You are on page 1of 14

KURSUS DALAM PERKHIDMATAN 4 MINGGU PENINGKATAN PROFESIONALISME

Program Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris MODUL KURSUS

PEMBUGARAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU (SR/SM)

Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia Jun 2010

PENGENALAN Konsep Memartabatkan Bahasa Malaysia (MBM) bermaksud meletakkan Bahasa Melayu pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Bahasa Melayu juga merupakan bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996. Tujuan utama memartabatkan Bahasa Melayu adalah kerana Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu ke arah membina negara bangsa untuk mencapai hasrat 1 Malaysia. Justeru, semua usaha memartabatkan Bahasa Melayu hendaklah dijuruskan ke arah mencapai matlamat fungsi tersebut. Program Memartabatkan Bahasa Malaysia dalam Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP) 4 Minggu Peningkatan Profesionalisme ini memfokuskan kepada pengetahuan kandungan (content knowledge) Bahasa Melayu terkini kepada guru opsyen dan guru bukan opsyen Bahasa Melayu di sekolah rendah dan di sekolah menengah. Selain itu, bagi memastikan impak optimum penggunaan pengetahuan kandungan Bahasa Melayu tersebut dapat di capai, strategi penyampaian yang kreatif, inovatif serta pengintegrasian elemen didik hibur dan kemahiran Abad ke 21 diberikan secara tunjuk cara dan aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Melalui kursus Pembugaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu yang ditawarkan di dalam program ini, peserta akan mendapat pengetahuan kandungan cara-cara menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu melalui aktiviti berbahasa di dalam dan di luar bilik darjah dengan memfokuskan kepada kemahiran berlisan dan pengucapan awam seperti bersyarah, berpidato dan berpuisi. Kemahiran berbahasa murid dan pelajar boleh diaplikasikan dalam aktiviti-aktiviti berbahasa secara menarik dan berstruktur seperti di atas. Selain daripada itu, aktiviti berbahasa tersebut juga boleh meningkatkan keyakinan berkomunikasi dalam Bahasa Melayu di dalam kalangan murid dan pelajar. Elemen ini dapat membugarkan penggunaan Bahasa Melayu dalam kalangan khalayak dan memartabatkannya sebagai bahasa perhubungan utama dan alat perpaduan. Tajuk-tajuk kursus MBM KDP 4 Minggu Peningkatan Profesionlaisme ini menggunakan istilah Bahasa Melayu kerana Bahasa Melayu merupakan epistimologi kepada bahasa Malaysia selaras dengan Akta 152. KEMAHIRAN SEPANJANG PELAKSANAAN Pembugaran Bahasa Melayu merupakan pendakatan baharu dalam pelaksanaan aktiviti bahasa Melayu di sekolah. Aktiviti pembugaran memberikan tumpuan kepada keceriaan dan kenikmatan dalam melaksanakan sesuatu aktiviti bahasa dengan menggabungjalinkan aktiviti yang berkenaan dengan penggunaan perkakasan TMK seperti alat perakam video dan audio, dan perkakasan persembahan seperti point. Untuk mencapai hasrat aktivti pembugaran sebagai aktiviti yang ceria dan memberikan kenikmatan, setiap aktiviti itu dirakamakan dengan menggunakan alat perakaman audiovideo. Alat perakaman yang diperlukan tidak semestinya merupakan alat perakaman audio-

video yang canggih dan mahal tetapi memadai dengan menggunakan alat perakaman yang sedia ada seperti kamera telefon bimbit dan seumpamanya. Penggunaan perkakasan rakaman audio-video dilakukan dari peringkat perancangan, pelaksanaan aktiviti, dan penghasilan. Hal ini bertujuan untuk menjadikan murid berasa seronokyang aktiviti pembugaran sebagai aktiviti sebagai aktiviti yang memberikan pengalaman baharu kepada murid. Setelah selesai sesuatu aktiviti pembugaran, murid akan mengedit dan menyusun semula aktiviti yang dirakam menjadi satu urutan aktiviti yang bermakna. Proses Kerja Dan Perakaman Mula: Rancang aktiviti

Pelaksanaan aktiviti

Hasil

Mengambil gambar, perakaman audio-video Memindahkan gambar, pengeditan audio-video

PANDUAN KEPADA PENSYARAH/FASILITOR Kemahiran menggunakan alat rakaman gambar, audio-video, dan mengedit menggunakan movie maker, dan memindahkan bahan kepada komputer perlu diajarkan kepada peserta kursus terlebih dahulu untuk membolehkan mereka merakamkan semua aktiviti yang dilakukan di bilik kuliah sepanjang mereka menghadiri kursus yang diikuti. KEMAHIRAN ASAS Kebolehan menggunakan komputer. Kebolehan menggunakan kamera digital Kebolehan menggunakan perkakasan perakaman audio-video. Kebolehan memindahkan rakaman kepada komputer Kebolehan mengedit menggunakan perkakasan pengeditan seperti movie maker

KEPERLUAN PERKAKASAN Kamera digital

Alat rakaman audio-video Komputer Fon kepala yang boleh digunakan untuk merakamkan suara.

PANDUAN ASAS Sila lihat nota cara menggunakan perkakasan pengeditan movie maker seperti yang disediakan di dalam modul ini. MATLAMAT Matlamat Kursus Ketrampilan Menulis dalam Bahasa Melayu KDP 4 Minggu Peningkatan Profesionalisme Program MBMMBI untuk melahirkan guru yang berketrampilan dalam merancang dan melaksanakan aktiviti pembugaran dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam dan di luar bilik darjah. HASIL PEMBELAJARAN 1. Mengecam dan menjelaskan aktiviti-aktiviti pembugaran dalam Bahasa Melayu di dalam dan di luar bilik darjah dengan tepat dan betul;

2.

Mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk memperoleh pemahaman yang lebih mendalam tentang bentuk dan prosedur pelaksanaan aktiviti-aktiviti pembugaran dalam Bahasa Melayu yang boleh digunakan di sekolah;

3.

Mengaplikasikan ilmu dan kemahiran pengurusan aktiviti pembugaran dalam Bahasa Melayu untuk menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran; dan

4.

Bekerjasama dan berkolaborasi dalam menghasilkan produk dan portfolio pengajaran pembugaran untuk dilaksanakan di sekolah.

5.

Menggunakan perkakasan rakaman gambar tunggal, audio-video, dan alat penyuntingan audio-video sepanjang sesuatu aktiviti pembugaran.

CADANGAN STRATEGI PENYAMPAIAN Untuk mencapai hasil pembelajaran kursus ini, pensyarah disarankan untuk mengguna prinsip dan strategi pengajaran dan pembelajaran menjurus kepada menggalakkan peserta kursus

menguasai kemahiran belajar secara terarah kendiri serta dapat memproses maklumat secara kritis dan kreatis. Berikut adalah cadangan strategi pengajaran dan pembelajaran yang boleh dipraktikkan: Kuliah Tunjuk cara Perbincangan Rujukan kendiri Penyelesaian masalah Pembelajaran berasaskan situasi/konteks Kolaboratif dan koperatif Penyediaan produk/portfolio pembelajaran

PENEKANAN ELEMEN DALAM STRATEGI PEMBELAJARAN

Strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan memberi penekanan kepada elemen seperti yang berikut:

Kemahiran belajar Kemahiran berfikir Kemahiran mentaksir dan menilai Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kemahiran fasilitator Kemahiran kerja berpasukan Kecerdasan pelbagai Kemahiran Abad ke 21

BAHAN SUMBER PENGAJARAN Bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang digunakan: Nota kuliah Filem slaid tunjuk cara Jaringan internet Keratan akhbar situasi Kad-kad suku kata/perkataan/frasa Kad tatabahasa Lirik-lirik lagu Dll

KANDUNGAN KURSUS PEMBUGARAN DALAM BAHASA MELAYU 1. Orientasi dan Kandungan Pembugaran Bahasa Melayu 1.1 Konsep dan definisi pembugaran 1.2 Kategori Pembugaran 1.2.1 1.2.2 Dalam Bilik Darjah Luar Bilik Darjah

2. Aktiviti Pembugaran dalam Bilik darjah 2.1 Teka Silang Kata

Ciri-ciri a. Mengisi tiap-tiap kotak dengan huruf-huruf tertentu sehingga menjadi perkataaan b. Mempunyai pelbagai tema dan bayangan jawapan c. Dapat mengurangkan rasa bosan 2.2 Pemintal Lidah Ciri-ciri a. b. c. d. e. 2.3 Untuk meningkatkan kecekapan otak atau minda Mentafsir input dengan cepat dalam masa yang singkat Menguji kelancaran dan kefasihan bertutur Meningkatkan kemahiran menghafaz dan mengingat Dapat meringankan tekanan

Permainan Kosa Kata Ciri-ciri a. Mencari makna mengikut konteks b. Penggunaan dalam ayat

2.4 Peningkatan Bahasa Melalui Projek berdasarkan sesuatau isu dengan menggunakan brosur dan laman web Ciri-ciri a. 3 Informatif

Aktiviti Pembugaran Luar Bilik Darjah 3.1 Syarahan / Pidato

Konsep/Ciri-ciri a. b. Pengucapan yang disampaikan secara individu kepada khalayak Menghuraikan sesuatu tajuk

c. d. 3.2 Ciri-ciri Perbahasan

Komunikasi sehala Menerangkan tentang sesuatu maklumat

a. Mempunyai matlamat kebenaran b. Mencerminkan kejituan dan ketegasan c. Kepetahan pembahas mempengaruhi pendirian audien d. Pembahas mementingkan perincian fakta dan bukti

e. Perbahasan berdasarkan logik 3.3 Ciri-ciri a. Mengemukakan idea/pemikiran melalui pengucapan yang disampaikan secara syarahan dua hala b. Terdapat penerangan daripada penceramah Ceramah

c. Boleh diselangi dengan soalan dariapda khalayak dan jawapan daripada penceramah d. Boleh digunakan untuk memujuk atau mengubah sikap, kepercayaan atau tindakan khalayak e. Boleh menggunakan mimik muka, nada suara, dan gerak badan bagi membantu menyakinkan khalayak 3.4 Deklamasi Puisi a. b. c. d. 3.5 Biografi Ciri-ciri Ciri-ciri Pemilihan puisi dan diksi yang bertepatan Latihan penyebutan Latihan penghayatan Persembahan yang meyakinakan

a. Kisah atau keterangan tentang kehidupan seseorang b. Boleh berbentuk kompleks contoh kejayaan dan jasa seseorang tokoh yang dituliskan oleh orang lain c. Boleh juga bercerita tentang perasaan individu yang terlibat semasa mengalami kejadian-kejadian dalam hidup 3.6 Teledrama pendek Ciri ciri Berdasarkan tajuk dan tema Mempunyai skrip dan dialog yang mantap Masa terhad lebih krang sepuluh minit 3.7 Temu bual Ciri-ciri a. b. c. 3.8 Teledokumentari Ciri-ciri d. Menentukan tajuk e. Merangka isi f. Merangka dialog Menentukan subjek atau tajuk Merangka draf soalan Penggunaan bahasa sapaan dan bertatasusila

Pelaksanaan Pembugaran Bahasa Melayu 4.1 Aktiviti Pembugaran Dalam Bilik Darjah

4.1.1 Cara pelaksanaan a. b.

Teka silang kata

Menentukan reka bentuk dan struktur perpautan Mengisi petak-petak kosong secara power point

4.1.2

Pemintal lidah Cara pelaksanaan

a.

Berdasarkan jenis permainan pemintal lidah contoh telefon 4.1.3 Cara pelaksanaan Permainan kosa kata

karat

a. Memberikan beberapa kosa kata mengikut tema b. Membina ayat berdasarkan kosa kata 4.1.4 Peningkatan bahasa melalui projek berdasarkan sesuatu isu dengan menggunakan brosur dan laman web

Cara pelaksanaan a. Mengenal pasti tajuk b. Memilih reka bentuk c. Menyediakan brosur dan laman web d. Menerbitkan brosur dan laman web 4.2 Aktiviti Pembugaran Luar Bilik Darjah 4.2.1 Pelaksanaan a. Pembuka kata/salutasi b. Pendahuluan isi c. Isi / amanat d. Penutup isi e. Penutup syarahan/ pidato 4.2.2 Perbahasan Pelaksanaan a. Peringkat persediaan b. Peringkat permulaaan perbahasan c. Peringkatan kemahiran melahirkan pendapat dan hujah Syarahan / Pidato

d. Peringkat penggulungan idea 4.2.3 Ceramah Pelaksanaan a. Salutasi/protokol - mengandungi kata sapaan sesuai dengan taraf khalayak atau audien b. Kandungan ada ayat pembukaan/ dan pembentangan maklumat c. Penutup 4.2.4 Deklamasi Puisi Pelaksanaan a. Memastikan puisi yang dipilih bertepatan dengan tema b. Persembahan dan penghayatan yang menyakinkan c 4.2.5 Biografi Pelaksanaan a. Kenal pasti tokoh yang hendak ditulis biografinya dan buat kajian tentang tokoh tersebut b. Nyatakan kekuatan yang ada pada tokoh tersebut c. Bina soalan temu bual Lirik yang puitis dan menimbulkan kesan estetika

d. Hasilkan penulisan biografi tokoh tersebut 4.2.6 Teledrama Pendek Pelaksanaan a. Mencipta dialog yang bersesuaian dengan plot dan watak b. Mengadakan sesi latihan c. Membuat pementasan 4.2.7 Temu bual Pelaksanaan a. Membuat temu janji

b. Melaksanakan temu bual 4.2.8 Teledokumentari Pelaksanaan a. Mencipta skrip atau papan cerita yang bersesuaian dengan plot dan watak b. Mengadakan sesi latihan c. Membuat improvisasi

TUGASAN

Anda dikehendaki menghasilkan suatu produk pembelajaran yang mengandungi perkara seperti berikut:

i.

Pakej aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk suatu tempoh pengajaran tertentu di sekolah Bahan-bahan sokongan yang akan digunakan dalam tempoh pengajaran tersebut Pentaksiran dan penilaian aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahan-bahan rujukan Persembahan multimedia untuk tujuan pembentangan

ii. iii. iv. v.

Produk pembelajaran tersebut boleh dihasilkan dalam bentuk perisian kursus (CD) atau portfolio pembelajaran.

Kriteria penilaian produk seperti yang dilampirkan.

PENILAIAN

Penilaian kursus dibuat 100% berdasarkan produk/portfolio pembelajaran yang dihasilkan oleh peserta kursus. Pentaksiran terhadap produk/portfolio berdasarkan kriteria penilaian seperti yang berikut:

BIL 1 Matlamat Kursus

Kriteria

Skor Maksima

Skor di Peroleh

Tema dan tajuk meliputi secara jelas dan selaras dengan kepeluan sukatan pelajaran Aktiviti pembelajaran menjana daya pemikiran aras tinggi dan kemahiran belajar secara terarah kendiri

BIL

Kriteria Bahan sokongan yang disediakan menjurus ke arah pencapaian matlamat kursus

Skor Maksima

Skor di Peroleh

Kandungan Portfolio Prosedur portfolio dicatat dengan jelas Hubungan antara maklumat yang dikumpul dengan Hasil Pembelajaran kursus ditunjukkan dalam bahan yang disediakan di dalam portfolio Komponen-komponen di dalam portfolio merupakan model yang dibina untuk membantu pelaksanaan di peringkat sekolah

Integrasi Teknologi Penggunaan teknologi yang menyokong ke arah mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk memperoleh pemahaman yang lebih mendalam

Kreativiti dan Inovasi Peserta dapat menghasilkan bahan sumber pengajaranpembelajaran yang kreatif dan inovatif Peserta dapat membina portfolio yang menarik dan boleh diguna pakai oleh guru lain

Keseluruhan Portfolio menunjukkan keberkesanan kursus yang diikuti Bukti keseluruhan boleh dilihat melalui kelicinan aktivit persembahan/pembentangan Pengurusan portfolio yang kemas dan baik

Jumlah

100%

You might also like