You are on page 1of 8

1.

LATAR BELAKANG Pertandingan Pidato Sejarah adalah sebagai salah satu media atau kaedah bagi menyampaikan dan memberigakan sejarah Brunei kepada para pelajar. Sejarah itu penting diketahui dan dipelajari oleh para pelajar kerana sejarah itu dapat memberikan pengajaran, panduan, contoh dan teladan dalam kehidupan berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara. Seperti mana titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Majlis Ilmu Tahun 2010 yang antara lain Baginda bertitah, kita belajar dari sejarah dan berguru kepada sejarah .... Bangsa yang suka berguru kepada sejarah adalah bangsa besar .... Daripada sejarah kita bermula, dan daripada sejarah juga kita melakar nama. Demikianlah hebatnya sejarah itu. Pertandingan ini merupakan projek baru Pusat Sejarah Brunei yang akan diadakan setiap dua (2) tahun sekali. Piala rebutan bagi Pertandingan Pidato Sejarah disumbangkan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

2.

PELAKSANAAN 2.1. Objektif Menyerapkan budaya berfikir secara kritis di kalangan para pelajar peringkat menengah dan pengajian tinggi. Meningkatkan daya fikir para pelajar dalam membuat tafsiran dan penilaian semula ke atas sesuatu peristiwa bersejarah di negara ini. Melatih para pelajar menggunakan kaedah penyelidikan dan kajian sejarah yang sebenar. Mengembangkan bakat dan minat para pelajar dalam bidang kajian sejarah. Menjadikan sejarah sebagai bidang yang menarik untuk dipelajari, dikaji dan difahami. Memberi kesedaran kepada generasi muda tentang nilai sejarah kepada pembangunan negara. Menanam perasaan cintakan Raja, Agama, Negara dan Bangsa. 2.2. Kategori Pertandingan Pertandingan Pidato Sejarah ini terbahagi kepada tiga (3) kategori iaitu: Kategori A : Institusi-institusi pengajian tinggi kerajaan dan swasta. Kategori B : Pra-U kerajaan dan swasta.

Kategori C : Sekolah-sekolah menengah kerajaan dan swasta bagi Tahun 10 dan Tahun 11 sahaja. 2.3. Syarat Pertandingan Penyertaan pertandingan adalah dengan mengisi borang penyertaan yang disediakan oleh pihak penganjur. Penyertaan dibukakan kepada institusi pengajian tinggi, Pra-U dan sekolah menengah kerajaan dan swasta di seluruh negara. Peserta yang pernah memenangi sebarang pertandingan pidato di peringkat antarabangsa adalah tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini. Peserta Kategori A bagi institusi pengajian tinggi adalah tidak dihadkan bilangan penyertaannya. Kategori B bagi Pra-U adalah dibolehkan menghantar tiga (3) orang peserta. Manakala Kategori C bagi sekolah-sekolah menengah kerajaan dan swasta hanya dibenarkan menghantar seorang peserta. Setiap peserta yang berjaya mara ke peringkat separuh akhir dan peringkat akhir dipersyaratkan menyediakan skrip pidato dan menghantarnya kepada pihak penganjur pertandingan selewatlewatnya dua minggu (14 hari) sebelum tarikh pertandingan. 2.4. Peraturan Pertandingan Pidato hendaklah disampaikan dalam Bahasa Melayu. Para peserta dikira menarik diri jika gagal hadir di tempat pertandingan 15 minit sebelum acara dimulakan. Masa yang diperuntukkan untuk berucap di peringkat saringan, peringkat separuh akhir dan peringkat akhir ialah 7-10 minit. Lonceng akan dibunyikan sekali pada awal minit pertama bagi menandakan pidato bermula dan sekali lagi lonceng dibunyikan sebelum masa berakhir. Lonceng akan dibunyikan dua kali bagi menandakan masa untuk berpidato sudah tamat. Sebarang penyampaian selepas lonceng penamat dibunyikan tidak akan diberi markah. 2.5. Etika Pertandingan Pemidato hendaklah berpakaian kemas dan bersesuaian semasa pertandingan. Pemidato hendaklah sentiasa bersopan santun dan tidak terkeluar daripada tatasusila berpidato. Pemidato tidak dibenarkan menyentuh/membicarakan perkaraperkara yang sensitif mengenai dasar-dasar kerajaan.

2.6. Format Pertandingan Pertandingan Pidato Sejarah akan dilaksanakan seperti berikut: 1) Peringkat Saringan akan diadakan pada 30 April dan 3, 7 & 10 Mei 2012 bertempat di Pusat Belia, Bandar Seri Begawan. Kategori A Kategori B Kategori C : Pertandingan peringkat saringan bagi memilih lapan (8) peserta terbaik untuk ke peringkat separuh akhir. : Pertandingan peringkat saringan bagi memilih sembilan (9) peserta terbaik untuk ke peringkat separuh akhir. : Pertandingan peringkat saringan bagi memilih dua belas (12) peserta terbaik untuk ke peringkat separuh akhir.

2) Peringkat Separuh Akhir akan diadakan pada 9 hingga 13 Jun 2012 bertempat di Pusat Belia, Bandar Seri Begawan. Kategori A : Seramai lapan (8) peserta terbaik di peringkat saringan bertanding di peringkat separuh akhir bagi memilih tiga (3) peserta terbaik untuk ke peringkat akhir. : Seramai sembilan (9) peserta terbaik di peringkat saringan akan bertanding di peringkat separuh akhir bagi memilih tiga (3) peserta terbaik untuk ke peringkat akhir. : Seramai dua belas (12) peserta terbaik di peringkat saringan akan bertanding di peringkat separuh akhir bagi memilih tiga (3) peserta terbaik untuk ke peringkat akhir.

Kategori B

Kategori C

3) Peringkat Akhir akan diadakan pada 29 Ogos 2012 bertempat di Dewan Raya, Radio Televisyen Brunei. Kategori A : Seramai tiga (3) peserta terbaik di peringkat separuh akhir akan bertanding di peringkat akhir untuk menjadi johan, naib johan dan tempat ketiga. : Seramai tiga (3) peserta terbaik di peringkat separuh akhir akan bertanding di peringkat akhir untuk menjadi johan, naib johan dan tempat ketiga. : Seramai tiga (3) peserta terbaik di peringkat separuh akhir akan bertanding di peringkat akhir untuk menjadi johan, naib johan dan tempat ketiga.

Kategori B

Kategori C

2.7. Tajuk Pilihan Dalam Pertandingan Pihak penganjur menyediakan 11 tajuk bagi panduan para peserta. Walau bagaimanapun, para peserta tidak dibenarkan memilih tajuk yang sama di pertandingan peringkat separuh akhir dan peringkat akhir. Tajuk-tajuk pidato ialah: Pentingnya Belajar Sejarah Sejarah adalah guru sepanjang zaman. Kegemilangan Negeri Brunei zaman Sultan Bolkiah, Sultan Ke-5. Perang Kastila Tahun 1578 Bendahara Sakam Pahlawan Brunei Sultan Omar Ali Saifuddien III Arkitek Brunei Moden Perlembagaan Negeri Brunei 1959 Kemerdekaan 1984 Raja dan Survival Bangsa Brunei Sejarah dan Jati Diri Bangsa Islam dan Tamadun Brunei

2.8. Tatacara Pemarkahan Setiap pemidato akan diberi markah maksimum, iaitu seratus (100) berdasarkan kriteria berikut: 1. 2. 3. 4. Isi dan analisis Suara Petah dan kefasihan Gaya Persembahan - 60 markah - 15 markah - 15 markah - 10 markah

Keputusan Hakim adalah Muktamad. 2.9. Kategori Hadiah Peringkat Saringan, Separuh Akhir dan Akhir Setiap peserta yang bertanding dalam semua kategori akan menerima sijil penghargaan dan cenderamata daripada Pusat Sejarah Brunei. Seorang pemidato terbaik dalam semua Kategori A, B dan C akan menerima sebuah piala rebutan sumbangan Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Pemenang bagi Pertandingan Pidato Sejarah di Peringkat Akhir akan menerima wang tunai, piala iringan serta sijil penghargaan iaitu:

I. Kategori A: Johan menerima wang tunai $1,500.00; piala iringan dan sijil penyertaan. Naib Johan menerima wang tunai $1,000.00; piala iringan dan sijil penyertaan. Tempat Ketiga menerima wang tunai $750.00; piala iringan dan sijil penyertaan. II. Kategori B: Johan menerima wang tunai $1,000.00; piala iringan dan sijil penyertaan. Naib Johan menerima wang tunai $750.00; piala iringan dan sijil penyertaan. Tempat ketiga menerima wang tunai $500.00; piala iringan dan sijil penyertaan. III. Kategori C: Johan menerima wang tunai $1,000.00; piala iringan dan sijil penyertaan. Naib Johan menerima wang tunai $750.00; piala iringan dan sijil penyertaan. Tempat Ketiga menerima wang tunai $500.00; piala iringan dan sijil penyertaan. 2.10. Skrip Pidato Peserta yang berjaya masuk ke peringkat separuh akhir hendaklah menghantar skrip ke Pusat Sejarah Brunei pada hari Sabtu, 19 Mei 2012 pukul 8:30 pagi hingga pukul 4:00 petang. Peserta yang berjaya masuk ke peringkat akhir hendaklah menghantar skrip ke Pusat Sejarah Brunei pada hari Sabtu, 28 Julai 2012 pukul 8:30 pagi hingga pukul 4:00 petang. Sebarang pertukaran tajuk pidato hendaklah dimaklumkan seberapa segera kepada pihak penganjur, iaitu satu minggu (7 hari) sebelum pertandingan. Sebarang pertukaran tajuk pidato pada saat akhir pertandingan tidak akan dilayan.
Borang penyertaan boleh didapati melalui www.pusat-sejarah.gov.bn atau di blog http://narawahana. blogspot.com dan http://www.facebook.com/Narawhana. Penyertaan hendaklah dihantar tidak lewat pada hari Sabtu, 19hb April 2012 jam 4:00 petang kepada: JAWATANKUASA PENYERTAAN DAN PENDAFTARAN PERTANDINGAN PIDATO SEJARAH Pusat Sejarah Brunei Jalan Stoney, Bandar Seri Begawan, BS 8610. Talian Telefon: 2240166/2240167/2240168

BORANGA
YangMulia Penganjur, PertandinganPidatoSejarah PialaMenteriKebudayaan,BeliadanSukan PusatSejarahBrunei JalanStoneyBS8610 BandarSeriBegawan Tuan, Per: PERTANDINGAN PIDATO SEJARAH PIALA MENTERI KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKANANJURANPUSATSEJARAHBRUNEITAHUN2012 Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Universiti/Institusi/Pusat/Sekolah Menengah/Maktabyangtersebutdibawahiaitu: ______________________________________________________________________ *AKANMENYERTAI/*TIDAKAKANMENYERTAIacarayangtersebutdiatas. Diatas perhatian pihak Tuan dalam perkara di atas, terlebih dahulu diucapkan ribuan terimakasih. _______________________________ Pengetua Coprasmisekolah Tarikhmenghantarborang:_____________________________ Nota:
Borang ini hendaklah dihantar/di fax (No. 2241958) kepada pihak penganjur pada hari Sabtu, 14 April 2012 di Pusat Sejarah Bruneisebelumjam4:00petang *Potongyangberkenaansahaja

BORANGB BORANGPENYERTAAN PERTANDINGANPIDATOSEJARAH PIALAMENTERIKEBUDAYAAN,BELIADANSUKAN BAGITAHUN2012


Nama Universiti/Institusi/Sekolah/Maktab NoTel/Faks Pejabat: Faks: No.TelefonBimbit: PIDATO

NamaPenyelia/PengawasPeserta/Pemidato 1. 2. Bahagian: TajukPidato: Bil 1. 2. 1. 2. NamaPeserta(Lelaki&Perempuan) NamaPesertaSimpanan(Lelaki&Perempuan)

NoKadPintar

TandatanganPihakUniversiti/Institusi/SekolahMenengah/Maktab&Cop ....................................................................... [] Tarikh:...........................................................

You might also like