You are on page 1of 4

Arkeologi ialah kajian secara amali tentang sejarah silam.

Ini membabitkan ekskavasi atau penelitian tapak serta kajian dan analisis tentang bahan peninggalan yang ditinggalkan oleh orang yang pernah mendiami atau bekerja di situ. Arkeologi ialah cara kita kembali ke sejarah silam untuk mengetahui bagaimana manusia hidup beratus-ratus tahun dahulu,malah beribu-ribu tahun yang lalu. Arkelogi sebahagiannya berkaitan benda tetapi sebahagian besar berkaitan manusia. Keterujaan arkeologi terletak pada pembinaan gambaran manusia dengan membuat perkaitan antara barang yang ditemui di atas tanah dengan orang yang tinggal di tempat itu suatu masa lalu. Menurut Grahame Clark,dalam Archeology and Society beliau menyatakan bahawa arkeologi merupakan suatu kajian yang sistematik tentang benda-benda kuno sebagai suatu alat untuk merekonstruksi masa lampau. Manakala,Stuart Piggot pu;a menyatakan Arkelogi merupakan suatu disiplin yang mempelajari peristiwa yang tidak disedari dan dibuktikan oleh peninggalan benda-benda yang masih ada,apakah hasil-hasil kekunoan itu produk dari sebuah masyarakat dengan menggunakan catatan tertulis atau tanpa tulisan. Arkeologi yang merupakan suatu bidang saintifik sememangnya menarik. Arkeologi ialah suatu bidang ilmu yang menggunakan objek yang dikorek di tapak cari gali sebagai sebahagian asas kajian,sama ada barangan seharian atau sampah,di samping harta yang hebat.

PENGENALAN Arkeologi umumnya sering dikaitkan dengan unsur-unsur pengembaraan yang mencabar, penemuan yang bernilai, kisah-kisah misteri, tamadun-tamadun purba dan watak-watak utama dalam filem cereka seperti Indiana Jones dan The Lost of King Solomon Mines. Gambaran-gambaran sedemikian hanyalah tokok tambah dari gambaran sebenar bidang ini. Arkeologi sebagai satu disiplin ilmiah telah berkembang lebih dari tiga abad lalu merupakan satu disiplin ilmu yang khusus dalam menyingkap masa lalu manusia dan membinanya semula untuk tatapan masa kini. Ianya berkembang dari satu hobi kepada satu disiplin ilmu yang serius dengan metodologi, teori, teknik dan teknologi yang sentiasa perubahan. Penemuan-penemuan besar dalam perkembangan arkeologi seperti makam-makam diraja Firaun, tinggalantinggalan empayar Rom, Maya dan Aztec, kuil dan candi Hindu-Buddha seperti Angkor Wat dan Borobudor sentiasa mendapat liputan luas oleh media massa dan membentuk gambaran umum yang menarik. Namun demikian, kegagalan, kekecewaan, pengorbanan, kepayahan ahli arkeologi dalam melaksanakan dan mengembangkan bidang ini amat jarang diketahui oleh masyarakat umum. 1. 2 APA ITU ARKEOLOGI ? Arkeologi berasal dari perkataan Yunani iaitu arkhaiologia yang bererti perbincangan tentang benda purba atau silam. Istilah ini digubah semula pada abad ke 17 oleh seorang sarjana German bernama George Daux. Terdapat pelbagai definasi tentang arkeologi dan sebagai satu disiplin yang dinamik, ianya telah berubah-ubah bersesuaian dengan ruang kajiannya yang semakin luas dengan aplikasi teknologi semasa. Antara definisi-definisi yang sering digunakan oleh ahli arkeologi dalam merujuk kepada pengertian bidang ini ialah seperti:1. Paul Bahn menyatakan pengertian asas arkeologi ialah satu kajian sistematik tentang masa lampau yang berasaskan budaya kebendaan dengan bermatlamat untuk membongkar, menerangkan dan mengklasifikasikan tinggalan-tinggalan budaya, menguraikan bentuk dan perilaku masyarakat masa silam serta memahami bagaimana ia terbentuk dan akhir sekali merekonstraksinya semula. 2. Grahame Clark mendefinisikan arkeologi sebagai satu bentuk kajian yang sistematik ke atas bahan-bahan purba bagi membentuk semula sejarah. Cottrell Leonard pula mendefinisikan arkeologi sebagai satu cerita mengenai

manusia dengan merujuk kepada tinggalan seperti peralatan yang digunakan, monumen, rangka manusia dan segala yang terhasil dari inovasi yang diciptanya. 3. Glyn Danial mendefinasikan arkeologi sebagai satu cabang sejarah yang mengkaji tinggalan-tinggalan masa lampau. Kajian sejarah yang menggunakan segala maklumat sama ada ME 2733: Pengantar Arkeologi 3 bertulis, epigrafik atau tinggalan dengan matlamat akhir untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang manusia masa silam. 4. Frank Hole dan Robert F. Heizer pula merujuk arkeologi sebagai suatu kajian tentang masa silam manusia yang dikaji terutamanya melalui bahan-bahan peninggalan. Arkeologi juga merupakan satu susunan kaedah dan tatacara penyelidikan masa lalu yang mengambarkan data-data yang diperolehi dan latihan akademik serta orentasi teori ahli arekologi. 5. Robert J. Sharer dan Wendy Ashmore melihat arkeologi sebagai bahagian khusus tentang teknik yang digunakan dalam menbongkar bukti tentang masa lalu dan sebagai satu disiplin yang mengkaji masyarakat dan kebudayaan silam berdasarkan budaya kebendaan ianya menerangkan perkembangannya serta bagaimana ianya berlaku. 6. Glyn Isaac menyatakan disiplin arkeologi sebagai satu disiplin yang cuba menerangkan hubungan di kalangan manusia dan di antara manusia dengan dunia kebendaan. Menurutnya lagi, ianya merupakan bukan satu disiplin sains jati, sains sosial dan cabang kemanusiaan tetapi lebih merupakan usaha khusus atau tempat untuk semua bidang bertemu. 7. J. de Leat menganggap arkeologi sebagai satu disiplin sains dan cabang kepada bidang sejarah. 8. Walter Tylor menyatakan arkeologi tidak lebih daripada suatu kaedah dan kumpulan teknik yang khusus untuk mendapatkan maklumat mengenai budaya. 9. Nik Hassan Shuhaimi menerangkan pengertian arkeologi pada mulanya ialah satu bentuk kajian ke atas bahan purba melalui kaedah deskriptif yang sistematik pada sekitar awal abad ke 18 kemudiannya berkembang kepada maksud sejarah purba pada abad ke 19 dan kini sebagai satu disiplin yang bertujuan untuk membentuk semula sejarah kebudayaan, sejarah cara hidup dan proses kebudayaan masyarakat pra sejarah, proto sejarah dan sejarah dengan mengkaji artifak dan non artifak serta melihatnya dalam konteks alam sekitar. Daripada definisi dan pengertian di atas dapatlah dirumuskan bahwa bidang arkeologi merupakan satu disiplin ilmu yang mengkaji tentang manusia dan kebudayaan masa silam berdasarkan kepada tinggalan dengan kaedah penyelidikan yang sistematik dengan menggunakan pelbagai pendekatan disiplin-disiplin yang lain seperti sejarah, antropologi, geologi, geografi, matimatik, fizik, zoologi, botani, senibena, kejuruteraan dan lain-lain. Penumpuan terhadap tinggalan-tinggalan kebudayaan tidak hanya tertumpu kepada aspek kebendaan yang dikategorikan kepada buatan manusia tetapi juga yang bersifat bukan buatan tetapi terhasil secara tidak langsung kesan daripada tindakan manusia dalam membina kebudayaannya yang dikategorikan sebagai non-artifak. ME 2733: Pengantar Arkeologi 4 1.3 MATLAMAT PENYELIDIKAN ARKEOLOGI Perkembangan disiplin arkeologi telah memperlihatkan perubahan-perubahan dalam matlamat penyelidikannya yang disebabkan oleh pemahaman manusia tentang masa silamnya telah bertambah dengan banyak penemuan terbaru dan teknik serta teknologi yang digunakan senitiasa berubah dan lebih mudah diperoleh terutama selepas era Perang Dingin sekitar 1980an. Diawal perkembangan arkeologi sebagai satu aktiviti Purbawanisme pada abad ke 18, ianya hanyalah satu usaha untuk mengumpul barang-barangan antik sama ada untuk koleksi persendirian ataupun muzium. Ianya berkait rapat dengan era imperialsme Barat terhadap rantau Afrika, Amerika dan Asia. Kesedaran untuk mengumpul dan melengkapkan dokumentasi khususnya dalam pengkajian sejarah seni, senibina dan antropologi telah mengubah sedikit sebanyak matlamatnya daripada hanya mengumpul barang-barang antik di sekitar abad ke 19. Menjelang abad ke 20 barulah matlamat asas penyelidikan arkeologi mantap terbina iaitu satu bidang kajian yang mendokumentasikan sejarah tentang apa yang berlaku pada masa silam. Sejak dari itu matlamat bidang ini berkembang bersesuaian dengan keperluan dan kesesuaiannya dalam satu-satu kajian yang dilakukan oleh bidang ini. Seperti yang ditekankan oleh beberapa orang ahli arkeologi umpamanya Glynn Isacc yang menyatakan bahawa kaedah penyelidikan arkeologi seharusnya ianya diperbaiki tanpa mengubah arkeologi sedia ada, Glyn Daniel pula menyatakan sampai masanya untuk ahli arkeologi menggambarkan sebaik mungkin dangan bahan-bahan yang ada tentang cara hidup dan zaman prasejarah manusia, Watson LeBlanc dan Redman pula menyatakan bahawa salah satu matlamat arkeologi ialah menerangkan tentang sesuatu peristiwa dan proses di masa lalu dan Lewis Binford pula menekankan aspek penerangan dan penjelasan terhadap perkembangan fizikal , kebudayaan dan jangkawaktu kewujudan manusia adalah antara matlamat terpenting arkeologi.

Mendokumentasikan masa silam manusia dan persekitarannya menurut kronologi peristiwa tanpa dokumen bertulis memerlukan kaedah dan teknik kajian bukan hanya bergantung kepada aspek teoritikal tetapi juga bantuan teknologi dan disiplin lain. Ini perlu untuk memperolehi bahan dokumentasi yang benar, relevan dan tepat dalam erti kata lain fakta yang benar dan telah teruji kebenarannya. Segala maklumat yang diperolehi bukan hanya dapat membantu kepada pengkajian sejarah tetapi juga kajian lain khususnya yang melibatkan manusia, kebudayaan dan persekitaran fizikal yang merangkumi alam flora dan fauna sebagai sokongan kepada perkembangan manusia. Menjelang akhir abad ke 20, matlamat arkeologi tidak hanya terhad kepada dokumentasi atau sekadar mesin pencari maklumat terbaru tetapi juga mempelbagaikan sumber-sumbernya. Pada awal perkembangan arkeologi, sumber bahan budaya tidak bertulis seperti artifak alat batu, tembikar, monumen, kubur dan penempatan menjadi tumpuan. Namun dengan kemunculan Arkeologi Baru ME 2733: Pengantar Arkeologi 5 sekitar 1960an, sumber yang bersifat non artifak seperti tanah, bahan organik dan mineral telah dikaji sama penting dengan artifak bahan budaya. Kesimpulannya, matlamat utama arkeologi ialah mencari dan menambah dokumentasi sejarah tentang manusia dengan bersumberkan bahan budaya dan persekitaran fizikal. Bagi mencapai matlamat ini kaedah dan teknik penyelidikannya akan sentiasa dikemas kini. Seterusnya ia akan mempelbagaikan matlamat arkeologi dengan bersandarkan etika penyelidikan yang ilmiah. Inilah yang akan membezakannya dengan industri perdagangan antik dan aktiviti pemburuan harta purba. 1. 4 SKOP BIDANG KAJIAN Kajian terhadap manusia dan perkembangannya akan mengambil kira jangkamasa kewujudannya, bentuk perkembangan fizikal dan kebudayaannya dan relevannya terhadap penyelidikan sejarah dan disiplin lain yang memerlukan data maklumat dari penyelidikan arkeologi. Ini menjadikan skop bidang arkeologi amat luas baik dari segi jangkamasa dan persoalan yang dikaji. Dari segi tempoh jangkamasa, ianya amat berkait rapat dengan sejarah geologi bumi yang berusia 5000 juta tahun. Tempoh ini dibataskan dengan bidang kajian dalam sub-disiplin arkeologi. Ini bermakna skop jangkawaktu ditentukan oleh permasalahan kajian, jenis tapak ataupun sub-disiplin arkeologi. Skop kajian sub-sub disiplin arkeologi akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam Bab 3. 1. 5 KEPENTINGAN PENYELIDIKAN ARKEOLOGI Arkeologi adalah satu disiplin ilmu yang berlandaskan penyelidikan saintifik dalam mengkaji sejarah masa lampau manusia dan kebudayaannya. Walaupun pada peringkat awal ianya merupakan tidak lebih dari satu aktiviti mencari harta karun namun perkembangannya lebih seabad yang lalu telah banyak merubah identitinya. Perubahan yang berlaku telah mematangkan bidang ini daripada kegiatan purbawanisme kepada disiplin yang saintifik kerana kesekutuannya dengan disiplin-disiplin jurusan sains tulen dan sains sosial dalam perkembangan ilmu di Eropah dan Amerika Syarikat. Perkembangan ini membolehkan arkeologi dianggap sebagai satu disiplin yang mempunyai tatacara penyelidikan yang teratur dan ini akan diperbincangan dalam bab-bab seterusnya dalam modul ini. Berlandaskan pendekatan dan metodologi yang dikemaskini seiring dengan perkembangannya telah membolehkan pengetahuan mengenai masa lampau manusia dapat dituntut kembali yang diperolehi dari interpretasi tinggalan-tinggalan budaya. Perkembangan penyelidikan ini telah banyak membantu para ahli arkeologi, antropologi dan sarjana sejarah berhadapan dengan persoalan-persoalan mengenai masyarakat purba. ME 2733: Pengantar Arkeologi 6 Akan tetapi hingga ke hari ini masih timbul kekeliruan tentang kepentingan penyelidikan arkeologi khususnya di kalangan yang mereka meraih keuntungan komersial dari masa silam. Bagi golongan ini penyelidikan arkeologi hanyalah satu bidang yang terlalu cerewet, berkos tinggi dan tidak ekonomik. Sikap negatif ini amat sukar dibendung apabila ianya melibatkan hal-hal perundangan, politik dan pelaburan bernilai berjuta ringgit. Sesetengah pihak pula melihat penyelidikan arkeologi tidak lebih dari satu bidang yang hanya menggunakan teknik yang rapi dan perlahan dalam membongkar tinggalan purba yang kemudiaannya diperagakan dimuzium. Fenomena ini telah wujud sekian lama meskipun di negara Eropah yang telah jauh lebih maju dalam menjalankan penyelidikan arkeologi mereka. Memang tidak dinafikan bahawa penyelidikan arkeologi bertujuan untuk mendapatkan tinggalan-tinggalan purba, namun iannya tidak bermakna bidang ini hanya melibatkan aktiviti-aktiviti eksplorasi dan pengumpulan artifak. Ahli arkeologi mempunyai tanggungjawab lain yang lebih berat selain dari mengalicari tapak arkeologi. Mereka harus memberi penjelasan dan interpretasi terhadap data-data yang diperolehi daripada setiap penemuan yang dibuat dan bukan mudah untuk berkomunikasi dengan masyarakat silam melalui bahan tidak bertulis. Seperti yang dinyatakan oleh G.R. Willey dalam bukunya A History of Archaeology, hanya satu peratus sahaja maklumat tentang masyarakat

silam dapat diperolehi melalui dokumen atau rekod bertulis dan selebihnya tidak pernah direkodkan. Sehingga kini penyelidikan arkeologi masih belum cukup untuk mengumpul bukti yang dapat mewakili keseluruhan aspek tamadun manusia yang mencakupi bentuk-bentuk kebudayaan, kreativiti idea, aktiviti dan perubahan yang telah dilakukan oleh manusia dalam evolusi perkembangannya. Bukti tentang tamadun silam ini amat penting kerana ianya saling berkaitan dan mempengaruhi. Seperti yang dinyatakan oleh Frank Hole dan Robert F. Heizer bahawa dewasa ini manusia melihat suatu dunia yang dipisahkan mengikut kebudayaan dan politik tetapi dihubungkan dengan erat melalui teknologi dan struktur ekonomi yang berkembang dan mempunyai lingkungan yang sangat luas. Hasrat negara adalah untuk mewujudkan suatu warisan budaya yang dibina daripada penglibatan dalam suatu rasa kemanusiaan yang hanya boleh dicapai melalui arkeologi. Untuk itu kepentingan untuk penyelidikan arkeologi seharusnya tidak dipersoalkan. 1. 6 KESIMPULAN kepentingan penyelidikan arkeologi bukan terletak pada penemuan tetapi maklumat yang diperolehi dari penemuan tersebut dan bagaimana ianya menyumbang kepada pembinaan kemanusiaan yang lebih baik dengan mengambil ikhtibar dari urutan peristiwa lampau. Bidang arkeologi menyumbangkan pelbagai maklumat kepada pelbagai disiplin ilmu. Ianya dapat mengeluarkan objek ME 2733: Pengantar Arkeologi 7 aficionado yang indah dan menarik; ini dapat mendedahkan sejarah manusia dan kemanusiaan; arkeologi dapat memberi sumbangan ke arah pemahaman masa kini; mungkin pada suatu hari nanti arkeologi dapat digunakan untuk menguji hipotesis saintifik berhubung dengan perlaku manusia secara umum. ME 2733: Pengantar Arkeologi 8 SOALAN-SOALAN PENILAIAN 1. Apakah yang anda faham tentang disiplin arkeologi ? 2. Apakah matlamat utama penyelidikan arkeologi ? 3. Apakah yang menentukan skop kajian arkeologi ? 4. Apakah pandangan golongan komersial terhadap penyelidikan arkeologi ? ME 2733: Pengantar Arkeologi 9 BACAAN ASAS Bahn, Paul. 1996. Archaeology: A Very Short Introduction. Oxford: Oxford University Press. Bahn, Paul. 1997. Cambridge Illustrated History of Archaeology. Cambridge: Cambridge University Press. Branigan, K. 1974. Reconstruction to the Past: A Basic Introduction to Archaeology. New Abbot: David and Charles. Daniels, G. 1967. The Origins and Growth of Archaeology. Harmondworth: Penguin Fagan, B.M. 1975. In the Beginning: An Introduction to Archaeology. Boston: Little & Brown. Forte-Johnston, J. 1974. History from the Earth: An Introduction to Archaeology. London: Phaidon Press. Hester, Thomas R. (et. al). 1975. Field Methods in Archaeology. California: Mayfield Publishing Company. Hole, Frank & Heizer, Robert (terj.). 1990. Arkeologi Prasejarah: Satu Pengenalan Ringkas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Renfrew, Colin & Bahn, Paul. 1997. Archaeology: Theories, Methods and Practice. London: Thames and Hudson Ltd. Sharer, Robert J. & Ashmore, Wendy, 1980. Fundamentals of Archaeology. California: The Benjamin/Cummings Publishing Company. Taylor, W.W. 1973. A Study of Archaeology. Southern Illonois: Chiw Press.

You might also like