PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERSONALITI GURU SATU TINJAUAN DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SEKITAR DAERAH KUANTAN, PAHANG.

TIN LEI FEN

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

.

.

PAHANG.i PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERSONALITI GURU SATU TINJAUAN DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SEKITAR DAERAH KUANTAN. TIN LEI FEN Tesis Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kejuruteraan Awam ) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL. 2006 .

TIN LEI FEN 17HB APRIL 2006 Nama Penulis : Tarikh : ....” Tandatangan : .......ii “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya........................

Terima kasih atas sokongan.iii DEDIKASI Buatmu ayah (Tin Ah Hock) dan ibu (Wee Mek Choo) yang dikasihi. Doamu. Bimbingan. nasihat. nasihatmu dan pengorbananmu menjadi pelita serta panduan perjuanganku dalam kehidupan ini… Buatmu insan yang tersayang. tunjuk ajar dan jasamu yang diberikan tidak akan ku lupakan… Buatmu teman-teman seperjuangan. kepercayaan dan kesabaran yang diberikan selama ini Buatmu pembimbing yang disanjungi. Kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan ini akan kukenangi selamanya… .

Tanpa sokongan dan kerjasama daripada semua pihak di atas. Tuan Haji Mohd. Kerjasama. Semoga kalian sentiasa sihat sejahtera diberkati oleh Tuhan. Ucapan jutaan terima kasih ditujukan kepada pelajar-pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Teknik Kuantan dan Sekolah Menengah Teknik Seri Pelindung. Kerjasama daripada mereka dalam penyelidikan Projek Sarjana Muda ini amatlah dihargai. Mohsin Bin Uzir atas bimbingan dan dorongan yang diberikan sepanjang tempoh penyelidikan projek Sarjana Muda ini.iv PENGHARGAAN Di sini saya ingin merakamkan penghargaan ikhlas setinggi-tingginya kepada pensyarah pembimbing Projek Sarjana Muda (PSM). Pahang yang telah menjadi responden bagi projek ini. Saya tidak dapat membalas budi baik kalian tetapi hanya dapat mengucapkan ribuan terima kasih. Kuantan. tunjuk ajar dan maklumat serta dorongan daripada semua pihak di atas amat saya hargai. . Beliau telah banyak memberi tunjuk ajar tanpa rasa jemu dalam proses menyiapkan projek Sarjana Sarjana Muda ini. Projek Sarjana Muda ini tidak akan disiapkan dengan begitu lancar dan sempurna. Penghargaan turut ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan serta mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha menyiapkan projek ini.

Wawasan 2020 dan cabaran globalisasi iaitu dunia tanpa sempadan yang mana segala aktiviti yang dijalankan adalah tidak terkongkong oleh sempadan geografi. politik. penubuhan Koridor Raya Multimedia. sosial kerohanian. ICT. Malaysia hanya mewujudkan Dasar Pembangunan Industri pada sekitar tahun 1980an yang kemudiannya telah berubah kepada dasar teknologi maklumat. budaya dan ideologi politik sesebuah negara. bahasa. psikologikal dan kebudayaan.1 Pengenalan Dunia sekarang yang semakin berkembang dan maju telah membawa banyak perubahan dalam pelbagai bidang. Malaysia turut mengalami arus revolusi perindustrian yang berasaskan sains.1 BAB 1 PENDAHULUAN 1. . Malaysia tidak ketinggalan dalam mengejar kemajuan dunia. Kemajuan yang dimaksudkan merangkumi semua bidang ekonomi. teknologi maklumat dan telekomunikasi bagi tujuan mencapai status negara perindustrian sepenuhnya. kejiwaan.

tanggungjawab. Dalam usaha ini. Profesionalisme perguruan merujuk kepada sifat yang ada dalam diri seseorang untuk mencapai keberkesanan. 1995 ) Menurut Johnson (1972). Pendidikan bertujuan melahirkan individu yang seimbang perkembangannya iaitu dari segi jasmani. emosi. Matlamat utama pendidikan adalah menyediakan seseorang individu memainkan peranan positif dan berkesan dalam masyarakat. Mereka tidak memahami kesukaran yang dihadapi oleh guru untuk membimbing anak bangsa supaya menjadi seorang insan yang berilmu. profesion sebagai seorang guru dianggap suatu kerja yang mudah dan remeh oleh masyarakat. produktiviti. ( Intan. Suatu nilai yang murni jika individu itu mengamalkan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan tidak mementingkan diri atau suka memilih pekerjaan. pendidikan menjadi agen untuk menyebarkan dan mengekalkan kebudayaan yang sesuai dengan kemajuan dan pembangunan semasa. kecekapan dan kemahiran untuk mengajar ( Sufean. Pendidikan amatlah penting bagi merealisasikan impian semua rakyat dan negara dalam Wawasan 2020 kerana ia merupakan suatu proses yang membawa perubahan kepada individu mengikut norma dan nilai sesuatu masyarakat. . rohani dan intelek ( Ee Ah Meng. Mempunyai komitmen terhadap pekerjaan dalam sesebuah pertubuhan serta dedikasi dalam menyampaikan pengetahuan dan dilengkapi dengan pelbagai kemahiran.2 Sistem pendidikan negara telah mengalami reformasi ekoran daripada Wawasan 2020 yang bermatlamat untuk menjadi negara maju sepenuhnya mengikut acuan sendiri tanpa terikat dengan cara dan corak negara maju yang ada sekarang. Sesuatu tugas yang dilaksanakan tidak bertujuan bagi mendapatkan pendapatan yang lumayan tetapi hendaklah seseorang itu mempunyai komitmen untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi serta bermatlamatkan sumbangan untuk masyarakat dan negara. Seseorang yang dikatakan profesional apabila dia mempunyai strategi dalam menguruskan pekerjaannya terutama dalam perihal yang formal seperti urusan kerajaan. 1995 ). 1994). profesionalisme perguruan adalah kualiti pekerjaan atau sifat yang ada dalam kecekapan dan kemahiran untuk mengajar. ( Hedderdof. 1971 ). Profesionalisme merupakan kualiti kerja atau sifat-sifat yang dimiliki oleh orang yang profesional. Pada pandangan kasar.

3 Sebagai pengurus bilik darjah seperti menyusun rutin bilik darjah. rohani dan intelek supaya mereka menjadi seorang yang berpengetahuan luas dan berakhlak mulia. 2 Sebagai pengarah pembelajaran dengan membimbing pelajar supaya mereka berusaha belajar secara individu atau berkumpulan. menentu corak penyusunan meja dan sebagainya. peranan guru masa kini bukan sahaja menyampaikan pengajaran tetapi juga sebagai fasilitator dan pemberi perangsang kepada pelajar. Oleh itu. 6 Sebagai contoh model hidup di mana tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada pelajar. Peranan ini akan membantu pelajar menyesuaikan diri di sekolah sebagai sebahagian daripada keluarga mereka. demi menjaga keselamatan pelajar. 5 Sebagai pendisiplin yang bertanggungjawab menjaga disiplin pelajar serta membantu mereka membentuk sahsiah dan kelakuan yang sejajar dengan nilai dan norma masyarakat.3 Sebenarnya. . kerjaya sebagai guru perlu dipandang mulia di sisi agama dan masyarakat. guru merupakan insan yang penting dalam pembentukan generasi akan datang. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah dapat diterapkan dalam jiwa pelajar. antara peranan guru yang penting ialah : 1 Sebagai tenaga pengajar dengan merancang aktiviti pelajar berdasarkan sukatan pelajaran dan melaksanakannya dalam bilik darjah mengikut strategi pengajaran yang sesuai. 4 Sebagai ibubapa kepada pelajar. Guru perlu mendidik dan membimbing untuk mengembangkan potensi pelajar secara menyeluruh dari segi jasmani. emosi. Ekoran daripada reformasi pendidikan. Menurut Mok (1998).

4 Dasar kerajaan hendak menjadikan Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepakaran dalam teknologi tinggi dan teknologi maklumat. Bagi mancapai matlamat ini. Sekiranya ia tercicir dari landasan untuk mencapai hasrat ini maka akan timbul masalah di kalangan pelajar contohnya wujud pelbagai masalah yang boleh membawa mereka ke arah keruntuhan akhlak remaja kini. . tetapi perlu diseimbangkan dengan nilai moral dan etika yang murni. akhlak dan peribadi pelajar melalui pembentukan disiplin yang baik. berbudi bahasa. Guru juga perlu mahir dalam pelbagai program komputer yang dapat membantu untuk menguruskan data bagi memudahkan kerja pengurusan. Utusan Malaysia (2004) menyiarkan kejadian seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun yang menggugurkan bayi dalam kandungannya secara haram. Matlamat ini akan dicapai melalui pendidikan khususnya program sekolah bestari yang menyediakan pelbagai kemudahan terkini. Dalam kata lain. nilai. bertimbang rasa. berdedikasi dan bersikap positif. bersimpati. tanggungjawab dan peranan sebagai seorang guru menjadi semakin berat dan kompleks kerana remaja pada masa depan yang hendak dihasilkan bukan sahaja perlu diterapkan dari segi pemikiran dengan nilai teknologi tinggi semata-mata. malah mendidik untuk membentuk sikap. Oleh itu. Mendidik adalah satu amanah kepada seseorang pendidik di mana apabila seseorang itu mendidik pelajarnya dengan ikhlas secara tidak langsung pelajarnya akan turut menjadi seorang yang celik akal dan akhlak yang dibentuk semakin baik serta mulia. guru hendaklah menunjukkan contoh disiplin yang baik seperti bertatatertib. bersopan santun. Seseorang yang digelar sebagai pendidik mempunyai peranan yang profesional dimana mereka bukan sahaja menyampaikan ilmu pengetahuan. Penerapan nilai murni dan ketahanan jiwa pelajar perlu disemai oleh guru. semua guru perlu meningkat profesionalisme mereka dengan menyediakan diri dengan ilmu penggunaan komputer dalam pengajaran kerana pendidikan masa kini menitikberatkan pengajaran berbantukan komputer.

bertimbang rasa. . 1998). Oleh itu. yakin pada diri akan diminati dan disukai oleh pelajar. ikhlas dan sabar semasa menyampaikan pengajaran. cara pertuturan dan lain-lain penampilan diri guru akan menjadi perhatian dan ikutan pelajar terutama guru yang menjadi idola kepada pelajarnya. menguji dan menengking mereka semasa menjalankan tugas. mesra. guru harus menunjukkan ciri-ciri teladan kepada para pelajar. guru yang mempunyai personaliti baik serta perwatakan bersih akan dapat melahirkan generasi yang berakhlak. Seorang kanak-kanak berhadapan dengan guru bermula sejak umur mereka 6 tahun iaitu di peringkat prasekolah sehingga peringkat remaja. 1991 ). Contohnya cara guru berpakaian. segala tingkah laku dan perbuatan guru akan mempengaruhi sikap dan pembelajaran pelajar. cuba memahami perasaan dan kehendak mereka serta bimbing mereka menjadi orang yang baik. Guru yang menepati masa menghadiri kelas. gaya berjalan. penyayang.5 1. Cara hidup yang beragama. tertib dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas. Segala gerak laku dan perbuatan guru yang disenangi atau sebaliknya akan diperhatikan dan ditiru oleh pelajar. Guru akan memuji. Ini akan membantu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih mudah dan berkesan kerana pelajar akan berminat dan menumpukan perhatian dalam bilik darjah. menegur. Reformasi pendidikan mementingkan agama. bermoral dan berdisiplin dapat membimbing pelajar menjadi seorang insan yang baik secara tidak langsung. Guru yang mengamalkan tingkah laku yang beradab akan lebih disukai oleh pelajar ( Atan Long. Guru yang mempunyai ciri-ciri peribadi yang baik dan terpuji setiap waktu dapat mengatasi masalah tingkah laku pelajar dengan mudah. Oleh itu.2 Latarbelakang Masalah Guru merupakan orang yang penting dalam pembentukan diri seseorang pelajar kerana mereka menghabiskan sebahagian besar masa di sekolah. Oleh itu. Guru akan suka bergaul mesra dengan pelajar. Seseorang guru yang memiliki sifat-sifat yang mulia dalam diri mereka seperti peramah. pendidikan moral dan penerapan nilai-nilai murni dalam kurikulum ( Esah. kemas dan suka buat lawak akan lebih suka didampingi oleh pelajar.

Berita ini hangat diperkatakan dan banyak andaian telah dibuat. Setiap pelajar perlu menyahut saranan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mahu menghapuskan masalah jenayah di sekolah sehingga ke tahap sifar. Pelbagai isu yang berkaitan dengan disiplin dan sahsiah guru dipersoalkan dan terpampang di akhbar tempatan.. Faktor inilah yang menyebabkan mereka tidak mematuhi etika perguruan. Ampang. 2004). sekiranya mereka sendiri seperti “ ketam mengajar anaknya berjalan ”. Mereka beranggapan profesion perguruan hanyalah satu pekerjaan dan meletakkan profesion ini sebagai bidang kerjaya pilihan terakhir. Kita digembar gemburkan dengan kes 8 orang pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Agama Dato’ Klana. Dimanakah kewibawaan seorang guru sebagai agen pembentuk masyarakat yang berilmu dan berakhlak. Generasi muda sekarang merupakan tunggak utama masa depan negara. Hal ini telah menyebabkan masyarakat memandang serong terhadap profesion perguruan. yang membunuh seorang junior tingkatan empat pada 28 Mac yang lepas. Kenyataan ini adalah berdasarkan laporan Utusan Malaysia (2004) bertempat di Bangkok apabila 4 orang guru agama terlibat dalam kes keganasan. Contohnya seorang pelajar berusia 12 tahun yang pekak dan bisu telah dirogol oleh gurunya ( Berita Harian. Perubahan yang berlaku pada diri pelajar adalah seperti fobia terhadap guru. Mereka bukan sahaja berilmu pengetahuan tetapi perlu memiliki sahsiah diri.6 Terdapat guru yang mendera pelajar secara keterlaluan sama ada fizikal atau mental yang boleh menimbulkan kesan yang negatif kepada pelajar tersebut. Ada juga guru yang tidak ikhlas dalam menjalankan amanah yang diberikan untuk mendidik pelajar. Mereka menjadi dalang dalam serangan di selatan Thailand. Siapa yang harus bertanggungjawab dalam kejadian ini? Masing-masing cuba menuding jari. tidak mahu ke sekolah dan sebagainya. Di mana letaknya perikemanusiaan seorang guru sehingga sanggup melakukan perbuatan sedermikian terhadap pelajar yang tidak normal. Masalah disiplin ini telah mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran sekolah berkenaan kerana pelajar lain bimbang akan keselamatan mereka. Beliau .

1994). Oleh yang demikian. dapat mengenalpasti ciri-ciri personaliti guru yang dapat menarik minat pelajar dan adakah ia dapat meningkatkan proses pembelajaran mereka.3 Pernyataan Masalah Guru merupakan agen pembaharuan dalam pembentukan masa hadapan bagi sesebuah masyarakat.. Kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui sejauhmanakah personaliti seorang guru dapat mempengaruhi tingkah laku pelajar. Kaedah mengajar yang melibatkan pelajar terlibat secara aktif dalam pembelajaran akan lebih berkesan. .7 mencadangkan agar guru memainkan peranan penting dengan memberi khidmat kaunseling kepada pelajar bermasalah. Guru yang menampilkan diri dengan personaliti yang baik akan dijadikan ‘role model’ oleh pelajar. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti persepsi pelajar terhadap personaliti guru mereka di sekolah. Guru yang cekap menggunakan pelbagai alat bantu mengajar dapat menarik perhatian pelajar untuk memberikan sepenuh tumpuan kepada pembelajara mereka. Guru perlu bijak dalam mengendalikan bilik darjah kerana ia memberikan kesan kepada pencapaian akademik pelajar. Merekalah yang akan menentukan corak generasi pada masa akan datang. Personaliti adalah salah satu daripada aspek dalam profesionalisme perguruan. Pengajaran yang menarik memerlukan perancangan teliti daripada guru ( Ee Ah Meng. 1. penampilan guru memainkan peranan yang penting dalam membentuk minat pelajar. Kemahiran terpenting yang perlu ada pada guru ialah menguasai kaedah dan teknik pengajaran. Di samping itu.

4 Mengenalpasti ciri personaliti guru yang mempengaruhi tingkah laku pelajar. Mengenalpasti ciri personaliti guru yang dapat menarik minat pelajar. .8 1.5 Objektif Kajian 1 2 3 Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap ciri personaliti guru di sekolah.4 Persoalan Kajian 1 2 3 4 Apakah persepsi pelajar terhadap ciri personaliti guru di sekolah? Apakah ciri personaliti guru yang dapat menarik minat pelajar? Apakah ciri personaliti guru yang dapat meningkatkan proses pembelajaran pelajar? Adakah ciri personaliti guru mempengaruhi tingkah laku pelajar? 1. Mengenalpasti ciri personaliti guru yang dapat meningkatkan proses pembelajaran pelajar.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful