You are on page 1of 18

ELEMEN 1 MENGUMPUL FAKTA SEJARAH

ORANG SUMBER

TEMURAMAH ORANG SUMBER


Saya : Selamat petang cik. Bolehkah saya menemuramah cik untuk mendapatkan maklumat tentang Natural Batik Village ini? Cik Lian: Ya, sudah tentu. Saya : Pertama sekali, bolehkah cik menceritakan serba sedikit tentang diri cik?

Cik Lian: Nama penuh saya Tan Lian May. Saya lahir pada 30 September 1974. Saya lahir di Kuantan dan menetap di Beserah. Saya juga pemilik Natural Batik Village ini. Saya : Bolehkah Cik Lian menceritakan sejarah kewujudan Natural Batik Village ini?

Cik Lian: Natural Batik Village ini telah diasaskan kira-kira 15 tahun yang lalu dan diwarisi oleh keluarga saya sendiri sehingga sekarang. Saya : Berapakah pula bilangan pekerja yang bekerja di sini?

Cik Lian: Lebih kurang 15 orang. Saya : Berapakah jumlah pengunjung yang berkunjung di sini dalam sehari?

Cik Lian: Jumlah pengunjung yang berkunjung ke sini tidak tetap. Jumlah pengunjung selalunya mengikut musim. Pada musim cuti sekolah, bilangan pengunjung yang datang ramai kerana ramai ibu bapa membawa anak mereka ke sini untuk mengenali batik dengan lebih mendalam. Saya : Berapakah jumlah modal yang dikeluarkan oleh keluarga Cik Lian untuk memulakan perniagaan batik ini? Cik Lian: Jumlah modal yang kami keluarkan lebih kurang RM 1000 00. Saya : Wah! Modal yang dikeluarkan sangat tinggi. Adakah Natural Batik Village ini mempunyai cawangan? Cik Lian: Kami tidak mempunyai cawangan. Natural Batik Village ini hanya terdapat di Balok, Kuantan sahaja.

Saya

: Bolehkah Cik Lian menceritakan tentang pembuatan batik dan apakah alatan yang diperlukan untuk membuat batik di kilang ini?

Cik Lian: Di Natural Batik Village ini, kami menggunakan block dan melukis menggunakan canting. Kami juga menggunakan kain mori, pensel untuk membuat desaian batik, dan canting yang diperbuat daripada bambu. Canting ini berfungsi sebagai sebuah pulpen. Canting juga digunakan untuk menyedok lilin cair yang panas yang digunakan sebagai penutup atau pelindung terhadap zat warna. Kami juga menggunakan lilin. Saya : Banyak juga bahan yang digunakan untuk membuat batik. Sebelum terlupa, berapakah keluasan kilang batik ini? Cik Lian: Keluasan kilang batik ini seluas dua ekar. Saya : Berapakah jumlah batik yang dapat dihasilkan dalam sehari?

Cik Lian: Jika kami menggunakan block, batik yang dapat dihasilkan dalam sehari sebanyak 180 meter. Manakala jika menggunakan tangan, kami hanya dapat hasilkan sebanyak 40 meter. Saya : Dari manakah Cik Lian mendapatkan kain-kain untuk membuat batik?

Cik Lian: Kami mendapat kain-kain ini dari Singapura. Saya : Berapakah jenis corak batik yang terdapat di kilang ini?

Cik Lian: Banyak corak batik yang terdapat di kilang ini. Antaranya, corak bunga, abstrak dan macam-macam lagi.

Saya

: Adakah mesin digunakan untuk membuat batik disini?

Cik Lian: Kami ada juga menggunakan mesin disini tetapi jumlahnya sedikit sahaja kerana kami banyak menggunakan tangan. Saya : Apakah perbezaan antara Natural Batik Village dengan kilang-kilang batik yang lain?

Cik Lian: Biasanya kilang-kilang batik lain, mereka hanya mengeluarkan batik. Berbeza dengan Natural Batik Village, kami bukan sahaja mengeluarkan batik tetapi kami menggunakan batik untuk membuat kraftangan lain seperti bekas pensil, keychain, tali leher dan beg. Saya : Dari manakah Cik Lian mendapat idea untuk menghasilkan barang-barang tersebut?

Cik Lian: Kami mendapat idea untuk membuat barangan tersebut dari Thailand. Tetapi kami tidak meniru 100 peratus. Kami mengubah semula menggunakan kretiviti sendiri dan kain sendiri. Saya : Pernahkah Natural Batik Village mengadakan pameran?

Cik Lian: Pernah. Antara tempat yang pernah kami mengadakan pameran ialah Kemaman dan banyak lagi. Saya : Pernahkah Natural Batik Village mendapat anugerah?

Cik Lian: Natural Batik Village pernah mendapat anugerah harga berpatutan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Saya : Baiklah Cik Lian, saya rasa sampai disini sahaja temuramah kita. Saya berterima kasih kerana Cik sudi meluangkan masa untuk ditemubual. Cik Lian: Sama-sama. Saya juga ingin berterima kasih kerana kalian sudi melakukan kajian di Natural Batik Village ini. Saya : Sama-sama.

Tan Lian May


740930-06-5294

Natural Batik Village, 26100 Kuantan

MELAWAT TEMPAT KAJIAN

Jenis batik yang terdapat di Natural Batik Village

Alamat: Natural Batik Village, 26100 Kuantan.

Pelbagai jenis corak batik di Natural Batik Village

Di hadapan Natural Batik Village

INTERNET

MAJALAH

SUMBER LAIN

VCD/DVD

You might also like