You are on page 1of 5

PENDAHULUAN

Ibadah adalah perkara penting dalam kehidupan manusia. Ibadah menjadi penghubung antara hamba dengan Allah SWT dan ia merangkumi semua kegiatan manusia dari segi rohani dan jasmani. Perkara asas yang menjadi syarat penting sesuatu amalan itu dikira sebagai ibadah ialah aspek kepatuhan kepada Allah dan Rasul-Nya, pelakunya seorang yang beriman serta melaksanakannya dengan niat kerana Allah SWT dan tidak terkeluar daripada peraturan yang ditetapkan oleh syarak. Pelaksanaan ibadah bertujuan untuk memenuhi matlamat penciptaan manusia itu sendiri seperti dalam firman Allah swy dalam surah al-Zariyat ayat 56 yang bermaksud: Dan (ingatlah!) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepada-Ku.

KONSEP IBADAH

Pengertian Ibadah
Dari segi bahasa, ibadah bermakna merendah diri, tunduk, patuh, taat dan memperhambakan diri kepada yang lain. Mengikut istilah syarak, ibadah bermakna taat, patuh serta merendahka diri sepenuhnya kepada Allah SWT, mengikut segala peraturan dan suruhan Allah berlandaskan Al-Quran dan sunnah Rasul. Petauhan hendaklah dilakukan berterusan sepanjang hayat. (JAKIM, 2008). Asas ibadah ialah tunduk dan cinta kepada Allah dan kepatuhan berasaskan perasaan sedar terhadap keesaan Allah dan kekuasaannya. Kecintaan pada Allah ialah kepatuhan yang lahir daripada rasa cinta kepada Allah berdasarkan keyukuran di atas limpah kurnia-Nya. kecintaan ini juga lahir dari rasa kagum terhadap kemuliaan dan kesempurnaan Allah.

Ciri- ciri Ibadah


Ibadah yang dilaksanakan mempunyai ciri- ciri tertentu yang akan membezakan antara ibadah dan adat dan juga ibadah orang Islam dan bukan orang Islam. Antara ciri- ciri ibadah ialah perhubungan manusia dengan Allah secara terus dan tidan perlu perantaraan seperti agama lain. Pelaksanaan ibadah atau pengibadahan tidak dibataskan di tempat- tempat tertentu seperti mana agama lain yang hanya fokus pada satu tempat ibadah. Ciri ibadah juga ialah ibadah meliputi semua aspek kehidupan dengan syarat- syarat tertentu iaitu selaras dan tidak bercanggah dengan hukum syarak. Ianya dilakukan dengan niat kerana Allah dan mengutamakan ibadah yang wajib.

Pembahagian Ibadah

Ibadah sememangnya terbahagi kepada dua iaitu ibadah khusus dan ibadah umum. Ibadah khusus ialah ibadah yang melibatkan hubungan manusia dengan Allah yang dilaksanakan untuk mendekatkan diri manusia dengan Allah. Ibadah khusus ini terbahagi kepada dua iaitu ibadah wajib dan ibadah sunat. Ibadah wajib ialah ibadah yang wajib dilaksanakan setiap muslim yang telah mencukupi syarat- syaratnya. Bagi yang meninggalkan ibadah wajib ini akan mendapat dosa dan yang melakukannya mendapat pahala. Ibadah wajib ini mesti dilakukan dengan sempurna mengkut syarat dan tertib yang ditetapkan supaya ibadah itu diterima Allah SWT. Antara ibadah khusus yang wajib ialah mendirikan solat lima waktu sehari semalam, menunaikan zakat, berpausa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji jika berkemampuan. Ibadah khusus sunat ialah ibadah- ibadah yang digalakkan oleh Islam dan ibadah sunat ini jika dilakukan akan mendapat pahala dan apabila meninggalkannya tida mendapat dosa. Contoh ibadah khusus sunat ialah sedekah, puasa sunat, solat sunat, akikah dan sebagainya. Ibadah umum ialah segala urusan kehidupan yang melibatkan hubungan sesama manusia dan makhluk lain. Ia dilaksanakan ikhlas kerana Allah dan menepati syarat- syaratnya. Ibadah umum juga terbahagi kepada dua iaitu ibadah umum wajib dan ibadah umum sunat. Anatar contoh ibadah umum wajib ialah memberikan nafkah kepada ahli keluarga, mendidik anak dan tanggungan serta menjaga keselamatan keluarga. Contoh ibadah umum sunat ialah menghubungkan silaturrahim, menziarahi keluarga dan sahabat handai, menjaga kebersihan rumah, bertegur sapa dan memelihara kata- kata. Ibadah- ibadah yang terkandung dalam kategori khusus dan umum terbahagi kepada dua iaitu fardhu ain dan fardhu kifayah. Fardhu ain merupakan ibadah- ibadah yang wajar dilaksanakan oleh setiap individu. Meninggalkan tuntutan fardhu ain akan mendatangkan dosa kepada seseorang individu. Contoh ibadah fardhu ain ialah solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, memberi nafkah kepada anak dan isteri serta mendidik anak- anak yang

menjadi amanah. Fardhu kifayah ialah ibadah yang dituntut supaya dilaksanakan oleh sebahagian anggota masyarakat. Ahli masyarakat bertanggungjawab melaksanakan fardhu kifayah dan sekiranya ia gagal dilaksanakan atau tidak dilaksanakan, keseluruhan ahli masyarakat akan mendapat dosa. Jika sebahagian ahli masyarakat telah melaksanakannya, maka setiap individu terlepas dari tanggungjawab tersebut. Contoh fardhu kifayah ialah pengurusan jenazah, melaksanakan amar makruf nahi mungkar dan berdakwah.

Peranan Ibadah dalam Kehidupan

Ibadah khusus solat lima waktu, puasa, zakat dan haji memainkan peranan yan enting dalam kehidupan. Solat fardhu lima kali sehari meingatkan seseorang itu bahawa dia adalah hamba Allah dan hanya kepada-Nya tempat untuk megabdikan diri dan memperolehi keredhaan-Nya. Ibadah solat juga dapat menjadikan insan berdisiplin dalam menjalankan tugas. Ibadah puasa pula menimbulkan perasaan takwa kepada Allah sehinggakan kita tidak membatalkannya walaupun bersendirian. Manusia tidak akan membuat perkara tidak baik walau di mana pun berada. Zakat melahirkan insan yang sentiasa bersyukur dan meningatkannya bahawa harta adalah amanah daripada Allah SWT. Ia hendaklah diuruskan dan digunakan mengikut landasan syarak yang dibenarkan. Ibadah Haji pula melahirkan perasaan cinta dan kasih kepada Allah dan bersedia berkorban untuk-Nya. Ibadah haji juga melahirkan rasa sama taraf di sisi Allah antara sesama manusia tanpa mengira bangsa, pangkat dan kedudukan. Ibadah ini akan menjadikan manusia menjaga hubungan dan memahami tujuan hidup mereka adalah mendapat keredhaan Allah. Ibadah umum juga mempunyai peranan dalam kehidupan individu dan keluarga. Ia dapat meningkatkan keimanan seseorang serta menjadi penghalang diri dari melakukan perkara keji yang dilarang Allah. Ibadah umum merupakan cara hidup yang melengkapi semua kegiatan manusia. Dari aspek rohani, ia dapat membentuk akhlak yang mulia dan peribadi yang luhur dan dapat menghindarkan seseorang daripada

gangguan mental, emosi dan jiwa. Manakala dari segi jasmani, seseorang itu dapat menjalani gaya hidup sihat dan bersistem. Matlamat terakhir hasil daripada pelaksanaan ibadah ini adalah untuk mendapatkan rahmat dan keredhaan Allah SWT. Kelebihan melaksanakan ibadah telah disebut dalam Al-Quran seperti firman Allah dalam surah al-Ahqaf ayat 13-14 yang bermaksud: sesungguhnya orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata, Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul ( dengan pengakuan iman dan tauhidnya itu), maka tidak ada kebimbangan ( dari sesuatu yang tidak baik) terhada mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. Merekalah ahli syurga, tetap kekallah mereka di dalamnya, sebagai balasan amal- amal soleh yang mereka telah kerjakan.

You might also like