Al-Quran, kitab yg diperturunkan kepada junjungan besar Nabi
Muhammad S.A.W merupakan keajaiban Allah S.W.T yang terbesar dan terpenting untuk umat Islam. Walau kurun berganti kurun, zaman berganti zaman Al-Quran masih sesuai digunakan sebagai panduan dan rujukan untuk kehidupan semasa kerana isi kandunganya yang begitu lengkap merangkumi pelbagai bidang seperti sosial, ekonomi, undang- undang, sejarah dan sains. Yang lebih mengagumkan ialah pada tahun 1974 satu kod matematik telah dijumpai tersirat di antara ayat-ayat sucinya.
PENEMUAN DR. RASHID KHALIFA.
Dr. Rashid Khalifa (1935-1990), lahir di Egypt dan merupakan seorang doktor dengan Phd dalam bidang kimia. Bapanya seorang pemimpin dari sebuah kumpulan sufi yang mempunyai ribuan pengikut. Dengan mengunakan teknologi komputer, Dr. Rashid telah memasukan isi kandungan Al-Quran ke dalam komputer untuk mencari makna atau kemungkinan yang tersirat di belakang ayat-ayat Al-Quran ini. Hasilnya pada tahun 1974 dia telah menjumpai satu corak matematik yang seolah-olah mengawal dan melindungi kesahihan ayat-ayat Al- Quran dengan nombor-nombor yang berkitar pada nombor 19.
FAKTA RINGKAS KOD YG DITEMUI
Penemuan Dr. Rashid merangkumi dari fakta kod yg paling nyata dan ringkas hinggalah kpd yg lebih kompleks. Antaranya yg ringkas ialah:
1. Ayat pertama (1:1), 'Bismillah', terdiri drp 19 perkataan. 2. Jumlah surah dlm Al-Quran ialah 114 = 19 x 6 . 3. Jumlah ayat dlm Al-Quran ialah 6346 = 19 x 334.(6234 ayat bernombor & 112 ayat tidak (Bismillah) 6234+112= 6346) Perhatikan bahawa 6+3+4+6=19. 4. Bismillah muncul 114 kali, walaupun hilang dari surah 9 (ia muncul semula sebanyak 2 kali dlm surah 27).114=19x6 5. Dari Bismillah yg hilang pd surah 9 hingga ke bismillah ekstra pada surah Z7, dgn tepatnya terdapat..19 surah. 6. Surah 96, pertama dlm susunan kronologi terdiri drp 19 ayat. 7. Surah terakhir (surah 110) terdiri drp 19 perkataan. 8. Perkataan Allah yg muncul dlm Al-Quran ialah 2698=19x142. 9. Jumlah perkataan Quran yg disebut ialah 57=19x3. 10. Ayat pertama dlm surah terakhir itu terdiri dari 19 huruf. 11. Jumlah perkataan Esa yg muncul dlm Al-Quran juga 19.
KENAPA 19?
Sebenarnya beberapa kitab asal lain yang diturunkan Allah S.W.T kepada umatnya juga didapati telah dikodkan dengan angka 19. Kejadian alam juga turut menunjukkan nombor ini. Antaranya matahari, bulan dan bumi berada selari setiap 19 tahun, komet Halley melalui sistem solar kita setiap 76 tahun =19x4, secara tepat tempoh mengandung ialah 266 (19x14) hari atau 38 minggu (19x2). Nombor 19 seolah-olah tanda tangan Allah terhadap ciptaannya. 19 mempunyai nilai matematik yang unik kerana ia adalah nombor ganjil dan merupakan gabungan nombor pertama(1) dan terakhir (9) yang seolah-olah mengiakan firman Allah s.w.t dalam surah 57 ayat yang bermaksud "DIalah Yang Awal dan Yang AkhIr.". Penemuan kod ini pada Januari ,1974 (1393 tahun Hijrah) bermakna bilangan tahun Islam dari turunnya (13 tahun sebelum hijrah) hingga ke penemuan keajaiban matematik ini (1974)bersamaan dengan 1393+13=1406 tahun. Perhatikan juga 1406=19x74. Nombor 19 juga hanya disebut di dalam Quran dalam surah 74. Hubung kait antara 19x74 tahun Islam dan 1974 tahun solar juga tidak harus diendahkan terutamanya bila nombor 19 hanya disebut dalam surah 74! Tentunya tidak PungkIn InI semua satu kebetulan... sesungguhnya Allah Itu Maha Besar lagi Maha Berkuasa.