You are on page 1of 12

Pengalir Dan Kabel

Tujuan Penerangan i. Mengenal jenis-jenis pengalir ii. Mengenal jenis-jenis penebat iii. Mengenal kadaran saiz bagi kabel iv. Memilih saiz kabel yang hendak digunakan
http://abmutara.wordpress.com 1

Pengalir
Ialah suatu bahan yang membenarkan pengaliran elektron bebas atau arus mengalir melaluinya.

http://abmutara.wordpress.com

Jenis-jenis bahan pengalir


Perak - adalah suatu pengalir yang terbaik tetapi mahal untuk kegunaan pengalir biasa, oleh itu ia digunakan untuk menyalut sesentuh pada suis dan pengalir dalam komponen-komponen elektronik (Nilai keringtangan 16.3 mm) Kuprum - adalah suatu pengalir kedua terbaik selepas perak. Disebabkan kedua terbaik dan ciri-ciri yang terdapat padanya maka pengalir kuprum biasanya digunakan sebagai pengalir kabel atau pengalirpengalir selain daripada kabel yang digunakan dalam pemasangan (Nilai kerintangan 17.5 mm)
http://abmutara.wordpress.com 3

Aluminium - adalah suatu pengalir yang ringan jika dibandingkan dengan pengalir-pengalir lain. Disebabkan ringan dan keringtangan juga rendah maka pengalir aluminium biasanya digunakan sebagai kabel atas atau kabel bukan boleh lentur bagi voltan rendah.(Nilai kerintangan 28.4 mm) Timah - adalah suatu pengalir yang digunakan sebagai bahan sadur untuk camtuman pengalir kabel semasa pematerian. Pengalir timah mudah cair apabila dipanaskan.(Nilai kerintangan 120 mm)
http://abmutara.wordpress.com 4

Plumbum - adalah suatu pengalir dari jenis yang keras dan digunakan sebagai pengalir bumi dan pelapik atau salut untuk kabel bawah tanah. (Nilai kerintangan 220 mm)

http://abmutara.wordpress.com

Penebat
Penebat ialah suatu yang menghalang atau tidak membenarkan arus mengalir melaluinya dengan mudah Bahan-bahan penebat yang digunakan:i. Getah ii. Polivinil klorid iii. Kertas terisitepu iv. Penebatan mineral v. Bakelit
http://abmutara.wordpress.com 6

Getah
Adalah suatu bahan penebat yang mempunyai rintangan tinggi, oleh itu kegunaanya sebagai bahan dalam sistem pemasangan adalah menyeluruh. Sebagai contoh ia biasa digunakan untuk menyaluti pengalir kabel. Terdapat 3 jenis penebat getah : i. Getah vulkan (suhu pengendalian pengalir 60C ) ii. Getah butil (suhu pengendalian pengalir 60C ) iii. Getah silikon (suhu pengendalian pengalir 145 C )
http://abmutara.wordpress.com 7

Kebaikan

Keburukan

i. Penebat yang baik. ii. Tidak mudah dimasuki air. iii. Mudah lentur.

i. Mudah terbakar. ii. Mudah rosak apabila terkena cahaya matahari.

http://abmutara.wordpress.com

Polivinil klorid
Suatu jenis bahan penebat campuran di antara plastik dan getah. Penebat PVK biasanya digunakan sebagai bahan penebat kabel bagi negara yang mempunyai suhu ambien normal dan biasa sepanjang tahun. Suhu pengendalian pengalir ialah 70C

http://abmutara.wordpress.com

i.

Kebaikan

Keburukan

Tahan daripada tindakbalas kimia dan sinaran matahari. ii. Tidak mudah terbakar

i. Mahal ii. Tidak mempunyai darjah perlindungan mekanikal yang sama.

http://abmutara.wordpress.com

10

Kertas terisitepu
Adalah suatu bahan penebat yang boleh meresapi lembapan, oleh itu ia biasa digunakan sebagai penebat kabel yang digunakan dikawasan lembap. Contohnya sebagai kabel bawah tanah.

Penebatan mineral
Adalah suatu penebat daripada jenis mineral di mana ia tahan suhu panas, minyak dan senagainya. Bahan mineral jenis magnesium oksida biasanya digunakan sebagai penebat kabel.
http://abmutara.wordpress.com 11

Bakelit
Adalah suatu bahan penebat yang digunakan bagi membentuk aksesori-aksesori elektrik di dalam sistem pemasangan. Rintangan penebatnya adalah tinggi dan mampu menghalang arus mengalir melaluinya.

http://abmutara.wordpress.com

12

You might also like