You are on page 1of 18

ABSTRAK Kajian yang bertajuk Kesan Penggunaan Telefon Bimbit Dalam Kalangan Pelajar yang telah dilaksanakan ini

ni memberikan peranan yang penting dalam memberikan pendedahan kepada para pelajar tingkatan enam atas khususnya berkenaan dengan kesan-kesan penggunaan telefon bimbit terhadap mereka dan mereka akan lebih mengetahui kaedah atau cara yang terbaik untuk mengelakkan diri mereka daripada terbelenggu dalam pemasalah yang berkaitan dengan penggunaan telefon bimbit melalui dapatan atau keputusan kajian yang telah dijalankan. Selain itu, kajian ini juga dapat menarik minat para pelajar tingkatan enam mengetahui dengan lebih lanjut tentang masalah-masalah yang berkaitan dengan penggunaan telefon bimbit yang sememangnya menjadi satu masalah yang kian membimbangkan pihak sekolah dan pihak ibu bapa yang juga memainkan peranan yang penting dalam mengelakkan anak-anak mereka untuk menjauhkan diri daripada menggunakan telefon bimbit yang sememangnya akan mendatangkan kesan buruk walaupun telefon bimbit digunakan untuk tujuan yang lebih bermanfaat dan lebih berguna tetapi sekiranya penggunaannya terpesong, sudah tentu pelajar tingkatan enam yang kerap menggunakan telefon bimbit akan menerima kesan yang amat buruk terhadap diri mereka dan pihak-pihak lain yang berkaitan. Oleh itu, kajian ini perlulah menunjukkan keberkesanan dari segi langkah-langkah untuk mengatasi masalah penggunaan telefon bimbit terutamanya dalam kalangan pelajar tingkatan enam atas.

BAB 1:PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN Kajian ini bertujuan untuk memberikan perkongsian kepada para pelajar Tingkatan Enam dan pelajarpelajar lain yang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman serta pihak sekolah. Kajian ini memberikan sedikit maklumat tentang punca-punca penggunaan telefon bimbit, kesan-kesannya terhadap pelajar Tingkatan Enam dan langkah-langkah yang wajar diambil.Di samping itu kajian ini juga memberikan kesempatan kepada pelajar-pelajar di SMK Tunku Abdul Rahman tersebut untuk mengetahui dan sedar selain mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang diperlukan mengenai penggunaan telefon bimbit tidak kira di dalam atau luar kawasan sekolah. 1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN

Kaijan yang dilakukan adalah sangat sukar dijalankan disebabkan oleh ketiadaan pemahaman yang mencukupi dan persediaan yang sederhana dalam menjalankan kajian ini dengan sebaiknya.Namun begitu, kajian ini hendaklah dijalankan dengan sempurna. Tajuk yang dipilih iaitu Penggunaan Telefon Bimbit Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Enam di Tunku Abdul Rahman adalah berdasarkan keadaan sebenar yang berlaku di sekolah tersebut. Kajian ini sememangnya satu tajuk yang sesuai dan menarik untuk memberikan kesedaran dan pendedahan kepada pelajar Tingkatan Enam di SMK Tunku Abdul Rahman mengenai kesan-kesan, punca-punca dan perkara lain yang berkait rapat dengan penggunaan telefon bimbit yang boleh mempengaruhi sifat fizikal dan mental seseorang pengguna sekiranya tidak menggunakannya dengan bijak dan terancang. Penggunaan telefon bimbit di kawasan sekolah dan luar kawasan sekolah sangat berleluasa dalam kalangan pelajar dan pelajar Tingkatan Enam tidak terkecuali dalam menggunakannya.Oleh itu, tanpa disedari, pelajar tingkatan enam akan mengalami implikasi daripada penggunaan alat komumikasi tersebut. Disebabkan penggunaannya berleluasa, satu kajian telah dijalankan untuk menepati tiga objektif utama iaitu mengenal pasti kesan positif dan kesan negatif akibat menggunakan telefon bimbit dalam kalangan pelajar tingkatan enam, menjelaskan punca-punca yang mendorong kepada penggunaan telefon bimbit, mencari dan mengenal pasti apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar tingkatan enam. 1.2 PERNYATAAN MASALAH Penggunaan telefon bimbit adalah satu masalah yang dihadapi oleh masyarakat pada hari ini.Keadaan ini berhubung kait dengan golongan remaja terutamanya para pelajar yang masih belajar. Di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman, masalah ini tidak terkecuali khususnya yang melibatkan pelajar tingkatan enam yang akan menduduki peperiksaan STPM. Perkara sedemikian wajar dielak bagi menghalang mereka daripada mengalami banyak komplikasi yang boleh menjejaskan diri mereka dan masyarakat di sekelilingnya.Langkah-langkah yang bijak dan berkesan perlu diambil dengan segera supaya dapat mengelak masalah tersebut daripada terus berleluasa dan berterusan.

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenal pasti kesan positif dan kesan negatif penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar tingkatan enam. 2. Mengenal pasti dan menjelaskan punca-punca yang mendorong pelajar tingkatan enam menggunakan telefon bimbit. 3. Mengenal pasti langkah-langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar tingkatan enam di SMK Tunku Abdul Rahman. 1.4 PERSOALAN KAJIAN Sepanjang menjalankan kajian ini, terdapat beberapa persoalan yang timbul dan persoalan-persoalan yang wujud perlu diberikan penjelasan.Dalam kajian ini, saya tertanya-tanya apakah yang menyebabkan para pelajar tingkatan enam di SMK Tunku Abdul Rahman menggunakan telefon bimbit.Apakah tujuan mereka menggunakan telefon bimbit tersebut sehingga memberikan impak kepada diri mereka sendiri. Saya juga ingin mendapatkan kepastian mengenai apakah yang akan berlaku sekiranya pelajar tingkatan enam kerap menggunakan telefon bimbit tanpa mengawal tempoh masa penggunaannya. Dalam masa yang sama, saya ingin mengetahui siapakah pihak yang bertanggungjawab dan memainkan peranan yang penting dalam masalah ini dan apakah tindakan yang perlu mereka ambil bagi mengawal atau mengatasi masalah ini dengan serta-merta dan berkesan untuk mengelakkan pelajar tersebut terus menghadapi masalah yang semakin serius. Sekiranya pihak tersebut ingin mengatasi masalah ini dengan berkesan, apakah bentuk tindakan yang perlu mereka ambil dalam usaha membendung masalah tersebut demi kebaikan pelajar tersebut dan semua pihak yang mempunyai kaitan dan hubungan dengan pelajar-pelajar tingkatan enam tersebut. Selain itu juga, saya ingin mendapatkan kebenaran mengenai kewajaran penggunaan telefon bimbit digunakan di dalam kawasan sekolah. Adakah penggunaannya dibenarkan atau dilarang sama sekali? Sekiranya dibenarkan penggunaannya, pihak sekolah mestilah memantau dan mengawal penggunaan telefon bimbit di dalam kawasan sekolah dengan sepenuh masa dan keadaan ini sangat mengganggu proses pengurusan pihak sekolah dan kesibukan proses Pengajaran dan Pembelajaran (P & P). Oleh itu, sememangnya pengunaan telefon bimbit di kawasan sekolah dilarang sama sekali untuk mengelakkan perkara-perkara tersebut terjadi selain mendatangkan kesan yang buruk kepada pelajar itu sendiri. Larangan penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar sememangnya sudah termaktub dalam Surat Pekeliling yang telah diluluskan oleh pihak Kementerian Pelajaran pada tahun 2009 dan semua sekolah tidak terkecuali dalam Surat Pekeliling tersebut.

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN Dalam menjalankan kajian ini, hasil yang diperolehi akan dapat memberikan pendedahan dan juga kesedaran kepada para pelajar khususnya pelajar-pelajar Tingkatan Enam di SMK Tunku Abdul Rahman mengenai kesan-kesan yang akan dihadapi sekiranya terlalu kerap menggunakan telefon bimbit tanpa kawalan. Kajian ini juga sedikit sebanyak pengetahuan kepada diri sendiri mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan telefon bimbit yang berupaya memudaratkan dan menjejaskan mental, emosi dan banyak lagi aspek yang boleh diambilkira. Selain itu juga, pengkaji akan berupaya untuk mendapatkan kepastian dan kebenaran di sebalik puncapunca pelajar Tingkatan Enam menggunakan telefon bimbit di dalam dan luar kawasan sekolah sehingga tidak langsung menjejaskan diri sendiri dan orang lain di persekitarannya yang turut menghadapi masalah ini seperti pihak sekolah, ibu bapa, rakan karib dan sebagainya. Pada masa yang sama, pengkaji akan dapat mengetahui sejauh manakah tindakan yang diambil oleh pihak-pihak tersebut dalam usaha mengatasi masalah ini berjaya memberikan kesan yang diingini terhadap pelajar Tingkatan Enam yang menggunakan telefon bimbit. Kajian ini juga membolehkan para pelajar Tingkatan Enam mengelakkan diri mereka daripada menggunakan telefon bimbit dengan kerap tidak kira di kawasan sekolah ataupun di luar kawasan sekolah kerana kedua-dua kawasan tersebut tidak mengubah kesan-kesan yang akan dialami oleh pelajar-pelajar tersebut. Para pelajar Tingkatan Enam juga dapat mengawal kadar penggunaan telefon bimbit dengan teratur dan terancang dalam menggunakan telefon bimbit untuk tujuan-tujuan tertentu. 1.6 BATASAN KAJIAN 1. Bahan dan maklumat yang sedikit. Oleh kerana kekurangan sumber, maklumat yang diperolehi untuk melengkapkan kajian ini agak sukar dilaksanakan. Keadaan ini telah melambatkan proses pelaksanaan kajian yang ingin dijalankan.Selain kekurangan sumber yang diperlukan, maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian sangat terhad dan sukar diperoleh terutamanya buku-buku, majalah-majalah, artikel-artikel dan sumber-sumber lain yang jarang dijumpai dan dijadikan rujukan.

2. Kekangan kerja sekolah lain. Walaupun ada banyak masa yang diperuntukkan, kerja-kerja sekolah yang lain dan aktiviti sekolah telah menyebabkan kurang masa yang diperuntukkan untuk membuat kajian. Kajian hanya dibuat ketika adanya perjumpaan R & D bersama dengan guru pembimbing iaitu pada hari Isnin dan hari Khamis.Keadaan ini telah menyukarkan perjalanan kajian.

3. Komputer rosak. Ketika kajian sedang dijalankan, masalah komputer yang rosak juga merupakan penyebab kajian ini tidak dapat dijalankan dengan lancar.Semua maklumat yang telah diperolehi dan disimpan di dalam komputer tersebut telah menyebabkan saya terpaksa mendapat dan mencari maklumat sekali lagi.Banyak masa yang telah dibazirkan akibat keadaan sedemikian.

1.7 DEFINISI ISTILAH Perkataan telefon diambil daripada bahasa Greek, Yunani iaitu Tele yang bermaksud jauh dan Phone yang bermaksud suara.Terdapat beberapa jenis telefon dan salah satunya ialah telefon bimbit.Menurut maklumat yang diperolehi daripada Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM), telefon bimbit merupakan satu alat perhubungan yang berfungsi berdasarkan isyarat gelombang tanpa pendawaian (wireless). Telefon bimbit juga dikenali sebagai sebagai telefon tangan, telefon selular dan telefon tanpa wayar dan mampu menyokong banyak perkhidmatan GSM tambahan serta mempunyai ciri telefon bimbit tambahan seperti khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi perutusan teks, surat-e, penukar paket bagi capaian internet, permainan, bluetooth, infrared, kamera dengan perakam video dan khidmat pesanan multimedia (MMS)bagi menghantar dan menerima gambar atau video. Telefon bimbit juga boleh digunakan dari jarak jauh atau dekat yang digunakan sebagai alat perhubungan suara atau data melalui jaringan stesen pangkalan yang dikenali sebagai tapak sel.

BAB 2: SOROTAN PENULISAN

Kajian ini dijalankan oleh wartawan unit khas Utusan Malaysia, MUHAMMAD AMIRUL AFIQ MASTOR, AZRAI MOHAMMAD dan ROSALINDA MD.SAID serta jurugambar, SHAIFUDDIN MOHD.NOOR dan NOORADZRENE MOHD.NOOR di sekolah-sekolah sekitar ibu negara bagi melihat sendiri fenomena penggunaan telefon bimbit di sekolah-sekolah. Hasil kajian wartawan Unit Khas Utusan Malaysia (2000) di beberapa sekolah disekitar ibu negara baru-baru ini jelas menunjukkan pekeliling yang kembali dikuatkuasakan pada Mac 2009 itu, tidak dipedulikan oleh para pelajar.Lebih menghairankan, pihak sekolah dan ibu bapa pula seolah-olah merelakan ia dicabuli. Rata-rata pelajar yang ditemui memberitahu, mereka sebenarnya membawa telefon bimbit ke sekolah secara curi-curi.Pada masa yang sama, mereka mengakui bebas melakukan apa saja menggunakan alat telekomunikasi tersebut di dalam kawasan sekolah.Alasannya, telefon bimbit penting untuk menghubungi ibu bapa apabila perlu atau jika berlaku sebarang kecemasan.Namun apabila ditanya lebih lanjut, mereka menyatakan, tujuan sebenar membawa telefon bimbit ke sekolah adalah untuk berhubung bersama rakan-rakan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan jarang sekali menggunakannya untuk menghubungi ibu bapa.

Selain itu, mereka menggunakan alat telekomunikasi tersebut untuk mendengar lagu yang telah dimuat turun ketika di dalam kelas atau pada masa terluang. Paling menyedihkan, mereka turut mendedahkan bahawa ada di kalangan rakan-rakan tidak kira lelaki mahupun perempuan yang menyimpan dan memuat turun gambar atau klip video lucah.Agak mengejutkan apabila mendapati daripada segi perbelanjaan, mereka

menghabiskan kira-kira RM10 ke RM40 sebulan yang diberi oleh ibu bapa bagi tujuan isian semula kredit.Dalam masa sama, kes kecurian telefon bimbit juga kerap berlaku kerana ada antara mereka memiliki telefon yang canggih dan mahal seperti BlackBerry dan iPhone.

Hakikatnya, tindakan kementerian mengeluarkan larangan tersebut ialah bagi menyekat peningkatan kes-kes disiplin di kalangan pelajar.Tambah mengejutkan, rata-rata mereka mengakui tidak boleh hidup tanpa telefon bimbit.Ketaksuban mereka terhadap alat ini sehinggakan mereka lebih rela tertinggal buku sekolah daripada telefon bimbit.Malangnya, setelah hampir dua tahun peraturan itu dikuatkuasakan, masalah penyalahgunaan telefon bimbit masih terus diperkatakan dan berleluasa di kalangan pelajar.Dalam hal ini, siapa yang

harus dipersalahkan?Pihak sekolah atau ibu bapa?Atau mungkinkah perkara ini berlaku didorong oleh sikap pelajar sendiri yang sememangnya degil?

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENGENALAN Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan-kesan, punca-punca dan langkah-langkah mengatasi terhadap penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan Lake, Bau.Responden bagi kajian ini adalah terdiri daripada 30 orang pelajar Tingkatan Enam Atas. Populasi bagi kajian ini pula adalah seramai 61 orang orang pelajar Tingkatan Enam Atas yang menuntut di SMK Lake, Bau. Namun, bukannya keseluruhan populasi pelajar tersebut yang menjadi sampel kajian tetapi sebahagiannya sahaja yang dipilih secara rawak. Kajian ini adalah berbentuk deskriptif yang menggunakan set soal selidik sebagai instrumen kajian.

A. REKA BETUK KAJIAN Dalam melaksanakan kajian ini, beberapa perkara telah dilakukan untuk mengumpulkan maklumat .Maklumat yang dikumpulakan adalah berdasarkan borang soal selidik yang telah diedarkan kepada beberapa orang pelajar Tingkatan Enam Atas yang telah dipilih secara rawak dalam kalangan pelajar Tingkatan Enam di SMK Lake.

B. POPULASI, TEMPAT, DAN SAMPEL KAJIAN

POPULASI Semuanya adalah terdiri daripada pelajar Tingkatan Enam iaitu 6 Atas 1 sebanyak 11 orang, 6 Atas 2 sebanyak 23 orang dan pelajar tingkatan 6 Atas 3 yang terdiri daripada 27 orang pelajar.

SAMPEL

Bilangan pelajar yang menjadi responden atau sampel dalam kajian ini adalah sebanyak 30 orang. 10 orang pelajar daripada Tingkatan 6 Atas 1, 6 Atas 2 sebanyak 10 orang responden juga dan 10 orang lagi adalah terdiri daripada pelajar Tingkatan 6 Atas 3.

TEMPAT Kajian yang dijalankan bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman

INSTRUMENTASI KAJIAN Instrument kajian yang digunakan dalam melaksanakan kajian ini ialah melalui borang soal selidik. Soal selidik digunakan untuk mendapatkan kepastian yang berkaitan dengan soalansoalan yang telah dikemukakan.

3.2. CARA PENGUMPULAN DATA/PROSEDUR KAJIAN Dalam bahagian ini, data atau keputusan kajian yang telah diperolehi melalui borang soal selidik yang telah diisi oleh responden akan dikumpul dan dianalisis melalui kaedah kuntitatif. Kaedah ini adalah kaedah yang paling sesuai untuk mendapat atau mengumpulkan maklumat dengan tepat.Kaedah kuantitatif dibuat berdasarkan peratusan dan angka sebenar data yang diperolehi.

3.3 CARA ANALISIS DATA Analisis data dibuat berdasarkan maklumat yang diperolehi melalui borang soal selidik yang telah diedarkan kepada 30 orang responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan Enam Atas.Analisis data dibuat secara rawak yang dijalankan secara kuantitatif yang memperlihatkan angka, nilai mutlak atau peratusan keputusan hasil daripada pengiraan daripada dapatan kajian iaitu melalui borang soal selidik yang telah diisi oleh responden dalam tiga bahagian yang berbeza.

BAB 4: KEPUTUSAN ATAU DAPATAN KAJIAN

BAHAGIAN A: PUNCA PELAJAR MENGGUNAKAN TELEFON BIMBIT. BIL 1. 2. KENYATAAN Menghubungi ibu bapa. Menghubungi atau menghantar mesej kepada teman lelaki/wanita 3. Menghantar mesej kepada rakanrakan. 4. Adanya permainan yang menyeronokkan 5. Untuk tujuan menunjuk-nunjuk sahaja. 6. Meniru semasa peperiksaan. 1 4 29 96 3 10 27 90 9 30 21 70 26 86.7 4 13.3 YA 29 14 % 96 46.7 TIDAK 1 16 % 4 53.3

Dalam jadual tersebut, tercatatnya maklumat yang telah diperolehi setelah diperolehi untuk membentuk satu data. Berdasarkan data yang telah diperolehi, kebanyakan pelajar Tingkatan Enam di SMK Lake menggunakan telefon bimbit untuk tujuan menghubungi ibu bapa mereka iaitu sebanyak 29 orang ( 96% ) dan hanya 1 orang ( 4% ) sahaja yang tidak menggunakan telefon bimbit untuk menghubungi ibu bapanya.Kebanyakan responden yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Enam juga menggunakan telefon bimbit untuk menghubungi atau menghantar mesej (SMS) kepada teman lelaki atau wanita. Sebanyak 6 orang ( 86.7% ) responden bersetuju dengan kenyataan ini manakala 16 orang ( 53.3% ) responden tidak bersetuju dengan kenyataan ini.

Sebanyak 26 orang ( 86.7%) responden juga menggunakan telefon bimbit untuk menghantar mesej ( SMS ) kepada rakan-rakan mereka tetapi sebanyak 4 orang ( 13.3%) responden tidak bersetuju bahawa faktor ini adalah punca mereka menggunakan telefon bimbit.Telefon bimbit juga digunakan disebabkan oleh faktor permainan yang terdapat dalam kebanyakan telefon bimbit yang canggih. Namun begitu, jumlah responden yang menggunakan telefon bimbit

atas faktor ini hanya 9 orang ( 30% ) sahaja berbanding 21 orang ( 70% ) responden yang tidak menggunakan telefon bimbit atas disebabkan oleh faktor ini.

Selain itu, jumlah responden yang menggunakan telefon bimbit hanya semata-mata untuk menunjuk-nunjuk sahaja adalah sangat kecil iaitu sebanyak 3 orang ( 10% ) sahaja berbanding dengan 27 orang ( 90% ) responden yang tidak bersikap sedemikian. Melalui data yang diperolehi juga, menunjukkan tiada seorang responden pun yang bersetuju bahawa telefon bimbit digunakan untuk meniru semasa peperiksaan kerana semua responden ( 0% ) menggunakan telefon bimbit untuk tujuan yang lain dan bukannya digunakan untuk tujuan meniru semata-mata.

BAHAGIAN B : KESAN PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT. SS : Sangat setuju S : Setuju. TP : Tidak pasti TS : Tidak setuju STS : Sangat tidak setuju

BIL 1.

KENYATAAN Mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran (P & P).

SS 21

S 5

TP 3 (10%)

TS 1 (3.3%)

STS 0 (0%)

(67.8%) (16.1%)

2.

Kemalasan.

6 (20%)

9 (30%) 7

(26.6%) (16.7%) (6.7%) 1 (3.3%) 3 (10%) 4 4 1

3.

Kelekaan.

17

(56.7%) (23.4%) 4. Pembaziran masa. 10 (33.4%) 5. Pembaziran wang. 17 12 (40)%) 7

(13.3%) (3.3%) 4 1

(13.3%) (3.3%) 1 (3.3%) 1 (3.3%)

(56.7%) (23.4%) (13.3%)

6.

Kesan radioaktif.

10

11

2 (6.7%) 1 (3.3%)

0 (0%) 1 (3.3%)

(33.4%) (23.4%) (36.7%) 7. Pembahagian masa tidak teratur. 14 11 3 (10%)

(46.7%) (36.7%)

Dalam bahagian ini, iaitu kesan penggunaan telefon bimbit terhadap pelajar Tingkatan 6 di SMK Lake, terdapat 7 kenyataan yang dikemukakan. Melalui kenyataan pertama, diketahui bahawa penggunaan telefon bimbit hanya akan menganggu proses pengajaran dan pembelajaran (P &P ). Sebanyak 21 orang ( 67.8% ) responden sangat setuju dengan kenyataan ini diikuti dengan 5 orang ( 16.1% ) responden yang setuju. Sebanyak 3 orang ( 10% ) responden pula tidak pasti dengan kenyataan yang dikemukakan. Namun begitu, ada seorang ( 3.3% ) responden yang tidak setuju dengan kenyataan ini dan tiada seorang pun yang sangat tidak setuju dengan kenyataan ini.

Dalam kenyataan yang kedua pula, iaitu kemalasan, ini adalah satu implikasi yang akan dialami oleh para pelajar Tingkatan Enam akibat menggunakan telefon bimbit secara tidak terkawal. Sebanyak 6 orang ( 20% ) responden yang sangat setuju dan 9 orang ( 30% ) yang setuju dengan kenyataan ini. Bilangan responden yang tidak pasti dengan kenyataan ini adalah sebanyak 8 orang ( 26.6% ). Jumlah responden yang tidak setuju dengan kenyataan ini pula adalah sebanyak 5 orang ( 16.7% ) sahaja dan 2 orang ( 6.7% ) bagi responden yang sangat tidak setuju dengan kenyataan ini.

Kelekaan juga merupakan salah satu kesan yang akan dihadapi oleh pelajar Tingkatan Enam apabila kerap menggunakan telefon bimbit. Dalam kenyataan ini, sebanyak 17 orang ( 56.7% ) responden sangat setuju dengan kenyataan ini. Jumlah ini adalah banyak berbanding dengan jumlah responden yang hanya setuju iaitu sebanyak 7 orang ( 23.4% ). Hanya 1 orang ( 3.3% )responden sahaja yang tidak pasti dengan kenyataan ini. Daripada 30 orang responden, 4 orang ( 13.3% ) daripadanya tidak setuju dan tidak ada satu orang pun yang sangat tidak setuju dengan kenyataan ini. Dalam kenyataan yang keempat pula, data yang diperolehi menunjukkan bahawa penggunaan telefon bimbit akan membawa kepada pembaziran masa. Dalam kenyataan ini, sebanyak 10 orang ( 33.4% ) responden sangat setuju dan responden yang setuju pula adalah sebanyak

12 orang ( 40% ). Tiga orang ( 10% ) responden pula tidak pasti dengan kenyataan yang dikemukakan ini. Daripada 30 orang responden yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Enam Atas, hanya 4 orang ( 13.3% ) responden yang tidak setuju dan seorang sahaja yang sangat tidak setuju dengan kenyataan ini.

Seterusnya, kesan penggunaan telefon bimbit juga akan menyebabkan masalah pembaziran wang. Dalam kenyataan ini, sebanyak 17 orang ( 56.7% ) sangat setuju dan 7 orang ( 23.4% ) hanya setuju diikuti dengan 4 orang ( 13.3% ) responden yang tidak pasti dengan kenyataan ini. Dalam jadual juga, menunjukkan bahawa hanya ada seorang ( 3.3% ) responden sahaja yang setuju dan jumlah ini adalah sama dengan jumlah responden yang sangat tidak setuju dengan kenyataan ini iaitu sebanyak 1 orang ( 3.3% ) sahaja.

Bagi kenyatan yang keenam iaitu menyebabkan kesan radioaktif pula, sebanyak 10 orang ( 33.3% ) responden sangat setuju bahawa telefon bimbit boleh membawa kesan yang buruk iaitu kesan radioaktif. Jumlah responden yang setuju pula ialah sebanyak 7 orang ( 23.3% ). Namun, sebanyak 11 orang ( 36.7% ) responden yang tidak pasti dengan kenyataa ini. Hanya 2 orang ( 6.7% ) responden sahaja yang tidak setuju manakala tiada seorang pun yang sangat tidak setuju dengan kenyataan ini.

Melalui data yang diperolehi juga, sebanyak 14 orang (46.7% ) responden sangat setuju bahawa penggunaan telefon bimbit akan menyebabkan pembahagian masa para pelajar Tingkatan Enam akan menjadi tidak teratur. Sebanyak 11 orang ( 36.7% ) pula hanya setuju dan 3 orang ( 10% ) daripada 30 responden tidak pasti dengan kenyataan ini. Manakala jumlah responden yang tidak setuju dengan kenyataan ini mempunyai jumlah yang sama dengan responden yang sangat tidak setuju iaitu 1 orang (3.3% ) sahaja.

BAHAGIAN C : LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN ENAM.

BIL KENYATAAN 1. Kes disiplin. SS 9 ( 30% ) 2. Rampas telefon. 7 ( 23.3%) 3. Gantung sekolah. 5 ( 16.6% ) 4. Amaran. 11 ( 36.6% ) 5. Menghadkan penggunaan telefon bimbit. 6. Pengawalan penggunaan telefon bimbit oleh ibu bapa. 7. Pantauan daripada ibu bapa dengan kerap. 4 ( 13.4% ) 13 (43.3%) 4 4 5 5 ( 16.6% ) 5 ( 16.6% ) S 8 TP 8 TS 2 (6.6%) 5 STS 3 (10%) 4

( 26.7% ) (26.7%) 10 (33.4%) 6 (20%) 9 (30%) 12 (40%) 11 (36.6%) 4

(13.4%) (16.7%) (13.3%) 5 4 10

(16.6%) (13.4%) (33.4%) 6 (20%) 4 4 (13.4%) 4 0 (0%) 5

(13.4%) (13.4%) (16.6%) 7 (23.3%) 3 (10%) 4 (13.4%)

(13.4%) (13.4%) (16.6%)

Dalam Bahagian C, iaitu langkah-langkah untuk mengatasi penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar Tingkatan Enam, sebanyak 9 orang (30%) responden yang sangat setuju bahawa pelajar-pelajar Tingkatan Enam yang menggunakan telefon bimbit terutamanya di dalam kawasan sekolah patut dikenakan kes disiplin manakala 8 orang (26.7%) responden setuju dengan kenyataan ini. Jumlah responden yang tidak pasti juga adalah sebanyak 8 orang (26.7%).Bagi responden yang tidak setuju pula, jumlahnya adalah sebanyak 2 orang (6.6%) sahaja diikuti dengan responden yang sangat tidak setuju iaitu sebanyak 3 orang (10%).

Dalam kenyataan kedua, iaitu merampas telefon bimbit pelajar Tingkatan Enam Atas yang membawa telefon bimbit di dalam kawasan sekolah, sebanyak 7 orang (23.3%) responden yang sangat setuju dan 10 orang (33.4%) responden pula setuju dengan kenyataan yang

dikemukakan ini. Jumlah responden yang tidak pasti dengan kenyataan ini adalah sebanyak 4 orang (13.3%) sahaja manakala sebanyak 5 orang (16.7%) orang responden pula tidak setuju dan 4 orang (13.3%) yang selebihnya sangat tidak setuju dengan kenyataan ini.

Seterusnya, sebanyak 5 orang (16.6%) responden sangat setuju bahawa salah satu langkah untuk mengatasi penggunaan telefon bimbit ialah dengan menggantung pelajar-pelajar Tingkatan Enam yang ditangkap menggunakan telefon bimbit di dalam kawasan sekolah daripada datang ke sekolah untuk tempoh yang tertentu.Enam orang (2.0%) responden hanya setuju dengan kenyataan ini manakala 5 orang (33.4%)responden pula tidak pasti. Sebanyak 4 orang (13.4%) responden berasa tidak setuju bahawa pelajar Tingkatan Enam patut digantung sekolah diikuti dengan 10 orang (33.4%) responden yang sangat tidak setuju dengan kenyataan ini.

Melalui kenyataan keempat pula, diketahui bahawa sebanyak 11 orang (36.6%) responden sangat setuju sekiranya para pelajar yang ditangkap membawa atau menggunakan telefon bimbit ke sekolah hanya perlu diberikan amaran dan 9 orang (30%) responden juga setuju dengan kenyataan ini. Sebanyak 6 orang (20%) responden pula tidak pasti adakah wajar sekiranya para pelajar Tingkatan Enam yang ditangkap menggunakan telefon bimbit diberikan amaran atau tidak.Namun begitu, hanya 4 orang (13.4%) responden yang tidak setuju dan tiada seorang responden pun yang sangat tidak setuju dengan kenyataan ini.

Selain itu, sebanyak 5 orang (16.6%) responden sangat setuju bahawa para pelajar Tingkatan Enam perlu menghadkan penggunaan telefon bimbit dan 12 orang (40%) responden juga setuju dengan kenyataan ini. Dalam jadual ini juga, diketahui bahawa sebanyak 4 orang (13.4%) tidak pasti dengan kenyataan ini. Jumlah responden yang tidak setuju adalah sama dengan jumlah responden yang tidak pasti iaitu sebanyak 4 orang (13.4%). Lima orang (16.6%) responden adalah terdiri daripada pelajar yang sangat tidak setuju bahawa penggunaan telefon bimbit perlu dihadkan.

Seterusnya, sebanyak 5 orang (16.6%) responden sangat setuju bahawa dengan mengawal penggunaan telefon bimbit oleh ibu bapa, ianya sedikit sebanyak dapat membantu mengatasi penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar Tingkatan Enam dan 12 orang (40%)

responden juga setuju dengan kenyataan ini. Tujuh orang (23.3%) daripada 30 responden tidak pasti dengan kenyataan yang dikemukakan ini.Dalam kenyataan ini juga, sebanyak 3 orang (20%) responden yang tidak setuju dan jumlah responden yang sangat tidak setuju dengan kenyataan ini adalah sebanyak 4 orang (13.4%).

Dalam kenyataan yang terakhir, hanya 4 orang (13.4%) responden yang sangat setuju sekiranya ibu bapa bagi pelajar-pelajar Tingkatan Enam yang menggunakan telefon bimbit kerap dipantau dari semasa ke semasa dan 13 orang (43.3%) responden juga setuju dengan kenyataan ini. Empat orang (13.4%) responden pula tidak pasti dengan kenyataan ini. Namun begitu, jumlah responden yang tidak setuju dengan kenyataan ini adalah sebanyak 4 orang (13.4) sahaja dan selebihnya iaitu sebanyak 5 orang (16.6%) sangat tidak setuju bahawa pantauan daripada ibu bapa dengan kerap adalah satu daripada langkah untuk mengatasi penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar Tingkatan Enam di SMK Lake.

BAB 5 : PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.0. PENGENALAN Dalam bab ini, saya akan membuat perbincangan mengenai keputusan-keputusan kajian yang telah deperolehi daripada kajian yang telah dijalankan.Perbincangan yang dilakukan akan dikemukakan melalui hipotesis-hipotesis yang telah diperolehi dan dibina. Perbincangan yeng dilakukan adalah berdasarkan hasil atau keputusan kajian yang telah dibuat melalui tiga bahagian yang berbeza iaitu bahagian A, punca penggunaan telefon bimbit, bahagian B, kesan-kesan yang akan dihadapi oleh pelajar Tingkatan Enam akibat menggunakan telefon bimbit dan bahagian C pula ialah langkah-langkah untuk mengatasi penggunaan telefon bimbit sama ada di dalam atau luar kawasan sekolah.

5.2. PERBINCANGAN Dalam bahagian A, kebanyakan pelajar Tingkatan Enam menggunakan telefon bimbit untuk menghubungi ibu bapa mereka dan cenderung untuk menghantar mesej kepada rakan-rakan mereka.Namun, sebahagian besar pelajar Tingkatan Enam yang tidak menggunakan telefon

bimbit atas faktor permainan yang ada.Begitu juga untuk pelajar yang menggunakan telefon bimbit hanya semata-mata untuk menunjuk-nunjuk sahaja.Ramai pelajar Tingkatan Enam yang menggunakan telefon bimbit bukannya bertujuan untuk menunjuk-nunjuk.Hal ini kerana, permainan yang ada hanya membuang masa dan demi untuk menyimpan bekalan tenaga bateri daripada berkurangan.Dalam bahagian ini juga, didapati bahawa telefon bimbit bukannya digunakan untuk meniru semasa peperiksaan. Pelajar Tingkatan Enam sedar bahawa menggunakan telefon bimbit untuk meniru semasa peperiksaan adalah perkara yang mustahil dan hukuman yang besar akan dikenakan kepada pelajar yang bertindak sedemikian. Oleh itu, mereka tidak berani untuk membuat perkara tersebut.

Dalam bahagian B pula, diketahui bahawa ramai pelajar yang bersetuju bahawa penggunaan telefon bimbit hanya akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dan kelekaan juga akan menjadi salah satu kesan daripadanya kerana telefon bimbit akan menghalang seseorang pelajar daripada melakukan aktiviti lain yang lebih berfaedah terutamanya dalam membuat kerja-kerja sekolah. Keadaan ini boleh mempengaruhi proses pembelajaran pelajar sehingga menyebabkan kemalasan dan seterusnya membuatkan prestasi pelajar tersebut merosot.Selain leka, telefon bimbit juga akan menyebabkan pembaziran masa. Masa yang sepatutnya digunakan untuk aktiviti-aktiviti yang lebih berfaedah akan terbuang begitu sahaja sekiranya menggunakan telefon bimbit secara kerap dan tidak terkawal. Telefon bimbit juga menyebabkan pembaziran wang terutamanya apabila wang tersebut digunakan untuk mengisi kredit telefon bimbit. Para pelajar Tingkatan Enam yang menggunakan telefon bimbit seharusnya tahu bagaimana untuk menjimatkan penggunaan kredit secara berhemah dan terancang.Namun begitu, ramai pelajar Tingkatan Enam tidak pasti bahawa telefon bimbit akan menyebabkan seseorang mendapat kesan radioaktif. Hasil daripada perbincangan juga mendapati bahawa penggunaan telefon bimbit secara tidak terkawal juga akan menyebabkan seseorang pelajar tidak dapat membahagikan masa mereka dengan teratur. Keadaan ini adalah kesan daripada kelekaan yang menyebabkan pelajar Tingkatan Enam tidak dapat untuk mengurus dan merancang masa mereka dengan lebih baik.Sekiranya perkara ini berlarutan, secara tidak langsung boleh menjejaskan pelajaran mereka.

Bagi bahagian C, hasil yang diperolehi daripada perbincangan mendapati bahawa lebih ramai pelajar Tingkatan Enam yang bersetuju bahawa langkah yang perlu diambil untuk mengatasi

masalah penggunaan telefon bimbit adalah hanya dengan memberikan amaran berbanding dengan pelajar yang tidak bersetuju sekiranya pelajar Tingkatan Enam yang membawa telefon bimbit ke sekolah patut digantung sekolah.Manakala di luar kawasan sekolah, didapati bahawa pelajar sepatutnya dapat menghadkan penggunaan telefon bimbit.Masa yang ada sepatutnya diperuntukkan dengan perkara-perkara yang lebih bermanfaat kepada mereka sendiri.Hasil daripada perbincangan juga mendapati bahawa ibu bapa juga memainkan peranan dalam masalah ini.Untuk mengatasi masalah penggunaan telefon bimbit, pelajar Tingkatan Enam mendapati bahawa ibu bapa bagi setiap pelajar sepatutnya dapat mengawal penggunaan telefon bimbit oleh anak-anak mereka masing-masing.Selain mengawal, ibu bapa juga perlu membuat pantauan secara kerap terhadap anak-anak mereka daripada menggunakan telefon bimbit secara tidak terkawal. Keadaan ini adalah sangat perlu dilakukan demi kepentingan anak-anak mereka iaitu pelajar-pelajar Tingkatan Enam agar tidak menjejaskan pelajaran mereka.

5.2 CADANGAN Kajian yang telah dijalankan ini diharapkan boleh menjadi panduan dan rujukan kepada pengkaji-pengkaji lain yang berminat untuk mengkaji dan mengetahui mengenai tajuk ini secara lebih mendalam dan lebih terperinci lagi. Misalnya, dalam kajian ini hanya pelajar Tingkatan Enam sahaja yang dijadikan subjek kajian dan populasinya adalah amat kecil berbanding dengan pelajar tingkatan-tingkatan lain. Disebabkan skop kajian ini adalah sangat kecil, pengkaji yang akan datang perlu membuat kajian tentang tajuk ini melalui skop yang lebih besar dan kajian ini hanya dijadikan bahan rujukan dan panduan bagi menjalankan kajian yang lebih luas dan mendalam. Selain itu, kajian ini diharapkan dapat memberikan gambaran kepada pihak sekolah mengenai kesan dan punca penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar Tingkatan Enam agar dapat mengambil tindakan yang sewajarnya supaya dapat mengatasi masalah ini dengan segera. Dalam masa yang sama juga, faktor media massa boleh dijadikan sebagai pemboleh ubah kerana media massa mampu memberikan gambaran yang lebih tepat dan jelas lagi terutamanya tentang aspek-aspek yang dikaji.

Selain daripada itu juga, pengkaji boleh memainkan peranan sebagai pemerhati atau pemantau yang dikenali sebagai participant observer iaitu sebagai pengkaji yang memantau

tindak tanduk rakan-rakan mereka yang merupakan subjek kajian supaya mendapatkan maklumat yang lebih jelas dan tepat tanpa disedari.

5.2. KESIMPULAN Melalui kajian yang telah dijalankan, dapat disimpulkan bahawa terdapat beberapa faktorfaktor atau punca-punca yang mendorong pelajar pelajar Tingkatan Enam Atas untuk menggunakan telefon bimbit tanpa memikirkan akibat yang akan mereka hadapi. Dengan ini, pihak-pihak tertentu perlulah mengambil atau melaksanakan apa jua tindakan yang wajar dan berkesan demi mengelakkan penggunaan telefon bimbit bukan sahaja menular dalam kalangan pelajar Tingkatan Enam Atas malah akan terus meluas ke pelajar-pelajar lain di SMK Tunku Abdul Rahman.Tindakan yang diambil juga perlu dilaksanakan dengan segera supaya pihak sekolah dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pembelajaran Tingkatan Enam Atas yang akan menduduki peperiksaan STPM tidak lama lagi.

BIBLIOGRAFI

1. Kamus Dewan Edisi Ketiga 2. Utusan Malaysia (2010) 3. Internet - Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM)

You might also like