You are on page 1of 7

PENGENALAN Bab ini akan memperkenalkan Teori Pemusatan Insan yang dipelopori oleh CarlRogers .

Kaunseling pemusatan insan adalah satu pendekatan untuk membantu individu ataukumpulan berasaskan kepada falsafah bahawa pertumbuhan psikologikal akan

berlakusekiranya individu atau kumpulan itu mendapat layanan yang dirasakan jujur, mesra danempati. Menaruh sepenuh kepercayaan kepada kaunselor adalah asas bagi kaunselingpemusatan insan. Rogers percaya bahawa setiap manusia mempunyai kecenderungan inginmemenuhipotensiyangadapadadirinyasendiri( to self-actualise). Dengan itu, setiap manusiaakan bertindak dan bergerak maju ke hadapan untuk memenuhi kecenderungan ini. Andaakan mendapati teori ini lebih bermakna sekiranya konsep-konsep penting seperti kongruen,penerimaan positif tanpa syarat, empati, fenomenologi dan lain-lain, difahami dengan betul. OBJEKTIF Di akhir bab ini, anda seharusnya dapat: 1.mengenali sejarah hidup Carl Rogers dan teori personalitinya; 2.mengenalpasti proses kaunseling mengikut pendekatan teori kaunseling pemusataninsan; 3.mengenalpasti beberapa strategi untuk membantu klien; dan 4.memahami konsep-konsep penting yang terdapat dalam teori kaunseling pemusataninsan.

6.3PROSES KAUNSELING Semasa Rogers memperkenalkan terapi ini, beliau mendapat s a m b u t a n k e r a n a pendekatannya berbeza dengan apa yang diamalkan semasa itu, iaitu lebih kepada psikoanalitik atau tingkah laku.

Pendekatan pemusatan insan ini memberi tumpuan kepada perhubungan yang dibina oleh kaunselor dan kliennya. Bagi pihak kaunselor,beliau perlu mempunyai ciri-ciri tertentu untuk menjadikan perhubungan ini bermakna untukklien dan berkesan dalam sesi-sesi kaunseling. Manakala bagi pihak klien pula, dia perlumengalami keadaan psikologi tertentu sebelum menjalani sesi kaunseling.

6.3.1Syarat-syarat Terapi

Menurut Rogers (1957) , apa yang perlu dalam membentuk perubahan personaliti manusiayang dialami dalam kaunseling ialah beberapa ciri utama sikap yang boleh menggerakkansesi kaunseling. Rogers menyuarakan pendapatnya bahawa perubahan personaliti yangberlaku di dalam diri individu dalam kaunseling ialah perubahan luaran dan dalaman ke arahkesepaduan, berkurangan konflik dalaman, lebih banyak tenaga yang digunakan untuk hidupyang lebih berkesan dan perubahan tingkah laku yang dianggap menjadi lebih matang.Berdasarkan kepada pengalaman klinikalnya, Rogers telah menyarankan beberapa syaratyang perlu untuk memulakan perubahan positif ini, dan syarat-syarat ini apabila digunakanserentak nampaknya sudah mencukupi untuk memulakan perubahan. Pada awalnya, Rogers Kadang-kadang, kaunselor juga boleh terbawa-bawa dalam memikirkanmasalah klien. Apakah cara untuk mengelakkan perkara seumpama iniberlaku?

mengemukakan syarat-syarat ini sebagai satu siri hipotesis yang perlu diuji dans e h i n g g a 1 9 8 5 , s e t e l a h s e k i a n l a m a d i d a l a m p e n g u j i a n n ya , Rogers (1985) m a s i h menganggap syarat- syarat ini masih tekal dan boleh digunakan dan dijadikan satu panduanuntuk memahami hubungan kaunselor dengan klien dalam teori pemusatan insan. Rogers (1957), menyarankan enam syarat penting untuk berlakunya perubahan personalitiapabila sesi kaunseling dijalankan. Syarat-syarat yang perlu dan harus kekal berterusanuntuk beberapa ketika dalam kaunseling supaya perubahan personaliti berlaku ialah: d u a i n s a n b e r a d a d i d a l a m p e r h u b u n g a n p s i k o l o g i ; insan pertama yang kita akan gelarkan sebagai klien berada di dalam keadaan tidak kongruen mudah terpengaruh atau bimbang;insan kedua yang kita gelarkan sebagai kaunselor adalah kongruen dan sepadu didalam perhubungan; k a u n s e l o r m e n e r i m a k l i e n d e n g a n t i d a k b e r s ya r a t ; kaunselor itu mengalami kefaharnan empatik terhadap rangka rujukan dalamanklien dan berusaha untuk mengkomunikasikannya; danusaha kaunselor untuk

mengkomunikasikan kepada klien akan kefaharnan empatik dan penerimaan yang tidak bersyarat tercapai setidak-tidaknya sedikit.Jika kesemua enam syarat tersebut terdapat di dalam proses kaunseling

dan ia berterusanuntuk beberapa waktu, syarat-syarat lain tidak perlu untuk memulakan perubahan personaliti.Keenam-enam syarat yang dikemukakan oleh Rogers meliputi tiga konsep utama, iaitu: s a t u corak p e r h u b u n g a n ; satu keadaan psikologi yang dialami klien;dantiga jenis sikap yang dipegang k a u n s e l o r . Ketiga-tiga konsep utama yang disarankan ini perlu dilihat secara keseluruhan kerana iaberkaitan di antara satu dengan yang lain.(a) Satu Perhubungan Syarat pertama ialah kaunseling itu hendaklah dilakukan sebagai satu perhubungan .lni bermakna syarat pertama ini berkehendakkan kedua-dua insan ini berhubung, dan keduamereka ini mempersepsikan ruang lingkup pengalaman berlainan terhadap satu sama lain. Rogers menganggap bahawa syarat pertama ini merupakan satu andaian yang perlu untukmemberi makna kepada syarat-syarat yang lain. Dari satu aspek yang lain, andaian inimerupakan takrif kepada makna kaunseling seperti yang disarankan oleh pengarang -pengarang lain seperti Arbuckle (1974), Patterson (1974) dan Corey (1984).Rogers (1957) mengatakan bahawa kaunseling ialah satu perhubungan yang amat personal dan subjektif,di antara individu dengan individu . Kesemua mereka mentakrifkan kaunseling sebagai satuperhubungan. OUM 143 U N I T 3 BAB 6 TEORI KAUNSELINGKAUNSELING PEMUSATAN INSAN Rajah 6.7: Sesi kaunseling berkumpulan (b) Keadaan KlienKlien yang inginkan bantuan dari kaunselor hendaklah berada di dalam keadaan tidakkongruen, mudah dipengaruhi dan bimbang

. Seseorang mengalami keadaan tidakkongruen apabila pengalaman sebenar organisme tidak seimbang dengan garnbaran kendirinya. Rogers (1957) memberi contoh bagaimana seorang ibu mengalami kesakitansetiap kali anak tunggalnya mahu meninggalkan rumah. Keinginan sebenar ialah untukanaknya terus tinggal bersamanya kerana ia memberi kepuasan untuk dirinya. Tetapi untukmempersepsikan keinginan ini sebagai satu kesedaran, adalah tidak konsisten denganpandangannya terhadap dirinya sebagai seorang ibu yang baik. Walau bagaimanapun, menjadisakit adalah konsisten dengan konsep kendirinya, dan dengan ini pengalaman tadi (mahukananaknya kekal bersama) dijelmakan secara herot sebegini. Apa yang terjadi sekarang ialahsatu keadaan yang tidak kongruen di antara kendiri yang dipersepsikan (ibu sakit yangm a h u k a n p e r h a t i a n a n a k ) d a n p e n g a l a m a n s e b e n a r ( i b u ya n g t i d a k m a h u a n a k n ya meninggalkannya). Rajah 6.8: Seorang ibu menanyakan arah tujuan anaknya apabila anaknya mahu keluar rumah 144 OUM U N I T 3 BAB 6 TEORI KAUNSELINGKAUNSELING PEMUSATAN INSAN Apabila seorang itu tidak sedar akan pengalaman dirinya yang tidak kongruen, ia akan lebihterdesak kepada perasaan bimbang dan kecelaruan. Ada pengalaman yang berlaku secaramendadak yang menyebabkan individu itu tidak boleh membiarkannya. Ada pula keadaantidak kongruen yang disedari sedikit-sedikit. Keadaan pertama menyebabkan dia merasatercabar manakala yang kedua akan menimbulkan kebimbangan. Kedua-dua keadaan inimenunjukkan bahawa pengalaman sebenar organisme tidak kongruen dengan konsep kendiriindividu itu, dan keadaan inilah yang didapati apabila proses perhubungan kaunseling akanbermula. 6.3.2Tiga Sikap Kaunselor Sekarang, mari kita melihat kepada tiga sikap yang perlu ada pada seorang kaunselor.(a) Kongruen Sikap pertama yang perlu ada di dalam perkembangan teraputik ini ialah kongruen, keikhlasanataupun kesepaduan. lni bermakna, dalam perhubungannya dengan klien, kaunselor sentiasa bebas dan bersungguh-sungguh untuk mengalami dirinya yang sebenar secara sedar, dan bukannya bertopeng sama ada secara sedar ataupun tidak untukmenggambarkan dirinya.

Perlu diingatkan juga bahawa adalah mustahil bagi seseorangkaunselor bersikap sedemikian di dalam semua aspek kehidupannya. Oleh yang demikian,ia mencukupi sekadar kaunselor bersikap sebegini semasa dalam proses perhubungannyadengan klien. Rajah 6.9: Kaunselor sedang memberi input pada klien-kliennya di dalam satu bilik kecil Pernahkah anda terdengar bagaimana seorang wanita yang b a r u melahirkan anak, boleh bertukar menjadi gila meroyan? Apakah faktor-faktor yang menyebabkan wanita itu bertukar sikap?

(b) Penerimaan Positif Tanpa SyaratApabila kaunselor mendapati dia mengalami satu perasaan kemesraan menerima setiapaspek pengalaman klien sebagai sebahagian kehidupan klien, ini dikatakan bahawadia sedang mengalami penerimaan positif tanpa syarat . Penerimaan ini menunjukkantidak ada penilaian positif atau negatif dilakukan. Ianya melibatkan penerimaan semuapengalaman klien sama ada yang berbentuk negatif seperti jahat, sedih, takut, mengalahdan pengalaman ganjil atau pun yang berbentuk positif seperti baik, positif, matang, yakindan perasaan bersosial. Kesemua perasaan ini, termasuk juga sama ada diri klien itukonsisten atau tidak, diterima sepenuhnya dengan mesra dan bukan secara menguasaiatau pun kerana memenuhi keperluan kaunselor. Ini bermakna klien itu diterima sebagaiseorang insan yang tersendiri dengan kebenaran untuknya menerima perasaan dan pengalamannya sepenuh hati.(c) EmpatiSyarat ketiga ialah supaya kaunselor mengalami satu kefahaman yang tepat danempatik akan keadaan klien terhadap pengalamannya . Di sini, kaunselor cuba mengalamidunia klien seperti dunianya sendiri tetapi dengan tidak melupakan perkataan macamlah (as if). Kaunselor akan cuba mengalami perasaan klien seperti marah, takut atau serbasalah, sebagaimana dia yang mempunyainya walaupun dirinya sendiri tidak pernah mengalamimarah, takut atau serba salah. Apabila kaunselor begitu jelas dengan klien dan dia pulabebas bergerak di dalam dunianya, kaunselor bolehlah mengkomunikasikan kefahamanterhadap apa yang sudah jelas ternampak oleh klien, dan juga menyuarakan makna terhadappengalaman klien yang tidak begitu sedar. Kaunselor perlu bersikap empatik supaya: d i a

d a p a t m e m a h a m i p e r a s a a n k l i e n ; tidak sangsi apa yang dimaksudkan o l e h k l i e n ; kata-kata kaunselor sesuai dengan perasaan dan isi percakapan klien; dan n a d a suara kaunselor menunjukkan dia begitu b e r u p a ya untuk

b e r k o n g s i a k a n pengalaman klien. 6.3.3Perkembangan Personaliti Untuk memahami ketiga-tiga sikap yang disarankan oleh Rogers dengan kesesuaianpenggunaannya, ia perlu dilihat bersama dengan konsep personaliti yang disarankan oleh Rogers . Kesediaan kaunselor untuk memulakan perhubungan kaunseling dengan klienmemerlukan satu pandangan yang jelas apakah bentuk personaliti manusia yang sedangberhadapan dengannya ini. Teori personaliti yang dimajukan oleh Rogers berkembang daripengalamannya membuat sesi-sesi kaunseling dengan individu dan kelompok semenjakbermulanya dia berkhidmat dengan kanak-kanak di klinik bimbingan kanak-kanak

hinggalahpenglibatannya dengan kelompok encounter.From these hours and from my relationships with these people, I have drawn most of whatever insight I posess into the meaning of therapy, the dynamics of interpersonal relationships,and the structure and functioning of personality. Rogers (1957)

Prinsip utama yang dapat dikonsepsikan oleh Rogers dari pengalaman teraputiknya ialahapabila klien mempersepsikan iaitu kaunselor menerimanya dengan sepenuh hati, tanpaapa-apa syarat, dan memahaminya secara empatik akan rujukan dalaman dirinya, satuproses perubahan akan bermula. Semasa proses ini berlaku, klien akan menjadi bertambahsedar akan perasaan dan pengalaman sebenarnya dan konsep kendirinya akan menjadilebih kongruen dengan pengalaman keseluruhan organismenya. Apabila individu inimencapai kongruen sepenuhnya, dia dikatakan sebagai seorang yang berfungsisepenuhnya

. Perubahan yang berlaku ini disebabkan oleh organisme diri seseorang, apabilam e n d a p a t kebebasan akan berkecenderungan bergerak kehadapan

m e n c a p a i kesempumaan.Teori personaliti Rogers bersandarkan kepada fahaman fenomenologi dan menggunakankonsep kendiri untuk penerangan perkembangan individu. It pictures the end-point of personality development as being a basic congruence betweenthe phenomenal field of experience and the conceptual structure of the self a situationwhich, if achieved, would represent freedom from internal strain and anxiety, and freedomfrom potential strain; which would represent the maximum in realistically oriented adaption;which would mean the establishment of an individualised value system having considerableidentity with the value system of any other equally well-adjusted member of the humanrace. Rogers (1951) Organisme mempunyai satu kecenderungan dan tujuan asas, iaitu untuk kesempurnaan,mengekal dan mengembangkan pengalamannya. lni bermakna organisme ini mempunyaisatu tenaga penggerak yang mempunyai satu tujuan kehidupan. Kecenderungan untukbergerak kehadapan inilah merupakan pegangan kepada kaunselor untuk perubahanpersonaliti dalam diri klien . Mengikut Rogers, perkembangan diri ini hanya boleh beroperasiapabila pilihan-pilihan tertentu dapat dipersepsi dengan jelas dan dapat digambarkan dengansepenuhnya oleh klien. Dengan perkataan lain, seseorang itu tidak dapat menyempurnakandirinya kecuali dia dapat membezakan di antara cara bertingkah laku yang progresif danregresif. 6.3.4Proses Terapi Sungguhpun individu mempunyai kecenderungan bergerak ke hadapan, dia juga terdedahkepada pengaruh persekitaran, terutamanya persekitaran sosial. Jika penilaian terhadapseseorang kanak-kanak semasa dia membesar, berbentuk positif (penerimaan positif tanpasyarat), perkembangan kendirinya tidak akan bercanggah dengan kecenderungan organismebergerak kedepan.

You might also like