You are on page 1of 52

ELEKTRONIK

PENGENALAN 1 Elektronik adalah satu bidang teknologi yang berkembang pesat dan sangat berguna dalam kehidupan seharian. 2 Dalam bidang elektronik terdapat pelbagal jenis komponen yang digunakan. 3 Komponen elektronik disambungkan dalam litar untuk pelbagai fungsi dalam perkakas elektronik seperti radio, televisyen, komputer, robot, dan sebagainya

KOMPONEN ELEKTRONIK
KOMPONEN ELEKTRONIK 1 Komponen elektronik boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu: (a) Komponen aktif (b) Komponen pasif

2 Komponen aktif ialah komponen yang boleh membentuk, mengawal, dan memproses isyarat elektrik.
3 Biasanya komponen aktif diperbuat daripada semikonduktor (bahan separa pengalir) seperti silikon dan germanium. 4 Contoh komponen aktif ialah transistor dan diod. 5 Komponen pasif pula ialah komponen yang menjadi peranti sokongan kepada kendalian komponen aktif. 6 Contoh komponen pasif ialah perintang dan kapasitor.

KOMPONEN PASIF Perintang 1 Perintang merupakan komponen yang paling banyak digunakan dalam litar elektronik. 2 Perintang digunakan untuk mengehadkan atau mengawal pengaliran arus dalam litar. 3 Perintang juga boleh digunakan untuk mengawal voltan dan arus dalam litar. 4 Perintang mempunyai kadaran kuasa, iaitu keupayaan perintang untuk menyerap haba yang berlebihan ketika arus melaluinya 5 Kadaran kuasa disukat menggunakan unit WATT. Perintang yang biasa digunakan mempunyai kadaran kuasa 0.25 watt atau 0.50 watt 6 Terdapat dua jenis perintang iaitu, perintang tetap dan perintang boleh laras

Perintang tetap

Perintang Tetap 1 Perintang tetap mempunyai nilai tertentu. 2 Terdapat dua jenis perintang tetap iaitu; (a) Perintang jenis karbon (b) Perintang berlilit dawai 3 Perintang yang biasa digunakan dalam kerja elektronik ialah perintang jenis karbon. 4 Perintang jenis mi diperbuat daripada campuran serbuk karbon dan tanah liat atau penebat lain. 5 Kadaran kuasa perintang karbon mi adalah antara 0.125W hingga 1 W. 6 Simbol bagi perintang tetap adalah seperti ini

Unit Sukatan Perintang 1 Setiap perintang mempunyai nilai rintangan dan disukat dalam unit ohm. 2 Simbol bagi unit sukatan ohm ialah . 3 Unit sukatan yang biasa digunakan ialah ohm () kilo ohm (k) dan Mega ohm (M). 4 Arus elektrik mengalir dalam litar bergantung kepada nilai rintangan perintang 5 Perintang yang mempunyai nilai rintangan rendah membenarkan arus yang lebih tinggi mengalir, sementara perintang yang mempunyai nilai rintang yang tinggi akan menyebabkan arus mengalir menjadi rendah
1 000 ohm (2) = 1 kilo ohm (k) 1 000 kilo ohm (k ) = 1 Mega ohm (M) 1 000 000 ohm () =1 Mega ohm (M) Secara penulisan dalam litar, unit ohm dinyatakan dalam R, kilo ohm dalam k dan Mega ohm dalam M Contoh: 100 ohm 100 R 10 kilo ohm- 10 k 1 Mega ohm 1 M 4.7 kilo ohm 4.7 k atau 4 k7 4.7 Mega ohm 4.7 M atau 4 M7

UNIT SUKATAN PERINTANG

Contoh LED memerlukan voltan lebih kurang 2 Volt. Sekiranya LED disambung terus kepada bateri 9 V, LED akan terbakar. Satu perintang disambungkan secara sin untuk merendahkan arus dan seterusnya melindungi LED.

6 Perintang berlilit dawai pula dibuat menggunakan dawai alol halus seperti nikrom dan mangan. 7 Julat nilai rintangan bagi perintang ml adalah daripada 1 ohm hingga 25 ki4o ohm. 8 Nilai rintangan lilitan dawai bergantung pada: (a) Panjang dawai lilitan (b) Diameter dawal 9 Nilai rintangan perintang mi Iebih stabil dan mempunyai kadaran kuasa lebih tinggi.

KOD WARNA PERINTANG TETAP

1 Terdapat dua cara untuk menentukan nilai rintangan pada perintang tetap iaitu: (a) Nilai rintangan dic atat pada perintang (b) Dengan menggunakan kod warna 2 Bagi perintang karbon yang mempunyai saiz kecil, kod warna digunakan untuk mengetahui nilai rintangannya. 3 Nilai rintangan perintang karbon boleh diketahui dengan berpandukan jalur-jalur warna yang terdapat pada badan perintang.

4 Jalur-jalur warna mi perlu diterjemahkan kepada nombor atau angka berpandukan kod warna perintang. 5 Berikut adalah nilai jalur-jalur warna perintang dalam kod warna.

KOD WARNA

MENGIRA NILAI PERINTANG

CARA

Peritang

Perintang tetap

Perintang Boleh Laras atau Perintang Boleh Ubah


1 Digunakan untuk mengawal arus dan voltan.

2 Perintang ni boleh dilaraskan di antara sifar hingga nilai maksimum. Perintang boleh laras mi biasanya digunakan pada radio untuk mengawal suara dan televisyen untuk mengawal suara, warna, dan kecerahan. 4 Nilai rintangan pada perintang boleh laras boleh dikawal dengan cara melaras bahagian pelaras lengan pemutar). 5 Perintang boeh laras diperbuat daripada karbon dan lilitan dawai. 6 Terdapat dua jenis perintang boleh laras iaitu: (a) Reostat (b) Meter upaya (potentiometer) 7 Versi meter upaya yang Iebih kecil dikenali sebagai pre-set.

CONTOH PERINTANG BOLEH LARAS DAN SIMBOL SERTA KETERANGANNYA

suis
1 Suis digunakan untuk menyambung dan memutuskan aliran arus elektrik dalam litar. 2 Suis juga boleh digunakan untuk memindah atau menukar voltan dan isyarat. 3 Terdapat pelbagai jenis suis seperti suis togel, suis gelangsar, suis tekan, dan suis putar. 4 Suis yang biasa digunakan dalam kerja elektronik ialah suis togel dan suis tekan.

suis
5 Dalam litar, arus akan mengalir apabila suis ditutup (ON) dan arus akan terputus apabila suis dibuka (OFF).

Suis togel
SuisTogel 1 Suis togel merupakan suis yang paling banyak digunakan dalam litar elektrik atau elektronik. 2 Suis disambung secara bersiri dengan beban dalarn (tar dan dihubungkan ke wayar hidup. 3 Terdapat empat jenis suis togel yang biasa digunakan iaitu: (a) Suis togel satu kutub satu arah/hala (SPST) (b) Suis togel saw kutub dua arah/hala (SPDT) (c) Suis togel dua kutub satu arah/hala (DPST) (d) Suis togel dua kutub dua arah/hala (DPDT) 4 Berikut adalah jenis, simbol, cara sambungan, dan fungsi suis togel

JENIS SUIS DAN SIMBOL

SUIS TEKAN
Suis Tekan 1 Suis in) berbentuk kecil dan mempunyai punat yang boleh ditekan untuk suis berfungsi. 2 Suis tekan terdiri daripada suis tekan tutup (hidup) dan suis tekan buka (mat)). 3 Rupa bentuk kedua-dua jenis suis tekan mi hampir serupa cuma kendaliannya sahaja yang berbeza.
4 Contoh kegunaan suis tekan tutup ialah seperti suis loceng bas dan suis buzer. 5 Contoh kegunaan suis tekan buka ialah seperti suis pada bahagian dalam pet) sejuk dan pada pintu kereta.

SUIS TEKAN TUTUP


6 Cara kendalian suis tekan tutup dan suis tekan buka adalah seperti berikut:

KAPASITOR
Kapasitor
Kapasitor 1 Kapasitor atau pemuat digunakan dalam litar elektronik untuk menyimpan dan membuang cas elektrik. 2 Keupayaan kapasitor menyimpan dan mengecas dinamakan kapasitans. 3 Nilai kapasitans yang besar pada kapasitor membolehkan lebih banyak cas elektrik disimpan. 4 Kapasitor banyak digunakan dalam litar bagi pembuatan peralatan elektronik seperti radio, televisyen, perakam video dan peralatanperalatan elektronik yang lain,

Bahan Kapasitor
1 Kapasitor mengandungi plat pengalir dan sejenis bahan penebat. 2 Bahan penebat yang terletak di antara dua plat pengalir dinamakan dielektrik. 3 Antara bahan penebat yang biasa digunakan adalah kertas, mika, seramik, dan elektrolit. 4 Dielektrik bertindak sebagai tempat menyimpan cas elektrik.

Cas dan Nyahcas


Menyimpan dan Membuang Cas 1 Apabila kapasitor disambungkan kepada bekalan elektrik (contohnya, bateri), kapasitor akan dicaskan. 2 Cas elektrik akan disimpan pada bahagian d ielektri k. 3 Apabila dicas, kedua-dua plat pengalir akan mempunyai cas yang berlainan, iaitu cas positif dan cas negatif. 4 Cas elektrik boleh disimpan dalam kapasitor untuk beberapa ketika.

Buang Cas / Nyahcas 5 Apabila kapasitor yang bercas penuh disambungkan kepada komponen elektronik, contohnya LED, cas yang tersimpan akan dikeluarkan. Hal mi dinamakan buang cas atau nyahcas.

Jenis-jenis Kapasitor Kapasitor terbahagi kepada dua jenis iaitu: (a) Kapasitor berkutub (b) Kapasitor tanpa kutub

Kapasitor Berkutub
Kapasitor Berkutub
1 Kapasitor berkutub biasanya diperbuat daripada aluminium dan tantalum, 2 Kapasitor mi mempunyai dua kaki yang berlainan cas atau kutub, iaitu satu kaki berkutub positif dan satu kaki lagi berkutub negatif. 3 Kapasitor berkutub yang mempunyai elektrolit sebagai dielektriknya adalah yang paling banyak digunakan dalam pembinaan itar elektronik. 4 Kapasitor jenis ni dinamakan kapasitor elektrolitik

5 Kapasitor elektrolitik perlu disambung dan dipasang mengikut kekutuban yang betul dalam litar. Kaki negatif kapasitor disambung kepada punca negatif litar (bekalan), manakala kaki positif kapasitor disambung kepada punca positif Iitar.

Perbandingan antara kapasitor berkutub dan kapasitor tanpa kutub:

UNIT SUKATAN
Unit Sukatan Kapasitor 1 Keupayaan kapasitor menyimpan cas boleh disukat dan nilai kapasitans disukat dalam unit Farad (F). 2 Satu Farad merupakan unit yang sangat besar. Oleh itu, kapasitans biasanya dinyatakan dalam unit mikrofarad (pF) dan pikofarad (pF). 1 Farad = 1 000 000 mikro farad (iaF) 1 mikro farad (iiF) = 1 000 000 piko farad (pF) 3 Unit kapasitans setiap jenis kapasitor sama ada berkutub atau tanpa kutub ditanda pada badannya.

Komponen

KOMPONEN AKTIF

Komponen Aktif
Diod Pemancar Cahaya (Light Emitting Diode LED) 1 Diod pemancarcahaya dikenah sebagai LED adalah sejenis komponen elektronik yang menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga cahaya 2 LED diperbuat darpada bahan separapengalir (semikonduktor). 3 Terdapat pelbagai jenis LED mengikut warna cahaya yang dihasilkan seperti merah, kuning, hijau, dan jingga. 4 Selain itu, terdapat juga LED yang mengeluarkan pelbagai warna dalam satu LED. 5 LED mempunyai dua kaki yang dikenali sebagai anod dan katod. Anod merujuk kepada kaki yang berkutub positif,manakala katod merujuk kepada kaki yang berkutub negatif. 6 Kekutuban LED dapat dikenal pasti dengan melihat bahagian badan LED yang rata. 7 Kaki LED yang berhampiran dengan bahagian yang rata ini ialah kaki katod. 8 Kaki anod dan katod juga boleh dikenal pasti dengan menguji LED itu menggunakan bateri. 9 Satu perintang hendaklah disambung kepada punca bekalan elektrik (bateri) untuk mengelakkan LED daripada terbakar atau rosak. Lihat rajah yang berikut.

Light Emitting Diode = LED


10 LED mestilah disambung dalam litar mengikut kaki atau kekutuban yang betul. Kaki anod disambung kepada kutub positif bateri/punca bekalan elektrik dan kaki katod kepada kutub negatif punca elektrik. 11 LED tidak akan menyala sekiranya dipasang terbalik. Hal mi adalah kerana LED membenarkan arus mengalir sehala sahaja. 12 LED memerlukan voltan sebanyak 1.7 V hingga 3.O V untuk mengeluarkan cahaya. Voltan yang berlebihan akan merosakkan LED. 13 LED digunakan sebagai penunjuk atau indikator adanya arus elektrik dalam perkakas elektrik dan elektronikseperti radio,televisyen,komputeratau sebagainya. 14 Antara kebaikan penggunaan LED berbanding dengan mentol biasa adalah: (a) Cahaya LED Iebih terang dan jelas; (b) LED lebih tahan ama; (c) LED menggunakan arus yang kecil sahaja.

TRANSISTOR
Transistor
1 Transistor merupakan komponen elektronik yang diperbuat daripada bahan separa pengalir (semikonduktor) seperti silikon dan germinium. 2 Transistor digunakan dalam litar elektronik untuk: (a) Meninggikan arus, voltan, dan kuasa (b) Bertindak sebagai suis kawalan 3 Transistor banyak digunakan dalam litar perkakas elektronik seperti radio, komputer, sistem penguat (amplifier) dan sebagainya. 4 Transistor yang biasa digunakan dalam litar adalah BC 548, BC 108, BFY 51 TIP 31 A, C901 3,dan COO 12. 5 Dua jenis transistor yang lazim digunakan dalam litar ialah transistor jenis NPN dan PNP.

BINAAN

TRANSISTOR

Binaan Transistor 1Transistor mempunyai tiga kaki yang dikenali sebagai tapak (base B), pemungut (collector- C) dan pemancar (emitter E). 2 Thpak (B) berfungsi mengawal aliran arus dan kaki C ke kaki E. 3 Pemungut (C) berfungsi menerima arus elektrik dan punca positif bateri. 4 Pemancar (E) mengeluarkan arus untuk kembali ke punca negatif. Binaan Transistor NPN

KENDALIAN

TRANSISTOR

1 Transistor bertindak sebagal suis dan untuk membesarkan arus dalam litar. 2 Kendalian transistor adalah seperti berikut: (a) (b)

KENDALIAN TRANSISTOR
3 Arus elektrik yang kecil melalui tapak akan menghidupkan transistor dan membenarkan arus yang Iebih besar mengalir antara pemungut (C) dan pemancar (E). 4 Dalam litar, biasanya tapak (B) transistor disambungkan kepada pengesan (sensor) seperti pengesan bunyi dan cahaya. 5 Satu perintang tetap Iazimnya disambungkan kepada tapak (B) transistor dengan tujuan untuk melindungi transistor dari pada kerosakan akibat arus berlebihan. 6 Arus maksimum yang boleh mengalir antara pemungut (C) dan pemancar (F) bergantung kepada jenis transistor yang digunakan. 7 Setiap transistor mempunyai kadaran voltan dan arus. Voltan dan arus yang dibekalkan kepada transistor tidak boleh melebihi had yang dinyatakan oleh pengeluar atau pengilang.

PROJEK BUZER
Buzer 1 Buzer digunakan sebagai peralatan penggera yang menukarkan tenaga elektrik kepada gelombang bunyi. 2 Buzer banyak digunakan dalam sistem penggera yang mengeluarkan isyarat bunyi untuk kenderaan seperti kereta dan motosikal. 3 Buzer menggunakan arus yang kecil.

4 Terdapat dua jenis buzer yang biasa digunakan dalam peralatan elektronik iaitu: (a) Buzer elektromagnet (b) Buzerpiezo 5 Berikut adalah ciri-ciri buzer elektromagnet dan buzer piezo:

Maklumat Tambahan
Perbandingan antara komponen aktif dengan komponen pasif:

PROJEK PENGHASILAN PROJEK Membaca dan Menterjemah Lukisan Skematik


1 Projek elektronik dibuat berpandukan lukisan skematik atau lukisan bergambar. 2 Lukisan skematik adalah lukisan litar yang mengandungi komponen elektronik dan dilukis menggunakan simbol sahaja. 3 Kemahiran membaca atau mengenal pasti komponen dan menterjemah simbol yang digunakan dalam litar adalah sangat penting supaya projek elektronik yang dibina betul dan tepat.

Membaca dan Menterjemah Lukisan Skematik kepada Lukisan Bergambar


1 Litar atau projek elektronik yang hendak dibina seharusnyalah merujuk kepada lukisan skematik atau lukisan bergambar.
2 Lukisan skematik merupakan lukisan yang diguna pakai dalam bidang elektronik. 3 Lukisan bergambar pula merupakan terjemahan daripada lukisan skernatik bertujuan memudah kan pemasangan dan penyambungan komponen pada bod litar.

SKEMATIK DAN GAMBAR

LUKISAN BERGAMBAR

ALATAN TANGAN
Berikut adalah alatan tangan yang biasa digunakan dalam kerja elektrik dan elektronik

Menyenggara Alatan Tangan 1 Alatan tangan perlu disenggara dan semasa ke semasa bagi memastikan alatan dalam keadaan baik dan selamat digunakan. 2 Alatan tangan perlu dibersihkan, diminyakkan dan dibaik-pulih selepas digunakan. 3 Setelah digunakan, alatan tangan hendaklah disusun atau disimpan dengan teratur pada tempat yang telah disediakan.

Memateri
1 Memateri merupakan proses menyambung kaki atau tamatan komponen kepada bod litar atau wayar. 2 Proses memateri dilakukan dengan mengguna kan alat pemateri elektrik dan bahan pematerian. 3 Alat pemateri yang dipanaskan akan mencairkan paterl. Pateri yang cair akan mencantumkan kaki atau tarnatan komponen pada bod litar atau wayar. 4 Pateri yanq membeku akan mencantumkan kaki atau tamatan komponen pada bod litar atau wayar scara kekal,

BOD LITAR Bod Litar 1 Litar elektronik yang mengandungi komponen komponen biasanya dibina pada bod litar. 2 Bod litar yang kerap digunakan ialah verobod. 3 Verobod mempunyai dua permukaan laitu satu permukaan yang diperbuat daripada jalur kuprum nipis dan satu permukaan daripada plastik. 4 Jalur kuprum yang bertindak sebagai pengalir elektrik ri dinamakan balapan. 5 Pada verobod terdapat lubang-lubang untuk menempatkan kaki komponen. 6 Selain verobod, bod yang digunakan untuk menyambungkan litar ialah kladbod litar bercetak (PCB).

ALAT PEMATRI
Kelengkapan dan Bahan Pematerian Kelengkapan dan bahan pematerian yang diperlukan untuk kerja pematerian adalah seperti berikut: (a) Alat pemateri (b) Pemegang alat pemateri (c) Pemegang verobod (d) Span lembap (e) Pateri (f) Fluks (bahan lakur)

Alat Pemateri Elektrik 1 Alat pemateri elektrik digunakan untuk mencairkan pateri ketika kerja pematerian. 2 Alat pemateri dikelaskan mengikut kadar kuasa dan jenis pematerian. 3 Kadaran kuasa alat pemateri elektrik yang biasa digunakan dalam kerja elektronik adalah antara 15 W hingga 30W.

NAMA, SIMBOL DAN FUNGSI KOMPONEN

ELEKTRONIK KOMPONEN
Litar Bersepadu (Integrated Circuit atau IC) 1 Litar Bersepadu atau IC ialah sejenis komponen elektronik yang lazim digunakan dalam peralatan/perkakas elektronik seperti komputer, televisyen, perakam video dan mesin basuh automatik. Binaan IC

2 IC merupakan komponen aktif yang boleh membentuk, mengawal, dan memproses isyarat elektrik. 3 Komponen ni diperbuat daripada bahan separa pengalir seperti serpihan silikon. 4 IC juga mengandungi beberapa komponen elektronik seperti transistor, diod, kapasitor, dan perintang yang dimuatkan dalam satu pakej kecil (perumah).

Simbol dan Komponen


Litar Bersepadu
5 Terdapat pelbagai jenis iC di pasaran. Jenis ic yang digunakan bergantung kepada fungsi dan keperluan sesuatu Iitar elektronik dibina. Makiumat mi boleh didapati daripada buku Lembaran Data IC yang dikeIuarkan oleh pengilang. contoh makiumat yang terkandung daIam lembaran data ialah (a) Nama dan jenis iC (b) Fungsinya (c) Nilai voltan (mm/max) (d) Nilai arus (mm/max) (e) Nilai suhu Jenis IC yang anda akan pelajari ialah IC 555 (Timer IC), IC 741 (Op. Amp. ) dan IC Muzik (Melodi IC). 6 Simbol am IC adalah seperti berikut : IC 555 (Tinier IC) 1 IC 555 juga dikenali sebagai IC Pemasa. 2 IC mi lazim digunakan dalam litar pemasa dan litar pengerlip. 3 Setiap pin IC ni mempunyai fungsi yang tertentu. Fungsi pin boleh diketahui dengan merujuk lembaran data.

LITAR BERSEPADU

PIN NOMBOR

4 Rajah di bawah ini menunjukkan kaedah menentukan pin (atau kaki) pertama IC 555.

5 Litar skematik dalam rajah di bawah mi menunjukkan satu projek elektronik yang menggunakan IC 555.

Contoh litar skematik pemasa yang menggunakan IC 555

IC 555

IC 741 OPERATIONAL AMPLIFIER Op.Amp


IC 741 (Operational Amplifier -Op. Amp)
1 IC 741 digunakan sebagai elemen asas untuk menguatkanarus seperti juga transistor dalamlitar elektronik. IC ini juga dikenali sebagai penguat kendalian atau operasi amplifier. 2 Antara kegunaan IC ini ialah sebagai penguat audio, penguat video, penguat frekuensi, dan pengatur voltan.

3 Dalam litar, IC jenis ini mempunyai dua voltan masukan (input) laitu voltan masukan posttif (+ve) dan voltan masukan negatif ( -ve).

IC 741

Op.Amp

4 Voltan masukan positif disambung pada pin no.3 manakala voltan masukan negatif pada pin no.2. Pin no.4 dan 7 disambung pada voltan bekalan. Pin no.6 ialah voltan keluaran atau output. Pin- pin lain tidak digunakan. Litar skematik dalam rajah di bawah menunjukkan satu projek elektronik yang menggunakan IC 741,

IC MUZIK

Melodi IC

1 Apabila disambungkan ke dalam litar, IC muzik akan menghasilkan muzik atau melodi. 2 Ic muzik yang selalu digunakan ialah IC jenis M66T. Antara menarik IC M66T ialah (a) Melodi boleh dipilih sama ada sekali atu berulang ulang. (b) Jika suis dimatikan dan kemudian dihidupkan semula, melodi akan bermula dengan nada muzik pertama. 3 Rajah berikut menunjukkan kedudukan pin Muzik M66T

LITAR SKEMATIK

IC muzik

4 Litar skematik dalam rajah di bawah ini menunjukkan kegunuan IC Muzik M66T dalam satu projek elektronik.

Suis mikro

Fungsi suis mikro

1 Fungsl asas suis adalah untuk menyambung atau

memutuskan aliran arus elektrik dalam litar. 2 Suis mikro banyak dingunakan dalam perkakasan elektrik atau elektronik 3 Suis ini bertindak sebagai alat keselamatan atau alat pengesan untuk memutuskan atau menyambung Iitar ketika pintu dibuka atau ditutup. 4 Suis mikro mempunyal tiga tamatan yang di tandakan seperti berikut : COM, NC, dan NO.

TAMAT

You might also like