You are on page 1of 2

Kerja Projek Matematik Tambahan 1 2102 JABATAN PELAJARAN SELANGOR KERJA PROJEK MATEMATIK TAMBAHAN 1/2012 BAHAGIAN 1 Poligon

dapat dilihat di dalam semua struktur pembinaan. Ia memberi variasi dan daya tarikan dalam pembinaan. Poligon menambahkan keindahan sesuatu struktur apabila diaplikasikan dalam bahan pembuatan seperti fabrik bercetak, kertas dinding dan jubin lantai. (a) Kumpul enam gambar yang berkaitan. Anda boleh menangkap gambar-gambar itu dengan menggunakan kamera atau mendapatkannya daripada majalah, surat khabar, internet atau sumber lain. Berikan definisi poligon dan tuliskan sejarah ringkas mengenainya. Terdapat pelbagai kaedah untuk mengira luas sebuah segi tiga. Nyatakan empat kaedah yang berlainan.

(b) (c)

BAHAGIAN 2 Seorang petani ingin mengusahakan sebuah taman herba di atas sebidang tanah. Rajah 1 menunjukkan bentuk taman herba tersebut, di mana salah satu sisinya berukuran 100 m. Taman itu akan dipagari dengan pagar sepanjang 300 m. Kos memagari taman itu ialah RM 20.00 semeter. (Rajah di bawah tidak dilukis mengikut skala) q m m mm

p m

(a) (b)

100 m c Rajah 1 11agram 1 Hitungkan kos yang diperlukan untuk memagari taman herba tersebut. Lengkapkan Jadual 1 dengan menggunakan pelbagai nilai p, nilai q dan nilai yang sepadan. p (m) q (m) (darjah) Luas (m2)

. . .

. . . Jadual 1

. . .

. . .

Jabatan Pelajaran Selangor

Kerja Projek Matematik Tambahan 1 2102 (c) Berdasarkan dapatan anda dalam (b), nyatakan dimensi taman herba itu supaya luas kawasan yang dipagari adalah maksimum.

(d)(i) Hanya sesetengah nilai p dan nilai q yang boleh digunakan dalam kes ini. Nyatakan julat nilai p dan nilai q. (ii) Dengan membandingkan panjang sisi p, sisi q dan sisi yang diberi, tentukan hubungan antara panjang sisi-sisi tersebut. (iii) Buat generalisasi mengenai panjang sisi-sisi sebuah segi tiga. Nyatakan nama teorem yang berkaitan.

BAHAGIAN 3 Jika panjang pagar itu dikekalkan 300m, sepertimana di bahagian 2: (a) (b) Kaji dan cadangkan lima bentuk lain yang boleh dibina supaya luas kawasan yang dipagari adalah maksimum. Buat kesimpulan daripada kajian anda dalam (a), jika: (i) Permintaan herba di pasaran semakin meningkat pada masa kini. Cadangkan tiga jenis herba tempatan dengan nama saintifiknya, yang boleh ditanam oleh petani itu di tamannya bagi memenuhi permintaan tersebut. Kumpulkan gambar dan maklumat mengenai herba-herba tersebut. Herba-herba ini akan diproses untuk dipasarkan oleh sebuah syarikat. Rekaan bungkusan memainkan peranan yang penting dalam menarik perhatian para pelanggan. Syarikat itu ingin mereka bentuk sebuah logo yang inovatif dan kreatif untuk bungkusan itu. Anda ditugaskan untuk mereka bentuk sebuah logo bagi mempromosikan produk itu. Lukis logo itu di atas sehelai kertas bersaiz A4. Logo anda mesti mengandungi sekurang-kurangnya satu bentuk poligon.

(ii)

KERTAS SOALAN TAMAT

Jabatan Pelajaran Selangor

You might also like