You are on page 1of 6

Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

Akta Pendidikan yang berkaitan dengan prasekolah


AKTA PENDIDIKAN 1996 (Akta 550) Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendidikan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. [31hb Disember 1997] pendidikan prasekolah ertinya program pendidikan bagi murid yang berumur dan empat hingga enam tahun; BAHAGIAN IV SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN Bab 1Sistem Pendidikan Kebangsaan 15. Sistem Pendidikan Kebangsaan. Sistem Pendidikan Kebangsaan hendaklah terdiri daripada (a) pendidikan prasekolah; (b) pendidikan rendah; (c) pendidikan menengah; (d) pendidikan lepas menengah; dan (e) pendidikan tinggi, tetapi tidak termasuk pendidikan di sekolah ekspatriat. Bab 2 Pendidikan Prasekolah 20. Larangan terhadap penubuhan, pengendaIian atau pengurusan tadika. (1) Tiada tadika boleh ditubuhkan, dikendalikan atau diuruskan melainkan jika tadika itu didaftarkan di bawah Akta ini. (2) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan. 21. Kuasa Menteri untuk menubuhkan tadika. Menteri boleh, tertakluk kepada peruntukan Akta ini, menubuhkan dan menyenggarakan tadika. 22. Kurikulum prasekolah. Program dan kegiatan tiap-tiap tadika hendaklah berasaskan garis panduan kurikulum untuk tadika yang diluluskan oleh Menteri. 23. Bahasa pengantar di tadika Walau apa pun subseksyen 17(1), bahasa-bahasa selain daripada bahasa kebangsaan boleh digunakan sebagai bahasa pengantar di tadika, tetapi jika sesuatu tadika menggunakan bahasa selain daripada bahasa kebangsaan, bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib.

24. Kuasa untukmembuat peraturan berhubungan dengan pendidikan prasekolah. Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk melaksanakan peruntukan Bab ini.

KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN


Akta pendidikan 1996 (Pindaan seksyen 22) 22(1) Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang hendaklah digunakan oleh semua tadika dalam sistem Pendidikan Kebangsaan. (2) Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) hendaklah menyatakan pengetahuan kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperoleh oleh murid- murid pada akhir tempoh pendidikan prasekolah masing-masing. Anda mungkin juga meminati: Tempoh P&P di kelas-kelas prasekolah

Peningkatan Status Kelayakan Guru Prasekolah di Kementerian Pelajaran Malaysia Guru Prasekolah Berijazah Kesan Kepada Kanak-kanak dan Negara.

Pra Sekolah
Objektif Menyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid-murid yang berumur antara 4 hingga 6 tahun bagi menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah. Latar Belakang 18 Disember 1991

Mesyuarat Jemaah Menteri KPM melaksanakan program prasekolah.

27 Januari 1992

Mesyuarat antara Kementerian. Projek Rintis Pendidikan Prasekolah KPM (1,131 kelas)

Akta Pendidikan 1996

Pendidikan Prasekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan

6 Jun 2001

Mesyuarat Jemaah Menteri. Peluasan program Prasekolah KPM.

Kriteria Pemilihan Sekolah a) Lokasi Pedalaman/Luar Bandar/Pinggir Bandar/Bandar. b) Murid Tahun Satu Yang Tidak Berprasekolah Tinggi. c) Tiada Operator Tadika Lain. d) Mengambilkira Pendaftaran Murid Tahun Satu bagi tahun berikutnya (>15 orang). e) Kemudahan Ubah Suai/Bina Bilik Darjah. f) Permintaan Masyarakat Setempat.

Kriteria Pemilihan Murid a) Warganegara Malaysia. b) Berumur 5 dan 5+ tahun. c) Setiap kelas 25 orang murid. d) Keutamaan pemilihan berdasarkan pendapatan dan tanggungan ibu bapa / penjaga. Geran Per Kapita (PCG) RM100 seorang murid setahun RM100 X 25 murid X 1 kelas Jumlah : RM2500 setiap kelas setahun Bantuan Makanan

RM1.50 seorang murid sehari RM1.50 X 1 murid X 200 hari Jumlah : RM300 seorang murid setahun Program-Program Prasekolah KPM a) Program ICT Prasekolah Komputer/Pencetak/Meja/Kerusi/Perisian (KPM) Mulai 2002

(Agihan 2 set komputer dan 1 pencetak setiap kelas) b) Program ICT Kidsmart Early Komputer/Pencetak/Meja/Kerusi/Perisian Learning (IBM) Mulai 2001

(Agihan 1 set bagi kelas prasekolah yang terpilih) Sehingga Februari 2004 . KPM terima 59 set daripada IBM (M) Sdn Bhd c) Program Rintis Prasekolah Inklusif Pendidikan Khas Mulai 2003 . 3 kelas ( 20 Murid Biasa & 5 Murid Bermasalah Pembelajaran)

SK Seksyen 20, Shah Alam, Selangor. SK Tanah Putih Baru, Kuantan, Pahang. SK Khir Johari, Sungai Petani, Kedah.

d) Program Prasekolah Pendidikan Khas Mulai 2004 . 28 kelas


Prasekolah Bermasalah Pembelajaran Prasekolah Bermasalah Penglihatan Prasekolah Bermasalah Pendengaran Program Penempatan Guru Prasekolah Siswazah Mulai 2004

e)

Sumber Maklumat: Kementerian Pelajaran Malaysia

Nama Murid : Sudin bin Abu Umur : 5 Tahun Tarikh : 20 Februari 2001 Masa : 10.00 pagi Nama Guru : Puan Rusnani Abidin Catatan Ulasan Selepas mengikuti sesi bacaan bersama guru kelas, Sudin menarik tangan Zaki, Rosli dan Zahar ke pusat bahasa untuk mencari buku. Sudin memilih buku bergambar sama dengan buku yang dibaca oleh gurunya tadi. Dengar saya nak baca buku ini. Sudin pun membuka buku lalu membaca dengan gaya seperti Rusnani. Zaki, Rosli dan Zahar mendengar dengan penuh minat. Sedap tak ceritanya? Tanya Sudin kepada mereka. Hei, Sudin kau dah boleh baca? Tanya Zahar kepada Sudin. Sudin tunduk dan terus diam. Bagus, Sudin, Cikgu Rusnani memuji sambil bertepuk tangan. Sudin tersenyum dan kelihatan riang. Sudin anak sulung dalam keluarga sangat rapat dengan Zaki, Rosli dan Zahar Mereka ini sentiasa patuhdan hormat pada Sudin. Sudin sudah mula berminat pada buku, cuba membaca wa

Nama : Ainon Bakar Umur : 6 tahun Tarikh : 26 September 2002 Masa : 10.00 - 10.10 pagi Nama Guru : Puan Sofia

Pemerhatian Ulasan Ainon sedang bermain pasir dengan beberapa orang rakannya. Dia bangun dan mengatakan Penatlah main pasir, jom main jongkang jongkit. Ainon memanggil rakan-rakannya. Beberapa orang murid berebut-rebut menaiki jongkang jongkit itu. Ada ciri kepimpinan Ainon : Janganlah berebut-rebut Menunjukkan sifat toleransi dan kerjasama Liza : Saya pun nak naik juga Ainon : Gilir-gilirlah. OK., Minah, Rozi duduk di hujung sana. Noni dan Milah di hujung sini,ya! Milah : Saya tak boleh dengan Noni, sebab saya dua-dua kurus, tentu lebih ringan, nanti tak sama Memahami konsep matematik Ainon : Ya betul, nanti tak sama Rozi : Tak mau, saya nak duduk dengan Minah juga Ainon : OK, Som pun kurus, tolong duduk depan Noni. Hah, baru sama berat. Memahami konsep Keseimbang

You might also like