You are on page 1of 6

Organisasi dan pentadbiran pendidikan di peringkat sekolah.

Setiap sesebuah organisasi samada kecil atau besar dan formal atau tidak formal termasuk organisasi pendidikan di sekolah, pentadbiran atau pengurusan merupakan aspek yang amat penting. Tanpa pengurusan yang cekap proses pengeluaran tidak dapat berjalan dengan lancar bagi menyempurnakan kehidupan manusia. Mengurus sesebuah organisasi, seseorang pemimpin perlu tahu dan memahami bagaimana hendak mentadbir organisasi yang diterajuinya. Mengikut Knezevich (1974) dalam bukunya yang bertajuk Administration of Public Education, pentadbiran sekolah ialah satu proses sosial yang bersangkut paut dengan mengenal pasti, menyelenggarakan, merangsanag, mengawal, dan menyatukan secara formal mahupun tidak formal kuasa-kuasa yang bercorak manusia dan material ke dalam satu sistem yang kukuh dengan tujuan memenuhi objektif yang ditetapkan. Pentadbiran pendidikan di peringkat sekolah merupakan operasi pentadbiran pada paras yang paling bawah sekali dalam hiraki organisasi pentadbiran pendidikan Negara. Ia merupakan unit pentadbiran pendidikan yang paling penting kerana segala usaha ke arah kecemerlangan pendidikan bertumpu di peringkat sekolah. Kejayaan atau kegagalan sesuatu aktiviti, program yang dirancangkan oleh pihak jabatan pendidikan negeri atau pihak kementerian pendidikan akan ditentukan di peringkat sekolah. Unit pentadbiran pendidikan di peringkat sekolah adalah paling dinamik kerana di peringkat inilah pentadbir pendidikan dan kakitangan berinteraksi terus dengan pelanggan (murid, ibu-bapa dan komuniti). Peringkat Sekolah Ciri-ciri organisasi sekolah berkesan mempunyai hubungan yang rapat dengan ciri-ciri pemimpin berkesan. Jika memperkatakan tentang sekolah berkesan ia akan mencerminkan keberkesanan peranan dan fungsi pemimpin sekolah dan sebaliknya jika memperkatakan tentang pemimpin berkesan ia mencerminkan keadaan atau ciri-ciri sekolah berkesan yang dimaksudkan.

Sekolah seringkali dianggap sebagai institusi yang kecil atau terbawah kedudukannya, walaupun demikian ia masih dianggap penting. Sekolah juga dianggap sebagai agen sosialisasi dan agen pembangunan yang sangat berpengaruh dalam sesebuah masyarakat. Kepimpinan pengetua amat penting untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Struktur organisasi sekolah adalah seperti dalam Rajah 1. Dalam setiap sekolah di Malaysia ini, pengetua atau guru besar adalah orang paling penting dan ia dianggap sebagai seorang pentadbir dan pengajar. Di antara tugastugas yang perlu dijalankan ialah: a. b. c. d. e. f. g. h. i. j. k. l. mengajar lima jam seminggu (Surat Pekeliling : 22 Jun 1998) menguruskan hal perjawatan mengendalikan pengurusan kewangan menguruskan jadual waktu menguruskan hal peperiksaan menguruskan hal pelbagai aktiviti/persatuan menguruskan kemasukan dan pertukaran murid Pengerusi Lembaga Tatatertib Sekolah mengawal disiplin pelajar melaksanakan arahan daripada pihak atasan berhubung dengan agensi/pejabat/masyarakat/pertubuhan luar untuk kepentingan tertentu Ahli PIBG dan ahli Lembaga Pengurus Sekolah.

Struktur organisasi sekolah adalah seperti dalam Rajah 1.

Lembaga Pengurus (Penasihat) Hubungan Profesional Mesyuarat guru-guru Perkhidmatan Perpustakaan Pekerja Guru mata pelajaran

PIBG Tugas-tugas sosial Kerani Perkhidmatan Sokongan

Pengetua/Guru Besar dan Penolong Kanan

kanan, guru kelas, guru bimbingan/kerjaya, kokurikulum dsb

Lembaga Pengawas Murid Rajah 1. Struktur ringkas organisasi sekolah Sekolah adalah satu organisasi yang bersistem. Hal ini kerana terdapat beberapa unit atau komponen yang bertanggungjawab terus kepada pengetua. Tugas dan peranan pengetua atau guru besar dapat digambarkan secara ringkas seperti Rajah 2. Perancangan Penilaian Peranan Pengurusan Sekolah Perhubungan

Penyeliaan

Pengelolaan dan Pelaksanaan

Penyelarasan Rajah 2 : Peranan pengetua dalam organisasi sekolah Bagi melicinkan pentadbiran biasanya peranan yang dipegang oleh pengetua akan dibantu oleh guru-guru tertentu. Hal ini kerana tugas pengetua pada masa kini bukan sahaja banyak tetapi juga berat. Peranan yang dipegang oleh pengetua biasanya

di bantu oleh guru penolong kanan iaitu penolong kanan pentadbiran, penolong kanan hal ehwal murid, penolong kanan kokurikulum dan penyelia petang. Di antara tugastugas yang perlu dijalankan ialah: Penolong Kanan Pentadbiran 1. Menjalankan tugas-tugas pengetua semasa ketiadaan pengetua. 2. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan pengetua. 3. Bertanggungjawab kepadapengetua dalam hal kurikulum, pentadbiran, hubungan masyarakat dan keselamatan. 4. Membantu pengetua menyelia dan menilai proses pengajaran. 5. Membantu pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid 1. Menjalankan tugas-tugas pengetua semasa ketiadaan pengetua dan Penolong kanan pentadbiran. 2. Mengajar sebilangan waktu kepada mengikut arahan pengetua. 3. Bertanggungjawab pengetua dalam hal-hal kaunseling, keselamatan dan kebajikan murid, buku teks, biasiswa, penerbitan dan percetakan, perayaan sekolah, koperasi sekolah, perayaan sekolah, kantin sekolah. 4. Membantu pengetua menyelia dan menilai aktiviti seperti dalam no. 3 di atas. 5. Membantu pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah. Penolong Kanan Kokurikulum 1. Menjalankan tugas-tugas pengetua semasa ketiadaan pengetua. 2. Mengajar sebilangan waktu kepada iaitu mengikut arahan pengetua. 3. Bertanggungjawab kokurikulum dan unit beruniform. pengetua dalam segala aktiviti sukan/permainan, kelab/persatuan Penyelia Petang 1. Menjalankan tugas-tugas pengetua semasa ketiadaan pengetua dan Penolong kanan. 2. Mengajar sebilangan waktu kepada mengikut arahan pengetua. 3. Bertanggungjawab pengetua dalam mentadbir dalam semua aspek pengurusan sekolah bagi sesi petang.

4. Membantu pengetua menyelia dan menilai proses pengajaran. 5. Membantu pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

4. Membantu dan sesi petang.

mengeratkan

perhubungan antara guru sesi pagi 5. Membantu pengetua menyelia dan menilai proses pengajaran. 6. Membantu pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

Oleh yang demikian, kemajuan sesebuah sekolah amat bergantung kepada gaya pentadbiran serta kecekapan kepimpinannya. Oleh demikian, sebagai pemimpin atau pengetua haruslah memiliki kemahiran dan kecekapan mengurus organisasinya. Prinsip-prinsip Pentadbiran dan Pengurusan Sekolah Pendekatan pengurusan saintifik menumpukan kepada pekerja atau peringkat bawah. Pendekatan yang dikenali juga sebagai analisis tugas ini diasaskan oleh Frederick Taylor (1856-1915) dalam bukunya The Principal of Scientific Management (1911). Penyumbang-penyumbang lain ialah Henry L Gantt dan Frank Gilberth. Pendekatan ini timbul disebabkan oleh masalah dalam revolusi industri pada tahun 1900. Tujuan utama kajiannya ialah menilai prestasi pekerja dan meningkat profesionalisme dalam pengurusan. Dengan kejayaan pendekatan tersebut beliau digelar sebagai bapa pengurusan saintifik. Beliau yang berasal dari Amerika Syarikat mempunyai banyak pengalaman bekerja di kilang besi waja iaitu di Midvale Steel Company. Bermula dari buruh sehingga menjadi seorang jurutera.

Prinsip Taylor dalam pendekatan pengurusan saintifik ini ialah: 1. Produktiviti boleh ditingkatkan melalui kerja yang berkesan

2. Memilih pekerja paling sesuai sebab ada yang layak dan tidak. 3. Gaji seimbang dengan kerja 4. Perlu memotivasikan pekerja. 5. Masa yang standard bagi semua pekerja. 6. Tugas perancangan harus dipisah dengan pengeluaran. 7. Pengurus menentukan cara-cara bekerja bagi pekerja. 8. Pengurus dilatih prinsip-prinsip pengurusan dan kawalan. 9. Pengurus harus mengambil alih tugas merancang daripada pekerja. Prinsip-prinsip am untuk menguruskan sekolah secara berkesan adalah dengan amalan demokrasi yang merupakan pertimbangan penting bagi pentadbir sekolah untuk mengurus guru secara individu dan kolektif. Masalah manusia yang dianggap kecil selalunya memerlukan perhatian dan pertimbangan yang luas. Pentadbir sekolah bertanggungjawab untuk memudahkana interaksi antara kakitangan dan perlu mengamalkan kepipmpinan ciri-ciri kepimpinan demokratik. Semua individu yang terlibat dalam sebarang keputusan hendaklah diberikan kesempatan untuk menentukan corak tindakan yang perlu dilaksanakan.

RUJUKAN 1. Omardin Ashaari (1999), Pengurusan Sekolah (Satu panduan lengkap), Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. 2. Mohd. Salleh Lebar (2000). Pentadbiran Pendidikan dan Pendidikan Di Malaysia. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd. 3. Ahmad Kilani Mohamed(2003), Pengurusan Pendidikan di Sekolah, UTM Skudai. 4. www.moe.gov.my/ (13 mac 2012).

You might also like