You are on page 1of 9

2.

0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tahun

: 5 Arif

Bilangan murid : 30 orang Masa Tema Tajuk Fokus utama : 7.30-8.30 pagi : Kekeluargaan : Rumahku Syurgaku :

5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca Aras 1 (i) Membaca perkataan, frasa dan ayat yang mengandung ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul. Fokus sampingan : 8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk. Aras 1 (i) Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat. Objektif : Akhir pembelajaran, murid dapat : 1) membaca perkataan, frasa dan ayat yang mengandung ayat majmuk dan ayat tunggal di dalam teks dengan sebutan dan intonasi yang betul; 2) menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat melalui teks yang dibaca. 3) mengeluarkan idea dan membina dialog melalui kad gambar yang diberikan.

34

SISTEM BAHASA 1) Tatabahasa kata panggilan 2) Kosa kata salasilah, pulih, sulung 3) Sebutan/intonasi ayat penyata dan ayat tanya.

Pengisian kurikulum 1. Ilmu : Kajian Tempatan, Pendidikan Islam 2. Nilai : hormat-menghormati, kasih sayang

Kemahiran bernilai tambah 1. Kemahiran berfikir : membuat perkaitan dan perhubungan 2. Kecerdasan pelbagai : Verbal-linguistik, Muzik dan interpersonal 3. Pembelajaran konstrukvitisme 4. Kemahiran belajar cara belajar.

ALAT BANTU MENGAJAR 1. Video Minta upah dan Doa ibu bapa 2. Kad gambar - Aktiviti rutin di rumah 3. Kad perkataan ibu,ayah,nenek,datuk,abang,kakak,adik 4. Dialog dalam buku teks halaman dua dan tiga 5. Komputer 6. LCD

PENGETAHUAN SEDIA ADA 1. Murid mampu bercerita tentang keluarga mereka. 2. Murid telah dapat menguasai kemahiran membaca berdasarkan

pembelajaran sebelumnya.
35

ISI PELAJARAN -

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Catatan

Video Minta Set Induksi (5 minit) Upah. murid dan menonton sebuah video Kemahiran mendengar memerhatikan nilai yang Kemahiran berfikir nilai dan

Adab bercakap dengan keluarga.

ingin disampaikan melalui video Minta Upah murid menyatakan

pengajaran yang mereka peroleh daripada video . murid mengaitkan video Minta Upah dengan kehidupan

menggunakan ayat yang sesuai. - dialog buku dalam Langkah 1 (15 min): teks setiap murid membaca dialog Kemahiran membaca perbualan antara nenek dengan Fahmi serta kakaknya. murid melakonkan situasi dalam dialog tersebut sebutan dengan dan dialog perbualan antara nenek dengan Fahmi serta kakaknya. KBT : KP: verbal linguistik Penggunaan kata panggilan dalam ayat Ayat tanya Langkah 2 (15 min): murid berada dalam kumpulan Kemahiran lisan secara berpasangan. Murid ditunjukkan beberapa kad Kemahiran menulis BBM Kemahiran menulis

halaman 2&3. - Kegunaan kata panggilan yang betul - Ayat tunggal

dan ayat tanya -

menggunakan

intonasi yang betul. murid cuba menyenaraikan kata panggilan yang ada di dalam dialog tersebut

36

dan tunggal.

ayat

perkataan berkaitan dengan kata BBM panggilan mereka. Murid diminta membina ayat Kad perkataan

berdasarkan kad perkataan yang KBT : ditunjukkan. Murid diminta menulis ayat yang dibina di dalam buku latihan dengan tulisan yang kemas dan cantik. Ayat tunggal Langkah 3 (20 min) dan majmuk Kata panggilan ayat murid berada dalam empat Kemahiran Pelbagai -interpersonal BCB

kumpulan kecil. murid perlu membina satu dialog ringkas berdasarkan

bahan -verbal linguistik

rangsangan iaitu kad gambar yang diedarkan oleh guru. murid perlu membaca dialog sebutan dan Penyerapan nilai: - Kerjasama BBM Kad gambar

melakonkan menggunakan

mereka dan

intonasi yang betul. markah dikira mengikut kumpulan yang panggilan menggunakan yang tepat kata dan

lakonan yang menepati situasi yang dilakonkan. Jasa ibu dan ayah Penutup (5 min): murid menonton sebuah video doa buat ibu bapa. Murid menyatakan kesimpulan pengajaran dengan Penerapan nilai BBM Video Hormat-menghormati

daripada

bimbingan guru.

37

3.0 REFLEKSI NAMA : SITI ZURAIDAH BINTI EHSAN NO KAD PENGENALAN : 911002-01-6944 Saya dan rakan, Rabiatul Adawiyah binti Abdul Ghafar telah menerima tugasan dalam subjek Kemahiran Berbahasa dalam Bahasa Melayu yang merupakan subjek major bagi pengkhususan kami bagi semester dua kali ini. Subjek ini meemrlukan kami untuk membuat pembacaan secara meluas berkaitan dengan kemahiran berbahasa dan Rancangan Pengajaran Harian. Berdasarkan tugasan ini, apa yang saya peroleh ialah setiap kemahiran berbahasa tersebut mempunayi perincian yang berbeza dan haruslah disamapikan dengan menggunakan pendekatan, kaedah dan teknik yang berbeza. Pendekatan, kaedah dan teknik ini akan menentukan kadar pemahaman murid mengikut pengalaman dan pengetahuan yang mereka ada. Tugasan ini juga membolehkan saya untuk mendalami secara lebih terperinci lagi berkaitan dengan kemahiran bahasa dan kepentingan bagi murid-murid. Saya dapti kemahiran bahasa merupakan aspek terpenting yang seharusnya diberikan penekanan oleh guru-guru bahasa terutama kemahiran mendengar dan bertutur kerana kemahiran ini akan membantu seseorang murid itu menguasai kemahiran yang lain. Kemahiran-kemahiran ini juga bukan sahaja berfungsi unuk subjek

Bahasa Melayu, malah menjadi asas penguasaan bagi subjek yang lain juga. Selain itu, saya juga mempelajari bagaimana untuk memindahkan maklumat mentah ke dalam bentuk pengurusan grafik yang memudahkan pemahaman. Pengurusan grafik merupakan satu cara yang mudah dalam mencatat nota atau maklumat tetapi pemilihan pengurusan grafik haruslah menepati apa yang ingin disampaikan kerana setiap grafik tersebut mempunyai bentuk yang berbeza-beza dan akan membawa makna yang berbeza juga. Kemahiran berbahasa ini juga membantu saya untuk memperbaiki kemahiran berbahasa sa sendiri terutama bagaimana saya untuk menggunakan kemahiran tersebut dengan lebih baik seperti kemahiran bertutur yang memerlukan keberanian, kefasihan dan kelancaran dalam berbahasa untuk mencaapi tahap penutur yang
38

baik. Hal ini penting kerana kemahiran berbahasa yang akan dapat dikuasai atau dicapai oleh seseorang murid itu bergantung kepada penguasaan berbahasa guru tersebut kerama pembelajaran akan berlangsung menerusi teladan. Penyediaan Rancangan Pengajaran harian pula banyak mengajar saya untuk menyediakan satu Rancangan Pengajaran Harian yang lengkap yang mengandungi semua aspek dalam satu set pengajaran dan pembelajaran. Hal ini memrlukan saya dan rakan untuk melakukan pembacaan dan pencarian bahan secara meluas kerana format penulisan Rancangan Pengajaran Harian mempunyai pelbagai versi. Saya juga belajar bagaimana untuk melaksanakan kemahiran berbahasa dalam satu set sesi pengajaran dan pembelajaran menerusi konsep 5P iaitu penggabungjalinan, penyerapan, pengayaan, pemulihan dan penilaian. menyediakan aktiviti yang berkaitan dengan Saya belajar bagaimana berbahasa serta

kemahiran

bersesuaian dengan kemahiran dan input yang akan diajar pada hari tersebut. Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian yang seharusnya kami sediakan berdasarkan tugasan ini haruslah mengambil kira penyerapan 5P tersebut dan hal ini merupakan sedikit cabaran bagi saya kerana pembahagian masa untun setiap kemahiran dan aktiviti tersebut menjadi tidak seimbang kerana saya sendiri masih belajar untuk menyediakannya. Setelah perbincangan bersama rakan kumpulan

dan rakan sekelas, saya belajar serba sedikit bagaimana untuk menyediakan Rancanagn Pengajaran Harian ini dengan lebih baik. Segala input berdasarkan tugasan ini dapat saya manfaatkan kini dan masa akan datang sama ada ketika praktikum nanti atau setelah bergelar guru kelak kerana segala input ini harus saya kuasai dan seterusnya akan saya ajarkan ketika berada di sekolah kelak.

39

RABIATUL ADAWIYAH BINTI ABDUL GHAFAR 911103-14-5112

Semasa menjalankan tugas ini, kami cuba memahami apa kegunaan pendekatan, kaedah dan teknik dalam pengajaran kemahiran bahasa untuk mata pelajaran Bahasa Melayu. Oleh itu, saya dan Siti Zuraidah binti Ehsan mencari bahan bagi menyiapkan tugasan ini dengan baik. Semasa menjalankan tugasan ini kami menghadapi banyak kekangan. Kekangan itu tidak menjadi masalah kepada kami kerana kekangan itu yang mengajar kami untuk menjadi lebih matang dalam menyiapkan tugasan ini. Selain itu, kekangan dalam mencari maklumat juga mempengaruhi kami dalam menjalankan tugasan ini. Pensyarah pembimbing kami, Munsyi Mohamad bin Musip telah memberi bimbingan bagi menolong kami menambah maklumat di dalam

tugasan. Melalui tugasan ini saya mendapat banyak pengajaran yang dapat mematangkan diri saya. Salah satunya ialah melalui pembacaan saya dapat

meningkatkan penguasaan saya dalam menguasai konsep kemahiran bahasa dalam pengajaran Bahasa Melayu dengan lebih mendalam. Tugasan ini juga mengajar saya bahawa memahami apa itu kemahiran bahasa adalah satu kemahiran yang amat penting dalam kehidupan seorang bakal guru Bahasa Melayu. Pemahaman mendalam tentang kemahiran bahasa ini membuatkan saya yakin untuk memegang gelaran guru Bahasa Melayu pada masa akan datang. Secara tidak langsung, tugasan ini banyak membantu saya dalam memahami penggunaan kemahiran bahasa yang betul dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu kelak. Tugasan ini juga menambah keyakinan diri saya untuk mempraktikkan kemahiran bahasa dalam pengajaran melalui Bengkel Akhbar Dalam Darjah yang dijalankan oleh unit kami dengan kerjasama Jabatan Pengajian Melayu. Bengkel ini mungkin dapat mengajar saya bagaimana sesuatu pengajaran yang betul untuk dilaksanakan di dalam pengajaran kelas. Selain itu, melalui bengkel ini juga saya
40

mungkin akan dapat merasai kesusahan untuk mendidik anak murid kerana guru sinonim dengan mengajar. Hal ini kerana, tugas guru adalah untuk mendidik anak murid supaya menjadi manusia yang berguna untuk masyarakat. Oleh itu, bengkel ini mengajar saya supaya lebih memahami bagaimana pengajaran dan

pembelajaran yang sepatutnya berlaku di dalam kelas serta dapat membaiki kesilapan saya semasa pengajaran berjalan. Tugasan ini juga mengajar saya erti semangat berpasukan dan juga sifat kerjasama dalam berpasukan. Kami berpasangan dan juga bekerja dalam satu unit bagi menjayakan Bengkel Akhbar Dalam Darjah. Sehubungan itu, belum tentu kami boleh bekerjasama sekiranya tiada tugasan sebegini yang melatih kami untuk bekerjasama dan menghormati orang lain. Dalam masa yang sama, saya dapat mengenali rakan sekumpulan dan juga rakan seunit dengan saya menjalankan tugasan ini. Tugasan ini tidak dapat dilaksanakan sekiranya tiada semangat bekerjasama antara kami serta dengan bimbingan pensyarah pembimbing kami yang setia membimbing kami untuk menimba ilmu dan mendapat pengalaman dalam melaksanakan tugasan ini. Selain itu, saya diberi tanggungjawab sebagai sepanjang

setiausaha untuk bengkel tersebut. Saya dapat mempelajari cara-cara membuat kertas kerja dan juga saya mengetahui kerja sebagai seorang setiausaha dengan lebih mendalam. Jawatan setiausaha belum pernah disandang oleh saya. Oleh itu, saya mengambil kesempatan ini dengan menjalankan tugas dengan betul dan bertanggungjawab. Melalui tugasan ini juga, saya mengalami banyak kekangan masa. Oleh

sebab itu, melalui tugasan ini saya lebih bijak untuk menguruskan masa antara tugasan dan bengkel. Tambahan pula, memegang gelaran sebagai bakal guru

Bahasa Melayu saya perlu meningkatkan pengetahuan saya bagi memudahkan pelajar memahami apa yang diajar oleh saya. Oleh itu, tugasan ini

menyeimbangkan pengetahuan saya untuk dipraktikkan kepada murid-murid yang bakal diajar oleh saya nanti. Saya mendapat banyak pengajaran semasa menjalankan tugasan ini. Dalam masa yang sama tugasan ini menyedarkan saya bahawa bukan sahaja penguasaan nahu bahasa Melayu sangat penting, tetapi kita perlu menguasai kemahiran bahasa
41

serta kaedah pengajarannya bagi memudahkan kita untuk mengajar bakal murid pada masa akan datang. Konklusinya, gelaran bakal guru juga menggalakkan saya untuk mengambil tahu tentang kemahiran pengajaran kemahiran bahasa bagi mata pelajaran Bahasa Melayu serta persediaan rancangan pengajaran harian. Selain itu, bukan sekadar guru Bahasa Melayu sahaja, bahkan guru-guru di Malaysia juga perlu menguasai kemahiran bahasa dan juga cara penyediaan rancangan pengajaran harian bagi memudahkan pengajaran dan pembelajaran di sekolah nanti supaya murid mendapat input yang ingin kita sampaikan dan dapat mencapai objektif pengajaran kita.

42

You might also like