You are on page 1of 33

1.

0 CARTA GARIS MASA SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN SEHINGGA PENUBUHAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

Tarikh 1 April 1946

Peristiwa Mengisytiharkan pentadbiran Malayan Union di Malaya.

Catatan -Malayan Union telah ditentang oleh orang Melayu manakala orang Bukan Melayu pula ada yang menyokongnya.

11 Mei 1946

Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) ditubuhkan.

-Penentangan orang Melayu telah melahirkan Parti UMNO yang diketuai oleh Dato Onn Jaafar. -Pentadbiran pelbagai kaum diperkenalkan untuk menyatupadukan rakyat dan menentang ancaman pengganas komunis. -Parti-parti politik berasaskan kaum muncul untuk menuntut kemerdekaan. -Parti-parti politik berasaskankaum membentuk Parti Perikatan atas dasar tolak ansur dan rundingan.

1 Februari 1948

Kerajaan British menubuhkan Persekutuan TanahMelayu.

27 Julai 1955

Pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan yang pertama diadakan.

-Parti Perikatan menang 51 kerusi dan Parti Islam Semalaya (PAS) menang 1 kerusi. -Parti Perikatan diberi mandat untuk merundingkan kemerdekaan daripada British. -Kerajaan British berjanji untuk

memberi kemerdekaan dengan syarat satu perlembagaan mesti digubal. 1956 Suruhanjaya Reid ditubuhkan. -Suruhanjaya Reid bermesyuarat beberapa kali dan menerima cadangan daripada pertubuhan dan orang perseorangan. - Sebanyak 131 memorandum bertulis telah diterima. -Beberapa draf telah dikaji dan dipertimbangkan dengan asas tolak ansur tentang hal-hal yang berkaitan dengan kepentingan kaum. 15 Ogos1957 Perlembagaan Persekutuan diterima oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan. -Perlembagaan Persekutuan menetapkan pemerintahan yang berasaskan demokrasi berparlimen dan konsep raja berperlembagaan. 31 Ogos1957 Persekutuan Tanah Melayu mencapai Kemerdekaan. -Persekutuan Tanah Melayu terdiri daripada negeri-negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor,Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu,Kelantan, Pulau Pinang dan Melaka.

27 Mei 1961

Tunku Abdul Rahman,Perdana Menteri

-PersekutuanTanah Melayu yang sudah merdeka akan bergabung

Pertama mengumumkan gagasan untuk menubuhkan Malaysia.

dengan Tanah Jajahan British,iaitu Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak. -Gagasan ini diterima dengan pelbagai reaksi dari dalam negara dan antarabangsa.

April 1962

Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan.

-Suruhanjaya Cobbold meninjau pendapat penduduk Sabah dan Sarawak serta merangka perlembagaan yang sesuai. -Parlimen Persekutuan Tanah Melayu telah meluluskan Akta Malaysia untuk meminda Perkara1 (1) dan (2) Perlembagaan PersekutuanTanah Melayu.

16 September 1963

Negara Malaysia terbentuk (PertsekutuanTanahMelayu , Singapura, Sabah dan Sarawak).

-Brunei tidak menyertai Malaysia. -Singapura keluar daripadaMalaysia pada 9 Ogos 1965 dan sejak itu Malaysia terdiri daripada negeri-negeri diSemenanjung, Sabah dan Sarawak. -Sejak 16 September 1963, Malaysia menggunakan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

2.0 UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA BERSERTA DENGAN CADANGAN TINDAKAN

2.0 UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA BERSERTA DENGAN CADANGAN TINDAKAN

2.1 Pendahuluan Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat Perlembagaan membawa maksud undang-undang atau peraturan negeri, dasar pemerintah negeri. Perlembagaan merupakan satu dokumen yang menggariskan undang-undangtertinggi Negara dan prinsip-prinsip jaminan perjalanan pemerintahan dan sesebuah juga kepada Negara. rakyat Perlembagaan sama ada melambangkan kewujudan demokrasi berparlimen di Malaysia yang memberi kepada pemerintah perlindungan,kedudukan, hak dan sebagainya. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, kini dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan Malaysia mengandungi 131 Perkara yang menyentuh pelbagai aspek mengenai sistem pemerintahan. Kedudukan istimewa orang Melayu, agama, bangsa, kebebasan asasi dan sebagainya. Perlembagaan juga telah menggariskan tentang kuasa Persekutuan, negeri dan kuasa bersama. Oleh kerana Perlembagaan sumber undang-undang Negara, maka semua pihak perlu akur kepada undang- undang Perlembagaan memandangkan kandungan Perlembagaan adalah \dibuat secara demokrasi yang telah mewakili kehendak dan persetujuan semua pihak.

2.2 PERKARA 152 : PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DI MAHKAMAH Isu dan cabaran mengenai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan masih lagi hebat diperkatakan. Antara isu yang pernah hangat ialah isu penggunaan bahasa Melayu di mahkamah. Kebanyakan Institusi Kehakiman Di Malaysia pada hari ini masih lagi mengambil jalan mudah mengenai penggunaan Bahasa Melayu dalam urusan perundangan. Menurut petikan daripada artikel Malaysian Bar (2012), isu penggunaan bahasa kebangsaan di mahkamah telah juga ditegur oleh pelbagai pihak sebagai tidak memuaskan dan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim pernah menyatakan bahawa penggunaan bahasa di mahkamah tidak sempurna kerana bercampur antara bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris umpama sekerat ular, sekerat belut. Ini telah menimbulkan kekeliruan kepada pelbagai pihak terhadap perkataan yang digunakan. Selain itu, ramai peguam rakyat Malaysia yang telah menerima pendidikan bidang guaman sepenuhnya di Malaysia tetapi tidak menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya dalam perbicaraan di mahkamah. Kebanyakan ahli perundangan lebih selesa untuk menggunakan bahasa Inggeris. Ia juga didorong oleh faktor hakim yang kadangkala tidak memahami dokumen dalam bahasa Melayu tetapi lebih memahami dokumen dalam bahasa Inggeris. Kadangkala dokumen yang telah disiapkan dalam bahasa Melayu terpaksa diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris sebagai terjemahan kepada dokumen tersebut untuk tujuan kefahaman. Ia juga telah memberikan kelebihan kepada kaum Cina dan India semasa menjalankan proses perbicaraan kerana dapat bertutur dalam bahasa tersebut. Ini akan menyebabkan

jurang perkauman antara kaum akan berlaku kerana perbezaan pertuturan dan akan dipandang rendah sekiranya kurang mampu bertutur dengan baik. Kesemua mereka tidak boleh disabitkan sebagai melanggar Perlembagaan kerana Perlembagaan membolehkan bahasa lain selain bahasa Melayu digunakan. Mengikut Perlembagaan Persekutuan kedudukan bahasa Melayu telah dimaktubkan dalam Perkara 152 yang memperuntukkan bahasa Melayu mestilah digunakan untuk maksud-maksud rasmi (termasuk apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam). Perkara ini juga melindungi bahasa-bahasa lain dan tidak ada sesiapun dilarang daripada menggunakan bahasa lain selain bahasa Melayu. Undang-undang ini akan terpakai kepada ahli badan perundangan apabila ada yang cuba membangkit dan mempersoalkan isi kandungan Perkara 152 dalam Majlis Parlimen atau dalam mana-mana Dewan Undangan Negeri, di mana beliau juga boleh didakwa. Menurut petikan daripada artikel Malaysian Bar (2012) , (Semakan 1971). bersama-sama Bahasa Melayu selaku bahasa mahkamah termaktub dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 Walau bagaimanapun, untuk kepentingan keadilan, bahasa bahasa Melayu, khususnya dalam pembicaraan Inggeris dibenarkan digunakan, sama ada sepenuhnya atau secara sebahagian dengan mahkamah.Memang tidak boleh dinafikan bahawa penggunaan bahasa Inggeris dalam segi bidang undang-undang Malaysia masih diperlukan kerana negara kita masih memakai sistem undang- undang Common Law, Equity dan kes-kes yang berkenaan dalam bahasa Inggeris.Kelonggaran ini yang diperuntukkan dalam Akta Bahasa Kebangsaan dan juga Perlembagaan Persekutuan, telah membantut proses usaha untuk melaksanakan penggunaan bahasa Melayu dalam bidang perundangan. Sebenarnya kelonggaran inilah yang menjadikan ikhtiar untuk menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya di mahkamah, telah diambil dan dipandang enteng oleh pelbagai pihak yang berkenaan, lalu tidak dilakukan secara serius.Dengan ini, ada kalangan tertentu dalam bidang ini yang bukan saja tidak mahu berusaha ke arah merealisasikan dasar ini, tetapi enggan menggunakan bahasa Melayu dalam pembicaraan mahkamah. Isu penggunaan bahasa Melayu sepenuhnya di mahkamah juga bergantung kepada sikap hakim selain peguam.

2.2.1CADANGAN TINDAKAN (INTAN YUSNANI BINTI MD YUSUF) Salah satu tindakan yang telah diambil oleh kerajaan dalam menangani gejala ini ialah dengan meluluskan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967. Selain menetapkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa yang mesti digunakan bagi "urusan dan maksud rasmi" dan mengkehendaki supaya teks rang undang-undang dan akta Parlimen dan enakmen Dewan-Dewan Undangan Negeri disediakan dalam dalam Bahasa Kebangsaan yang merupakan teks sahih. Disamping penggunaan bahasa Inggeris, Seksyen 8 akta tersebut memperuntukan supaya prosiding di mahkamah dijalankan dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris atau keduaduanya sekali. Namun, mahkamah diberikan kuasa budi bicara untuk memerintahkan supaya hanya bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris digunakan bagi keseluruhan prosiding. Pada pendapat saya bagi menangani gejala ini ialah kerajaan atau Dewan Bahasa dan Pustaka ( DBP) dapat berganding bahu dalam membuat terjemahan terhadap bahan bacaan serta rujukan daripada bahasa Inggeris ke bahasa Melayu dengan banyak sekali kerana di Malaysia masih lagi kekurangan bahan tersebut . Selain itu, sediakan juga kamus perundangan mengenai istilah atau perkataan bagi membantu mendapatkan kefahaman. 2.2.2 CADANGAN TINDAKAN ( SITI NURAFIEQAH BINTI ZURKFLI) Pada pendapat saya, isu penggunaan Bahasa Melayu di mahkamah menjadi salah satu masalah yang agak rumit kerana salah satunya ialah akan memperbesarkan lagi jurang antara kaum. Penggunaan bahasa Inggeris bukan sahaja memberi kelebihan kepasa kaum Cina dan India malah turut membawa masalah kepada kaum Melayu yang kurang fasih bertutur dan kefahaman dalam bahasa Inggeris dan ini akan timbulnya ketidakadilan dalam perbicaraan. Tambahan pula, isu ini menggambarkan pihak mahkamah sendiri telah menjatuhkan martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di dalam Malaysia yang telah melanggar Perkara 152 iaitu memperuntukkan bahasa Melayu mestilah digunakan untuk maksud-maksud rasmi (termasuk apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam).

Dalam mengatasi masalah ini, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka seharusnya mengadakan kursus atau seminar yang membincangkan tentang kepentingan penggunaan Bahasa Melayu supaya akan dapat member kesedaran, bukan sahaja kepada institusi mahkamah tetapi memberi juga kesedaran kepada masyarakat di dalam Malaysia agar Bahasa Melayu tidak dipandang rendah di negara sendiri. Hakim sendiri sepatutnya menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya dan dengan perlakuan tersebut, peguam-peguam dengan sendirinya akan menggunakan Bahasa Melayu di dalam mahkamah. Hakim juga perlu tegas dalam menegakkan martabat penggunaan Bahasa Melayu. 2.3 PERKARA 3 : PENOLAKAN TUNTUTAN PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH OLEH PENGANUT KRISTIAN Kementerian Dalam Negeri memutuskan untuk melarang penggunaan kalimah Allah terhadap penerbitan dalam Bahasa Malaysia bagi akhbar mingguan Herald Katolik 31 Disember 2007. Tetapi dalam akhbar The Sun bertarikh 24 Disember 2007, terdapat laporan bertajuk Church leaders explain use of 'Allah'. Di dalam akhbar terbitan mereka ini, telah menyatakan lima alasan utama iaitu pertama, mereka telah mendakwa mengikut Bible. Kedua, mulai awal abad ke-19, para penganut Katolik di Malaya telah pun memiliki buku-buku doa dalam bahasa Melayu dan kalimah Allah telah digunakan sebagai terjemahan kepada istilah God. Ketiga, ayat-ayat al-Quran sendiri telah menunjukkan bahawa golongan bukan Islam juga telah menggunakan lafaz Allah. Keempat, segmen (terjemahan) dalam bahasa Malaysia diwujudkan untuk memenuhi keperluan kepelbagaian etnik dan bahasa yang wujud di Malaysia sebagaimana yang wujud di dalam populasi penganut Katolik di Malaysia. Terakhir, kerajaan tidak mempunyai hak untuk campur tangan dalam urusan dalaman gereja berdasarkan hak yang diberi oleh Perkara 11(3)A Perlembagaan Persekutuan. Isu yang telah dibahaskan ini merupakan Perkara 3 yang telah termaktub dalam Perlembangaan Persekutuan Malaysia iaitu agama Islam merupakan agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

Menurut Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan daripada Hal Ehwal Agama Islam Malaysia telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Manakala, menurut Syeikh Abdul Hamid Al- Ballali daripada Islamic Constitutional Movement Kuwait telah menyatakan bahwa keputusan kerajaan amat signifikan bagi memelihara maksud istilah sebenar bagi kalimah Allah. Syeikh Abdul Muhsin Al-Abikan, Penasihat Undang- Undang Kementerian Kehakiman Arab Saudi pula mengatakan bagi menggelakkan penyalahgunaan nama ALLAH melainkan hanya kepada yang maha Pencipta (Tuhan Yang Sebenar). Ini kerana terdapat agama-agama lain yang juga menggunakan kalimah Allah bagi agama mereka sedangkan mereka adalah penyembah berhala, oleh itu nama Allah tidak sepatutnya digunakan bagi menggambarkan tuhan-tuhan yang selainnya. Wakil Al- Azhar iaitu Timbalan Syeikh Al- Azhar dan ketua Lajnah Dialog antara Agama Al- Azhar, Fadhilat Al- Sheikh Abdul Fattah Allam, berpendapat bahawa keputusan kerajaan adalah tepat kerana Allah tidak boleh disamakan dengan Rabb dan tidak wajar menyalahi maksud Allah dalam Al- Quran. Berdasarkan daripada pandangan- pendangan di atas, dapat dilihat bahawa penganut agama kristian amat berkeras untuk mendapatkan hak dalam penggunaan kalimah Allah . Mereka juga telah mengambil kesempatan untuk merendahkan martabat dan menyelewengkan penggunaan kalimah suci 'Allah'. Ini adalah suatu penghinaan kepada agama, negara serta Perlambagaan persekutuan. Melalui pemerhatian dan kajian melalui media massa dan media cetak sebelum ini tidak pernah terjadinya perkara - perkara yang melibatkan tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut kristian ini berlaku. Tetapi, ironinya secara tiba- tiba isu ini timbul bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, mungkin ini merupakan satu muslihat daripada pihak kristian untuk menarik umat Islam ke arah agama mereka ataupun sebaliknya. Pihak media sepatutnya tidak perlulah mengembar- gemburkan isu ini secara meluas kerana secara tidal langsung akan menyentuh sensitiviti kaum.

Selain itu, pendapat tokoh agama Syeikh Abdul Hamid Al- Ballali daripada Islamic Constitutional Movement Kuwait juga ada mengatakan bahwa keputusan kerajaan amat signifikan bagi memelihara maksud istilah sebenar bagi kalimah Allah. Isu ini merupakan isu yang sensitif kerana kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam. Manakala golongan intelektual iaitu Wakil Al- Azhar iaitu Timbalan Syeikh AlAzhar dan ketua Lajnah Dialog antara agala Al- Azhar, Fadhilat Al- Sheikh Abdul Fattah Allam, berpendapat bahawa keputusan kerajaan adalah tepat kerana Allah tidak boleh disamakan dengan Rabb dan tidak wajar menyalahi maksud Allah dalam Al- Quran. Sehubungan dengan pandangan golongan intelektual di atas, umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahawa semua agama adalah sama. Kesimpulannya, pada tarikh 16 Mei 1986 melalui keputusan mesyuarat Kabinet telah memutuskan bahawa perkataan Allah adalah termasuk antara kalimah-kalimah yang dilarang penggunaannya oleh mereka yang bukan beragama Islam. Malah penggunaan kalimah allah, Baitullah, Solat dan Kaabah telah pun diwartakan hanya eksklusif buat umat Islam sahaja di bawah Warta P.U(A) 15/82 dan pekeliling KKDN. S.59//3/6/A bertarikh 5 Disember 1986. Oleh itu, dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah agama. 2.3.1 CADANGAN TINDAKAN (INTAN YUSNANI BINTI MD YUSUF) Saya amat menyokong sepenuhnya tindakan kerajaan bagi membasmikan masalah ini. Pihak kerajaan seharusnya memanfaatkan kewujudan Enakmen Kawalan Pengembangan Agama Bukan Islam Di Kalangan Orang Islam yang

digubal berdasarkan Perkara 11(4). Enakmen yang telah wujud di beberapa negeri sejak berpuluh tahun mestilah dilaksanakan secara serius. Malah ada negeri yang telah meluluskan enakmen ni masih tidak mewartakan dan memberi tarikh pelaksanaannya. Empat buah negeri pula iaitu Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak masih belum menggubal undang-undang yang sama walaupun mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi sendiri semasa menjadi Perdana Menteri telah berjanji dan mengarahkan negeri-negeri ini menggubal undang-undang tersebut. Sememangnya kepentingan agama Islam seringkali dipinggirkan semasa membuat sebarang tindakan oleh pelbagai pihak. Majlis Raja Raja Melayu sebagai ketua agama negeri-negeri juga perlu memainkan peranan dalam membuat ketetapan yang tegas berkaitan dengan perkara ini selaras dengan sumpah jawatan baginda mempertahankan Islam pada setiap masa. Tindakan Kementerian Dalam Negeri melarang pihak Gereja menggunakan kalimah Allah adalah kerana KDN sebagai salah sebuah organ kerajaan perlu mempertahankan ikrar Yang Di Pertuan Agong semasa menaiki tahkta iaitu mempertahankan Islam pada setiap masa. Oleh itu segala tindakan yang dibuat oleh pihak kerajaan perlulah sejajar dengan ikrar mempertahankan Islam ini. Secara mudahnya, setiap urusan kerajaan adalah disifatkan sebagai Urusan Seri Paduka Baginda (sebagaimana tertera di dalam sampul surat jabatan kerajaan). Oleh yang demikian adalah tidak masuk akal, urusan tersebut mencabul ikrar yang dibuat oleh Seri Paduka Baginda itu. Kementerian Dalam Negeri perlu segera merayu keputusan kes ini kerana ia melibatkan kedudukan agama Islam di Malaysia apatah lagi keputusan mahkamah tertinggi di dalam negara perlu bagi menyelesaikan kedudukan ini secara muktamad. Kerajaan juga telah merangka Pelan Tindakan Integrasi Nasional iaitu untuk institusi agama. Antara salah satu strateginya ialah dapat meningkatkan kerjasama, persefahaman dan saling menghormatu antara penganut pelbagai agama. Bagi mengelakkan isu ini menjadi lebih berleluasa menganjurkan sesi dialog dan perbincangan untuk mendapatkan kata putus antara penganut pelbagai agama. Bagi isu penggunaan kalimah Allah tegaskan bahawa hanya penganut agama Islam sahaja yang berhak gunakan tetapi agama lain tidak dibenarkan kerana seperti menghina dan ingin menjatuhkan maruah umat Islam.

2.3.2 CADANGAN TINDAKAN ( SITI NURAFIEQAH BINTI ZURKFLI ) Berdasarkan isu yang dipilih iaitu penggunaan kalimah Allah bagi penganut agama Kristian yang telah dikaitkan dengan Perkara 3 iaitu agama Islam merupakan agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Setelah meneliti dan memahami serta mengaitkan isu ini dengan penganut agama Kristian dengan penganut agama Islam, saya kurang bersetuju untuk dipisahkan nama Allah kepada pengertian lughah (dari sudut bahasa secara literal kononnya merujuk kepada tuhan umum), dan Allah secara istilah yang merujuk kepada Allah yang disebut di dalam surah alIkhlas. Tambahan pula, umat Islam hanya merujuk Al-Quran dan Hadis dalam menentukan sikap dan pendirian, bukan Bible. Dalam konteks Malaysia pula saya berpendapat bahawa penggunaan kalimah Allah bagi penganut agama Kristian amat dibimbangi kerana boleh mencetuskan ketegangan antara penganut agama seterusnya boleh membawa pergaduhan yang serius jika gagal dikawal. Lebih - lebih lagi, apabila mengenangkan keadaan umat Islam yang ada hari ini terlalu lemah. Keadaan missionary bukan Islam yang galak untuk menggunakannya dengan tujuan-tujuan tertentu serta kemunculan beberapa

kumpulan bukan Islam yang diyakini akan menyalahgunakan nama Allah dalam tulisan mereka secara berleluasa sehingga membawa kekeliruan bagi penganut Islam. Jika dilakukan kajian teliti terhadap hal mudarat ini, elok benar tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk melarang. Justeru itu, penggunaan nama Allah oleh pihak Kristian khususnya dalam penulisan mereka, amat wajar dilarang oleh pihak kerajaan. Di dalam hukum Islam, kerajaan berhak memutuskan hukuman di dalam konteks menghalang mudarat yang dijangkakan.

2.4 PERKARA 153 : NURUL IZZAH PERTIKAI HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU Isu ini telah dibahaskan dalam artikel yang disiarkan dalam portal bertarikh 31 Ogos 2011 yang bertajuk Nurul Izzah Pertikai Perlembagaan-Hak Keistimewaan Orang Melayu. Nurul Izzah merupakan ahli parlimen Lembah Pantai. Isu ini menyentuh Perkara 153). Perkara 153 menyatakan kedudukan istimewa orangorang Melayu tanpa menafikan kedudukan yang sah kaum-kaum lain. Berdasarkan buku Hubungan Etnik Di Malaysia menyatakan Perkara 153 juga bermaksud Yang di-Pertuan Agong dikehendaki melaksanakan dasar-dasar bagi melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak dari segi jawatan dalam perkhidmatan awam, pemberian biasiswa dan bantuan, kemudahan pelajaran, serta lesen untuk perniagaan. Menurut Nurul Izzah dalam artikel yang disiarkan dalam portal 'Malaysian Insider' mendakwa, 'hak keistimewaan' orang Melayu tidak disebut sebaliknya Perkara 153 hanya menjelaskan mengenai 'kedudukan istimewa' masyarakat Bumiputera. Kata Nurul Izzah lagi, Hak Melayu hanyalah sekadar falsafah serta ideologi dan bukannya sebuah undang-undang atau perlembagaan. Istilah Hak Melayu hanya wujud selepas berlakunya persetujuan mengenai kontrak sosial yang menyaksikan definisi agenda Melayu diperluas merangkumi hak Melayu. Isu ini telah mendapat pertikaian daripada pelbagai pihak. Menurut blog Perak Portal Today pada 8 Disember 2010 yang bertajuk Sultan Perak Tegur Status

Keistimewaan Orang Melayu. Sultan Perak bertitah Sedarilah! Bahawa segala keistimewaan yang dimiliki oleh umat Islam di negara ini, adalah hasil daripada pemikiran yang dirumuskan secara strategik untuk memastikan bahawa umat Islam akan sentiasa dilindungi dan aktiviti Islam bukan sahaja dapat dikembangkan tetapi diberikan hak untuk mendapat pembiayaan negara,. Baginda bertitah keistimewaan yang ada ini diperoleh melalui hasil persepakatan dan penyatuan daripada segi prinsip perjuangan dan suara tuntutan umat Islam dari seluruh pelosok Tanah Melayu hingga mendapat pengiktirafan untuk dimaktubkan dalam Perlembagaan Negara. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata Nurul Izzah tidak perlu memberikan interpretasi yang baru tentang hak orang Melayu kerana pelembagaan pada hari ini telah pun menentukan bahawa negara Malaysia selamat, aman dan makmur. Beliau berkata Jikalau ada pelbagai cubaan untuk menodai perlembagaan yang sedia ada pada hari ini, maka risikonya terlalu tinggi,". Sementara itu, Profesor Datuk Dr. Abdul Halim Sidek dalam

UmnoOnline.Com yang bertajuk Nurul Izzah Buta Undang-undang, Perkara 153 Tidak Boleh Dipertikai menyatakan Nurul Izzah menonjolkan kebodohannya sebagai anggota Dewan Rakyat dan Ahli Parlimen Lembah Pantai apabila mempersoalkan Perkara 153 yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan mengikut fahamannya sendiri. Beliau berkata Saya nak tanya, apa yang Nurul Izzah belajar dan di universiti mana dia mendalami undang-undang kerana apa yang dikatakannya berkaitan Perkara 153 adalah salah, satu pembohongan yang dibuat sebagaimana mungkin dirinya tidak pernah membaca mengenainya. Beliau juga mengulas kenyataan Nurul Izzah yang mempersoalkan Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak keistimewaan orang Melayu.Katanya, Tanyalah pada peguam dan penasihat undang-undang mana sekalipun berkaitan Perkara 153 tersebut maka tentunya tafsiran dan huraian mereka adalah sama iaitu untuk menjaga kepentingan orang Melayu. Beliau juga berkata Apa yang dikatakan oleh Nurul Izzah adalah satu yang tidak benar malah beliau sebenarnya melakukan pengkhianatan kepada negara dan bangsanya sendiri

selain mencemarkan Raja-raja dan menghina Yang Dipertuan Agung kerana Perkara 153 ini dilindungi oleh baginda. Dalam blog yang sama (UMNO online) bertarikh 8 September 2010 bertajuk Nurul Izzah Raih Simpati Menjelang Pemilihan Parti, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin iaitu Ketua Pergerakan Puteri UMNO menyatakan bahawa Nurul Izzah cuba mendapat perhatian ahli untuk meraih sokongan dan simpati dan pemimpin-pemimpin parti itu apabila membangkitkan serta sengaja Perkara 153 mencipta populariti memandangkan bahang musim pemilihan PKR sudah bermula Perlembagaan Persekutuan, kata Ketua Pergerakan Puteri UMNO Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin. Beliau berkata Sebagai seorang Ahli Parlimen, Nurul Izzah sewajarnya sedar berkaitan akibat yang akan diterimanya apatah lagi hal tersebut membabitkan kepentingan dan sensitiviti kaum di negara ini. Maka ia juga tentunya akan membangkitkan kesan terhadap kesejahteraan negara. Selain itu, Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz dari Universiti Islam

Antarabangsa Malaysia menyatakan sebarang pindaan membabitkan kedudukan Melayu, termasuk Perkara 153 yang menyentuh kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera, perlu melalui Dewan Rakyat dan Dewan Negara dengan dua pertiga majoriti pada bacaan kali kedua dan ketiga. Melalui pemerhatian dan kajian dalam buku teks Sejarah Tingkatan 3 Bab 5 dapat dilihat bahawa Suruhanjaya Reid 1948 telah menerangkan fasal iaitu kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan tanpa menjejaskan hak kaum lain. Menerusi pemerhatian juga daripada Buku Hubungan Etnik: Kelangsungan Pembinaan Negara Bangsa dapat dilihat bahawa Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 menegaskan kedudukan istimewa orang Melayu tidak boleh dipersoalkan. Kedudukan istimewa orang melayu dapat dilihat menerusi kemasukan pelajar bumiputera ke IPTA. Peluang kemasukan ke universiti awam yang dipelopori oleh Tun Dr Mahathir diberikan lebih ramai kepada kaum Bumiputera berbanding kaum lain untuk memastikan keseimbangan pembangunan kaum supaya tidak ketinggalan dalam arus perdana pendidikan.Selain itu, penubuhan Universiti Teknologi Mara

( UITM ) yang yang dipelopori oleh Dato Onn bin Jaafar bertujuan untuk mempertingkatkan dan menjamin keutuhan status sosio-ekonomi bumiputera. Selain itu, bumiputera mendapat potongan diskaun sebanyak 10% dalam urusan pembelian rumah. Ini membolehkan bumiputera membeli rumah dengan harga yang lebih murah daripada kaum lain. Tambahan lagi, bumiputera mendapat kedudukan istimewa dari segi pemilikan saham. Kerajaan telah memberi peruntukan RM5 bilion dalam pembentukan Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) bagi membantu bumiputera memilki saham terpilih serta menyelamatkan ekuiti Bumiputera daripada jatuh ke tangan orang lain. Orang Melayu juga banyak menyandang jawatan dalam perkhidmatan awam. Hal ini dapat dilihat seperti perlantikan Y.A.B. Perdana Menteri, Hakim-hakim Mahkamah dan lain-lain .Selain itu, pemberian biasiswa JPA yang diperuntukkan oleh kerajaan kepada pelajar Melayu yang bertujuan untuk merapatkan modal insan yang terlatih dan canggih. Dalam memajukan golongan orang Melayu dari sektor peniagaaan, kerajaan boleh mewujudkan satu badan khas yang bertanggungjawab menyediakan ruang pasaran khusus kepada orang Melayu untuk memasarkan produk mereka. Hal ini supaya orang Melayu tidak perlu lagi merujuk kepada orang perantara untuk memasarkan produk mereka sebaliknya terus kepada pihak yang bertanggungjawab. Hal ini juga bagi mengelakkan berlakunya penyelewengan oleh pihak tertentu kepada pengusaha Melayu. Dengan adanya inisiatif pemberian modal oleh pihak kerajaan kepada sebahagian orang Melayu dapat membantu khususnya pengusaha baru untuk memulakan perniagaan mereka disamping menjaga kepentingan orang Melayu. Selain itu, kerajaan boleh menganjurkan suatu karnival jualan khas untuk mempromosikan produk pengusaha melayu khususnya pengusaha baru. Hal ini berupaya membantu ekonomi orang Melayu. Untuk memantapkan kemahiran orang Melayu dalam sesuatu perkhidmatan, penjanaan seminar, ceramah atau bengkel yang disampaikan oleh pakar membantu memberi input berguna kepada mereka disamping membuka skop minda mereka ke tahap yang lebih tinggi.

Dengan menubuhkan institut atau sekolah yang berorientasikan kemahiran terutama dalam kalangan orang Melayu di luar bandar berupaya dalam memperkembangkan bakat dan kemahiran mereka. Malah orang Melayu jugacmendapat peluang dan ruang serta tunjuk ajar dari orang yang berpengalaman. Dengan adanya penubuhan ini secara tidak langsung dapat mengelakkan status kebanjiran orang Melayu yang terpinggir dalam arus kemahiran. Akhirnya perdebatan ini telah dilaporkan kepada pihak polis oleh GPMS ( Gabungan Pemuda Melayu Semenanjung ) dan Wirawati PERKASA di ibu pejabat Dang Wangi pada 2 September 2010 menerusi suatu blog Sahabat Gunung yang bertajuk Debat Perkara 153 : GPMS dan PERKASA buat laporan polis terhadap Nurul Izzah. Pada 21 September 2010, Nurul Izzah telah tampil memberi keterangan di ibu pejabat polis Dang Wangi berhubung laporan polis yang dibuat PERKASA mengenai kenyataannya menyentuh Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan menerusi satu laman web Malaysian Insider yang ditulis oleh Syed Muaz Syed Putra. Dalam hal ini, Nurul Izzah berkata Saya akan memberi keterangan mengenai laporan polis dibuat PERKASA selepas artikel saya bertajuk Malaysia atau MalaysiaSaja yang disiarkan oleh The Malaysian Insider. Beliau juga berkata Nampaknya Perkasa tidak mahu menerima pelawaan saya berdebat,. Dalam hal ini, beliau telah menjemput Perkasa untuk berdebat mengenai isu kedudukan istimewa orang Melayu yang dibangkitkan dalam artikelnya berjudul "The ultimate Malaysian debate: Malaysia or Malaysaja?" yang diterbitkan pada 31 Ogos 2010 sempena sambutan Hari Merdeka ke-53. 2.4.1 CADANGAN TINDAKAN (INTAN YUSNANI BINTI MD YUSUF) Pada pendapat saya, dalam membendung perkara ini daripada berulang, pihak berwajib seharusnya memainkan peranan yang penting. Pihak berwajib perlu sentiasa memberi peringatan kepada rakyat agar tidak mencuba untuk mencabuli Perlembagaan Persekutuan Negara. Pihak berkuasa juga boleh mewujudkan satu undang-undang khas bagi melindungi Perlembagaan Persekutuan agar tidak dicuba untuk dicabuli oleh mana-mana pihak. Tindakan undang-undang boleh diambil pada

pihak yang cuba untuk meminda perlembagaan atas kepentingan diri mahupun politik. Jika dilihat, semakin hari semakin banyak pihak yang cuba menentang perlembagaan yang telah dipersetujui pada masa dulu. Namun pada hari ini, terdapat pula pihak yang tidak berpuas hati dengan perlembagaan itu. Perkara seperti ini tidak sepatutnya timbul. Harus diingat, perlembagaan inilah yang membantu negara sehingga mencapai tahap seperti hari ini. Seharusnya kita samasama memelihara perlembagaan negara ini agar dapat memacu kejayaan negara pada masa akan datang.

2.4.2 CADANGAN TINDAKAN ( SITI NURAFIEQAH BINTI ZURKFLI ) Melalui petikan ini Rakyat Malaysia dari mana-mana kaum yang mempersoal atau mempertikaikan Perkara 153 dalam Perlembagaan negara yang mengiktiraf kedudukan dan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera adalah buta sejarah dan tidak memahami Perlembagaan, kata pakar sejarah, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim., saya berpendapat bahawa sebagai seorang rakyat Malaysia, tidak seharusnya Nurul Izzah melakukan perbuatan ini dimana beliau telah mempertikaikan hak dan keistimewaan orang Melayu. Hak dan keistimewaan orang Melayu tidak boleh diketepikan malah ia akan berkekalan sebagaimana yang telah terkandung dalam Perlembagaan. Jika tiada hak dan keistimewaan orang Melayu, maka tiadalah sifat toleransi di dalam sesuatu masyarakat. Ini bermakna, sifat toleransi memberikan satu semangat dan kekuatan untuk masyarakat yang berbilang bangsa dalam Negara Malaysia hidup aman dan bersatu padu. Pada pandangan saya juga, isu ini timbul kerana ia adalah salah satu taktik ahli politik yang mementingkan diri sendiri, yang sanggup mengorbankan kemakmuran dan kemajuan negara. Jika semua kaum di dalam Negara ini bersedia untuk menerima pandangan masing-masing dan mengeratkan hubungan persahabatan, bersedia untuk bertoleransi antara satu sama lain. Disini jelaslah

bahawa warga Negara Malaysia tidak seharusnya tertipu oleh setiap isu yang dibangkitkan oleh ahli politik tanpa memahami dasar-dasar yang telah termaktub didalam Perlembagaan Persekutuan.

2.5 PERKARA 38: KAPRPAL SIGH HINA SULTAN PERAK Isu antara Karpal Singh dan Sultan Perak bermula sejak Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin selaku ketua kerajaan negeri Perak telah memindahkan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak iaitu Datuk Jamry Sury. Tindakan ini mencetuskan menjadi hangat dan kontroversi apabila diberi perhatian oleh media arus perdana. Sehingga hari ini, isu itu masih belum selesai sepenuhnya di mahkamah. Seluruh negara telah dikecohkan dengan isu Ahli Parlimen Bukit Gelugor iaitu Karpal Sigh telah menghina Sultan Perak. Ini kerana Karpal Sigh telah mempertikaikan campurtangan yang telah dilakukan oleh Sultan Perak dalam pentadbiran negeri Perak. Menurut artikel Utara News (2012), Perkataan yang dikeluarkan sengaja ditutur supaya mempunyai kecenderungan untuk rakyat negeri Perak dapat menimbulkan perasaan tidak puas hati kepada Sultan Perak. Mengikut Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan dalam Perkara 38 iaitu dalam Majlis Raja-Raja mengikut Jadual Kelima Perlembagaan iaitu boleh mempersetujui dan tidak mempersetujui apa-apa undang-undang dan membuat atau memberikan nasihat mengenai perlantikan yang menurut Perlembagaan ini, memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja atau yang dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.

Melalui perlembagaan yang telah dinyatakan jelas menunjukkan Raja atau Sultan mempunyai kuasa dalam mencampuri segala urusan pentadbiran negeri terutama dalam perlantikan dan pelucutan ahli politik. Begitu juga dengan Sultan Perak iaitu Sultan Azlan Shah yang pernah menjadi Ketua Hakim Negara pada satu ketika dulu dan begitu diterima ramai kerana mempunyai ilmu undang-undang yangdimiliki. Menurut Karpal Sigh berkata beliau tidak berniat menghina dan

mempersoalkan kedudukan Sultan Perak. Beliau hanya membuat komen dari sudut undang-undang tetapi ia telah disalah tafsir.Menurut Utusan Online(2010),Isu ini sengaja dipolitikkan supaya dapat menjadi isu perkauman dimana sentimen orang Melayu akan tercabar dan mendatangkan kemarahan kepada kaum lain. Isu ini telah menunjukkan kaum lain cuba mencabar hak yang ada pada seorang Sultan. Sekira tidak dibendung mengenai isu ini akan menyebabkan kaum lain akan cuba pertikaikan fungsi serta tugas seorang Raja mengikut perlembagaan serta ini juga boleh mencetuskan peristiwa lama iaitu peristiwa 13 Mei iaitu rusuhan kaum. 2.5.1 CADANGAN TINDAKAN (INTAN YUSNANI BINTI MD YUSUF) Pada pendapat saya, pertelingkahan antara Karpal Sigh dengan Sultan Perak harus diselesaikan secara berhemah dan sebaik mungkin. Cara yang lebih baik ialah Karpal Sigh hendaklah meminta maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia mengenai keceluparan pertuturan beliau dalam mengeluarkan pendapat dan merasakan perbuatannya ini dianggap telah menghina institusi beraja. Bagi tindakan kerajaan pula, Karpal Sigh telah didakwa dimahkamah mengikut Akta Hasutan 1948 yang telah mengeluarkan perkataan yang boleh menghasut kepada kebencian. Ia telah diadili oleh tiga panel yang diketuai oleh Datuk Ahmad Maarop yang bersidang bersama Hakim Datuk Clement Allan Skinner dan Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali sebulat suara memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan pendakwa raya.

Hakim Ahmad yang merupakan hakim Mahkamah Persekutuan ketika membacakan penghakiman bertulisnya berpendapat, Karpal wajar dipanggil membela diri selepas panel itu berpuas hati bahawa pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya. Dengan keputusan tersebut, mahkamah mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Jun 2010 yang melepas dan membebaskan Karpal daripada tuduhan tersebut dan mengarahkan kes itu didengar di hadapan hakim yang sama disebut di Mahkamah Tinggi pada 9 Februari depan bagi menetapkan tarikh perbicaraan.

2.5.2 CADANGAN TINDAKAN ( SITI NURAFIEQAH BINTI ZURKFLI) Timbulnya isu Karpal Singh telah menghina Sultan Perak membawa satu kontroversi didalam institusi istana dan hal politik. Hal ini berlaku apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh membuat kenyataan mengenai campur tangan istana dalam isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury yang dianggapnya sebagai urusan pentadbiran kerajaan negeri. Namun, peguam terkemuka itu dituduh mengeluarkan perkataan berunsur menghasut terhadap Sultan Perak di firma guamannya, Tetuan Karpal Singh & Co di Jalan Pudu Lama di ibu negara di antara pukul 12 dan 12.30 tengah hari, 6 Februari 2009. UTUSAN. Pada pendapat saya, isu ini tidak harus berlanjutan setelah sekian lama kerana bukan sahaja akan menimbulkan perselisihan, malah akan memburukkan lagi hubungan antara pemimpin dengan pemimpin. Perkara seperti ini juga akan menyebabkan masyarakat mencabar dan tidak mengormati Sultan sebagai pemimpin. Hal ini perlulah diselesaikan dengan cara yang baik dan penuh dengan budi bicara. Walaupun Karpal Singh telah mengatakan bahawa , beliau tidak berniat menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah namun tindakan tersebut tidak dipandang oleh Sultan Perak. Oleh itu, beliau sepatutnya memohon maaf kepada Sultan secara terbuka diatas keterlanjurannya berkata-kata dan membuat kesimpulan sendiri. Pihak berkuasa harus mengambil tindakan undang-undang yang

tegas terhadap Karpal Singh supaya hal ini menjadi peringatan dan masyarakat tidak mengikut tindakan seperti yang dilakukan oleh Karpal Singh.

2.6 PERKARA 14 HINGGA PERKARA 22: 40,000 KANAK-KANAK SABAH TIADA SIJIL LAHIR Merujuk perkara di atas Unit Khas Bergerak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang menjalankan program turun padang bagi menyelesaikan masalah kira-kira 40,000 kanak-kanak yang berdepan masalah sijil lahir di Sabah.Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, di Semporna sahaja, dianggarkan terdapat 4,000 kanak-kanak masih tidak memiliki dokumen pengenalan diri itu. Melalui Perlembagaan Persekutuan sendiri telah menyatakan bahawa Perkara 15A iaitu kuasa khas untuk mendaftarkan kanak-kanak. Tertakluk kepada Perkara 18, Kerajaan Persekutuan boleh, dalam apa-apa hal keadaan khas yang difikirkannya patut, menyebabkan mana-mana orang yang di bawah umur dua puluh satu tahun didaftarkan sebagai warganegara. Hasil penelitian, KDN mendapati pelbagai faktor termasuk kahwin mengikut adat tanpa pendaftaran serta perkahwinan dengan wanita negara jiran telah mendorong kepada masalah daftar lewat sijil kelahiran dan kad pengenalan.Pihak KDN juga telah mengesan perkahwinan lebih daripada satu di kalangan masyarakat setempat dengan wanita asing dan anak dipelihara oleh suami bertaraf warganegara

yang tidak memiliki sijil nikah. Terdapat juga alasan tidak mendaftar kerana tidak memiliki kad klinik rawatan ibu mengandung atau kad rawatan bayi kerana mereka menggunakan perkhidmatan bidan kampong.Tambahnya, terdapat pemohon yang memberitahu bahawa ibu bapa mereka tidak boleh dikesan selain pemohon yang merupakan anak tumpang kepada keluarga yang mempunyai dokumen pengenalan diri. Isu ini jelas menunjukkan bahawa masih ramai kanak-kanak tidak mempunyai kewarganegaraan. Ini kerana sikap penduduk Sabah itu sendiri dalam mengambil sambil lewa serta kurang kesedaran dalam memiliki dokumen pengenalan diri. Selain itu, penyebab utama penduduk di sana susah mendapat kewarganegaraan ialah kerana mempunyai pelbagai kaum serta suku. Konsep kewarganegaraan yang berteraskan perkauman Melayu sudah lama mengancam kumpulan-kumpulan bumiputera yang lain, termasuklah kaum Iban di Sarawak dan kaum Kadazan-Dusun di Sabah, serta kaum-kaum bukan Melayu di Semenanjung Malaysia, seperti Orang Asli. Walaupun kaum Kadazan-Dusin di Sabah patut diberikan keistimewaan dalam teori, dari segi amalan hak-hak kewarganegaraan kaum-kaum tersebut semakin dihakis. Ramai pemimpin parti-parti pembangkang di Sabah mendakwa bahawa hak-hak kaum-kaum peribumi tertentu tidak diberikan keutamaan, dan isu ini telah menjadi pertikaian semasa pilihanraya umum dalam beberapa tahun yang lalu. Bahkan terdapat juga golongan-golongan tertentu di Sabah yang mendakwa bahawa kaum Melayu dilayani sebagai bumiputera kelas pertama sambil kaum Kadazan-Dusun dan kaum-kaum peribumi yang lain dilayani sebagai bumiputera kelas kedua. Dakwaan-dakwaan hierarki kewarganegaraan ini adalah berdasarkan pengalaman diskriminasi atau pemungkiran janji oleh kerajaan yang menjanjikan kaum-kaum itu hak-hak istimewa setanding dengan kaum Melayu.Hal sebegini akan menyebabkan boleh berlaku pertelingkahan dan tidak puas hati penduduk di Sabah dalam mendapatkan hak serta kemudahan yang dikecapi oleh rakyat mempunyai taraf warganegara. 2.6.1 CADANGAN TINDAKAN (INTAN YUSNANI BINTI MD YUSUF) Merujuk kepada isu kewarganegaraan yang sering terjadi kepada negeri Sabah terutamanya kepada kanak-kanak, saya amat bersetuju sepenuhnya dengan

tindakan kerajaan untuk melakukan ujian dan analisis DNA bagi membantu mempercepatkan proses mendapatkan kewarganegaraaan supaya rakyat di Sabah terutamanya kanak-kanak dapat menikmati hak serta kemudahan yang dinikmati oleh rakyat Malaysia. Selain itu, pihak Kementerian Dalam Negeri sendiri menggesa supaya supaya semua pihak terutamanya agensi kerajaan dan pemimpin tempatan bekerjasama dalam menangani masalah serta isu ini. Pihak Kerajaan juga harus lebih kerap mengadakan program turun padang iaitu untuk mengadakan kempen mengenai betapa penting mempunyai dokumen pengenalan diri bagi membezakan antara warganegara ataupun tidak. Mulai 1 Julai ini, sijil kelahiran bukan warganegara diperkenalkan iaitu sijil tersebut akan berwarna merah berbanding sebelum ini berwarna hijau. Perubahan ini dimaklumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein setelah menerima satu daripada 22 syor dan inisiatif yang dicadangkan oleh Makmal Khas Pengurusan Warga Asing Sabah. Sijil kelahiran berwarna merah akan menjelaskan bahawa mereka itu bukan warganegara dan ianya akan memudahkan sesi pendaftaran persekolahan dan pelbagai lagi urusan rasmi. Itu antara tujuan pertukaran warna sijil kelahiran ini selain juga mahu mengelak ibu bapa warga asing yang mendapat anak di negara ini beranggapan bahawa dengan memiliki Sijil Kelahiran Malaysia, anak-anak mereka adalah secara automatik menjadi warga negara Malaysia. Bagi kanak-kanak bertaraf bukan warga negara yang telah memiliki sijil kelahiran berwarna hijau, ianya dikekalkan dan hanya berubah apabila pemohon membuat Cabutan Sijil Kelahiran di mana-mana pejabat JPN. Bagi kanak-kanak yang dilahirkan sebagai bukan warga negara dan kemudiannya disahkan sebagai warga negara Malaysia melalui proses Pengesahan Taraf Kewarganegaraan di bawah Perlembagaan Persekutuan, sijil kelahiran kanak-kanak berkenaan akan ditukar dengan sijil kelahiran berwarna hijau, dengan dicatatkan indikator yang menunjukkan perubahan status kewarganegaraan.

2.6.2 CADANGAN TINDAKAN ( SITI NURAFIEQAH BINTI ZURKFLI )

Berkenaan dengan isu kewarganegaraan yang sering terjadi di Sabah, saya melihat bahawa penduduk di Sabah seolah-olah tiada kesedaran dalam mempertahankan hak kewarganegaraan mereka. Penduduk di Sabah membuat tanggapan sendiri iaitu kaum Melayu merupakan kelas pertama dan sering diberikan keistimewaan. Namun pada pandangan saya, pemikiran seperti ini tidak seharusnya wujud dalam kalangan penduduk Sabah yang berbilang kaum kerana setiap penduduk sudah dijanjikan oleh kerajaan iaitu penduduk di Malaysia termasuk penduduk bukan semenanjung Malaysia dengan layanan dan hak yang telah termaktub di dalam buku Perlembagaan Persekutuan. Pada pendapat saya mengenai isu ini, saya amat bersetuju dengan tindakan pihak kerajaan yang telah menukarkan warna Sijil Kelahiran bagi penduduk bukan warganegara Malaysia dari berwarna hijau kepada berwarna merah. Pertukaran warna ini untuk memudahkan pengecaman warganegara atau bukan serta memudahkan pelbagai urusan dalam negara antaranya ialah urusan persekolahan, pekerjaan dan pentadbiran. Ujian dan analisis DNA yang dilakukan oleh pihak kerajaan akan memudahkan dan mempercepatkan proses untuk memperoleh kewarganegaraan serta membantu penduduk yang merupakan warganegara Malaysia menikmati hakhak keistimewaan di dalam negara sendiri. Tindakan yang diambil ini merupakan satu inisiatif dalam membantu golongan-golongan yang terpinggir untuk mendapatkan kewarganegaraan mereka. Namun, harus diingat bahawa pihak yang bertanggungjawab peka dan sensitive terhadap keperluan rakyat terutama dalam isu yang melibatkan kewarganegaraan. Hal ini tidak boleh dibiarkan seperti angin lalu kerana akan menimbulkan rasa tidak puas hati dan kemarahan serta rasa tidak adil dalam kalangan penduduk di Sabah.

2.7 RUMUSAN Negara Malaysia merupakan salah sebuah negara yang sedang membangun dan harmoni. Namun begitu, masih terdapat beberap isu yang timbul menyentuh sensitiviti kaum. Antaranya ialah isu-isu yang berkaitan dengan Perkara 3, dan 153 dalam Perlembagaan Persekutuan yang mana seharusnya tidak timbul. Ini kerana, semua susunan peraturan dan undang-undang dasar yang dianggap penting bagi pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara telah termaktub dalam perlembagaan Malaysia. Seharusnya, fungsi perlembagaan digunakan sepenuhnya dan dijadikan sebagai garis panduan dalam memerintah, sistem politik dan pentadbiran sesebuah negara di samping memberikan jaminan perlindungan kepada rakyat. Ciri-ciri perlembagaan Malaysia juga harus difahami dan dijadikan sebagai asas kepada perpaduan antara masyarakat supaya tidak lagi timbul isu yang boleh menyentuh sensitiviti pelbagai etnik di Malaysia. Dengan memahami perlembagaan, bermakna kita memahami dan menghormati kepelbagaian yang wujud dalam kalangan kita sebagai rakyat Malaysia. Sebagai pendidik, perlembagaan harus didedahkan melalui matapelajaran sivik dan kewarganegaraan serta pendidikan moral agar undang-undang bertulis ini dapat difahami dan diterima baik oleh anakanak didik.

Masyarakat juga harus mematuhi keluhuran perlembagaan ini supaya tidak timbulnya lagi isu-isu yang boleh memberi impak terhadap perpaduan. Kerajaan juga berperanan besar dalam memerintah negara berdasarkan perkara-perkara yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia supaya keharmonian negara dapat dijamin dan pentadbiran berjalan dengan lancar. Peranan perlembagaan sebagai undangundang tertinggi negara harus terus dipelihara demi memastikan keadaan harmoni yang wujud pada hari ini akan dikekalkan disamping mengharapkan situasi yang lebih baik pada masa hadapan.

4.0 REFLEKSI

NAMA: INTAN YUSNANI BINTI MD YUSUF NO KAD PENGENALAN:910811-04-5310 UNIT:PISMP PRASEKOLAH AMBILAN JANUARI 2011

Pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah dan kurniaNya,akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan mengikut masa yang telah ditetapkan. Jutaan terima kasih juga turut diberikan kepada guru pembimbing saya iaitu En. Dzulkifli yang telah banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Selain itu juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan sekelas saya yang turut terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memberikan pendapat,idea dan pandangan mengenai tugasan ini. Sumbangan anda semua amat saya hargai. Tugasan ini saya terima pada 23 Februari 2012 dan saya dikehendaki untuk menghantarnya pada 7 Mac 2011. Tugasan ini perlu dilaksanakan bersama-sama ahli kumpulan seramai dua orang. Tugasan ini perlu disiapkan dalam dua minggu sahaja. Sudah tentu banyak kekangan untuk melaksanakan tugasan ini. Terdapat beberapa kekuatan yang boleh saya dapati sepanjang

melaksanakan tugasan ini iaitu mempunyai semangat kerjasama dan bersungguhsungguh dalam menyiapkan tugasan waj3110 ini. Kami telah berganding bahu dalam menyumbangkan idea dan fikiran untuk mendapatkan hasil kerja yang berkualiti dan menepati kehendak soalan. Selain itu, dengan adanya tugasan sebegini secara tidak langsung saya dapat menambah dan mendalami dengan lebih mendalam mengenai Perlembagaan Persekutuan yang menjadi teras kepada pembinaan negara Malaysia. Selepas melaksanakan tugasan ini juga membuatkan saya menjadi lebih peka terhadap isu yang melibatkan dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Ia juga membuatkan saya sedar bahawa sekiranya tiada perlembagaan di Malaysia ia boleh menyebabkan negara Malaysia menjadi huru hara.

Di samping itu, kelemahan yang boleh dikenalpasti sepanjang melakukan tugasan ini ialah kekangan yang saya maksudkan adalah dari segi masa,tenaga dan komitmen sesama ahli kumpulan. Ini telah menyukarkan kami untuk menyiapkan tugasan tersebut. Tambahan pula, baru-baru ini kami mula mendapat lambakan tugasan daripada pensyarah lain yang menuntut komitmen kami juga. Kelemahan lain pula ialah kami kurang lagi kefahaman mengenai tugasan ini yang diberikan. Ini kerana kami kurang arif mengenai Perlembagaan Malaysia.Setelah meneliti soalan yang diberi ternyata banyak keraguan dan kekeliruan yang telah timbul. Kepayahan dalam menhubungkaitkan unsur , isu serta melibatkan hubungan etnik memakan banyak masa dalam mendapatkan idea serta pendapat. Bagi mengatasi semua kekangan di atas, terdapat beberapa

penambahbaikkan dan cadangan. Antaranya ialah kami cuba menyiapkan tugasan yang diberi seawal mungkin dengan penuh teliti dan sistematik. Selain itu, masalah kekeliruan dan keraguan yang timbul telah diatasi dengan bertanya kepada guru dan berbincang bersama-sama rakan daripada kumpulan yang lain. Kami juga telah mencari pelbagai bahan rujukan daripada sumber media massa mahupun media cetak bagi membantu menambahkan kefahaman dan juga melakukan tugasan ini. Alhamdullilah, tugasan yang diberikan dapat dijalankan dengan jayanya tanpa ada yang tertinggal dan dapat diserahkan mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Terima kasih saya ucapkan pada semua pihak terutama yang telah membantu secara langsung dan tidak langsung.

SITI NURAFIEQAH BINTI ZURKFLI 910317-03-5870 Bismillahhirrahmanirrahim. Alhamdullah dan syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan rahmat-Nya dapat saya menyiapkan KKP Hubungan Etnik ini. Terima kasih saya ucapkan kepada semua kawan-kawan terutama sekali ahli kumpulan saya iaitu Intan Yusnani di atas kerjasama dan bantuan sumbangan idea kearah menyiapkan tugasan ini. Pada masa yang sama, jutaan terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah pembimbing iaitu En. Dzulkifli Bin Abdul Samad. Sewaktu kerja kursus ini diberikan, saya berasa gementar kerana merasakan tugasan yang diberikan adalah agak sukar. Namun begitu, saya tabahkan hati untuk menyahut cabaran ini. Sepanjang melaksanakan tugasan ini, terdapat beberapa halangan yang perlu saya tempuhi antaranya dari segi masa. Saya menghadapi kekangan masa kerana terdapat beberapa kerja kursus lain yang perlu saya siapkan. Masa untuk kami berbincang dalam kumpulan secara tidak langsung menjadi terhad. Walaupun begitu, saya telah membahagikan masa saya dengan baik agar saya mempunyai kesempatan melaksanakan tugasan ini sekaligus menyempurnakan tanggungjawab saya sebagai seorang bakal guru di institusi ini. Tugasan ini telah mengajar saya erti kesabaran dalam membuat sesuatu pekerjaan dan kepandaian menggunakan masa dengan efisyen dan sepenuhnya. Selain itu, saya kurang pasti dengan kehendak arahan dan juga penghasilan laporan yang melibatkan dasar-dasar yang ada di dalam Perlembagaan Persekutuan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, saya serta rakan sekelas telah berbincang dengan pensyarah untuk mendapatkan penerangan dan pendapat beliau semasa di dalam kelas. Alhamdulillah, pensyarah saya telah memberikan penerangan yang jelas dan saya berasa agak tenang setelah mengetahuinya. Selain itu, saya juga mendapatkan nasihat serta pandangan dari rakan sekumpulan dan lain dalam menyiapkan tugasan ini. Melalui pelaksanaan kerja kursus ini telah menyedarkan saya bahawa bertanya adalah kunci kepada kejayaan. Segala kemusykilan saya terjawab dengan adanya bantuan dan penerangan terhadap tugasan. Secara tidak langsung, ukhwah di antara saya dan rakan juga bertambah

erat. Malahan kesefahaman dan semangat kerjasama dalam satu kumpulan juga dapat diwujudkan. Melalui tugasan yang diberikan, banyak ilmu pengetahuan yang dapat saya perolehi. Antaranya ialah saya dapat memahami maksud perlembagaan, konsep, dan kepentingan perlembagaan kepada negara. Disamping itu, unsur-unsur tradisi yang termaktub dalam perlembagaan juga telah dapat saya ketahui yang mana dapat menambahkan lagi pengetahuan saya. Tugasan ini juga memerlukan saya untuk mengkaji dan membahaskan isu-isu semasa yang berkaitan dengan Perkara 3, 38, 152, 153 dan 15A yang memberi impak yang besar terhadap perpaduan dan keharmonian di Malaysia. Melalui tugasan ini, telah membuatkan saya mencari maklumat-maklumat dari pelbagai sumber supaya dapat membuat analisis terhadap isu tersebut. Ia juga menjadikan saya supaya sentiasa berfikiran terbuka dan kritis dalam membahaskan isu yang menyentuh sensitiviti kaum. Bukan itu sahaja bahkan memerlukan saya berfikiran jauh dan di luar kotak agar dapat mengemukakan cadangan yang bernas bagi membendung permasalahan yang berlaku daripada terus diperkatakan secara berleluasa. Pengetahuan ini benar-benar bermakna dan membantu saya dalam mempersiapkan diri sebagai guru yang kompeten. Sepanjang pelaksanaan kerja kursus ini, ramai orang yang telah membantu saya, dan saya berasa amat terharu dan seronok sekali setelah kerja kursus ini berjaya disiapkan. Saya juga berharap agar tugasan seperti ini dapat diteruskan agar bakal guru dapat mempersiapkan diri dengan segala kemahiran untuk mengajar anak didik di sekolah dengan jaya dan amanahnya.

You might also like