You are on page 1of 42

Rancangan Orientasi Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong

1.0 1.1

LATAR BELAKANG SEKOLAH KEDUDUKAN SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong beralamat di Lebuhraya Sultanah Bahiyah, 05350 Alor Setar, Kedah. Berikut merupakan pelan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong.

TESCO

Sekolah Menengah Agama Mergong

Pejabat Pendidikan Daerah

Kawasan Perumahan

SMKM

Lebuhraya Sultanah Bahiyah Shahab Perdana

Kolej Universiti Insaniah

Rancangan Orientasi Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong

1.2

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong terletak lebih kurang tiga kilometer dari pusat Bandar Alor Setar. SMKM ditubuhkan pada 1 Disember 1989 dengan menumpang di Sekolah Kebangsaan Mergong. Pelajar sekolah ini bermula seramai 119 orang pelajar Tingkatan Satu yang ditempatkan di empat bilik darjah. Seramai 9 orang guru bertugas dan pengetua yang pertama bernama Tuan Haji Omar Abdul. Semua pelajar ini belajar di sesi pagi. Pada sesi 1990/91, sekolah telah memperlihatkan pertambahan bilangan pelajar iaitu seramai 244 orang pelajar menjadi 8 kelas dan masih mampu belajar di sesi pagi. Menjelang sesi persekolahan 1991/92 bilangan pelajar telah meningkat menjadi 345 oarang dan 26 orang guru. Keadaan ini memaksa pelajar Tingkatan Satu belajar di sesi petang. Sehingga tahun 1993, sebanyak tiga buah bangunan digunakan untuk menempatkan pelajar SMKM yang semakin bertambah. Di dalam keadaan bangunan yang terhad itu dan sedikit pengubahsuaian, masih terdapat ruang untuk menempatkan bilik pengetua dan pejabat, bilik guru, bilik pusat sumber, bilik ERT, bengkel kemahiran hidup dan makmal sains. Keadaan yang serba kekurangan dengan ruang yang terhad serta menumpang di sekolah rendah menyebabkan pelajar dan guru tertunggu-tunggu bangunan baru sekolah ini. Pada bulan Ogos 1997, Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong telah berpindah ke bangunan baru di Jalan Sultanah Sambungan. Bangunan baru ini mempunyai kawasan seluas 18.9 ekar yang menempatkan 3 blok yang mengandungi 26 bilik darjah. Di samping

Rancangan Orientasi Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong

itu terdapat 1 blok makmal sains tulen, 1 blok bengkel kemahiran hidup, 1 blok bengkel teknologi kejuruteraan, 1 blok bengkel pertanian, pejabat, pusat sumber sekolah dan kantin. Kebanyakan pelajar sekolah ini terdiri daripada bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Suka Menanti, Sekolah Kebangsaan Mergong 2, Sekolah Kebangsaan Sulaiman Sidik dan sedikit daripada Sekolah Kebangsaan Mergong 1. Sehingga kini, bilangan pelajar telah meningkat kepada 1300 orang dan guru seramai 90 orang. Mulai tahun 2000 sesi persekolahan terbahagi kepada 2 sesi iaitu pelajar Tingkatan 1 dan 2 belajar di sebelah petang manakala pelajar Tingkatan 3, 4 dan 5 belajar di sebelah pagi. Walau bagaimanapun, sesi persekolahan telah ditukar semula ke sesi pagi bagi semua pelajar Tingkatan 1 hingga 5.

Lampiran 1: Gambar pemandangan sekolah

Rancangan Orientasi Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong

1.2.1 TAFSIRAN LOGO SEKOLAH Warna dan Takrif Warna Merah Melambangkan keberanian menghadapi cabaran, keyakinan terhadap kemampuan diri serta semangat yang gigih untuk mencuba dengan bersungguh-sungguh dalam bidang akademik dan kokurikulum. Warna Kuning Melambangkan kemuliaan diri, nama, maruah serta prestasi baik sekolah yang sentiasa dipelihara. Warna Putih Melambangkan keiklhlasan, kemurnian hati dan budi pekerti yang baik akan sentiasa diamalkan dan dipelihara. Warna Biru Kepaduan menjana cita-cita sekolah menuju ke arah kecemerlangan. Struktur, Komposisi dan Takrif OBOR Melambangkan kejayaan di dalam bidang akademik Tahun 1989 Tahun sekolah ini ditubuhkan Relang Gelung Kecergasan dan usaha ke arah kecemerlangan dalam bidang sukan, permainan dan olahraga.

Rancangan Orientasi Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong

Bunga Padi Negeri Kedah sebagai Jelapang Padi Gear Kepentingan dan kemajuan bidang teknologi, bilangan guru yang pertama ketika sekolah ditubuhkan (9 orang). 1.2.2 LAGU SEKOLAH Berusaha kita berusaha menuju kejayaan Ke arah kecemerlangan itulah harapan Ke Arah Kecemerlangan Berusaha kita berusaha menuju kejayaan Berakhlak serta berbudi Ke arah kecemerlangan itulah harapan Amalan kita sentiasa murni Berakhlak serta berbudi Amalan kita sentiasa murni Seiring kita menuju Seiring kita menuju Wawasan hidup yang maju Wawasan hidup yang maju Kedaulatan dijunjung Kedaulatan dijunjung Usaha guru disanjung Usaha guru disanjung Kamilah para pelajar Sekolah Menengah Mergong Kamilah para pelajar Berjuang tetap berjuang Sekolah Menengah Mergong Menuntut ilmu dan kejujuran Bersama kita berbakti Berjuang tetap berjuang Kepada ibu pertiwi

Rancangan Orientasi Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong

1.2.3 PIAGAM PELANGGAN Kami warga SMK Mergong dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk: 1. Memastikan semua pelajar memulakan proses pembelajaran pada hari pertama persekolahan. 2. Memastikan agihan tugas guru menepati keperluan matlamat pendidikan serta memuaskan semua pihak. 3. Berusaha menjadikan sekolah sebagai tempat yang selesa dan sesuai untuk pembelajaran. 4. Memastikan matlamat/ data dapat disalurkan kepada pelanggan dengan lengkap, cekap, cepat dan terkini. 5. Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan mengikut jadual waktu yang ditetapkan dengan lancar serta dapat memenuhi kehendak pelajar, masyarakat dan negara. 6. Mewujudkan tenaga pelajar yang beriltizam, berdedikasi, berdisiplin,

bertanggungjawab dan produktif serta dapat berkhidmat dengan cekap dan berkesan sepanjang masa. 7. Memastikan bahawa pelajar-pelajar yang tamat perekolahan peringkat menengah mendapat pendidikan yang seimbang dari segi intelek, rohani dan jasmani. 8. Memastikan pejabat sekolah sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak pelanggan dengan: Memberi layanan kaunter yang mesra dan segera Menentukan semua surat menyurat, aduan/rayuan mengenai sekolah diambil tindakan dalam masa 10 hari dari tarikh terima
6

Rancangan Orientasi Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong

9. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan, syor dan teguran yang membina dari semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akdemik dan kokurikulum SMK Mergong.

1.3

FALSAFAH SEKOLAH

Bahawa setiap pelajar mempunyai keupayaan untuk berkembang maju dari segi intelek, jasmani, emosi dan rohani jika mereka diberi peluang mengembangkan bakat, minat, kemahiran mengikut kebolehan masing-masing secara terancang ke arah melahirkan pelajar yang berilmu, berdisiplin, berhemah tinggi dan berakhlak mulia bagi menghadapi cabaran hidup dewasa nanti.

1.4

VISI DAN MISI SEKOLAH

1.4.1 VISI SEKOLAH SMK MERGONG SENTIASA CEMERLANG 1.4.2 MISI SEKOLAH 1. Mempraktikkan pengurusan yang berkualiti dan telus. 2. Mempertingkatkan kecemerlangan akademik pelajar dari segi kualiti dan kuantiti. 3. Memperkembang potensi pelajar dalam bidang kokurikulum. 4. Memantapkan budaya sekolah yang kondusif dan selamat. 5. Memperkasa permuafakatan dan hubungan harmoni dengan Stake Holder.

Rancangan Orientasi Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong

1.4.3 MOTO SEKOLAH BERILMU BERBAKTI

1.5

STRUKTUR PENTADBIRAN SEKOLAH

Pentadbiran Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong diketuai oleh pengetua sekolah iaitu Tn. Hj. Pazil Bin Hj. Jaafar. Antara bidang tugas pengetua adalah sebagai pentadbir am, penyelia sekolah, murid dan kakitangan serta pengurus kewangan sekolah. Namun tugastugas beliau dibantu oleh guru-guru penolong kanan dan kerani sekolah. Pentadbir selepas pengetua adalah guru Penolong Kanan Pentadbiran (PKP). Guru PKP SMKM ialah Pn. Yasmin Bt Abdullah. Antara bidang tugas guru PKP adalah Beliau juga akan memantau

bertanggungjawab kepada pentadbiran am di sekolah.

perkembangan staf-staf dari segi tatatertib, kursus dalaman yang akan dihadiri, majlis yang akan diadakan di sekolah serta permuafakatan antara staf-staf di sekolah. Dari segi

kurikulum pula, beliau merupakan guru kanan atau ketua panitia matapelajaran serta akan menguruskan jadual waktu peperiksaan sekolah serta membantu, merancang dan menyelaras hal-hal yang berkaitan dengan penilaian dan peperiksaan serta mencadangkan tindakan susulan. Beliau juga akan menyusun jadual waktu kelas dan guru serta menyediakan jadual waktu ganti bagi mengelakkan pertindihan jadual waktu. Seterusnya adalah guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) iaitu En. Shabudin Bin Ali. Antara bidang tugas guru Penolong Kanan HEM ialah membantu

pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah agar perjalanannya menjadi lebih berkesan. Beliau juga akan memastikan bahawa segala keselamatan para pelajar adalah terjamin dan diatur mengikut prosedur dan peraturan serta menentukan

Rancangan Orientasi Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong

kebajikan pelajar seperti Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), biasiswa dan bantuan kewangan berjalan dengan lancar. Penolong Kanan HEM juga akan memastikan kelancaran kerja-kerja penerbitan dan percetakan majalah, perayaan dan kantin sekolah berjalan dengan baik. Selain itu, beliau akan mengurus dan mengemas kini semua buku rekod pendaftaran murid di sekolah dan menyemak semua buku kedatangan harian pelajar serta memastikan bahawa butirannya adalah dikemaskini. Beliau akan memastikan segala peraturan dan undang-undang sekolah

dikuatkuasakan oleh guru, kakitangan dan para pelajar dan beliau akan bertindak sebagai guru penasihat Lembaga Pengawas Sekolah dan bertanggungjawab terhadap perlantikan pengawas. Beliau juga bertanggung-jawab dalam menyelenggara dan membuat perakuanperakuan biasiswa dan bantuan kewangan pelajar yang mencapai akademik yang tinggi dari golongan yang kurang berada serta menguruskan segala tuntutan dan bayaran biasiswa dan bantuan kewangan pelajar yang layak menerimanya. En. Saridan Bin Abdul Hamid adalah selaku guru Penolong Kanan Kokurikulum SMKM. Antara tugas beliau sebagai guru kokurikulum ialah membantu, merancang, Beliau juga akan merancang

melaksana dan menyelia kegiatan sukan dan permainan.

takwim sukan dan permainan sekolah serta mengurus pemilihan peserta dalam acara sukan dan permainan sekolah. Beliau juga akan mengurus dan menyelaras kegiatan setiap bidang kokurikulum serta mengawal dan menilai setiap kegiatan supaya mencapai matlamatnya. Guru Penolong Kanan Kokurikulum juga bertanggungjawab dalam menentukan langkah keselamatan bagi setiap aktiviti kokurikulum yang dijalankan disekolah, menyelaras pembahagian pelajar dalam kumpulan atau rumah sukan, menguruskan dan menyelia

Rancangan Orientasi Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong

peralatan dan kemudahan kokurikulum dan akhir sekali memastikan rekod-rekod dan data kokurikulum diselenggara dengan baik. Pentadbiran seterusnya adalah guru-guru kanan yang mengetuai pelbagai bidang termasuklah bidang bahasa yang mana ia diketuai oleh Pn. Mafizah Bt Mat Akhir, Guru Kanan Sains dan Matematik, Pn. Hjh. Zakiah Bt Kasim, Guru Kanan Kemanusiaan, Pn. Noor Hashimah Bt Ismail, Guru Kanan Teknik & Vokasional, Pn. Norlela Bt Harun dan Guru Penyelaras Bestari, En. Shamsul Badri Bin Ishak. Di samping itu, pentadbiran sekolah ini juga disokong oleh pelbagai jawatankuasa seperti jawatankuasa kewangan sekolah, jawatankuasa aset sekolah, jawatankuasa kurikulum, jawatankuasa latihan dalam perkhidmatan, jawatankuasa pusat sumber, jawatankuasa pembestarian sekolah, jawatankuasa koperasi dan lain-lain.

10

Rancangan Orientasi Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong

Berikut adalah rajah yang menunjukkan struktur pentadbiran SMK Mergong:

PENGETUA

PENOLONG KANAN HEM

PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

GURU KANAN BAHASA

GURU KANAN KEMANUSIAAN

GURU KANAN SAINS & MATEMATIK

GURU KANAN TEKNIK & VOKASIONAL

KETUA PANITIA

KETUA PANITIA

KETUA PANITIA

KETUA PANITIA

11

Rancangan Orientasi Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong

1.6

BUDAYA SEKOLAH Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong mempunyai budaya sekolah yang agak

berbeza berbanding sekolah-sekolah menengah yang lain. Melalui pemerhatian yang dijalankan, didapati para guru mempunyai komitmen yang tinggi terhadap tugas yang diberikan. Melalui contoh yang ditunjukkan oleh Tuan Pengetua sendiri, seperti datang awal ke sekolah sebelum pelajar-pelajar berhimpun, boleh dijadikan sebagai role model yang terbaik untuk menjadi ikutan para guru sekolah. Setiap pagi Ahad, seperti biasa para guru dan pelajar akan berhimpun bersama-sama di kawasan tapak perhimpunan, manakala pada hari Isnin dan seterusnya, para guru turut berhimpun tetapi secara berasingan dengan pelajar. Di sini saya mendapati, warga pentadbiran sekolah mempunyai budaya ingin menambahkan ilmu pengetahuan yang sedia ada. Hal ini kerana, pada setiap pagi Isnin hingga Khamis iaitu tepat jam 7.30 pagi, para guru bersama Pengetua akan berhimpun berhampiran dengan bangunan bilik guru. Setiap pagi, terdapat seorang guru yang akan bertugas dan menyediakan sedikit tazkirah pagi selama 10 minit sebagai renungan bersama. Melalui ruang yang disediakan ini, para guru dapat menambahkan maklumat serta ilmu pengetahuan di mana dapat dijadikan sebagai ikutan oleh semua warga SMKM.

Lampiran 2: Pemandangan semasa tazkirah pagi

12

Rancangan Orientasi Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong

2.0 2.1

LAPORAN PEMANTAUAN P & P PENYEDIAAN BUKU RANCANGAN PENGAJARAN

Rancangan Pengajaran Tahunan disediakan berdasarkan kepada sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran iaitu merangkumi sepanjang tahun persekolahan dan dapat diterjemahkan ke dalam rancangan pengajaran harian serta diolah mengikut kesesuaian kelas dan potensi murid. Penyediaan rancangan pengajaran harian (RPH) di dalam buku rekod pengajaran dan pembelajaran (P&P) sebelum memulakan proses P&P adalah menjadi tanggungjawab kepada setiap guru. Hal ini kerana RPH dilihat mampu membantu guru merancang segala aktiviti, bahan bantu mengajar (BBM) dan objektif bagi pengajaran yang akan dijalankan agar menjadi lebih teratur dan berkesan. Sepanjang tempoh 3 minggu berada di SMK Mergong (SMKM), saya telah diletakkan di bawah bimbingan seorang guru matapelajaran Kemahiran Hidup iaitu Cikgu Chong. Beliau mempunyai pengalaman mengajar subjek ini selama 20 tahun. Saya telah meminjam buku RPH beliau dan melihat setiap RPH yang dibuat sepanjang bulan Januari dan Februari. Saya dapati RPH yang beliau buat adalah ringkas dan amat berbeza

berbanding RPH yang saya pelajari dalam subjek Kaedah Mengajar KHB yang mana setiap RPH mestilah mempunyai langkah-langkah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang terperinci serta mempunyai set induksi sebagai pendahuluan.

13

Rancangan Orientasi Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong

2.1.1 OBJEKTIF/ HASIL PEMBELAJARAN RPH juga perlu mempunyai objektif yang ingin dicapai serta hasil pembelajaran. RPH yang beliau buat adalah berbeza kerana hanya mencatatkan beberapa objektif pengajaran.

Lampiran 3: Contoh Buku RPH 2.1.2 LANGKAH DAN AKTIVITI Terdapat beberapa aktiviti yang dinyatakan di dalam buku RPH beliau, tetapi langkahlangkah bagi melaksanakan aktiviti tersebut tidak dinyatakan bersama. Semasa melakukan pemerhatian di dalam kelas pula, beliau banyak melakukan aktiviti seperti menyoal para pelajar. 2.1.3 BBM/ MAKMAL Bahan bantu mengajar yang digunakan oleh beliau adalah seperti papan tulis dan buku teks. Semasa menggunakan bengkel, beliau menggunakan pelbagai BBM seperti alatan untuk melukis (alatan lukisan teknik).

14

Rancangan Orientasi Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong

2.2

PENYAMPAIAN DAN PENGELOLAAN

Dalam komponen kedua ini, saya telah turut serta dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Cikgu Chong di dalam kelas untuk melihat dan belajar bagaimana proses pengajaran dan pengajaran (P&P) yang dilakukan oleh beliau dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di mana proses P&P ini dijalankan di dalam kelas bersama pelajar-pelajar Tingkatan 2 Bestari dan 2 Bijak. Berikut adalah penyampaian dan pengelolaan yang dilaksanakan oleh Cikgu Chong: 2.2.1 SET INDUKSI Guru memulakan kelas dengan mengambil kedatangan pelajar. Guru menanyakan khabar pelajar dan meminta pelajar mengingat kembali pelajaran lepas dengan mengemukakan beberapa soalan kepada pelajar. Guru hanya menggunakan papan tulis dan buku teks sebagai BBM secara ringkas semasa proses induksi. 2.2.2 PENDEKATAN, KAEDAH, TEKNIK DAN STRATEGI PENGAJARAN Guru banyak menggunakan pendekatan berpusatkan pelajar. Hal ini kerana guru banyak melaksanakan aktiviti yang memerlukan penglibatan pelajar secara menyeluruh. Pendekatan berpusatkan pelajar dapat mendorong pemahaman pelajar terhadap penggunaan kemahiran pemikiran yang kritis serta menggalakkan pelajar belajar secara kolaboratif dengan pelajar yang lain. Guru menggunakan kaedah tunjuk cara dengan menerangkan isi pengajaran di papan tulis. Manakala teknik pengajaran pula, guru menggunakan teknik penyoalan. Teknik ini digunakan bagi menguji pengetahuan serta kefahaman pelajar. Selain itu, ia dapat menarik perhatian pelajar supaya menumpukan perhatian kepada aktiviti pengajaran. Teknik ini dilihat berkesan kerana guru melaksanakan teknik mengemukakan soalan dengan baik

15

Rancangan Orientasi Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong

apabila guru mengajukan soalan terlebih dahulu, kemudian berhenti sekejap untuk memberi masa kepada pelajar untuk berfikir dan diikuti dengan menyebut nama pelajar supaya menjawab soalan. 2.2.3 PERKEMBANGAN DAN PENILAIAN Setelah memberi penerangan kepada para pelajar, Cikgu Chong membuat penilaian bagi menentukan sama ada para pelajar memahami apa yang telah dipelajari. Penilaian yang dilakukan oleh beliau adalah menyoal pelajar secara lisan. 2.2.4 PENGURUSAN KELAS Guru menggunakan suara yang kuat dan jelas sehingga keseluruhan isi kelas dapat mendengar suara beliau. Guru dapat mengawal keadaan kelas dengan baik selama satu atau dua waktu pengajarannya. Walaupun terdapat beberapa gangguan daripada beberapa orang pelajar, guru mampu untuk mengawal kelas dengan baik. 2.2.5 PENUTUP Setelah selesai melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran, guru membuat penutup kognitif dan juga penutup sosial. Guru telah membuat rumusan dengan menghuraikan semula perkara-perkara utama yang telah dipelajari pada hari tersebut. Selain itu, guru juga turut memberikan kata-kata nasihat dan ulasan mengenai prestasi mereka di dalam kelas. Kemahiran penutup yang dikuasai oleh guru ini dilihat dapat menjadikan proses P&P lebih berkesan di mana pelajar-pelajar dapat membuat rumusan terhadap fakta-fakta penting yang dipelajari serta dapat mengukuhkan kemahiran/ konsep yang baru dikuasai.

16

Rancangan Orientasi Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong

2.3

KEPERIBADIAN GURU Sepanjang tiga minggu berada di SMKM, saya telah diletakkan di bawah bimbingan

Cikgu Chong.

Pada hari pertama saya menemui Cikgu Chong, beliau adalah seorang

beperwatakan menarik, seorang yang baik dan mempunyai pengalaman yang begitu lama dalam dunia pendidikan. Beliau juga merupakan seorang guru yang peramah dan tidak pernah kedekut untuk berkongsi ilmu tentang dunia perguruan yang pernah dilaluinya. Beliau juga merupakan guru disiplin sekolah. Pada pandangan saya, Cikgu Chong adalah seorang yang sentiasa yakin dan bersungguh-sungguh dalam apa jua yang beliau lakukan. Apa yang saya perhatikan, Cikgu Chong mempunyai ilmu yang luas dan sangat mahir terhadap setiap topik yang diajar menjadikan pelajar berasa yakin dengan setiap apa yang diajar oleh guru mereka. Beliau mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap penguasaan matapelajaran yang diajarnya. Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan. Keperihatinan beliau yang tinggi terhadap para pelajar juga menjadikan pelajar sangat selesa untuk belajar dengan beliau. Beliau akan bertindak tegas terhadap pelajarnya sekiranya mereka tidak memberi perhatian terhadap penerangan beliau. Kesimpulannya, Cikgu Chong merupakan seorang guru yang sangat berketrampilan dan bersungguhsungguh untuk mendidik anak bangsa berjaya hingga ke menara gading serta menjadi orang berguna kepada bangsa dan negara yang tercinta.

17

Rancangan Orientasi Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong

3.0 3.1

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PANITIA STRUKTUR ORGANISASI PANITIA

Subjek Kemahiran Hidup Bersepadu diletakkan di bawah panitia teknik dan vokasional. Di bawah panitia ini juga diletakkan mata pelajaran perdagangan, prinsip akaun dan ekonomi asas. Panitia ini diselaraskan oleh Pn. Norlela Bt Harun iaitu selaku guru kanan teknik dan vokasional. Mengikut struktur organisasi panitia ini, ia dipengerusikan oleh Tn. Hj. Pazil Bin Hj. Jaafar iaitu pengetua SMKM kemudian Pn. Yasmin Bt Abdullah sebagai timbalan pengerusi yang juga merangkap penolong kanan pentadbiran SMKM. Seterusnya ia

diselaraskan oleh Pn. Hjh. Noraini Bt Mohd Noor selaku ketua panitia yang mana beliau juga merupakan guru subjek Kemahiran Hidup Bersepadu. Berikut merupakan senarai ketua panitia mata pelajaran bagi tahun 2010: BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 MATA PELAJARAN Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Sains Matematik Geografi Sejarah Perdagangan/ Prinsip Akaun Pendidikan Islam/ Tasawur Islam Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Teknologi/ Lukisan Kejuruteraan KETUA PANITIA En. Zamri B. Abd Rashid Pn. Zuriyati Bt Ariffin En. Abdul Shomad B. Jaafar Pn. Hjh Noraini Bt Yahaya Pn. Jaiton @ Jaitom Bt Maliasan Pn. Law Siew Chin Pn. Rafidah Bt Mustafa Ust. Naimah Bt Abu Bakar En. Abdul Razak B. Abu Bakar Pn. Hjh Danzila Bt Saidin

18

Rancangan Orientasi Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong

11 12 13 14 15 16

Pendidikan Seni Visual Kemahiran Hidup Teknologi Maklumat Produksi Multimedia Sains Sukan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Pn. Siti Nor Hamidah Bt Hashim Pn. Hjh Noraini Bt Mohd Noor Pn. Noraini Bt Ya En. Adi Lokman B. Saad En. Azmi B. Hj Hassan Pn. Manirah Bt Othman

3.2

PERANAN/ FALSAFAH/ MISI/ VISI/ MATLAMAT/ OBJEKTIF PANITIA

3.2.1 VISI PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU SENTIASA CEMERLANG 3.2.2 MISI PANITIA Mempraktikkan pengurusan sekolah berkualiti dan telus. Mempertingkatkan profesionalisme guru bagi melaksanakan aktiviti

kurikulum mata pelajaran dengan cekap dan mahir demi mencapai objektif pendidikan. Memperkembangkan kokurikulum. Memantapkan disiplin dan sahsiah pelajar. Mewujudkan budaya sekolah yang kondusif dan selamat. Memperkasa permuafakatan dan hubungan harmoni dengan Stake Holder. Memberi kesedaran kepada guru-guru betapa pentingnya teknologi maklumat dan komunikasi dalam bidang pendidikan masa kini dan akan datang.
19

potensi

pelajar

dalam

bidang

kurikulum

dan

Rancangan Orientasi Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong

3.2.3 OBJEKTIF Mencapai kelulusan 100% dalam peperiksaan PMR. Menambahkan kualiti A bagi setiap elektif. Meninggikan GPS Kemahiran Hidup ke tahap yang lebih baik berbanding tahun lalu. Meningkatkan kualiti guru dengan P&P yang berkesan. Menambahkan minat pelajar dalam bidang kemahiran.

3.3

PERANAN/ TUGAS KETUA GURU PANITIA

Berikut adalah senarai tugas ketua panitia bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu: 1. Bertindak sebagai Pengerusi Panitia Mata Pelajaran. 2. Menentukan penggunaan Sukatan Pelajaran yang kemaskini. 3. Menyelaras kerja-kerja akademik guru-guru mata pelajaran. 4. Bertanggungjawab menyelaraskan Rancangan Pelajaran Mingguan, Bulanan dan Penggal bagi semua tingkatan. 5. Menyelaras penyediaan soalan-soalan peperiksaan, skim pemberian markah dan pemeriksaan kertas jawapan. 6. Mengkaji dan menganalisa keputusan peperiksaan bagi mata pelajaran berkenaan dan memikirkan cara-cara untuk memajukan pencapaian dari masa ke semasa. 7. Menentukan jenis buku yang perlu dibeli untuk perpustakaan atau rujukan guru. 8. Mengkaji jenis buku-buku contoh yang dikirimkan oleh penerbit dan menentukan pemilihan buku untuk dipakai sabagai buku teks.

20

Rancangan Orientasi Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong

9. Membantu Pengetua memeriksa/ menyemak kerja murid-murid dalam mata pelajaran berkenaan. 10. Membaca dan mengesahkan soalan-soalan peperiksaan dalaman sebelum ditaipkan ke atas stensil. 11. Mengadakan mesyuarat dengan guru-guru mata pelajaran yang berkenaan secara berkala untuk membincangkan sebarang masalah yang berkaitan dengan mata pelajaran. 12. Menyelenggara kerja-kerja amali bagi peperiksaan (dan memberi markah jika perlu) seperti yang dikehendaki oleh Lembaga Peperiksaan. 13. Menentukan persediaan dan penggunaan alat bantu mengajar serta kaedah-kaedah pengajaran pembelajaran yang kemaskini. 14. Merekod dan menyimpan alat-alat bantuan mengajar. 15. Menjaga bilik sumber mata pelajaran (jika ada). 16. Mengendali kursus dalaman untuk guru-guru mata pelajaraan. 17. Menjalankan semua arahan yang diberikan dari masa ke semasa.

3.4

PERANAN/ TUGAS GURU-GURU PANITIA

Berikut adalah senarai tugas guru-guru panitia bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu: 1. Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran yang berkenaan. 2. Memahami dan mematuhi pekeliling-pekeliling dan arahan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus

21

Rancangan Orientasi Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong

dicapai iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang harus dicapai di akhir tiap penggal bagi tiap tingkatan. 3. Mempunyai sebuah Buku Rekod Mengajar yang kemaskini dan menyerahkan kepada Pengetua pada masa yang ditetapkan. 4. Menyediakan Rancangan Pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan lengkap untuk tempoh setahun/ sepenggal/ seminggu/ harian dan melaksanakan

pengajarannya mengikut Rancangan Pelajaran yang disediakan. 5. Menyediakan dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukup, memeriksa buku latihan pelajar dan memulangkan semula secepat mungkin. Menyerahkan/ menunjukkan buku latihan murid kepada Pengetua/ wakilnya pada masa yang dikehendaki. 6. Menjalankan Ujian Bulanan dan penilaian kepada pelajar. Merekodkan soalansoalan dan keputusan ujian dalam Buku Rekod Mengajar. 7. Mengesan kelemahan pelajar dan menjalankan kelas pemulihan/ bimbingan. 8. Menjadi ahli dalam Panitia Mata Pelajaran, menghadiri serta mematuhi dan melaksanakan keputusan mesyuarat panitia. 9. Menggunakan buku panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan/ Jabatan Pendidikan dan PPD. 10. Memastikan keselamatan pelajar di makmal/ bengkel/ bilik ERT/ Sains pertanian serta mengawasi penggunaan peralatan. 11. Menghadiri mesyuarat/ taklimat mengenai mata pelajaran yang berkenaan sama ada yang dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan/ Jabatan Pendidikan Negeri/ PPD. Menyampaikan semua maklumat kepada guru lain yang mengajar mata pelajaran yang sama.
22

Rancangan Orientasi Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong

12. Sentiasa mengikuti perkembangan dan pembaharuan tentang teknik mengajar mata pelajaran berkenaan bagi meninggikan lagi prestasi dalam pengajaran dan pembelajaran. 13. Melaporkan kepada Guru Kanan Mata Pelajaran tentang masalah pengajaran dan pembelajaran untuk tindakan selanjutnya. 14. Menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat bantuan mengajar yang digunakan, memastikan bahawa alat-alat bantuan mengajar digunakan secara meluas. Bertanggungjawab dlaam menambahkan alat bantuan mengajar bagi

memperkayakan Pusat Sumber Sekolah. 15. Mengadakan sudut-sudut mata pelajaran berkenaan dalam kelas-kelas yang diajar. 16. Membantu menguruskan bank soalan. 17. Menjalankan tugas seorang kaunselor dan seorang guru disiplin. 18. Bekerja sebagai Team Player.

23

Rancangan Orientasi Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong

3.5

MESYUARAT PANITIA Sesebuah panitia seharusnya mengadakan mesyuarat panitia sekurang-kurangnya 4 kali setahun. Panitia ini telah mengadakan mesyuarat pertamanya pada bulan Januari yang lalu. Berikut adalah minit mesyuarat bagi Panitia Kemahiran Hidup Bersepadu SMKM. MINIT MESYUARAT PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MERGONG KALI PERTAMA 2010

HARI TARIKH MASA TEMPAT Kehadiran: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

: : : :

KHAMIS 21 JANUARI 2010 2.05 PETANG BILIK ERT

Pn. Norlela bt. Harun - (GK Teknik dan Vokasional) Pn. Noraini bt. Mohamad Nor ERT - Ketua Panitia Pn. Aziah bt. Mohd Ali - ERT En. Ong Kian Teong SPN En. Hayazi b Yusof SPN En. Chong Chon Hee PK Pn Asmawati bt. Mat Taib PK Pn. Danzila bt. Saidin - TK

Tidak Hazir: 1. En. Samsudin b. Saruai M/C 2. Pn. Fatimah bt. Ahmad M/C

MINIT MESYUARAT: 2.1. Ucapan Aluan Pengerusi Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli yang sudi hadir ke mesyuarat pertama tahun 2010.

24

Rancangan Orientasi Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong

2.2.

Perlantikan Setiausaha Cadangan dibuat oleh En hayazi b. Yusof Disokong oleh En. Ong Kian Teong Melantik Pn Aziah bt. Mohd Ali sebagai setiausaha untuk tahun 2010.

2.3

Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu Dicadangkan oleh: En Chong Chon Hee Disokong oleh : Pn Aziah bt. Mohd Ali

2.4

Perkara berbangkit Tiada perkara berbangkit

2.5 2.5.1

Post Mortem PMR 2009 Setiap guru dibekalkan salinan keputusan PMR 2009. Di bawah adalah keputusan penuh yang diperolehi untuk mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu:

Bil

Mata Pelajaran

TH

% Lulus 2009

% Lulus 2008

Beza + /_

Kemahiran Hidup Pilihan 1

22

22

18

93.33

95.35

-2.02

Kemahiran Hidup Pilihan 2

50

23

27

98.15

94.07

4.08

Kemahiran Hidup Pilihan 3

27

29

14

93.59

100

-6.41

Kemahiran Hidup Pilihan 4

24

100

100

0.00

25

Rancangan Orientasi Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong

2.5.2

Daripada analisa keputusan di atas, kita dapati keputusan digred E berkurangan Walaupun % keputusan KHB 1 dan KHB 3 merosot . Untuk di tahun 2010, panitia KHB mensasarkan kesemua pilihan akan mencapai 100% keputusannya.

2.5.3

ANTARA KEKUATAN PENCAPAIAN: a. b. c. d. e. Pebanyakkan latihan ulangkaji setiap tajuk. Menjawab soalan PMR sebenar Teknik menjawab soalan dari Guru Pakar KHB Alat Bantu Mengajar amat penting, kerana soalan-soalan berdasarkan alat yang sebenar yang pelajar dapat lihat dan mempraktikkan dalam bengkel. Teknik guru mengajar juga penting, agar dapat menarik minat pelajar dalam mata pelajaran KHB.

ANTARA KELEMAHAN PENCAPAIAN: a. Matapelajaran KHB adalah satu matapelajaran yang mempunyai Kerja kursus, setiap pelajar yang dikehendaki membuat Modul 1, Modul 2, Modul 3 dan Modul 4 sepanjang Ting 1, Ting 2 dan Ting 3. Permasalahannya markah-markah ini akan menjejaskan keputusan peperiksaan PMR sekiranya pelajar ini tidak hazir pada waktu peperiksaan PMR. Ini akan melibatkan % mata pelajaran tersebut. Ada di kalangan pelajar yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira dengan baik, menyebabkan prestasi kelulusan mereka kurang memuaskan. Pelajar-pelajar kurang menguasai teknik menjawab soalan terutama soalan yang berkaitan Perdagangan dan Keusahawanan. Pelajar dari kelas Pendidikan Khas antara punca pelajaran KHB tidak dapat mencapai 100%. Tindakan: Semua Guru KHB

b.

c.

d.

26

Rancangan Orientasi Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong

2.6 2.6.1

Pemantauan Kurikulum Berkualiti (PKB) Persediaan Buku Rekod:

Kelas/ Tingkatan Masa: Hari: Waktu:

Tajuk: Objektif: Aktiviti: Refleksi: Nilai: (jika perlu)

2.6.2 Rancangan Pengajaran Tahunan: Setiap Rancangan Pengajaran Tahunan hendaklah ; - berbentuk landscape dan - mempunyai ruangan :

MINGGU TAJUK

HASIL ARAS PEMBELAJARAN

AKTIVITI CATATAN / TAKWIM

Guru diminta menghantar satu set untuk simpanan fail dan satu set lagi diserahkan kepada Penolong Kanan Kurikulum. 2.6.3 Pencerapan: a. b. Untuk Guru Cemerlang akan dicerap oelh Tuan Pengetua. Guru diminta menyemak Jadual pencerapan dan semakan buku yang telah pun dibekalkan oleh pihak pengurusan sekolah,

2.6.4 Buku Rekod hendaklah dihantar pada tiap-tiap minggu (Khamis) kepada Guru kanan berkenaan yang telah ditetapkan. 2.6.5 Peringatan : Laporan PKB akan dihantar pada tiap-tiap bulan oleh pihak sekolah.

Tindakan: Semua Guru KHB

27

Rancangan Orientasi Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong

2.7.

Anggaran Belanjawan 2010

2.7.1 Memandangakan Wang Perkapita tahun ini berkurangan, guru-guru hendakalh merancangkan mengikut kadar keewangan yang di tetapkan. 2.7.2 Seperti biasa setiap barang yang hendaklah dibeli mestilah mendapat persetujuan daripada ketua Panitia dan di kehendaki mengisi borang Pra Order yang dluluskan oleh Ketua Panitia dan di sahkan oleh Guru Kanan dan Tuan Pengetua. 2.7.3 Kurangkan bahan photostate dari kedai luar, gunakan mesin di sekolah, pesanan dari Ketua Kerani Sekolah. Tindakan: Ketua Panitia dan Semua Guru KHB

2.8.

Headcount 2010

2.8.1 Headcount ditetapkan seperti di bawah:

Tingkatan Tingkatan 2 Tingkatan 3

Pilihan 1 En. Samsudin Pn. Danzila

Pilihan 2 Pn. Noraini Pn. Fatimah

Pilihan 3 En. Hayazi En. Ong

Pilihan 4 Pn. Asmawati En. Chong

2.8.2 Guru-guru diberi tempoh seminggu selepas bermesyuarat, serahkan pada Ketua Panitia untuk diserahkan kepada Penolong Kanan Kurilkulum.

Tindakan: Ketua Panitia dan Semua Guru KHB

2.9

Pentaksiran Kerja Kursus 2010

2.9.1 Kerja kursus boleh dimulakan seperti tahun- tahun yang lepas. 2.9.2 Disiapkan seperti yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.

Tindakan: Ketua Panitia dan Semua Guru KHB

28

Rancangan Orientasi Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong

2.10 Perancangan 2010 2.10.1 Menaik taraf bengkel agar kelihatan bersih, kemas dan ceria. 2.10.2 Mengadakan kursus bagi tajuk-tajuk yang kurang mahir seperti Elektronik dan Motor

Tindakan: Guru Kanan, Ketua Panitia dan Semua Guru KHB

2.11. Hal-hal lain Antara maklumat yang diedarkan kepada semua guru KHB: 2.11.1 Guru telah dibekalkan dengan borang selidik untuk membeli barang-barang bengkel yang berkurangan. 2.11.2 Jadual agihan kelas 2010, ada sedikit perubahan, di mana kelas Tingkatan 1 Dedikasi dan 1 Atlit bagi pelajar perempuan sahaja mengambil KHB Pilihan Perdagangan. 2.11.3 Jadual Penggubal soalan bulanan dan peperiksaan Penggal. 2.11.4 Contoh Borang Headcount HC1, HC2 dan HC3 2.11.5 Program bersama Pusat Sumber Sekolah 2.11.6 Minggu Teknik & Vokasional dalam bulan Jun 2010 2.11.7 Sekolah telah menyediakan laman web (www.smkm.net). Kalau ada apa-apa bahan serahkan kepada cikgu Adi Logman, Cikgu Chong dan Cikgu Alia. 2.11.8 Ucapan dari Guru Kanan Teknik & Vokasional a. b. c. d. 55 slide yang ditunjukkan Tuan Pengetua Setiap guru yang mengajar mesti ada matlamatnya dan P & P mestilah cemerlang Laporan daripada Lembaga Nazir kualiti guru sederhana dalam P & P Peringatan: Setiap markah kerja kursus hendaklah ditandatangani oleh Guru Kanan dan disimpan di bilik Guru Kanan untuk memudahkan urusan, sekiranya ada pemindahan pelajar. Kemas kini buku stok KH untuk penyemakan Pegawai Stok.

e.

Tindakan semua guru KHB

29

Rancangan Orientasi Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang

Disediakan oleh, . (PN. AZIAH BT. MOHD. ALI) Setiausaha Panitia KHB, SMK Mergong

Disahkan oleh, (PN. NORLELA BT. HARUN) Guru Kanan Teknik & Vokasional, SMK Mergong

s.k.

1. 2. 3. 4.

Tuan Pengetua Penolong Kanan Kurikulum Guru Kanan Teknik & Vokasional Fail Panitia KHB

30

Rancangan Orientasi Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong

3.6

PERANCANGAN STRATEGIK PANITIA TARIKH

BIL

STRATEGI PELAKSANAAN

TINDAKAN

TUGASAN

SUMBER

1.

Mengenalpasti kumpulan pelajar cemerlang, baik dan galus.

Januari - April

Ahli Panitia

Ahli Panitia

2.

Menyediakan bengkel dan makmal dengan peralatan dan bahan yang mencukupi untuk kegunaan guru dan pelajar.

Sepanjang tahun

Ahli Panitia

Ahli Panitia

3.

Mendedahkan pelajar dengan teknik menjawab soalan peperiksaan dengan betul, tepat dan lengkap.

Setiap bulan

Penyelia

Menghubungi guru cemerlang dan penggubal soalan

Guru cemerlang Pelajar kelas peperiksaan Dewan Siaraya Laptop / LCD

4.

Menyediakan bahan bahan rujukan yang boleh digunakan oleh setiap guru dan pelajar.

Sepanjang tahun

Ahli Panitia

Ahli Panitia

Pusat Sumber sekolah

31

Rancangan Orientasi Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong

5.

Menyediakan set soalan-soalan tahun lepas

Sepanjang tahun

Ahli Panitia

Ahli Panitia

Fotostat

6.

Graf Prestasi Diri Pelajar

Setiap kali selepas peperiksaan

Guru dan pelajar

Ahli Panitia

7.

Kelas Bimbingan

Selepas waktu persekolahan

Guru

Soalan-soalan

8.

Latihan topikal setiap tajuk

Januari-Oktober

Guru

9.

Menyediakan pelan tindakan pada setiap tahun Program rakan sebaya pelajar yang pandai akan membimbing pelajar yang lemah

Sepanjang tahun

Ahli Panitia

10.

Januari-Oktober

Guru dan pelajar

32

Rancangan Orientasi Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong

3.7

PENYELIAAN/ PENCERAPAN PENCERAP BIL NAMA GURU BULAN

1 2 3 4 5 6 Guru Kanan Teknik 7 & Vokasional 8 9 10 11 12

Pn. Hjh Noraini Md Nor Pn. Noraini Bt Ya Pn. Hjh Aziah Bt Mohd Ali Pn. Hjh Fatimah Bt Ahmad Pn Masuri Bt Hasan Pn Asmawati Bt Mat Taib En. Adi Lukman Bin Saad En. Ong Kian Teong En. Chong Chon Hee En. Hayazi Bin Yusof Pn. Chek Suzlina Bt Hashim Pn. Rozihana Bt Omar

Januari Februari Mac April Mei Mei Jun Julai Ogos Ogos September September

33

Rancangan Orientasi Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong

3.8

PEPERIKSAAN/ UJIAN Jan Feb / / / / Mac Apr / / / / / / / / / / / / / / / / Mei Jun Jul / / / / / / Ogo Sept Okt Nov

Akiviti Ujian bulanan Latihan Topikal Peperiksaan Penggal Teknik Menjawab Soalan Kelas Bimbingan Graf Prestasi Pelajar Peperiksaan Percubaan PMR 2010 Peperiksaan PMR 2010

34

Rancangan Orientasi Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong

3.9

PERUNTUKAN KEWANGAN PANITIA BAKI ANGGARAN JUMLAH 2009 2010 PERBELANJAAN BUTIRAN JUMLAH PELAKSANAAN TEMPOH BAKI

BIL

BUTIRAN

1844.65

23166

25010.65

RBT

TERAS TING 1 310 pelajar TING 2 310 pelajar TING 3 310 pelajar 1953 Jan Oktober 2449 Jan Oktober 3069 Jan Mei 2635 Jan Mei

ELEKTRONIK

TERAS ELEKTRONIK T3 310 pelajar ELEKTIF TING 2 70 pelajar TING 3 75 pelajar

525 Jan Oktober 862.5 Jan Mei

35

Rancangan Orientasi Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong

ERT

1. Bahan masakan 2. Alatan jahitan 3. Fabrik ting 1 dan 2 Tuala tangan 310 pelajar

2500 Jan Oktober 1000 2000 Jan Oktober 310 Jan Oktober

JAHITAN

PERKEBUNAN

1. Pokok, baja dan benih 2. Membaiki dan tapak

500

2500

menyimpan semaian

Hal-hal lain

1. bengkel

Menyenggara

1000

2. Alatan tangan 3. Cat, syelek, berus 4. Bahan elektrik-

500 1000 500

bateri, wayar dll JUMLAH 23303.50 1707.15

36

Rancangan Orientasi Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong

3.10

PERALATAN DAN KEMUDAHAN PANITIA

Berikut merupakan gambar peralatan dan kemudahan yang terdapat di bengkel masakan dan jahitan bagi subjek Kemahiran Hidup Bersepadu.

37

Rancangan Orientasi Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong

3.11

SISTEM FAIL PANITIA

Segala dokumen dan fail panitia bagi Panitia Kemahiran Hidup Bersepadu disimpan dan dikekaskinikan di bilik guru kanan.

Lampiran 4: Gambar Sistem Pemfailan FAIL Fail (01) Mesyuarat Fail (02) Surat Menyurat Fail (03) Maklumat Guru Fail (04) Dokumen Panitia - Rancangan Tahunan Ting. 1 3 - Sukatan Pelajaran Ting. 1 3 -Perancangan Strategik Panitia - Program Panitia Fail (05) Koleksi Soalan Fail (06) Post Mortem Fail (07) Pengurusan Headcount
38

MAKLUMAT - Minit mesyuarat KHB 2008 - 2010

- Surat menyurat 2005 - 2010

- Semua maklumat guru panitia KHB

- Koleksi kertas soalan PMR bagi mata pelajaran KHB

- Analisa keputusan pertengahan tahun 2005 - Analisa keputusan PMR 2005 - 2009 - Headcount pencapaian keseluruhan mata pelajaran KHB

Rancangan Orientasi Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong

3.12

STOK DAN INVENTORI PANITIA

Stok dan inventori bagi setiap panitia akan direkodkan dalam buku seperti buku Daftar Pergerakan Harta Modal dan Inventori dan buku Daftar Stok Bekalan Pejabat.

Lampiran 5: Gambar Buku Inventori

Lampiran 6: Gambar Borang Daftar Inventori

39

Rancangan Orientasi Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong

3.13

PRESTASI PANITIA

KHB ( PERDAGANGAN & KEUSAHAWANAN ) JUMLAH PELAJAR 61 64 30 31 64 GRED C 1 2 1

TAHUN PMR 2006 PMR 2007 PMR 2008 PMR 2009 PMR 2010

A 51 56 30 24 50

B 9 6 6 14

% 100 100 100 100 100

GPMP 1.18 1.16 1.00 1.26

Graf Pelunjuran KHB ( Perdagangan & Keusahawanan )


120 100 80 60 40 20 0 PMR 2006 PMR 2007 PMR 2008 PMR 2009 PMR 2010 PMR 2006 PMR 2007 PMR 2008 PMR 2009 PMR 2010

40

Rancangan Orientasi Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong

4.0

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah saya ikuti sepanjang tempoh melakukan Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) ini sedikit sebanyak telah memberi pengalaman kepada saya tentang situasi yang bakal saya hadapi apabila bergelar seorang guru pada suatu hari nanti. Saya telah mempelajari banyak perkara semasa berada di sekolah antaranya, bagaimana cara untuk mengawal keadaan di dalam kelas dan bagaimana cara yang terbaik untuk menyampaikan pengajaran yang berkesan di dalam kelas. Sepanjang tempoh ROS selama dua minggu ini juga, saya telah diberi peluang oleh pihak sekolah untuk masuk ke kelas sebagai guru ganti bagi guru yang tidak hadir. Ia merupakan suatu pengalaman yang amat menyeronokkan. Hal ini kerana, saya dapat mengenali para pelajar dengan berkenalan dengan mereka serta melakukan aktiviti seperti kuiz bersama dengan pelajar. Semasa melaksanakan minggu ROS juga, saya telah diberi peluang sebagai salah seorang guru fasilitator untuk mengendalikan program kaunseling bersama pelajar-pelajar Tingkatan Satu hingga Lima. Di samping itu juga, sekolah telah menganjurkan beberapa aktiviti seperti Larian Merentas Bandaraya dan juga Temasya Balapan dan Padang. Melalui aktiviti tersebut, saya telah mendapat pelbagai pengalaman dengan memegang beberapa tugas untuk dilaksanakan. Sebagai kesimpulannya, saya telah memperoleh pelbagai pengalaman yang tidak mungkin dapat dilupakan sepanjang berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong ini.

41

Rancangan Orientasi Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong

Lampiran 7: Gambar Program Kaunseling

Lampiran 8: Gambar Hari Temasya Balapan dan Padang

42

You might also like