You are on page 1of 8

Tajuk 1 : Tenaga dan Peranannya

a). Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga suria?. [ 3 Markah]

Skema Jawapan:
Isi Jawapan Tenaga matahari yang dipancarkan ke bumi . Terhasil melalui proses pelakuran gas hidrogen dan helium matahari. Dipancarkan ke bumi dalam bentuk gelombang elektromagnet yang pendek. Mengandungi tenaga haba yang menjadi asas untuk menggerakkan seluruh sistem dan hidupan di bumi. Markah

1 1 1 1 MAX 3

b).

Huraikan kepentingan tenaga suria terhadap proses-proses fizikal. [ 10 Markah] Judul Isi Jawapan Huraian dan contoh
Sejumlah tenaga suria (haba) yang cukup diperlukan untuk menyejatkan air di permukaan laut, tasik, sungai, kolam dll. Mengikut R.J Chorley (1969) untuk memulakan sejatan di permukaan air ia memerlukan sejumlah 600 kalori tenaga haba bagi setiap 1 gram air pada suhu 0C dan 540 kalori tenaga haba bagi setiap satu gram air pada suhu 100C. Begitu juga dengan proses sejat-peluhan dari tumbuhan dan lembapan tanih. Tumbuhan memerlukan tenaga haba untuk melakukan proses transpirasi bagi membolehkan wapwap air terbebas menerusi liang stomanya. Semakin tinggi tenaga haba suria maka kadar transpirasi semakin meningkat. Tumbuhan memerlukan tenaga suria untuk membuat makanannya sendiri melalui proses fotosintesis. Tanpa tenaga suria tumbuhan tidak boleh membuat makanannya sendiri maka rantaian

Markah

1. Proses sejatan dan sejat peluhan.

2. Proses fotosintesis dan rantaian makanan dalam ekosistem hutan.

makanan tidak mungkin boleh berlaku. Tenaga suria juga penting dalam tumbesaran hutan semulajadi. Tenaga suria akan menghasilkan suhu dan hujan yang cukup untuk pertumbuhan dan tumbesaran pelbagai jenis spesis pokok.. Kepelbagaian jenis tumbuhan ini pula telah menjadi habitat kepada pelbagai spesis fauna di dalam ekosistem hutan hujan semulajadi. Tenaga suria yang cukup diperlukan untuk membolehkan plankton, zooplankton dan terumbu karang hidup dan membesar. Ini kerana tenaga suria menentukan suhu air laut yang menjadi syarat utama tumbesaran terumbu karang. Seterusnya menjadi sumber makanan dan habitat kepada pelbagai jenis hidupan marin. Dalam proses luluhawa fizikal tenaga suria (haba) diperlukan untuk meningkatkan dan menurunkan suhu mengikut perubahan siang dan malam. Perubahan tenaga haba ini akan menyebabkan batuan menjadi panas dan sejuk dan seterusnya pecah tersepai. Begitu juga dengan luluhawa kimia, tenaga suria (haba) diperlukan untuk membolehkannya beroperasi. Mengikut prinsip Vant Hoff syarat mula luluhawa kimia bertindak ialah pada suhu 10C dan setiap kali suhu meningkat sebanyak 10C maka kadar tindakbalas kimia batuan akan turut meningkat 2 atau 3 kali ganda. Litupan ais dan glaser akan mencair apabila menerima sinaran suria yang tinggi. Proses pencairan ini membolehkan tenaga haba diserap. Pencairan glasier yang banyak menyebabkan kadar hakisannya akan berganda terutamanya pada musim panas. Tenaga suria akan mempengaruhi perbezaan suhu dalam atmosfera dan seterusnya kadar tiupan angin. Syarat yang membolehkan angin bertiup ialah mesti ada perbezaan tekanan udara. Perbezaan tekanan udara ini wujud akibat perbezaan suhu atau tenaga haba di antara dua tempat. Mengikut hukum Boyle, apabila suhu tinggi maka tekanan udara menjadi rendah dan

3. Proses pertumbuhan plankton dan terumbu karang.

4. Proses luluhawa batuan.

5. Proses pencairan dan hakisan glasier.

6. Proses pergerakan angin.


apabila suhu rendah maka tekanan udara menjadi tinggi. Angin akan bertiup dari tekanan tinggi ke tekanan rendah. Semakin besar perbezaan tekanan ini atau semakin besar perbezaan suhu maka angin akan bertukar menjadi ribut, taufan, tornado dan sebagainya. Haba suria mempengaruhi peningkatan dan penurunan suhu permukaan laut (SST) Proses thermoklin/pembuakan arus laut akan berlaku yang akan melemahkan tiupan angin dari laut. Cuaca menjadi lebih panas (El Nino). Apabila suhu jatuh, cuaca menjadi lebih sejuk fenomena La Nina.

7. Proses/Fenomena El Nino dan La Nina.

Pemarkahan : 5 isi x 2 markah = 10 Markah

MAX 10

c). Jelaskan pengaruh tenaga suria terhadap aktiviti manusia di kawasan Tropika Lembab [ 12 Markah] Judul Isi Jawapan 1. Aktiviti pertanian Huraian dan contoh
Tenaga suria yang cukup - Menjamin tumbesaran tanaman proses fotosistesis dengan sempurna. Pengeluaran bunga dan buah yang baik dan berkualiti Produktiviti hasil tanaman seperti padi, kelapa sawit, susu getah, tembakau, buahan dll meningkat Membantu aktiviti penuaian hasil seperti penuaian padi, menoreh getah dsb. Tenaga suria yang cukup/terik menjamin proses pengeringan hasil pertanian dengan sempurna seperti pengeringan padi, koko, kopi, kelapa (kopra) dll. Sinaran suria yang tinggi menjadi daya tarikan pelancong asing ke kawasan Tropika lembab untuk aktiviti berjemur, skuba dan snorkling. Sinar suria amat mempengaruhi nilai suhu setempat dan seterusnya nilai suhu yang berbeza akan mempengaruhi aktiviti pelancongan. Contohnya di Malaysia, kawasan seperti Cameron Highland, Bukit Fraser dan Genting Highland menjadi

Markah

2. Aktiviti pelancongan

3. Aktiviti perikanan

destinasi pelancong kerana suhunya yang sejuk. Tenaga suria amat penting mempengaruhi suhu air dan arus laut. Sinaran tenaga suria yang tidak berlebihan atau berkurangan menyebabkan suhu air laut menjadi sederhana. Kawasan air laut yang bersuhu sederhana di sekitar 20C merupakan kawasan yang kaya dengan sumber perikanan dan menjadi kawasan yang produktif dengan aktiviti perikanan. Aktiviti penangkapan ikan banyak dilakukan pada musim panas berbanding dengan musim tengkujuh khususnya di pantai timur semenanjung.

4. Aktiviti industri kecil dan sederhana (IKS)

Tenaga suria amat penting dalam industri kecil dan sederhana seperti industri pengeringan ikan, pengeringan batik, pembuatan pasu dan lain-lain. Produk IKS di atas perlu dikeringkan dalam cuaca panas. Kos pengeringan menjadi murah tenaga percuma.
Tenaga suria menjamin tumbesaran pokok balak dengan sempurna sehingga matang. Aktiviti penebangan dan pengangkutan keluar kayu balak dilakukan pada musim panas kerana untuk mengelakkan jalan licin dan becak jika dilakukan pada musim hujan Pada masa ini tenaga suria menjadi sumber tenaga alternatif yang utama bagi menggantikan sumber petroleum dan gas asli terutamanya untuk kegunaan isi rumah. Ini kerana sumber tenaga ini boleh dijana dengan mudah, murah, bersih, mesra alam dan tidak akan habis atau berterusan sepanjang masa selagi adanya matahari. Penggunaan tenaga suria telah banyak digunakan oleh negara-negara maju. Di kawasan Khatulistiwa sendiri khususnya Malaysia, tenaga suria amat berpotensi untuk dibangunkan kerana jumlah sinar suria yang diterima adalah begitu banyak dan sentiasa tinggi sepanjang tahun.

5. Aktiviti pembalakan.

6. Penjanaan tenaga alternatif

Pemarkahan : 6 isi x 2 markah = 12 Markah

MAX 12

Tajuk 2 : Tenaga dan Peranannya


Skema Jawapan: a) Bezakan maksud bahangan suria dengan bahangan terestrial. Bahangan Suria
Dikenali sebagai bahangan matahari. Dipancarkan waktu siang. Dalam bentuk gelombang pendek

[ 4 Markah] Marka h
2

Bahangan Terestrial
Dikenali sebagai bahangan bumi. yang dipantulkan waktu malam. Dalam bentuk gelombang panjang

2 Markah

2 Markah

MAX 4

b) Dengan bantuan gambarajah lakar, huraikan pengaruh tenaga suria terhadap struktur tumbuhan semulajadi di kawasan Tropika Lembab. [ 13 markah ] Penerimaan kadar tenaga suria yang berbeza menyebabkan struktur tumbuhan semulajadi (Hutan Hujan Tropika) boleh dibahagikan kepada empat iaitu : Struktur Hutan Hujan Tropika Lapisan-lapisan Lapisan 1: Lapisan Emergen (lapisan atas)

Lapisan Kanopi.

Lapisan

Lapisan Tengah

Lapisan

Lapisan 4 : Lapisan lantai hutan.

Penjelasan: Judul isi Jawapan 1, Lapisan Emergen/Atas.

Huraian dan Contoh Intensiti tenaga matahari yang banyak membolehkan pokok menjulang tinggi (melebihi 55 meter) dan bersaiz besar. Susun lapis pokok berbentuk payung. Jarak antara pokok jauh. Proses fotosistesis berlaku tanpa halangan. Contoh pokok balak seperti tualang, meranti, seraya, cengal dll. Kadar penembusan tenaga matahari semakin berkurangan akibat halangan lapisan emergen tetapi masih terdedah dengan banyak. Menjadikan lapisan pokok padat, tebal, berbatang lurus dan bercabang dibahagian atasnya kerana sentiasa bersaing untuk mendapatkan cahaya matahari. Jarak antara pokok dekat dan sederhana tinggi (antara 25 hingga 45 meter) Contoh pelbagai jenis pokok balak yang masih muda. Kadar penembusan cahaya matahari semakin sedikit. Cahaya matahari dipintas oleh lapisan kanopi dan memasuki di celah-celah daun. Oleh itu tumbuhan di lapisan tengah hidup di bawah naungan, kurang mendapat cahaya matahari menyebabkan pokoknya rendah dan kecil. Contohnya pokok palma. Terdapat juga pokok memanjat/liana seperti rotan bagi tujuan mendapatkan cahaya matahari. Kadar penembusan cahaya matahari amat sedikit. Tumbuhan yang tumbuh amat jarang dan berumpun mengikut penembusan cahaya matahari. Terdiri dari paku pakis dan pakma, kulat dan organisma pengurai. Contohnya bunga Reflesia.

Markah

2. Lapisan Kanopi

3. Lapisan Tengah

4. Lapisan bawah/Lantai Hutan.

Pemarkahan: Melukis dan melabel rajah lakar/struktur hutan = 4 Markah 6

Huraian : Sekurang-kurangnya 3 lapisan x 3 Markah = 9 Markah (Huraian : MAX 9 markah + Rajah MAX 4 markah )

MAX 13

c) Jelaskan peranan tenaga suria terhadap aktiviti pertanian di kawasan Tropika Lembab. [ 8 markah ]
Judul Isi Jawapan 1. Produktiviti/hasil pertanian meningkat. Huraian dan Contoh Tenaga suria yang cukup - Menjamin tumbesaran tanaman proses fotosistesis sempurna. Pengeluaran bunga dan buah yang baik dan berkualiti Produktiviti hasil tanaman seperti padi, kelapa sawit, susu getah, tembakau, buahan dll meningkat Tenaga suria sepanjang masa menyebabkan proses penanaman dapat dijalankan sepanjang tahun. Tidak terggangu sepertimana kawasan empat musim. Membantu aktiviti penuaian hasil seperti penuaian padi, menoreh getah dsb. Tenaga suria yang cukup/terik menjamin proses pengeringan hasil pertanian dengan sempurna seperti pengeringan padi, koko, kopi, kelapa (kopra) dll. Taburan tenaga suria yang tinggi di kawasan tropika meningkatkan kadar sejatan dan pepeluhan bagi membekalkan air hujan kepada tanaman seperti padi dan sayuran. Tenaga suria yang terik juga meningkatkan proses sejat peluhan mengeringkan air di kawasan sawah padi, mempercepatkan padi masak. Tenaga suria yang tinggi/cuaca panas memudahkan aktiviti pembakaran tapak pertanian seperti jerami padi, sisa ladang tebu, sisa ladang kelapa sawit bagi menghasilkan baja asli/organik untuk tanaman seterusnya. Cuaca yang panas dan lembab juga mempercepatkan proses pereputan sisa organik untuk menghasilkan humus yang subur lepada tanaman. Markah

2. Membantu proses penanaman dan penuaian hasil.

3. Mengawal bekalan air kepada tanaman.

4. Mengekalkan kesuburan tanih.

Pemarkahan : 4 isi x 2 Markah = 8 Markah

MAX 8

You might also like