You are on page 1of 17

BAB 1 PENGENALAN

1.1

Pengenalan Pendidikan Bahasa Malaysia merupakan satu matapelajaran yang penting dan

wajib diajar oleh para gurudan dipelajari oleh murid di semua sekolah. Bahasa Malaysia selain daripada bahasa rasmi Negara adalah merupakan matapelajaran yang diwajibkan lulus bagi syarat utama untuk seseorang pelajar itu mendapatkan sijil atau pengiftirafan. Menurut Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia KBSR (Kementerian Pendidikan Malaysia 2003), pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia bertujuan untuk menyediakan minda murid supaya dapat menguasai kecekapan tatabahasa dengan menggunakan tatabahasa yang betul sebagai alat komunikasi seharian. Kemahiran yang ditekankan di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia ialah kemhiran menulis. Menurut S. Nathesan (2010) kemahiran menulis merupakan kemahiran yang agak kompleks dan mencabar. Kemahiran ini juga digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran lain. Oleh itu, pelajar perlulah mengusaia kemahiran menulis ini. Menurut Dr. Ali Mahmood (2007), kemahiran menulis adalah merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dialami. Senario ini menyebabkan para guru berusaha menyediakan strategi-strategi yang berkesan bagi menangani masalah ini demi meningkatkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan Bahasa Malaysia, penulisan khususnya dan memartabatkan Bahasa Malaysia, umumnya. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia, banyak masalah yang dihadapi oleh murid dalam menguasai apa yang dipelajari yang seringkali menjadi cabaran bagi semua guru. Masalah yang dikenalpasti ialah kelemahan murid dalam mencari isi untuk penulisan karangan. Bagi tujuan ini, seseorang guru haruslah berusaha untuk merangsang, membimbing, mengasah dan mengukuhkan keupayaan murid supaya dapat menghasilkan satu penulisan yang benar-benar berkualiti dan bermanafaat.

1.2

Latar Belakang Kajian Sejak akhir-akhir ini, ramai guru bahasa telah mula menyedari akan kepentingan dalam meningkatkan penguasaan kemahiran menulis dan pencapaian pelajar dalam peperiksaan. Penekanan yang mendalam dalam system pendidikan di Negara kita kepada penguasaan kemahiran membaca dan menulis seharusnya menjadikan suatu cabaran yang harus diatasi. Guru hendaklah mempelbagaikan dan lain-lain lagi. Jika guru-guru dapat mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran, ini sudah tentu dapat membantu para murid menguasai pelbagai ilmu bahasa dengan cepat dan berkesan. (Oxford & Crookall 1989) Kemahiran menulis merupakan suatu budaya intelek yang saling berkait rapat dan melengkapi antara kemahiran membaca. Keupayaan menulis oleh murid-murid merupakan satu proses penyaluran maklumat yang bersifat mekanikal dan disalurkan secara bersistem. Sehubungan dengan itu, keupayaan menulis merupakan satu kemahiran yang menjadi punca atau asas dalam proses pengajaran yang berkesan dalam pelbagai aktiviti disiplin ilmu di sekolah. Pencapaian dan kebolehan serta mempunyai asas kemahiran berfikir yang tinggi pasti mempunyai idea yang banyak untuk menulis bagi meningkatkan penguasaan pembelajaran murid dalam Bahsa Malaysia dan matapelajaran tertentu. Murid sekolah rendah secara umumnya masih perlu banyak meneroka cara dan bagaimana membina ayat yang ringkas tetapi berkesan. Aras ayat yang dihadapi oleh murid akan lebih mendalam iaitu bermula dari aras rendah kepada aras yang lebih tinggi. Oleh yang demikian, seseorang murid itu perlu ada kemahiran berfikir yang lebih baik agar pasti dapt mengukuhkan kemahiran mengolah dan membina ayat sebelum naik kelas yang lebih tinggi.

1.3 Pernyataan Masalah Kajian

Berdasarkan keputusan analisis ujian I Bahasa Malaysia semasa semester yang baru lepas, di sekolah pengkaji iaiti Sekolah Kebangsaan Tanjung Labian, Lahad Datu didapati bahawa ramai murid Tahun 4 mendapat markah rendah dalam kertas Bahasa Malaysia penulisan. Kegagalan ini mungkin disebabkan oleh murid Tahun 4 baru mengalami suasana berlainan di Tahap 2. Lebih ketara sekali muridmurid gagal membina ayat yang baik dan betul pengolahannya. Ini bermakna murid tidak dapat memikirkan idea untuk membina ayat berdasarkan konteks dan soalan yang diberikan walaupun disertakan dengan bantuan gambar Diagnosis yang telah dijalankan, kemerosotan prestai murid-murid banyak disebabkan oleh kurangnya kemahiran mencari isi kandungan, olahan yang minima. Perbendaharaan kata serta kesalahan dari segi struktur ayat. Masalah ini memerlukan program sokongan yang dapat menarik minat murid-murid bagi memperkayakan perbendaharaan kata dan kosa kata. Kelemahan membina ayat tunggal dan ayat majmuk sebagai suatu ayat yang mudah menunjukkan bahawa murid mempunyai aras pemikiran yang rendah, kerana murid tidak dapat memikirkan idea untuk membina sesuatu ayat yang bermutu dan teratur. Selain itu, kelemahan dalam menghasilkan makna dalam penulisan iaitu murid lemah menyusun ayat dan buah pikiran mengikut wajaran fikiran mereka serta ketidakcekapan murid menguasai kemahiran menulis menjadikan murid tidak berminat untuk belajar dan tidak memberikan tumpuan sepenuhnya. Oleh yang demikian, tujuan penyelidikan ini adalah untuk membuktikan keberkesanan kaedah latih tubi yang dibuat terhadap murid mampu menambahbaikan kualiti penguasaan murid dalam penulisan karangan. Menurut Abdul Rashid dan Zulkafli (2008), bagi masalah menguasai kemahiran membaca menulis menjadikan murid lemah dan tidak berminat dalam matapelajaran Bahasa Malaysia adlah akibat ketidakcekapan mereka menguasainya. Walau bagaimanapun guru akan cuba untuk mengatasi masalah ini bagi menjadikan pembelajaran lebih menarik minat murid dengan bantuan bahan-bahan rangsangan dan kaedah latih tubi yang berterusan. Pelbagai usaha serta bantuan daripada kerajaan dan KPM seharusnya menjadi pemangkin serta dorongan bagi
3

guru dan sekolah agar terus berusaha membantu murid yang bermasalah dalam pembelajaran.

1.4 Persoalan Kajian Berikut merupakan persoalan-persoalan kajian yang menjadi pertanyaan dalam kajian ini 1.4.1 Adakah teknik latih tubi memberi kesan membina untuk murid-murid dalam membina ayat karangan yang lebih baik? 1.4.2 Adakah teknik latih tubi mampu mengurangkan kesilapan dari segi tatabahasa dan frasa ayat murid-murid dalam penulisan karangan Bahasa Malaysia? 1.4.3 Adakah dengan menggunakan kaedah latih tubi dapat meningkatkan pencapaian dan pemahaman murid-murid dalam matapelajaran Bahasa Malaysia penulisan karangan? 1.4.4 Sejauhmana keberkesanan teknik latih tubi sebagai satu kaedah dalam meningkatkan penguasaan murid dalam penulisan karangan?

1.5 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah seperti yang berikut; 1.5.1 Membantu pihak lain yang berkaitan untuk mengetahui cara-cara mengenal pasti amalan pengajaran kaedah latih tubi. 1.5.2 Membantu murid meningkatkan pencapaian dalam matapelajaran Bahasa Malaysia untuk aspek penulisan. 1.5.3 Melaksanakan tindakan yang sesuai dengan kebolehan murid bagi mengatasi kelemahan dalam penulisan karangan.
4

1.5.4 Menilai keberkesanan kaedah latih tubi sebagai satu kaedah dalam meningkatkan pencapaian murid-murid dalam penulisan karangan 1.5.5 Persepsi murid terhadap pengajaran guru dalam aspek penulisan. 1.5.6 Bagi mengenal pasti sejauhmana murid-murid berminat dan cenderung dalam penggunaan teknik latih dalam menguasai kemahiran penulisan.

1.6 Signifikan Kajian Kepentingan kajian ini dapat memberi manafaat kepada 3 pihak iaitu murid-murid, guru dan sekolah. 1.6.1 Murid-murid i. Para murid lebih mengingati format karangan penulisan dan berkeyakinan untuk mempelajari penulisan Bahasa Malaysia kerana murid sudah mengalami beberapa soalan yang diberi.

1.6.2 Guru i. Teknik latih tubi yang digunakan oleh guru dapat mengukuhkan

ingatan dalam menggunakan perbendaharaan kata dan pengolahan ayat tentang isi. Ini akan menghasilkan karangan yang kreatif dan kritis. ii. Golongan guru yang mempelbagaikan kaedah pengajaran dan

pembelajaran dapat mencapai hasil yang berkesan jika selalu menggunakan kaedah latih tubi.
iii.

Menyedarkan para guru tentang kelebihan penggunaan teknik latih tubi

dalam proses pembelajaran dan pengajaran khususnya dalam proses penilaian, sedia memberi rangsangan, motivasi dan minat untuk para murid menggunakan proses penilaian yang berterusan sebagai suatu proses pembelajaran secara kendiri
5

1.6.3 Sekolah i. Pihak sekolah menyedari para guru yang mengajar Bahasa Malaysia mempunyai inisiatif untuk meningkatkan kualiti penulisan karangan Bahasa Malaysia dengan mengguna kaedah latih tubi sebagai pendekatan yang mudah di aplikasikan oleh para murid.

1.7 Batasan Kajian Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Tannjung Labian, Lahad Datu. Sekolah ini terletak di kawasan luar Bandar dan merupakan sekolah yang terletak berhampiran dengan kawasan perladangan FELDA. Kajian ini melibatkan pelajar Tahun Empat yang terdiri daripada 25 orang pelajar yang mempunyai pelbagai aras kebolehan kognitif yang berbeza. Kajian ini dijalankan pada waktu persekolahan sahaja keran kekangan masa. Selain itu, pencpaian pelajar yang diuji ssebelum, sewaktu dan selepas pembelajaran dipengaruhi oleh pengetahuan kognitif dan sedia ada murid. Para murid dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kajian (eksperimen) dan kumpulan kawalan. Kumpulan eksperimen terdiri daripada 13 orang pelajar yang menggunakan kaedah latih tubi secara intensif dalam proses penagajaran dan pembelajaran. Manakala 12 orang pelajar lagi dalam kumpulan kawalan akan mengikuti pengajaran dan pembelajaran seperti biasa. Bidang kajian akan tertumpu kepada persamaan linear yang melibatkan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Para murid akan diuji dengan ujian sumatif selepas proses pembelajaran untuk mengesan tahap pencapaian mereka dalam bidang penulisan karangan.

1.8 Definisi Istilah Berikut adalah definisi kepada istilah-istilahyang digunakan dalam kajian ini. 1.8.1 Keberkesanan Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994:m/s 663) keberkesanan boleh membawa maksud sesuatu tindakan itu dapat dilihat daripada hasil yang diperoleh sesudahnya. Secara amnya keberkesanan dlam kajian ini adalah kesan daripada penggunaan kaedah latih tubi dalam penulisan karangan.

1.8.2 Kaedah Latih Tubi. Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta, bahan-bahan rangsangan atau kecekapan yang dipelajari. Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disamping menjamin keberkesanannya. Kaedah ini boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayatayat atau mengingat fakta-fakta penting. Melalui kaedah ini, murid-murid akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tahu tugasnya dalam situasi yang menggunakan perkataan-perkataan itu.

1.8.3 Meningkatkan Meningkatkan bermaksud peninggian kedudukan, taraf, mutu, hasil pengeluaran atau lebih besar lagi (Kamus Dewan 2005)

1.8.4 Penulisan Karangan Penulisan karangan adalah salah satu soalan Bahasa Malaysia penulisan, Bahagian B. Para murid adalah diwajibkan untuk menjawab bahagian tersebut dengan memilih satu daripada tiga tajuk karangan yang diberikan dalam kertas tersebut.

1.8.5 Pengajaran Pengajaran adalah merupakan aktiviti yang rumit dan melibatkan penggunaan pelbagai bentuk dan jenis kemahiran. Ianya juga melibatkan perhubungan antara guru dan murid dan juga sesama murid yang lain (Omandin:1977)

1.8.6 Bahasa Malaysia

Mata pelajaran Bahasa Malaysia bertujuan melengkapkan murid dengan ketrampilan berbahasa dan berkomunikasi selaras dengan peranannya sebagai bahasa ilmu (KPM, 2003). Dalam konteks kajian ini, mata pelajaran Bahasa Malaysia adalah merujuk kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penyampaian dan penerimaan isi kandungan yang berkaitan sesuatu tajuk yang di ajar pada masa berkenaan.

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR 2.1 Pengenalan Dalam bab ini, pengkaji akan mengemukakan pendapat dan hasil dapatan kajian oleh pengkaji tempatan dan luar Negara berkaitan dengan aspek dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam bidang pendidikan, kualiti sesuatu pengajaran dan pembelajaran diukur melalui obejektif pengajaran yang murid dapat capai sewaktu sesi pembelajaran itu dilakukan di dalam kelas. Menurut Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia, antara objektif yang hendak dicapai pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia di sekolah rendah termasuklah membolehkan murid mengenal dan menghasilkan satu penulisan kreatif yang berunsurkan pengetahuan serta proses penulisan yang sesuai dan betul. Satu daripada aktiviti penulisan yang kerap dikendalikan di bilik darjah oleh guru ialah penulisan karangan. Karangan adalah satu pelajaran yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Sekolah Rendah dan Menengah. Kemahiran penulisan karangan merupakan tingkat tertinggi kemahiran berbahasa yang perlu dikuasai oleh para murid. Penulisan karangan adalah keupayaan murid memghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul serta tulisan yang jelas dan kemas. Di sini pengkaji akan menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya pengkaji akan melakukan proses penilaian terhadpa pengajaran dan pembelajaran tersebut. Pendapat dan hasil kajian dari pengkaji-pengkaji sebelum ini dijadikan bahan rujukan dan panduan untuk melaksanakan kajian.

2.2 Kajian Lepas Dalam Negara An-Nashmy (1980) mencadangkan supaya guru memilih kaedah yang boleh memberikan kesan yang mendalam bukan saja kepada kefahaman murid yang diajar malah memberi kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan murid. Murid akan memberi tumpuan yang padu dan dapat mengingati isi pelajaran dengan lebih cepat dan bertahan dengan lebih lama. Bagi mencapai hasrat ini guru haruslah pandai memilih pendekatan yang sesuai dan teknik yang menarik dan ditambah pula dengan Bahan Bantu Mengajar yang canggih dan menarik. Menurut Zaiba (1952) yang dipetik oleh Kamaruddin Hj. Husin (1998), karangan adalah hasil daripada kepandaian atau kemahiran mengubah atau menyusun kata-kata untuk dijadikan kata-kata da n seterusnya untuk dijadikan ayat. Beliau menegaskan bahawa sesebuah karangan mempunyai ayat-ayat yang telah digubah atau disusun untuk dijadikan cerita, laporan, penerangan dan sebagainya. Tidak jika dapat dinafikan peranan pendidikan sebagai penyumbang paling dominan dalam meningkatkan tahap literasi atau celik huruf kerana jika tahap itu tinggi maka ia dapat mencerminkan ssebuah Negara yang berkesan system pendidikannya. Tahap penguasaan individu dalam subjek bahasa diukur melalui kebolehan mendengar, bertutur,membaca dan menulis (Siti, Nadiah & Rozmel, 2007). Kajian mereka mendapati tahap pencapaian para murid dalam penulisan literas Bahasa Malaysia di tiga buah sekolah menengah yang dikaji adalah dari tahap sederhana sehingga lemah. Bagi Madihah (2005) pula mendapati melalui latih tubi, prestasi murid-murid membina ayat mudah dnegan tanda baca yang betul dapat meningkatkan fasa ujian pasca. Ini bermakna kemahiran membina ayat boleh ditingkatkan lagi dengan kemahiran menulis dan kemahiran berfikir dalam menulis karangan akan melahirkan murid yang mempunyai kecerdasan linguistic. Penghasilan penulisan karangan yang baik oleh murid-murid mempamerkan kemahiran berfikir setelah melalui pendedahan kepada kemahiran tersebut (Siti Zabidah, 2006) Isahak Haron (1979) berpendapat bahawa kemahiran menulis(karangan) adalah mustahak dalam kegiatan-kegiatan pendidikan formal kerana kebanyakkan jawpaan dalam ujian dan peperiksaan rasmi memerlukan penyampaian idea,
10

pendapat, fakta dan lain-lainnya disampaikan melalui kemahiran bahasa tulisan yang bersifat formal. Mata pelajaran Bahasa Malaysia yang diajar di sekolah mengambil kira tiga kemahiran yang utama iaitu lisan, bacaan dan penulisan. Dalam penulisan, guru menghadapi masalah kerana murid-murid perlu menampilkan idea sendiri dengan bantuan guru dan murid tidak perlu berusaha untuk menulis karangan yang baik (Kamaruddin Hj. Husin, 1998).

2.3 Kajian Lepas Luar Negara Menurut Danielle, Scott dan Philip (2010), penulisan ayat yang baik tidak bergantung kepada ciri-ciri teks yang dibaca tetapi lebih kepada penggunaan ciri-ciri linguistic teks dan bahasa ayat yang canggih. Rachle (2010) pula menyatakan bahawa tabiat buruk murid yang menghasilkan penulisan lemah adalah berpunca tahap pemikiran yang malas bukannya tahap kebolehan seseorang murid itu semata-mata. Sementara itu pendapat Lado (1964) Broto (1974) Bullock (1975) menyatakan karangan bukanlah sekadar hasil kepandaian atau kemahiran mengubah atau menyusun kata-kata dan ayat biasa tetapi merupakan kemahiran menyampaikan idea, fakta dan sebagainya yang terdapat dalam pemikiran manusia (pengarang aatau penulis) melalui alat komunikasi yang disamakan bahasa. Bagi Cummins (1984, dalam Gibbson, 2002), kebanyakkan murid bahasa kedua menghadapi masalah dalam penulisan. Besar kemungkinan kerana murid tidak dan kurang mahir dalam bahasa ibundanya yang menyebabkan mereka juga menghadapi kesukaran untuk mempelajari bahasa kedua. Menulis karangan ialah satu proses pemilihan, mencantum, menyusun atur dan menyambung buah pikiran di dalam bentuk ayat yang berkesan, berperenggan dan dalam unit wacana yang lebih panjang.

11

2.4 Kesimpulan Oleh itu, kemahiran menulis karangan ini hendaklah dipupuk sejak murid itu berada di bangku sekolah rendah lagi. Ini bertujuan supaya mereka akan dapat menguasai kemahiran an mengingati format yang betul di dalam disiplin penulisan karangan. Kemahiran menulisa bukan sahaja bermaksud keupayaan murid untuk membina perkataan dan ayat yang gramatis malahan murid harus berusaha untuk menulis berbagai-bagai wacan dalam pelbagai penulisan. Bagi merealisasikan matlamat untuk meningkatkan kemahiran menulis

terdapat beberapa kaedah yang perlu dipilih untuk memainkan peranan penting dalam pengaruhnya. Salah satu kaedah yang boleh diterima pakai ialah kaedah latih tubi. Ini mesti bersesuaian dengan faktor minat, jantina, teknik dan pendekatan yang digunakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung di dalam kelas. Kajian-kajian lepas dari dalam dan luar Negara yang telah dihasilkan di dalam bab ini telah menerangkan tentang kemahiran menulis dan pembinaa ayat di kalangan murid-murid. Kepelbagaian pendekatan serta teknik yang sesuai akan menjamin keberkesanan pencapaian sesuatu pengajaran serta pencapaian objektifnya secara optimum. Pemilihan yang bersesuaian ini akan menyumbang kepada tahap penguasaan dan minat sesorang murid untuk belajar dengan lebih berkesan.

12

BAB 3 METODOLOGI PENYELIDIKAN 3.1 Pengenalan Kajian yang dijalankan ini adlah untuk meninjau dan melihat sama ada kaedah latih tubi dapat menunjukkan keberkesanan atau menjejaskan pencapaian murid dalam aspek berkaitan denga penulisan bahi mata pelajaran Bahasa Malaysia. Oleh itu beberapa aspek akan diguna pakai dan diambil kira dalam kajian ini sepeti reka bentuk kajian, prosedur kajian, populasi dan persampelan kajian, instrument kajian dan tatacara pengutipan data serta penganalisisan data.

3.2 Reka bentuk Kajian Kajian ini merupakan satu kajian kes mengenai kesesuaian atau

keberkesanan penggunaan kedaha latih tubi dalam pengajaran penulisan karangan di Tahun 4. Reka bentuk kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif yang berbentuk eksperimen. Reka bentuk kajian ini menggunakan kelas-kelas sedia ada sebagai kumpulan kawalan dan kelas eksperimen. Iaitu rekabentuk eksperimen berkumpulan kawalan dengan menjalankan ujian pra dan ujian pos. kajian ini melibatkan subjek kajian dibahagikan kepada dua kumpulan secara rawak. Satu kumpulan diberikan rawatan kawalan (kumpulan kawalan) sementara satu kumpulan lagi (kumpulan eksperimen) diberikan rawatan sebenar. Menurut Norhisyam B. Mohd Sadeh (2008), kumpulan eksperimen diberikan penilaian awal dan didedahkan kepada pembolehubah eksperimen an kemudiannya dinila semula. Perbezaaan antara ukuran subjek kumpulan kawalan dan subjek kumpulan eksperimen dibandingkan. Pembolehubah tidak bersandar dalam bentuk kajian ini adalah kaedah latih tubi manakal pembolehubah bersandar pula adlah pencapaian murid dalam ujian pra dan ujian pos penulisan karangan. Seramai 20 orang murid digunakan sebagai sampel kajian iaitu 10 orang untuk setiap kumpulan kawalan dan eksperimen. Setiap sampel kumpulan terdiri daripada para murid yang mempunyai pelbagai keupayaan yang boleh membaca dan menulis dengan baik. Kumpulan eksperimen ini diajar dengan menggunakan teknik latih tubi dan bagi kumpulan
13

kawalan diajar mengikut kaedah kuliah. Selepas itu, kedua-kedua kumpulan diuji pencapaian mereka dengan menggunakan ujian pos. Reka bentuk kajian adalah seperti Rajah 3.1.1 Jadual 3.1.1 Reka Bentuk Kajian Teknik pengajaran Jenis kumpulan murid Bilangan murid Jumlah keseluruhan 10 orang 20 orang 10 orang Tidak menggunakan teknik latih tubi Menggunakan (kaedah kuliah) Kawalan latih tubi Eksperimen teknik

3.3 Prosedur Kajian Bagi menjayakan aktiviti pengumpulan data, terdapat langkah tertentu diambil oleh pengkaji. Namun yang paling utama adalah mendapat kebenaran lisan dan bertulis dari pihak pentadbir sekolah iaitu Guru Besar sekolah di mana kajian ini akan dijalankan. Memandangkan sekolah di mana kajian ini dijalankan merupakan sekolah tempat pengkaji berkhidmat, maka Guru Besar memberikan kebenaran sepenuhnya. Tambahan pula, Guru Besar mengambil kira kajian ini sebagai penambahbaikan bukan saja untuk murid-murid tetapi juga kepada guru yang terlibat sebagai ilmu tambahan. Di antara perkara-perkara yang akan dimaklumkan kepada pihak pentadbiran sekolah ialah menerangkan tentang tujuan kajian ini diadakan, penglibatan muridmurid sebagai sampel kajian serta tarikh dan masa kajian ini dijalankan.

3.4 Populasi dan Persampelan


14

Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah rendah di Daerah Lahad Datu, Sabah iaitu d Sekolah Kebangsaan Tanjung Labian. Populasi kajian terdiri daripada muridmurid yang sedang mengikuti pelajaran formal dalam Tahun 4 seramai 45 orang. Sampel kajian pula terdiri dari sebuah kelas Tahun 4 iaiatu seramai 20 orang dari kelas Tahun 4 Amanah (4A) yang kemudiannya dibahagi kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kajian kawalan dan kumpulan kajian eksperimen. Para murid terdiri daripada lelaki dan perempuan yang berumur 10 tahun ke atas dari kelas terpilih. Pemilihan sampel ini juga menggunakan kaedah persampelan kelompok sebagai kumpulan eksperimen di mana pemilihan murid di ambil dalam satu kumpulan kelas untuk sampel kajian. Murid-murid yang dijadikan sampel ini juga adalah terdiri dari kalangan murid pintar yang mempunyai pelbagai pencapaian dlam mata pelajaran Bahasa Malaysia.

3.5 Instrumen Kajian Dalam menjalankan kajian ini pengkaji menggunakan beberapa instrument iaitu kertas ujian penulisan, skor ujian penulisan dan boring soal selidik murid. Instrumen kajian yang dipilih adalah kertas ujian penulisan bagi Tahun 4 berdsarkan format Ujian Pencapaian Sekolah Rendah. Kertas ujian ini mengandungi 2 buah karangan. Para murid dikehendaki menyalin dua buah karangan secara imlak yakni menulis semula karangan yang dibacakan oleh guru. Murid diminta menyalin sebuah karangan yang menunjukkan pendahuluan sahaja yang panjangnya lebih kurang 20 patah perkataan. Begitulah seterusnya berkaitan dengan isi lebih kurang 60 patah perkataan dan 20 patah perkataan bagi penutup. Jumlah keseluruhan perkataan ini adalah bersesuaian dengan skema yang dikehendaki dalam Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Ujian Pra dan Ujian Pos dijalankan untuk membuat perbandingan untuk mengesan pencapaian murid berdasarkan penggunaan kaedah latih tubi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. yang Kedua-dua sama dari ujian segi yag dijalankan karangan adalah aras menggunakan karangan jenis dan

15

kesukarannya. Ujian ini diberikan kepada kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen.

3.6 Prosedur Pengumpulan Data Bagi tujuan ini, pengkaji telah mendapat maklumat mengenai prestasi pencapaian sekolah dalam peperiksaan UPSR terutamanya mata pelajaran Bahasa Malaysia penulisan. Selain itu pengkaji telah melihat pencapaian murid-murid Tahun 4 iaitu sampel kajian berdasarkan keputusan ujian penggal semasa di Tahun 3. Maklumat-maklumat ini telah memberi gambaran tentang masalah yang dihadapi dan merangka langkah-langkah kajian. Pengumpulan data dalam kajian ini juga dibuat dengan dua kaedah penilaian atau ujian secara konvensional. Senarai nama murid di sekolah ini diperolehi daripada Jadual Kedatangan Murid dengan bantuan pihak pentadbir sekolah dan guru kelas yang terlibat. Pengkaji telah memilih sampel berdasarkan persampelan rawak mudah. Jenis persampelan ini dipilih kerana populasi yang ada mempunyai peluang yang sama rata untuk dipilih sebagai sampel kajian. Pengumpulan data kajian dilakukan menerusi ujian mengarang. Satu set ujian akan diedarkan kepada sampel kajian. Kertas ujian ini mengandungi 2 soalan karangan yang telah dipelajari menggunakan kaedah latih tubi. Sampel diminta menulis dua buah karangan berdasarkan tajuk yang telah dipelajari dalam masa 1 jam. Data yang dikumpul dari instrument kajian di analisis dengan mencari peratus. Peratusan yang diperolehi menggambarkan persepsi terhadap item-item yang terdapat dalam soal selidik. Peratusan digunakan untuk merumuskan persepsi murid-murid terhadap penggunaan kaedah latih tubi dalam pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan.

3.7 Prosedur Analisis Data

16

Soal selidik, ujian pra dan ujian pos dianalisa secara kuantitatif. Data diperolehi daripada soal selidik dengan menjumlahkan skor untuk setiap item daripada soalan secara manual. Hasil daripada data yang dikumpul daripada ujian pos dianalisis untuk memerihalkan pencapaian murid sebelum dan selepas mengikuti pembelajaran menggunakan teknik latih tubi. Pencapaian murid dlam menggunakan kaedah ini datanya ditafsir dalam bentuk peratusan dan min skor setiap iem. Purata min skor yang tinggi bagi setiap item akan menunjukkan penerimaan yang menggalakkan manakala bagi min skor yang rendah akan menunjukkan sebaliknya.

3.8 Kesimpulan Bab ini membincangkan secara keseluruhan metodologi kajian ini dijalankan. Perbincangan akan merangkumi reka bentuk kajian, subjek kajian dan instrumen. Kajian telah diperjelaskan secara terperinci bagi mengumpul data.

17

You might also like