You are on page 1of 12

PENGENALAN

Pengasas Agama Kristian ialah Nabi Isa. Cerita tentang Nabi Isa boleh didapati dalam kitab suci Kristian iaitu Kitab Injil. Nabi Isa dilahirkan di Baitul Laham kira-kira 4 S.M Dalam Kitab Suci Al Qur'an, baginda digelar Isa Ibni Maryam atau Isa al-Masih. Nabi Isa Al-Masih telah dilahirkan di bawah sebatang pokok tamar (kurma) di suatu tempat yang diberi nama Baitul Laham, Palestin. Jesus Christ adalah nama yang umumnya diguna pakai oleh penganut Kristian untuk menyebutnya, sedangkan orang Arab Kristian menyebutnya dengan Yasu'al-Masih. Mengikut Al-Qur'an, keturunan Isa bermula dari kelahiran Maryam iaitu anak perempuan Imran, berlanjut dengan tumbuh kembangnya dalam asuhan Zakaria, serta kelahiran Yahya. Kemudian Qur'an menceritakan keajaiban kelahiran Isa sebagai anak Maryam tanpa ayah. Semasa berusia 30 tahun, Nabi Isa telah menerima seruan daripada Tuhan melantiknya sebagai pesuruh Tuhan. Lalu Nabi Isa meninggalkan kerjanya dan menghilangkan diri. Setelah kembali tiga tahun berikutnya, Nabi Isa mengembara kesana kemari menyebarkan ajarannya. Tuhan telah menurunkan kitab Injil melalui Nabi Isa sebagai panduan kepada umat Nabi Isa pada ketika itu Ajaran Nabi Isa hampir sama dengan nabi-nabi terdahulu dengannya, iairu menyembah Tuhan yang satu dan mengikut segala ajaran Allah. Nabi Isa juga mempunyai mukjizat-mukjizat yang diberikan oleh Allah kepadanya. Seumpamanya menyembuh penyakit dan mencelikkan orang buta.1 Menurut orang Kristian, agama Kristian berasal dari Palestin dengan berpaksikan ajaran Jesus. Pengasas agama ini ialah seorang daripada keturunan Bani Israel yang bernama Jesus Christ. Jesus dilahirkan di Bandar baitul laham di selatan Palestin. Beliau menggunakan cerita-cerita mudah (parables) yang mempunyai nilai-nilai moral. Kewujudan Tuhan atau dengan kata lain agama Kristian memberi tumpuan kepada kesucian atau kekudusan Jesus yang dianggap sebagai tuhan (Jesus is Lord). Agama Kristian ini menekankan konsep Triniti atau kesatuan tuhan. Konsep Triniti ini merangkumi 3 unsur utama, iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh Kudus.2

AJARAN NABI ISA


Nabi Isa mengajar penganutnya menurut ajaran yang benar dan menyembah Tuhan yang satu. Nabi Isa menerangkan kepada orang Yahudi bahawa Tuhan itu adalah untuk semua orang, dan tidak khusus untuk orang Yahudi sahaja. Ini kerana orang Yahudi terlalu bongkak dan menyatakan bahawa Tuhan hanyalah untuk kaum mereka sahaja. Baginda juga mengajar bahawa hidup berbaik-baik antara satu dengan yang lain adalah sebahagian daripada ajaran Tuhan. Tuhan menjadikan manusia sama ada manusia hendaklah menyembah Tuhan yang satu.3 Nabi Isa juga mengajar bahawa setiap perbuatan manusia yang baik akan mendapat
1

Sivachandralingam Sundara Raja,(2002), Sejarah Eropah, Utusan Publications & Distributor Sdn. Bhd, Kuala Lumpur, 79 2 Zulkarnain Abdul Rahman, (2002) Tamadun Eropah Klasik. Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur, 71. 3 Sivachandralingam Sundara Raja,(2002), Sejarah Eropah, Utusan Publications & Distributor Sdn. Bhd, Kuala Lumpur, 79

tempat di hati rakyat. Kelebihan ajaran-ajaran menyebabkan pengikutnya bertambah dari semasa ke semasa. Selepas kematian Nabi Isa, ajaran beliau masih diteruskan oleh pengikutnya yang setia yang dikenali sebagai Utusan Dua Belas ataupun Twelve Apostles 4 yang bertindak meneruskan amalan serta menyebarkan agama Kristian. Selain itu juga, terdapat seorang individu yang bersungguh-sungguh dalam menyebarkan serta meneruskan ajaran agama Kristian ini, individu tersebut adalah Saint Paul atau dikenali sebagai Paul. Sumbangan Paul yang paling nyata dalam proses penyebaran agama Kristian ialah kejayaannya menjadikan agama Kristian bersifat sejagat, iaitu milik semua manusia dan bukannya manusia terpilih seperti yag ditekankan oleh masyarkat Yahudi sebelum ini. Setelah menerima ajaran agama Kristian, Paul dikatakan telah merantau hingga ke serata Asia Kecil, Greek dan seterusnya berdasarkan kekayaan yang dimiliki olehnya. Dalam agama Kristian, terdapat kitab suci agama Kristian yang di kenali sebagai kitab Bible. Ianya terbahagi kepada dua iaitu Old testament dan New Testament yang merupakan kitab yang wajib diperakui dan diyakini serta menjadi pegangan hidup penganut agama Kristian. Terdapat perbezaan antara Old testament dan New Testament di mana Old testament merupakan ajaran Nabi dan penekanannya mengenai Adam dan Hawa dan keesaan Tuhan. Manakala, New Testament pula mengalami tambahan sebanyak empat surah baru iaitu Matthew, Mark, Luke dan John. Secara keseluruhannya, perbincangan dalam kedua-dua kitab ini adalah berkisar mengenai diri Jesus, misi penyebaran dan kematiannya Dalam proses agama kristian di dunia Mediterrenean, bandar-bandar besar terutamanya di jadikan tumpuan dalam penyebaran Kristian.Kesannya pada lewat abad ke-3 Masihi, agama Kristian terdapat di Mesir, Syria, Asia Kecil,Greek, Itali dan Palestin sendiri.5

PERKEMBANGAN AGAMA KRISTIAN


Jesus dikatakan mula menyebarkan ajarannya secara berperingkat-peringkat di kawasan sekitar tempat lahirnya hinggalah ke merata tempat di Palestin. Menurut kepercayaan Kristian selepas kematian Jesus akaibat di salib, ajaran beliau masih di teruskan oleh pengikutnya iaitu Utusan Dua Belas. Salah seorang pengutus yang bernama Peter mengasaskan gereja Kristian dan menjadi bishop pertama Rom. Salah seorang individu dikenali orang Kristian ialah Saint Paul yang berasal dari Tarsus ini turut membantu mengembangkan agama Kristian6. Saint Paul adalah berbangsa Yahudi dan merupakan seorang hartawan yang kaya. Paul dikatakan telah merantau hingga ke merata Asia Kecil, Greek dan ke Rom. Kesanya pada abad ke-3 M agama Kristian telah bertapak di Mesir, Syria, Asia Kecil, Greek dan, Italy serta Palestin. Menurut Steward C. Eastern, sumbangan Paul paling nyata dalam proses perkembangan agama Kristian, ialah kejayaan beliau menjadikan agama Kristian
4

Zulkarnain Abdul Rahman, (2002) Tamadun Eropah Klasik. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,72

Sivachandralingam Sundara Raja,(2002), Sejarah Eropah, Utusan Publications & Distributor Sdn. Bhd, Kuala Lumpur,87 6 Zulkarnain Abdul Rahman, (2002) Tamadun Eropah Klasik. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,70

sebagai agama yang bersifat sejagat, iaitu milik manusia dan bukannya untuk kumpulan manusia terpilih seperti yang kerap ditekankan oleh masyarakat Yahudi 7. Semasa pemerintahan Agustus, agama Kristian secara berasur-ansur telah digarap ke Rom kerana dasar toleransi terhadap kehidupan beragama yang di amalkan oleh Agustus. Namun penganut agama ini terpaksa menghadapi cabaran dan rintangan dari para golongan aristrokrat yang masih berpegang pada ajaran asal (Pangan). Mereka juga berangapan agama kristian sebagai ancaman dari sudut politik empayar Rom kerana tidak menuntut para penganutnya memuja atau menyembah Maharaja. Pada 303M, Maharaja Diocletian merampas harta gereja, memusnahkan dan merampas kitab injil dan tulisan agama, menyingkirkan masyarakat Kristian dan ramai masyaratkat dihukum mati. Cabaran dan kesukaran masyarakat Kristian terpaksa dilalui dalam Empayar Rom. 8 Semasa pemerintahan Constantine (280M-337M) agama ini mula mendapat tempat semakin baik dalam empayar Rom, selepas Constantine memeluk agam kristian. Constantine menjadiakan agama Kristian sebagai agama rasmi empayar dan menggalakkan perkembangannya. Melalui Edict of Milan beliau bertolak ansur dengan semua agama termasuk Kristian9. Perkara ini telah menggalakkan perkembangan agama kristian ke seluruh empayar rom. Semasa pemerintahan Theodosius I (379-395 M) telah mengistiharkan agama Kristian sebagai agama rasmi empayar Rom. Serangan orang Gasar pada abad ke-4 dan ke-5 telah menyebabkan pentadbiran mula merosot dan gereja pula menjadi tempat pusat pentadbran kecil. Kemudian pengaruh gereja semakin meningkat, hal ini dapat dilihat apabila Bishop Rom iaitu Leo the Great (pemerintah gereja) menjadi semakin kuat bebanding maharaja di Rom setelah berjaya melindungi penduduk Rom dari serangan Attila dan orang Hun serta di beri gelaran Pope (ketua gereja empayar) oleh maharaja10. Selepas kematian maharaja terakhir pada 476 M peranan Pope mula menonjol dan menguasai banyak gereja.

KEPERCAYAAN MASYARAKAT ROM SEBELUM AGAMA KRISTIAN WUJUD

Sebelum kemunculan Agama Kristian, masyarakat Rom mempunyai kepercayaan yang tersendiri. Kepercayaan orang Rom sebelum itu ialah dalam memuja Tuhan dikaitkan dengan bulan-bulan tertentu,contohnya pada bulan Februari mereka bertemu di sempadan Termini untuk memperingati semangat Termini, manakala pada bulan April pula mereka memperingti Cones kerana menyuburkan penghasilan jagung yang ditanam oleh mereka dan
7 8

Ibid., 73 Markus, R.A.,(1963) Christianity In The Roman World, American Book Co,. New York, 58

Sivachandralingam Sundara Raja,(2002), Sejarah Eropah, Utusan Publications & Distributor Sdn. Bhd, Kuala Lumpur, 82 10 Ibid ,hlm 84

pada bulan Julai mereka mengadakan upacara flora dimana lelaki dan wanita dikalungkan bunga dan ia juga merupakan musim menuai. Semua kuasa Tuhan dipelihara melalui upacara penyembahan seperti korban dan buah-buahan.11 Selain itu, pendeta juga menjalankan kerja-kerja khusus. Terdapat pelbagai pendeta antaranya Flamens iaitu pendeta patung Tuhan dan pendeta Jupiter adalah paling suci, pendeta seterusnya ialah Ponticifies dimana bertanggungjawab dalam upacara persembahan dan pengumuman upacara dan sukan, pendeta Augus pula berperanan sebagai seorang pendeta yang akan dirujuk untuk memulakan perayaan dan aktiviti kehidupan lain manakala pendeta Vesta pula menjalankan upacara penyembahan doa dan memastikan api suci kuil dinyalakan secara berterusan. Mereka juga mempercayai tuhan-tuhan lain seperti Jupiter,Juno,Minerva,Mars dan sebagainya. Pemujaan tuhan ini amat digalakkan olek kerajaan Rom.Selain itu,mereka juga percaya kepada Mothers Of Religious.Namun begitu kepercayaan atau pemujaan ini telah menjadi semakin kurang popular dikalangan masyarakat graeco-roman. Contoh nama-nama Mothers Of Religious ialah dari Egypt ialah Isis dan Sarapis,dari Asia Minor ialah Magna Mater atau The Great Mother Goddess,dari Syria terutamanya Sol Invictus dan The Invicible Sun dari Persia.12Selain itu,kepercayaan masyarakat atau penduduk Rom sebelum kedatangan agama kristian adalah kepada kepercayaan pagan.Kepercayaan ini ialah satu kepercayaan dimana ada individu-individu yang tertentu yang telah ditugaskan didalam melakukan sesuatu penyembahan itu.Mereka juga menganut kepercayaan-kepercayaan karut dan tahyul. Semua bentuk kepercayaan yang mereka amalkan ini adalah amat jelas sekali ketika zaman monarki dan republik.Pada zaman empayar pula ia telah berubah daripada penyembahan patung dan alam kepada penyembahan maharaja .Bukti yang paling kukuh tentang penyembahan maharaja ini ialah ia berlaku ketika pemerintahan Maharaja Augustus dimana penduduk Rom menyembah Maharaja Agustus sebagai tuhan mereka.13

INTIPATI AGAMA KRISTIAN Setiap penganut Agama Kristian memegang kepada doktrin-doktrin yang asas. Terdapat tujuh doktrin asas yang dipercayai oleh mereka.Pertama penganut kristian mempercayai tentang kewujudan tuhan.Mereka percaya bahawa tuhan itu wujud dalam tiga bentuk. Bentuk pertama ialah mereka menganggap bahawa tuhan sebagai bapa,bentuk kedua tuhan sebagai anak tuhan (Nabi Isa) dan bentuk ketika menganggap tuhan sebagai satu roh yang kudus. Selain itu, mereka percaya bahawa Nabi Isa telah mengasaskan gereja dibumi atau dialam ini.Ini adalah untuk menyediakan manusia ke arah kehidupan yang lebih selamat

11

Sourthern, R.W,. (1790), Western Society And The Church In Middle Ages, Peguin Books, London, 23

12

Kaltz,The Ordeal And Ttriumph Of Christianity, bab 3, 55-57 Ibid,.56

13

selepas mereka meninggalkan alam ini.14Didalam agama kristian ini juga doa-doa suci turut diadakan. Doa ini diadakan melalui Sakramen. Ia diadakan bagi menemui keselamatan. Dipercayai bahawa terdapat tujuh doa suci yang penting iaitu baptis iaitu membersihkan dosa yang diwarisi oleh bayi dari ibu bapa pertama iaitu Adam dan Hawa. Kedua ialah Confirmation dimana seseorang itu diakui sah sebagai pemganut kristian ketika mereka berumur 13 tahun. Ketiga ialah Penance iaitu pengakuan terhadap dosa-dosa yang dilakukan oleh penganut dan akan menerima pengampunan. Hukuman dosa yang telah dilakukan oleh mereka ialah melalui berpuasa dan menjalankan kerja-kerja suci yang lain dan ini bergantung pula pada dosa yang telah dilakukan oleh mereka. Keempat ialah Eucharist iaitu penemuan menemui tuhan dengan meminum arak dan makan roti. Kelima ialah Extreme Unction iaitu upacara yang menyediakan jiwa penganut kepada kehidupan yang lebih abadi dengan menyingkirkan dosa terakhir. Keenam ialah Holy Orders iaitu arahan suci dan ketujuh ialah Matrimony iaitu berkaitan dengan institusi perkahwinan untuk menjadikan institusi itu menerima ikatan perkahwinan.Pada abad kedua ,kuasa-kuasa untuk melaksanakan doa-doa ini telah diberikan kepada Bishop dimana Bishop ini telah diiktiraf sebagai ketua gereja dan dibantu oleh paderi.

FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN AGAMA KRISTIAN


1. SISTEM EMPAYAR Faktor perkembangan agama Kristian seterusnya ialah disebabkan oleh sistem empayar. Empayar Rom menjadi platform atau tulang belakang perkembangan Agama Kristian ini. Hal ini di tambah pula dengan keluasan empayar Rom yang begitu luas dari Jerman di bahagian utara hingga kebahagian Sahara atau Afrika Utara15. Semasa zaman empayar Rom jalan-jalan di bina di pelusuk kawasan empayar bagi memudahkan pergerakkan bala tentera untuk bertempur. Jalan yang dibina ini kemudian di gunakan oleh para padri untuk menyebarkan agama Kristian. Selain itu pembukaan jalan perdagangan di laut dan darat di seluruh empayar juga memangkin perkembangan agama ini serta memudahkan para paderi bergerak untuk menyebarkan agama ini. Di dalam sistem empayar Rom terdapat juga sistem pos yang efektif untuk tujuan pengahantaran surat menyurat terutamnya dalam pentadbiran empayar. Kemudahan yang tersedia ini telah digunakan oleh para paderi untuk menyampaikan maklumat ke kawasan pedalaman. Pada masa itu juga wujud kedamaian dan peraturan dalam semua kawasan dan ia meliputi daerah-daerah yang besar. Hal ini ditambah pula dengan jaringan sistem perhubungan yang baik dan ini memudahkan orang ramai berulang-alik terutamnya seseorng yang menjadi warganegara Rom seperti Saint Paul16. Bandar-bandar di Rom menjadi tempat permulaan untuk agama Kristian berkembang ke luar Laut Maditerranean melalui jalan-jalan perdagangan. Di tambah pula dengan jalan14

Sivachandralingam Sundara Raja,(2002), Sejarah Eropah, Utusan Publications & Distributor Sdn. Bhd, Kuala Lumpur, 79 15 Sivachandralingam Sundara Raja,(2002), Sejarah Eropah, Utusan Publications & Distributor Sdn. Bhd, Kuala Lumpur, 87 16 Ibid,.

jalan perdagangan yang baik dan selamat muncul di bawah Pax Romana ini telah memudahkan perkembangan agama Kristian. Gereja pula dibina dimerata tempat seluruh kawasan empayar dan ini mengalakan lagi perkembangan agama Kristian. KELEBIHAN AGAMA KRISTIAN Manakala faktor seterusnya yang menjadi penyebab agama ini berkembang di seluruh Eropah ialah kelebihan agama itu sendiri. Salah satu kelebihannya ialah Agama Kristian ini mengajak manusia menyembah Tuhan yang satu, dan ia mudah di fahami, bukanya seperti agama Pagan yang menyembah banyak dewa-dewi dan kitab Injil atau Bible sebagai panduan untuk penganutnya17. Kitab injil ini pula terbahagi kepada dua yang pertama Old Testament menekankan tentang Adam dan Hawa serta keesaan tuhan. Manakala kitab yang kedua ialah New Testament adalah gabungan daripada pertambahan kitab-kitab suci baru iaitu Mattew, Mark, Luke, dan John. Agama yang turun dari langit melalui Nabi Isa a.s ini mengajak manusia kearah kebaikan dan kesejahteraan, ini menyebakan ramai masyarakat di Eropah mula tertarik dengan ajaran ini.18 Agama ini telah membantu masyarakat Eropah keluar dari kelompok masyarakat pagan dan animisme serta ditambah pula dengan peranan mubaligh yang meyakinkan mereka bahawa keruntuhan Empayar Rom adalah takdir tuhan. Selain itu agama Kristian juga menyaran manusia bersikap toleransi dan hormat menghormati sesama manusia tidak kira bangsa, warna kulit, bahasa, status dan jantina19. Kehebatan dan kesjahteraan yang disarankan oleh agama ini telah menyebakan ramai masyarakat di eropah mula memeluk agama ini termasuk maharaja. Kerana agama kristian juga banyak siri peperangan dimenangi dan berpendapat bahawa tuhan menolong peperangan mereka. Kelebihan seterusnya ialah pada hari ahad semua masyarakat Kristian diwajibkan bercuti dan harus pergi ke gereja. Manakala pada 25 Disember setiap tahun mereka merayakan hari Krismas dan Easter Day sempena menyambut kelahiran Nabi Isa serta perayaan kebangkitan Jesus selepas pensaliban. Perkara ini tidak berlaku sebelum kedatangan Agama Kristian 2. PEMERINTAH MEMELUK AGAMA KRISTIAN Agama Kristian semakin berkembang selepas Maharaja Constantine memeluk agama ini. Constantine merupakan maharaja yang pertama memeluk agama ini secara rahsia pada 312-337 Masihi. Berbeza dengan bapanya sebelum ini, iaitu Diocletian yang memusuhi agama kristian dan suka mengunakan kaedah kekerasan berbanding dengan Constantine dilihat lebih bersikap toleran terhadap agama Kristian. Menurut Para Sarjana barat, mereka menyatakan beberapa alasan bahawa perubahan sikap maharaja Rom Terhadap agama Kristian, antaranya kemenangan tentera-tentera Constantine dalam pertempuran berhampiran dengan Rom pada 312 M telah memperkuatkan lagi kepercayaanya dengan pertolongan
17

Sivachandralingam Sundara Raja,(2002), Sejarah Eropah, Utusan Publications & Distributor Sdn. Bhd, Kuala Lumpur, 88 18 H. Trevor Roper,(1965), The Rise Of Christian Europe, Thames & Hudson, London, 91
19

Ibid, hlmn, 88

Tuhan agama Kristian20. Pada 313 M beliau mengeluarkan titah perintah Milan yang membenarkan kebebasan agama. Tindakan ini telah menamatkan penindasan terhadap agama Kristian yang selama ini merupakan agama minority pada masa itu. Selepas beberapa tahun kemudian agama Kristian menjadi agama majoriti masyarakat Eropah kerana agama ini mudah diterima masyarakat21. Peperangan Milvia Bridge kerana telah mempraktikkan keutuhan disiplin dan kekuatan tenteranya di bawah naungan lambang salib. Constantine telah berjaya menentang pesaingnya iaitu Maxentius dalam peperangan ini menjadi titik tolak permulaan misi Constantine untuk menguasai seluruh Eropah. Asas Constantinople amatlah penting dalam misinya memperluaskan empayar dan agama Kristian. Beliau juga telah menubuhkan konsul Council of Nicaea pada 325M untuk menyelesaikan masalah ini melalui rangka Nicaea Creed yang mengfokuskan kepada agama dan sifat ketuhanan. Di bawah pemerintahan beliau, pentadbiran gereja semakin berkembang dan mengantikan sistem Empayar Rom yang kini merosot. Di merata-rata tempat seperti Antioch, Asia Kecil, Syiria, Jurusalem, Alexandria, Greek, Rom dan Constantinople ditubuhkan patriarchates yang menjadi pusat pentadbiran tempatan dan pusat penyebaran agama. Terdapat juga pembantu paderi iaitu deacon dalam pentadbiran untuk menjalankan tugas, menjaga kebajikan penduduk mendalami dan menyebarkan agama Kristian 22. Dasar seumpama ini telah diteruskan oleh maharaja lain seperti Theodosius, Justinian dan Charlemagne (768-814M). Maharaja-maharaja ini telah mengharamkan agama lain seperti agama paganisme. PERANAN MUBALIGH Faktor seterusnya ialah peranan mubaligh Kristian dalam perkembagan agama Kristian. Kegiatan para mublaigh menjadi factor terpenting yang menyebabkan kepesatan perkembangan agama ini. Para mubaligh ini melatih kanak-kanak sejak dari kecil lagi dalam doktrin agama dan apabila dewasa mereka di hantar keluar negara. Antara mubaligh yang terkenal ialah seperti Hadrian, Boniface dan Theodore yang juga merupakan penguruspengurus gereja Katolik yang terkemuka23. Mubaligh-mubaligh seperti St. Agustine yang berasal dari Afrika Utara ini telah di hantar oleh Pope Gregory the Great ke Anglo Saxson bagi menyebarkan agama Kristian ke Canterbury, England. Kesan daripada penghantara mubaligh St. Agustine, pada 644 M, seluruh kepulauan Britain telah menerima agama Kristian. St. Agustine juga berjaya menjelaskan segala persoalan mengenai takdir tuhan mengenai keruntuhan empayar Rom.

20

Markus, R.A.,(1963) Christianity In The Roman World, American Book Co,. New York, 87

21

Marta Sordi,(1983), The Christians And The Roman Empire, Croom Helm. London & Syedney,134

22

Sivachandralingam Sundara Raja,(2002), Sejarah Eropah, Utusan Publications & Distributor Sdn. Bhd, Kuala Lumpur, 88 23 Sivachandralingam Sundara Raja,(2002), Sejarah Eropah, Utusan Publications & Distributor Sdn. Bhd, Kuala Lumpur, 90

Selain itu perkembangan agama kristian juga berlaku di Eropah Timur. Mubalighmubaligh Kristian ini memainkan peranan dalam mengembangkan agama ini ke seluruh pelusuk Eropah Timur termasuk Russia. Pada abad ke-9 dua mubaligh Greek, Cyril dan Methodius mengembara ke Moravia. Disana mereka menjalinkanpersahabatan dengan penduduk pribumi Slav dan memperkenalkan huruf yang sesuai untuk percakapan yang dikenali sebagai Cyrillic. Kemudian pada tahun 987 M, putera Kiev iaitu Vladimir menerima agama Kristian ini dan membuka jalan untuk penerimaan agama Kristian di Eropah Timur. Mubligh Kristian ini juga banyak memberi sumbangan dalam perundangan Kristian seperti St. Benedict yang mendrafkan Rule of Benedict.24 3. PERANAN INSTITUSI GEREJA Salah satu factor penyebab perkembangan agama kristian ialah peranan institusi gereja. Gereja meupakan tempat beribadat bagi masyarakat beragama kristian. Dalam instistusi gereja ini terbentuk satu organisasi yang menjadi tunjang perkembangan agama ini. Menurut Crane Brinton,organisasi gereja muncul secara jelasa mulai abad ke-2M. Keutuhan institusi gereja ini membolehkan mereka merancang pelbagai perkhidmatan dan dapat memberi sumbangan kepada kehidupan masyarakat Eropah serta membantu perkembangan agama Kristian. Terdapat 3 peranan organisasi gereja ini, antaranya ialah : i. Membolehkan indidvidu tertentu menumpukan sepenuhnya terhadap hal ehwal Agama. ii. Memberi peluang kepada individu yang mahir dengan ajaran Jesus boleh bertindak untuk memberi penjelasan ataupun mentafsirkan dogma-dogma agama kristian. iii. Merancang pelbagai perkhidmatan sosial terutamanya dalam menjaga kebajikan rakyat khususnya yang sakit, miskin, anak yatim dan janda25. Gereja juga telah banyak menghasilkan penganut Kristian yang mahir dalam agama dan dapat mengembangkan agama Kristian di Eropah. Selain itu institusi gereja memainkan peranan dalam menjauhkan masyarakat Eropah daripada terjerumus dalam nilai-nilai orang gasar atau barbarian. Gereja juga banyak membantu dalam sistem politik eropah kerana berjaya memulihkan ketidakstabilan politik.Selain itu gereja juga bertanggungjawab dalam menjaga hubungan baik dengan Cathedral dan memberi sumbangan dalam sistem pendidikan seperti mengembalikan keperluan asas pendidikan kepada golongan muda dengan menubuhkan badan-badan terlatih. Biara-biara ditubuhkan untuk tujuan pengembangan agama Kristian. Kewujudan institusi gereja ini, dilihat dalam konteks yang lebih luas, kerana institusi ini menjadi alat penyatuan Eropah Barat dan Eropah Timur. Secara keseluruhannya,
24

H. Trevor Roper,(1965), The Rise Of Christian Europe, Thames & Hudson, London,92

25

Sivachandralingam Sundara Raja,(2002), Sejarah Eropah, Utusan Publications & Distributor Sdn. Bhd, Kuala Lumpur, 99

kewujudan institusi gereja dalam konteks Rom bukan sahaja berjaya melahirkan dan memberikan kepimpinan bersifat rohani atau keagamaan dalam erti kata memberikan panduan tentang ajaran kristian dan amalan agama kristian yang sebenar, tetapi malahanjug juga gereja turut membantu proses perkembangan agama berkenaan26. 4. MENYELAMATKAN TAMADUN EROPAH DARIPADA KEHANCURAN Agama kristian berjaya menyelamatkan eropah,khususnya tamadun barat daripada kehancuran. Apabila Rom Barat musnah diserang orang Gasar, hanya institusi gereja yang berdiri megh memikul dan menyelamatkan seluruh tradisi Rom. Ia juga membantu memusnahkan kebudayaan pagan dan menerusi institusi gereja juga tamadun rom dipelihara dan diserahkan kepada masyarakat Jerman yang menguasai Empayar Rom Barat. Seluruh masyarakat Eropah terletak di bawah kekuasaan gereja. Gereja mengawasi dan menguasai masyarakat ketika itu.27 USAHA-USAHA KRISTIAN PEMERINTAH ROM MENINDAS PENGANUT AGAMA

Terdapat tujuh pemerintah Rom yang telah menjalankan usaha-usaha menindas penganut agama kristian. Mereka ialah Maharaja Nero, Maharaja Domitian,Maharaja Trajan,Maharaja Marcus Aeurelius,Maharaja Decius,Maharaja Valeran dan Maharaja Diocletian. i. MAHARAJA NERO

Maharaja Nero telah bertindak membunuh penganut kristian dan mayat mereka dibiarkan ditengah-tengah jalan untuk dimakan oleh anjing-anjing liar dan ada yang diikat. Selain itu,maharaja Nero juga telah menuduh penganut agama kristian yang telah menyebabakan berlakunya kebakaran besar di Rom.28 Hukuman penderaan juga dijatuhkan sampai mati. Tempat-tempat kediaman juga dijadikan sebagai tempat aatu pusat untuk menunjukkan kekejamannya terhadap penganut agama kristian.Tindakan beliau ini telah mendapat simpati dari rakyat kerana tindakan itu dilihat sebagai perbuatan untuk memenuhi kegilaan seseoramg individ

ii.

MAHARAJA DOMITIAN

26

Zulkarnain Abdul Rahman, (2002) Tamadun Eropah Klasik. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 77

27

Sivachandralingam Sundara Raja,(2002), Sejarah Eropah, Utusan Publications & Distributor Sdn. Bhd, Kuala Lumpur, 91
28

Chadwick, H.,(1976), The Early Church, Penguin Books, 44

Maharaja Domitian telah menindas penganut-penganut agama kristian dijajahanjajahan di Asia. iii. MAHARAJA TRAJAN

Pada zaman Maharaja Trajan mereka yang telah dikesan menerima kepercayaan agama kristian akan dipaksa meninggalkan kepercayaan agama Kristian itu dan jika ingkar akan dibunuh. Selain itu, Maharaja Trajan juga telah melakukan tuduhan yang tidak berasas kepada penganut-penganut agama Kristian.29 Tuduhan ini tidak disebut tetapi cara pertuduhan ini adalah mirip dengan pertuduhan seperti yang dilakukan oleh Maharaja Nero. Penganutpenganut agama kristian yang terlibat telah dihukum penjara.30 iv. MAHARAJA MARCUS AURELIUS

Pada zaman Maharaja Marcus Aurelius penganut-penganut agama kristian telah dihukum bunuh di Rom.Begitu juga dengan penganut-penganut agama kristian di Gaul dan Afrika mereka juga telah dihukum bunuh. v. MAHARAJA DECIUS

Pada zaman 205M Maharaja Decius melalui akta diraja telah memaksa warganegara empayar Rom supaya tunduk kepada tuhan-tuhan tradisional.Mereka yang mengikut arahan akan diberikan sijil dalam bahasa latin iaitu sebagai bukti mereka telah mematuhi arahan tersebut.Bagi paderi-paderi yang tidak mematuhi arahan-arahan mereka telah dibunuh .Antara paderi-paderi yang telah dibunuh oleh Maharaja Decius ialah Bishop,Antioch dan Jerusalem.Selain itu,Maharaja Decius dalam pemerintahannya telah menimbulkan kesengsaraan yang hebat kepada penganut-penganut agama kristian.Selain itu, beliau menjalankan pemerintahannya secara ketenteraan.Maharaja Decius juga telah menyeksa penganut agama kristian dengan cara sekiranya mereka mahu meninggalkan agama Kristian mereka harus melakukan pengorbanan ketika upacara pemujaan tuhan.31 vi. MAHARAJA VALERAN

Pada zaman Maharaja Valeran pemimpin-pemimpin gereja telah dikenalpasti dan mereka telah diarahkan untuk menyembah tuhan-tuhan lama.Penganut agama kristian juga dilarang mengadakan mesyuarat gereja atau mengunjungi tanah perkuburan.Peruntukan undang-undang juga dilakukan untuk merampas harta gereja.32 vii. MAHARAJA DIOCLETIAN

Pada zaman Maharaja Diocletian beliau telah mengarahkan pemusnahan gereja,merampas buku-buku kristian,menyingkirkan dan membuang penganut kristian dari
29

Deanesly, M.,(1954) A History Of The Medieval Church, Methuen & Co., London, 109

30 31

Kaltz,The Ordeal And Triumph Of Christianity,bab 3,hlm.63 Kaltz,The Ordeal And Triumph Of Christianity,bab 3, 63-64 32 Ibid.,

10

tentera dan memenjarakan penganut-penganut agama kristian.Pada tahun 303M, telah mengarahkan penganut-penganut agama kristian membuat penyembahan tuhan-tuhan pagan.Maharaja Diocletian telah memerintah secara autocrat.Beliau juga telah memaksa penganut-penganut agama kristian menerima sistem pemerintahannya.Maharaja Diocletian juga tidak membenarkan sebarang pertemuan atau perjumpaan yang berkaitan dengan ajaran agama.33

KESIMPULAN Kesimpulannya, penerimaan masyarakat terhadap agama Kristian ini telah menyebabkan perkembangan agama Kristian ke seluruh Eropah. Eropah akhirnya telah berjaya di kristiankan hingga terbentuknya Eropah Kristian selepas akhir abad ke-10 walaupun mendapat tentangan yang hebat dapipada pemerintah. Peranan yang di mainkan oleh agama Kristian ini juga yang telah bertindak sebagai selaku pelindung dan penaung masyarakat Eropah dari pelbagai sudut telah mengembangkan lagi pengaruh serta perkembangannya.Selain itu, peranan yang di mainkan oleh Gereja juga merupakan sumbangan terpenting terhadap perkembangan serta pengaruh agama Kristian melalui penguasaanya terhadap pemikiran,pandangan dunia dan perlakuan harian masyarakat Eropah dan seterusnya arena politik Eropah terutama pada zaman pertengahan.

33

Ibid.,65

11

12

You might also like