P. 1
Model Assure

Model Assure

|Views: 202|Likes:
Published by Wan Nur Akmal

More info:

Published by: Wan Nur Akmal on Apr 15, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/07/2014

pdf

text

original

. MODEL ASSURE<br />Rancangan mengajar atau persediaan mengajar boleh didefinisikan sebagai suatu rancangan pelajaran yang mengandungi

unsur-unsur seperti pengetahuan sedia ada murid, objektif pelajaran, media pengajaran, kaedah dan teknik pengajaran, set induksi, perkembangan, penilaian dan penutup untuk satu atau dua waktu pengajaran. Faktor penting yang perlu dipertimbangkan oleh guru semasa menyediakan rancangan mengajar adalah tujuan utama atau matlamat yang mahu dicapai dari pengajaran yang hendak disampaikan serta impaknya terhadap penerimaan isi pelajaran dan pemahaman murid. Kemahiran dalam reka bentuk instruksional sangat perlu bagi guru dan pembina bahan instruksional. Ia dapat membantu guru merancang pembinaan dan penggunaan media dan kaedah yang sesuai. Model Reka Bentuk instruksional ASSURE, (Heinich, 1982) bertujuan menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media. Justeru itu penyesuaian ini dapat dilakukan berasaskan Model Reka Bentuk tersebut bagi memilih dan menggunakan media pengajaran secara umum. Terdapat enam komponen dalam model ini iaitu:<br />A-Analisa Pelajar (Analyze Learners) : Analisis ciri umum pelajar seperti peringkat umur, tahap persekolahan, tahap kemahiran intelektual, stail pembelajaran dan sebagainya sebelum sesuatu media dipilih dan digunakan.<br />S-Menyatakan Objektif (State Objective) : Pernyataan objektif prestasi dalam merancang sesuatu pengajaran untuk menentukan jenis bahan multimedia yang ingin digunakan iaitu mengenalpasti kebolehan atau prestasi yang akan dipelajari atau ditunjukkan oleh pelajar selepas mengikuti pelajaran.<br />S-Memilih Kaedah, Media dan Bahan (Select Methods, Media and Materials) : Memilih bahan sama ada menepati kehendak dan keperluan objektif atau mengubahsuai bahan multimedia agar menepati objektif, ciri-ciri pelajar dan pendekatan yang akan digunakan serta kekangan yang mungkin dihadapi sesuai dengan objektif pembelajaran.<br />U-Menggunakan Media dan Bahan (Utilize Media and Materials): Guru harus terlebih dahulu mengadakan pratonton media tersebut sama ada manual penggunaanya, laporan, lampiran atau melihat sendiri sama ada melalui paparan komputer atau mendengar audio atau membaca teksnya supaya sesuai dengan objektif pembelajaran.<br />RMemerlukan Penyertaan Pelajar (Require Learner Participation): Media pengajaran yang baik membolehkan penyertaan respon pelajar dalam berinteraksi dengan bahan yang disediakan serta mendapatkan maklumbalas. Penglibatan pelajar boleh berlaku secara individu atau berkumpulan.<br />E-Menilai dan Mengulangkaji (Evaluate and Revise): Penilaian perlu dibuat secara berterusana dan bersepadu serta menyeluruh disemua peringkat untuk memberi gambaran sejauhmana keberkesanan media yang dipilih terhadap prestasi pelajar serta bertepatan dengan objektif atau hasil pembelajaran yang dikehendaki (Heinich, 1982)<br />

U- Menggunakan Media dan Bahan (Utilize Media and Materials): Guru harus terlebih dahulu mengadakan pratonton media tersebut sama ada manual penggunaanya, laporan, lampiran atau melihat sendiri sama ada melalui paparan komputer atau mendengar audio atau membaca teksnya supaya sesuai dengan objektif pembelajaran. R- Memerlukan Penyertaan Pelajar (Require Learner Participation): Media pengajaran yang baik membolehkan penyertaan respon pelajar dalam berinteraksi dengan bahan yang disediakan serta mendapatkan maklumbalas. Penglibatan pelajar boleh berlaku secara individu atau berkumpulan. E- Menilai dan Mengulangkaji (Evaluate and Revise): Penilaian perlu dibuat secara berterusana dan bersepadu serta menyeluruh disemua peringkat untuk memberi gambaran sejauhmana keberkesanan media yang dipilih terhadap prestasi pelajar serta bertepatan dengan objektif atau hasil pembelajaran yang dikehendaki (Heinich, 1982)

Tugasan Kumpulan

Tugasan EDU3105

(Satu kumpulan dua orang)

Topik 3: Reka Bentuk Pengajaran Bilik Darjah: Model Assure

Nama ahli kumpulan:

1. NURULHUDA BINTI NINGGAL

2. PUTRI DANG SARI

Unit : S4-P-SMP-RBT 4

Tarikh : 30 JUN 2011

Jawab SEMUA soalan

1. Terdapat enam langkah dalam model ASSURE.Senaraikan langkah-langkah tersebut.

Pilih dua langkah daripadanya dan huraikan secara terperinci langkah-langkah berkenaan. Huraian hendaklah disertakan contoh yang sesuai dengan subjek pengkhususan anda.

Dalam fasa “analisis learner”. MUHAMMAD AMIN BIN SIMON Pensyarah 30/06/2011 -----JAWAPAN 1. 7.Berikan rasional pemilihan tersebut. Terangkan ciri-ciri yang terdapat dalam model ini. 6. Pilih media yang sesuai bagi topik yang berkenaan.Senaraikan langkah-langkah tersebut. Terdapat enam langkah dalam model ASSURE. 4. Berikan contoh berdasarkan subjek pengkhususan anda. . aspek pelajar adalah diutamakan. Sediakan satu contoh Rancangan Pelajaran Harian (RPH) matapelajaran pengkhususan anda. Model “Mutiple Intelligence” adalah satu contoh gaya pembelajaran. Pilih kemahiran guru yang sesuai untuk mendapatkan kemahiran pelajar. 5.2. Sediakan dua objektif pengajaran pembelajaran setelah menganalisis ciri-ciri pelajar. Bagaimana Model ASSURE dapat diintegrasikan dalam pembinaan RPH anda. Apakah ciri-ciri umum pelajar yang dapat dikaitkan dengan Model ASSURE. Anda hendak menyediakan satu rancangan persediaan mengajar bagi satu topik pelajaran subjek anda. Perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran memerlukan kemahiran guru menggunakan media pengajaran semasa memberikan input kepada pelajar penting untuk mendapatkan perhatian pelajar. 3.

(b) Kompetensi khusus Berkait dengan pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar tentang tajuk dan kandungan pelajaran. Huraian hendaklah disertakan contoh yang sesuai dengan subjek pengkhususan anda. tahap. Terdapat 3 perkara penting untuk menganalisis ciri-ciri pelajar: (a) Ciri-ciri umum Merupakan deskripsi umum tentang umur. Enam langkah dalam model ASSURE. modify or make media (Pilih Kaedah. A = Analyse learner (Analisis pelajar). A = Analyse learner (Analisis pelajar). S = Select. berinteraksi dan bertindak balas dengan persekitaran. latar belakang sosial ekonomi dan sebagainya. Media dan Bahan) U = Use media (Gunakan media) R = Require learner response (Perlukan tindak balas pelajar). . E = Evaluate materials (Menilai dan menyemak semula bahan). (c) Gaya pembelajaran Merujuk kepada kluster trait psikologi yang dapat menerangkan bagaimana seseorang itu menanggapi.Pilih dua langkah daripadanya dan huraikan secara terperinci langkah-langkah berkenaan. S = State objectives (Nyatakan objektif).

“Tidak semua orang mempunyai kebolehan yang sama .tidak semua orang belajar dengan cara yang sama” -Gardner Tabiat Pemprosesan Maklumat Urutan Konkrit pengalaman secara “hands-on” mengikut urutan logikal Buku Kerja Pengajaran Terancang (PI) Tunjukcara Pendekatan Makmal berstrutur Urutan Abstrak -pelajar mampu mendekod maklumat verbal & simbolik dengan mudah Persembahan Verbal (reading presentation) Mendengar persembahan Rawak Konkrik menjurus kepada pendekatan cuba jaya (TNE) Permainan Simulasi Projek pembelajaran kendiri Kaedah penemuan .

Media dan Bahan) Terdapat 3 langkah dalam pemilihan kaedah. a) Menentukan kaedah yang sesuai dengan tugasan pembelajaran.Rawak Abstrak – tangapan makna (pemahaman) dari persembahan perantara (manusia) dan respons pada nada dan gaya penyampai Perbincangan kumpulan Kuliah dengan sesi soal jawab Video Televisyen S = Select modify or make media (Pilih Kaedah. Pemilihan media berasaskan kriteria yang tertentu: Sepadan dengan kurikulum Maklumat tepat dan terkini Bahasa yang jelas dan tepat . Seperti Set Induksi dimulakan dengan kaedah simulasi. media dan bahan pengajaran. Sesuatu sesi pengajaran kemungkinan mengambil kira dua atau lebih kaedah untuk melayani tujuan yang berlainan dalam perkembangan pelajaran. diikuti dengan kaedah demonstrasi latihan dan latih tubi untuk mempelajari kemahiran yang baru. b) Memilih media yang sesuai untuk melaksanakan kaedah yang dipilih.

Terdapat bukti keberkesanannya Bebas daripada bias.Menarik minat dan mencetuskan motivasi pelajar Menggalakkan penglibatan pelajar Mempunyai teknikal kualiti yang baik. (c) Mereka bentuk media Bagi mereka bentuk media. Mempunyai buku panduan yang lengkap. ia terdiri daripada: ü Media sedia ada ü Ubah suai media yang sedia ada ü Mereka bentuk media yang baru Tujuh perkara yang perlu diambil kira untuk mengubahsuai media yang tersedia atau menyediakannya sendiri. Objektif Pelajar Kos Kepakaran teknikal Peralatan .

Fasiliti Masa Gunakan Media dan Bahan Terdapat lima langkah bagi penggunaan media yang baik: Preview bahan Sediakan bahan Sediakan persekitaran Sediakan pelajar Sediakan pengalaman pembelajaran 2. Sediakan dua objektif pengajaran pembelajaran setelah menganalisis ciri-ciri pelajar. . b. Penentuan objektif adalah berdasarkan kepada peringkat prestasi atau hasilan yang ingin dicapai. keadaan dan kriteria atau darjah pencapaian yang dihajati. Anda hendak menyediakan satu rancangan persediaan mengajar bagi satu topik pelajaran subjek anda. panduan kurikulum atau buku teks. Objektif pembelajaran a. Contoh: Diberi satu keratan akhbar yang mengandungi 200 patah perkataan (Keadaan/syarat pembelajaran). boleh membaca keratan akhbar tersebut (Prestasi) dengan lancar dan jelas (Kriteria/darjah pencapaian). Objektif pembelajaran mungkin diambil dari sukatan pelajaran.

Pilih media yang sesuai bagi topik yang berkenaan. faktor-faktor berikut perlu diberikan perhatian: 1. Peringkat penerimaan/kefahaman 3. 5. Seseorang guru harus tahu dan bijak untuk memilih media pengajaran. 3. memilih dan menanam tumbuhan akuatik dalam akuarium. mengenal dan memilih jenis makanan ikan hiasan. 7. Mengenal. Kesesuaian 2. menjaga tumbuhan akuatik dalam akuarium. Mengenal. Harga . Pemerolehan 4. mengenal pasti kandungan mutu air. mengenal pasti simptom penyakit biasa pada ikan hiasan. 3.Objektif Pembelajaran Ikan Hiasan Tahun 5 Di akhir pembelajaran ini pelajar berupaya : 1. 4. Berikan rasional pemilihan tersebut. melabel bahagian luar ikan dan menyenarai spesis ikan hiasan tropika 2. 6. Memilih ikan hiasan untuk dipelihara.

menurut kajian. . Menguat dan mengekalkan daya ingatan Menghubungkan yang abstrak kepada konkrit Memberikan gambaran dan peristiwa di luar bilik darjah ke dalam bilik darjah Menjimatkan masa Membantu murid membentuk konsep dengan lebih mudah serta jelas Mempelbagaikan aktiviti pengajaran pembelajaran Selain itu. Mutu Profesionalisme seseorang guru dapat dipertingkatkan dengan pelbagai cara.5. Banyak kajian dan penyelidikan telah dijalankan di dalam dan luar Negara mengenai faedah dan kepentingan media pengajaran dalam pendidikan seperti penggunaan computer dalam pengajaran dan pembelajaran. ia dapat memberikan kemudahan seperti berikut : Pengajaran lebih terancang Melibatkan pelbagai deria Memperkayakan pengalaman Perluasan batasan komunikasi Pembelajaran individu Keseronokan belajar/motivasi Sumber maklumat Menolong membentuk gambaran yang betul dalam fikiran murid. Salah satu daripada caranya ialah dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan menggunakan media pengajaran semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Ini kerana. peratus penerimaan semasa proses pengajaran pembelajaran berlaku adalah dipengaruhi oleh penglibatan deria masing-masing.

Deria % Penerimaan Mata 70 Hidung 5 Mulut 4 Telinga 15 .

Penceramah biasanya tidak dapat menganalisis penontonnya dan cara yang paling baik ialah datang lebih awal supaya dapat sedikit maklumat tentang pengetahuan. CD) seperti yang terdapat dalam Kon Pengalaman Pembelajaran Dale. kaedah simulasi atau permainan atau aktiviti yang berasaskan teknologi. kemahiran. Bagi pelajar yang tidak atau kurang berminat terhadap pelajaran.Rasa/sentuhan 6 4. Dalam fasa “analisis learner”. sikap atau minat mereka. Terdapat juga keadaan di mana guru tidak mempunyai masa untuk menganalisis pelajar kerana pertama kali bertemu dengan pelajar atau kumpulan itu terdiri dari pelbagai kebolehan dan pengalaman. Soalan 5 . guru boleh berbincang lebih awal dengan pelajar atau mendapatkan rekod akademik pelajar supaya dapat ditentukan jenis media dan kaedah yang diperlukan. Apakah ciri-ciri umum pelajar yang dapat dikaitkan dengan Model ASSURE Menganalisis ciri pelajar boleh membantu guru memilih media. guru boleh memilih jenis media yang boleh merangsang pembelajaran seperti pita video. Guru harus juga memilih media yang sesuai bagi kumpulan pelajar yang berasal dari kumpulan etnik tertentu atau yang mempunyai budaya atau nilai tertentu. Begitu juga jika pelajar itu lemah dalam menghafal sifir. aspek pelajar adalah diutamakan. Sebagai contoh. Bagi kumpulan heterogenus iaitu kumpulan pelajar yang mempunyai tahap kebolehan atau pengalaman yang sangat berbeza. jika pelajar lemah dalam kemahiran membaca. Jika guru memperkenalkan sesuatu konsep baru adalah lebih berkesan menggunakan pengalaman enaktif (pengalaman sebenar. simulasi atau lawatan) atau pengalaman ikonik (Video. Dalam situasi ini. adalah lebih sesuai menggunakan bahan bukan cetak. Media dan teknologi ini dapat memberi asas kepada kumpulan berkenaan untuk memulakan perbincangan kumpulan atau belajar secara individu. guru boleh memilih bahan pandang dengar atau multimedia seperti persembahan video atau PowerPoint. kaedah latih tubi menggunakan instruksi berbantu computer. pengalaman. teknologi dan kaedah yang sesuai dengan pelajar.

kaedah lama untuk mengukur tahap kecerdasan manusia. para pelajar anda seharusnya mahir berfikir secara kritis dan kreatif. Kecerdasan-kecerdasan yang telah dikenal pasti adalah seperti berikut: . Terangkan ciri-ciri yang terdapat dalam model ini. Dr. Untuk menguasai sesuatu yang diajar. Bagaimana Lapan Kecerdasan Dikembangkan? Teori Kecerdasan Pelbagai diperkenalkan oleh Dr. Justeru. Berikut ialah apa yang saya telah pelajari contoh gaya pembelajaran. Menurut Gardner. para pelajar perlu memahami lapan kecerdasan (eight multiple intelligences) dan kemahiran berfikir yang perlu dikembangkan di kalangan pelajar dalam apa juga bentuk pengajaran. 3. Howard Gardner pada tahun 1983. membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. kanak-kanak dan dewasa.Model “Mutiple Intelligence” adalah satu contoh gaya pembelajaran. “Mutiple Intelligence” atau dalam bahasa melayunya ialah pelbagai kecerdasan. Berikan contoh berdasarkan subjek pengkhususan anda. Setiap pelajar mempunyai sekurang-kurangnya lapan kecerdasan yang perlu dikembangkan. 2. Gardner telah mengemukakan 8 jenis kecerdasan yang berbeza sebagai satu cara untuk mengukur potensi kecerdasan manusia. sama ada secara kontekstual atau masteri. Beliau merupakan profesor dalam bidang pendidikan di Harvard Universiti. Pelbagai Kecerdasan dan Kemahiran Berfikir Dalam kes ini. Mengapa Lapan kecerdasan dan kemahiran Berfikir Perlu Dikembangkan? 1. kemahiran berfikir adalah penting kerana ia merupakan kemahiran seumur hidup. iaitu berdasarkan ujian IQ adalah terlalu terhad.

Intapersonal h. Interpersonal g. Muzik e. Ciri-ciri lapan kecerdasan boleh digambarkan secara ringkas melalui jadual berikut: Kecerdasan Cerdas dalam . Ruang (spatial) d.a. tetapi dikembangkan secara penyerapan semasa pengajaran dan pembelajaran. Logik-Matematik c. Bahasa b. Nature Smart Lapan kecerdasan tersebut tidak diajar sebagai satu topik yang berasingan. Kinestatik f.

kiraan. akauntan 3. Ruang (spatial) Mencorak. mengukir . pantun dan memberi ucapan. Penulis. penyajak.Pekerjaan 1. Bahasa Menulis karangan. Logik Matematik Menaakul. melukis. sajak. puisi. membuat analisis Saintis. jurutera. penceramah 2.

pemain bola sepak. Muzik Mencipta lagu. penyanyi. Interpersonal Perhubungan manusia . pelakon. menyanyi. 6.. penari. memainkan alat muzik Pencipta lagu. menikmati muzik. tarian.Pelukis. permainan Atlet. peninju. peminat muzik. sukan. Kinestatik Gerakan. lakonan. pemain alat muzik. pengukir 4. 5.

ahli falsafah 8. . permainan simulasi. ahli politik. Ahli biologi. Intrapersonal Nilai murni. Lakonan. Perancang Bandar. Geologist Guru boleh mengembangkan kecerdasan-kecerdasan berkenaan dengan aktiviti-aktiviti berkaitan bahasa berkenaan: i. ii. peniaga 7. menyusun dan mengkategorikan pelbagai jenis flora dan fauna Petani. intrapersonal dan mungkin ruang. falsafah Pengarang. penyajak. Nature Smart Mengenali. pendirian. interpersonal. Pembelajaran koperatif: Mengembangkan kecerdasan interpersonal.Diplomat. Ahli botani. dan main peranan: mengembangkan kecerdasan kinestatik.

Membuat sintesis seperti membuat inferens. kesimpulan. mengkelas. Membuat keputusan vi. menulis lirik atau seni kata lagu. Menyelesaikan masalah. Membuat kiraan.iii. rumusan. melakar. mengembangkan kecerdasan ruang. mengembangkan kecerdasan muzik. menyusun atur. membuat gambar rajah atau peta konsep. Soalan 6 Perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran memerlukan kemahiran guru menggunakan media pengajaran semasa memberikan input kepada pelajar penting untuk mendapatkan perhatian pelajar. menilai. Menaakul secara logik. Pilih kemahiran guru yang sesuai untuk mendapatkan kemahiran pelajar. Guru juga boleh memberi tumpuan kepada perkembangan kecerdasan logik matematik seperti kemahiran-kemahiran berikut: i. Melukis. atau mentafsir. Membuat analisis seperti membanding. v. iv. ii. hipotesis. menyanyi lagu. Mengapa Guru Perlu Menggunakan Media Pengajaran . iii. iv. membeza.

Banyak kajian dan penyelidikan telah dijalankan di dalam dan luar Negara mengenai faedah dan kepentingan media pengajaran dalam pendidikan. Mulut 4%. Hidung 5%. Dengan penggunaan media pengajaran. Menguat dan mengekalkan daya ingatan Menghubungkan yang abstrak kepada konkrit Memberikan gambaran dan peristiwa di luar bilik darjah ke dalam bilik darjah Menjimatkan masa Membantu murid membentuk konsep dengan lebih mudah serta jelas Mempelbagaikan aktiviti pengajaran pembelajaran . Telinga 15%. Menurut kajian. guru akan dapat dilihat sebagai seorang yang sentiasa proaktif dan menitik beratkan hasil akhir pengajaran yang mana akan dapat membantu murid memahami dan mengingati sesuatu fakta dan ilmu. Salah satu daripada caranya ialah dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan menggunakan media pengajaran semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.Profesionalisme seseorang guru dapat dipertingkatkan dengan pelbagai cara. peratus penerimaan semasa proses pengajaran pembelajaran berlaku adalah dipengaruhi oleh penglibatan deria masing-masing. Artikel ini akan membincangkan peranan media pengajaran dan faedah kepada guru dan murid. Deria % Penerimaan Mata 70%. Rasa/sentuhan 6%. Kepentingan media pengajaran dalam proses pengajaran pembelajaran ialah seperti berikut: Pengajaran lebih terancang Melibatkan pelbagai deria Memperkayakan pengalaman Perluasan batasan komunikasi Pembelajaran individu Keseronokan belajar/motivasi Sumber maklumat Menolong membentuk gambaran yang betul dalam fikiran murid.

faktor-faktor berikut perlu diberikan perhatian: 1. Harga 5. Kesesuaian 2. Contohnya. guru perlu menetapkan objektif yang hendak dicapai terlebih dahulu. kalau objektif guru adalah supaya murid mengetahui tentang bunyi sebutan perkataan yang betul di dalam pembelajaran bahasa kedua. maka murid perlu mendengarnya sendiri. Pemerolehan 4. Oleh itu media yang betul ialah alat perakam audio. Mutu Kesesuaian Sebelum memilih sesuatu media pengajaran. Peringkat penerimaan/kefahaman 3. Sesuatu media dianggap sesuai jika memenuhi syarat berikut: Memenuhi kehendak isi dan objektif murid Memudahkan kefahaman murid Memerlukan latihan yang minimum untuk menggunakannya Menimbulkan suasana pengajaran pembelajaran yang menyeronokkan Mudah diubahsuai dari segi penggunaan serta juga senang dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain Selamat digunakan oleh murid .Pemilihan Media Pengajaran Seseorang guru harus tahu dan bijak untuk memilih media pengajaran. dan di samping membetulkan bunyi sebutannya. Boleh juga alat perakam audio digabungkan dengan carta dan sebagainya jika difikirkan mustahak.

akan mendorongkan seseorang guru menggunakannya dengan lebih kerap. Pemerolehan Seseorang guru yang merancang menggunakan media pengajaran. Kos adalah munasabah dan tidak terlalu membebankan. Mutu Sekiranya faktor-faktor di atas sudah dipenuhi. Adakah media tersebut ada di pusat sumber atau sekolah masingmasing? Bolehkah media tersebut disediakan dengan mudah? Sekiranya mudah diperolehi. Media yang dapat memudahkan pemahaman murid terhadap konsep-konsep yang hendak disampaikan hendaklah dipilih. Banyak sekali faedah yang diperolehi dari penghasilan media oleh guru seperti berikut: Isi kandungan yang sesuai dengan sukatan sekolah Objektif pengajaran pembelajaran disusun dengan lebih tepat Jika dilibatkan murid dalam penghasilan media. guru perlulah membuat sendiri. akan dapat mengukuhkan lagi daya ingatan dan meberikan pengalaman yang berguna kepada murid Menambahkan koleksi pusat sumber sekolah di samping menjimatkan kos . Penghasilan Media Kebanyakan media yang ada di pasaran adalah dipasarkan untuk mencari keuntungan tanpa memenuhi kehendak dan keperluan tertentu guru dan murid. Ini berlaku kepada media yang telah siap tersedia oleh pihak-pihak tertentu seperti syarikat pengeluar media tersebut. Untuk mengelakkan perkara ini. tetapi cara penyampaian atau peringkat penerimaan murid adalah tidak setara dengan keupayaan mereka. Harga Sesuatu media yang hendak digunakan hendaklah diperolehi dengan mudah dan harga yang murah. perlu mengenal pasti pemerolehan sesuatu media itu. Sekiranya harga tidak menjadi masalah.Peringkat penerimaan/kefahaman Mungkin isi kandungan media yang dipilih itu sesuai. Oleh itu untuk menyediakan media yang sesuai. Dengan lain perkataan media tersebut tidak setanding dengan keupayaan murid untuk menerima dan memahami isi kandungan yang disampaikan oleh media tersebut. Media elektronik tidak dapat dinafikan mempunyai keupayaan yang lebih baik walaupun harganya mahal. suara dan tulisan yang tidak jelas. apakah guru akan menolak penggunaan media tersebut kerana mutu yang rendah? Sesuatu objektif pembelajaran tidak akan tercapai sekiranya mutu media yang digunakan itu tidak elok seperti warna. pilihlah media yang dapat memberikan kesan yang lebih baik. media perlulah dihasilkan sendiri oleh guru yang mengajar.

. 5. Aras 1 (i) berbual tentang sesuatu perkara yang dialami den didengar dengan menggunakan bahasa yang sesuai. ii. iii.1 berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata.masing dengan menggunakan ayat majmuk yang betul. i.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk. Hasil Pembelajaran: 1.Beberapa aspek yang perlu dititik beratkan dalam penghasilan media adalah seperti berikut: Pengetahuan mengenai bahan yang hendak dihasilkan (isi kandungan) Kemahiran untuk penghasilan Mempunyai daya kreatif Tenaga untuk penghasilan Alatan khas yang diperlukan Masa Kos Soalan 7 Sediakan satu contoh Rancangan Pelajaran Harian (RPH) matapelajaran pengkhususan anda. ungkapan. Murid dapat menulis karangan pendek mengenai pengalaman mereka menyambut perayaan masing.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonansi yang betul dan memahami petikan yang dibaca. ayat. Aras 2 (i) membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada intonansi berdasarkan tanda baca. intonansi dan nada yang sesuai. sebutan. Bagaimana Model ASSURE dapat diintegrasikan dalam pembinaan RPH anda. Membaca dan menyatakan 5 isi penting secara lisan mengenai perayaan di Malaysia. Text Box: RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH ) Mata pelajaran : Bahasa Melayu Tahun : 5 Orked Bilangan Murid : 32 orang Tema : Kebudayaan Tajuk : Perayaan di Malaysia Tarikh : 12 Februari 2007 Masa : 60 minit Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat. Aras 3 (i) menyediakan perenggan dengan mengguna ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk yang diberikan. 8. Murid dapat menyatakan tentang pengalaman mereka menyambut perayaan secara lisan.

iv)kemudian kumpulan yang berjaya menyiapkan dahulu akan membentangkan hasil perbincangan mereka dan mereka akan mendapat Text Box: ganjaran. memproses dan melaporkan. Langkah 2 (15 minit) i)murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Kemahiran Belajar : Menerima maklumat. Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) Kemahiran Berfikir : Membuat perbezaan. iv)kemudian guru menanyakan soalan kepada murid berkaitan dengan petikan tersebut. menulis dan mendengar. dan kemahiran mengkategori. menghayati. Aktiviti Pemulihan: Menyudahkan petikan yang diberikan dengan mengisi tempat kosong. Guru memberi teks cerita yang bertajuk “Perayaan Di Malaysia” melalui power point. BBB : Power point. Langkah 3 (20 minit) i)guru terlebih dahulu menanyakan kepada murid sekiranya mereka masih tidak memahami tajuk pengajaran pada hari tersebut. ii)murid juga menyatakan nilai-nilai murni yang telah dipelajari pada hari tersebut. ayat tunggal dan ayat majmuk. iii)murid dikehendaki membentangkan perbezaan antara perayaan yang terdapat di Malaysia dan bandingkan dengan pengetahuan dan pengalaman mereka. iii)murid-murid yang lain dikehendaki mendengar dan meneliti teks sambil memahami petikan tersebut. Kebudayaan Nilai : Kesenian. Nilai-nilai murni : -Menghargai -Bersyukur -Menghormati -bekerjasama . Guru memberi latihan kepada murid-murid. Pengetahuan Sedia Ada : Murid dapat menceritakan pengetahuan dan pengalaman mereka mengenai perayaan yang terdapat di Malaysia dengan cara berdialog dan membina ayat dengan menggunakan ayat mudah. Set Induksi (5 minit) i)murid diminta untuk melihat paparan power point dan menghayatinya. ii)murid diminta untuk membezakan jenis perayaan mengikut kaum dan menceritakan pengalaman mereka. ii)murid diminta untuk berada dalam kumpulan dan membuat perbincangan. Guru mengadakan perbincangan kumpulan antara murid-murid dan melakukan pembentangan melalui power point. buku latihan dan alat tulis. intrapersonal. Sistem Bahasa : Sistem ejaan.Text Box: Kemahiran Bahasa : Kemahiran bertutur. Guru juga menayakan nilai-nilai murni yang terdapat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. iii)guru membimbing kumpulan murid yang memerlukan pemulihan dengan menyediakan teks cerita yang perlu dilengkapkan dengan mengisi tempat kosong. menbuat inferens. Penutup (5 minit) i)murid digalakkan supaya mengumpul maklumat tambahan daripada bahan-bahan yang lain bagi menambanhkan pengetahuan mereka. Aktiviti Pemgayaan: Menulis karangan pendek berdasarkan tajuk yang diberi. Kecerdasan Pelbaga : Kinestetik. menghormati dan Menghargai. iii)guru menjelaskan tujuan aktiviti dan tajuk pengajaran yang akan diajari pada hari itu. naturalis dan emosi. ii)murid diminta membaca petikan itu secara individu dengan kuat dan mengikut intonansi serta gaya yang betul. v)guru menanyakan soalan yang berkaitan dengan tajuk dan pengetahuan sedia ada mereka. ii)guru memberi latihan kepada murid iaitu membuat karangan pendek mengenai perbezaan perayaan di Malaysia. sebutan dan intonansi. interpersonal. Text Box: Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan Murid ditayangkan power point yang berkaitan dengan jenis-jenis perayaan yang terdapat di Malaysia. Langkah 1 (15 minit) i)murid dikehendaki untuk mengelik salah satu pautan yang disediakan. Ilmu : Bahasa Melayu. Guru membuat rumusan mengenai pengajaran yang telah diajar dan menanyakan soalan kepada murid akan apa yang mereka telah pelajari.

Utilize Media & Materials (Gunakan media dan bahan) R -Require Learner Participation (Pelajar mengambil bahagian) . Media & Materials (Pilih kaedah. media dan bahan) U.Refleksi Sebelum _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ __________ Refleksi Selepas _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ __________ Model ASSUREODEL ASSURE A -Analyze Learners (Analisis Pelajar) S -State Objectives (Nyatakan Objektif) S -Select Methods.

Kenalpasti ciri-ciri peringkat masuk (pengetahuan sedia ada) berkaitan dengan tajuk dan isi kandungan (pengetahuan. Libatkan pelajar semasa dalam PNP. Nilai dan semak semula bahan yang telah diletakkan dalam RPH . Dipilih berdasarkan tingkat kebolehan pelajar dan matlamat atau objektif pembelajaran yang ingin dicapai. Dalam proses pembelajaran. kemahiran dan sikap) sebelum seseorang itu ingin membuat Rancangan pengajaran Harian (RPH). latihtubi. simulasi. Menyediakan set induksi yang menarik bersesuaian dengan tujuan dan objektif pembelajaran.E -Evaluate & Revise (Nilai dan Ubahsuai Model ASSURE dapat diintegrasikan dalam pembinaan RPH anda melalui apa yang saya terangkan di bawah ini. Model ASSURE. Memilih media bahan yang sesuai harus difikirkan sebelum membuat RPH. perbincangan. kuiz dan lain-lain) Pengukuhan serta-merta diberikan akan menghasilkan tindakbalas yang betul. Menyatakan objektif-objektif pembelajaran secara khusus di dalam RPH. panduan kurikulum atau buku teks. keadaan pembelajaran dan kriteriakriteria atau darjah pencapaian. Menyediakan bahan yang sesuai. pelajar perlu dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran (membuat latihan. Biasanya objektif diambil daripada sukatan. makmal dan pusat sumber yang cukup. Penentuan objektif berdasarkan peringkat prestasi yang ingin dicapai. tempat-tempat belajar.

-Tujuannya adalah untuk mengesan: Adakah objektif tercapai? • Adakah alat atau bahan dapat membantu pembelajaran? • Adakah pelajar mengendalikan bahan dengan betul? • Adakah suasana pembelajaran selesa? Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook 0 comments: Post a Comment Newer Post Older Post Home Subscribe to: Post Comments (Atom) About Me My Photo Muhammad Amin Simon View my complete profile .-Penilaian dan semakan semula perlu dijalankan di akhir pembelajaran.

. Blogger. Related Posts Plugin for WordPress. Pelawat Online Bil Pelawat Mulai 1 Jun 2011 REHAT SEJENAK Selamat Hari Raya-PISMP RBT4 Renung-Renungkan MENU UTAMA SUKATAN/PROFORMA SUB TOPIK Video Aktiviti Pembelajaran ...Related Posts Plugin for WordPress. Blogger..

PELAJAR LATIHAN/TUGASAN Contoh Soalan BERITA PP PAUTAN Pautan Subjek Lain Pada pendapat saya blog ini Pengunjung Online mulai 4 August 2011 .

. Cuaca Weather in Batu Pahat Search This Blog Bina Blog Followers Blog Archive ▼ 2011 (81) ► May (9) ▼ June (12) ► Jun 24 (1) ► Jun 26 (5) ► Jun 28 (1) ► Jun 29 (1) ▼ Jun 30 (4) S4-PISMP-RBT4 S4-PISMP-RBT3 Tugasan Kumpulan Tugasan Kumpulan ..Peperiksaan Sekarang pukul.

► July (53) ► August (5) ► October (1) ► November (1) Powered By Blogger Labels digital camera (1) n (1) Video Bar powered by Slideshow .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->