You are on page 1of 5

Tajuk : Putaran dan Peredaran Bumi

a) Terangkan perbezaan antara Putaran Bumi dengan Edaran Bumi. [ 6 Markah] Putaran Bumi Berlaku di atas paksinya yang condong pada sudut 23 Satu putaran mengambil masa 24 jam (1 hari) Menyebabkan kejadian siang dan malam, pasang surut air laut, pembiasan angin serta perbezaan waktu tempatan 3 b) Peredaran Bumi
Beredar di dalam orbitnya yang bujur Satu edaran mengambil masa 365 hari (1 tahun) Menyebabkan kejadian empat musim, gerhana bulan dan gerhana matahari.

Markah 2 2

MAX 6

Jelaskan fenomena yang terhasil akibat putaran dan peredaran bumi. [ 9 Markah ] Judul Isi Jawapan Huraian dan contoh
Semasa berputar permukaan bumi yang mengadap matahari mengalami siang. Permukaan bumi yang terlindung/membelakangi matahari mengalami malam. Contohnya waktu siang di Malaysia tetapi waktu malam di Eropah. Boleh dibantu oleh rajah lakar. Kejadian pasang-surut disebabkan oleh tarikan graviti antara bulan dengan bumi dan matahari dengan bumi. Kawasan laut yang mengadap bulan akan mengalami tarikan graviti menyebabkan ianya terbonjol (mengalami air laut pasang.) Pada masa yang sama kawasan yang membelakangi bulan pula air lautnya akan surut. Apabila graviti bulan dan matahari bertindak serentak, maka air pasang akan meningkat ke paras tertinggi (air pasang

Markah

Putaran bumi: 1. Kejadian siang dan malam

Putaran bumi: 2. Pasang-surut air laut.

perbani). Putaran bumi: 3. Pembiasan angin lazim.


Putaran bumi di atas paksinya mewujudkan daya Koriolis. Daya ini mampu memesongkan arah tiupan angin seperti angin timuran dan angin baratan. Di hemisfera utara angin lazim akan terbias ke kanan manakala di hemisfera selatan ia terbias ke kiri. Akibat putaran bumi, waktu tempatan mengikut longitud adalah berbeza. Bagi setiap 15 longitud perbezaan waktunya ialah 1 jam. Perkiraan waktu berdasarkan Garisan Tarikh Antarabangsa (longitud 180 T/B). Ke timur dari garisan ini waktunya lebih lewat, manakala ke barat dari garisan ini waktunya lebih awal. Merujuk kepada kejadian musim panas, musim bunga, musim dingin dan musim luruh. Akibat peredaran, kejadian kempat-empat musim ini berbeza mengikut hemisfera dan tarikhnya. Pada 21 Mac, ekuinoks musim bunga di hemisfera utara dan ekuinoks musim luruh di hemisfera selatan. Pada 21 Jun solstis musim panas di hemisfera utara dan solstis musim sejuk di hemisfera selatan. Pada 23 September, ekuinoks musim luruh di hemisfera utara dan ekuinoks musim bunga di hemisfera selatan. Pada 22 Disember, solstis musim sejuk di hemisfera utara dan solstis musim panas di hemisfera selatan. Gerhana terjadi apabila bulan atau bumi tidak mendapat cahaya matahari. Akibat edaran, maka matahari, bumi dan bulan boleh berada dalam keadaan sebaris. Sekiranya bumi berada antara matahari dengan bulan, maka cahaya matahari tidak sampai ke bulan kerana ia ditutupi oleh bayang-bayang bumi. Kesannya bulan tidak kelihatan dan ini dinamakan sebagai gerhana bulan. Sekiranya bulan berada di antara matahari dengan bumi, maka bulan akan menghalang cahaya matahari daripada sampai ke bumi. Matahari tidak kelihatan oleh penduduk bumi kerana dihalang oleh bayang-bayang bulan. Ini dinamakan gerhana matahari.

Putaran bumi: 4. Perbezaan mengikut longitud. waktu

Peredaran bumi: 5. Kejadian empat musim

Peredaran bumi: 6. Kejadian gerhana bulan dan matahari

Pemarkahan : 5 isi x 2 markah = 10 markah 1 Markah = Max 9 2

MAX 9

c)

Mengapakah taburan tenaga suria di permukaan bumi adalah berbeza-beza?. [ 10 Markah] Judul Isi Jawapan

Huraian dan contoh


Kawasan khatulistiwa menerima sinar suria secara sudut tepat (90) maka ia mengalami tenaga haba yang tinggi terutamanya pada tempoh ekuinoks..Sudut tepat akan menyebabkan pancaran bertumpu berbanding dengan sudut serong pancarannya tersebar Kawasan kutub pula menerima pancaran suria secara serong. Sudut serong menyebabkan sinar suria mengambil masa yang lama untuk sampai ke permukaan bumi dan jaraknya menjadi lebih jauh. Ini menyebabkan tenaga suria tersebut lebih banyak hilang menerusi serakan, balikan, serapan dan pantulan dari atmosfera. Di kawasan khatulistiwa bezantara masa siang dan malamnya tidak ketara, ini menyebabkan ia sentiasa menerima tenaga suria yang konstan tinggi sepanjang tahun. Hal ini amat berbeza dengan kawasan kutub. Pada ketika tertentu tempoh siang dan malamnya adalah 24 jam. Akibat peredaran bumi, kawasan yang mengalami iklim empat musim seperti iklim sederhana, siang lebih panjang pada musim panas dan menjadi singkat pada musim sejuk. Ini menyebabkan jumlah tenaga suria yang diterima antara masa siang dan malam, antara musim panas dan sejuk adalah berbeza-beza. Lapisan atmosfera boleh menyekat antara 10% hingga 75% sinar suria daripada terus tiba ke bumi. Ini bergantunglah kepada komposisi, ketebalan dan kelutsinarannya. Sebagai contoh kawasan gurun panas, lapisan atmosferanya nipis (awan jenis sirus). Oleh itu ia hanya mampu menyekat, menyerap, menyerak dan memantul sinar suria dengan kadar yang

Markah

1. Sudut pancaran sinaran suria.

2. Tempoh masa antara siang dan malam di kawasan yang berlainan iklim Pengaruh putaran dan edaran bumi.

3. Faktor komposisi, ketebalan dan kelutsinaran lapisan atmosfera di sesuatu tempat

minima. Kesannya kawasan gurun panas menerima tenaga suria yang tinggi pada waktu siang. Manakala kawasan khatulistiwa awanya lebih tebal (awan kumolusnimbus) yang mampu menapis dan menyerap tenaga suria dengan banyak daripada terus dipancarkan ke bumi. Pada masa bumi beredar mengelilingi matahari dalam orbit bujurnya maka terdapat jarak yang berbeza pada lokasi yang berbeza antara bumi dengan matahari. Pada jarak yang lebih dekat yang dikenali sebagai Perihelion, maka bumi akan menerima banyak tenaga suria. Perihelion ini berlaku pada 3 Januari dan bumi dikatakan berada sejauh 147 juta km dari matahari. Manakala pada jarak yang jauh dikenali sebagai Afelion, pada jarak ini bumi akan menerima jumlah tenaga suria yang sedikit. Afelion berlaku pada 4 Julai dan pada ketika itu jarak bumi dengan matahari ialah sejauh 152 juta kilometer. Litupan yang berbeza menyebabkan tenaga yang diterima oleh permukaan bumi juga berbeza. Ini kerana kadar serapan dan pembalikan bahangan matahari yang dialami oleh litupan tersebut adalah brbeza-beza. Pengaruh Albedo - Permukaan berwarna gelap seperti hutan, batuan, permukaan bertar akan lebih banyak menyerap sinar suria berbanding dengan permukaan yang cerah seperti salji yang lebih banyak membalikkan sinar suria. Pengaruh tekstur dan struktur. Muka bumi yang bertekstur kasar dan kasap seperti permukaan bertar dan dinding konkrit lebih banyak menyerap haba berbanding dengan permukaan bumi yang licin dan rata. Pengaruh Aspek. Permukaan yang mengadap matahari akan menerima tenaga suria yang lebih banyak berbanding dengan permukaan bumi yang terlindung atau membelakanginya

4. Faktor Perihelion dan Afelion

5. Faktor ciri litupan permukaan bumi yang berbeza pengaruh Albedo.

6. Faktor permukaan bumi daratan (benua ) atau air (lautan)

Jisim daratan atau air amat mempengaruhi nilai haba tentunya. Nilai haba tentu bagi air adalah lebih tinggi berbanding dengan daratan. Daratan memerlukan haba tentu yang sedikit sahaja untuk dipanaskan berbanding dengan lautan. Justeru itu daratan atau benua lebih cepat panas dan lebih cepat sejuk berbanding dengan lautan. Lautan bertindak membalikkan haba (menyederhanakan suhu sekitar) berbanding dengan benua yang menyerap haba.

Pemarkahan : 5 isi x 2 markah = 10 Markah

MAX 10

You might also like