You are on page 1of 12

PELAN INDUK EKONOMI BERASASKAN PENGETAHUAN

Pendahuluan
Ekonomi berasaskan pengetahuan akan menyediakan landasan ke arah mengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi yang pesat dan meningkatkan daya saing antarabangsa untuk mencapai objektif Wawasan 2020. Ia juga akan mengukuhkan kemampuan Malaysia untuk berusaha menghasilkan pembaharuan, menyesuaikan dan mencipta teknologi tempatan serta mereka bentuk, membangun dan memasarkan produk baru yang akan menyediakan asas bagi pertumbuhan yang didorong oleh sumber dan kekuatan dalam negeri.

Pelan ini juga menjelaskan visi dan misi selain mengemukakan cadangan yang perlu diatasi dalam perjalanan ke arah k-ekonomi.

Langkah2 Untuk Merealisasikan Visi KEkonomi

1.Menggalakkan dan membangunkan sumber manusia k-ekonomi


Sumber manusia akan menjadi penggerak utama pertumbuhan ekonomi berasaskan pengetahuan dan akan menentukan kedudukan daya saing negara. Oleh itu, kejayaan membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan banyak bergantung kepada kualiti sistem pendidikan dan latihan.

2.Menubuhkan Institusi untuk memacu k-ekonomi


Usaha gigih akan diambil untuk menambah enrolmen di peringkat pendidikan tinggi terutamanya dalam kursus sains dan teknikal. Institusi pendidikan tinggi awam dan swasta perlu lebih berorientasikan pasaran dan proaktif dan tidak terbatas kepada bidang tradisional tetapi meneroka bidang pendidikan baru yang diperlukan oleh ekonomi berasaskan pengetahuan yang matang.

3.Membangunkan insentif,infrastruktur dan infostruktur untuk k-ekonomi


Malaysia akan meningkatkan infrastruktur komunikasi dan multimedianya supaya bertaraf dunia agar dapat menyokong pengaliran pesat dan perolehan maklumat dari dalam dan luar negara pada harga yang kompetitif.

4.Meningkatkan keupayaan sains & teknologi(S&T) untuk k-ekonomi


Malaysia perlu meningkatkan potensi untuk menggerakkan sektor utama S&T dan Penyelidikan & pembangunan(P&P) supaya menjadi ekonomi berasaskan pengetahuan yang berdaya saing.

5.Menjadikan sektor swasta sebagai pemacu k-ekonomi


Sektor swasta akan terus menjadi penggerak utama pertumbuhan ekonomi berasaskan pengetahuan. Sektor swasta termasuk PKS perlu mengubah proses pengeluaran mereka secepat mungkin dengan mengguna pakai teknologi yang sesuai dan menjimatkan kos.

6.Mengubah sektor awam kepada perkhidmatan awam kekonomi


Sektor ini akan terus berperanan sebagai pemudah cara dengan menyediakan persekitaran yang sesuai dan lebih penting lagi bertindak sebagai pemangkin kepada sektor swasta untuk menerajui pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan.

7.Merapatkan jurang pengetahuan dan digital


Pencapaian objektif sosial dan ekuiti terus menjadi pertimbangan asas dengan tanggungjawab tambahan bagi memastikan ekonomi berasaskan pengetahuan tidak meluaskan jurang di antara berbagai bahagian masyarakat Malaysia.

5 Objektif dasar automotif nasional


Mengalakkan sektor automotif yg kompetitif dan berdaya maju,terutamanya pengeluar kereta nasional Menjadi hab serantau bagi pembuatan, pemasangan, dan pengedaran automotif Meningkatkan nilai ditambah dan keupayaan tempatan industri automotif. Mengalakkan pengeluar dan vendor komponen malaysia yg berorentasikan eksport Menggalakkan penyertaan bumiputera yg kompotetif dan menyeluruh dalam

You might also like