You are on page 1of 26

BAB 2 SEL SEBAGAI UNIT BENDA HIDUP

1.

Semua benda hidup sama ada tumbuhan @ haiwan dibina daripada sel 2. Sel adalah unit asas bagi semua benda hidup

Batu bata adalah unit asas sebuah rumah

Mikroskop
1. 2. Sel dapat dilihat melalui mikroskop sahaja. Struktur mikroskop dan bahagian-bahagiannya ditunjukkan dalam rajah di bawah

Bahagian Mikroskop Kanta mata Klip-klip pentas

Fungsi Kanta untuk kita melihat spesimin menggandakan suatu imej 10 memegang slaid (sisip kaca) pada kedudukannya

Pentas
Diafragma cermin Pelaras kasar Pelaras halus kondenser Salur badan Lengan Tapak Kanta objek

Menyokong slaid sisip kaca


Mengawal kuantiti cahaya yang memasuki kanta memantulkan cahaya ke dalam mikroskop menyelaraskan ketinggian salur mikroskop untuk fokus kasar Menyelaraskan ketinggian salur mikroskop dengan lebih perlahan dan tepat menolong memfokuskan alur cahaya ke atas spesimen memegang kanta mata pada jarak yang tetap dari kanta objek menyokong salur menyokong mikroskop memfokus dan membesarkan objek, biasanya 4

Struktur sel haiwan dan sel tumbuhan


Sel haiwan 1. Terdiri daripada protoplasma sel (sitoplasma & nukleus) dan membran sel 2. Protoplasma adalah bahan separa pepejal atau bahan berupa jeli 3. Nukleus adalah jasad berbentuk bujur atau bulat yang berada di tengah-tengah sel. Sel tumbuhan 1. Mempunyai sel dinding yang tegar. Sel dinding dibina daripada sejenis karbohidrat, iaitu selulosa 2. Vakuol mengandungi sap sel yang merupakan larutan gula dan garam yang sangat cair. 3. kloroplas membina klorofil, iaitu sejenis pigmen hijau yang hanya dijumpai dalam sel tumbuhan.

Struktur sel haiwan & sel tumbuhan

Fungsi struktur sel


Bahagian sel Fungsi

nukleus sitoplasma Membran sel

Mengawal semua aktiviti sel menyimpan bahan terlarut melindungi sel dan mengawal masuk dan keluar bahan terlarut melaluinya

Dinding sel
kloroplas

melindungi dan memberi bentuk tetap kepada sel


mengandungi klorofil untuk proses fotosintesis. Klorofil menyerap cahaya matahari dan menukarkan tenaga cahaya kepada tenaga kimia (makanan) mengandungi sap sel yang terdiri daripada bahan terlarut

vakuol

Perbandingan sel haiwan & sel tumbuhan

Organisma unisel 1. 2. Benda hidup yang terdiri daripada satu sel sahaja Merupakan mikroorganisma yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan hanya dapat dilihat melalui mikroskop 3. Biasanya hidup dalam air, atau tempat yang lembap seperti kolam, longkang dan laut 4. Boleh menjalankan semua aktiviti hidup seperti pergerakan, memakan, pembiakan, pernafasan dan perkumuhan
Organisma unisel

Haiwan unisel

Tumbuhan unisel

Yis

Organisma multisel 1. 2. 3. Terdiri daripada lebih dari satu sel Menjalankan semua proses hidup Setiap jenis sel mempunyai struktur yang berbeza dan menjalankan fungsi badan yang tertentu
Organisma multisel

Haiwan multisel

Tumbuhan multisel

Katak

Burung

Manusia

mukor

Perbandingan organisma unisel & multisel

,mukor , pokok, ikan

Sel Manusia

1. Badan manusia terdiri daripada pelbagai sel yang melaksanakan fungsi-fungsi tertentu dalam badan. 2. Semua jenis sel mempunyai fungsi tertentu dan sifat-sifat tertentu. 3. Sel yang berlainan mempunyai pengubahsuaian tertentu untuk menjalankan fungsi yang berbeza.

Organisma Sel
1. Badan manusia mempunyai organisasi berikut:
Sel Tisu Organ Sistem Organisma

2. Organisais sel ini membolehkan organisma multisel menjalankan pelbagai proses hidup seperti pergerakan, pernafasan, dan pembiakan.

Sel
1. Sel menjalankan tugas yang khusus tetapi mempunyai persamaan dari banyak aspek. 2. Setiap sel menjalankan fungsi yang khusus. 3. Sel yang berbeza mempunyai struktur yang berbeza.

Tisu
1. Sekumpulan sel yang sama berkumpul untuk menjalankan fungsi yang sama disebut tisu 2. Contohnya, tisu otot terdiri daripada sel-sel otot dan tisu saraf terdiri daripada sel-sel saraf. 3. Terdapat pelbagai jenis tisu seperti tisu penutup @ tisu pelindung, tisu penyokong, tisu penghubung, tisu otot, tisu saraf dan lain-lain lagi.

Organ
1. Tisu-tisu yang berlainan boleh dikumpulkan untuk menjalankan fungsi tertentu. Kumpulan tisu ini disebut organ 2. Organ terdidi daripada dua @ lebih jenis tisu untuk menjalankan fungsi tertentu. 3. Setiap jenis tisu dalam suatu organ membantu organ itu menjalankan fungsinya. 4. Contohnya, setiap jenis tisu dalam organ jantung membantu jantung mengepam darah ke seluruh badan.

Sistem
1. Beberapa jenis organ bekerjasama untuk menjalankan fungsi tertentu dalam proses hidup membentuk sistem 2. Beberapa organ membentuk sistem seperti sistem pencernaan, sistem pembiakan, sistem perkumuhan, dan sebagainya. Setiap sistem ini bekerja secara harmoni dalam suatu organisma.
Sistem otot rangka pencernaan respirasi Peredaran darah saraf perkumuhan pembiakan Organ dalam sistem Semua jenis otot dan tendon Tulang, rawan, sendi, ligamen Mulut, esofagus, perut, pankreas, usus, hati Hidung, trakea, peparu, bronkus, bronkiol, alveolus Jantung, vena, arteri Otak, saraf tunjang, saraf Ginjal. Kulit, hati, pundi kencing, peparu Testis, ovari

Organisma
1. Organisma terdiri daripada banyak sistem. 2. Semua sistem bekerjasama membentuk satu organisma.

Hubungan antara sel, tisu, organ dan sistem 1. Hubungan antara sel, tisu, organ dan sistem ditunjukkan dalam rajah di bawah :

2. Oranisasi sel boleh ditunjukkan dalam bentuk hierarki bertangga seperti yang ditunjukkan di bawah

Manusia Sebagai Organisma yang Kompleks 1. Manusia adalah organisma kompleks yang terdiri daripada ribuan sistem individu. Antara sistem utama termasuklah sistem peredaran darah, sistem rangka, sistem pencernaan, sistem saraf dan sistem respirasi. 2. Manusia adalah unik berbanding dengan benda hidup yang lain di bumi kerana manusia boleh menggunakan bahasa dan pemikiran. 3. Manusia dikurniai kebijaksanaan yang membolehkan dia berfikir secara rasional dan membezakan perkara yang betul dan salah. 4. Manusia juga unik kerana mempunyai perasaan ingin tahu yang mendalam tentang diri mereka.

You might also like