You are on page 1of 7

APA ITU DADAH?

Dadah atau drug adalah bahan atau kimia yang amat berbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi. Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita. Dilaporkan terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia yang digunakan lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan.

DEFINISI DADAH
Menurut Kamus Dewan Melayu-Inggeris, perkataan drug bermaksud ubat-ubatan. Walaubagaimana pun, untuk memberi takrifan penyalahgunaan kepada drug, perkataan use, misuse atau abuse perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan drug. Contohnya drug abuse atau misuse of drug yang membawa maksud penyalahgunaan dadah. Dadah merupakan istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkahlaku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan tyerus bergantung hidup kepadanya. Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup anda. Ubat-ubatan seperti paracetamol dan antibiotic membantu menyembuhkan penyakit anda sekiranya tidak sihat. Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali sebagai caffeine. Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, penggunaan bahan minuman dan makanan ini tidak salah di sisi undang-undang.

DADAH DAN CIRI-CIRINYA


Dadah merujuk kepada sejenis bahan kimis psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang). Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang. Diperoleh secara haram. Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah. Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial seseorang.

JENIS-JENIS DADAH Dadah boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti: Opiat dan Opiat Sintetik Stimulan Ganja Halusinogen Depresen Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang disalahgunakan

APA ITU OPIAT?

Gambar : Pokok Popi

Dadah jenis opiat diperolehi daripada tumbuhan pokok popi. Getah dikeluarkan daripada buah popi, lalu ia dikeringkan dan diproses menjadi dadah kumpulan opiat iaitu candu, morfin dan heroin.

APA ITU STIMULAN?

Gambar : Kokain

Stimulan merupakan bahan kimia psikoaktif yang merangsang aktiviti sistem saraf pusat. Terdapat dua jenis stimulan iaitu jenis amfetamin atau Amphetamine-Type-Stimulants (ATS) dan kokain.

APA ITU GANJA?

Gambar : Kanabis dalam bentuk herba, getah dan minyak

Kanabis ialah istilah umum yang digunakan untuk semua jenis dadah yang diperolehi daripada pokok cannabis sativa. Pokok ini berasal dari kawasan beriklim panas seperti Asia, Mexico, Afrika dan Timur Tengah. Ia merupakan bahan yang sangat kompleks dan mengandungi sekurang-kurangnya 421 jenis bahan kimia yang mana tetrahydrocannabinol (THC) merupakan bahan psikoaktif yang utama. Terdapat 3 jenis bentuk ganja iaitu herba, hashish (getah) dan minyak hashish (cecair).

APA ITU HALUSINOGEN?

Gambar : Pelbagai Bentuk Dadah Halusinogen

Halusinogen adalah jenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan deria. Ia mengubah pandangan visual dan menyebabkan ilusi sehingga susah membezakan yang benar dan tidak benar. Halusinogen adalah ubat-ubatan terjadual di bawah kawalan Kementerian Kesihatan. LSD, DMT, PCP, meskalin dan psilosibin semuanya termasuk dadah jenis halusinogen. Kesan penyalahgunaan ubat-ubatan ini sukar dibuktikan. Ubat-ubatan ini amat popular disalahgunakan oleh golongan hippies pada tahun 1960-1970. Kini ia digunakan oleh kebanyakan penagih di negara-negara barat.

APA ITU DEPRESEN?

Gambar : Dadah GHB (terdapat dalam bentuk cecair dan pil)

Ubat depresen termasuk juga ubat-ubat sedative dan tranquilizer. Ubat-ubat ini bertindak dalam sistem saraf tunjang manusia untuk memperlahankan atau menghentikan fungsi-fungsi utama tubuh. Alkohol adalah minuman keras yang lazimnya disalahguna terutamanya oleh pengunjung kelab-kelab malam. Alkohol juga bertindak ke atas sistem saraf manusia dengan cara memperlahankan fungsi dan reaksinya. Penyalahgunaan alkohol bersama dadah boleh menyebabkan pelbagai kesan sampingan seperti hilang keseimbangan badan dan tidak sedarkan diri. Tindak balas kimia alkohol bersama dadah yang diambil secara berlebihan akhirnya boleh membawa maut. GHB atau Gamma-hydroxybutyrate boleh diperoleh dalam bentuk cecair jernih, serbuk putih, pil dan kapsul. GHB tidak pernah diiktiraf sebagai ubat dan dikeluarkan dalam makmal haram tanpa sebarang kepiawaian. GHB juga boleh kerap disalahgunakan sebagai rape drug kerana boleh memitamkan mangsa dalam tempoh beberapa minit sahaja. Ketamin pula sejenis ubat bius haiwan yang kerap disalahgunakan. Ketamin yang diguna dalam bentuk cecair tidak mengkhayalkan. Ia boleh menyebabkan pengguna tertidur dengan cepat. Ketamin dalam bentuk tepung putih pula dipersalahkan dengan cara smoked atau snorted untuk mendatangkan khayalan seperti dibius.

APA ITU UBAT-UBATAN DAN BAHAN YANG DISALAHGUNA?

Gambar : Steroid

Steroid sejenis ubat yang merupakan hormon testeron sintetik. Steroid digunakan loleh doktor untuk merawat pesakit lelah dan lain-lain. Steroid kerap disalahguna oleh atlit di seluruh dunia walaupun terdapat kajian baru yang menunjukkan steroid tidak menyebabkan pertumbuhan otot atau peningkatan kekuatan fizikal. Penyalahgunaan steroid mendatangkan banyak kesan sampingan yang buruk seperti boleh menyebabkan kanser hati. Gam, petrol dan inhalan lain walaupun tidak perlu dibeli di pasaran haram, juga boleh menghasilkan kesan seperti dadah apabila disalahgunakan. Kekerapan menghidu gam atau petrol boleh mengkhayalkan pengguna dan menyebabkan seseorang itu ketagih. Selain daripada itu, daun ketum atau spesis mytragynine yang telah disenaraikan sebagai racun dan bahan psikotropik dalam Akta Racun 1952 juga kerap disalahgunakan segolongan rakyat di Utara dan Timur Semenanjung Malaysia. Selain daripada ubat bius dan depresen, lazimnya ubat-ubatan yang kerap disalahguna adalah berkaitan dengan ubat penenang, ubat tidur, ubat untuk menahan sakit (pain killer) dan sebagainya. Penggunaan yang kerap menyebabkan kebergantungan kepada ubat-ubatan berkenaan.

You might also like