You are on page 1of 43

KESANTUNAN BAHASA

KESANTUNAN BERBAHASA
BAHASA MELAMBANGKAN BANGSA
BUDI BAHASA SESEORANG & TINGKAH LAKU BERTATASUSILA MEMBOLEHKAN SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT BERASA SELESA ANTARA SATU SAMA LAIN KEHALUSAN BUDI BAHASA SESEORANG DAPAT DILIHAT KETIKA MENGGUNAKAN BAHASA

DEFINISI DAN KONSEP

Menurut Kamus Dewan, Santun bermaksud halus budi bahasa atau budi pekerti, beradab sopan. Kesantunan berkaitan dengan kehalusan budi bahasa atau budi pekerti dan kesopanan.

KESANTUNAN BERBAHASA
Kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan
Kesantunan Bahasa merujuk kepada penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman berbicara

Menurut Brown dan Levinson (1987) menyatakan terdapat dua jenis kesantunan iaitu: (i) Kesantunan Positif - Keinginan mereka yang terlibat untuk mengekalkan hubungan yang baik dan menghargai kehendak orang lain. - Contoh: Bahasa yang digunakan untuk menolak permintaan seseorang tanpa mengecilkan hatinya

(ii) Kesantunan negatif - Keinginan individu untuk mempertahankan hak, tidak bergantung dan diganggu oleh orang lain. - Contoh:

KESANTUNAN BERBAHASA
Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus, termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana. Antara ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku, berangkat, bersiram, bersemayam, junjung kasih, bercemar duli dan sebagainya

PERATURAN BERBAHASA
Ada dua peraturan bahasa iaitu: (i) Sejagat - Penggunaan panggilan hormat, kata sapaan kekeluargaan dan ungkapan bertatasusila (ii) Khusus - Penggunaan bagi sesuatu masyarakat atau bangsa dan protokol dalam pentadbiran atau istiadat

Menurut Prof. Emeritus Dato Dr. Asmah haji Omar dalam bukunya Setia dan Santun Bahasa (2002), merumuskan bahawa ada tiga jenis peraturan penggunaan bahasa iaitu:
Peraturan linguistik Peraturan sosiolinguistik Peraturan pragmatik

PERATURAN BERBAHASA
Peraturan linguistik
Ketetapan bentuk dan binaan bahasa Urusan dan majlis rasmi

Peraturan sosiolinguistik

Hubungan sosial antara pembicara dengan pendengar dan antara penulis dengan pembaca Penggunaan kata sapaan yang betul Penggunaan bahasa yang perlu disesuaikan dengan tujuan komunikasi Perundingan, jual beli, ceramah, dialog dan sebagainya

Peraturan pragmatik

SISTEM SAPAAN DAN GELARAN

SISTEM SAPAAN
Istilah kata nama panggilan merujuk kepada kata yang digunakan oleh penutur untuk menyapa dan memanggil pendengar atau orang ketiga serta dirinya sendiri. Dieksis sosial bermaksud pemilihan dan penggunaan kata nama yang bersesuaian bagi merujuk seseorang atau diri sendiri dilihat dari segi hubungan sosial dan konteks ujaran itu dilafazkan.

SISTEM SAPAAN
Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama. Kata ganti nama diri bagi penutur dan pendengar seperti: - aku, saya, kamu, engkau, dia, mereka dan awak-

SISTEM SAPAAN
Etika dalam pergaulan: Memanggil seseorang dengan panggilan nama yang bersesuaian dan disukainya. Perlu dipatuhi supaya kita diterima dalam kumpulan masyarakat tersebut.

GELARAN
Merupakan nama panggilan bagi individu tertentu atau nama khas yang diberikan kerana jasa dan sumbangan seseorang Individu yang mempunyai gelaran tertentu perlu disapa dan panggilan hormat tersebut sama ada dalam wacana lisan atau tulisan agar tidak dianggap sebagai biadap atau tidak berbudi bahasa

GELARAN KEKELUARGAAN
Pak cik - Digunakan untuk orang lelaki yang sebaya dengan ayah sendiri Mak cik Digunakan untuk orang perempuan yang sebaya dengan mak sendiri Tok Digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang kira-kira sebaya dengan datuk dan nenek sendiri.

Abang/Bang digunakan untuk orang lelaki yang tidak setua ayah sendiri dan tidak semuda diri sendiri Kakak/Kak Digunakan untuk orang perempuan yang tidak setua emak sendiri dan tidak semuda diri sendiri Adik Digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang lebih muda daripada diri sendiri.

GELARAN KEKELUARGAAN
Jenama kekeluargaan terbahagi kepada: (i) Jenama kekeluargaan pertalian darah - Pak Long, Mak Long, Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Lang, Mak Lang, Pak Njang, Mak Njang, Pak Cik, Mak Cik, Pak Su, Mak Su

GELARAN KEKELUARGAAN
Gabungan nama kekeluargaan asas (Abang (bang) dan Kak dengan jenama kekeluargaan pertalian darah hanya terbatas kepada: - Long, Ngah dan Cik seperti Bang Long, Kak Long, Bang Ngah, Kak Ngah, Bang Cik dan Kak Cik.

GELARAN KEKELUARGAAN
(ii) Jenama kekeluargaan ikatan perkahwinan - Diwakili oleh kata menantu, mertua dan ipar. (Pak Mertua, Mak Mertua dan Tok Mentua). - Ipar digunakan untuk merujuk kepada ahliahli dalam keluarga suami atau isteri selain menantu dan mertua. - Contoh: abang ipar, kak ipar, adik ipar mak long ipar, mak ngah ipar dan sebagainya.

GELARAN WARISAN
Juga disebut sebagai gelaran keturunan. Diwarisi sejak lahirnya seseorang itu. Dibahagi kepada empat iaitu:
Keturunan Raja Keturunan orangorang besar Keturunan Nabi Muhammaad S.A.W

Keturunan dari luar


Malysia

Keturunan Raja Keturunan yang memerintah sama ada pada zaman dahulu dan zaman sekarang Contoh: - Raja di Negeri Perak dan Selangor - Tunku di Negeri Johor dan Perak - Pangeran, Pangeran Anak dan Pangeran Muda di Negera Brunei Darussalam - Tengku di Negeri Kelantan, Pahang, Kedah dan Terengganu

GELARAN WARISAN

Keturunan Orang Besar Perak - Megat dan Puteri Kelantan dan Terengganu Wan Kelantan Nik Sarawak Abang Sabah Datu Brunei Darussalam Awangku, Pangeran dan Dayangku Kedah Tan Terengganu Tun

Keturunan Nabi Muhammad S.A.W Lelaki Syed atau Sayid Perempuan Syarifah Ada juga pihak mengatakan gelaran seperti Syarif, Syeikh dan Siti juga tergolong dalam gelaran jenis ini.

Keturunan dari luar Malaysia Jawa Raden Tanah Bugis Daeng Minangkabau Sidi Acheh - Teuku

GELARAN KURNIAAN
Didapati melalui pencapaian (achievement) Dibahagi kepada dua iaitu: (i) Gelaran kurniaan pemerintah (ii)Gelaran kurniaan akademik atau ikhtisas

GELARAN KURNIAAN
Gelaran kurniaan pemerintah Gelaran yang dianugerahkan oleh kerajaan kepada orang-orang yang dianggap berjasa Contoh:
Tun Gelaran kurniaan Kerajaan Persekutuan yang paling tinggi yang dianugerahkan kepada orang lelaki dan perempuan Gelaran untuk isteri kepada Tun

Toh Puan

Tan Sri

Gelaran di bawah Tun, kurniaan kurniaan Kerajaan Persekutuan kepada orang lelaki dan perempuan

Puan Sri

Gelaran untuk isteri kepada Tan Sri

Datuk

(Datuk Seri, Datuk Paduka, Datuk Setia)

Gelaran yang dikurniakan oleh kerajaan-kerajaan negeri kepada orang lelaki dan perempuan

Gelaran yang dikurniakan oleh ( Datuk Patinggi,@ kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar) Gelaran yang dikurniakan kepada orang perempuan oleh kerajaan seperti Kerajaan Negeri Selangor

Datuk

Datin Paduka

Toh Puan

Isteri kepada Datuk di Negeri Terengganu

GELARAN KURNIAAN
Gelaran kurniaan ikhtisas Diperoleh kerana kejayaan dalam bidang akademik atau ikhtisas Contoh:
Profesor Diraja

Untuk Profesor lelaki atau perempuan yang sudah mencapai kemuncak bidang akademik
Untuk lelaki atau perempuan yang sudah mencapai pangkat paling tinggi dalam bidang akademiknya

Profesor

Profesor Madya

Untuk orang lelaki dan perempuan yang sudah mencapai taraf akademik satu tingkat di bawah profesor

Doktor
Cikgu

Untuk orang lelaki atau perempuan yang berkelulusan Doktor Falsafah, ilmu perubatan dan pembedahan, pergigian dan perubatan veterina (haiwan)

Untuk orang lelaki atau perempuan yang menjadi guru

GELARAN KEAGAMAAN
Haji dan hajah

Lelaki dan perempuan Islam yang telah menunaikan fardhu haji


Petugas di masjid

Imam, Lebai dan Bilal

GELARAN PERGAULAN SOSIAL


Cik digunakan untuk perempuan yang belum berkahwin Encik untuk lelaki sahaja

GELARAN PERGAULAN TAK BERSAHAJA (FORMAL)


TUAN
Digunakan untuk lelaki yang lebih tinggi pangkatnya daripada kendiri dan orang lelaki yang bergelar Haji, Doktor, Profesor dan Syed

PUAN

Untuk perempuan sahaja yang pangkatnya lebih tinggi daripada kendiri dan perempuan ynag mempunyai gelaran Doktor, Profesor dan sebagainya

SAUDARA

Digunakan untuk orang lelaki yang seumur dengan kendiri atau lebih muda dan hubungannya belum rapat dengan kendiri atau digunakan dalam rujukan kepada ahli-ahli dalam mesyuarat, perbahasan dan sebagainya

Saudari
Tetuan

Digunakan untuk perempuan sahaja dalam konteks yang sama dengan penggunaan gelaran saudara

Hanya digunakan dalam surta rasmi yang ditujukan kepada para pemilik atau pentadbir syarikat perniagaan termasuklah syarikat guaman

GABUNGAN GELARAN
- Kekeluargaan + Keagamaan Pak Haji - Pergaulan Tak Bersahaja (kecuali saudara)+ Keagamaan Tuan Haji - Kekeluargaan + Warisan (hanya Ungku, Engku, Wan,Nik) Pak Ungku, Mak Ungku, Mak Wan, Pak Nik -Pergaulan Tak Bersahaja + Keagamaan + Warisan (hanya Nik) Tuan Haji Nik

GABUNGAN GELARAN
- Warisan (kecuali Nik) + Keagamaan Raja Haji - Kurniaan Kerajaan + Akademik/Ikhtisas + Warisan + Keagamaan - Contoh: Tan Sri Prof. Raja Haji Ahmad

RUJUKAN HORMAT
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong ~ Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Sultan, Raja, Sultanah, Tengku Ampuan, Raja Permaisuri ~ Duli Yang Maha Mulia

RUJUKAN HORMAT
Balu Raja ~ Yang Maha Mulia Raja Muda atau Tengku Mahkota ~ Duli Yang Teramat Mulia atau Yang Teramat Mulia Kerabat diraja karib ~ Yang Amat Mulia

RUJUKAN HORMAT
Bergelar warisan ~ Yang Mulia Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri ~ Yang Amat Behormat Menteri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (wakil rakyat) ~ Yang Berhormat

RUJUKAN HORMAT
Wakil rakyat yang mempunyai gelaran Tengku atau Raja ~ Yang Berhormat Mulia Tun, Toh Puan ~ yang Amat Berbahagia Yang mempunyai gelaran kurniaan kerajaan (selain Tun dan Toh Puan) atau/dan gelaran ikhtisas yang formal ~ Yang Berbahagia

RUJUKAN HORMAT
Ketua Hakim Negara ~ Yang Amat Arif Hakim dan Kadi ~ Yang Arif Mufti dan pemimpin Islam ~ Sahibul Samahah Ketua Jabatan tanpa gelaran ~ Yang Berusaha

You might also like