You are on page 1of 4

Pendaftaran Kaveat

Apa itu Kaveat

Kaveat adalah satu pendaftaran halangan untuk sebarang urusniaga ke atas sebidang tanah. Ini bermaksud pendaftaran kaveat akan menyebabkan pemilik berdaftar tidak boleh membuat sebarang urusniaga terhadap tanah berkenaan semasa tempoh kaveat masih berkuatkuasa.

Orang yang membuat halangan atau mendaftar kaveat dipanggil Kaveator Pemilik tanah yang berdaftar dipanggil Kaveatee

Kaveat sebagai penghalang

Ini bermaksud, kaveat akan menjadi suatu halangan bagi pemilik untuk menjual atau melakukan sebarang urusniaga terhadap tanah yang dimasukkan kaveat tersebut.

Tanggungjawab untuk memberitahu

Jika sebidang tanah sudah dikaveat, maka pemilik tanah juga bertanggungjawab memberitahu atau memberikan notis kepada Kaveator jika bercadang untuk membuat sebarang tindakan terhadap tanah berkenaan.

Peruntukan undang-undang

Seksyen 322 Kanun Tanah Negara telah memperuntukkan pendaftaran kaveat yang menyatakan "sesiapa yang mempunyai kepentingan yang boleh didaftarkan, bolehlah memasuki suatu kaveat persendirian untuk melindungi kepentingan mereka." Jenis-jenis kaveat Terdapat empat jenis kaveat iaitu:-

i.

Kaveat Persendirian (Borang 19B):

Halangan ke atas tanah serta menghalang urusniaga. Mana-mana penduduk dalam sebidang tanah yang mempunyai hak ke atas tanah atau sebahagian tanah tersebut boleh mendaftar kaveat persendirian untuk menghalang pemilik melakukan sebarang tindakan ke atas tanah tersebut. ii. Kaveat Lien (Borang 19D): Satu jaminan kepada pemberi pinjaman, biasanya oleh bank untuk menghalang urusniaga. iii. Kaveat Amanah (Borang 19E): Boleh dimasukkan oleh pendaftar ke atas mana-mana tanah atau kepentingan yang dipegang oleh mana-mana orang atau

badan sebagai pemegang amanah atas permohonan. iv. Kaveat Pendaftar (Surat Permohonan): Dimasukkan oleh Pendaftar atas beberapa sebab seperti berikut: Untuk mengelak penipuan dalam urusniaga seperti 'fraud', salah nyata (misrepresentation) dan salah penggunaan borang. Untuk melindungi kepentingan-kepentingan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri dari segi tuntutan hutang, hasil tanah tertunggak dan pembayaran balik pinjaman. Untuk melindungi kepentingan-kepentingan kanak-kanak, orang kurang siuman atau orang yang diketahui tidak ada di negara pada masa ini. Terdapat kesalahan-kesalahan yang berlaku di dalam dokumen hakmilik atau suratcara lain yang ada kaitan dengan tanah dan kepentingannya.

Kelayakan permohonan kaveat persendirian

Mana-mana orang atau badan atau syarikat yang menuntut hak ke atas hakmilik tersebut atau kepentingan berdaftar. Tujuan pendaftaran kaveat persendirian

Menghalang pemilik berdaftar hartanah daripada membuat sebarang bentuk jual beli atau mencagar hartanah berkenaan kepada sesiapa. Membolehkan pemilik tanah atau pihak pendaftar menyampaikan notis (pemberitahuan secara rasmi) kepada anda (pengkaveat) untuk memberitahu mengenai sebarang tindakan ke atas tanah tersebut jika ada. Melindungi hak anda ke atas tanah tersebut. Membuat pendaftaran rasmi terhadap hak anda ke atas tanah berkenaan (ia akan tertera dalam Geran Tanah Carian Tanah).

Langkah-langkah mendaftar kaveat persendirian

Pendaftaran dibuat di pejabat tanah atau pejabat pendaftar di mana hakmilik bagi tanah berkenaan didaftar atau dikeluarkan.

Langkah I

Pergi ke pejabat tanah yang berdekatan dengan lokasi tanah/rumah yang ingin mendaftar kaveat dan dapatkan borang 19B secara percuma. Isikan dalam dua salinan borang tersebut. Maklumat-maklumat penting yang dikehendaki adalah: Butir-butir pemohon pendaftaran kaveat (nama, nombor kad pengenalan, alamat dan sebagainya). Nama dan alamat pemilik sama ada ditulis terus dalam alasan kemasukan atau ditulis secara berasingan. Alasan-alasan pendaftaran Kaveat.

Langkah II

Anda juga dikehendaki membuat Akuan Bersumpah untuk menyatakan kesahihan hak anda ke atas tanah berkenaan sebelum pendaftaran kaveat dibuat. Akuan Sumpah haruslah dilakukan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah. Anda juga boleh mendapatkan khidmat peguam. Nota: Mengisi borang-borang, alasan-alasan kemasukan dan Surat Akuan hendaklah menggunakan Bahasa Malaysia. Anda dinasihatkan menggunakan pen dakwat warna hitam. Semua butir-butir hakmilik yang hendak diisi dalam borang kemasukkan kaveat hendaklah dipastikan BETUL dan YANG TERBARU.

Langkah III Serahkan borang dan lampiran bersama RM80.00 (bagi setiap geran tanah) sebagai bayaran pemprosesan. Bayaran pemprosesan kaveat persendirian ini merangkumi bayaran permohonan RM60.00 dan bayaran notis RM20.00. Terdapat perbezaan pembayaran bagi permohonan kemasukan kaveat. Anda harus merujuk kepada pejabat tanah yang berkenaan. Contohnya: di Selangor, bayaran untuk pendaftaran kaveat adalah RM80.00 tetapi di Wilayah Persekututan, bayarannya RM300.00. Jangka Waktu Proses Pemprosesan akan mengambil jangka waktu I hingga 3 bulan. Sekiranya pemohon pendaftaran kaveat didapati mempunyai hak ke atas tanah/rumah, maka kaveat akan dimasukkan. Tempoh kuatkuasa Setiap permohonan kaveat persendirian berkuatkuasa selama 6 tahun dan tarikh permohonan atau sehingga ditarik balik kaveat tersebut sebelum itu. Anda harus masukkan permohonan pendaftaran kaveat yang baru jika kaveat itu luput tempohnya. Anda boleh memasukkan kaveat setiap enam tahun di mana tiada had dikenakan kecuali jika tuan tanah mengambil tindakan mahkamah untuk mengeluarkan kaveat tersebut. Tarikh balik kaveat persendirian atau pembatalan perintah mahkamah Jika anda ingin menarik balik kaveat, anda perlu ke pejabat tanah yang sama dan mengisi borang 19G dan serahkan kepada pendaftar. Bayaran untuk tarik balik kaveat persendirian adalah seperti berikut.

Tarik balik Kaveat: RM60.00 P/A daftar: RM10.00

Borang-borang kaveat

Borang 19A: Notis mengenai kemasukan kaveat.

Borang 19B: Permohonan untuk memasukkan kaveat persendirian. Borang 19D: Permohonan untuk memasukkan kaveat persendirian. Borang 19G: Notis untuk menarik balik kaveat sendirian. Borang 19H: Permohonan untuk membatalkan kaveat persendirian. Kaveat persendirian boleh dilakukan di Unit Pengambil Tanah di setiap pejabat tanah dan daerah di mana lokasi tanah berkenaan berada.

You might also like