You are on page 1of 7

TEMA 5: SISTEM EKOLOGI (Tajuk : Konsep- Konsep Asas Sistem Ekologi)

A. Konsep Ekologi dan Ekosistem.

1. Ekologi ialah kajian tentang hubungan antara organisma hidup dengan alam persekitarannya. Semua hidupan terpaksa saling bergantung sesama sendiri dan juga bergantung dengan persekitarannya dalam komuniti masing-masing atau dengan komuniti lain. Dalam ekologi tempat tiggal organisma ini dipanggil sebagai habitat. Justeru, konsep penting dalam ekologi ialah Saling bergantung atau saling berinteraksi antara hidupan-hidupan dan juga antara hidupan dengan bukan hidupan yang tinggal dalam sesuatu habitat itu serta interaksi dengan hidupan dalam habitat yang lain. 2. Istilah ekosistem pula mula-mula diperkenalkan oleh A.G.Tansley pada tahun 1935. Istilah ekosistem ini lahir daripada kombinasi antara konsep Ekologi dengan Sistem. Ekosistem adalah pecahan unit-unit kecil yang dikaji dalam sistem ekologi. Oleh kerana ekologi itu lebih luas maka ekosistem adalah bersifat lebih kecil/mikro dan ianya merupakan sub-sub kepada ekologi. Contohnya ekosistem hutan, ekosistem paya, ekosistem muara, ekosistem tanah tinggi, ekosistem tasik atau kolam, ekosistem muara, ekosistem pertanian, ekosistem Bandar dan lain-lain lagi. Namun begitu daripada segi prinsip, ciri dan kaedahnya adalah sama sahaja antara ekologi dengan ekosistem. Sepertimana ekologi, ekosistem juga mengkaji saling interaksi antara organisma-organisma yang hidup dalam sesebuah ekosistem itu dengan komponen persekitarannya.

B.

Komponen-Komponen Ekosistem dan Fungsinya.

Mengikut Odum (1971), komponen asas yang membentuk sesebuah ekosistem adalah terbahagi kepada dua iaitu: Komponen biotik (Komponen hidupan) yang terdiri daripada pengeluar, pengguna dan pengurai dan juga komponen abiotik (Komponen bukan hidupan) seperti udara, air, mineral, tanah dan termasuk juga pelbagai jenis gas seperti karbon, nitrogen,oksigen dan lain-lain. Sebenarnya jika kita membahagikan sesebuah ekosistem itu kepada komponen biotik dan abiotik maka pendekatan yang kita gunakan untuk menganalisis sesebuah ekosistem itu ialah pendekatan fungsi (fungsional). Berdasarkan pendekatan fungsional, komponen-komponen biotik dan abiotik ini amat bergantung kepada input tenaga matahari sebagai sumber penggerak utama dan kedua-duanya saling bergantung antara satu sama lain.

Komponen Biotik:
1. Komponen biotik atau komponen hidupan di dalam sesebuah ekosistem boleh dipecahkan kepada tiga peringkat iaitu peringkat pengeluar, pengguna dan juga pengurai. Tumbuhan dianggap sebagai pengeluar kerana ia mampu memproses makanannya sendiri dan ia pula menjadi makanan kepada pengguna-pengguna yang lain. Dalam hal ini tumbuhan dipanggil sebagai organisma autotrof iaitu segala jenis tumbuhan yang boleh menghasilkan bahan makanan khususnya dalam bentuk karbohidrat. Tumbuhan berupaya menghasilkan makanannya sendiri melalui proses fotosistesis dengan syarat adanya tenaga matahari. 2. Kumpulan pengguna pula boleh dipecahkan kepada tiga peringkat iaitu pengguna primer atau herbivor yang terdiri daripada hidupan atau haiwan yang memakan tumbuh-tumbuhan dan bergantung sepenuhnya kepada tumbuhan tersebut seperti ulat, pelbagai jenis serangga, arnab, rusa, kijang, seladang

dan sebagainya. Hidupan ini dipanggil sebagai organisma fagotrof iaitu kumpulan haiwan yang memakan bahan-bahan makanan yang telah dihasilkan oleh organisma autotrof seperti memakan pucuk, bunga dan buah. Peringkat ke dua ialah pengguna sekunder atau karnivor iaitu haiwan yang menjadikan herbivor sebagai sumber makanannya. Ini termasuklah harimau, singa, ular, serigala, dubuk, burung hering dan lain-lain lagi yang bersifat magin (makan daging). Ke tiga ialah penggina tertier atau dikenali juga sebagai omnivor iaitu terdiri daripada organisma hidupan yang memakan tumbuhan dan juga daging misalnya orang-orang asli yang tinggal di dalam hutan. 3. Kumpulan pereput dan pengurai pula dikenali sebagai organisma saprofit iaitu mikro organisma seperti bakteria, kulat dan beberapa jenis protozoa. Mikro organisma ini berfungsi menguraikan bahanbahan organik yang telah mati dan reput dalam sesebuah ekosistem lalu menghasilkan pula nutrien-nutrien bukan organik yang amat berguna kepada pengeluar atau tumbuhan seperti nitrogen, fosforus, karbon, potassium dan sebagainya. Nutrien atau zat-zat galian yang terhasil ini akan digunakan oleh tumbuhan sebagai sumber makanannya untuk membolehkan ia tumbuh dan membesar.

Komponen Abiotik
Komponen abiotik atau komponen bukan hidupan di dalam sesebuah ekosistem boleh dibahagikan kepada empat jenis yang utama iaitu; pertama ialah air, ke dua ialah tanah, ketiga ialah udara dan ke empat ialah bahan-bahan nutrien atau dikenali juga sebagai bahan mineral (zat galian). Komponen bukan hidup ini amat penting kepada sesebuah ekosistem kerana ia menjadi habitat atau tempat tinggal kepada komponen hidupan. 1. Air adalah komponen semulajadi yang terdapat di dalam sesebuah ekosistem. Air merupakan petunjuk utama adanya hidupan dalam sesebuah ekosistem ,tanpa air sesebuah ekosistem itu boleh dianggap mati. 75% daripada permukaan bumi ini dilitupi oleh air samada air laut, sungai, tasik, kolam semulajadi dan sebagainya. Daripada segi ekosistem ini bermakna 75% daripada muka bumi ini adalah terdiri daripada ekosistem yang berair (ekosistem akuatik 2. Tanah adalah terhasil daripada perluluhawaan terhadap batuan. Hasil luluhawa samada secara fizikal atau kimia dikenali sebagai regolit yang akhirnya menjadi tanah atau tanih. Tanah amat penting kepada sesebuah ekosistem dalam konteks menyediakan bahan-bahan nutrien. Di dalam tanahlah bahanbahan nutrien itu berada dan bahan-bahan nutrient yang berada di dalam tanah ini akan digunakan oleh tumbuhan sebagai zat-zat galiannya untuk tumbuh dan membesar. Dengan itu tanah menjadi storan nutrien-nutrien atau zat-zat galian yang kelak akan menentukan kesuburannya. 3. Udara atau atmosfera penting sebagai pembekal pelbagai jenis gas khususnya oksigen dan karbon dioksida kepada organisma hidup dalam ekosistem. Lapisan atmosfera yang paling penting ialah, lapisan troposfera. Ini kerana di dalam troposfera inilah adanya pelbagai jenis gas yang amat berguna kepada hidupan dibumi seperti gas oksigen (21%), nitrogen (78%), karbon dioksida (0.03%) dan gas-gas nadir yang lain seperti helium, neon dan sebagainya yang berjumlah (1%) sahaja. Selain itu di dalam lapisan troposfera ini juga adanya simpanan wap-wap air yang boleh berubah menjadi titisan-titisan hujan yang membekalkan pula air kepada hidupan di bumi. Gas oksigen amat berguna untuk menentukan kehidupan di permukaan bumi. Tanpa gas oksigen dalam udara maka tidak akan ada hidupan, sekaligus tidak akan ada ekosistem di permukaan bumi. 4. Nutrien terdiri daripada bahan-bahan kimia yang ada di dalam sesebuah ekosistem. Diantaranya seperti karbon, fosforus, nitrogen, sulfur, feram, magnesium dan sebagainya. Setiap nutrien ini mempunyai peranaannya yang tersendiri terutama sekali kepada tumbuh-tumbuhan. Begitu juga dengan nutrient-nutrien yang lain yang akan diambil oleh akar tumbuhan sebagai bahan makanan kepada tumbuhan tersebut untuk tumbuh dan membesar dengan sempurna.

C.
1.

Rantaian dan Siratan Makanan.


Rantaian makanan merujuk kepada

pemindahan atau aliran tenaga, elemen-elemen kimia dan beberapa jenis sebatian daripada satu organisma kepada organisma yang lain di sepanjang aliran itu berlaku dalam proses makan-memakan atau mangsa pemangsa. Ia melibatkan aras trofik yang berbeza bermula dari pengeluar ke pengguna hinggalah ke
pereput atau pengurai yang berlaku di dalam sesebuah ekosistem. Biasanya rantaian makanan bermula dengan tumbuhan yang membuat makanannya sendiri menerusi proses fotosistesis. Tumbuhan akan mengeluarkan daun, bunga dan buah yang akan dimakan oleh haiwan herbivor, haiwan herbivor akan dimakan oleh haiwan karnivor dan haiwan karnivor ini pula mungkin dimakan oleh haiwan omnivor. Akhirnya apabila semua organisma hidup ini mati ia akan direput dan diuraikan oleh pereput dan pengurai seperti bakteria dan protozoa menjadi nutrient-nutrien tanah yang akan digunakan pula oleh tumbuhan untuk hidup dan membesar. Justeru itu ia membetuk satu litar yang lengkap yang bermula dengan tumbuhan dan akhirnya kembali kepada tumbuhan. Sebagai contoh satu rantaian makanan yang mudah dalam ekosistem hutan adalah seperti rajah di bawah: Rajah: Rantaian makanan yang mudah

Matahari
Tenaga

Pengeluar Tumbuhan hijau- daun Bunga dan buah

Pengguna: Haiwan herbivor -----Karnivor ------ Omnivor

Pereput/Pengurai Bakteria dan Protozoa Rantaian makanan agak berbeza dengan siratan makanan daripada segi arah pergerakannya. Rantaian makanan bersifat sehala, lurus dan mudah manakala siratan makanan haluannya adalah rencam dan kompleks 2. Siratan makanan pula lebih kompleks sifatnya. Ia tidak lagi bergerak sehala sepertimana rantaian makanan tetapi berlaku keadaan silang menyilang antara organisma-organisma yang hidup dalam sesebuah ekosistem itu . Sesuatu organisma itu boleh menjadi mangsa atau pemangsa bukan kepada satu organisma sahaja tetapi kepada banyak organisma. Malah peluang untuk sesuatu organisma itu untuk menjadikan dirinya pemangsa atau mangsa adalah sama banyak. Pada ketika ia memakan organisma yang lain ia juga boleh dimakan oleh organisma yang lebih besar, malah organisma yang dimakan olehnya itu juga boleh dimakan oleh organisma yang lain. Dalam keadaan dunia realiti, sebenarnya siratan makanan adalah lebih banyak kedapatan berbanding dengan rantaian makanan. Oleh kerana siratan makanan ini bertindan lapis dan pelbagai arah dan rencam sifatnya maka ia juga dipanggil sebagai jaringan makanan. Lihat rajah di sebelah:

Rajah Satu contoh siratan atau jaringan makanan.

D.

Aliran Tenaga Dalam Rantaian dan Siratan Makanan.

1. Dalam rantaian makanan atau siratan makanan, matahari adalah punca utama yang membekalkan tenaga kepada sesebuah ekosistem. Ini kerana tumbuh-tumbuhan yang berfungsi sebagai pengeluar itu mendapat bekalan tenaga secara langsung dari matahari untuk memulakan proses fotosistesis. Tanpa tenaga matahari, proses fotosistesis tidak boleh bermula dan tidak mungkin berlaku dan ini bermakna rantaian makanan tersebut tidak akan terjadi. Justeru itu tenaga matahari merupakan tenaga utama untuk memula, menggerak, menjana dan meneruskan kelangsungan hidup sesebuah ekosistem. Tanpa tenaga matahari ekosistem sebenarnya tidak wujud. 2. Serentak dengan rantaian atau siratan makanan adalah berlaku aliran tenaga. Aliran tenaga sebenarnya merujuk kepada proses perpindahan tenaga dari satu aras trofik ke satu aras trofik yang lain apabila berlakunya situasi makan dan dimakan dalam sesebuah ekosistem itu. Makanan adalah sumber tenaga utama untuk komponen hidupan dalam sesebuah ekosistem. Tenaga yang disimpan dan mengalir dalam sesebuah ekosistem biasanya dalam bentuk tenaga kimia dan juga tenaga haba. Tenaga kimia akan disimpan manakala tenaga haba akan dibebaskan. Sebagai contoh mudah adalah seperti berikut. Apabila herbivor memakan tumbuhan maka tenaga kimia yang tersimpan dalam daun, bunga dan buah akan berpindah ke herbivor berkenaan. Sekiranya karnivor pula memakan herbivor itu maka tenaga kimia dalam badan herbivor akan berpindah ke badan karnivor dan apabila semua komponen hidupan ini mati, reput dan terurai maka tenaga kimia akan kembali ke tanah sebagai nutrien. Pada peringkat atau aras trofik yang berbeza dalam rantaian makanan ini akan berlaku pembebasan tenaga haba melalui proses pepeluhan (respirasi). Justeru itu wujud satu sirkit aliran tenaga yang berlaku serentak dengan rantaian makanan sesebuah ekosistem.

E.

Aras Trofik dan Piramid Ekologi.

1. Konsep aras trofik pula merujuk kepada aras-aras makanan dan pemakanan yang ada dalam sesebuah ekosistem secara berurutan. Bermula daripada bawah organisma hidup dalam sesebuah ekosistem boleh dibahagikan mengikut aras trofik yang selari dengan fungsi organisma berkenaan. Misalnya dalam sebuah ekosistem hutan hujan Tropika, tumbuhan semulajadi menduduki aras trofik yang pertama, diikuti oleh herbivor sebagai aras trofik yang ke dua, diikuti oleh karnivor sebagai aras trofik yang ke tiga dan omnivor sebagai aras trofik yang terakhir. Apabila kita susunkan secara herarki dari bawah naik ke atas sudah tentu daripada segi bilangannya akan dapat menunjukkan aras trofik yang pertama paling banyak dan aras trofik yang terakhir adalah paling sedikit bilangannya. Susunan herarki aras trofik dari bawah naik ke atas ini akan menghasilkan satu piramid yang dipanggil sebagai piramid ekologi. Lihat rajah di bawah. Rajah : Piramid Ekologi.

2.

Justeru itu sesebuah piramid ekologi akan dapat menunjukkan: a) b) c) d) Pengurangan bilangan organisma dari tapak piramid ke puncak piramid. Kehilangan tenaga bagi setiap peringkat atau aras-aras trofik yang berbeza. Perbandingan antara bilangan pengguna dengan bilangan pengeluar di dalam sesebuah komuniti. Herarki pengguna, iaitu pengguna terakhir berada pada aras yang paling tinggi.

F.

Keseimbangan Ekologi.

1. Di antara sifat semulajadi sesebuah ekosistem ialah ia mempunyai keupayaan pemulihan kendiri (self regulation) untuk sentiasa mencapai tahap keseimbangan. Keseimbangan amat penting dicapai oleh ekosistem untuk menjamin kestabilannya berkekalan. Sesebuah ekosistem yang tidak seimbang akan menimbulkan banyak masalah. Sebagai contoh jika ekosistem sungai tidak seimbang maka akan berlaku fenomena banjir atau kemarau. Keseimbangan sesebuah ekosistem dicapai apabila input tenaga dan bahan yang masuk ke dalam ekosistem tersebut adalah sama dengan output tenaga dan bahan yang keluar dari

ekosistem berkenaan. Tenaga dan bahan ini akan mengalami kitaran atau edaran yang lengkap dan sempurna di dalam ekosistem tersebut. Istilah keseimbangan yang sentiasa ingin dicapai dalam ekosistem ialah Keseimbangan Dinamik. Iaitu tahap keseimbangan yang sentiasa berubah-ubah mengikut gangguan yang berlaku dalam 2. sesebuah ekosistem. Oleh kerana ekosistem memiliki sifat pemulihan kendiri maka setiap gangguan yang menyebabkan ketidakseimbangan ekosistem akan sentiasa diatasi atau disesuaikan untuk kembali menuju ke tahap keseimbangan. Proses pemulihan kendiri untuk mencapai tahap keseimbangan ini mungkin mengambil masa yang lama. Sebagai contoh, bagaimana keseimbangan ekosistem dicapai boleh ditelitikan dari kes berikut. Musim kemarau dan hujan sering melanda sesebuah ekosistem hutan ragut yang dihuni oleh populasi herbivor dan juga populasi harimau. Kemarau akan mengurangkan bekalan makanan khususnya tumbuhan seperti rumput kepada herbivor. Ini menyebabkan binatang herbivor lapar, tidak bertenaga untuk berlari pantas dan mudah dimakan oleh harimau. Kesannya populasi herbivor dalam ekosistem tersebut berkurangan dan sebaliknya populasi harimau pula berlebihan. Apabila tiba musim hujan, tumbuhan rumput segar kembali yang membolehkan herbivor memperolehi bekalan makanan yang cukup untuk membesar, membiak dan amat bertenaga untuk berlari pantas. Ini akan mengurangkan pula bekalan makanan kepada populasi harimau sekaligus boleh mengurangkan pula jumlah harimau dalam ekosistem hutan itu. Pada masa populasi harimau mengalami pengurangan, populasi herbivor pula mengalami peningkatan melalui pembiakan dan akhirnya kedua-dua populasi ini akan mencapai keseimbangan kembali. Sekali lagi ketidakseimbangan ekosistem hutan berkenaan akan berubah menjadi seimbang semula.

G.

Kitar Nutrien.

1. Konsep Kitar Nutrien: Iaitu kitaran bahan kimia atau unsur kimia (bahan bukan organic) yang ada dalam sesebuah ekosistem. Ia berlaku secara berterusan dan berkesinambungan dalam edaran yang lengkap dan sempurna. Misalnya kitar oksigen, kitaran Nitrogen, kitaran fosforus, kitar hidrologi dan sebagainya. Bahan-bahan yang ada di dalam sesebuah ekosistem akan berkitar bersama-sama dengan kitaran makanan. Ia boleh berubah bentuk dan posisi yang akhirnya kembali ke tempat asalnya. 2. Sepertimana keseimbangan yang berlaku dalam kitaran tenaga sesebuah ekosistem maka kitaran nutrien atau kitaran bahan ini juga mesti mencapai tahap keseimbangan, jika tidak ekosistem itu menjadi tidak stabil. Dalam konteks ini input bahan yang masuk ke dalam sesebuah ekosistem mestilah sama banyaknya dengan output bahan yang keluar dari sempadan ekosistem tersebut. Dalam perbincangan ini, bukan semua kitaran bahan kimia atau nutrien akan dibincangkan. Perbincangan akan menumpukan kepada beberapa jenis kitaran yang utama sahaja seperti:

Soalan Latihan 1 a) Bezakan rantaian makanan dengan siratan makanan. [5 Markah] b) Dengan bantuan gambarajah, jelaskan bagaimana tenaga dialirkan melalui satu rantaian makanan yang mudah dalam sesebuah ekosistem hutan. [10 Markah]
c)

Jelaskan kepentingan ekosistem hutan tanah tinggi kepada persekitaran fizikal dan manusia.

[10 Markah]

You might also like