You are on page 1of 46

TEMA 5: SISTEM EKOLOGI (Tajuk : Kitar Nutrien)

A. Konsep Kitar Nutrien.

1. Konsep Kitar Nutrien: Iaitu kitaran bahan kimia atau unsur kimia (bahan bukan organic) yang ada dalam sesebuah ekosistem. Ia berlaku secara berterusan dan berkesinambungan dalam edaran yang lengkap dan sempurna. Misalnya kitar oksigen, kitaran Nitrogen, kitaran fosforus, kitar hidrologi dan sebagainya. Bahan-bahan yang ada di dalam sesebuah ekosistem akan berkitar bersama-sama dengan kitaran makanan. Ia boleh berubah bentuk dan posisi yang akhirnya kembali ke tempat asalnya. 2. Sepertimana keseimbangan yang berlaku dalam kitaran tenaga sesebuah ekosistem maka kitaran nutrien atau kitaran bahan ini juga mesti mencapai tahap keseimbangan, jika tidak ekosistem itu menjadi tidak stabil. Dalam konteks ini input bahan yang masuk ke dalam sesebuah ekosistem mestilah sama banyaknya dengan output bahan yang keluar dari sempadan ekosistem tersebut. Dalam perbincangan ini, bukan semua kitaran bahan kimia atau nutrien akan dibincangkan. Perbincangan akan menumpukan kepada beberapa jenis kitaran yang utama sahaja seperti:

Kitaran Nitrogen.
1. Nitrogen merupakan satu unsur kimia yang amat berguna sekali kepada hidupan. Bekalan nitrogen di dalam atmosfera yang diperlukan oleh organisma hidup dalam sesebuah ekosistem datangnya dari dua sumber penting iaitu bacteria dan alga pengikat nitrogen. Nitrogen dapat diperoleh najis dan buangan organisma hidup (perkumuhan) seperti ammonia, urea, asid urik, sebatian bernitrogen dan daripada pereputan bangkai haiwan. Lazimnya gas nitrogen memasuki rantaian makanan melalui akar-akar tumbuhan dalam bentuk ammonia atau nitrat. Apabila berada dalam tumbuhan, nitrogen akan bertukar menjadi molekul-molekul organik seperti asid amino, protein, asid nukleik dan vitamin. 2. Nitrogen tidak akan dihilangkan dalam proses pernafasan, tetapi ia dikumuhkan keluar melalui air kencing haiwan. Cara lain bagaimana nitrogen dilepaskan keluar daripada rantaian makanan ialah apabila hutan-hutan atau tumbuhan dibakar. Dengan cara pembakaran hutan ini maka nitrogen akan dibebaskan ke udara dalam bentuk gas nitrogen. Hasil perkumuhan haiwan yang mengandungi nitrogen boleh ditukarkan oleh organisma seni menjadi bentuk amino. Bentuk amino ini pula boleh diuraikan dari molekul-molekul organik lalu menghasilkan ammonia. Beberapa jenis bakteria khususnya Nitrosomonas boleh mengoksidakan ammonia menjadi nitrit. Tindakbalas ini boleh berlaku dimana-mana sahaja samada di dalam tanah atau di dalam air asalkan terdapat ammonia dan oksigen. Manakala bakteria jenis Nitrobacter boleh mencantumkan nitrit dengan oksigen lalu menghasilkan nitrat. 3. Bagi gas nitrogen yang ada dalam udara pula boleh ditukarkan kepada beberapa bentuk oksida melalui kilat. Apabila gas nitrogen terkena kilat ia akan bertukar menjadi nitrogen oksida dan nitrogen oksida ini pula boleh bercantum dengan air untuk menghasilkan nitrat. Satu perkara yang agak penting bagi kitaran nitrogen ialah peranan yang dimainkan oleh beberapa jenis bakteria, kulat dan alga biru-hijau. Mikro organisma ini berkeupayaan untuk mendapatkan gas nitrogen dalam udara dan mencantumkannya dengan gas hidrogen untuk menghasilkn gas ammonia. Sebahagian kecil daripada gas ammonia ini akan dikumuhkan keluar oleh mikro organisma berkenaan dan tertinggal di dalam tanah. Amonia dan nitrat yang ada di dalam tanah amat mudah dilarutkan di dalam air tanah dan mengalir bersama-sama aliran air bawah tanah menuju ke sungai, tasik, kolam dan sebagainya. 4. Kitaran nitrogen amat penting dalam pertanian. Ia menjadi asas dalam pengeluaran protein dan makanan-makanan yang mengandungi nitrogen yang dikeluarkan oleh kitaran nitrogen tanah. Secara

semulajadinya nitrat akan dikeluarkan secara perlahan-lahan di dalam tanah hasil tindakbalas mikrorganisma tertentu. Sebaik sahaja nitrat dikeluarkan ke dalam tanah maka ia akan digunakan oleh tumbuhan dan menukarkannya kepada protein. Lihat rajah 123 di sebelah untuk menunjukkan kitaran nitrogen yang lengkap. Rajah 123: Kitaran Nitrogen yang lengkap.

Kitaran Oksigen dan Kitaran Karbon Dioksida


1. Kitar Oksigen berlaku menerusi proses pernafasan atau respirasi haiwan dan manusia dengan proses fotosistesis oleh tumbuhan. Oksigen dibekalkan terus dari atmosfera untuk pernafasan haiwan dan manusia. Proses pernafasan/respirasi haiwan dan manusia akan membebaskan Karbon dioksida ke atmosfera. Karbon

dioksida yang dibebaskan oleh haiwan akan digunakan pula oleh tumbuhan hijau untuk melakukan proses fotosistesis. Menerusi fotosistesis tumbuhan pula akan membebaskan kembali oksigen ke atmosfera yang kelak digunakan pula oleh haiwan dan manusia. Proses ini berterusan dan berkitaran. Dalam keadaan semulajadi ianya berlaku dengan seimbang. 2. Justeru itu kitar oksigen dan kitar karbon dioksida tidak boleh dipisahkan. Kerana di dalam proses pernafasan dan fotosistesis ia melibatkan ke dua-dua unsur tersebut yang sudah terikat di antara satu sama lain dalam proses semulajadi. Pernafasan menggunakan oksigen dan membebaskan karbon dioksida. Karbon dioksida pula akan diguna oleh tumbuhan melakukan fotosistesis yang akan membebaskan kembali oksigen. Oksigen sebenarnya terikat dalam karbon dioksida semasa pernafasan haiwan dan manusia. Dalam proses fotosistesis karbon dioksida pula diikat dan digunakan oleh tumbuhan untuk membebaskan oksigen. Oksigen juga digunakan dalam pembakaran bahan api fosil seperti penggunaan petroleum dalam kenderaan lalu membebaskan karbon dioksida.

Kitaran Kalsium.
1. Kitaran mineral seperti kalsium, fosforus,sodium,potassium adalah lebih rapuh daripada kitaran oksigen dan nitrogen kerana ia wujud bukan dalam satu simpanan yang digunakan secara langsung. Bahan mineral ini disebut sebagai bahan sedimentasi (bahan enapan) yang berasal daripada fosil yang berubah menjadi mineral-mineral atau zat-zat galian. Bahan bahan mineral yang berada di dalam tanah ini mudah larut di dalam air tanah dan diresapkan kedalam sistem tumbuhan sebagai sumber makanannya. Setelah tumbuhan itu pula mati maka bahan-bahan mineral di atas akan kembali semula ke dalam tanah. 2. Kitar kalsium bermula di dalam tanah. Kalsium dikeluarkan oleh tumbuh-tumbuhan dan disimpan di dalam akar, batang, dahan dan daun. Apabila tumbuhan-tumbuhan tadi terkena air hujan maka air hujan akan melarutkan sedikit kalsium yang ada untuk mengembalikannya ke tanah, seterusnya kitar kalsium akan terus berlangsung apabila sistem akar tumbuhan menggunakan semula kalsium yang ada di dalam tanah berkenaan. Haiwan seperti serangga memperolehi kalsium apabila makan tumbuh-tumbuhan manakala burung pula akan memperolehi kalsium apabila memakan serangga berkenaan. Seterusnya kalsium yang dimakan oleh burung tadi akan disimpan di dalam cengkerang telur. Apabila telur menetas, cengkerangnya akan jatuh ke tanah dan kalsium akan kembali semula ke tanah. Begitu juga dengan haiwan-haiwan yang lain. Kalsium dalam badan haiwan tersebut akan tersimpan di dalam tulang dan gigi mereka. Apabila haiwan ini mati dan reput maka kalsium yang tersimpan di dalam tulang dan giri akan kembali semula ke tanah yang akan digunakan pula oleh tumbuhan sebagai sumber makanannya.

Kitaran Sulfur.
1. Sulfur juga banyak terdapat di dalam tanah berbanding dalam atmosfera. Sepertimana kalsium, sulfur boleh diserap masuk melalui akar-akar pokok dalam bentuk sulfat dan seterusnya boleh bergabung dengan molekul-molekul organic seperti asid amino dan protein. Selain itu sulfur juga boleh dikeluarkan daripada sumber makanan melalui najis dan pembakaran tumbuh-tumbuhan. Menerusi rantaian makanan, beberapa jenis bakteria boleh mengeluarkan hidrogen sulfida daripada tisu-tisu yang direputkan. Manakala di dalam udara nitrogen sulfida boleh dioksidakan menjadi sulfat oleh beberapa jenis bakteria yang lain pula. Seterusnya sulfat yang terhasil ini akan digunakan oleh tumbuh-tumbuhan. 2. Sulfat sukar dilarutkan di dalam air, tetapi jika terdapat feram (besi) bersama-samanya maka sulfat boleh bergabung dengan besi tersebut mewujudkan besi sulfida atau feram sulfida yang juga tidak akan larut dalam air. Seterusnya jika terdapat oksigen yang banyak maka ferum sulfida yang terhasil akan dioksidakan menjadi sulfat yang amat berguna sekali kepada organisma hidupan. Pembakaran tumbuhtumbuhan akan membebaskan gas sulfur dioksida ke udara. Di dalam udara gas sulfur dioksida seterusnya akan dioksidakan sekali lagi oleh oksigen menjadi sulfur trioksida yang seterusnya akan larut di dalam air hujan menjadi asid sulfurik. Hujan yang turun akan membawa bersama asid sulfurik dan apabila titisan

hujan menimpa tanah maka asid sulfurik akan diresapkan dan tersimpan kembali di dalam tanah. Lihat rajah 124 di sebelah untuk menunjukkan bagaimana kitaran sulfur terjadi.

Rajah 124: Kitaran Sulfur

Kitaran Fosforus.
1. Fosforus didapati di dalam alam sekitar dalam bentuk fosfat. Bentuk ini terdapat khususnya dalam batu hablur. Apabila batu itu dihakiskan maka fosfat yang terkandung di dalamnya akan mengalir keluar dan seterusnya boleh digunakan oleh organisma-organisma. Fosfat yang berlebihan pula boleh dilepaskan keluar daripada rantaian makanan dalam bentuk najis. Lihat rajah 125 di bawah yang menunjukkan kitaran fosforus.

Rajah 125: Kitaran Fosforus.

Unit 5.1.3 A.

Ekosistem Hutan Hujan Tropika.

Jenis-Jenis Ekosistem Hutan Hujan Tropika.

1. Hutan hujan Tropika atau disebut juga sebagai hutan lembab Tropika merupakan satu biome yang merangkumi pelbagai jenis ekosistem yang paling rumit di atas muka bumi ini. Walaupun ekosistem hutan hujan Tropika hanya meliputi 10% sahaja daripada kawasan daratan di muka bumi tetapi ia menampung antara 40% 50% daripada jumlah spesis yang ada di atas muka bumi ini. Kepelbagaian jenis ekosistem yang ada di dalam hutan hujan Tropika adalah disebabkan oleh terdapatnya kepelbagaian jenis tumbuhan semulajadi yang dipengaruhi pula oleh kepelbagaian jenis iklim yang wujud. Mengikut Van Steenis, tumbuhan semulajadi di kawasan hutan hujan Tropika boleh dibahagikan kepada dua kumpulan yang besar dan setiap satu kumpulan tersebut mengandungi ekosistem-ekosistem tersendiri seperti jadual di sebelah:

Jadual: Kumpulan Tumbuhan Semulajadi dan ekosistem-ekosistem Yang terdapat di dalam hutan hujan Tropika. Kumpulan Utama Ekosistem hutan hujan Tropika malar hijau (rain forest) Ekosistem hutan hujan tropika separa malar hijau. Kumpulan Persekitaran Khusus Ekosistem hutan paya air tawar Ekosistem hutan paya bakau Ekosistem tumbuhan pantai. Ekosistem hutan rawa Ekosistem hutan gambut. Ekosistem hutan di atas batu kapur. Ekosistem hutan gunung. Ekosistem hutan sekunder

B.

Ciri-Ciri Ekosistem Hutan Hujan Tropika Malar Hijau (Rain Forest).

1. Dalam konteks iklim, ekosistem ini dikenali sebagai hutan hujan khatulistiwa yang sebahagian besarnya meliputi Malaysia. Ekosistem hutan ini merupakan tumbuh-tumbuhan klimaks yang tumbuh di kawasan yang menerima hujan antara 2000 mm hingga 4000 mm setahun dan purata suhunya kira-kira 25C hingga 27C tanpa bezantara suhu harian yang ketara. Hutan hujan malar hijau ini merupakan biome yang mengalami keadaan iklim yang optima. Di Malaysia hutan ini tumbuh dengan subur kerana ia mempunyai jumlah hujan yang banyak kira-kira 1500 mm hingga 2500 mm setahun disamping purata suhu harian yang tinggi antara 26C hingga 27C. Namun begitu taburan dan komposisi hutan ini adalah berbeza-beza mengikut ketinggian muka bumi dari aras laut. 2. Daripada segi ekosistem, ciri hutan malar hijau Tropika yang paling ketara ialah kewujudan kepelbagaian biologi (biodiversiti) atau kepelbagaian spesis yang banyak walaupun di sebuah kawasan yang mikro keluasannya. Sebagai contoh di Malaysia terdapat kira-kira 7900 spesis pokok berbunga dan 1500 pokok berbiji di dalam hutannya dan di dalam kawasan seluas 1.6 hektar terdapat kira-kira 210 spesis yang berlainan. Justeru itu di dalam ekosistem hutan ini memang kaya dengan kepelbagaian spesis fauna dan flora. 3. Selain daripada kaya dengan kepelbagaian biologi, satu lagi ciri istimewa ekosistem hutan hujan Tropika malar hijau ini ialah sifatnya yang berlapis-lapis atau bersrata. Pada amnya terdapat empat lapisan utama seperti rajah 126 di bawah. Rajah 126: Profil ekosistem Hutan Hujan Tropika Malar Hijau yang menunjukkan empat lapisan.

Lapisan A:

Adalah lapisan tertinggi dengan ketinggian antara 40 50 meter dengan munculanmunculan pokok yang lurus dan tegak. Munculan pokok ini menunjukkan kedudukannya yang jauh lebih tinggi berbanding dengan kanopi hutan seluruhnya. Munculan pokok ini mungkin wujud secara sepokoksepokok atau secara berkumpulan. Silara pokok ini agak lebar dan berbentuk payung. Bentuk silaranya boleh diguna untuk mengenalpasti spesis pokok tersebut. Di Malaysia pokok-pokok ini mungkin terdiri daripada jenis pokok balak yang besar seperti Cengal, Meranti, Tualang, Keruing, Nyatoh dan sebagainya. Pokok tertinggi yang pernah direkodkan di Malaysia ialah daripada jenis Koompassia yang terdapat di Serawak yang ketinggiannya kira-kira 83.82 meter. Lapisan A biasanya menjadi habitat pelbagai jenis burung dan juga serangga seperti lebah.

Lapisan B:

Dikenali juga sebagai lapisan kanopi yang mempunyai ketinggian antara 25 hingga 30 meter. Di Malaysia, jenis pokok Hopea dan Vatica dari keluarga Dipterocarpaceau merupakan jenis pokok utama yang membentuk lapisan B. Silara pokok ini lazimnya bulat dan tidak selebar pokok-pokok munculan akibat halangan kemasukan cahaya matahari dari pokok munculan tersebut. Pokok-pokok yang berada di lapisan B inilah yang mempunyai banyak akar banir iaitu sejenis akar yang timbul di permukaan tanah.

Lapisan C:

Dikenali juga sebagai lapisan tengah yang mempunyai ketinggian antara 15 hingga 20 meter. Lapisan ini adalah lapisan paling padat yang terdiri daripada pokok-pkok yang berbatang kecil dan lurus. Selain itu lapisan ini juga terdiri daripada pokok-pokok dari jenis lapisan A dan B yang sedang membesar dan masih belum matang. Pokok-pokok kecil ini tumbuh perlahan-lahan kerana kekurangan cahaya matahari. Di lapisan C ini juga terdapat banyak tumbuhan epifit seperti orkid, lumut dan kulampair. Lapisan D: Lapisan D boleh dibahagikan kepada dua peringkat iaitu pertama, lapisan pokok renek di sekitar 5 meter ketinggiannya. Lapisan pokok ini menerima cahaya matahari yang sedikit akibat halangan daripada lapisan A, B dan C di atas dan ia merupakan habitat utama bagi monyet, tupai dan musang. Kedua ialah lapisan bawah atau dikenali juga sebagai lapisan lantai hutan. Lapisan ini agak jarang. Bagi lapisan lantai hutan yang tidak ditembusi oleh cahaya matahari maka tumbuhan tak berklorofil seperti saprofit dan parasit sahaja yang boleh tumbuh. Di antara contoh saprofit ialah Rafflesia yang mempunyai bunga yang besar. Manakala lapisan hutan yang ditembusi cahaya matahari akan ditumbuhi pokok-pokok renek yang berklorofil seperti pokok-pokok herba. 4. Selain itu di antara cirri-ciri lain dalam ekosistem hutan hujan Tropika ialah wujudnya persaingan antara pokok-pokok untuk mendapatkan cahaya matahari. Oleh sebab itu kebanyakan pokok bersifat tinggi, lurus dan hanya berdahan di bahagian atas sahaja. Untuk tujuan persaingan ini juga, terdapat sesetengah tumbuhan akan hidup bersama. Dalam istilah ekosistem ia dipanggil sebagai simbiosis. Simbiosis terbahagi kepada tiga jenis iaitu: a) b) c) Komensalisme iaitu satu perkongsian yang menunjukkan satu organisma mendapat faedah tanpa merugikan organisma yang satu lagi. Kesalingan iaitu kedua-dua organisma mendapat faedah. Parasitisme iaitu hanya satu organisma sahaja mendapat faedah manakala organisma yang satu lagi memperolehi kerugian.

Di antara contoh komensalisme ialah seperti pokok pepanjat dan epifit yang menggunakan pokok-pokok besar yang lain sebagai sokongannya tanpa mendatangkan kerugian kepada pokok perumah tersebut. Pepanjat mempunyai akar di dalam tanah dan hanya memerlukan sokongan (pokok-pokok besar) untuk

mendedahkan daunnya kepada cahaya matahari. Diantara contoh pokok pepanjat ialah seperti pokok rotan, akar tuba atau pokok pepanjat yang mempunyai sulur paut. Contoh-contoh bagi kesalingan pula ialah liken yang terdiri daripada kulat dan alga. Kedua-duanya tidak boleh dipisahkan dan hubungannya yang erat serta saling menguntungkan ini membolehkan kulat dan alga boleh hidup walaupun di kawasan yang kekurangan nutrient atau di kawasan suhu yang agak panas. Manakala parasit pula boleh memusnahkan pokok yang ditumpanginya dalam jangkamasa yang lama setelah koloninya membiak dan menawan cabang atau dahan pokok yang ditumpanginya itu. Diantara contoh parasit ialah pokok dedalu. 5. Hutan hujan Tropika yang begitu tebal dan lebat daunnya sudah pasti membekalkan bahan organik yang banyak apabila ia gugur ke tanah. Disokong dengan persekitaran yang sentiasa lembab telah menyebabkan mikro organisma amat aktif untuk mereput dan menguraikan bahan-bahan organik khususnya dedaun yang gugur tadi menjadi nutrient-nutrien tanah. Oleh sebab itu tidak hairanlah di dalam ekosistem hutan ini amat tebal dan kaya dengan lapisan humus.

C.

Komponen Biotik dan Abiotik serta Rantaian Makanan Yang Berlaku dalam Ekosistem Hutan Hujan Tropika.

1. Komponen biotik yang terlibat dalam ekosistem hutan hujan Tropika ialah seperti tumbuhan hijau yang bertindak sebagai pengeluar, pelbagai peringkat pengguna (herbivor seperti rusa, kijang, pelanduk, karnivor- seperti harimau, buaya, musang, dan omnivore seperti orang-orang asli ) serta pereput dan pengurai yang terdiri daripada kulat, protozoa dan alga. Manakala komponen abiotik termasuklah perkaraperkara berikut: a) Tenaga matahari: Yang membekalkan tenaga kepada pengeluar dan menjamin suhu yang tinggi sepanjang tahun antara 26 hingga 27C serta bezantara suhu hariannya kecil iaitu kurang dari 2C. b) Hujan. Pembekal utama sumber air kepada komponen biotik . Hujan turun dengan lebat kira-kira 2000 mm setahun dan tiadanya musim kemarau yang nyata. Disamping itu hujan ini juga menjamin udara yang lembab. c) Tanih. Yang berasal daripada batuan yang telah diluluhawakan secara luluhawa kmimia yang menghasilkan pelbagai jenis regolit atau tanih seperti tanah laterit, tanah liat, tanah pasir dan sebagainya. 2. Rantaian makanan dan aliran tenaga di dalam ekosistem hujan Tropika: Sila lihat rajah 127 di bawah. Rajah 127:Rantaian Makanan dan aliran tenaga di dalam Ekosistem Hutan hujan Tropika

Bagaimana tenaga dipindahkan dalam rantaian makanan bagi ekosistem hutan tropika. Tenaga dipindahkan terus dari matahari kepada pengeluar/tumbuhan-tumbuhan untuk proses fotosintisis. Daun pokok akan melakukan proses fotositesis untuk membuat makanan dan hasilnya ialah tenaga kimia yang akan disimpan oleh tumbuhan dalam bentuk karbohaidrat, protein, lemak dan asid tumbuhan. b) Tenaga kimia dan haba dipindahkan dari pengeluar/tumbuhan ke pengguna primer seperti arnab, burung, tikus,tupai dan rusa apabila haiwan-haiwan herbivor ini memakan tumbuhan yang kaya dengan karbohidrat,protein,lemak dan seterusnya membebaskan tenaga haba melalui respirasi. c) Tenaga kimia dan haba dipindahkan dari pengguna primer ke pengguna sekunder apabila haiwan karnivor memakan herbivor. D iantara contoh haiwan karnivor ialah seperti musang, ular, dan harimau .Tenaga kimia ini terus diperolehi daripada tisu-tisu badan haiwan herbivor. d) Tenaga kimia dan haba dari pengguna sekunder akan berpindah kepada pengguna tertier (Omnivor) iaitu apabila haiwan karnivor memakan karnivor yang lain atau memakan herbivor serta pengeluar. Diantara contoh omnivore ialah orang-orang asli yang tinggal di dalam hutan belantara. e) Organisma penghurai seperti bakteria dan kulat pula memperolehi tenaga kimia daripada molikulmolikul yang kaya dengan tenaga daripada tisu organisma/tumbuhan yang telah mati dan mereput. Mikrorganisma yang mereput dan menguraikan jisim organik yang mati ialah seperti kulat, bacteria, ulat dan cacing tanah. Bahan organic yang telah direput dan diuraikan akan menjadi humus serta nutrient-nutrien tanah yang kelak akan digunakan pula oleh tumbuhan sebagai sumber makanannya untuk hidup dan membesar di dalam ekosistem hutan hujan Tropika itu. a)

D. Peranan dan Kepentingan Ekosistem Hutan Forest)

Hujan Tropika (Rain

Peranan dan kepentingan ekosistem hutan hujan Tropika boleh ditinjau daripada dua aspek, utama iaitu kepentingannya kepada alam sekitar manusia dan juga kepentingannya kepada alam sekitar fizikal.

Kepentingan kepada alam sekitar manusia.


Dalam konteks alam sekitar manusia, hutan penting sebagai sumber ekonomi kepada penduduk dan juga negara. Di antara kepentingan yang boleh dibincangkan ialah: 1. Penting kepada sistem ekonomi tradisional yang masih bergantung kepada sumber hutan seperti masyarakat asli yang menjalankan aktiviti pertanian pindah, mengutip dan berburu. (Hunting and Gathering economy) Ekosistem hutan sebagai habitat atau tempat tinggal orang-orang asli disamping mereka menggunakan sumber-sumber hutan itu sendiri sebagai sumber makanan . Selain itu terdapat juga orang-orang asli yang menjual hasil-hasil hutan sebagai sumber ekonomi seperti hasil rotan, damar, akarakar kayu untuk perubatan dan sebagainya. Di Malaysia taburan orang-orang asli masih ramai di kawasan hutan atau kawasan pedalaman Sabah dan Serawak, pedalaman Pahang, Perak, Selangor dan juga Kelantan. 2. Penting untuk sektor pembalakan. Menghasilkan sumber kayu dalam pelbagai bentuk untuk kegunaan tempatan dan juga di eksport . Ini akan menghasilkan pendapatan negara khususnya melalui pendapatn eksport. Sebagai contoh negara Thailand dan Burma amat bergantung kepada pengeksportan

kayu jati mereka ke negara Jepun, USA, negara-negara Eropah dan sebagainya yang mempunyai nilai matawang yang lebih tinggi daripada mereka bagi memperolehi keuntungan dari tukaran mata wang. Di Malaysia terdapat 677 spesis pokok balak yang mempunyai nilai dagangan yang tinggi. Antaranya ialah seperti Chengal, Meranti, Seraya, Keruing, Balau, Sentang, Kempas, Merbau, Kapur, Keledang,Rengas, Tualang dan sebagainya.

3. Penting untuk sektor pelancongan (Eko-pelancongan) seperti hutan lipur, air terjun, kepelbagaian spesis fauna dan flora (biodiversity) yang menarik pelancong yang akan menambahkan pendapatan penduduk dan negara. Di Malaysia sebagai contoh, perkembangan pesat sektor pelancong amat dibantu oleh khazanah kepelbagaian biologi hutannya. Oleh itu kawasan hutan seperti Taman Negara di Pahang, hutan Endau rompin, Taman negara Sepilok di Sabah, hutan Belum di Perak,Taman Negara Bako, Taman Negara Mulu amat terkenal sebagai destinasi pelancongan utama yang mendatangkan pendapatan lumayan dari industri eko-pelancongan. 4. Membantu memajukan industri-industri yang berkaitan dengan sumber hutan (industri hiliran) seperti industri membuat perabot, industri pembinaan (perumahan) serta industri pengangkutan. Dengan adanya industri-industri ini maka kepelbagaian ekonomi dan rantaian ekonomi di sesebuah negara berkembang dengan pesat. Selain itu dengan adanya industri-industri yang berkaitan ini juga ia telah menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk dalam pelbagai sektor seperti pekerja kilang pemprosesan kayu balak, pekerja kilang perabot, pemandu di sector pengangkutan dan sebagainya. Ini akan menambahkan lagi pendapatan perkapita penduduk dan taraf hidup mereka sekaligus pengganguran dan kemiskinan dapat dikurangkan. 5. Menjadi kawasan tadahan air yang membekalkan air kepada empangan yang diproses untuk dijual kepada penduduk atau dieksport ke negara lain yang kelak menghasilkan pendapatan negara. Dalam kes ini Malaysia dan Singapura boleh dijadikan contoh. Sumber-sumber air di Johor telah diproses untuk dijual ke Singapura dan hasil jualan diperolehi sebagai sumber pendapatan eksport Negara.

Kepentingan Kepada Alam Sekitar Fizikal.


1. Hutan berfungsi sebagai habitat kepelbagaian biologi khususnya fauna seperti hidupan liar. Hutan sememangnya kaya dengan kepelbagaian spesis. Misalnya Hutan Hujan Amazon yang luasnya 0.5 billion hektar mempunyai berjuta spesis haiwan dan tumbuhan. Bagi satu hektar hutan Amazon terdapat 750 jenis spesis haiwan, dan 1,500 jenis spesis tumbuhan. Haiwan-haiwan ini boleh hidup, membesar dan membiak dengan sempurna di dalam kawasan hutan yang ekosistemnya stabil tanpa diganggu oleh manusia. Hutan menjadi habitat utama untuk haiwan membentuk lingkungan dan meneruskan generasinya. Tanpa gangguan dari aktiviti manusia maka haiwan boleh hidup, bersaing dan membesar dengan seimbang dengan sumber makanan yang ada di dalam hutan tersebut. Apabila habitat/hutan ini dimusnahkan maka pelbagai spesis haiwan juga turut musnah atau berlakunya penghijrahan spesis untuk mencari habitat yang baru yang terpaksa pula menghadapi persaingan di kawasan yang baru. Selain itu kemusnahan ekosistem terutamanya rantaian makanan akan terjadi. Apabila tumbuhan dieksploitasi, ia gagal menjalankan fungsinya sebagai pengeluar makanan kepada masyarakat pengguna hutan. Justeru pengguna primer (herbivor), sekunder (karnivor) dan tertiar (Omnivor) turut kehilangan sumber-sumber makanannya. 2. Perlindungan daripada hakisan tanah. Liputan tumbuh-tumbuhan melindungi tanih daripada hakisan percikan atau hempasan air hujan serta mengurangkan kadar hakisan larian air permukaan melalui cengkaman akar dan juga proses cegatan silaranya. Di kawasan hutan tebal halaju setiap titisan air hujan yang menimpa lantai hutan akan diperlahankan oleh silara-silara pokok yang berlapis-lapis. Kesannya air hujan lebih banyak meresap masuk ke dalam tanah berbanding dengan mengalir di permukaan. Selain itu sistem akar banir yang timbul di permukaan tanah akan menyekat atau memperlahankan halaju larian air permukaan. Ini akan menyebabkan struktur tanah di kawasan hutan tebal lebih stabil dan hanya mengalami kadar hakisan yang sedikit sahaja. Di Malaysia, peranan hutan dalam konteks mengawal kadar hakisan telah dikaji oleh beberapa penyelidik. Misalnya mengikut Low (1972) didapati kadar larian air permukaan

di kawasan hutan primer adalah berkurang sebanyak 40% hingga 50% berbanding dengan hutan sekunder. Kajian oleh Low di Legeh Sungai Lui, Selangor mendapati kadar pintasan oleh kanopi pokok adalah sebanyak 36% manakala kajian oleh Brunig (1970) di kawasan hutan dipterokarp Serawak mendapati kadar pintasan oleh kanopi hutan adalah sebanyak 35%. Ini bermakna kadar hakisan larian air permukaan di kawasan-kawasan hutan tebal dikurangkan oleh lapisan kanopi atau silara pokok.

3. Mengawal keseimbangan kitar hidrologi. Peranan hutan terhadap kitar hidrologi boleh dilihat daripada beberapa sudut. Pertama, peranannya sebagai kawasan tadahan air yang akan menentukan jumlah dan kapasiti sumber air dalam tanah dan seterusnya menjadi penentu kepada bekalan air sungai, tasik, kolam,paya dan empangan. Kedua peranannya untuk menyumbang kepada jumlah hujan tempatan melalui proses transpirasi. Ketiga peranannya terhadap discas (luahan) air sungai serta discas bahan enapan sungai. Kawasan hutan tebal berfungsi sebagai storan air atau kawasan tadahan air yang paling berkesan. Ini kerana hutan memainkan peranan yang berkesan untuk melarut-resapkan atau menyusupkan air hujan ke dalam tanah hingga ke lapisan akuifer. Semakin tebl hutan maka semakin tinggi kadar susupan dan seterusnya paras air tanah meningkat dan ini akan menjamin bekalan air yang berterusan kepada sungai, tasik, kolam dan sebagainya. Di kawasan hutan tebal juga berlakunya proses transpirasi yang berkesan untuk membebaskan wap-wap air ke udara. Wap-wap air inilah yang akan disejatkan ke atmosfera dan menjadi punca utama turunnya hujan pada skala yang kecil yang dikenali sebagai hujan tempatan. Dalam konteks discas air sungai pula hutan amat penting untuk mengawal aliran air supaya tidak berlakunya banjir atau kemarau. Hutan menyimpan atau memperlambatkan larian air permukaan ke sungai agar kapasiti air sungai tidak melimpahi tebingnya, hutan juga menyimpan air tanah supaya sungai tidak kekeringan air. Justeru itu di kawasan hutan sentiasa berlaku imbangan air. 4. Dalam konteks iklim mikro, peranan hutan untuk mengekalkan atau mengawal perubahan iklim mikro boleh ditinjau dari beberapa sudut seperti berikut: a) Mengurangkan kelajuan angin. Di kawasan hutan hujan tropika tiupan angin sentiasa tenang dan nyaman. Dengan perkataan lain angin sepoi-sepoi bahasa bertiup. Dirian pokok dan kanopinya mampu mengurangkan halaju angin dengan berkesan, dengan itu halaju angin ribut boleh diperlahankan. Kajian bandingan antara kawasan hutan dengan kawasan lapang telah dilakukan oleh Seopadmo (1984) di Pasoh, Negeri Sembilan. Kajian tersebut mendapati purata halaju angin di aras lantai hutan ialah 0.21 meter/saat, di aras ketinggian 25 meter pula nilai purata halaju angin ialah 0.31 meter/saat dan pada aras ketinggian 53 meter halaju angin ialah 1.58 meter/saat. Halaju ini jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan kawasan lapang yang puratanya ialah 2.13 meter/saat. b) Mengekalkan kelembapan udara. Hutan tebal dengan saiz daun yang lebat dan padat serta mendapat cahaya matahari yang cukup sudah tentu akan mengalami proses pepeluhan (transpirasi) dengan baik. Dengan itu wap-wap air banyak dibebaskan ke udara di dalam kawasan hutan tersebut. Wap-wap air ini pula tidak terus disejatkan ke atmosfera sebaliknya diperangkap oleh daun dan silara pokok yang tebal. Oleh itu kelembapan udara di kawasan hutan tebal adalah sentiasa tingigi. Di kawasan hutan hujan khatulistiwa misalnya kandungan wap-wap air dalam udaranya sentiasa melebihi 80%. Ini menjamin kelembapan udara sentiasa tinggi dan berkekalan sepanjang tahun. c) Menyederhanakan suhu sekitar. Berkaitan dengan kelembapan udara yang tinggi di kawasan hutan tebal maka suhu persekitaran juga adalah sederhana, tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Udara yang nyaman ini menjamin habitat yang sesuai untuk kepelbagian spesis fauna dan flora hidup, membesar dan membiak. Jika dibandingkan dengan kawasan lapang atau kawasan Bandar suhu hariannya adalah lebih tinggi berbanding dengan suhu mikro di dalam kawasan hutan. Kajian-kajian yang dijalankan oleh Sham Sani menunjukkan terdapat perbezaan suhu efektif antara 2 hingga 5C antara kawasan hutan dengan kawasan Bandar.

Unit 5.1.4

Ekosistem Hutan Bakau.

A.

Konsep dan Pengezonan Ekosistem Hutan Bakau.

1. Ekosistem bakau selalunya boleh didapati di perantaraan muara dan daratan, dimana keadaan airnya adalah payau. Dari segi ekologi, ekosistem bakau adalah penting kerana sifatnya yang dinamis yang sentiasa berubah-ubah dari masa ke semasa dan dari musim ke musim. Mengikut Hamilton dan Snedaker (1984), ekosistem hutan bakau adalah komuniti yang hidup di kawasan antara pasang-surut dan tahan daripada air masin di zon pinggir pantai atau dikenali sebagai zon litoral. Komuniti utama bakau ialah dari keluarga Rhizophora (pokok bakau kurap dan bakau minyak), keluarga Avicennia (pokok api-api) ,keluarga Sonneratia (pokok perepat, Gedahu dan berembang) dan juga Bruguiera (pokok berus, tumu dan mata buaya). Bentukkan bakau merupakan ekosistem yang menjangkau persekitaran terrestrial dan kelautan dimana ia terbentuk di pinggir pantai terlindung dan menganjur jauh ke pedalaman di sepanjang muara sungai. 2. Taburan dan jenis pokok bakau yang hidup di zon litoral ini adalah tidak seragam. Perbezaan ini disebabkan oleh pengaruh banjir pasang-surut air laut yang menyebabkan setiap zon mengalami perubahanperubahan tertentu. Fenomena banjir pasang surut ini telah dikaji oleh Watson (1928). Mengikut Watson terdapat 5 kelas banjir pasang surut berdasarkan kepada kekerapan dan ketinggian muka bumi. Di Malaysia, taburan jenis-jenis pokok bakau mengikut kelas kebanjiran Watson adalah seperti rajah 128 di bawah: Rajah 128: Taburan spesis pokok bakau di Malaysia mengikut kelas kebanjiran Watson

Berdasarkan rajah 128 didapati bahawa:

a) Zon kelas 1: Kawasan yang paling hamper dengan muara sungai. Kawasan ini sentiasa ditenggelami air pasang dan mempunyai kadar lkemasinan yang tinggi serta kandungan lumpurnya yang tebal lagi lembut. Oleh sebab itu spesis-spesis perintis amat sesuai tumbuh seperti Rhizophora, Sonneratia dan Avicennia. b) Zon kelas 2: Semakin jauh dari zon 1 tetapi masih mempunyai lumpur yang lembut dan lebih stabil dari zon kelas 1. Terdapat empat spesis utama dalam zon ini iaitu Avicennia Officinalis, Avicennia alba, Sonneratia alba dan S.Graffithii. Ketinggian pokok-pokok dalam zon ini ialah antara 15 hingga 20 meter. c) Zon kelas 3: Bermula kira-kira 250 meter dari tepi sungai. Aras kemasinannya tidak terlalu tinggi, mengalami kebanjiran yang tidak terlalu kerap, keadaan Lumpur dan tanih yang agak stabil. Ditumbuhi oleh spesis separa bakau seperti R.Conjugata, B.parviflora dan Ceriope Cadolleana. d) Zon kelas 4 dan kelas 5: Pengaruh air masin di zon ini agak terhad tetapi pengaruh air payau memperlihatkan kesannya. Di kedua-dua zon ini tumbuh-tumbuhan separa bakau kelihatan lebih dominant seperti Acrosticum aureum dan Nypafruticans.

B.

Komponen Biotik dan Abiotik dalam Ekosistem Hutan Bakau.

1. Komponen Biotik: Selain daripada tiga jenis pokok bakau yang utama iaitu Rhizophora, Sonneratia dan Bruguiera yang mendominasikan komponen biotik dalam ekosistem hutan bakau terdapat juga hidupan-hidupan yang lain yang menghuninya. Di antaranya ialah seperti ketam bakau, siput belitong, kepah, tiram, ikan belacak dan lain-lain haiwan krustasea, moluska serta serangga. Sesetengah haiwan ini dikenali sebagai hidupan dua alam yang boleh hidup di dalam air dan juga di daratan, umpamanya seperti ikan belacak atau tebakul, ketam nipah, ular, memerang dan buaya.. Selain itu di sesetengah kawasan hutan bakau dihuni oleh haiwan primat seperti monyet dan juga menjadi destinasi persinggahan pelbagai jenis burung hijrah. 2. Komponen abiotik: Komponen bukan hidupan meliputi air payau, udara (oksigen), tanah seperti Lumpur,selut dan pasir yang terhasil dari mendapan oleh ombak dan sungai serta bahan-bahan nutrient atau mineral yang telah direput dan diuraikan oleh pengurai menjadi zat-zat galian. Zon hutan bakau dianggap sebagai zon makanan bagi kepelbagaian spesis dan ia amat kaya dengan bahan nutrien yang datangnya dari sumber sungai dan laut yang dimendapkan di kawasan ekosistem hutan bakau ini.

C.

Rantaian/siratan Makanan dalam Ekosistem Hutan Bakau.

1. Ekosistem hutan bakau mempunyai rantaian dan siratan makanannya yang tersendiri. Ia melibatkan tumbuhan di daratan dan juga organisma yang hidup di dalam air dan daratan (dua alam). Lihat rajah 129 di bawah bagi menunjukkan siratan makanan yang berlaku dalam ekosistem hutan bakau. Rajah 129: Siratan makanan dalam ekosistem hutan bakau

2. Sepertimana juga ekosistem hutan yang lain, pokok bakau merupakan pengeluar makanan utama dalam ekosistem ini. Pokok bakau membuat makanannya sendiri melalui proses fotosistesis setelah mendapat tenaga dari matahari. Daun, bunga dan buah pokok bakau menjadi makanan kepada organisma herbivor di daratan seperti ulat, serangga, burung dan haiwan primat misalnya monyet. Namun begitu rantaian makanan ini tidak berterusan di daratan, ia akan dilangsungkan pula oleh hidupan dua alam yang bernaung di bawah pokok bakau tersebut. Hidupan dua alam ini mendapat sumber makanan dari dedaun dan buah pokok bakau yang gugur dan jatuh ke tanah. Selain itu ia juga datang daripada najis haiwanhaiwan primat. 3. Apabila serasah daun bakau ini jatuh ke dalam air maka ia akan diuraikan oleh mikrorganisma seperti bakteria dan fungi untuk menjadi nutrien. Nutrien-nutrien tersebut menjadi sumber makanan pengguna primer dalam ekosistem bakau seperti moluska, ketam dan cacing serta udang. Seterusnya pengguna-pengguna primer ini akan menjadi sumber makanan kepada pengguna-pengguna sekunder yang lain yang lebih besar seperti ikan. Selain itu ikan-ikan yang besar dan juga pengguna-pengguna primer boleh menjadi sumber makanan kepada pengguna-pengguna tertier yang bertindak sebagai karnivor di dalam ekosistem tersebut. Di antara contoh karnivor di dalam ekosistem bakau ialah seperti memerang, biawak air, ular serta buaya. Akhirnya hasil-hasil perkumuhan pengguna primer, pengguna sekunder dan pengguna tertier akan diuraikan pula oleh mikrorganisma yang lain untuk menjadi bahan nutrien yang baru. Oleh sebab itu bahan nutrien dalam ekosistem bakau sentiasa berkitar dan berterusan. Selain daripada hidupan di atas, zooplankton juga memainkan peranan yang penting dalam rantaian makanan ekosistem bakau ini. Ia menjadi penghubung antara pengeluaran primer dengan pengeluaran tertier. Zooplankton menjadi makanan larva Decapoda dan Crustacea.

D.

Kepentingan Ekosistem Hutan Paya Bakau.

Sama seperti hutan hujan Tropika, hutan paya bakau juga merupakan sumber gen yang penting. Kepentingan hutan paya bakau ini boleh dilihat dari pelbagai aspek seperti berikut: 1 Menstabilkan muara sungai dan pesisir pantai. Pokok-pokok bakau yang berakar ceracak dan tumbuh dengan padat dapat mengurangkan pengaliran sediment (bahan enapan) dari kawasan muara dan pantai. Ini seterusnya berupaya untuk mengekalkan ekosistem muara dalam jangka masa yang panjang dan berterusan. 2 Berfungsi sebagai zon penampan semulajadi untuk mengurangkan atau mencegah hakisan pantai oleh ombak, angina dan arus. Kanopinya yang tebal dan padat dan system akar yang timbul di permukaan menjadi penampan semulajadi yang paling baik untuk mengurangkan kuasa hakisan di zon litoral khususnya hakisan oleh ombak dan pang surut. Tenaga hempasan ombak menjadi lemah dan ombak lebih banyak melakukan pemendapan daripada menghakis. 3 Penapis bahan pencemar. Hutan paya bakau berupaya menyerap bahan pencemar seperti sebatian nitrogen dan sebatian fosforus. Ini mengurangkan pembiakan alga dan bacteria E.Coli, seterusnya menambahkan kandungan oksigen terlarut (DO) di dalam air yang menjadi sumber pernafasan utama hidupan di dalam air dalam ekosistem ini.

4 Menjadi habitat pelbagai jenis hidupan air dan daratan. Fungsi hutan bakau sebagai tempat perlindungan dan pembiakan pelbagai jenis udang, ketam, kepah, tiram, ikan tidak dapat disangkal lagi. Ada bukti yang menunjukkan bahawa hutan bakau ini menjadi habitat kekal bagi spesis-spesis tertentu yang meneruskan kitar hidupnya di kawasan ekosistem tersebut tanpa berpindah ke tempat lain. Ini kerana hutan bakau membekalkan sumber makanan yang amat banyak. Selain itu pelbagai jenis burung tempatan dan juga burung hijrah telah menjadikan hutan bakau sebagai tempat perlindungan dan persinggahan mereka. Misalnya hutan bakau di Kuala Gula, Perak telah menjadi persinggahan pelbagai jenis burung dari Siberia, China dan Rusia dalam penerbangan mereka menuju ke Australia. 5 Mengekalkan keseimbangan oksigen dengan karbon dioksida setempat. Tumbuhan bakau yang menghijau menyerap karbon dioksida dan membebaskan oksigen menerusi proses fotosintesisnya. Dengan itu pokok bakau sebenarnya bertindak sebagai pembekal oksigen utama untuk hidupan di dalamnya. Pada masa yang sama juga pokok bakau melakukan proses transpirasi yang membebaskan wap-wap air ke udara sekitar. Ini menjamin udara yang lembab, nyaman dan kesederhanaan suhu di kawasan ekosistem tersebut. 6 Kepada manusia ekosistem bakau juga memainkan peranan yang penting. Antaranya ialah:

a) Sumber kayu arang dan kayu api seperti pokok bakau minyak dan bakau kurap. b) Bahan binaan seperti cerucuk dan pancang kayu dalam pembinaan benteng dan jambatan, membuat bot, membuat dermaga dan tiang rumah khususnya di kawasan pantai. Ini kerana sifat pokok bakau yang keras dan tahan air masin. c) Sumber perubatan seperti ubat sakit kerongkong dari bakau minyak dan ubat tahan muntah dari bakau perepat. d) Diguna untuk menghasilkan kayu serpihan untuk menghasilkan rayon dan barangan lain yang berdasarkan selulos bagi tujuan eksport. e) Sumber makanan yang menghasilkan pendapatan tambahan kepada nelayan pantai dari tangkapan pelbagai jenis ikan, ketam nipah, lokan, kerang, kepah dan sebagainya. f) Pada masa kini ekosistem hutan bakau telah diubah menjadi kolam-kolam ternakan akuakultur seperti ternakan ikan kerapu dan udang harimau. g) Disesetengah tempat hutan bakau dikekalkan dalam keadaan semulajadi sebagai satu tarikan pelancong. Oleh sebab itu ekosistem bakau berfungsi sebagai Eko pelancongan dan khazanah semulajadi utama Negara. Secara ringkasnya pertalian antra kepentingan hutan bakau dengan perikanan, akuakultur dan nelayan boleh ditelitikan dalam rajah 130 di sebelah. Rajah 130: Pertalian antara bakau, perikanan, akuakultur dan nelayan.

Unit 5.1.5: A.

Ekosistem Tasik.

Konsep Ekosistem Tasik.

Ekosistem tasik dirujukkan kepada ekosistem air yang tidak berarus yang dikenali juga sebagai ekosistem Lentus sama seperti ekosistem kolam dan perigi. Air yang ditakung dalam sesebuah tasik adalah tidak mengalir sepertimana aliran sungai. Input air boleh berpunca daripada hujan dan juga sistem saliran lain yang memasuki ke dalam tasik berkenaan atau berakhir di dalam tasik tersebut. Mungkin juga terdapat saluran-saluran air keluar dari tasik berkenaan yang bertindak sebagai outputnya, tetapi output terbesar air tasik ialah melalui proses sejatan air dari permukaan tasik ke atmosfera.

B.

Komponen Biotik dan Abiotik dalam ekosistem Tasik.

Komponen Biotik:
1. Oleh kerana sifat air tasik yang tidak berarus maka hidupan di dalamnya juga adalah berbeza dengan ekosistem akuatik yang berarus seperti sungai. Perbezaan ini disebabkan oleh perbezaan bahan substrat, perbezaan cahaya matahari dan juga suhu air yang terdapat dalam tasik berbanding dengan sungai. Pada umumnya zon hidupan di dalam tasik boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat dan setiap peringkat tersebut mempunyai organisma-organisma hidupan yang berbeza-beza. Zon-zon hidupan di dalam tasik boleh ditunjukkan oleh rajah 131 di bawah. Rajah 131: Zon-Zon hidupan yang utama bagi sesebuah ekosistem tasik.

2. Bahagian tasik yang sentiasa mendapat cahaya matahari dipanggil sebagai Zon Limne. Oleh kerana zon Limne ini sentiasa mendapat cahaya matahari maka ia dipenuhi oleh organisma autotrof yang

mampu membuat makanannya sendiri. Di antaranya seperti plankton, diatom, lumut, alga, beberapa jenis tumbuhan air, hidupan seni seperti krustasea, protozoa,rotifera dan sebagainya. Hidupan ini menjadi sumber makanan utama dan merupakan substrat pertama dalam rantaian makanan ekosistem tasik berkenaan. 3. Bahagian tasik yang terdapat di sebelah bawah yang tidak menerima cahaya matahari dikenali sebagai zon profundal. Di zon ini organisma autotrof amat jarang ditemui kerana ia tidak ditembusi oleh cahaya matahari, sebaliknya organisma jenis hetertrof pula banyak terdapat seperti pelbagai jenis ikan, labi-labi dan kura-kura, ular air dan sebagainya yang bertindak sebagai karnivor di dalam ekosistem tasik berkenaan. 4. Bahagian tepi tasik yang berhampiran dengan daratan dikenali pula sebagai zon litoral, dan ia merupakan zon yang paling kaya dengan pelbagai jenis organisma. Bahagian zon litoral yang sentiasa dibasahi air dipanggil sebagai zon infra litoral, dan ia merupakan zon yang mengandungi pelbagai jenis tumbuhan berakar seperti pokok keladi, telipot, teratai, lembayung dan lain-lain lagi. Di bawah tumbuhan air ini mungkin terdapat pula pelbagai jenis hidupan lain seperti zooplankton, kumbang air, jentik-jentik, berudu, katak, larva serangga dan sebagainya. 5. Komponen Abiotik: Komponen bukan hidupan dalam ekosistem sesebuah tasik pula termasuklah air, udara, cahaya matahari, pelbagai jenis garam galian yang menjadi nutrient dan lain-lain lagi.

C.

Aliran Tenaga dan Siratan Makanan dalam Ekosistem Tasik.

Lihat rajah 132 di bawah. Rajah 132: Aliran Tenaga dalam Siratan Makanan Ekosistem Tasik.

Rajah 132 di sebelah menunjukkan ekosistem sebuah tasik. Aliran tenaga dalam siratan makanan tasik berkenaan berlaku seperti berikut:

1. Tenaga dari matahari terus ke tumbuhan hijau seperti lumut dan alga yang ada di permukaan tasik atau tebing tasik. Tumbuhan hijau ini memperoses makanannya sendiri menerusi proses fotosistesis setelah memperolehi tenaga secara langsung dari matahari.Tumbuhan ini akan menyimpan tenaga kimia di dalam klorofilnya. Dalam konteks ini tumbuhan hijau bertindak sebagai pengeluar. Justeru matahari berfungsi membekalkan tenaga asas kepada semua hidupan di dalam tasik tersebut. 2. Tenaga kimia yang disimpan oleh tumbuhan hijau seperti lumut dan alga akan dipindahkan pula kepada hidupan zooplankton apabila hidupan tersebut memakan tumbuhan berkenaan. Pada aras trofik ini zooplankton bertindak sebagai pengguna primer. 3. Tenaga kimia dalam zooplankton pula akan berpindah kepada pengguna sekunder seperti ikan kecil dan cacing apabila haiwan tersebut memakan zooplankton. Tenaga kimia yang dipindahkan itu digunakan untuk membesar, bergerak dan membiak. 4. Seterusnya tenaga kimia di dalam pengguna sekunder akan dialirkan/berpindah pula ke pengguna tertier seperti ikan yang lebih besar apabila ikan tersebut memakan ikan kecil dan cacing tanah. Sekali lagi tenaga yang berpindah itu digunakan untuk bergerak, membesar dan membiak. 5. Akhirnya tenaga akan berpindah kepada pengurai yang terdiri daripada bakteria dan fungi apabila ia menguraikan segala pengguna yang mati dan reput seperti tumbuhan dan haiwan. Bahan organik yang reput ini akan menambahkan nutrien dalam tasik tersebut yang seterusnya digunakan kembali oleh tumbuhan hijau untuk membesar.

5.2.1 Kaitan Sistem Ekologi dengan Manusia.


5.2.1.1 Kesan Aktiviti Manusia ke atas Ekosistem Hutan Hujan Tropika. A. Bagaimana Ekosistem Hutan Hujan Tropika Terganggu.

Kestabilan ekosistem hutan hujan Tropika terganggu di sebabkan oleh fenomena penyahutanan. Penyahutanan bermakna penghapusan hutan secara besar-besaran. Kawasan hutan di tebang dan dimusnahkan dengan pelbagai cara dan pelbagai tujuan. Misalnya penebangan untuk pembalakan, pembukaan kawasan ladang, pembinaan kawasan petempatan,industri disamping penenggelaman untuk projek hidro elektrik. Walau apapun kaedahnya, fenomena penyahutanan tanpa kawalan membolehkan hutan dimusnahkan , permukaan bumi tergondol dan terdedah secara meluas meliputi skala negara,wilayah dan benua tidak kira samada di negara maju mahupun negara sedang membangun. Kemusnahan hutan secara besar-besaran ini boleh berlaku secara semulajadi atau dilakukan oleh aktiviti manusia.

Penyahutanan Secara Semulajadi:


1. Melalui fenomena kebakaran hutan akibat cuaca panas. Perubahan cuaca/iklim seperti fenomena El-Nino menyebabkan cuaca menjadi panas yang melampau. Akibatnya hutan-hutan boleh terbakar dengan sendirinya seperti mana yang berlaku di Kalimantan dan Sumatera di Indonesia pada tahun 1997. Dalam keadaan cuaca kering dan turunan hujan yang amat sedikit membolehkan api merebak dengan cepat walaupun berlaku sedikit sahaja kebakaran. Hutan gambut di Malaysia, misalnya amat mudah terbakar dengan cara ini dan merebak dengan cepat. 2. Bencana alam seperti gempa bumi, letusan gunung berapi yang mengalirkan lava yang panas, pergerakan jisim dan juga serangan perosak dan penyakit hutan. Tumbuhan semulajadi yang bertindak sebagai pengeluar dan pelindung/habitat akan musnah. Ini akan menggangu bekalan makanan kepada herbivor, karnivor dan juga omnivor seterusnya pereput/pengurai.

Penyahutanan Oleh Aktiviti Manusia.


1. Menerusi pembinaan empangan hidro elektrik. Aktiviti ini akan memusnahkan hutan dengan dua cara pertama, penebangan dan pembersihan hutan untuk pembinaan empangan dan ke dua penenggelaman kawasan hutan bagi tujuan menakung air. Rantaian makanan hutan hujan tropika termusnah dengan cepat dan menyeluruh melalui proses penenggelaman kawasan hutan. Projek Kuasa Elektrik Hidro akan menyebabkan beratus hektar hutan akan tenggelam seterusnya memusnahkan sekaligus fungsi tumbuhan sebagai pengeluar dan habitat. Contohnya seperti yang dialami oleh projek hidro elektrik Kenyir di Terengganu dan projek hidro elektrik Temenggor di Perak. 2. Pembalakan tak terkawal . Seperti kaedah tebang bersih atau aktiviti pembalakan haram. Ini menyebabkan kemusnahan spesis fauna dan flora secara besar-besaran. Selain itu kemusnahan rantaian makanan, kehilangan habitat dan lain-lain ciri ekologi. Akibat aktiviti ini hutan semulajadi mengambil masa yang lama untuk membaik-pulih dirinya (self regulation) menjadi hutan-hutan sekunder sahaja. Hutan dipterokap di Malaysia telah banyak ditebang. Walaupun pembalakan hanya mengambil pokok-pokok yang besar sahaja tetapi pokok-pokok kecil bawahan juga akan turut musnah. Oleh kerana sifat hutan hujan Tropika yang pelbagai jenis dan berlapis-lapis maka penebangan pokok-pokok yang besar akan menimpa pokok bawahannya. Selain itu pokok pepanjat dan flora juga akan musnah. Lama kelamaan kesan pembalakan ini akan meninggalkan tompok-tompok kawasan lapang yang bersilih ganti dengan hutan primer yang belum ditebang kerana pokok-pokok balak tersebut masih belum matang. Pada masa yang sama aktiviti pembalakan juga melibatkan kerja-kerja penebangan pokok untuk membina laluan atau jalan pengangkutan bagi mengangkut keluar kayu balak. Akibat aktiviti ini akan meninggalkan jaluran-jaluran gondolan di kawasan hutan tebal terutama sekali dilereng-lereng bukit. 3. Berpunca daripada aktiviti Pertanian. Seperti pembukaan tanah baru untuk pertanian perladangan misalnya di rancangan pembangunan wilayah di Malaysia atau akibat pertanian pindah. Hal ini juga melibatkan aktiviti pemusnahan hutan semulajadi secara besar-besaran untuk ditukar kepada ladang-ladang pertanian khususnya getah dan kelapa sawit. Selain itu pembakaran hutan secara terbuka untuk pembersihan tapak ladang, pembakaran hutan akibat pertanian pindah (kaedah .tebang bakar ) juga boleh memusnahkan ekosistem hutan. Ekosistem semulajadinya musnah terus dan bertukar kepada ekosistem pertanian ladang. Mengikut FAO (1982), di kawasan Tropika lembab, aktiviti pertanian pindah menjadi salah satu sebab utama penyahutanannya yang melibatkan pemusnahan beberapa bentukan pokok dan penggantian pokok-pokok tersebut dengan hutan sekunder. Berdasarkan foto udara kita akan dapat lihat beberapa tompok hutan yang berbeza warna bersama dengan warna hutan yang asal. Ini menunjukkan kawasan tompakan hutan tersebut telah dinyahkan melalui aktiviti pertanian pindah. Di Malaysia aktiviti ini banyak terdapat di pedalaman Sabah dan Serawak. 4. Berpunca daripada aktiviti Pembinaan infrastruktur seperti lebuhraya, kabel elektrik, saluran paip dan lain-lain yang juga melibatkan pemusnahan hutan. Walaupun skalanya tidaklah terlalu luas tetapi ia tetap memberikan kesan buruk kepada kepelbagaian biologi hutan semulajadi.

B.

Kesan Kemusnahan Ekosistem Hutan Hujan Tropika.

Kesan Terhadap Alam Sekitar Fizikal:


1. Kesan penyahutanan terhadap aspek kepelbagaian biologi. Hutan sememangnya kaya dengan kepelbagaian spesis. Misalnya Hutan Hujan Amazon yang luasnya 0.5 billion hektar mempunyai berjuta spesis haiwan dan tumbuhan. Bagi satu hektar hutan Amazon terdapat 750 jenis spesis haiwan, dan 1,500 jenis spesis tumbuhan. Kesan yang paling penting akibat aktiviti penyahutanan ialah terhadap kepelbagaian biologi. Spesis fauna dan flora diancam kepupusan sehingga kita tidak sempat menjalankan pemuliharaan. Dijangkakan menjelang tahun 2000 lebih daripada 1 juta spesis haiwan dan serangga akan lenyap dari mukabumi ini dan tidak dapat dijangkakan berapa banyak lagi spesis yang akan lenyap apabila kita melangkah masuk ke alaf 21 nanti. Pemusnahan habitat ini berlaku atas nama pembangunan. Selain

daripada spesis dan genetik fauna (haiwan) serta flora (tumbuhan) musnah akibat penyahutanan, elemenelemen biodiversiti yang lain juga turut musnah. Pertamanya ialah habitat (tempat tinggal). Hutan menjadi habitat utama untuk haiwan membentuk lingkungan dan meneruskan generasinya. Apabila habitat musnah haiwan juga turut musnah atau berlakunya penghijrahan spesis untuk mencari habitat yang baru yang terpaksa pula menghadapi persaingan. Kedua, kemusnahan ekosistem terutamanya rantaian makanan. Apabila tumbuhan dieksploitasi, ia gagal menjalankan fungsinya sebagai pengeluar makanan kepada masyarakat pengguna hutan. Justeru pengguna primer (herbivor), sekunder (karnivor) dan tertiar (Omnivor) turut kehilangan sumber-sumber makanannya. 2. Secara ringkasnya kemusnahan ekosistem hutan hujan Tropika terhadap kepelbagaian biologi boleh ditinjau daripada aspek-aspek berikut: a). Pelbagai spesis fauna dan flora diancam kepupusan/kemusnahan akibat kehilangan sumbersumber makanan. Apabila hutan dimusnahkan/dinyahkan maka fungsi pokok sebagai pengeluar utama akan musnah sama sekali. Dengan itu hidupan lain yang bergantung kepada tumbuhan seperti herbivor (kancil, rusa) akan kehilangan sumber-sumber makanan. Apabila hal ini berlaku ia memberi kesan kepada hidupanhidupan lain yang sememangnya saling bergantung di dalam sesebuah hutan. b). Penghijrahan spesis akibat pemusnahan habitat .Hutan berfungsi sebagai satu habitat. Proses penyahutanan memusnahkan sama sekali habitat. Kemusnahan habitat mengambil masa yang lama untuk dipulihkan. Justeru itu haiwan-haiwan akan berhijrah ke hutan/habitat lain untuk mencari perlindungan atau tempat baru. Di tempat baru ini mereka terpaksa bersaing dengan koloni lain. Persaingan intra dan interspesis akan berlaku dan mana-mana spesis yang kalah akan musnah dan pupus. c). Kerosakan ekosistem seperti kemusnahan rantaian makanan, kitar tenaga, komponen biotik dan abiotik yang kelak menggangu keseimbangan ekologi setempat. Gangguan ekologi secara menyeluruh akan berlaku apabila huan-hutan dimusnahkan. Ketidakseimbangan ekologi mikro dan makro akan menimbulkan pelbagai kesan terhadap unsure-unsur lain seperti cuaca, hakisan, banjir/hidrologi dan sebagainya. 3. Selain itu kesan akibat penyahutanan juga akan memusnahkan edaran nutrien dalam ekosistem hutan hujan Tropika. Dalam keadaan semulajadi edaran nutrien akan berlaku dengan lengkap dan sempurna di bawah pokok hutan. Tetapi penebangan hutan akan memutuskan rantaiannya dan nutrien tanah akan dihilangkan dengan cepat melalui larian air permukaan yang bertambah dengan mendadak di kawasan hutan tergondol. Pada masa yang sama juga proses fotosistesis terganggu dan sekaligus memusnahkan edaran nutriennya. Lihat rajah 133 di bawah: Rajah 133: Kesan penyahutanan terhadap edaran nutrient dalam ekosistem hutan hujan Tropika.

4. Kesan terhadap cuaca .Selain daripada kemusnahan kepelbagaian biologi, penyahutanan juga dikenalpasti boleh mengubah cuaca dunia. Hal ini dipersetujui bersama oleh 142 buah negara yang menghadiri Sidang Puncak Bumi di Rio De Janerio, Brazil pada tahun 1992. Dalam konvensyen Perubahan Cuaca Dunia, kata sepakat telah dicapai berhubung dengan peranan hutan dalam mengimbangi lebihan karbon dioksida di atmosfera. Hutan sememangnya berupaya menyerap dan menyimpan karbon dioksida serta dalam masa yang sama membebaskan oksigen. Misalnya Hutan Amazon menghasilkan kirakira 20% daripada bekalan oksigen dunia . Oleh itu fungsi menyimpan karbon dan membebaskan oksigen ini sekaligus dapat mengurangkan kesan rumah hijau. Hutanlah sebenarnya bertindak sebagai stok/penyimpan karbon dioksida terbesar di dunia. Apabila hutan dihapuskan perlepasan karbon dioksida akan terus berlaku yang boleh menyumbangkan kepada pemanasan global. Justeru itu sidang puncak bumi meminta semua negara khususnya negara-negara sedang membangun mengawal kadar penebangan hutan dan aktiviti penyahutanannya disamping menjalankan usaha-usaha pemuliharaan yang saintifik dan segera dengan bantuan kepakaran,teknologi serta modal dari negara-negara maju 5. Pada umumnya, selain daripada kesan terhadap cuaca global maka pemusnahan hutan secara besar-besaran juga memberikan kesan negatif terhadap cuaca setempat (Iklim mikro). Di antara kesannya ialah: a). Peningkatan suhu setempat. Pemanasan sekitar berlaku akibat daripada ketiadaan pelindung kepada matahari, kesan lebihan karbon di dalam atmosfera yang boleh menyebabkan kesan rumah hijau. Seterusnya akan mengurangkan hujan atau mengubah regim hujan yang lazimnya berlaku sehingga mewujudkan fenomena kemarau.

b). Pengurangan kelembapan udara ekoran daripada fungsinya untuk membebaskan wap-wap air ke udara melalui proses transpirasi sudah hilang atau berkurangan .Udara sekitar menjadi kering dan cuaca menjadi panas, ini mengalakkan pula fenomena jerebu. Dalam keadaan udara kering partikel-partikel (PM 10) akan mudah terampai dalam udara yang ringan. Tegasnya hutan tidak lagi mampu berfungsi untuk menyederhanakan suhu dengan cara memerangkap bahangan matahari dan juga membebaskan wap-wap air menerusi proses pepeluhan.

c). Tiupan angin yang lebih kencang disebabkan oleh tekanan udara yang lebih rendah berbanding dengan kawasan sekitar yang bersuhu sejuk (berhutan tebal) disamping kekurangan pelindung daripada bahangan matahari. Ketiadaan hutan menyebabkan penghalang semulajadi kepada tiupan angin tidak dapat berfungsi dengan berkesan. Kesannya di kawasan lapang atau kawasan gondol tiupqn anginnya lebih kencang. 6. Kesan ke atas sistem geomorfologi. Penyahutanan akan mendedahkan permukaan bumi secara langsung kepada pelbagai proses geomorfologi seperti luluhawa dalaman, hakisan percikan dan larian air permukaan serta pelbagai jenis gerakan jisim khususnya tanah runtuh. Permukaan bumi kini kehilangan pelindung, kehilangan daya pengikat dan cengkaman tanah oleh akar-akar pokok yang menyebabkan struktur tanah menjadi longgar dan cerun-cerun bukit menjadi tidak stabil. Wujudnya kesan-kesan gegalur dan beberapa kes kejadian tanah runtuh serta banjir Lumpur di Malaysia merupakan kesan-kesan utama yang terjadi terhadap elemen geomorfologi akibat pemusnahan hutan secara besar-besaran. 7. Kesan ke atas sistem hidrologi. Akibat penyahutanan, kitar hidrologi menjadi tidak stabil. Penyahutanan akan menyebabkan beberapa impak berikut terhadap elemen hidrologi: a) b) c) d) Mengurangkan kadar susupan air ke dalam tanah dan seterusnya menurunkan paras air dalam tanah. Ini akan menjejaskan kawasan tadahan air dan bekalan air kepada sungai, tasik, kolam, paya juga turut terjejas. Mengurangkan jumlah hujan tempatan yang menjadi input utama kepada system hidrologi setempat ekoran daripada kekurangan atau ketiadaan proses transpirasi pokok. Meningkatkan kadar larian air permukaan yang membawa banyak kelodak dan Lumpur ke dalam sungai, memendapkan dan mencetekkan dasar sungai yang seterusnya menggalakkan banjir Lumpur. Mempercepatkan kadar luahan air sungai (discas) khususnya di muara.

8. Secara ringkasnya kesan fenomena penyahutanan terhadap ekosistem hutan hujan Tropika boleh ditunjukkan melalui rajah 134 di sebelah.

Rajah 134: Kesan Penyahutanan terhadap ekosistem hutan hujan Tropika.

Kesan-kesan terhadap Alam Sekitar Manusia


1. Kekurangan sumber makanan. Bagi masyarakat orang asli yang amat bergantung kepada aktiviti ekonomi memungut dan berburu hasil-hasil hutan akan menghadapi krisis bekalan makanannya kerana sumber utama makanan mereka iaitu hasil-hasil hutan musnah. Haiwan perburuan akan berhijrah ke tempat lain akibat kekurangan tumbuhan yang menjadi sumber makanan dan habitatnya. 2. Mengurangkan sumber kayu balak. Pokok-pokok balak yang berharga seperti cengal,meranti,seraya, keruing dan lain-lain akan musnah dan mengambil masa yang lama iaitu lebih daripada 50 tahun untuk membesar dan matang menjadi hutan berhasil. Ini akan menggangu aktiviti ekonomi berasaskan sumber pembalakan seperti industri kayu, industri perabot dan kraf tangan dan lainlain lagi. Akibatnya boleh menjejaskan pendapatan perkapita penduduk dan pendapatan negara. 3. Kemerosotan kesuburan tanih. Rantaian makanan yang musnah akan mengurangkan bekalan bahan organik untuk direput dan diuraikan oleh pereput dan pengurai. Penghasilan humus akan berkurangan dan tanah menjadi tidak subur tanah mungkin menjadi kering, kontang,tandus dan gersang. Ini akan menjejaskan aktiviti pertanian penduduk seperti pertanian perladangan. 4. Mengurangkan bekalan oksigen kepada penduduk dan sebaliknya menambahkan kandungan karbon dioksida dalam udara. Ini amat merbahaya kepada manusia menerusi fenomena kesan rumah hijau yang menyebabkan manusia merasa kepanasan, tidak selesa disamping menjejaskan produktiviti pertanian makanan seperti padi sawah. 5. Menjejaskan bekalan air kepada penduduk. Apabila hutan ditebang, simpanan air dalam tanah akan berkurangan yang akan mengurangkan pula bekalan air kepada sungai dan empangan. Kesannya manusia juga akan mengalami krisis bekalan air.

C. Langkah-langkah pengurusan hutan yang berkekalan. Kajian Kes di Malaysia. Pengurusan Hutan Melalui Konsep Pembangunan Lestari
1. Perkataan lestari membawa maksud kekal dalam keadaan asal seperti pengekalan alam semulajadi. Oleh itu secara mudahnya pembangunan lestari adalah satu kemajuan atau pemodenan yang dicapai dengan mengekalkan ciri-ciri semulajadi alam sekitar. Konsep lestari adalah lebih tepat jika dikaitkan dengan istilah mapan (sustainable). Iaitu satu bentuk pembangunan yang mementingkan kesejahteraan hidup yang berterusan untuk semua generasi kini dan akan datang. Nikmat pembangunan tidak seharusnya boleh dirasai oleh generasi masa kini sahaja, ia mestilah berterusan sampai ke generasi akan datang. Justeru itu walaupun kemajuan sosio-ekonomi dalam sesebuah negara itu amat dituntut, tetapi ia tidak seharusnya mengorbankan aspek alam sekitar. Alam sekitar yang harmonis dan sejahtera juga adalah menjadi keperluan hidup generasi akan datang. Dalam hal ini antara pembangunan dengan alam

sekitar seharusnya bergerak seiringan dan segandingan . Ia bukanlah dua titik pemisah yang bergerak ke kiri dan ke kanan di atas satu garis lurus. 2. Daripada segi alam sekitar Pembangunan Lestari boleh ditakrifkan sebagai adunan pembangunan atau kemajuan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar daripada musnah. Pemuliharaan membawa maksud membaik-pulih sumber-sumber alam sekitar seperti sumber air,hutan,tenaga,udara,mineral dan lain-lain yang telah digunakan tanpa membiarkan sumber-sumber itu pupus sehingga ia tidak boleh digunakan lagi. Manakala pemeliharaan pula meliputi aspek-aspek penjagaan dan perlindungan untuk mengekalkan sumber-sumber semulajadi daripada diteroka dengan rakus oleh manusia. Kaedah pemeliharaan ini biasanya dibuat melalui akta dan perundangan seperti akta kualiti alam sekitar 1974 di Malaysia. 3. Terdapat tiga aspek penting yang mesti digabungjalinkan dalam melaksanakan pembangunan lestari dalam sektor perhutanan di Malaysia iaitu langkah perundangan, langkah pengurusan

yang strategik dan juga langkah kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar.

Langkah Perundangan:
1. . Di Malaysia kelestarian dalam pembangunan sektor perhutanan boleh ditinjau melalui dua aspek iaitu melalui langkah perundangan dan bukan perundangan. Kedua-duanya terangkum dalam DASAR PERHUTANAN NEGARA 1978. Dasar ini menjadi asas yang kukuh untuk memastikan pengekalan sumber-sumber hutan dan keberterusannya agar sentiasa dapat memberikan sumbangan yang bermakna kepada pembangunan sosio-ekonomi negara.

Dasar Perhutanan Negara 1978:

1.

Bagi menjamin pengurusan hutan yang teratur,cekap optimun dan lestari maka Dasar Perhutanan Negara (1978) telah mengistiharkan langkah-langkah berikut:
a) Mengisytiharkan sebagai Hutan Simpan Kekal tanah-tanah yang cukup luasnya serta bersesuaian kedudukannya di seluruh negara mengikut cara penggunaan yang sempurna bagi menjamin: i. Iklim dan rupa bumi yang sempurna, bekalan air bersih, kesuburan tanah dan keadaan alam sekeliling yang memuaskan supaya kesan banjir dan hakisan kepada sungai dan tanah pertanian dapat dikurangkan . Kawasankawasan hutan seperti ini dinamakan sebagai HUTAN PERLINDUNGAN.

ii. Pengeluaran semua jenis keluaran hutan dalam negara akan berkekalan serta pada kadar yang berpatutan untuk pertanian,kegunaan tempatan dan eksport. Kawasan hutan seperti ini dinamakan HUTAN BERHASIL. iii. Kawasan-kawasan hutan yang cukup bagi tujuan beristirehat, menjalankan penyelidikan serta pendidikan dan memelihara tumbuh-tumbuan dan margastua. Kawasan hutan seperti ini dinamakan HUTAN LIPUR. b) Menguruskan kawasan hutan simpan kekal dengan sempurna supaya dapat memberikan faedah sosio-ekonomi dan keselesaan alam sekeliling dengan sepenuhnya kepada penduduk dan negara. c) Melaksanakan usaha-usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D), pemulihan dan menghutan semula melalui satu program yang tegas berpandukan kepada amalan SILVILKULTURE yang sempurna serta berpatutan supaya dapat mengeluarkan hasil yang tinggi.

d) Menjamin supaya pengusahasilan hasil hutan dari kawasan-kawasan yang diluar hutan simpan kekal itu dilaksanakan dengan cara mengadakan rancangan yang seimbang dengan kadar pembangunan tanah bagi tujuan mendapatkan faedah-faedah paling tinggi untuk rakyat, sebelum hak milik tanah diberi dan juga mengikut cara mengusahasilan dan pemerosesan hasil yang sempurna mengikut kadar keperluan daya pemerosesan tempatan yang optimun. e) Menggalakkan usaha mengeluar dan menggunakan kayu bagi semua jenis keluaran hutan dengan sepenuhnya dan penubuhan perusahaan kilang berasaskan kayu-kayan dengan kadar keperluannya ditentukan supaya seimbang dengan kadar pengeluaran balak bukan sahaja untuk meninggikan mutu penggunaan tetapi juga membuka peluang perkerjaan serta mendapatkan pertukaran mata wang asing.

f) Melaksanakan program latihan perhutanan yang lengkap di semua peringkat dalam sektor awam atau swasta bukan sahaja untuk menjamin bekalan tenaga manusia yang cukup bagi industri perkayuan tetapi juga meliputi menjaga dan melindungi hutan serta aspek-aspek sains perhutanan. g) Memupuk kefahaman yang meluas kepada umum tentang peri pentingnya hutan serta faedahfaedahnya kepada generasi akan datang melalui saluran-saluran media sekaligus mewujudkan semangat kerjasama dalam menjaga khazanah perhutanan negara. 2. Dengan perlaksanaan Dasar Perhutanan Negara sebanyak 4.8 juta hektar atau 77% dari 6.2 juta hektar kawasan hutan di Semenanjung Malaysia telah digazetkan sebagai Hutan Simpan Kekal. Dari jumlah hutan simpan kekal ini 2.9 juta hektar diuruskan sebagai hutan produktif dan 1.9 juta hektar sebagai hutan perlindungan. Kita juga mempunyai 0.6 juta hektar taman negara dan kawasan hidupan liar. Untuk menghasilkan langkah yang lebih tegas melalui sistem perundangan maka pihak kerajaan telah meluluskan Akta Perhutanan Negara dan Akta Industri Berasaskan Kayu pada tahun 1984. Akta perhutanan negara ini telah menggariskan beberapa larangan yang berkaitan dengan kawasan hutan simpan kekal. Laranganlarangan tersebut ialah: a. b. c. pengilangan d. sebarang e. tasik dan f. Memasuki Hutan Simpan Kekal. Menebang,memetong,menggelang,menanda atau menoreh pokok. Mencari,mengambil dan mendedahkan kepada sebarang proses atau memindahkan sebarang hasil hutan atau mineral. Membersih atau membajak mana-mana tanah untuk tanaman atau maksud lain. Menggunakan bahan beracun atau bahan letupan di dalam sungai atau bagi maksud menangkap ikan,memburu,menembak memasang jerat menjebak. Menceroboh dengan apa jua cara.

Akta ini juga menetapkan bahawa sesiapa yang didapati melanggar larangan-larangan tersebut boleh didakwa di mahkamah dan boleh di denda maksima sehingga RM:50.000 atau 2 tahun penjara atau keduaduanya sekali. 3. Dalam konteks pemeliharaan hidupan liar pula akta perlindungan hidupan liar 1976 telah dihasilkan bertujuan untuk memastikan spesis hidupan liar di Negara kita tidak pupus dan terus memberikan faedah kepada generasi akan datang. Oleh itu Jabatan PERHILITAN diberi kuasa sepenuhnya untuk melaksanakan akta tersebut dan pindaan-pindaannya. Jabatan PERHILITAN mengawal aktiviti

perburuan melalui sistem perlesenan. Sesiapa yang memburu atau menyimpan atau memperniagakan hidupan liar yang tidak dibenarkan akan dikenakan denda atau dipenjara. 4. Bagi memantapkan lagi langkah perundangan ini kerajaan telah mewartakan hutan rezab atau Taman Negara yang juga menjadi Kawasan Perlindungan Hidupan Liar (KPHL). Peraturan-peraturan yang mengawal pengurusan Taman Negara dan kawasan perlindungan hidupan liar sekali lagi diletakkan di bawah pengawasan Jabatan PERHILITAN. Di Malaysia senarai Taman Negara dan kawasan perlindungan hidupan liar mengikut negeri adalah seperti jadual di sebelah.

Jadual: Taman Negara dan Kawasan Perlindungan Hidupan Liar mengikut negeri di Malaysia

Langkah Pengurusan Hutan

1. Selaras dengan Dasar Perhutanan Negara, pengurusan hutan dan pemeliharaan sumber hutan yang berkekalan terus diberikan penekanan. Dalam konteks penebangan hutan, Malaysia memberi tumpuan kepada dua sistem penebangan berikut iaitu Sistem Sebaya Malaya (MUS) dan Sistem Pengurusan Tebangan Memilih (SMS). Kedua-dua sistem ini menitikberatkan kepada kaedah penebangan hutan secara sistematik dan berjadual. Dalam Sistem Sebaya Malaya kesemua pokok-pokok yang mempunyai nilai dagangan ditebang dalam satu operasi dan tempoh pusingan tebangannya adalah antara 60 hingga 80 tahun. Ini bermakna tempoh penebangan kali ke dua adalah seusia dengan kitar hidup pokok tersebut. Bagi Sistem Tebangan Memilih pula satu inventori dibuat di sesuatu kawasan yang hendak ditebang. Berdasarkan maklumat daripda inventori ini maka dua kaedah penebangan diamalkan. Pertama, sekiranya sesuatu kawasan itu kaya dengan pokok dagangan yang muda maka kaedah Polikitar diamalkan. Iaitu sebilangan kecil sahaja pokok yang telah dipilih dan ditandakan untuk ditebang. Pokok-pokok tersebut mestilah cukup umurnya dan mempunyai diameter minimum 45 hingga 50 centimeter. Pusingan tebangan yang diamalkan dalam kaedah polikitar ialah 30 tahun di Semenanjung Malaysia dan 25 tahun di Sabah serta Serawak. Kedua, bagi kawasan yang tidak mempunyai pokok dagangan muda penebangan secara Sistem Sebaya Malaya digunakan. Sistem ini menetapkan dirian baki 32 pokok sehektar selepas penebangan pokok dilakukan. 2. Selain daripada kaedah penebangan hutan di atas, terdapat satu lagi cara pengurusan hutan yang lestari dan berkekalan di amalkan di Malaysia, iaitu kaedah SILVILKULTUR. Silvilkultur ialah satu cara pemulihan hutan yang melibatkan penubuhan ladang hutan,pertumbesaran,penjagaan dan penggantian sesuatu dirian hutan dengan teratur. Antara program yang popular di bawah silvilkultur ialah projek Ladang Hutan Kompensatori (CFPP) yang telah dilancarkan dalam tahun 1982. Projek ini bertujuan untuk membekalkan bahan kayu industri dan memenuhi keperluan tempatan. Seluas 98,000 hektar kawasan hutan miskin telah dikenalpasti dan dirancang penubuhannya di beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia. 3. Setakat ini spesis-spesis yang ditanam adalah daripada spesis kayu keras tropika seperti Acacia Mangium, Yamane dan Batai yang cepat tumbesarannya dan jangkaan pusingan hidup selama 15 tahun. Projek ini dilaksanakan di 7 buah negeri iaitu Johor, Pahang,Negeri Sembilan, Selangor,Perak,Kelantan dan Terengganu. Sehingga 31 Ogos 1993 seluas 51,748 hektar telah siap ditanam di negeri-negeri berkenaan. Pahang (18,125.0 Hektar), Johor (17,586.0 hektar), Selangor (8,706.0 hektar), Negeri Sembilan (4,079.00 hektar), Perak (2,889.00 hektar), Terengganu (200.00 hektar) dan Kelantan (163.00 hektar).Di samping tanaman cepat tumbuh, program ladang hutan bermutu tinggi dengan spesis Pokok Jati mula dilaksanakan di Kedah pada tahun 1988. Matlamat keluasan tanaman bagi Rancangan Malaysia Ke Lima dan Ke Enam adalah masing-masing 750 dan 1,250 hektar iaitu dengan keluasan tanaman 250 hektar setahun yang dibiayai melalui pinjaman daripada kerajaan persekutuan. 4. Sementara itu perladangan hutan di Sabah telah bermula dari tahun 1922 lagi dengan tertubuhnya percubaan tanaman pokok Jati untuk pengeluaran kayu keras di Kota Marudu. Perladangan hutan secara komersial bermula pada tahun 1974 dengan rancangan penubuhan seluas 60,000 hektar oleh Syarikat Sabah Softwood Sdn.Bhd (SSSB) di Brumas, Tawau. Penubuhan SSSB iaitu sebuah syarikat kerjasama antara North Borneo Timbers Bhd (40% pegangan saham) dan Yayasan Sabah (60% pegangan saham) bertujuan untuk menghutan semula kawasan-kawasan yang telah dibalak dengan spesis-spesis yang cepat membesar seperti Pinus Caribaea dan Pinus Oocarpa. Susulan daripada itu Lembaga Kemajuan Perhutanan Sabah (SAFODA) telah ditubuhkan pada tahun 1976. Objektif penubuhannya aalah untuk menjalankan kerjakerja penghutanan semula seluas 200,000 hektar kawasan terbiar akibat daripada aktiviti pertanian pindah dengan spesis seperti Acacia Mangium,Yamane,Eucalyptus Deglupta,Pinus Caribaea dan Pinus Oocarpa. Di bawah Rancangan Malaysia ke Enam (1991 - 1995) Jabatan Perhutanan Negeri Sabah telah mengenalpasti kawasan seluas 62,000 hektar boleh ditanami dengan pokok jenis tempatan seperti pokok Sentang dan Exotic. 5. Di Serawak, program pemulihan hutan secara ladang telah bermula semenjak 1920 dengan penubuhan seluas 19 hektar tanamam pokok Engkabang di dalam kawasan hutan Simpan Semenggoh. Projek tanaman ini kurang mendapat sambutan sehinggalah pada tahun 1965 satu program yang dinamakan PROGRAM PENYELIDIKAN PENGHUTANAN dilancarkan di dalam Rancangan Malaysia Pertama (1966 - 1970). Program ini antara lain bertujuan untuk mengenalpasti spesis-spesis tempatan dan Exotic untuk pembangunan ladang hutan dengan tumpuan menghutan semula kawasan-kawasan yang ditinggalkan

oleh petani-petani pindah. Spesis-spesis yang ditanam termasuklah Engkabang, Durian,Mahogani,Acacia Mangium,Yamane dan Batai. Program perladangan hutan secara komersial telah dilancarkan pada tahun 1979 dan diperkembang luas dalam rancangan Malaysia Ke Empat (1981-1985). Sehingga 1993, Jabatan Hutan Negeri Serawak telah berjaya menubuhkan seluas 6,613.4 hektar ladang hutan di dalam kawasan yang ditinggalkan oleh petani pindah dan di beberapa kawasan hutan simpan. 6. Bidang Penyelidikan dan Pembangunan (R&D). Kejayaan program Silvilkultur di Malaysia banyak dibantu oleh perkembangan pesat bidang R&D khususnya yang berkaitan dengan pengurusan,penjagaan dan perawatan hutan. Menyedari hakikat ini pihak kerajaan telah menubuhkan satu Jawatan Kuasa Penyelaras Penyelidikan dan Pembangunan Ladang Hutan Malaysia pada 18 November 1988. Jawatan kuasa tersebut terdiri daripda tenaga-tenaga pakar dan penyelidik dari Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Universiti Pertanian Malaysia kini Universiti Putra Malaysia (UPM). Sebagai institusi yang berasaskan penyelidikan dan pembangunan hutan, FRIM dan UPM berkerjasa erat dan bertanggungjawab menjalankan penyelidikan demi menjamin kejayaan program perladangan hutan terutamanya dalam bidang seperti pengurusan, biakbaik pokok serta sifat dan penggunaan kayu. Program penyelidikan dan pembangunan akan terus berkembang dengan bidang-bidang penyelidikan yang sedia ada disamping memberikan penekanan kepada penyelidikan pemilihan spesis,kesesuaian spesis dengan tapak tanaman, bekalan stok tanaman,silvilkulture,kajian ekonomik spesis ladang serta kawalan serangga dan penyakit.

Langkah Kempen dan Pendidikan Alam Sekitar.


1. Pencegahan adalah lebih baik daripada pemulihan. Justeru itu perancangan untuk menguruskan ekosistem hutan dalam jangka masa panjang mestilah melibatkan unsure kededaran kepada orang ramai. Untuk menanam unsur kesedaran ini maka pentingnya diadakan kempen dan pendidikan alam sekitar secara berterusan. Pendidikan alam sekitar boleh dilaksanakan pada dua peringkat. Pertama peringkat sekolah sebagai kurikulum formal yang diajar dalam matapelajaran geografi dan juga interdisiplin seperti dalam matapelajaran sains. Peringkat ke dua ditujukan kepada orang ramai dalam konteks kempen kesedaran seperti kempen cintailah hutan kita, kempen the green world dan lain-lain lagi. Selain itu langkah kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar ini juga dilakukan oleh badan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Pencinta Alam Sekitar Malaysia dan juga Sahabat Alam Sekitar (SAM). Usaha yang berterusan khususnya kepada generasi muda diharap akan dapat mewujudkan masyarakat yang boleh hidup dengan harmoni dengan persekitaran hutan. 2. Dalam konteks kerajaan pula usaha untuk berkerjasama dengan Negara-negara serantau dan dengan pertubuhan Pertubuhan alam sekitar dunia yang lain sentiasa dilakukan. Dengan Negara ASEAN, Malaysia turut menyertai Program Alam Sekitar ASEAN. Selain itu Jabatan Perhutanan juga berkerjasama rapat dengan banyak pertubuhan antarabangsa. Misalnya Hari Perhutanan Sedunia disambut setiap tahun oleh Malaysia dengan melaksanakan program menanam pokok-pokok, pameran ceramah dan sebagainya. Dana sedunia alam semulajadi Malaysia (WWF) mempunyai pejabat dan wakil-wakilnya di Kuala Lumpur dan Kucing untuk membantu usaha-usaha perancangan dan pengurusan tumbuh-tumbuhan semulajadi dan hidupan liar dari segi bimbingan, perkhidmatan teknikal, kewangan dan pendidikan.

5.2.1.2 Kesan Aktiviti Manusia ke atas ekosistem tasik. A. Kemorosotan Kualiti Ekosistem Tasik.

1. Sebagai sebuah ekosistem, komponen di dalam tasik bukan sahaja terdiri daripada air malah ia juga terdiri daripada hidupan akuatik. Apabila hidupan akuatik dalam tasik terjejas, maka ini bermakna seluruh ekosistem tasik itu turut terjejas. Dalam hal ini pengukuran penting terhadap kemerosotan kualiti ekosistem tasik boleh berdasarkan kepada sumber-sumber air bersih yang ditakung oleh sesebuah tasik. Apabila air tasik tercemar maka kualitinya semakin merosot. Indeks kemerosotan kualiti air bersih (kadar pencemaran air) dari sumber air tasik boleh diukur melalui pelbagai indikator seperti kandungan Permintaan Oksigen Biologikal (BOD), kandungan bakteria Escherichia Coli (E. Coli), kandungan Amoniakal Nitrogen (NH3 - N), kandungan Pepejal Terampai (SS), Nilai Keasidan ( pH) disamping

perubahan warna dan bau yang ada di dalam air tasik tersebut.

B.

Bagaimana Ekosistem Sesebuah Tasik Terjejas.

1. Aktiviti penebusgunaan tasik. Tasik yang ada mungkin ditimbus/ditebusguna untuk dijadikan pelbagai tapakbina seperti kawasan perumahan, industri dan sebagainya. Apabila kawasan ini ditimbus bermakna memusnahkan terus segala ekosistem di dalammnya. Habitat tasik berkenaan akan hilang dan semua jenis hidupan air akan mati. 2. Pembangunan pertanian dan penternakan .Penggunaan racun seperti DDT dan penggunaan baja kimia menyebabkan sumber-sumber air tasik tercemar apabila bahan kimia tersebut dilarutresapkan oleh air tanah menuju ke sungai dan tasik di samping daripada air hujan yang sudah tercemar menjadi hujan asid. Kemerosotan kualiti sumber air tasik ini dikesan melalui nilai pH. Contohnya tasik-tasik yang terdapat di kawasan perladangan getah dan kelapa sawit Sisa pertanian seperti baja kimia dan racun serangga boleh dibawa oleh larian air permukaan atau dilarutresapkan oleh air hujan ke dalam tanah yang akhirnya diluahkan ke dalam tasik yang berdekatan. Kesannya kualiti air tasik akan terjejas, nilai keasidan pHnya bertambah yang boleh mematikan hidupan seperti zooplankton dan tumbuhan hijau yang lain. Dalam konteks ini rantaian makanan dalam tasik akan musnah. Begitu juga dengan aktiviti pembuangan najis babi ke dalam tasik juga boleh merosakkan kitaran ekosistem tasik berkenaan. Pembangunan sektor penternakan. Penyaliran najis haiwan seperti najis khinzir ke dalam tasik atau pembuangan sisa-sisa haiwan yang disembelih atau yang mati ke tasik akan menjejaskan ekosistem tasik berkenaan.. Air tasik akan berbau busuk, kandungan bakteria E.Coli amat tinggi, kadar alir air tasik amat perlahan - Tasik mati. 3. Aktiviti perindustrian. Ini termasuklan penyaluran dan pembuangan sisa toksid ke dalam tasik oleh sesetengah kilang seperti kilang memproses getah dan kelapa sawit, kilang membuat cat dan petrokimia yang secara langsung menyalirkan sisanya ke tasik yang berdekatan. Air tasik akan tercemar, nilai BOD air dalam tasik meningkat dan ini akan memusnahkan segala hidupan di dalam tasik tersebut sekaligus keseluruhan ekosistem tasik akan musnah. Sektor perkilangan dianggap sebagai sektor yang paling banyak menyumbang kepada pencemaran sumber air sesebuah tasiki. Kadar kemerosotan diukur dengan indikator kandungan BOD dalam air di samping perubahan warna dan bau. Selain itu perlepasan bahan-bahan pencemar dari serombong kilang ke udara boleh menyebabkan kualiti air hujan merosot hujan asid dan jika hujan ini memasuki system tasik maka seluruh komponen dalam tasik berkenaan akan terjejas.. Di sesetengah tempat tasik dijadikan sebagai tempat pembuangan bahan kimia dan bahan radioaktif . Di Jepun misalnya, ekosistem Tasik Minimata dirosakkan akibat pembuangan raksa oleh beberapa jenis industri ke dalamnya. 4. Aktiviti pelancongan. Meliputi pembuangan/penyaliran sisa kumbahan dari hotel,resort,chalet ke kawasan tasik yang berdekatan. Ini akan meningkatkan kandungan bakteria E.Coli dalam tasik tersebut. Peningkatan kandungan bakteria ini mencerminkan kualiti air tasik kian merosot yang seterusnya boleh mematikan pelbagai sumber alga dan zooplankton yang menjadi pembekal makanan utama kepada seluruh hidupan akuatik dalam tasik tersebut. Kemerosotan kualiti air tasik ini dikesan melalui kandungan bakteria E.Coli. Jika melebihi paras yang dibenarkan 200 MPN/100 ml maka air tasik tersebut sudah tercemar. 5. Pembangunan pesat sektor pembandaran. Pertambahan penduduk bandar, kewujudan kawasan setinggan yang membuang sisa domestik seperti sampah sarap dan air kumbahan ke tasik atau takungan air yang berhampiran. Termasuk juga pembuangan sisa-sisa makanan oleh peniaga kecil dan lain-lain sisa dari kawasan perumahan ke system tasik yang ada .Aktiviti pembuangan sisa domestik oleh penduduk seperti pembuangan sampah sarap terus ke dalam tasik akan menyebabkan air tasik menjadi busuk dan tercemar yang seterusnya boleh menggangu keseimbangan ekosistem tasik berkenaan. Selain itu aktiviti seperti menuba ikan, mengebom ikan di dalam tasik yang terlibat akan memusnahkan pelbagai peringkat pengguna dalam tasik tersebut.

6. Pembangunan sektor perlombongan dan tenaga. Sisa perlombongan bijih timah, emas dan tembaga mencemarkan tasik apabila ia dialirkan/dibuang ke dalamnya seperti kes perlombongan tembaga di Mamut Sabah. Di Cameron Highland ekosistem beberapa buah tasik turut musnah akibat pembuangan enap cemar oleh TNB berhad sehingga boleh menggangu bekalan air bersih kepada penduduk.

C. Langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah kemerosotan Ekosistem Tasik.
1. Langkah perundangan. Penguatkuasaan undang-undang - pengawasan/pemantauan yang teliti serta tindakan tegas termasuk denda/kompaun, menarik balik lesen operasi dan juga penjara ke atas manamana pihak yang dikenalpasti mencemarkan sumber-sumber air tasik samada dari pekilang, penternak, pemilik-pemilik restoran, orang perseorangan dan sebagainya. Langkah ini boleh dilaksanakan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) sebagai badan kerajaan yang bertanggungjawab dan diberi kuasa di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974. Di samping itu perlunya kerjasama dari Jabatan kerajaan yang lain dan NGO serta media seperti TV 3 untuk memantau, mengawal - selia dan melaporkan segala aktiviti ekonomi yang dikenalpasti boleh mengancam ekosistem sesebuah tasik agar langkah-langkah pencegahan awal boleh diambil sebelum terlambat. Apabila dilaporkan maka tindakan dari JAS mestilah cepat dan serta merta. 2. Langkah pengurusan seperti merawat air tasik yang telah tercemar khususnya akibat sisa kilang dan air kumbahan. Di samping menyedia/memperbanyakkan loji merawat air. Hanya air yang sudah dirawat sahaja yang boleh dialirkan semula ke dalam tasik tersebut. Loji perawatan boleh ditempatkan terus di tebing-tebing tasik . Selain itu menyediakan sistem pemerangkap sampah yang berkesan untuk membersihkan sungai dan seterusnya menyekat aliran sampah dari memasuki tasik melalui sistem sungai . Manakala pihak pekilang pula mestilah tidak menjadikan tasik sebagai tempat pembuangan sisa industri mereka. Sisa industri perlu dirawat di kawasan yang disediakan khusus dan bukannya terus dibuang ke dalam tasik yang berdekatan. Pada masa yang sama juga usaha-usaha mempertingkatkan R&D dan teknologi haruslah dijalankan dari masa ke semasa seperti teknologi kitar semula air atau mengubah teknologi perindustrian ke arah yang tidak mencemarkan air bagi menjamin sumber-sumber air tasik masa hadapan sentiasa bersih. 5. Melaksanakan kempen dan pendidikan alam sekitar. Menyedarkan masyarakat tentang pentingnya air tasik yang bersih dan menjaga sumber air sebagai penerus kehidupan. Kempen dilaksanakan melalui pelbagai saluran media massa seperti kempen hargailah air dan sebagainya atau menganjurkan pelbagai aktiviti sosial seperti gotong-royong pembersihan tasik, aktiviti riadah dan sukan air di dalam tasik agar mendatangkan kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya air tasik dan ekosistem tasik kepada alam sekitar dan manusia.

Soalan Latihan: Soalan 1.


a) Apakah punca-punca yang membawa kepada kemusnahan hutan semulajadi?. (10 Markah)

(STPM 1997/6(a)
b) Dengan memberikan contoh-contoh, tunjukan bagaimana pemusnahan hutan boleh memberikan kesan terhadap cuaca dan geomorfologi di sesuatu tempat. (STPM 1997/6(b)

Soalan 2:
a) Apakah yang dimaksudkan dengan ekosistem ?, (5 Markah)

(STPM 1998/7(a)
b) Dengan bantuan gambarajah, jelaskan bagaimana tenaga dialirkan melalui satu siratan makanan yang mudah dalam ekosistem tersebut. (10 Markah)

(STPM 1998/7(b)
c) Jelaskan kepentingan ekosistem hutan bakau (10 Markah)

(STPM 1998/7 Soalan 3


a) b) c) Nyatakan komponen-komponen asas yang membentuk setiap ekosistem. Dengan bantuan gambarajah, jelaskan kitar nutrien dalam ekosistem. Bincangkan pengaruh karbon terhadap kegiatan manusia. (5 Markah)

(STPM 1999/7(a)
(10 Markah)

(STPM 1999/7(b)
(10 Markah)

(STPM 1999/7(c) Soalan 4:


a) b) Apakah yang dimaksudkan dengan rantaian makanan ?. (5 Markah)

(STPM 2000/7(a)
Terangkan bagaimana tenaga dipindahkan dalam rantaian makanan bagi ekosistem hutan Tropika. (10 Markah)

(STPM 2000/7(b)
c) Jelaskan bagaimana rantaian makanan boleh diganggu, dan huraikan kesan gangguan itu terhadap manusia. (10 Markah)

(STPM 2000/7 Soalan 5:


Berdasarkan kepada mana-mana ekosistem sebuah kolam atau tasik; a) b) Labelkan aliran tenaga dan siratan makanan dalam ekosistem tersebut. Huraikan proses aliran tenaga dalam siratan makanan itu. (5 Markah) (10 Markah)

c) Jelaskan bagaimanakah aktiviti-aktiviti manusia boleh menggangu kestabilan ekosistem tasik atau kolam berkenaan. (10 Markah)

Soalan 6:
a) b) Apakah yang dimaksudkan dengan kitar nutrien dalam ekosistem?. (5 Markah)

(STPM 2002/5(a)
Dengan bantuan gambarajah, huraikan bagaimana kitar nitrogen berlaku dalam ekosistem daratan. (10 Markah) c) Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengekalkan kestabilan ekosistem hutan hujan Tropika di Malaysia. (10 Markah)

Soalan 7:
a) Apakah yang dimaksudkan dengan kepelbagaian biologi ?. (5 Markah)

b)

Huraikan kepentingan kepelbagaian biologi hutan kepada manusia.

(8 Markah)

c) Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk menjamin sumber kepelbagaian biologi hutan tidak pupus dan berterusan. (12 Markah)

TEMA 6: SALING KEBERGANTUNGAN SISTEM


Peta Konsep: Intraksi antara sistemsistem alam sekitar fizikal. Saling Kebergantungan Sistem. Intraksi antara sistem alam sekitar fizikal dengan manusia. Langkah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar fizikal. Objektif Pembelajaran: Memahami bagaimana perubahan satu sistem akan mempengaruhi sistem-sistem alam sekitar fizikal yang lain. Menghuraikan kesan-kesan ke atas alam sekitar manusia akibat perubahan yang dialami oleh sistem alam sekitar fizikal. Menjelaskan langkah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar fizikal akibat tindak tanduk manusia.

6.1 Interaksi antara sistem-sistem alam sekitar fizikal.


A. Konsep saling bergantung dan saling bertindakbalas dalam sistem alam sekitar fizikal.

1.

Apabila kita memandang bumi sebagai sebuah sistem maka kita haruslah memahami bahawa bumi ini mempunyai elemen-elemen yang saling pengaruh-mempengaruhi antara satu sama lain samada pada peringkat makro ataupun peringkat mikro. Konsep bumi sebagai sebuah sistem diutarakan oleh R.J.Chorley dalam bukunya Physical Geography, A System Approach. Bagi Chorley, angkubah-angkubah dalam sistem alam sekitar fizikal ini saling berintraksi antara satu sama lain dan bukannya bertindak secara bersendirian. Setiap perubahan yang dialami oleh sesuatu unsur akan turut mengubah unsur-unsur yang lain dan akhirnya keseluruhan unsure-unsur dalam sistem tersebut sebagai satu unit akan turut mengalami perubahan. Angkubah-angkubah ini walaupun pelbagai (diversiti) tetapi ia wujud dan berada di dalam satu kesatuan (uniti) yang kompleks sifatnya yang dikenali sebagai sistem alam sekitar fizikal.

2. Sistem bumi terbahagi kepada empat, iaitu Sistem geomorfologi (litosfera), sistem atmosfera ,sistem hidrologi (hidrosfera) dan sistem ekologi (biosfera). Oleh kerana ke empat-empat sistem ini seringkali mengalami perubahan, maka ia dinamakan sebagai sistem yang dinamik. Dinamik bererti tidak statik, seringkali wujud perubahan dan perubahan yang dialami oleh sesebuah sistem turut sama mengubah sistem yang lain. Perubahan yang berlaku dalam sesebuah sistem adalah kerana adanya proses-proses yang beroperasi dalam sistem itu yang digerakkan oleh tenaga matahari. Dalam sistem fizikal kedinamikan ini dikenali sebagai kedinamikan biogeokimia. Lihat rajah 135 di di bawah. Rajah 135: Saling Interaksi antara sistem-sistem alam sekitar fizikal

3. Di antara sebab mengapa sistem atau unsur-unsur dalam sesebuah sistem itu mengalami perubahan apabila adanya sistem atau unsur lain yang berubah adalah kerana sifat semulajadi sesebuah sistem terbuka yang sentiasa ingin mengekalkan tahap keseimbangan (steady state system). Secara semulajadinya tidak ada sebuah sistem alam sekitar fizikal yang tidak mencapai tahap ketidakseimbangan. Justeru apabila berlakunya perubahan maka unsur-unsur yang lain akan menyesuaikan dirinya untuk

mencapai tahap kesimbangan yang baru. Bagi mencapai tahap keseimbangan yang baru ini maka mekanisme tindakbalas (feedback system) akan berlaku dalam sistem tersebut. Tindakbalas ini boleh jadi negatif atau positif. 4. Tindakbalas negatif dinamakan sebagai homeostatik. Tindakbalas ini berupaya untuk memperlahankan perubahan yang berlaku di dalam sesebuah sistem. Apabila sebarang perubahan dikesan, satu isyarat akan dihantar kepada gen perubahan supaya perubahan yang berlaku seterusnya boleh diubah suai (samada semakin meningkat atau berkurang). Dengan cara ini sistem tersebut dapat menyesuaikan dirinya demi mengekalkan keseimbangan. Sebagai contoh, apabila sebuah sistem sungai mengalami pertambahan isipadu air misalnya dari hujan lebat maka halaju airnya akan bertambah yang akan meningkatkan pula kadar hakisan dasar dan tebing sungai tersebut. Alur sungai menjadi semakin dalam dan lebar bagi menampung isipadu air yang bertambah tadi. Akhirnya aliran sungai menjadi perlahan kembali apabila alur-alurnya mampu menampung kuantiti air sungai tersebut. Pada tahap ini keseimbangan sungai yang baru telah tercapai. 5. Tindakbalas positif pula bukanlah bertindak untuk menstabilkan sistem yang telah diganggu tetapi lebih bersifat untuk membawa kesan berlonggok atau kesan yang bertambah dan perubahan yang berlaku lebih bersifat satu hala. Contohnya apabila salji bertambah dalam alur sungai glasier maka proses hakisan glasier akan menjadi lebih giat untuk memperdalam dan melebarkan alur-alur sungai glasier tadi. Alur yang semakin lebar dan dalam ini akan menggalakkan lagi pertambahan salji dan seterusnya proses hakisan glasier akan menjadi lebih giat lagi. Justeru itu kesannya akan semkan bertambah. Satu contoh lain ialah penyahutanan untuk pembinaan bandar. Apabila hutan ditebang dan muka bumi diturap dengan tar (bitumen) serta konkrit akan menyebabkan permukaan bumi yang selama ini telap air menjadi tidak telap air. Kesan daripada ketidaktelapan ini adalah berterusan dan tidak mungkin boleh berpatah balik kerana tidak ada tumbuhan lagi yang boleh hidup di kawasan bertar. Justeru itu apabila hujan turun akan menyebabkan banjir kilat, dan apabila matahari memancar akan menyebabkan pemanasan setempat, apabila kadar sejatan bertambah akibat pemanasan setempat, wap-wap air akan terkumpul dengan cepat di atmosfera dan seterusnya menggalakkan pula turunnya hujan perolakan. Hujan ini pula akan meneruskan lagi fenomena banjir kilat. Kesimpulanya kesan berganda akan wujud dalam konteks tindakbalas positif ini.

B. Contoh-contoh saling bergantung dan saling bertindakbalas antara sistem alam sekitar fizikal.
1. Dalam konteks kitaran hidrologi, proses sejatan di permukaan air, pemelowapan dan kerpasan berlaku dalam sistem atmosfera. Ini diikuti oleh proses pintasan/cegatan silara dari tumbuh-tumbuhan yang berlaku dalam sistem ekologi. Seterusnya larian air permukaan dan aliran sub-permukaan berlaku dalam sistem geomorfologi. Akhirnya proses rembesan,aliran air bawah tanah,akuifer yang membekalkan air kepada sungai,tasik,paya,kolam dan lain-lain berlaku dalam sistem hidrologi. Dalam hal ini sistem hidrologi sendiri bertindak sebagai proses dan penyedia air manakala sistem-sistem yang lain sebagai medium/bahantaranya. Kerana peringkat-peringkat dalam kitaran tersebut akan melibatkan ke empat-empat sistem di atas.

2. Fenomena letusan gunung berapi adalah berlaku dalam sistem geomorfologi. Selain Lava dan aliran piroklastik, letusan gunung berapi juga mengeluarkan asap dan debu. Misalnya letupan Gunung berapi Pinatubo di Filipina pada tahun 1993 telah memuntahkan debu setinggi 12 kilometer ke udara. Ini telah mempengaruhi sistem atmosfera melalui kejadian jerebu,hujan asid,kekacauan kestabilan atmosfera sehingga merangsang kejadian ribut taufan. Akibat letupan itu hampir seminggu kepulauan Asia Tenggara diselimuti dengan jerebu. Kejadian jerebu membolehkan turunnya pula hujan asid apabila sulfur sebagai komposisi utama jerebu bersebati dengan air hujan menjadi asid sulfurik. Ini akan menggangu kualiti air dalam sistem hidrologi apabila hujan asid jatuh ke dalam sungai,tasik,paya,kolam dan laut. Akhirnya akan memusnahkan rantaian makanan dalam ekosistem akuatik,kepupusan sumber-sumber maritim seperti batubatu karang,plankton,ikan,udang,sotong dan lain-lain yang berada dalam sistem ekologi air. Hujan asid juga boleh merosakkan ekologi hutan semulajadi. Misalnya sejenis awan yang dikenali sebagai awan Chicon telah menurunkan hujan asid sulfurik di USA sehingga mengugurkan daun-daun dan menukarkan

pokok-pokok hijau menjadi rangka kering. Fenomena ini dikenali sebagai Waldstreben.

Hutan Berangka atau

3.

Fenomena El-Nino yang melanda negara-negara Pasifik pula berlaku di dalam sistem atmosfera. Fenomena ini telah menggangu kestabilan atmosfera dengan menyebabkan cuaca panas dan kering pada barat Pasifik dan taufan serta banjir di timurnya. Kekurangan hujan, cuaca panas dan kemarau pula akan menggangu keseimbangan sistem hidrologi seperti sungai,tasik,kolam serta air bawah tanah. Kekurangan input air di dalam sistem hidrologi seterusnya akan menjejaskan sistem ekologi akuatik. Hidupan air seperti ikan,udang,ketam dan sebagainya akan musnah dan terjejas. Akhirnya rantaian makanan kepada hidupan lain akan turut terjejas sama. Lebih teruk lagi jika ekologi sesebuah hutan boleh terbakar dengan sendirinya dan musnahlah segala habitat fauna dan floranya. Dalam konteks sistem geomorfologi pula cuaca panas El-Nino boleh meningkatkan kadar luluhawa batuan, meningkatkan kadar hakisan angin,rekahan tanah dan sebagainya.

C. Contoh-Contoh saling bergantung dan saling bertindakbalas antara sistem alam sekitar fizikal dengan sistem alam sekitar manusia.
1. Pada asalnya kajian interaksi antara alam sekitar fizikal dengan alam sekitar manusia berasaskan dua pandangan klasik iaitu Determinisme Alam Sekitar dan Possibilisme Alam Sekitar. Pandangan determinisme melihat alam sekitar fizikal yang mendominasi manusia. Manusia terpaksa tunduk dan akur kepada ketentuan-ketentuan alam sekitar fizikal. Manakala pandangan possibilisme pula adalah sebaliknya yang melihat elemen manusia lebih berkuasa daripada alam sekitar fizikal. Melalui tingkat teknologi dan pengentahuan yang ada manusia boleh mengatasi halangan-halangan yang ada dalam alam sekitar fizikal tadi. Namun begitu paradigma ini sudah tidak diterima pakai lagi pada masa kini. Kajian interaksi alam sekitar fizikal dengan manusia pada masa kini berasaskan paradigma Dampak dan Impak. Segala perubahan atau dampak yang dialami oleh alam sekitar fizikal akibat tindak tanduk manusia tidak akan terhenti di dalam konteks alam sekitar fizikal sahaja. Kesannya akan melampaui sempadan fizikal dan akan mengimpak manusia kembali. Manusialah yang akan menanggung segala resikonya akibat tindak tanduk mereka sendiri ke atas alam sekitar fizikal.

2.

Paradigma dampak dan impak boleh diteliti daripada contoh kes-kes berikut:

a). Pembangunan yang melampau di kawaan tanah tinggi dan lereng-lereng bukit untuk tujuan pertanian, pembinaan hotel, resort, padang golf dan sebagainya. Aktiviti ini akan menyebabkan meningkatknya kejadian hakisan tanah dan tanah runtuh. Kesan akibat hakisan tanah dan tanah runtuh akan mengancam manusia misalnya resiko kehilangan nyawa, kerosakan harta benda seperti rumah, kerugian kos untuk baik pulih dan sebagainya. Di Malaysia, antara tragedi yang pernah terjadi akibat pembangunan yang melampau di kawasan tanah tinggi ialah peristiwa runtuhnya Highland Tower dan juga kejadian tanah runtuh di Taman Perumahan Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur. b) Fenomena banjir kilat di kawasan bandar merupakan satu gangguan ke atas sistem geomorfologi apabila meningkatnya kadar larian air melebihi daripada had yang boleh ditampung oleh sistem saliran yang ada dalam bandar. Fenomena ini terhasil apabila manusia menurap muka bumi dengan tar, bitumen, aspalt dan konkrit melebihi daripada keupayaan kadar susupan air hujan ke dalam tanah. Akibatnya Larian air permukaan akan bertambah dengan banyak dan cepat dan membanjiri kawasan rendah di dalam bandar. Dalam konteks ini manusia pula akan menanggung resikonya apabila banjir kilat membawa Lumpur dan selut memasuki kawasan kediaman mereka. Selain itu kerosakan harta benda seperti kenderaan, gangguan kepada sistem perhubungan dan pengangkutan, dan peruntukkan yang tinggi terpaksa disediakan untuk kerja-kerja membaik pulih akibat banjir kilat. c) Pencemaran sumber air khususnya air sungai dan tasik. Pencemaran ini dilakukan oleh manusia melalui aktiviti pembuangan bahan-bahan kumbahan yang akan mengurangkan jumlah kandungan oksigen

dalam air sebaliknya meningkatkan kandungan bakteria E.Coli serta pembuangan sisa toksid dari sector perkilangan yang akan menyebabkan sumber air tasik dan sungai diracuni. Selain itu pencemaran sungai juga datangnya dari aktiviti pertanian seperti pembuangan/penyaliran racun serangga (DDT), pembangunan tanah baru yang menyebabkan pencemaran kelodak dan lumpur. Kesan daripada pencemaran ini akan mengurangkan bekalan air bersih kepada penduduk samada untuk memasak, membasuh, mencuci ataupun untuk kegunaan industri, pertanian, bekalan tenaga (KEH) dan sebagainya . Keadaan ini akan menjejaskan kualiti hidup penduduk. d) Fenomena pencemaran udara. Juga dilakukan oleh manusia melalui aktiviti perindustrian, penggunaan kenderaan, aktiviti pertanian dan sebagainya. Perindustrian dan kenderaan akan melepaskan gas-gas pencemar ke udara seperti karbon dioksida,karbon monoksida, sulfur oksida, hidro karbon dan sebagainya. Apa yang jelas pencemaran udara ini akan menjejaskan kesihatan penduduk seperti penyakit batuk kering, edema dan pendarahan pulmonari, pedih mata serta boleh menurunkan hujan asid yang juga boleh menjejaskan kesihatan manusia seperti penyakit barah kulit. Seterusnya hujan asid boleh mengkakis dan melunturkan warna bangunan. e) Pemanasan global yang berlaku melalui mekanisme kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon adalah satu gangguan kepada sistem atmosfera. Ini kerana bajet haba yang diterima oleh bumi menjadi tidak seimbang. Bumi dikatakan menerima lebihan bahangan suria yang menyebabkan suhu dunia meningkat. Dampaknya akan dialami oleh sistem geomorfologi apabila litupan ais benua dan pergunungan cair,membanjiri laut,menenggelamkan daratan yang rendah di samping meningkatkan kadar hakisan ombak. Menurut Profesor James G Titus dari Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika dalam kertas kerjanya yang berjudul International Conference of Rising Atmosphere CO2 and Plant Productivity (1992) , di antara tahun 1990 hingga 2025 suhu dunia meningkat antara 0.8 hingga 3.6 darjah celcius. Akibat peningkatan ini pada penghujung abad ke 21 paras air laut akan bertambah secara janjang geometri antara 90 hingga 210 sentimeter. Kesannya akan menenggelamkan hampir 10.5 juta hektar tanah daratan dunia. Ini kerana dalam tempoh tersebut 2 hingga 7 sentimeter salji di pergunungan tinggi, di Artik dan Antartika akan cair membanjiri laut. Penenggelaman daratan akan memberikan resiko yang besar kepada manusia untuk hidup, mendirikan petempatan, menjalankan aktiviti pertanian dan sebagainya. Selain itu pemanasan global juga boleh menjejaskan kesihatan manusia dengan pelbagai penyakit seperti barah kulit, katarak mata dan sebagainya. Disamping itu manusia akan sentiasa rimas, panas dan tidak selesa. f) Fenomena penyahutanan oleh manusia untuk pelbagai tujuan seperti pertanian,petempatan,perindusterian atau kebakaran hutan secara semulajadi bukan sahaja menggangu sistem ekologi hutan itu sendiri apabila habitat fauna dan flora musnah, tetapi lebih daripada itu ia akan menghilangkan fungsi hutan sebagai kawasan tadahan, menggangu proses susupan air ke dalam tanah seterusnya mengurangkan bekalan air dalam tanah. Ini merupakan satu dampak yang dialami oleh sistem hidrologi. Kesan yang lebih dirasai akibat kebakaran hutan pada masa kini adalah jerebu . Di Malaysia sendiri bandar-bandar seperti Kucing,Kota Kinabalu,Pulau Pinang dan Kuala Lumpur telah dilanda masalah jerebu yang agak serius sehingga habuk terampai di udaranya melebihi paras merbahaya. Fenomena jerebu akan memudaratkan kesihatan manusia, mengurangkan jarak penglihatan, meningkatkan resiko kemalangan, gangguan kepada kelancaran sistem trafik dan akhirnya menggangu aktiviti ekonomi dan sosial penduduk. .

6.2 Langkah Pemeliharaan dan Pemuliharaan Sistem Alam Sekitar Fizikal: Langkah Perundangan dan Langkah Bukan Perundangan.
6.2.1 Langkah Perundangan: Kajian Kes di Malaysia.
Pada amnya segala langkah perundangan berkaitan dengan kawalan alam sekitar di Malaysia samada udara, air, tanah, bunyi sumber jaya dan sebagainya terkandung dalam Akta Kualiti Alam Sekitar, 1974. Akta

kualiti Alam Sekitar 1974 merupakan perundangan induk yang menjadi rujukan mana-mana pihak penguatkuasa untuk melaksanakan tindakan terhadap pesalah alam sekitar. Namun begitu pada masa kini pula terdapat satu lagi elemen perundangan yang boleh dikenakan kepada mana-mana pesalah alam sekitar iaitu Laporan Kesan Penilaian Alam Sekitar (EIA).

A.

Akta Kualiti Alam Sekitar, 1974.

1. Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 digubal sebagai perundangan yang komprehensif yang memberikan asas undang-undang yang sama bagi mengkordinasikan kesemua aktiviti berkaitan dengan pengawalan alam sekitar di seluruh negara. Sebenarnya akta ini bukan sahaja bertujuan untuk menghalang kemerosotan alam sekitar tetapi juga untuk mempertingkatkan atau memperbaiki kualiti alam sekitar. Bagi tujuan tersebut, akta kualiti alam sekitar 1974 mempunyai peruntukan yang jelas tentang beberapa masalah pencemaran alam sekitar yang meliputi; pencemaran udara (Seksyen 20), pencemaran bunyi bising (Seksyen 23), pencemaran tanah (Seksyen 24), pencemaran perairan daratan (seksyen 25), pencemaran minyak dan bahan yang bercampur minyak ke dalam perairan Malaysia (seksyen 29). Kesemua larangan yang terdapat dalam seksyen yang dinyatakan di atas tertakluk kepada syarat yang ditentukan oleh Menteri setelah berunding dengan Majlis Kualiti Alam Sekeliling. Sementara itu pindaan kepada akta kualiti alam sekitar yang dilakukan pada tahun 1985 telahpun dikuatkuasakan pada tahun 1986. Di bawah akta tersebut menghendaki laporan kesan kualiti alam sekeliling (dikenali sebagai EIA) mestilah diberikan kepada Ketua Pengarah Kualiti alam Sekeliling terlebih dahulu sebelum sesuatu projek pembangunan dijalankan. Perlaksanaan sesuatu projek pembangunan tertakluk kepada kelulusan terlebih dahulu berdasarkan kepada laporan EIA yang disediakan. 2. Dalam Seksyen 52 (1) akta kualiti alam sekeliling 1974, membenarkan menteri yang bertanggungjawab setelah berunding dengan Majlis Kualiti alam Sekeliling untuk menggubal undangundang kecil bagi mendetailkan lagi peraturan-peraturan yang sedia ada. Justeru itu terdapat pelbagai jenis undang-undang kecil yang telah digubal di bawah akta kualiti alam sekeliling 1974 bersama-sama dengan ordinan lalu lintas jalan raya 1958. Di antaranya ialah seperti jadual di bawah: Jadual: Senarai Undang-Undang Kecil Yang digubal di bawah perundangan tertentu Akta Kualiti Alam Sekeliing, 1974.

3. Akta dan perundangan akan tinggal sebagai akta sahaja jika tidak ada badan yang berkuasa untuk melaksana dan menguatkuasakannya. Justeru itu, Akta Kualiti alam Sekitar 1974 menugaskan Jabatan Alam Sekitar (JAS) sebagai badan yang bertanggungjawab menilai, memonitor dan mengawal segala aspek yang berkaitan dengan alam sekitar. JAS diberi kuasa sepenuhnya untuk menyaman, mengenakan kompaun, menyitar premis, mengheret ke mahkamah dan lain-lain tindakan yang dibenarkan terhadap mana-mana individu atau syarikat atau agensi yang terlibat melangggar akta kualiti alam sekitar 1974 itu. Namun begitu JAS sahaja adalah tidak mencukupi untuk menguatkuasakan undang-undang tersebut kerana kekurangan tenaga, logistik dan sebagainya. Di Malaysia, terdapat juga jabatan atau agensi kerajaan yang diberi kuasa-kuasa tertentu untuk mentadbir dan melaksanakan beberapa aspek alam sekitar. Lihat jadual di bawah. Jadual: Agensi Kerajaan Yang mempunyai kuasa undang-undang dalam mentadbirkan Beberapa aspek alam sekitar.

B. Perundangan-Perundangan Lain Berkaitan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan Alam Sekitar di Malaysia.
Selain daripada Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, terdapat perundangan-perundangan lain yang berkaitan dengan mengawal kualiti alam sekitar di Malaysia. Di antaranya ialah:

1.

Perundangan Berkaitan dengan Pemuliharaan Tanah.

a) Akta Pemuliharaan Tanah (Bahagian III) mengenai kawalan kelodak dan hakisan. Sebahagian besar peruntukan mengenai kawalan hakisan adalah ditujukan kepada kawasan tanah bukit. Seksyen 5 umpamanya menegaskan bahawa Tanah bukit tidak boleh ditanam dengan tanaman jangka pendek, termasuk sayur-sayuran melainkan dengan kebenaran. b) Akta perhutanan Negara (1984). Jadual 1, Seksyen 2 (1), Perkara 15 (b) menghendaki pemegang lesen membalak bertindak mengurangkan hakisan tanih di kawasan pembalakan yang telah dijalankan olehnya. c) Akta Jalan, Parit dan Bangunan (1974): Menghendaki ruang terbuka di dalam dan disekeliling bangunan yang sedang dibina dilindungi secara bersesuaian daripada hakisan tanah. Tindakan ini amat penting memandangkan projek pembinaan biasanya melibatkan pembersihan keseluruhan kawasan tapak projek yang pastinya akan mendedahkan permukaan bumi secara langsung kepada agen hakisan. 2. Perundangan Berkaitan dengan Pencemaran Air. Berkaitan dengan pencemaran air terdapat beberapa perundangan yang berkaitan seperti berikut: a) Akta Jalan, Parit dan Bangunan (1974), Seksyen 55 (3) menyatakan bahawa tidak ada apa bentuk enfluen perdagangan pun yang boleh dibuang atau dibenarkan memasuki mana-mana sungai, terusan,alur, kolam,tasik, laut atau mana-mana parit atau pembentungan awam tanpa kelulusan bertulis pihak berkuasa tempatan ataupun negeri. b) Akta kerajaan Tempatan, Seksyen 69 menyatakan bahawa adalah menjadi satu kesalahan bagi seseorang yang melakukan kacau ganggu atau membuang kotoran di dalam atau ditebing sungai, saluran, terusan, longkang dan sebagainya . c) Akta Perikanan, Seksyen 26 (1) bagi kawalan penggunaan racun dan pencemar (tuba) dan bahan letupan bagi tujuan menangkap ikan di perairan darat atau di pinggir pantai.

3.

Perundangan berkaitan pencemaran udara.

a) Akta Perhutanan Negara (1984), Seksyen 82 (1) yang melarang sesiapapun daripada melakukan pembakaran dalam hutan simpan. b) Akta Kerajaan Tempatan (1976), Seksyen 81 yang menyatakan tindakan terus boleh diambil bagi kacau ganguan relau dan cerobong yang mengeluarkan asap serta gangguan kesihatan dan alam sekitar daripada debu oleh tred, perniagaan,pengilangan atau proses. c) Ordinan Lalulintas Jalan Raya (1958) menyatakan bahawa tiada sesiapapun yang boleh menggunakan kereta yang melepaskan asap dengan ketumpatan melebihi 50 unit asap Hartridge atau yang standing dengannya.

4.

Lain-lain Perundangan:

a) Akta perhutanan Negara yang menitikberatkan soal pemuliharaan sumber jaya seperti hutan, air serta hidupan liar. Misalnya pengeluaran lesen pembalakan mestilah disertakan dengan rancangan penghutanan semula. b) Akta Taman Negara, Seksyen 3 (1), memberi kuasa kepada menteri untuk membuat peraturan bagi menghalang pembunuhan hidupan liar, pembakaran dan penebangan pokok, serta penjagaan dan pengawalan taman Negara.

c) Akta perikanan, Seksyen 38 (1) dan Seksyen 41(1) memberikan kuasa khusus kepada menteri untuk membuat dan melaksanakan kaedah-kaedah khusus mengenai pemuliharaan, pemajuan, pengurusan dan pengawalseliaan ke atas penyu dan perikanan darat. Sementara itu Akta Pelantar Benua dan Akta Zon Ekonomi Ekslusuf (ZEE) melarang merosakan dan mengeksploitasi sumber-sumber marin.

C.

Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA).

1. Penilaian impak alam sekitar (EIA) adalah satu proses pencegahan daripada berlakunya kemerosotan kualiti alam sekitar. Penilaian ini diwujudkan bertujuan untuk mengelakkan berlakunya kerugian besar khususnya terhadap alam sekitar akibat kesilapan dalam perancangan dan perlaksanaan sesuatu projek pembangunan. Justeru itu EIA adalah satu pendekatan yang menyeluruh kearah pengurusan alam sekitar yang melibatkan kawalan dan perancangan sumber jaya agar wujud keseimbangan antara kepentingan projek pembangunan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang berkualiti.. Sehubungan itu sebelum sesuatu projek pembangunan khususnya projek mega dijalankan, pemaju mestilah menyediakan laporan EIA yang lengkap untuk diteliti dan diluluskan oleh pihak berkuasa. Pihak berkuasa boleh menangguhkan atau membatalkan sesuatu projek jika ia tidak menepati kehendak dan standard yang ditetapkan oleh EIA. 2. Di bawah EIA terdapat pelbagai pelbagai jenis aktiviti atau projek pembangunan yang telah ditetapkan yang perlu dilaporkan kesan kepada alam sekeliling sekiranya projek tersebut dijalankan. Lihat senarai di bawah. Senarai aktiviti atau projek yang perlu dibuat laporan Kesan kepada alam sekitar (EIA)

3. Untuk melaksanakan EIA, telah disediakan tatacaranya. Tatacara tersebut melibatkan penilaian awalan, penilaian terperinci dan pemeriksaan laporan penilaian terperinci. Sehubungan itu, garis panduan penilaian impak alam sekitar mengandungi tatacara seperti berikut: Ringkasan: Huraian Tatacara Penilaian Impak Alam Sekitar.

6.2.2

Langkah Bukan Perundangan.

1. Selain daripada langkah perundangan, usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar juga dilaksanakan melalui langkah bukan perundangan. Di bawah langkah bukan perundangan ini meliputi dua perkara. Pertama, amalan pengurusan yang strategik dan ke dua langkah kempen serta pendidikan alam sekitar. Langkah pengurusan yang strategik melibatkan usaha jangka pendek dan juga jangka panjang untuk mengurangkan atau mengatasi permasalahan alam sekitar setempat manakala kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar lebih bersifat langkah menyedarkan masyarakat tentang perlunya hidup harmoni dengan alam sekitar.

A.

Langkah: Amalan Pengurusan Yang Strategik.

1. Dalam konteks mencegah serta mengawal hakisan tanih dan kelodakan maka langkah-langkah berikut boleh diambil; a) Bagi kerja pemotongan, perataan dan peneresan bukit untuk pelbagai jenis tapak bina maka langkah-langkah seperti pembinaan benteng konkrit, membina sangkar dawai batu (Groin dan

gabion), penanaman tumbuhan tutup bumi seperti rumput, membina alur-alur kecil sebagai laluan air, selain daripada menghadkan pemotongan cerun kurang daripada 45. b) Bagi aktiviti pertanian khususnya di cerun-cerun bukit mestilah dilaksanakan mengikut kontor, membina teres, membina benteng dan perangkap Lumpur, menanam pokok pelindung, kaedah tanaman berjalur dan bergilir, menggunakan sungkupan dan sebagainya. c) Bagi kerja-kerja pembalakan pula mestilah disertakan dengan aktiviti penanaman semula, membina perangkap kelodak dan takungan sementara untuk mengelakkan banjir Lumpur, mengadakan zon pembalakan atau zon penampan supaya tidak melebihi kawasan rezab seperti rezab sungai dan sebagainya. 2. Dalam konteks mengawal pencemaran udara, maka langkah-langkah berikut boleh diambil: a) Menempatkan industri mengikut jenis dan zon-zon yang sesuai yang mesti jauh dari kawasan kediaman serta kawasan tepu bina, mengawal perlepasan asap melalui sistem penapisan, meninggikan serombong, mengurangkan penggunaan bahan bakar petroleum dan arang batu, sebaliknya beralih kepada sumber-sumber gentian seperti tenaga hidro, tenaga solar dan gas asli. b) Mengawal penggunaan kenderaan yang masuk ke bandar seperti menggalakkan perkongsian kereta, menggalakkan penggunaan petroleum tanpa plumbum, menyediakan sistem penapisan asap kenderaan yang sempurna dan lain-lain. c) Mengelakkan aktiviti pembakaran terbuka sebaliknya lebih banyak menjalankan usaha kitar semula sisa pepejal, menimbus sampah serta menjalankan aktiviti tebang reput dalam sektor pertanian. 3. Dalam konteks mengawal kuantiti dan kualiti air agar sentiasa bersih dan berterusan, maka langkah-langkah pengurusan yang boleh diambil termasuklah: a) Menjalankan usaha merawat semula air yang tercemar, meyediakan sistem perangkap sampah di sungai, merawat sisa terlebih dahulu seperti sisa kumbahan, sisa buangan industri sebelum dialirkan kepada sungai atau tasik disamping menyediakan kolam takungan sisa yang khas. b) Mengawal aktiviti pembangunan di kawasan tadahah air seperti mengawal aktiviti pembalakan disamping mewujudkan kawasan rezab tadahan air. c) Mengawal selia dan sentiasa aktiviti pengangkutan air seperti kapal pengangkut petroleum dan juga kapal-kapal kontena yang lain. d) Sentiasa memantau (monitoring) tentang kualiti sumber-sumber air seperti sungai, tasik, kolam dan sebagainya agar sentiasa mematuhi standard kualiti yang telah ditetapkan. 4. Dalam konteks mengawal sumber kepelbagaian biologi, langkah-langkahnya ialah:

a) Menjalankan program penghutanan semula (projek perladangan hutan) selepas pokokpokok balak ditebang, melaksanakan rawatan sivilkultur, melaksanakan kaedah tebangan memilih bukannya tebang bersih disamping mengharamkan penebangan pokok-pokok balak yang dikenalpasti hampir pupus. b) Meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) terhadap usaha hasilan hutan, R&D untuk beralih kepada sumber-sumber pengganti agar tidak terlalu bergantung kepada sumber kayu seperti penggunaan simen, fiber, besi, aluminium dan sebagainya khususnya dalam sector pembinaan. 5. Dalam konteks mengurangkan fenomena pemanasan global dan setempat serta kesan rumah hijau, maka langkah-langkah pengurusannya ialah:

a) Mengurangkan penggunaan alat-alat yang boleh membebaskan Cloroflorokarbon (CFC) seperti alat penghawa dingin, penyembur atau aerosol dan juga lain-lain bahan kimia sebaliknya menggunakan bahan atau alat yang bersifat mesra alam. b) Menghijaukan kawasan dengan menanam pokok-pokok peneduh, memperbanyakkan landskap hijau dalam Bandar, mengurangkan penggunaan kereta sebaliknya menggunakan lebih banyak kenderaan awam yang tidak mencemarkan alam sekitar seperti KOMUTER dan LRT.

B.

Melaksanakan Pendidikan Alam Sekitar dan Kempen Kesedaran.

Untuk meningkatkan kesedaran penduduk tentang kepentingan alam sekitar sepanjang hayat maka pendidikan merupakan satu saluran yang amat penting. Pendidikan alam sekitar ini boleh dilaksanakan secara formal dan bukan formal. 1. Pendidikan secara formal. Pendidkikan secara formal berlangsung dalam tiga tahap iaitu tahap rendah, tahap menengah dan tahap tinggi. a) Tahap rendah. Pada peringkat ini Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) terlah memperkenalkan mata pelajaran Alam dan Manusia yang dimulakan untuk murid-murid tahap dua iaitu bermula tahun 4 hingga 6. Dalam matapelajaran ini terdapat beberapa bahagian ditumpukan khusus kepada isu alam sekitar yang mempunyai kepentingan sosial dan ekologi seperti kebersihan alam sekitar, kepentingan dan tangggungjawab menjaga alam sekitar, merancang dan menggunakan sumber alam sekitar dengan bijaksana dan lain-lain lagi. b) Tahap menengah. Di peringkat ini elemen alam sekitar diserapkan secara khusus dalam matapelajaran Geografi bermula di tingkatan 1 hingga 6. Selain itu mataepelajaran sains teras dan biologi juga banyak menyentuh kepentingan alam sekitar kepada para pelajarnya. Di peringkat menengah inilah murid-murid terdedah secara langsung dan berterusan tentang ciri, perubahan, kesan dan kepentingan alam sekitar fizikal kepada kehidupan manusia. c) Tahap tinggi. Di peringkat universiti. Program-program yang menjurus kepada alam sekitar atau menjadikan alam sekitar sebagai satu disiplin pengajian telah pun dilakukan sejak tahun 1970an lagi. Kini banyak universiti melaksanakan kursus-kursus berkaitan alam sekitar khususnya di peringkat ijazah pertama misalnya di Universiti Putra Malaysia dan juga Universiti Kebangsaan Malaysia. 2. Pendidikan tidak formal. Pendidikan tidak formal banyak dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar dengan kerjasama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang lain seperti Sahabat Alam Sekitar (SAM). Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah melaksanakan pendidikan tidak formal ini melalui media massa, seminar, forum, risalah dan penerbitan dan sebagainya. Sebagai contoh majalah Era hijau yang diberikan secara percuma kepada setiap sekolah yang memohonnya. Biasanya program ini bersifat Ad-Hoc bersama dengan sambutan tertentu seperti Perayaan Hari Alam Sekitar Sedunia. Semasa merayakan hari alam sekitar sedunia tersebut JAS telah mengadakan pameran mengenai alam sekitar di beberapa tempat, menganjurkan beberapa peraduan di peringkat sekolah seperti peraduan esei alam sekitar, peraduan bahas alam sekitar dan juga peraduan fotografi. 3. Kempen kesedaran pula banyak dijalankan oleh bukan kerajaan dan juga pihak berkuasa tempatan (PBT). Antara agensi bukan kerajaan (NGO) yang terlibat ialah seperti Persatuan Perlindungan Alam

Sekitar Malaysia (EPSM), Sahabat Alam Sekitar (SAM),Persatuan Pengurusan dan Penyelidikan Alam Sekitar Malaysia (ENSEARCH) serta Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP). Di antara kempen dan program kesedaran yang dijalankan ialah seperti gotong royong membersihkan sungai, parit dan longkang, kempen penghijauan bumi, kempen cintailah sungai kita disamping menerbitkan beberapa majaha dan buletin alam sekitar sebagai panduan kepada masyarakat umum.

Soalan Latihan:
Soalan 1.
a) Berdasarkan contoh-contoh tertentu, huraikan bagaimana perubahan yang dialami oleh satu sistem alam sekitar fizikal akan mengubah sistem-sistem alam sekitar fizikal yang lain. ( 8 Markah) b) Tunjukkan bagaimana kegiatan manusia telah menggangu keseimbangan sistem alam sekitar fizikal. (9 Markah) c) Jelaskan kesan ke atas manusia akibat gangguan yang dialami oleh sistem alam sekitar fizikal itu. (8 Markah)

Soalan 2.
Berdasarkan kepada Malaysia, a) Terangkan langkah-langkah perundangan yang boleh diambil bagi memelihara dan memulihara alam sekitar fizikal. (12 Markah) b) Cadangkan langkah bukan perundangan yang boleh diambil bagi mengatasi masalah kemerosotan kualiti sumber udara dan sumber air di Negara itu. (13 Markah)

You might also like