru memberikan galakan pada -

Pencapaian

Hasil

KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK
murid unruk terus berusaha. 6–2= 7–2= 9–5= Pembelajaran pastikan

25

semua

hasil pembelajaran tercapai aktiviti dan melalui pengajaran pembelajaran

yang dilaksanakan.

Aplikasi nilai diterapkan baik berkesan mengikut kesesuaian masa dengan

KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

26

Murid perlu diberi pendedahan dengan Matematik sejak dari kecil lagi. Kanak-kanak perlulah belajar dari pengalaman enaktif iaitu pengalaman secara langsung atau sebenar ke pengalaman ikonik iaitu melalui visual seperti gambar, video dan sebagainya dan ke cara simbolik atau digital seperti perkataan dan angka-angka. Guru perlulah bijak menyusun bahan-bahan pengajaran untuk membantu kejayaan. Dalam merancangkan pengajaran, langkah awal dan terpenting bagi guru ialah mengukur peringkat pengalaman pelajar yang sedia ada sebelum sesuatu topik pengajaran itu disampaikan.

Simbol verbal Simbol visual Rakaman audio, Radio/gambar kaku, Gambar bergerak Bahan pameran Lawatan Tunjuk cara Pengalaman melalui lakonan atau drama Pengalaman tiruan

Abstrak

Ikonik

Enaktif

Pengalaman sebenar

Aktiviti pengukuhan atau pun permainan merupakan satu kaedah pengajaran yang akan dapat mengembangkan daya kreativiti dan memupuk minat terhadap Matematik. Kadah bermain menyeronokkan dan boleh dikaitkan dengan semua bentuk kecerdasan dan kemahiran. Selain itu, permainan merupakan satu bahagian yang penting. Di dalam kelas kanak-kanak bermasalah pembelajaran, permainan seharusnya diintegrasikan sebagai sebahagian daripada pengajaran dan kurikulum Matematik. Ia membuatkan aktiviti Matematik menarik, praktikal dan memuaskan. Selain itu, berdasarkan kepada ciri-ciri permainan, ia boleh membantu pelajarpelajar ke arah tahap penguasaan yang membolehkan mereka untuk menyelesaikan masalah dengan pantas.

KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

27

Pengguanan Bahan Bantu Mengajar turut dapat membantu para guru menyelesaikan masalah penguasaan matematik di kalangan murid dan

mengekalkan minat belajar matematik kepada para murid. Selain itu juga, penggunaan Bahan Bantu Mengajar telah menjadi keperluan harian kepada pendidik kerana proses pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran amat menekankan kemahiran-kemahiran asas Matematik yang bermula daripada pengenalan asas nombor hinggalah kepada penyelesaian masalah. Di samping itu, pengenalan komputer dalam pendidikan telah banyak mengubah fenomena dan cara kita belajar, menyebarkan maklumat dan menyimpan maklumat yang diperolehi. Maka, para guru boleh mengambil inisiatif penyebaran maklumat matematik dengan teknik pengajaran berbantukan komputer. Bagi para murid yang mengalami masalah motor halus untuk melakukan aktiviti penulisan boleh menggunakan komputer dengan hanya menekan papan kekunci untuk mencatat maklumat, menulis dan sebagainya. Komputer dalam pengajaran juga boleh memberikan gambaran yang jelas melalui gambar tiga dimensi, gambaran pergerakan yang jelas mengenai sesuatu perkara serta setiap maklumat yang disampaikan melaluinya dapat dicetak dengan mudah.

KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

28

Dalam konteks sekolah rendah, Program Pendidikan Pemulihan merupakan tindakan yang dijalankan untuk membantu murid-murid yang mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira (3M). Konsep matematik ialah satu bahasa istimewa dan penting yang harus dipelajari oleh semua orang. Cara dan teknik matematik itu sendiri haruslah dikuasai jika kita hendak mendalami bahasa bidang tersebut. Konsep matematik ialah satu cara berfikir, kajian pola, kajian perhubungan, satu seni, dan bahasa yang tersendiri, satu alat dalam kehidupan sosial dan rekreasi manusia. Konsep pendidikan pemulihan matematik ialah satu tindakan yang diambil untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid yang lemah dalam mata pelajaran matematik di sekolah rendah amnya. Pendidikan Pemulihan ini lebih menumpukan kepada kemahiran-kemahiran asas seperti nombor, operasi tambah, operasi tolak, operasi darab dan operasi bahagi. Biasanya program ini dikendalikan oleh guru-guru yang telah menjalani latihan khas (matematik). Kaedah Pemulihan Matematik dapat melatih murid-murid menggunakan kemahiran asas yang telah dipelajari seperti menyelesaikan masalah untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan membantu murid-murid membina keyakinan dalam diri mereka.Sebagai contohnya, apabila seorang murid berjaya menyelesaikan masalah dan faham tentang apa yang telah dipelajari, mereka akan berasa yakin dengan kebolehan diri sendiri dalam mempelajari matematik.

KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

29

Jabatan Pendidikan Khas (2002). Maklumat Pendidikan Khas 2002. Kementerian Pendidikan Malaysia: Kuala Lumpur

Zainal Kassan dan Suhaila Abdullah (2010). Pendidikan Disleksia. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.: Selangor

Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia (2000). Buku Panduan: Pembinaan Sumber Pengajaran dan Pemebelajaran Matematik Sekolah Rendah Nombor. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->